Anda di halaman 1dari 4

BAHAGIAN PENDIDIKAN TEKNIK DAN

VOKASIONAL
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
ARAS 5 & 6, BLOK E14, KOMPLEKS E,
PUSAT PENTADBIRAN KERAJAAN
PERSEKUTUAN
62604NOTA KULIAH
PUTRAJAYA

SEMESTER SEMESTER 1 TAHUN 1 SESI 2019/2020


DIPLOMA
JABATAN JABATAN PERNIAGAAN
PROGRAM DIPLOMA PENGURUSAN PERNIAGAAN
KOD / KURSUS DBF1133 PENGANTAR PENGURUSAN

1. CLO1 Mengaplikasi prinsip-prinsip pengurusan di dalam situasi organisasi.


(C3,PLO1)
HASIL 2. CLO2Melaporkan alat-alat pengurusan yang digunakan oleh sesebuah
PEMBELAJARA organisasi dalam operasinya.(A2,PLO5)
N 3. CLO3Membincangkan penyelesaian masalah dalam isu-isu pengurusan.
(A3,PLO8)

PLO 1

PLO 5

PLO 8

MAKLUMAT PELAJAR

NAMA

ANGKA GILIRAN

TARIKH

TAJUK MEMBUAT KEPUTUSAN

1
7.0 MEMBUAT KEPUTUSAN

7.1 Definisi membuat keputusan

1. Helpern
membuat pilihan antara dua atau lebih alternatif yang saling bertentangan dan
memilih keputusan terbaik berasaskan berasaskan kriteria kriteria tertentu.

2. Beyer
membuat keputusan melibatkan membuat pilihan daripada berbilang alternatif yg
sedia ada.

3. Sdorow
satu usaha untuk mencuba membuat pemilihan terbaik daripada beberapa
alternatif yang ada dalam tindakan untuk mendapatkan hasil yang diinginkan.

4. Marzano
Situasi seseorang memilih antara dua atau lebih kemungkinan yang ada utk
membuat pilihan

7.2 Proses membuat keputusan

Mengenal pasti masalah Pengurus sedar kewujudan masalah dalam organisasi dengan
memerhatikan persekitaran, menafsir suatu keadaan yang
berlaku dan menghubung kaitkan keadaan denga masalah.
Mengutip data Pengurus memperoleh maklumat berkaitan dengan masalah
dari sumber dalaman dan sumber luaran.
Maklumat sumber luaran seperti keadaan ekonomi, dasar
kerajaan, peluang pasaran dll
Maklumat sumber dalaman - bilangan pekerja, kemahiran,
peralatan dll
Menganalisis Data Berdasarkan maklumat yang dikumpulkan, pengurus-
pengurus mengenalpasti latar belakang masalah, punca²
masalah dan pihak-pihak yang terlibat, kesan masalah
terhadap organisasi dll
Menjana Alternatif Selepas punca masalah dikenalpasti, pengurus akan membina
senarai alternatif penyelesaian, masalah berdasarkan
maklumat yang diperolehi.
Menilai Alternatif Pengurus akan menilai setiap alternatif dengan
membandingkan setiap alternatif dari segi kekuatan dan
kelemahan.
Tindakan ini bertujuan,untuk mengasingkan alternatif yang
berkesan dgn alternatif kurang berkesan.
Memilih Alternatif Pengurus akan memilih alternatif yang terbaik dan
melaksanakan alternatif tersebut untuk menyelesaikan
masalah.
Alternatif mestilah dipilih berdasarkan kepada keupayaan dan
persekitaran organisasi.

2
7.3 Jenis-jenis keputusan

7.3.1 Keputusan rutin

Keputusan rutin adalah merujuk kepada penyelesaian masalah yang dijangka dan
kerap berlaku di dalam sesebuah organisasi.

Antara masalah-masalah tersebut adalah masalah berstruktur, masalah yang


berulang-ulang berlaku, dan juga masalah dalam pelaksanaan program

Contoh:

ISU/MASALAH KEPUTUSAN
Meningkatkan pengeluaran menyelaras kerja atau menambahkan
bilangan syif kerja
Kelewatan menerima bahan mentah dari Mengangkut bahan mentah dengan
pembekal pengangkutan sendiri
Pekerja tidak menutup penyaman udara Tindakan displin
selepas waktu kerja

Keputusan yang bergantung kepada kriteria yang telah ditetapkan sebelumnya


iaitu sepertimana yang telah dimaktubkan dan ditetapkan oleh organisasi. Seperti
prosedur dan polisi dalam organisasi.

Pembuatan keputusan ini juga penting kepada pengurusan peringkat bawahan


kerana ia melibatkan operasi harian, keputusan/ penyelesaian perlu dibuat segera
dan melibatkan risiko yg rendah.

7.3.2 Keputusan bukan rutin

Keputusan bukan rutin merupakan penyelesaian masalah yang tidak dapat


dijangka, jarang berlaku atau masalah baru yang timbul dalam organisasi.

Keputusan bukan rutin yang diambil kebiasaannya keputusan yang tidak dapat
dirancang / didokumentasikan. Keputusan bukan rutin sangat penting kepada
pengurusan atasan kerana melibatkan Penentuan halatuju organisasi , komitmen
sumber, risiko yang Tinggi dan banyak pihak

Contoh isu dan keputusan yang diambil.

ISU / MASALAH KEPUTUSAN


Bekalan bahan mentah terputus secara Mendapatkan bekalan segera dari
mengejut atas masalah tidak diduga pembekal lain/negara lain
Pesaing mengunakan taktik/idea baru Mengadakan sumbang saran untuk
untuk memperluaskan pasaran mendapatkan idea baru untuk mengubah
strategi perniagaan
Bekalan air akan terputus bagi 2 minggu Membeli tong/ baldi besar untuk
akan datang menyimpan air yang mencukupi

3
7.4 Pendekatan dalam membuat keputusan
7.4.1 Model Rasional
Model ini merujuk kepada keputusan yang dibuat mengikut langkah-langkah yang
teratur.
Keputusan yang dibuat adalah berdasarkan kepada maklumat menggunakan fakta
yang lengkap dan logik.

7.4.2 Rasional Terbatas


Satu proses membuat keputusan berdasarkan kepada maklumat atau laporan yang
diperolehi tanpa mengambil kira kenyataan atau fakta. Ini disebabkan batasan
kemampuan dalam memperolehi semua maklumat tersebut

7.4.3 Gerak hati


Pengurus juga boleh membuat keputusan berdasarkan kepada pandangan gerak
hati pengurus sendiri. Seorang pengurus yang cekap mampu membuat keputusan
ini dengan tepat. Namun keputusan yang dibuat ini kadang kala berrisiko.

7.5 Isu dan cabaran semasa pengurusan membuat keputusan.

A. Pengaruh faktor kedapatan maklumat terhadap Pembuatan keputusan.


i. Tepat- maklumat menggambarkan keadaan sebenar dan boleh dipercayai.
ii. Tersedia – maklumat yang boleh diperoleh bila-bila masa.
iii. Lengkap –maklumat yang merangkumi semua aspek yang diperlukan.
iv. Bersesuaian – maklumat yang diperlukan dan berkaitan dengan keadaan,
masalah / isu yg dibincangkan.

B. Pengaruh faktor kecekapan pembuat keputusan terhadap pembuatan keputusan


i. pengalaman, pengetahuan, kreativiti dan sikap terbuka pembuat keputusan

C. Pengaruh faktor situasi terhadap pembuatan keputusan


i. Keadaan kepastian
~keputusan yang dibuat akan diyakini mencapai matlamat yang ditetapkan
~maklumat tepat dan mencukupi dan berpengalaman
~keputusan rutin ~hasil keputusan dapat dijangka.
ii. Keadaan risiko
~keputusan wujud apabila pengurus menghadapi kemungkinan
berjaya/gagal menyelesaikan masalah.
~tidak mempunyai maklumat terperinci tentang masalah.
~keadaan persekitaran yang sentiasa berubah.
iii. Keadaan ketidakpastian
~pengurus tidak mempunyai keyakinan langsung untuk menyelesaikan
masalah
~tidak mempunyai maklumat yang lengkap, hasil keputusan tidak dapat
dipastikan
~perlukan kreativiti dan kepakaran.
iv. Keadaan kesamaran
~pengurus tidak mempunyai alternatif yang sesuai dan terbaik
~tidak mempunyai maklumat yang lengkap dan jelas
~terdedah kepada konflik
~tindakan yang diambil berimaginatif bersikap analitikal.
4

Anda mungkin juga menyukai