Anda di halaman 1dari 2

Kesihatan merupakan anugerah tuhan yang tidak ternilai.

Sudah semestinya setiap

individu menginginkan tahap kesihatan yang baik buat diri masing-masing. Namun
begitu,pelbagai penyakit kini semakin berleluasa malah ada yang menyebabkan
kematian.Keadaan ini tidak seharusnya dipandang remeh dan sebaliknya perlulah dianggap
serius dan disusuli dengan langkah yang efektif.

Antara langkah yang boleh diambil dalam usaha menjalani kehidupan yang sihat
termasuklah dengan mengamalkan pemakanan yang seimbang. Pemakanan yang
seimbang mestilah berpandukan kepada piramid makanan. Kita disarankan supaya
mengambil lebih banyak sayur-sayuran dan buah-buahan yang berperanan
membekalkan pelbagai jenis mineral dan vitamin kepada tubuh badan kita. Kita
mestilah mengurangkan makanan yang berlemak supaya tidak mendapat penyakit
seperti diabetes dan penyakit jantung.

Selain itu, kita mestilah mengamalkan amalan bersukan dan bersenam.Seseorang

individu mestilah menjalankan aktiviti fizikal seperti bersenam sekurang-kurangnya
tiga kali dalam seminggu dan 20 minit bagi setiap sesi. Ini kerana bersenam akan dapat
menyihatkan tubuh badan di samping meningkatkan tahap kecergasan fizikal.

Seterusnya, kita mestilah menjalani pemeriksaan kesihatan sekurang-kurangnya

dua kali dalam setahun. Ini bertujuan untuk memastikan tubuh badan berada dalam
keadaan yang baik tanpa sebarang penyakit. Pemeriksaan kesihatan mestilah kerap
dilakukan supaya dapat memulakan rawatan dari peringkat awal sekiranya didapati
menghidap sebarang penyakit.

Akhir sekali, setiap individu mestilah mendapatkan tidur dan rehat yang cukup.
Dalam kesibukan menjalani aktiviti harian, keperluan tubuh badan tidak wajar
diabaikan.Tubuh badan kita memerlukan rehat yang secukupnya untuk terus berfungsi
dengan baik. Tanpa rehat yang secukupnya, tubuh badan akan menjadi letih dan lesu
sekaligus menyebabkan semua aktiviti tergendala. Oleh itu,rehat dan tidur yang cukup
amat diperlukan.

Kesimpulannya, kita mestilah menjaga kesihatan dengan baik sejak peringkat

awal lagi. Sesungguhnya,kesihatan adalah anugerah tuhan yang perlu dihargai. Oleh itu,
kita bertanggungjawab memelihara kebaikan yang telah dikurniakan kepada kita.
Jangan nanti terhantuk baru terngadah kerana sesal dahulu pendapatan, sesal
kemudian tidak berguna.
Kesihatan merupakan anugerah tuhan yang tidak ternilai. Sudah semestinya setiap

Anda mungkin juga menyukai