Anda di halaman 1dari 2

Yang dihormati Penolong Pegawai Pendidikan Kokurikulum Daerah Hulu Langat Tuan Syed Norzalman Syed

Yussof, Yang Berusaha Guru Besar SK Taman Jasmin Puan Rohlaizatul’Akmal binti Mohamad Sanusi, Yang
Berusaha Guru Penolong Kanan Kokurikulum Encik Rosli bin Mohd Zin, Yang berusaha Guru Penolong Kanan
Pentadbiran Puan Nor Liza Ramli, Yang Berusaha Penolong kanan Hal Ehwal Murid Encik Mohamed Sabri
Marican, Yang Berusaha Guru Penolong Kanan Petang Encik Abdul Manab bin Alwi, Pegawai-pegawai teknik
pertandingan, Ahli Jawatankuasa pelaksana, Guru-guru pengiring , peserta-peserta pertandingan seterusnya
hadirin yang dihormati sekalian.

Assalamualaikum, selamat sejahtera, salam cinta bahasa.

Alhamdulilah, saya ingin memanjatkan setinggi-tinggi kesyukuran ke hadrat Ilahi kerana dengan izin dan
limpah kurnia-Nya dapat kita bersama-sama hadir bagi memeriahkan Karnival Bahasa Melayu peringkat daerah
Hulu Langat tahun 2019. Sekalung ucapan terima kasih saya ucapkan kepada pihak penganjur dan pelaksana
kerana menjemput saya untuk sama-sama melihat bakat-bakat muda bertanding menunjukkan kebolehan
menggunakan bahasa Melayu dengan betul. Sesungguhnya kehebatan murid-murid dalam menyampaikan cerita
dan pidato merupakan medium untuk memantapkan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan negara kita.

Hadirin sekalian,

Bahasa Melayu merupakan bahasa lingua franca dan telah diterima berabad lamanya. Namun, perubahan
masa telah menurunkan semangat generasi muda untuk menghargai bahasa Melayu sebagai bahasa komunikasi
terbaik. Hal ini ditambah pula dengan penggunaan pelbagai jenis alat komunikasi sosial yang lebih mudah, cepat
dan pantas seperti facebook, whatsap, instagram dan wechat menyebabkan penggunaan bahasa Melayu yang
betul kurang diambil berat.Justeru, penganjuran karnival seperti ini diharapkan dapat menanam semangat cinta
akan bahasa Melayu dalam kalangan murid-murid khususnya pada usia muda seperti kata pepatah melentur buluh
biarlah dari rebungnya.

Selain itu, pertandingan-pertandingan yang dijalankan dapat memupuk persaingan yang sihat antara
murid yang datang dari pelbagai latar sekolah. Secara langsung , peserta-peserta dapat menjalin persahabatan
dengan rakan-rakan baharu serta bertukar-tukar idea.Memang menjadi harapan kita ingin melihat murid menjadi
contoh atau role model kepada murid lain. Oleh itu, saya ingin mengucapkan syabas dan tahniah kepada semua
pihak yang sentiasa mendukung hasrat kementerian pendidikan dengan sentiasa responsif terhadap keperluan
pelajar kearah pemupukan bakat dan membina kecenderungan dalam apa jua bidang. Pihak Persatuan Ibu Bapa
dan Guru sentiasa memberikan sokongan padu atas apa sahaja usaha yang dijalankan oleh pihak sekolah untuk
melaksanakan sebarang program yang bertujuan membantu melahirkan murid-murid yang berktrampilan dan
berani menonjolkan keupayaan ke arah kecemerlangan.

Hadirin sekalian,

Di kesempatan ini saya ingin mengucapkan tahniah kepada peserta-peserta yang berjaya dalam
pertandingan-pertandingan yang diadakan hari ini. Syabas juga kepada semua peserta kerana berjaya sampai ke
tahap ini. Tahniah juga kepada semua guru yang telah membimbing murid-murid ini. Sesungguhnya usaha tuan-
tuan tiada tolok bandingnya. Teruskan usaha murni tersebut kerana anak-anak ini amat memerlukan didikan dan
bimbingan tersebut.

Berkejar-kejaran ombak laut,


Menyentuh pantai pasirnya bersih,
Budi dan jasa kelak disebut,
Utuh kenangan dan terima kasih.

Bagi mengakhiri ucapan saya ini, saya mengucapkan terima kasih atas kehadiran semua ke Sekolah Kebangsaan
T `aman Jasmin hari ini. Semoga majlis hari ini akan memberi kenangan terbaik buat semua.Dengan lafaz
bismillah saya merasmikan penutupan Karnival bahasa Melayu Sekolah Rendah daerah hulu Langat tahun 2019.
Sekian . Wabillahitaufiq walhidayah. Wassalamualaikum warahmatullahiwabarokatuh.

Anda mungkin juga menyukai