Anda di halaman 1dari 7

KESAN PENGARUH LUAR TERHADAP BUDAYA MASYARAKAT MALAYSIA

Pengaruh Hindu

 Apabila pengaruh Hindu masuk ke alam Melayu yang dibawa oleh pedagang dan penyebar
agama tersebut, kepercayaan Hindu menjadi cara hidup masyarakat.
 Upacara mandi safar misalnya merupakan pengaruh Hindu yang mengambil amalan orang
Hindu.
 Penganut agama Hindu mengamalkan mandi di Sungai Ganges bagi membuang segala
kejahatan.
 Penyerapan amalan Hindu turut berlaku dalam majlis perkahwinan.
 Ketika mengandung, upacara melenggang perut juga diambil daripada amalan Hindu.
 Melenggang perut diadakan untuk mengetahui jantina bayi.
 Buah kelapa akan diletakkan di atas perut ibu, dan selepas itu kelapa itu dibiarkan jatuh.
 Sekiranya jatuh ke kiri ibu itu dikatakan akan melahirkan anak lelaki dan sekiranya jatuh ke
kanan akan melahirkan anak perempuan.
 Hindu juga membawa sastera lisan mereka.
 Pengaruh Hindu juga terdapat dalam kesenian Melayu.
 Muzik tradisional Hindu turut masuk dalam masyarakat Melayu khususnya di istana.

Pengaruh Islam

 Selepas Hindu, pengaruh Islam pula berkembang dengan kedatangan mubaligh ke rantau ini.
 Amalan yang bercanggah dengan ajaran Islam digugurkan walaupun tidak sepenuhnya.
 Agama Islam telah mengubah cara pemikiran orang Melayu.
 Antara unsur budaya Arab (Islam) yang terserap termasuklah bahasa.
 Banyak kosa kata Arab terdapat dalam bahasa Melayu.
 Pendidikan turut berkembang dengan adanya pengaruh Islam.
 Madrasah dibina untuk menyebarkan dan meluaskan pengetahuan tentang ajaran Islam.
 Pengajian pondok begitu popular dalam kalangan masyarakat Melayu.
 Hal yang demikian menyebabkan lahirnya masyarakat yang berpendidikan.
 Bentuk tulisan Arab juga diterima dan digunakan seluas-luasnya oleh masyarakat.
 Tulisan tersebut dinamakan tulisan jawi oleh orang Melayu.
Pengaruh Barat

 Kedatangan Barat berlaku selepas kedatangan Islam kerana penjajahan.


 Sebelum itu, aktiviti perdagangan berlaku.
 Kedatangan mereka turut mempengaruhi orang Melayu.
 Apabila barat menjajah rantau ini, nilai barat menular dalam masyarakat yang kadangkala
bertentangan dengan ajaran Islam.
 Pergaulan terlalu bebas, hiburan melampaui batas agama merupakan pengaruh yang
negatif.
 Walau bagaimanapun, terdapat kesan yang positif hasil pengaruh barat misalnya teknologi
moden dalam bidang pertanian, perindustrian dan perkomputeran yang dapat
mengembangkan ekonomi masyarakat Melayu.
 Dari segi bahasa, banyak kosa kata yang terserap yang dapat mengungkapkan pelbagai idea
dan maklumat selaras dengan arus globalisasi.
 Kedatangan Inggeris yang membuka peluang pendidikan yang lebih luas kepada masyarakat
Melayu, khususnya golongan bangsawan yang kemudiannya dibuka kepada orang awam.
 Ini mempengaruhi budaya fikir orang Melayu.
 Di sekolah, anak-anak orang Melayu didedahkan kepada kaedah, idea dan kosmologi sains.
 Alam semangat dan alam rohaniah orang Melayu semakin lama semakin terpencil
terutamanya dalam kalangan mereka yang telah dididik dengan alam sekular sains.
 Sebab-musabab saintifik menggantikan konsep magis.
 Ubat-ubatan kimia menggantikan jampi serapah.

Pengaruh Lain

 Orang Cina datang ke Tanah Melayu pada zaman pemerintah Inggeris.


 Mereka bekerja di lombong-lombong bijih di samping menjalankan perniagaan.
 Komunikasi berlaku antara pelbagai kaum yang mendiami negara ini.
 Dalam hal ini, perhubungan antara masyarakat Melayu dan masyarakat Cina
telah menyebabkan kosa kata bahasa Cina meresap dalam bahasa Melayu.
 Kebanyakan kata pinjaman daripada bahasa Cina yang terdapat dalam bahasa Melayu
mengekalkan bunyi dan makna asal dalam bahasa Cina walaupun sesetengahnya mengalami
perubahan makna.
 Contoh kosa kata yang terserap dalam bahasa Melayu ialah tanglung, amoi, apek, lobak,
angpau, pau, dan taugeh,
 Dari segi masakan, makanan cina turut meresap dalam budaya masyarakat Melayu.
 Jenis-jenis masakan yang mengandungi kicap soya, dan bebola ikan, ayam atau daging
merupakan pengaruh daripada budaya Cina yang kini menjadi sebahagian daripada makanan
popular masyarakat Melayu.
 Pemberian sampul yang berisi wang kepada kanak-kanak atau orang muda pada hari raya
merupakan pengaruh yang kian sebati dalam masyarakat Melayu, malah pemberian ini turut
dinamakan angpau bagi kebanyakan mereka.
 Amalan ini diterima kerana tidak bercanggah dengan ajaran Islam.
KONSEP BUDAYA

 Kebudayaan merupakan tamadun sesuatu masyarakat yang diwarisi daripada satu generasi
kepada satu generasi yang berikutnya.
 Kebudayaan berkaitan dengan keseluruhan sistem kehidupan yang dipraktikkan oleh
sesuatu masyarakat.
 Dalam kebudayaan, terkandung unsur sosial, kepercayaan, sistem simbol, unsur teknologi,
ekonomi yang menjadi milik masyarakatnya.
 Budaya dapat membezakan sesuatu masyarakat dengan masyarakat yang lain.
 Budaya sesuatu masyarakat dapat menentukan keperibadian kebangsaan sesebuah negara.
 Di Malaysia, budaya Melayu dipersetujui sebagai teras kebudayaan kebangsaan, namun
unsur-unsur budaya kaum lain seperti Cina dan India turut diambil kira.
 Kamus Dewan (2005) mendefinisikan budaya sebagai kemajuan fikiran, akal budi (cara
berfikir), berkelakuan dan sebagainya.
 Dalam kehidupan seharian, perkataan culture juga merujuk kepada kebudayaan.
 Taib Osman (1988)
 Kebudayaan adalah cara hidup: Cara mengatur hidup satu-satu kelompok manusia. Lebih
penting daripada perbuatan hari-hari (seperti cara makan, cara beribadah, cara menegur
seseorang dan ciri-ciri lain), dan nilai-nilai sosial kerana ciri inilah yang mewarnakan sesuatu
budaya dan menjadi pendorong bagi tindakan manusia.

APAKAH MAKSUD PUISI

 Puisi tradisional bererti puisi lama,telah lama hasil dan dinamakan sebagai puisi
warisan,puisi klasik dan puisi lama.
 Bersifat lisan,diwarisi dan disebarakan melalui tradisi lisan.
 Bersifat kolektif,dicipta oleh pengarang yang tidak bernama dan digunakan dalam kehidupan
masyarakat.
 Hasil-hasil kesusasteraan merupakan dokumen maklumat penting tentang zaman masa
lampau masyarakat.
 Pemikiran di dalamnya disanjungi dan dianggap sebagai pemberi pedoman kepada
masyarakat silam.
KONSEP/DEFINISI MASYARAKAT

 Ralph Linton, 1936


 “Masyarakat ialah kelompok manusia yang hidup dan bekerjasama sehingga mereka dapat
mengorientasikan dirinya dan berfikir mengenai dirinya sebagai kesatuan sosial yang
mempunyai batas-batas tertentu”.
 Harry L. Shapiro, Man, Culture and Society, 1960
 Masyarakat ialah manusia yang hidup dalam suatu kelompok dan bekerjasama antara satu
dengan yang lain.
 Masyarakat terdiri daripada lelaki, perempuan dan kanak-kanak.
 Masyarakat wujud dari satu generasi ke satu generasi di samping mewariskan unsur-unsur
tradisi.

CIRI-CIRI MASYRAKAT

 Masyarakat hidup dalam satu kelompok dan tinggal tetap dalam kumpulannya.
 Masyarakat ialah komuniti yang saling bergantung dan memerlukan antara satu sama lain.
 Anggota masyarakat mempunyai peranan yang tertentu.
 Masyarakat mempunyai kebudayaan, dan kebudayaan tersebut boleh terus berkembang.
 Masyarakat mempunyai stratifikasi, iaitu kelas dan status.
 Masyarakat berinteraksi melalui bahasa.

Raja/Sultan/Yang Dipertuan

 Pada zaman Melayu tradisional, raja dianggap sebagai pemerintah yang berdaulat dan amat
mulia.
 Daulat ini dikaitkan dengan spiritual dan kepercayaan tradisi.
 Melalui pengagungan Raja ini maka timbullah konsep Daulat dan Derhaka.
 Sesiapa yang ingkar kepada perintah Raja akan dihukum bunuh akibat tulah yang mereka
hadapi.
 Contohnya, Tun Hussien yang merupakan seorang pembesar Sultan telah dibunuh kerana
didapati ingin menderhakai sultan, walhal, beliau bertindak atas dasar kemanusiaan yang
cuba untuk menegakkan keadilan untuk menuntut bela kematian ayahnya.
 Secara umumnya, Sultan berperanan penting dalam tiga aspek utama iaitu politik, sosial dan
ekonomi.
 Dari segi politik, Sultan berperanan sebagai ketua kerajaan yang memerintah secara mutlak
dan dibantu oleh pembesar yang bertindak sebagai penasihat.
 Daripada aspek sosial pula, baginda bertindak sebagai penyelesai masalah rakyat dengan
menjalankan pemerintahan dan hukuman yang adil kepada rakyat.
 Seterusnya, bagi aspek ekonomi pula. Sultan berperanan penting dalam mengawal
kewangan kerajaan.
Sultan

 Pemerintahan tertinggi
 Berkuasa mutlak
 Mempunyai daulat
 Ada keistimewaannya yang tersendiri
 Penggunaan alat – alat kebesaran
 Penggunaan Bahasa Istana
 Penderhaka akan mendapat tulah
 Penggunaan warna
 Cap mohor diraja
 Alat muzik tradisional

SASTERA KANAK-KANAK

 Sastera awal kanak-kanak ialah sastera kanak-kanak yang dihasilkan dalam bentuk buku
yang boleh dibaca oleh kanak-kanak dan mampu menimbulkan keseronokan kepada
mereka.
 Bagi mencapai tahap tertinggi nilai sastera dan estetika karya, penghasilan sastera awal
kanak-kanak ini dilakukan dalam bentuk tulisan dan ilustrasi.
 Sastera awal kanak-kanak merupakan salah satu elemen yang dikenal pasti berupaya
melengkapkan perkembangan seseorang kanak-kanak.
 Hal ini kerana, sastera awal kanak-kanak mampu memberikan keseronokan, dapat
merangsang imaginasi, dapat membantu mengenal diri sendiri, dapat memahami bahasa
secara semula jadi, dapat membantu mendapatkan maklumat dan dapat memupuk nilai-
nilai murni kepada individu kanak-kanak.

SASTERA REMAJA

 Perasaan-perasaan dan fikiran-fikiran yang dilahirkan dengan bantuan bahasa


menggambarkan kehidupan masyarakat remaja.
 Sastera remaja merupakan hasil ciptaan pengkarya untuk menceritakan tentang kehidupan
remaja.
 Melalui Othman Puteh(1988:21) mengatakan bahawa sastera remaja merupakan bahan
bacaan sastera kreatif yang tercetus daripada pengamatan, pengalaman dan kreativiti
pengarang yang relevan dengan pertumbuhan dan perkembangan psikologi remaja yang
berusia sekitar 12-20 tahun.
Peranan Sastera Kanak-kanak & Remaja

 Sebagai medium untuk mendekatkan dan membiasakan mereka dengan bahasa sastera.
 Selain itu, sastera remaja pula menggunakan konsep realiti kehidupan di mana remaja
didedahkan dengan ilmu pengetahuan tentang pelbagai aspek dalam kehidupan seperti
dalam bidang politik, sejarah, agama, psikologi dan falsafah.
 Hal ini bertujuan untuk memberi pendedahan awal kepada golongan ini mengenal realiti
sebenar kehidupan.
 Justeru, tidak sukar untuk memupuk minat mereka terhadap sastera jika kehidupan realiti ini
dipindahkan ke alam karya penulisan.
 Sebagai medium bagi mempertingkatkan tahap keintelektualan, daya imaginasi dan
kreativiti khalayak remaja.
 mengekspresikan diri mereka serta mencungkil bakat yang terpendam dalam diri mereka.
 Sebagai medium hiburan untuk individu masyarakatnya.
 Sastera kanak-kanak dan remaja berfungsi sebagai keperluan material atau kebendaan.

Konsep Kesusasteraan

 Hashim Awang,kesusasteraan ialah bentuk ciptaan seni yang disampaikan melalui bahasa.
 Perkataan Kesusasteraan terbentuk daripada perkataan Sanskrit, iaitu susastera yang
bermaksud huruf atau buku indah.
 Kamus Dewan, ialah hasil seni (karya tulisan) dalam bentuk prosa atau puisi yang
mempunyai ciri-ciri keistimewaan yang tertentu.
 J.S Badudu, Sastera harus ditinjau dari dua segi iaitu bahasa dan isi.

Fungsi Kesusasteraan

 Kesusasteraan Berfungsi Sebagai Alat Pendidikan


 Tidak dapat dinafikan bahawa karya-karya kesusasteraan sebenarnya sarat dengan unsur
pendidikan atau pengajaran.
 Pengalaman para pengarang diterjemahkan melalui kisah-kisah yang ditulis oleh mereka
yang terangkum di dalamnya pelbagai bidang ilmu seperti ekonomi, politik, sosiologi dan
agama.
 Pengalaman mereka ini dijadikan prosa atau puisi dan diadun dengan unsur-unsur
pengajaran,moral atau ilmu pengetahuan yang tinggi nilainya.
 Kesusasteraan Berfungsi Memberi Kepuasan Estetik.
 Di dalam ensiklopedia internet Wikipedia mengatakan estetik merupakan kajian deria.
 Dapat dibuat kesimpulan bahawa kepuasan estetik adalah satu bentuk perasaan indah yang
muncul sama ada dalam diri penulis ataupun pembaca.
PRINSIP KEBUDAYAAN KEBANGSAAN MALAYSIA

 Berteraskan kebudayaan rakyat asal rantau ini


o Rantau ini yang merangkumi kawasan Malaysia, Indonesia, Filipina, Singapura,
Brunei, Thailand dan Kampuchea serta Kepulauan Selatan Pasifik (Polynesia,
Melanesia dan Oceania) sehingga Malagasi merupakan bahagian utama daripada
kawasan tamadun atau budaya Melayu.
 Unsur-unsur kebudayaan lain yang sesuai, diterima
o Kebudayaan sebagai sesuatu yang dinamik, sentiasa berubah-ubah melalui proses
penyerapan dan penyesuaian secara berterusan.
 Islam menjadi unsur yang penting
o Agama atau kepercayaan kepada Tuhan merupakan unsur penting dalam proses
pembangunan negara serta pembentukan rakyat yang berakhlak dan berperibadi
mulia.

Objektif Pembangunan Kebudayaan Kebangsaan

 Pembangunan Kebudayaan Kebangsaan bagi negara-negara yang baru merdeka amatlah


penting untuk mewujudkan sebuah negara yang stabil dan bersatu padu.
 mengukuhkan perpaduan bangsa dan negara melalui Kebudayaan;
 memupuk dan memelihara keperibadian kebangsaan yang tumbuh daripada Kebudayaan
Kebangsaan; dan
 memperkaya dan meningkatkan kualiti kehidupan kemanusiaan dan kerohanian yang
seimbang dengan pembangunan sosioekonomi.

Anda mungkin juga menyukai