Anda di halaman 1dari 11

KERTAS CADANGAN

PROJEK INOVASI DALAM PENGAJARAN DAN


PEMBELAJARAN

PERMAINAN WAYANG KULIT


DALAM TOPIK BAYANG- BAYANG

TARIKH

10 MAC 2015

TEMPAT

SEK. KEB. SUNGAI DURI


KERTAS CADANGAN PROJEK INOVASI DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

DISEDIAKAN OLEH :

SITI MARIAM BINTI ISMAIL


820918-02-5660
PPG-SCE B/018/06/11

T4 SEMESTER 2

TEMPAT : SEK. KEB SUNGAI DURI

PERMAINAN WAYANG KULIT DALAM TOPIK BAYANG-BAYANG

1.0
1. PENGENALAN

Pendahuluan
Internship merupakan salah satu program latihan yang bertujuan untuk mengembang

serta mengaplikasikan pengetahuan, kemahiran dan pengalaman sedia ada sebagai seorang

guru. Pelajar Guru dikehendaki merancang, melaksana dan menilai projek yang berkaitan

dengan pengajaran dan pembelajaran di dalam dan di luar bilik darjah atau aktiviti rutin yang

telah menjadi amalan dan budaya sekolah/tempat bertugas.

Projek inovasi yang telah dipilih ialah Permainan wayang kulit untuk meningkatkan minat

murid dan meningkatkan kefahaman murid Tahun 2 dalam Topik Bayang-bayang. Inovasi yang

dilakukan ialah dari segi kaedah pengajaran dan pembelajaran iaitu menggunakan teknik

belajar sambil bermain. Teknik belajar sambil bermain ini dipilih adalah kerana bermain adalah

satu kaedah pengajaran dan pembelajaran yang berkesan dan bermakna kepada kanak-kanak.

Melalui teknik ini, ia akan mendatangkan keseronokkan dan kepuasan kepada murid-murid

dalam sesuatu pengajaran yang disampaikan. Melalui teknik belajar sambil bermain ini juga,
murid-murid akan dapat menguasai perkembangan dan kemahiran fizikal serta penguasaan

bahasa dari segi perbendaharaan dan tatabahasa. Selain itu, teknik bermain juga memberi

peluang kepada murid untuk mencipta dan mencuba serta membina keyakinan diri. Permainan

wayang kulit diperkenalkan dalam pengajaran dan pembelajaran ini adalah untuk meningkatkan

kefahaman murid berdasarkan pengalaman sedia ada dalam penghasilan bayang-bayang

seterusnya dapat meningkatkan kefahaman dan minat murid dalam topik ini.

2.0 Objektif
2. OBJEKTIF

 Meningkatkan minat murid dalam Topik Bayang-Bayang

 Membina kemahiran berfikir dalam kalangan murid.

 Menjana idea murid.

 Mencungkil bakat murid untuk menghasilkan daya kreativiti dan inovasi dalam kalangan

murid.

 Membantu menyelesaikan masalah dalam proses pengajaran dan pembelajaran seperti

perasaan bosan semasa belajar di dalam kelas secara kaedah tradisional.

 Memupuk sikap bekerjasama dalam kalangan murid.

 Memupuk dan menarik minat murid terhadap matapelajaran Sains.

 Menjadikan matapelajaran Sains adalah mudah kepada murid.


3.0 Rasional
3. RASIONAL

Rasional projek inovasi ini ialah untuk membantu proses pengajaran dan pembelajaran di

dalam kelas. Projek ini adalah satu projek yang dapat menarik minat murid terhadap

pembelajaran menerusi permainan dan seterusnya memberi pengetahuan yang lebih

mendalam tentang topik yang di ajar melalui teknik bermain. Murid-murid akan mendapat ilmu

pengetahuan sambil bermain menerusi permainan wayang kulit. Projek ini juga dapat

mempelbagaikan kaedah pengajaran dan pembelajaran yang boleh digunakan oleh guru di

dalam kelas.

4.0 Kumpulan
4. KUMPULAN SASARAN

sasaran
Murid-murid kelas 2 Iman seramai 27 orang. Murid-murid ini berada dalam kelas ketiga

daripada 5 kelas dalam aliran Tahun 2 yang memerlukan pendekatan yang pelbagai dan kreatif

bagi memberikan penguasaan yang lebih baik dalam topik yang di ajar.

5.0 Pernyataan
5. PERNYATAAN MASALAH
Masalah
Antaranya ialah :

1. Murid tidak meminati matapelajaran Sains.

2. Murid terlalu sukar untuk mengingati fakta.

3. Murid tidak dapat menguasai Tajuk terang gelap ( Topik bayang-bayang)


6.0 Tarikh, Masa dan
6. TARIKH, MASA DAN TEMPAT

Tarikh Tempat
: 10 Mac 2015 (Jumaat)

Masa : 1.40 – 2.40 ptg

Tempat : Kelas 2 Iman

7.0 Cara
7. CARA PELAKSANAAN
Pelaksanaan
Langkah-langkah pengajaran dan pembelajaran inovasi:

1. Murid akan dibahagikan di dalam kumpulan seramai 5 – 6 orang.

2. Guru memberi arahan kepada murid tentang peraturan permainan.

3. Ketua kumpulan yang dilantik dalam setiap kumpulan akan tampil ke hadapan untuk

mengambil bahan seperti gam, guntung, lidi sate, kad tebal dan salotape.

4. Ketua kumpulan akan membahagikan bahan tersebut kepada setiap ahli kumpulan.

5. Setiap murid akan melukis gambar pada kad tebal tersebut mengikut kreativti

masing-masing dan memotong lukisan mereka.

6. Lukisan yang telah dipotong tadi perlu dilekat pada hujung lidi sate.

7. Setiap pasangan dalam kumpulan perlu membawa hasil kerja mereka ke hadapan

kelas untuk dipersembahkan melalui kotak skrin yang telah disediakan, setiap

pasangan perlu berdialog ketika melakukan permainan wayang kulit dan dialog

adalah hasil rekaan mengikut kreativiti masing-masing.

8. Pemenang akan dikira melalui persembahan paling menarik dan menghiburkan.


8.0 Skop dan Limitasi
8. SKOP DAN LIMITASI PROJEK
Projek
Skop projek dijalankan di dalam bilik darjah dan dibantu oleh bahan bantu belajar yang

diedarkan oleh guru bagi melancarkan proses pdp.

9.0 Kepentingan dan


9. KEPENTINGAN DAN IMPAK PROJEK

Impak
Permainan wayang Projek
kulit mampu memberikan keseronokan disamping menambah ilmu

pengetahuan kepada murid-murid. Proses pengajaran dan pembelajaran yang tradisional

seperti ‘chalk dan talk’ akan membuatkan murid berasa bosan di dalam kelas. Manakala sesi

pengajaran dan pembelajaran lebih berkesan dan menarik minat murid apabila penggunaan

bahan bantu belajar dalam permainan. Murid-murid akan tertarik terhadap sesi pengajaran dan

pembelajaran kerana proses untuk mengingat fakta yang melibatkan deria penglihatan dan

deria sentuhan telah diperolehi melalui permainan ini.

10.0 Anggaran
Bil
Kos Barang Kuantiti Harga
1. Manila kad 10 keping RM 5.00
2. Kotak besar 1 kotak RM 3.00
3. lidi sate 27 batang RM 2.60
4. Gam botol 6 botol RM 6.00
5. Pita pelekat 2 gulung RM 4.00
8. kertas minyak 1 keping RM 1.00
9. Hadiah pemenang 6 RM 12.00
Jumlah keseluruhan RM 53.70

11.0 Pelan Tindakan


11. PELAN TINDAKAN PROJEK

Projek
Mula

Taklimat Pelaksanaan Internship


IPG Kampus Pulau Pinang
Perbincangan bersama
guru pembimbing
Pemilihan Projek Inovasi
Penyediaan Kertas Cadangan

Pembinaan Bahan Bantu


Mengajar (BBM)

Pelaksanaan Projek Inovasi

Analisis Kelemahan Laporan Pelaksanaan Internship

Penambahbaikan Analisis Kekuatan

Kesimpulan

Penghantaran Laporan Lengkap


Pelaksanaan Internship ke IPG
Tamat

Jadual Pelaksanaan Projek


JADUAL PELAKSANAAN PROJEK INOVASI

Minggu Inovasi Tindakan


1.  Proses perbincangan bersama guru pembimbing
 Pemilihan projek inovasi
2.  Penyediaan kertas cadangan projek inovasi

3.  Pembinaan bahan bantu mengajar (BBM)

4.  Pelaksanaan projek inovasi


 Laporan pelaksanaan internship dan membuat refleksi bagi

menilai kekuatan dan kelemahan projek


 Membuat penambahbaikan terhadap projek inovasi untuk
kegunaan sesi pengajaran dan pembelajaran akan datang
5.  Penghantaran laporan lengkap internship di unit praktikum IPG

Kampus Pulau Pinang untuk semakan dan penilaian.

12. PENUTUP
Penutup
Secara keseluruhannya, projek inovasi Permainan Wayang Kulit untuk meningkatkan minat

murid Tahun 2 dalam Topik Bayang-Bayang ini memerlukan kerjasama dengan murid semasa

sesi pengajaran dan pembelajaran yang dijalankan. Perbincangan pelajar guru bersama guru

pembimbing juga memantapkan lagi pengembangan idea yang kreatif. Aktiviti Pengajaran dan

Pembelajaran ( PdP ) yang dirancang diharap dapat meningkatkan minat murid dalam Topik

Bayang-Bayang serta memberi impak dalam dunia pendidikan kini yang berbeza dengan era

dahulu.

Disediakan oleh :

...............................................................
(SITI MARIAM BINTI ISMAIL)
Pelajar Guru,
Ambilan Jun 2011 (SCE B),
Program Pensiswazahan Guru (PPG),
IPG Kampus Pulau Pinang.

Disemak oleh : Disahkan oleh :

......................................................... ....................................................

(SALINA BINTI ISMAIL)


Guru Pembimbing,
SK SG DURI

LAMPIRAN
PERATURAN PERMAINAN

1. Setiap murid akan mendapat bahan seperti kad tebal, gam, gunting dan lidi
sate.

2. Setiap murid akan melukis watak haiwan atau tumbuhan pada kad tebal dan
menggunting.

3. Kad yang siap digunting perlu dilekatkan pada lidi sate.


4. Murid dalam berpasangan perlu kehadapan kelas untuk membuat persembahan
wayang kulit dgn menggunakan dialog yang dicipta sendiri bersama pasangan.

5. Pemenang akan dikira berdasarkan persembahan wayang kulit yang paling


menarik kreatif dan menghiburkan.

Anda mungkin juga menyukai