Anda di halaman 1dari 3

Pada zaman yang semakin pesat dengan revolusi perindustrian seperti cendawan yang tumbuh

selepas hujan, semakin banyak remaja yang menghadapi masalah obesiti. Kebanyakan remaja pada
zaman sekarang kurang menjaga bentuk atau fizikal badan mereka. Fenomena ini terjadi kerana para
remaja suka makan makanan segera yang tinggi dengan kalori. Remaja menganggap bahawa obesiti
sebagai satu fenomena biasa. Buktinya, Institut Jantung Negara (IJN) dalam kajiannya pada tahun
2007 melaporkan bahawa 60 peratus remaja telah menghidap penyakit jantung pada tahun
tersebut. Obesiti menimbulkan pelbagai masalah kesihatan seperti penyakit jantung, dan tekanan
darah tinggi. Orang yang mengalami masalah obesiti juga tidak dapat menikmati kehidupan mereka
sepenuhnya kerana badan yang terlalu gemuk sudah semestinya membataskan pergerakan mereka.
Mereka juga akan mengalami tekanan akibat perasaan malu dan rendah diri. Hasil kajian yang
pernah diterbitkan dalam Media Permata di Brunei menunjukkan bahawa peratusan penduduk obes
di negara ini adalah yang tertinggi di Asia. Sepatutnya, setiap individu perlu berpegang teguh serta
mengamalkan cogan kata yang berbunyi badan sihat, otak cerdas. 10 tahun dahulu, obesiti hanyalah
dikenal pasti sebagai faktor risiko kesihatan terutamanya untuk penyakit kardiovaskular khususnya
penyakit jantung. Tetapi sejak 5 tahun kebelakangan, bersandarkan penemuan saintifk baru,
masalah obesiti ternyata adalah satu penyakit yang membawa kesan buruk terhadap kesihatan dan
menyumbang kepada penyakit-penyakit serius pada individu yang terdedah kepada obesiti
terutamanya penyakit jantung dan diabetes (1, 2). Negara Amerika Syarikat mencatatkan pada tahun
2003 - 2004 seramai 32.2% orang dewasa adalah obese (3). Manakala statistik di Malaysia melalui
National Health Morbidity Survey yang di jalankan pada tahun 2011 mencatatkan 15.1% rakyat
Malaysia berumur 18 tahun ke atas adalah obese. Ini menunjukkan peningkatan berbanding dengan
14% pada tahun 2006. Ini bermakna seramai 2.6 juta populasi dewasa di Malaysia adalah obese
menjadikan Malaysia negara tertinggi mempunyai kadar obesiti di kalangan negara-negara asia
tenggara (4). Oleh kerana kadar obesiti yang tinggi dan penyebab kepada penyakit-penyakit kronik,
saringan obesiti hendaklah di jalankan di premis kesihatan terutamanya di premis kesihatan
Kementerian Kesihatan Malaysia.Persoalannya, apakah punca-punca masalah kegemukan dalam
kalangan remaja yang semakin mewabak pada era ini?

Masalah obesiti sebenarnya berlaku disebabkan oleh cara hdup yang tidak sihat seperti tidak
menjaga pemakanan seharian. Pengambilan makanan yang berlemak tinggi dan terlalu manis boleh
membawa kepada masalah kegemukan. Cara memasak seperti menggoreng juga boleh menjadi
penyumbang kepada pengumpulan lemak dalam badan. Untuk mengelakkan obesiti yang berpunca
daripada masalah ini, kita hendaklah makan lebih banyak sayur, buah-buahan dan sumber protein
yang lain seperti ikan. Kita juga hendaklah mengurangkan penggunaan minyak untuk menggoreng
makanan dan memasak dengan cara mengukus, membakar atau merebus.

Selain daripada itu, sikap malas dan tidak suka bersenam juga menjadi punca berlakunya masalah
obesiti. Apabila kita terlalu memanjakan tubuh dengan cara tidak melakukan sebarang pergerakan
senaman, lemak akan terus terkumpul dalam badan kita. Akhirnya badan kecil menjadi tembam,
gempal, dan gemuk. Oleh itu, kita mesti melakukan senaman sekurang-kurangnya 3 kali seminggu
selama 30 minit. Antara senaman yang boleh dilakukan oleh mereka yang malas atau sukar
melakukan pergerakan ialah berjalan kaki pantas, berenang, atau bermain badminton. senaman ini
dapat mengelakkan kecederaan.

Di samping itu, peningkatan restoran makanan segera dan penjualan makanan dalam bungkusan
atau tin turut menjadi satu punca obesiti. Restoran makanan segera seperti KFC, Mcdonald, Ayamku,
dan Pizza Hut digemari ramai penduduk Brunei terutama mereka yang bekerja kerana mereka tidak
perlu lagi bersusah payah untuk memasak makanan selepas penat bekerja. Walaupun makanan yang
disediakan oleh restoran makanan segera ini menyelerakan, orang ramai harus sedar bahawa
pengambilan makanan ini haruslah dikurangkan kerana makanan ini tidak berkhasiat dan
mengandungi kadar garam, gula, dan lemak yang tinggi.

Kesimpulannya, masalah obesiti hendaklah diatasi untuk mengelakkan perkara buruk yang timbul
sebagai akibatnya. Obesiti yang berpunca daripada pemakanan tidak sihat dan kurang bersenam
dapat dielakkan jika kita mengubah pengambilan makanan, cara memasak, dan lebih kerap
bersenam. Membuang lemak dalam badan bukan perkara mudah untuk dilakukan. Usaha ini
memerlukan kesabaran dan kesungguhan.

Punca masalah obesiti dalam kalangan remaja semakin merebak pada masa ini ialah para remaja
tidak mempraktikkan amalan pemakanan seimbang. Pada zaman revolusi perindustrian ini, banyak
syarikat makanan segera yang berkalori tinggi dan berlemak tinggi. Bagi ibu bapa yang bekerja,
mereka senang dan gembira dengan perkembangan perindustrian makanan segera ini kerana
mereka tidak sempat menyediakan makanan untuk anak-anak lantaran berkejar-kejar ke tempat
kerja. Jadi, anak-anak dibekalkan dengan makanan segera seperti sosej, nuget, burger dan
sebagainya. Senario ini dapat dibuktikan apabila pensyarah dari Unit Makanan dan Kesihatan
Universiti Malaya telah membuat bancian mengenai gaya pemakanan harian bagi remaja. Hasilnya,
sebanyak 70 peratus remaja yang ibu bapanya bekerja terpaksa mengambil makanan segera sebagai
makanan harian. Jelaslah bahawa ibu bapa pada zaman ini lebih mengutamakan hal-hal lain
daripada anak sendiri ibarat anak kera di hutan disusui, anak di rumah mati kelaparan. Tuntasnya,
remaja zaman ini yang tidak mengamalkan pemakanan seimbang telah menatijahkan obesiti dalam
kalangan mereka.

Punca lain bagi masalah kegemukan dalam kalangan remaja kini ialah mereka tidak bersukan dan
beriadah. Fenomena ini terjadi kerana mereka leka dengan hiburan daripada kaca televisyen dan
corong-corong radio, lebih selesa tidur malah sikap mereka sendiri yang malas untuk bersukan atau
beriadah. Remaja yang malas juga tidak suka bersukan mahupun bersosial dengan masyarakat luar.
Remaja lebih gemar melakukan aktiviti yang langsung tidak mendatangkan faedah. Buktinya, kita
sering melihat remaja kini lebih cenderung melepak, merokok, merayau-rayau dan sebagainya.
Mereka berpelesiran ke sana dan ke sini seperti tiada arah tujuan. Sikap ini tentulah tidak
mendatangkan kesedaran kepada para remaja untuk menjaga kesihatan diri. Pendek kata, jelaslah
bahawa remaja yang kurang gemar bersukan dan beriadah telah menyumbang kepada masalah
obesiti yang melanda Malaysia pada alaf baharu ini.

Punca lain tercetusnya masalah kegemukan dalam kalangan remaja juga adalah kerana sikap remaja
itu sendiri. Sikap remaja yang tiada pendirian dan suka terpengaruh menyebabkan mereka suka
mengambil makanan ringan. Bukan itu sahaja, remaja juga tidak mempunyai ilmu pengetahuan
tentang implikasi yang bakal dihadapi oleh mereka jika terlalu banyak mengambil makanan yang
berlemak serta berkalori tinggi yang akhirnya akan mengundang penyakit obesiti. Mereka terlalu
mengikut hawa nafsu. Apabila syarikat pengeluar makanan segera mencipta produk baharu, mereka
akan mengiklankan produk itu kepada orang awam. Cara ini telah menyebabkan remaja terpengaruh
oleh iklan-iklan yang yang indah khabar daripada rupa. Unit Psikologi dari Universiti Kebangsaan
Malaysia telah menyatakan bahawa remaja sekarang kurang kesedaran terhadap kesihatan diri
mereka. Ringkasnya, sikap remaja itu sendiri akan mengundang masalah obesiti.

Kegemukan dalam kalangan remaja juga berpunca daripada sikap ibu bapa yang kurang menjaga
pemakanan anak-anak mereka. Ibu bapa terlalu memanjakan anak-anak bagai menatang minyak
yang penuh sehingga mengikut telunjuk mereka. Apabila anak-anak hendak makan apa-apa pun, ibu
bapa akan memberikannya walaupun makanan tersebut tidak berkhasiat dan kurang sesuai dengan
tumbesaran anak-anak mereka. Ibu bapa akan memenuhi hasrat anak-anak yang ingin makanan
segera seperti yang terdapat di Restoren McDonald, Pizza, KFC dan lain-lain lagi. Unit Kesihatan dari
Hospital Universiti Malaya telah membuat kajian mengenai ayam goreng di KFC bahawa ayam
tersebut mengandungi garam yang tinggi, lemak yang tinggi serta berkalori tinggi yang mengundang
sahaja mengundang obesiti malah turut mengundang penyakit kronik yang lain. Konklusinya,
kegemukan dalam kalangan remaja bertitik-tolak daripada sikap ibu bapa yang kurang menjaga
pemakanan anak-anak mereka sejak kecil lagi.

Secara intihanya, beberapa punca yang telah dibincangkan menjadi pencetus masalah obesiti di
negara kita. Masalah ini kian serius dan membimbangkan semua pihak. Oleh itu, ibu bapa perlulah
menggalakkan anak-anak mereka makan makanan yang berkhasiat. Masyarakat juga haruslah
melakukan anjakan paradigma supaya tubuh badan mereka sihat selaras dengan hasrat kerajaan
yang ingin melahirkan insan yang badan cergas, minda cerdas. Kerajaan juga boleh mengadakan
kempen secara besar-besaran mengenai keburukan obesiti ini. Kempen yang dijalankan juga
sewajarnya secara berketiak ular dan bukan bermusim sahaja atau seperti hangat-hangat tahi ayam
sahaja. Komitmen daripada semua pihak sudah pasti dapat merealisasikan usaha negara untuk
melahirkan masyarakat yang cemerlang, gemilang dan terbilang dalam menuju Wawasan 2020 yang
kita semua impikan.

Anda mungkin juga menyukai