Anda di halaman 1dari 2

Kelebihan Alat Bantu Mengajar ( Buku Skrap )

Penggunaan alat sebenar yang berkesan sebagai alat bantu mengajar (ABM) boleh menarik
minat dan membimbing pelajar dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Dapat meningkatkan dan
mengukuhkan kefahaman pelajar terhadap kandungan pembelajaran. Pelajar dapat mengaplikasikan
dalam kehidupan seharian mereka berkaitan dengan apa yang telah mereka pelajari.

Pelajar yang lemah dan tidak berminat mempelajari matapelajaran pendidikan jasmani adalah
disebabkan tidak dapat memahami kandungan pelajaran yang diajar. Mereka tidak dapat
membayangkan secara intuitif perkaitan antara kemahiran yang dipelajari dengan keadaan yang
sebenar. Penggunaan alat yang sebenar dalam pengajaran, pelajar akan lebih memahami dengan
mendalam apa yang disampaikan.

Alat bantu mengajar merupakan segala kelengkapan yang digunakan oleh guru untuk
membantunya dalam menyampaikan pengajaran di dalam bilik darjah (Kamaruuin Hussin, 1986, m/s
133). Minat adalah sesuatu yang boleh dibentuk dan dikembangkan. Ianya memerlukan bimbingan
daripada orang disekeliling pelajar. Menurut Abu Zahari, (1988, dalam Rohani Kasmani, 1999, m/s 5),
mengatakan minat dan kecenderungan memainkan peranan untuk mempengaruhi pencapaian pelajar.
Dapat membantu pelajar memperkukuhkan dan mengaplikasikan hasil pembelajaran yang dipelajari
oleh mereka.

Penggunaan alat sebenar sebagai ABM berkesan dan mampu menarik minat pelajar terhadap
proses pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas. Perkaitan Penggunaan Alat Bantu Mengajar
(ABM) Dengan Kefahaman Konsep Matapelajaran Pendidikan Jasmani. Boleh digunakan untuk
membantu mencapai objektif pembelajaran. Dapat membantu meningkatkan kefahaman pelajar dalam
pengajaran dan pembelajaran. Daya kefahaman pelajar terhadap sesuatu pengajaran dan pembelajaran
adalah tinggi berbanding hanya dengan tertumpu kepada teks dan bahan paparan saja. Penggunaan alat
sebenar dapat memberikan pendedahan dan gambaran sebenar berkaitan yang dipelajari oleh pelajar.
Ciri-ciri penting yang terdapat pada alat sebenar dalam pembelajaran adalah memudahkan kefahaman
pelajar kerana dapat melihat benda yang akan dipelajari. Membolehkan pelajar mengaplikasikan apa
yang dipelajari dengan cara pendedahan dan pengalaman yang betul.
Selain itu, alat bantu mengajar yang kami sediakan ini juga menggalakkan pelajar untuk berfikir secara
kritis dan kreatif. Antara kelebihan lain ABM kami iaitu Buku Skrap adalah seperti berikut :

1. Memberi minat dan daya tarikan kepada pelajar berdasarkan kepada rekabentuk dan hiasan
yang menarik.

2. Memudahkan pengajaran guru. Guru hanya perlu menunjukkan buku kepada murid dan
menerangkan kepada mereka.

3. Proses Pengajaran dan pembelajaran menjadi lebih berkesan

4. Memberi kefahaman kepada pelajar dengan mudah dan cepat menggunakan buku skrap yang `
ringkas dan mudah difahami.

5. Menggalakkan penglibatan pelajar di dalam bilik darjah dengan menyuruh pelajar menjawab
soalan yang terdapat dalam buku skrap.

Anda mungkin juga menyukai