Anda di halaman 1dari 4

WARTAWAN: KEMAHIRAN BAHASA PENTING

SETIAP hari kita akan membaca berita-berita dan rencana di surat khabar atau
majalah.

Kita juga mendengar berita di radio atau menonton siaran berita di televisyen.

Pelbagai berita dan peristiwa disiarkan dan dilaporkan kepada kita melalui media
massa.

Siapakah yang melakukan tugas yang mulia ini? Sudah tentu ia dilakukan oleh
wartawan dan wartawan penyiaran untuk media elektronik.

Tugas mereka ialah membuat liputan tentang peristiwa, kejadian, aktiviti dan
sebarang kejadian yang boleh dijadikan bahan berita dan cerita untuk dilaporkan
kepada pembaca, pendengar dan penonton.

Selain itu, kerjaya wartawan akan memberi peluang untuk bertemu dengan
pelbagai golongan masyarakat seperti tokoh pemimpin, ahli politik dan ahli
perniagaan.

Seseorang yang bercita-cita menjadi wartawan perlu mempunyai kemahiran


menulis, mampu menguasai bahasa Melayu dan Inggeris dengan baik serta
berbakat dan juga kreatif dalam menghasilkan idea.

Tanpa memiliki ciri-ciri ini agak sukar bagi seseorang itu bertugas sebagai
wartawan kerana kerjaya ini memerlukan seseorang itu menulis dan mengarang
berita dan rencana dengan baik dan difahami.

Mereka juga perlu menemu ramah sesiapa sahaja yang diperlukan sama ada
dalam bahasa Melayu atau bahasa Inggeris.

Sebagai wartawan, setiap hari mereka akan diberi tugasan membuat liputan
peristiwa atau menemuramah individu tertentu.

Selepas itu, mereka akan kembali ke bilik berita untuk menulis berita atau
rencana berhubung temu bual tadi.

Kemudian berita atau rencana yang ditulis itu akan disunting oleh pengarang
sebelum dicetak atau disiarkan di media.

Perkembangan pesat industri media cetak dan elektronik akibat perkembangan


ekonomi negara pula telah membuka peluang yang banyak kepada kerjaya
kewartawanan khususnya di sektor swasta.
Banyak syarikat media cetak dan elektronik beroperasi yang beroperasi pada
masa kini memerlukan tenaga kerja di bidang kewartawanan.

Selain itu, agensi kerajaan dan syarikat swasta juga memerlukan pegawai atau
kakitangan yang mampu menulis dan mengarang mengenai pencapaian agensi
dan syarikat masing-masing dengan tujuan menghebahkannya kepada umum.

Walaupun para lulusan dalam bidang kewartawanan dari universiti atau institusi
pengajian tinggi (IPT) berpeluang menceburi bidang ini, sejak akhir-akhir ini,
banyak syarikat media cetak dan elektronik cenderung memilih calon-calon yang
mempunyai pengkhususan di bidang tertentu.

Ini kerana mereka mempunyai pengetahuan mendalam serta lebih memahami


bidang mereka berbanding calon yang hanya mempunyai kelulusan dalam
bidang kewartawanan.

Calon yang tidak mempunyai asas kewartawanan akan dilatih oleh syarikat-
syarikat media cetak atau elektronik.

Kerjaya kewartawanan mampu menawarkan gaji yang lumayan dengan gaji


permulaan di sekitar RM1,500 serta ganjaran lain berdasarkan kelayakan
akademik dan pengalaman kerja.

Beberapa universiti dan IPT menawarkan pengkhususan di bidang


kewartawanan iaitu Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Universiti Sains
Malaysia (USM) dan Universiti Teknologi Mara (UiTM) di peringkat sarjana
muda.

Sementara itu, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Universiti Malaya


(UM), Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS), Universiti Putra Malaysia (UPM),
Universiti Utara Malaysia (UUM) dan Universiti Malaysia Sabah (UMS) pula
menawarkan kursus Komunikasi Massa yang juga menjadi asas kepada bidang
kewartawanan.

Semasa pengajian, para pelajar akan didedahkan dengan kursus-kursus


kewartawanan termasuk penghantar komunikasi, prinsip-prinsip kewartawanan,
laporan dan penulisan berita, pemberitaan dan penyuntingan, pengucapan
awam, grafik dan reka letak, penulisan rencana, terjemahan, komunikasi foto,
undang-undang komunikasi, pengurusan akhbar dan isu-isu semasa Malaysia.

Bagi yang memiliki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau lain-lain kelulusan yang
bukan di bidang kewartawanan tetapi ditawarkan kerjaya ini dikehendaki
mengikuti latihan kewartawanan untuk tempoh tiga bulan atau lebih di syarikat
mereka bekerja.
Ciri-ciri peribadi yang diperlukan

1. Berminat dengan kerjaya ini


2. Mempunyai kemahiran menulis
3. Menguasai bahasa Melayu dan Inggeris
4. Memiliki bakat serta kreatif
5. Sanggup bertemu dan menemu bual individu pelbagai peringkat
6. Sanggup bekerja tanpa mengira masa dan tempat
7. Berpengetahuan luas dalam pelbagai bidang
8. Rajin mengikuti perkembangan semasa

Syarat menceburi bidang ini

Individu yang berminat menjadikan bidang kewartawanan sebagai kerjaya harus


memiliki sekurang-kurangnya SPM serta mendapat kepujian bahasa Melayu dan
Inggeris.

Bagi yang memiliki diploma atau ijazah di bidang kewartawanan atau komunikasi
mereka lebih berpeluang untuk menceburi bidang ini.

Calon-calon yang memiliki diploma atau ijazah dari bidang lain juga boleh
memohon kerjaya ini.

Syarat melanjutkan pengajian

Pelajar perlu lulus dengan baik peperiksaan SPM/SPMV serta kepujian bahasa
Melayu, Inggeris dan Matematik.

Selain itu, pelajar perlu mendapat prinsipal yang baik di peringkat Sijil Tinggi
Persekolahan Malaysia (STPM). Ini kerana pengambilan di kebanyakan universiti
atau IPT memerlukan kelulusan STPM untuk melanjutkan pengajian terus ke
peringkat ijazah sarjana muda.

Pelajar juga boleh mengikuti pengajian ini selepas selesai program matrikulasi
dan syaratnya tetap sama iaitu lulus SPM dengan kepujian bahasa Melayu,
Inggeris dan Matematik.

Di UIAM, bahasa Inggeris atau Arab adalah bahasa penghantar.

UKM juga ada menawarkan kursus ini secara Pengajian Jarak Jauh manakala
UiTM turut menawarkannya menerusi program luar kampus.
Syarat yang diperlukan adalah seperti kemasukan sepenuh masa yang
memerlukan calon lulus SPM dan STPM atau SPM dan pengalaman kerja.

Anda mungkin juga menyukai