Anda di halaman 1dari 21

PROGRAM DIPLOMA SISWAZAH SAINS KEPOLISAN

SIDANG AKEDEMIK 2019/2021

SKGP ------------ : UNDANG-UNDANG DAN PENGADILAN JENAYAH

PENSYAYAH : PROF MADYA SHAMSUDDIN BIN

TAJUK TUGASAN:

KEPENTINGAN UNDANG-UNDANG CYBER DI MALAYSIA

NAMA PELAJAR : WAN HARYADI (P )


NAMA PELAJAR : ENON ANAK LIAM (P)
NAMA PELAJAR : SYAHREZAHELMY BIN MOHD RAZALI (P 102688)
NAMA PELAJAR : MAZULKI BIN (P 102689)
i

KANDUNGAN

Ha

laman

1.0 Pendahuluan 1

2.0 Latar Belakang 1

3.0 Definisi 3

Rujukan 19
1

PENDAHULUAN.

1.1 Perkembangan teknologi sememangnya bukanlah menjadi satu perkara yang baru dalam
peredaran zaman serba moden dan canggih ini. Ia tidak boleh dinafikan bahawa setiap tahun
teknologi ini tanpa disedari terus bertambah dan berkembang menjadi lebih baik lagi, bahkan
perkembangan teknologi ini sudah terjadi sejak berabad-abad dahulu lagi. Salah satunya adalah
penggunaan komputer yang digunakan sejak Perang Dunia II dan terus mengalami
perkembangan sehingga ke hari ini. Teknologi dalam bidang informasi dan komunikasi
sememangnya menjadi teknologi utama yang sering mengalami kemajuan hingga sekarang.
Teknologi ini telah berkembang sejak sekian lama, malah ianya bermula semenjak zaman
prasejarah lagi. Meskipun istilah teknologi belum wujud pada ketika itu, namun manusia
prasejarah telah cuba berkomunikasi dengan cara menzahirkan seluruh aktiviti ke dalam bentuk
gambar yang biasanya dilukis pada dinding-dinding gua yang menjadi kediaman mereka.

1.2 Kemudian, cara berkomunikasi ini terus berkembang dari menggunakan gambar lukisan
gua ke bahasa isyarat hingga terciptanya alat seperti kentong yang terbuat dari batang kayu untuk
menyampaikan informasi, serta penggunaan simbol-simbol seperti pictograf untuk
melambangkan huruf. Idea ini terus berkembang dari tahun ke tahun abad ke abad sehingga
wujudnya teknologi stim dan wap, telefon dan komunikasi, tenaga elektrik dan lain-lain
teknologi asas sebelum perang dunia pertama lagi. Teknologi kemudiannya terus berkembang
menjadi lebih komplek, canggih dan terkini yang merangkumi ruang lingkup yang meluas
terhadap peradaban manusia sehingga ke hari ini.

2. LATAR BELAKANG

Sebelum kita mendalami apakah yang dikatakan sebagai Gerakan Alternatif, kita lihat dahulu
apakah yang dimaksud dengan Perubahan Sosial (Social Change). Ini kerana Gerakan Alternatif
merupakan salah satu cabang perkara yang terkandung di dalam Perubahan Sosial. Secara umum,

pengertian perubahan sosial adalah suatu perubahan yang terjadi di dalam masyarakat yang
berhubung kait dengan pola pemikiran, sikap sosial, norma kehidupan, nilai-nilai kehidupan, dan
berbagai pola tingkah laku manusia di dalam masyarakat. Perubahan Sosial juga adalah
merupakan satu perubahan besar yang mana ada kalanya berlaku dengan secara tidak rasmi yang
melibatkan kelompok individu atau organisasi yang membei tumpuan terhadap isu politik atau
sosial yang tertentu. Dalam erti kata lain, mereka menjalankan, menentang atau menidakkan
Perubahan Sosial. Mereka menyumbangkan cara Perubahan Sosial dari peringkat bawah dalam
sesebuah negara (masyarakat) Derik, Shannon (2011-01-01). Pada tahun 1966, seorang ahli
Antropologi Kebudayaan iaitu David F. Aberle telah menemukan 4 jenis gerkan sosial yang
terkandung dalam Perubahan Sosial iaitu:-

i. Alternatif.

ii. Penebusan.

iii. Reformatif.

iv. Revolusioner.

3. DEFINISI

Gerakan Alternatif (Alternative Movement)

Dalam ilmu Sosiologi, Gerakan Alternatif atau pergerakan Alteratif merujuk kepada pergerakan
atau perubahan sosial yang bertujuan untuk mengubah masyarakat. Mereka mengubah
sekumpulan kecil orang dan tingkah laku tertentu, dan cuba untuk mengubah tingkah laku
individu berkaitan dengan masalah itu. Kendall, Diana (2008-12-02). Ianya merupakan salah satu
daripada empat pergerakan sosial utama dalam ilmu Sosiologi iaitu Pergerakan Alternatif,
Pergerakan

3
Penebusan, Pergerkan Reformatif, dan Pergerakan Revolusioner. Mothers Again Drunk Driving
(MADD), adalah salah satu Gerakan alternatif yang telah wujud yang berusaha untuk mengubah
tingkah laku pemandu kenderaan yang mabuk. MADD telah menyebabkan undang-undang
pemanduan digubal dengan lebih ketat dan dengan itu telah mengubah tingkah laku orang.
Conly, Dalton (2008).

4. ISU – ISU TERKINI YANG BERKAITAN

4.1 Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM)

Angkatan Belia Islam Malaysia atau lebih dikenali sebagai ABIM telah ditubuhkan dalam tahun
1971. Proses kebangkitan Islam di Malaysia telah memberi impak yang besar terhadap
perubahan dan pengamalan gaya hidup Islam dalam kalangan masyarakat Muslim, sekali gus
melahirkan kesedaran mendalam terhadap penghayatan dan amalan beragama. ABIM telah
memainkan peranan sebagai sebuah pertubuhan bukan kerajaan yang mewakili belia Islam dan
bertindak sebagai sebuah kumpulan yang mendesak dalam melaksanakan pelbagai tuntutan dan
melaksanakan pelbagai program yang memberi kesan besar terhadap masyarakat. Kebangkitan
semula Islam di Malaysia dilihat sebagai kesan daripada kebangkitan Islam global yang berlaku
di seluruh dunia pada tahun 1970-an.

Peranan dan sumbangan ABIM dalam mewujudkan generasi Islami adalah untuk
memberikan kesedaran Islam teruamanya terhadap pelajar Islam yang dalam jangka masa
Panjang akan dapat melahirkan golongan muda Islam yang komited terhadap agama Islam.
Tambahan pula, tumpuan juga diberikan terhadap peranan dan sumbangan ABIM dalam kegiatan
dakwah melalui penyebaran idea Islamisasi serta penubuhan institusi yang tertentu dan
mewujudkan hubungan baik dengan orang bukan Islam dan masyarakat antarabangsa.

4
Perkara tersebut dapat dilihat melalui kejayaan ABIM mempelopori proses perubahan
yang membawa kepada lahirnya satu generasi Islam yang komited terhadap Islam terutamanya di
institusi pengajian tinggi. Perubahan ini yang turut disokong oleh aktiviti yang bercorak
pengetahuan yang dianjurkan oleh ABIM, seperti mewujudkan kumpulan usrah, menerbit dan
menterjemah buku-buku Islam. Sebagai sebuah organisasi belia berasaskan Islam dan bukan
kerajaan, ABIM juga telah berjaya menjalankan fungsinya dalam menyatukan umat dengan
mengambil inisiatif memberikan pandangan tentang idea-idea bukan partisan dan mewujudkan
pemikiran Manhaj Maliziy kerana Malaysia adalah masyarakat berbilang kaum yang berbeza
daripada kebanyakan negara lain. Yaacob, Norazlan Hadi (2017).

4.1.2 Al – Arqam

Al-Arqam merupakan satu nama yang tidak asing lagi dalam masyarakat kita. Al-Arqam terkenal
sebagai sebuah pertubuhan bukan kerajaan yang menjalankan aktiviti dakwah yang cukup
kontroversi suatu ketika dahulu. Pertubuhan ini mengundang banyak tanggapan negatif kerana
penampilan dan perbezaan ajaran agama Islam yang dibawa. Al-Arqam diasaskan oleh Ashaari
Muhammad atau lebih dikenali dengan gelaran ‘Abuya’ oleh para pengikutnya. Pada awal
penubuhannya, iaitu pada tahun 1968, hanya 10-12 orang ahli sahaja yang berdaftar. Namun
begitu, peningkatan ahli dapat dilihat apabila pada tahun 1976 seramai 40 orang ahli telah
berdaftar dan bernaung di bawah pertubuhan Al-Arqam dan secara mendadak telah mencatat
sekitar 5, 000 – 6, 000 ahli sehingga tahun 1987. Mengikut rekod Bahagian Hal Ehwal Islam
Jabatan Perdana Menteri, pada tahun 1994 dianggarkan pengikut fanatik Al-Arqam adalah
seramai 6, 000, manakala 15, 000 lagi pengikut yang bersimpati. Pengikut Al-Arqam kalau
diikutkan tidak lah seramai mana, namun bertebaran di seluruh pelosok negeri, malah ada juga
yang menetap di pelbagai negara. Senang sahaja untuk mengenali identiti pengikut Al-Arqam
ini. Mereka kebanyakannya akan memakai jubah. Kadangkala berwarna hijau kadangkala hitam,
berserban dan bercelak. Bagi pengikut perempuannya pula, mereka akan mengenakan jubah serta
memakai purdah.

Bagaimana pula Al-Arqam ini menjalankan aktivitinya? Pada 1977, Al-Arqam mula
5
melebarkan sayap pertubuhannya dengan meneroka di bidang ekonomi. Beberapa jenis
perniagaan makanan diceburi dan terbuktinya banyak kemunculan kilang-kilang makanan halal
yang berteraskan Islam dibuka. Al-Arqam juga mula membuka kedai-kedai perniagaan.
Pengikut Al-Arqam juga bijak dalam meneroka dan menggunakan teknologi-teknologi moden
dan media massa bagi mempromosikan perniagaan-perniagaan mereka. Mereka menggunakan
saluran media elektronik dan media cetak untuk menyampaikan segala maklumat kepada
pengikutnya. Akhbar Al-Arqam edisi Jawi mula diterbitkan khas untuk para pengikutnya
mendapat maklumat terkini berkenaan pertubuhan itu.

Seterusnya, Al-Arqam telah mula menunjukkan minat dalam meneroka bidang perubatan.
Pada tahun 1978, Al-Arqam telah membuka klinik di serata tempat termasuklah beberapa
cawangan klinik mereka di Melaka dan di Kedah. Pada tahun 1980, kumpulan ini telah menjadi
semakin kukuh apabila mula mengembangkan sayap dakwah dan perniagaannya ke luar negara
bermula dengan di sekitar Asia Tenggara dan kemudiannya berkembang hingga ke Eropah. Pada
zaman kemuncaknya, kumpulan Al-Arqam mempunyai 24 markas atau cawangan di serata
dunia. Sebagai contoh, di Indonesia, organisasi ini menjadi begitu kukuh dan mantap apabila
mereka berupaya mewujudkan puluhan kilang-kilang memproses makanan halal di Jakarta
hingga ke Aceh di samping mewujudkan peluang-peluang perniagaan dan pekerjaan kepada
kalangan jemaahnya.

Pada tahun 1993, Pertubuhan Al-Arqam telah menubuhkan Al-Arqam Group of


Companies (AGC). Sebanyak 22 buah anak syarikat milik jemaah Al-Arqam ini diletakkan di
bawah pimpinan AGC. Setelah itu, Al-Arqam membuka pusat perhubungan antarabangsanya
di Islamabad, Pakistan dan diberi nama Al-Arqam International Centre (AIC). Namun begitu,
langit tidak selalunya cerah. Pada tahun 1994, Al-Arqam telah diharamkan kerana disyaki
membawa ajaran songsang dan lari daripada ajaran Islam yang sebenar. Ia dikatakan membawa
ajaran dan fahaman yang bertentangan dengan akidah dan syariah Islam sekali gus
mengakibatkan syirik. Selepas pengharaman Al-Arqam, Ashaari Muhammad telah membuka
empayar baru dikenali sebagai Rufaqa yang mempunyai lebih 500 rangkaian perniagaan dalam
dan luar negara.
6
Antara lain, syarikat ini terlibat dalam sektor jualan runcit, multimedia, penjagaan kesihatan,
dobi dan motivasi. Menerima nasib yang sama seperti Al-Arqam Group of Companies, Rufaqa
juga mendapat tekanan daripada pihak berkuasa. Pada tahun 2006, syarikat ini diserbu oleh pihak
berkuasa kerana dikatakan cuba menghidupkan semula kumpulan Al-Arqam yang diharamkan
itu. Syarikat Global Ikhwan Sdn Bhd pula ditubuhkan untuk menyambung empayar organisasi
Al-Arqam. Ia mempunyai 700 cawangan di seluruh dunia termasuk England, German, New
Zealand, Australia dan Iran yang memfokuskan lebih kepada perniagaan pasar raya, kedai dobi
dan pemprosesan makanan. Tidak lama kemudian, beberapa kakitangan Global Ikhwan Sdn.
Bhd. telah ditahan di Arab Saudi. Ini kerana terdapat satu laporan yang dibuat mengatakan
penglibatan syarikat ini dalam kegiatan ajaran sesat di Tanah Suci Mekah. Pengasasnya Al-
Arqam, Ashaari Muhammad telah meninggal dunia di Hospital Ipoh pada 13 Mei 2010, akibat
jangkitan kuman pada paru-paru.

Secara kesimpulannya, Al-Arqam adalah satu pertubuhan bukan kerajaan yang telah
berjaya membentuk akhlak peribadi ahlinya agar lebih mulia. Ketika pertubuhan dakwah lain
jauh ketinggalan dalam soal ekonomi, mereka sudah berjaya membentuk suatu jenama
perniagaan di bawah label Al-Arqam. Penyebaran dakwah Al-Arqam dilakukan melalui bidang
pendidikan, penerangan, penerbitan buku dan majalah, perniagaan, perubatan dan pertanian.
Terlalu banyak yang boleh diperkatakan tentang pertubuhan Al-Arqam ini, namun yang lebih
menarik adalah bagaimana mereka berjaya membina empayar perniagaan mereka sendiri. Sistem
ekonomi Al-Arqam mendapat pujian pelbagai pihak dan pengaruh Al-Arqam meluas hingga ke
peringkat antarabangsa. Penglibatan Al-Arqam dalam kegiatan perniagaan memecahkan
monopoli orang bukan Islam dalam bidang ekonomi, seterusnya menjadi pemangkin kepada
penglibatan umat Islam dalam bidang perniagaan, perusahaan dan peruncitan. Sekaligus
memberikan pilihan dan berbelanja bagi masyarakat islam di negara ini. Tidak dinafikan aspek
kewangan sangat penting untuk keberlangsungan sesuatu pertubuhan, namun tidak bagi Al-
Arqam itu sendiri. Terdapat banyak lagi faktor kejayaan yang boleh diambil kira seperti aspek
kepimpinan, keagamaan, keilmuan dan keintelektualan, pengikut, pengurusan, pembinaan dan
lainnya. Al-Arqam juga telah dapat melahirkan golongan usahawan yang mampu bersaing dalam
pasaran terbuka.
7

4.1.3 Bersih

Bersih bermaksud Gabungan Pilihanraya Bersih dan Adil. BERSIH telah ditubuhkan dengan


anggota komitinya dianggotai oleh Pertubuhan Suara Rakyat Malaysia (Suaram), Women’s
Development Collective (WDC) dan Writers Alliance for Media Independence (WAMI).
BERSIH telah dilancarkan secara rasmi pada 23 November 2006 di lobi bangunan Parlimen
Malaysia. Ia dihadiri oleh pemimpin parti politik dari pembangkang dan pertubuhan bukan
kerajaan, termasuk Dr Wan Azizah Wan Ismail, selaku Presiden PKR, Sivarasa Rasiah -
Timbalan Presiden PKR, Setiausaha Am DAP - Lim Guan Eng, Setiausaha Publisiti Kebangsaan
DAP dan MP Seputeh Teresa Kok, Timbalan Presiden PAS Nasharudin Mat Isa, Ketua Pemuda
PAS - Salahudin Ayub, Setiausaha Am PSM S. Arutchelvan, Kongres Persatuan Pekerja
Malaysia - Syed Shahir Syed Mohamud, Esekutif Direktor WDC - Maria Chin Abdullah dan
Esekutif Direktor SUARAM - Yap Swee Seng.

BERSIH telah menganjurkan perhimpunan pertamanya yang mendapat sokongan hampir


100,000 orang yang berkumpul di Dataran Merdeka pada hari Sabtu, 10 Oktober 2007 jam 3.00
petang. 26 badan bukan kerajaan (NGO) dan parti pembangkang turut serta. Pemimpin yang
terlibat ialah Lim Kit Siang, Anwar Ibrahim, Dr Wan Azizah Wan Ismail, Abdul Hadi
Awang bagi menyerahkan memorandum kepada wakil Istana Negara. Agenda Bersih ialah
membawa perubahan berterusan dan Malaysia Baru iaitu mengukuhkan institusi dan sistem
pentadbiran negara. Secara khusus, lima tuntutan BERSIH adalah :

i. Pilihan Raya Bersih.

Sistem pilihan raya kita masih lagi tidak bebas dan adil. BERSIH akan meneruskan
tuntutan untuk mereformasikan sistem pilihan raya supaya hak rakyat untuk memilih
kerajaan terpelihara.
8
ii. Agenda Reformasi:

Mempertahankan hak untuk mengundi, termasuk menurunkan umur mengundi; dakwat


kekal yang berkualiti; tempoh berkempen minima selama 21 hari; pendaftaran pengundi
secara automatik; dan proses pengundi tidak hadir yang inklusif, telus, dan
berakauntabiliti. BERSIH juga menuntut menggesa persempadanan semula kawasan
pilihan raya yang adil, berakauntabiliti, dan berlandaskan prinsip dan tujuan asas
Perlembagaan Negara.

Selain itu, mereka juga mahukan akses media yang adil untuk parti politik dan calon,
dan kebebasan media dan wartawan. peruntukan masa siaran yang seimbang untuk parti
politik dan penganjuran debat antara calon Perdana Menteri.

iii. Kerajaan Bersih.

Keyakinan awam terhadap kerajaan dan institusi untuk membanteras korupsi telah
menjunam, terutamanya dalam isu salah urus skandal 1MDB. Korupsi yang berleluasa
dan beterusan telah memberi kesan kepada rakyat Malaysia melalui kenaikan kos sara
hidup, GST, dan pemotongan belanjawan. Pentadbiran kerajaan yang bersih, telus, dan
berakauntabiliti amat diperlukan.
iv. Agenda Reformasi.

Mereka menuntut Kerajaan yang bersih meliputi perkara seperti memulihkan


pengasingan kuasa eksekutif, perundangan, dan kehakiman untuk mengelakkan
penyalahgunaan kuasa oleh kerajaan. Mereka juga menuntut agar kuasa eksekuif
disentralisasikan atau berpusat di semua peringkat termasuk larangan terhadap Perdana
Menteri untuk turut memegang jawatan selaku Menteri Kewangan. BERSIH juga
menuntut agar deklarasi aset secara terbuka dilakukan oleh Menteri-menteri kabinet dan
penjawat-penjawat awam kanan. Bersih juga menuntut pengasingan kuasa Peguam
Negara dan Pendakwa Raya untuk mengelakkan campur tangan yang tidak wajar dari
pihak-pihak yang berkepentingan.
9
Mengukuhkan institusi seperti MACC, PDRM, dan lain-lain badan berkanun, dan
memastikan Suruhanjaya-suruhanjaya penting bertanggungjawab terus kepada Parlimen.
Mereka juga mencadangkan agar menggubal dan melaksanakan undang-undang
kebebasan maklumat di peringkat negeri dan negara.

v. Memperkukuhkan Demokrasi Berpalimen.

Menunut fungsi parlimen dikukuhkan untuk memulihkan keyakinan masyarakat. Pihak


pembangkang dan kerajaan perlu diberi ruang untuk mendebatkan atau mencadangkan
undang-undang dan dasar-dasar awam supaya pendapat rakyat diberi pertimbangan yang
sewajarnya, di samping menyelia agensi-agensi kerajaan.

vi. Agenda Reformasi.

Meningkatkan bilangan Jawatankuasa Parlimen untuk menambahbaik kualiti penggubalan


undang-undang dan pengawasan kerajaan serta proses penetapan agenda yang bersifat
multipartisan dan inklusif. Menuntut dan mencadangkan peruntukan masa perdebatan untuk isu
yang dibawa oleh pihak pembangkang atau backbenchers serta mengembalikan Akta
Perkhidmatan Parlimen.
vii. Hak Membantah.

BERSIH menyatakan hak untuk membantah atau bersuara semakin disekat. Ini
dibuktikan dengan semakin ramai aktivis, ahli politik pembangkang, dan rakyat biasa
yang mengkritik kerajaan telah disiasat dan didakwa di bawah pelbagai akta drakonian
seperti Akta Hasutan. BERSIH menuntut Perubahan agar hak bersuara dihormati dan
dilindungi.

viii. Agenda Reformasi.


a. Meminda akta-akta yang melanggar kebebasan bersuara, berhimpun, dan
berbersatuan seperti Kanun Keseksaan, Akta Polis 1967, Akta Keterangan
1950, Akta Komunikasi dan Multimedia 1998, Akta Mesin Cetak dan
Penerbitan 1984, dan lain-lain.
10
b. Menubuhkan Suruhanjaya Bebas Aduan dan Salah Laku Polis (IPCMC)
untuk membendung salahlaku pihak polis dan mengukuhkan kauntabiliti
awam.

c. Memansuhkan akta-akta yang represif, seperti Akta Hasutan 1948, Akta


Majlis Keselamatan Negara 2015, Akta Kesalahan Keselamatan 2012
(SOSMA), Akta Pencegahan Jenayah (POCA), Akta Pencegahan
Keganasan 2015, dan Akta Perhimpunan Aman 2012.

ix. Memperkasakan Sabah Dan Sarawak.

BERSIH menyatakan telah berlaku ketidak telusan dalam Pilihan Raya Negeri Sarawak
yang berlangsung sebelum ini menunjukkan berlakunya sogokan dan penyalahgunaan
kuasa dan aset kerajaan secara berleluasa. Selain itu, persempadanan semula kawasan
pilihan raya negeri Sarawak pada tahun lepas telah dilakukan dengan tidak adil dan
melibatkan peningkatan bilangan kerusi yang tidak wajar. Kejadian tersebut mungkin
akan berlaku di Sabah, di mana bilangan kerusi Dewan undangan Negeri telah ditambah.
Tanpa demokrasi yang kukuh, tuntutan untuk autonomi Sabah dan Sarawak tidak akan
tercapai, dan sebaliknya penjajahan dalaman dan ekploitasi oleh golongan elite dari
peringkat persekutuan dan negeri akan berterusan.

x. Agenda Reformasi.

a. Melaksanakan proses persempadanan semula yang adil dan


berakauntabiliti untuk Sabah.
b. Proses pengundi tidak hadir yang inklusif, telus, dan berakauntabiliti
untuk semua rakyat Malaysia, termasuk pengundi Sabah dan Sarawak yang
menetap, bekerja, atau sedang belajar di luar negeri.
11

c. Kebebasan berkempen dan akses media yang bebas untuk memastikan


pengundi Sabah dan Sarawak boleh membuat pilihan yang bermaklum
dalam pilihan raya

d. Menghapuskan pembelian undi dan sogokan dan penyalahgunaan kuasa


dan
aset kerajaan dalam pilihan raya umum dan negeri (Sabah) yang akan
datang.

e. Disentralisasi untuk menguatkan kuasa pentadbiran Sabah dan Sarawak.

5. TOKOH-TOKOH YANG TERLIBAT

5.1 DATO’ SERI ANWAR BIN IBRAHIM

Dato' Seri Anwar bin Ibrahim adalah pengasas Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM). Beliau
dilahirkan pada 10 Ogos 1947 di Ceruk Tok Kun, Bukit Mertajam, Pulau Pinang. Bapanya Datuk
Haji Ibrahim Abdul Rahman ialah bekas ahli Parlimen dan Setiausaha Parlimen Kementerian
Kesihatan. Manakala ibunya ialah Che Yan Abdul Hamid Hussein ialah ahli pidato Pergerakan
Wanita UMNO. Semasa kecil, beliau sering dibawa ke majlis-majlis ceramah wanita. Pada 26
Februari 1980, beliau berkahwin dengan Datin Seri Dr Wan Azizah Datuk Ismail, seorang
penuntut Royal College of Surgeons, Dublin, Ireland yang kemudiannya bertugas di klinik mata
di Hospital Universiti, Petaling Jaya. Perkahwinannya dengan Datin Seri Wan Azizah
dikurniakan seramai 6 cahaya mata. Anak sulungnya, Nurul Izzah pernah dilantik sebagai Ahli
Parlimen Lembah Pantai, Kuala Lumpur dan Permatang Pauh, Pulau Pinang.
Semasa kecil, beliau bersekolah rendah di Sekolah Kebangsaan Stowell, Bukit Mertajam,
Pulau Pinang. Kemudian, beliau meneruskan pengajian persekolahan menengahnya di Maktab
Melayu Kuala Kangsar (MCKK) dari tahun 1960 hingga 1966. Semasa di MCKK, beliau aktif
dalam Persatuan Bahasa Melayu dan menjadi wakil pemidato sekolahnya. Beliau juga pernah

12

dilantik sebagai Ketua Pengawas MCKK. Selepas itu pada tahun 1967, beliau melanjutkan
pelajaran tinggi di Universiti Malaya dalam Pengajian Melayu (Sastera).

5.1.2 Penglbatan Di Dalam Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM)

Semasa menuntut di pusat pengajan tinggi dari tahun 1968 hingga 1971, Dato’ Seri Anwar
Ibrahim adalah Presiden Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM) dan juga
Presiden Persatuan Bahasa Melayu Universiti Malaya (PBMUM). Pada 1971 beliau telah terlibat
secara langsung dalam ABIM apabila telah dilantik sebagai AJK ABIM selain turut dilantik
sebagai Presiden Majlis Belia Malaysia (MBM). Semenjak dari zaman belia, Dato’ Seri Anwar
Ibrahim merupakan seorang individu yang popular. Beliau dikenali sebagai salah seorang
daripada pengasas Pertubuhan Badan Bukan kerajaan (NGO) priaitu PKIM dan ABIM. Berikut
ialah catatan ringkas kehidupan Dato' Seri Anwar semasa zaman beliau:-

i. Tahun 1968 menjadi Presiden Persatuan Bahasa Melayu Universiti Malaya dan
Presiden Kesatuan Kebangsaan Penuntut Muslim Malaysia.

ii. Tahun 1969 Anwar berganding dengan Drd Mahathir Mohamad berdiri di pentas
PAS menghentam Tunku Abdul Rahman dan menyebarkan surat layang.

iii. Tahun 1971 menubuhkan Angkatan Belia Islam Malaysia, ABIM dengan rakan-
rakan daripada MCKK dahulu.

iv. Menjadi Presiden Majlis Belia Malaysia (MBM)


v. Tahun 1973 Penasihat Majlis Belia Bangsa-Bangsa Bersatu.

vi. Tahun 1979 Menerima Pingat Utama Iqbal 100 Tahun oleh Presiden Zia Ul Haq,
Presiden Pakistan

13

vii. Menerima gelaran Datuk daripada Sultan Ahmad Shah Al-Musta’in Billah ibni
Almarhum Sultan Abu Bakar di Istana Pekan, Pahang dan dari Sultan Selangor
kemudiannya.

5.1.3 Sebagai Tokoh Perubahan Pendidikan.

Dato' Seri Anwar Ibrahim telah memberi impak yang besar terhadap perubahan dan pengamalan
Islam dalam kalangan masyarakat Muslim melalui proses kebangkitan semula Islam di Malaysia,
sekaligus melahirkan kesedaran mendalam terhadap penghayatan dan amalan beragama. Ini
dapat dilihat melalui kejayaan ABIM mempelopori proses perubahan yang membawa kepada
lahirnya satu generasi Islam yang komited terhadap Islam terutamanya di institusi pengajian
tinggi. Penyebaran idea islamisasi dan penubuhan institusi Pendidikan berasaskan agama serta
mewujudkan hubungan yang baik dengan orang bukan islam dan masyarakat antarabangsa.
Kejayaan Dato’ Seri Anwar Ibrahim juga melalui pentas ABIM turut terbukti apabila kerajaan
merangka Dasar Pendidikan Kebangsaan 1987 melalui proses islamisasi selaras dengan
pemikiran Dato’Seri Anwar Ibrahim (Sri Murniati, Al-Mustaqeem, 2011)

5.2 ASHAARI MUHAMMAD.

Asaari Muhammad atau Ashaari Muhamad dilahirkan pada 30 Oktober 1937 dikampung Ripin
Rembau Negeri Sembilan. Beliau merupakan Pengasas Pertubuhan Al-Arqam yang berpusat di
Perkampungan Sungai Penchala, Damansara, Selangor. Beliau dianggap sebagai pemimpin Islam
yang hebat kerana dapat mengumpul ramai pengikut dari 1968 hingga 1994. Pada kemuncaknya,
beliau dilaporkan memimpin 10,000 pengikut dan menjalankan banyak perniagaan.
5.2.1 Peranan Al-Arqam Dalam Perkembangan Pendidikan dan Ekonomi.

Gerakan Dakwah Jemaah Darul Al-Arqam merupakan gerakan agama di Malaysia yang
diasaskan oleh Ustaz Ashaari Muhammad, ia juga dikenali sebagai Jamaah Aurad
Muhammadiah dan telah mengembangkan pengaruhnya dikalangan berbagai lapisan masyarakat
Islam di seluruh Malaysia

14

ini. Ajaran-ajaran Al-Arqam mendapat sambutan sebilangan masyarakat yang menganggapnya


sebagai sebuah badan dakwah yang unggul. Kumpulan ini menyebarkan kegiatan dakwah islam
melalui bidang pendidikan, penerangan, penerbitan, perusahaan,perniagaan, perubatan, dan
pertanian

5.2.2 Tokoh Perubahan Pendidikan dan Ekonomi Jemaah.

Ashaari Muhammad memimpin gerakan melaksanakan pendidikan agama yang menyeluruh


merangkumi fardu ain (Hubungan dengan Allah) dan kifayah (Hubungan dengan manusia).
Konsep Pendidikan agama dan akademik yang dikendalikan oleh Yayasan Al-Arqam di
Perkampungan Sungai Penchala Selangor sehingga pernah ditawarkan oleh kerajaan untuk
mengikhtiraf sebagai universiti ( Abdul Rahman Abdullah, 1992). Ustaz Ashaari Muhammad
juga bergerak aktif melalui syarikat perniagaan Rufaqa dan terkini Global Ikhwan Sdn.Bhd
Holding. Perkembangan Rufaqa dalam bidang ekonomi bukan sahaja malah turut berkembang di
luar negara. Menurut Abdul Latif Talib (2017) dalam bukunya yang bertajuk Ashaari
Muhammad Pengarang, Pemimpin, Pendakwah menyatakan Ashaari bin Muhammad ‘Beliau
dianggap pemimpin Islam yang hebat kerana dapat mengumpul ramai pengikut sejak tahun
1968 hingga 1994. Pada kemuncaknya, beliau dilaporkan memimpin 10,000 pengikut dan
menjalankan banyak perniagaan’

Al-Arqam tidak dapat dinafikan apabila berjaya menghasilkan kecemerlangan organisasi


dakwahnya dan juga dalam bidang ekonomi . Tidak dinafikan aspek kewangan sangat penting
untuk keberlangsungan sesuatu gerakan, namun banyak lagi faktor lain yang perlu diambilkira
seperti aspek kepimpinan, keagamaan, keilmuan dan keintelektualan, kepengikutan, pengurusan,
pembinaan dan lainnya. Sebanyak 52 buah kedai runcit dibangunkan di seluruh perkampungan
Al-Arqam, 20 buah pasar mini, 36 buah kedai buku dan alat ibadat dan 18 buah restoran di
seluruh Malaysia. Al-Arqam juga memiliki 56 buah kilang perusahaan di seluruh Malaysia.

15

6. DATO’ AMBIGA SREENEVASAN.

Beliau dilahirkan pada 13 November 1956 merupakan seorang mantan Presiden Badan Peguam
Malaysia dari 2007 hingga 2009. Beliau merupakan seorang peguam kanan yang tegas
berhubung hak asasi manusia untuk berhimpun. Perarakan hak asasi manusia yang dirancang
oleh Badan Peguam dari Jalan Raja Laut ke Pasar Seni pada 10 Disember 2007 tetapi telah
dibatalkan kerana tidak memenuhi syarat polis yang memerlukan permit berhimpun. Polis Diraja
Malaysia (PDRM) telah mengemukakan alasan Perkara 10 (2) Perlembagaan Persekutuan
Malaysia yang jelas menyatakan sebarang perhimpunan perlu mendapatkan kebenaran demi
ketenteraman dan kesejahteraan awam.

Dato' Ambiga Sreenevasan juga merupakan individu yang cuba menegakkan dasar
toleransi atau kebersamaan antara agama di Malaysia dan merupakan peguam bela dalam kes
Lina Joy. Ambiga telah mempertikaikan undang-undang syariah di bawah "Bab Perkara Perkara
121 (1A) Perlembagaan Persekutuan", dengan alasan bahawa Islam tidak berbeza dengan agama
lain di bawah undang-undang Malaysia.

Bertindak dalam kapasiti Presiden Majlis Peguam, Ambiga telah menerima satu
memorandum kepada pembentukan satu Suruhanjaya Antara Agama, yang membuat 14 tuntutan
dan salah satunya mempersoalkan kedudukan Islam sebagai agama rasmi dan mendakwa ia
bercanggah dengan perlembagaan. Ambiga turut mengadakan forum mengenai artikel dalam
perlembagaan yang berkaitan undang-undang syariah, walaupun mendapat bantahan daripada
umat Islam.
6.1 Perjuangan BERSIH.

Pada 28 April 2012, Ambiga selaku pengerusi bersama Gabungan Pilihanraya Bersih dan Adil
(BERSIH) telah menganjurkan Perhimpunan BERSIH 2012 di Dataran Merdeka Kuala Lumpur

16

tetapi PDRM dan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) telah mendapatkan perintah
mahkamah menghalang peserta memasuki Dataran Medeka tempat perhimpunan yang akan

diadakan. Peserta telah dihalang dengan kon dan kawad berduri di pelbagai simpang masuk ke
Dataran Merdeka. Akibatnya para peserta terperangkap dan terpaksa berkumpul di sekitar Masjid
Jamek, Dayabumi, Menara Kembar Petronas, Sogo, Masjid India dan sebagainya. Antara tujuan
dan tuntutan BERSIH ialah :-

i. Bersihkan senarai pengundi.

ii. Reformasi terhadap undi pos.

iii. Menggunakan dakwah kekal terhadap pengundi.

iv. Masa kempen minima 21 hari.

v. Akses oleh media bebas dan adil.

vi. Kukuhkan intitusi awam.

vii. Hentikan rasuah.

viii. Hentikan politik kotor.


Tujuan BERSIH adalah untuk menyampaikan memorandum kepada Yang Di-
Pertuan Agong berkaitan dengan pilihan raya di Malaysia yang dikatakan tidak telus dan
adil. Perhimpunan BERSIH yang berlangsung pada Julai 2011 dikatakan turut dirasai dan
disambut oleh rakyat Malaysia yang berada di luar Negara.

Dengan semangat patriotisme yang wujud dalam diri rakyat Malaysia dan
perananan yang dimainkan oleh BERSIH menyebabkan BERSIH turut mendapat
sokongan

17

dari rakyat Malaysia di seluruh dunia, mereka juga tidak ketinggalan untuk melihat
perjalanan sistem pilihan raya yang adil di Malaysia. Gelombang BERSIH diluar negara
telah bermula di New Zealand, Australia, Eropah dan termasuk bandar-bandar utama

Amerika Utara seperti Los Angeles, Portland dan San Francisco. Mereka berkumpul dan
berhimpun secara aman di kawasan masing-masing sebagai tanda sokongan kepada
perhimpunan BERSIH di Malaysia.

Pada 23 September 2011, Ambiga Sreenevasan telah menerima anugerah tertinggi


Perancis, Chevalier de Legion d’Honneur daripada Duta Perancis ke Malaysia, Marc
Barety. Anugerah itu diberikan kerana sumbangannya memperjuangkan hak asasi
manusia dan usaha memelihara keluhuran undang-undang di Malaysia. Anugerah
seumpama ini pernah diterima oleh Yang di-Pertuan Agong, Tan Sri Tony Fernandes
dan artis Michelle Yeoh.

6.1.2 Tokoh Perubahan Politik.

Tujuan BERSIH adalah untuk menyampaikan memorandum kepada Yang Di-Pertuan Agong
berkaitan dengan pilihan raya di Malaysia yang dikatakan tidak telus dan adil. Perhimpunan
BERSIH yang berlangsung pada Julai 2011 dikatakan turut dirasai dan disambut oleh rakyat
Malaysia yang berada di luar Negara.
Dengan semangat patriotisme yang wujud dalam diri rakyat Malaysia dan perananan
yang dimainkan oleh BERSIH menyebabkan BERSIH turut mendapat sokongan dari rakyat
Malaysia di seluruh dunia, mereka juga tidak ketinggalan untuk melihat perjalanan sistem pilihan
raya yang adil di Malaysia. Gelombang BERSIH diluar negara telah bermula di New Zealand,
Australia, Eropah dan termasuk bandar-bandar utama Amerika Utara seperti Los Angeles,
Portland dan San Francisco. Mereka berkumpul dan berhimpun secara aman di kawasan masing-
masing sebagai tanda sokongan kepada perhimpunan BERSIH di Malaysia.

18

6. KESIMPULAN.

Melalui Gerakan Alternatif,, banyak perkara yang telah berlaku dalam mencorak sejarah
perjalanan negara dalam menuju era negara yang maju. Kemajuan sesebuah negara pasti tidak
akan dapat untuk menolak berlakunya sesuatu perubahan demi perubahan yang dibawa sama ada
dari arus teknologi mahu pun sosial masyarakat dalam negara itu sendiri, sama ada yang
membawa kesan positif mahu pun negatif.

Melaluinya, negara akan mengalami impak transformasi kesan dari Gerakan – gerakan
alternative yang berlaku. Antaranya kebangkitan suara rakyat dalam menentang sebarang corak,
cara atau sistem pemerintahan yang digunakan dengan cara melakukan protes-protes sama ada
secara halus mahupun secara terang-terangan. Adakalanya juga Gerakan Alternatif ini
memberikan kesan yang baik terhadap sekelompok masyarakat. Yang mana ianya mengubah dan
menjadikan sesebuah kelompok masyarakat itu menjadi satu golongan yang lebih efektif dalam
menjalankan pengurusan dalam kelangsungan kehidupan mereka seperti yang pernah berlaku
kepada Pertubuhan Al-Arqam suatu ketika dahulu. Melalui Gerakan Alternatif ini juga beberapa
konsep dan cara pendidikan negara juga telah berubah terutamanya dari aspek penghayatan
kefahaman agama islam seperti mana yang dibawakan oleh Angkatan Belia Islam Malaysia
(ABIM). Rumusnya, dalam menjana kemajuan negara kerajaan sudah tentu akan mengalami
laluan sukar dan mudah dalam usahanya untuk menjadikan negara ini sebuah negara maju dan
berdaya saing.
Gerakan Alternatif ini juga secara tidak langsung akan menjadikan sekelompok
masyarakat itu menjadi satu golongan yang mempunyai kemampuan berfikir dengan lebih kritis
dan mampu memberikan pandangan dan pendapat yang lebih bernas dalam menangani sesuatu
isu yang berbangkit. Pentas kebebasan bersuara yang diberikan oleh kerajaan boleh digunakan
dengan baik untuk menyalurkan sebarang idea dan pendapat malah tidak ketinggalan juga
kritikan kepada kerajaan. Akhirnya, segala proses yang berlaku ini akan melahirkan masyarakat
yang berdaya saing.

19
6. RUJUKAN
Diana Kendall, 2008 - Sociology In Our Times: The Essentials, ISBN: 1111305501,
9781111305505
Dalton Conley, 2008, You May Ask Yourself, ISB:-13: 978-0393614275
Karl – Dieter Opp, 2009 - Theories of Political Protest and Social Movements: A
Multidisciplinary Introduction, Critique, and Synthesis ISBN: 1134014384,
9781134014385
Shannon, Deric, 2011 - Political sociology, oppression, resistance, and the state ISBN:
9781412980401, 1412980402
Opp, Karl- Dieter (2009)
Sri Murniati, Al-Mustaqeem M Radhi - Reformasi Pendidikan di Malaysia, merentas jalan baru
2011 ISBN: 978-983-884-091-0
Charles Allers, 2014 - Anwar Ibrahim, Evolution Of A Muslim Democrat. ISBN:
9789814423724
Abdul Latip Talib,2017 – ASHAARI MUHAMAD, PRNGARANG PEMIMPIN PENDAKWAH
- SKU: 9789671460603
WOMANS IN POLITICS AND MEDIA , 2014 ISBN: 1628921072, 9781628921076
Yaacob, Norazlan Hadi (2017) Kebangkitan semula Islam di Malaysia : peranan dan
sumbangan Angkatan Belia Islam Malaysia, 1971-2008. Doctoral thesis, Universiti
Pendidikan Sultan Idris.
Muhammad Nizamuddin Hj Asaari, Laila Ahmad (200&) Abuya Hj Ashaari Muhammad adalah
Putera Bani Tamim ISBN 983 43129 0 4.
Laman Web Bersih

Anda mungkin juga menyukai