Anda di halaman 1dari 1

Berdasarkan pengalaman anda semasa menjalani program Pengalaman Berasaskan

Sekolah (PBS), terangkan situasi jalinan hubungan yang dibina bersama warga
sekolah berdasarkan bahagian D, Kod Etika Kaunselor.

Semasa menjalankan PBS di sekolah , situasi jalinan hubungan yang dibina


bersama dengan warga sekolah adalah baik.Para guru dan kaunselor memberikan
Kerjasama yang amat tinggi kepada saya semasa saya menjalankan aktiviti bimbingan dan
kaunseling kelompok.Warga sekolah membantu saya dalam memberikan maklumat tentang
isu atau masalah yang dihadapi oleh ahli kelompok. Kaunselor di sekolah telah membantu
saya untuk menguruskan jadual yang sesuai bagi menjalankan sesi kaunseling kelompok.
Kerjasama daripada profesional lain juga dapat dilihat dengan guru pelajaran yang memberi
kebenaran kepada ahli kelompok supaya dapat menghadiri sesi yang dijalankan. Guru
pelajaran telah memberi kebenaran kepada pelajar yang menjadikan ahli kelompok untuk
keluar dari kelas. kelas.Ahli kelompok juga dapat membina hubungan yang baik dengan
saya semasa dalam sesi kaunseling kelompok.Tiada sebarang masalah yang besar atau
serious berlaku dan tahap bekerjasama mereka adalah sangat tinggi kerana hubungan yang
baik telah dijalani oleh saya bersama dengan warga sekolah.Pihak sekolah adalah banyak
memberi kerjasama kepada saya dengan membantu saya menguruskan tugas-tugas kerja
kursus yang perlu dilaksanakan di sekolah. Oleh itu, hubungan yang baik telah dijalin
dengan pihak sekolah, ahli kelompok dan juga guru-guru matapelajaran.

Anda mungkin juga menyukai