Anda di halaman 1dari 2

Lampiran C

BORANG SINOPSIS BUKU

Nama Sekolah: SMK Kod Sekolah:

1. Nama Guru
EAT THAT FROG (EDISI BAHASA
2. Judul 3. Bidang: MOTIVASI
MELAYU)
4. Tarikh Pembentangan 5. Masa:

6. Tempat Pembentangan
7. Sinopsis

Buku ini merupakan panduan bagi mereka yang berasa mempunyai banyak tugasan yang perlu
dilakukan dalam tempoh yang singkat. Kebanyakan mereka memilih untuk menangguhkan
tugasan-tugasan tersebut dengan pelbagai alasan. Namun alasan sebenarnya adalah kerana
mereka tidak tahu bagaimana mahu melakukannya.

8. Nilai Pengetahuan / Pengajaran

Terdapat 21 cara yang dianjurkan oleh penulis untuk membunuh kemalasan dan sikap suka
bertangguh yang menghalang seseorang daripada menjadi cemerlang.
Antara cara tersebut ialah:
1. Mengemas meja – menyarankan untuk menulis matlamat yang ingin dicapai
2. Membuat perancangan awal – menyarankan untuk merancang tugasan bermula awal
pagi
3. Mengaplikasi peraturan 80:20 dalam semua perkara – memberi keutamaan kepada
tugasan yang memberi impak positif besar kepada diri
4. Menentukan hasil – mengoptimumkan masa dengan tugasan yang produktif
5. Penangguhan kreatif – menyemak kembali tugasan yang tidak produktif
6. Teknik ABCDE secara berterusan - melabelkan tugas dan memastikan sesuatu tugas itu
disiapkan sebelum melakukan tugasan selanjutnya
7. Fokus kepada aktiviti penentu hasil – memberi perhatian kepada aktviti yang memberikan
impak yang positif
8. Mengapikasi hukum tiga – menetapkan 3 tugasan terpenting dalam setiap aspek
9. Membuat persiapan teliti sebelum bermula
10. Satu tong minyak pada satu masa – melaksanakan satu perkara dalam satu masa
11. Meningkatkan kemahiran utama – mengenalpasti kemahiran yang dimiliki yang boleh
membantu mencapai hasil yang baik dan cepat
12. Mengembangkan bakat istimewa – fokus kepada tenaga dan kemampuan yang terbaik
yang mampu memberi hasil yang signifikan
13. Mengenalpasti halangan utama – menghapuskan halangan dapat mengembalikan fokus
kepada matlamat asal.
14. Memberi tekanan kepada diri sendiri – meletakkan tarikh akhir bagi setiap tugasan yang
ditetapkan
15. Memaksimumkan kuasa peribadi – mengamalkan gaya hidup sihat
16. Memotivasikan diri supaya bertindak – mengamalkan sikap dan pemikiran positif
17. Keluar daripada perangkap teknologi – menghadkan penggunaan teknologi yang
mengganggu tugasan dan mencari ketenangan
18. Hiris dan potong tugas kecil-kecil – agihkan tugasan mengikut keutamaan
19. Cipta blok masa sendiri – mengagihkakn masa dalam menjalankan tugas
20. Pupuk sikap bersegera – sentiasa mengamalkan sikap bersegera dalam melaksanakan
tugas
21. Buat tugas satu persatu – tanpa berlengah, mulakan tugasan yang ditetapkan satu
persatu

9. Aplikasi Ilmu Dalam Organisasi / P&P

Sebagai seorang guru, pengurusan masa dan tugas yang efisien membolehkan kita
menghasilkan prestasi kerja yang lebih cemerlang. Kesemua 21 cara yang dianjurkan sangat
relevan dengan kehidupan seorang guru yang sentiasa bersemangat untuk memberikan yang
terbaik untuk anak didiknya. Bahkan, tips tersebut juga boleh digunakan dalam sesi PdPc di
samping membimbing murid untuk menjalani proses pembelajaran dengan lebih aktif dan
produktif

Disediakan oleh, Disahkan oleh,

........................................................ ........................................................
( ) (
)

Anda mungkin juga menyukai