Anda di halaman 1dari 10

Journal of Business and Social Development ISSN: 2289-2915

Volume 4 Number 2, September 2016: 48-57 © Penerbit UMT

NILAI BAIK HATI MENERUSI CERITA RAKYAT MELAYU


TERHADAP MASYARAKAT MELAYU SUATU APLIKASI
TEORI PENGKAEDAHAN MELAYU
(VALUE OF KINDNESS THROUGH MALAY FOLKLORE TOWARD MALAY SOCIETY:
AN APPLICATION OF MALAY METHODOLOGY THEORY)

MOHD FIRDAUS CHE YAACOB* DAN NORMALIZA ABD RAHIM


Jabatan Bahasa Melayu, Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi, Universiti Putra Malaysia, Serdang, Selangor.

*Corresponding author: mohdfirdauscheyaakob@yahoo.com

Abstrak: Cerita rakyat merupakan salah satu khazanah sastera Melayu yang cukup
tenar hidup dalam masyarakat Melayu tradisional dan ia disampaikan secara lisan.
Oleh itu, cerita rakyat sarat dengan perutusan nilai. Ini diterjemahkan menjadi nasihat
yakni pengajaran. Kajian ini dilakukan untuk mengenal pasti dan menganalisis nilai
baik hati menerusi cerita rakyat Melayu, khususnya kepada masyarakat Melayu. Nilai
murni seperti baik hati kepada masyarakat Melayu sangat penting dijadikan sebagai satu
medium perantaraan untuk mendidik moral masyarakat Melayu. Sesungguhnya setiap
cerita-cerita rakyat yang didengari atau dibaca oleh masyarakat Melayu itu berupaya
meresapkan idea dalam pemikirannya dan akan kekal menjadi ingatan sampai bila-
bila. Jika baik olahan nilai murni dalam setiap cerita-cerita rakyat tersebut ia mampu
membentuk nilai moral yang tinggi kepada masyarakat Melayu. Kajian yang dijalankan
ini tertumpu untuk mengenal pasti dan menganalisis nilai murni baik hati dalam cerita
rakyat Melayu. Teori Pengkaedahan Melayu digunakan untuk diaplikasikan dalam
memantapkan lagi kajian ini. Hasil kajian mendapati cerita rakyat Melayu mempunyai
hampir sepenuhnya nilai baik hati yang mempunyai fungsi penting dalam kalangan
masyarakat Melayu.

Kata kunci: Cerita rakyat melayu, nilai murni, baik hati, Teori Pengkaedahan Melayu,
masyarakat melayu.

Abstract: Malay folklore is one of the Malay literature genres which is famous among the
traditional Malay society. It is being delivered orally and therefore, the folklore is full of
values and advice to listeners. This study was conducted to identify and analyze the value
of kindness through the Malay folklore, especially among the Malay community. Value
such as kind to the community is very important as a medium to educate the community.
Consequently, every folklore that is heard or read by the Malay community was able to
put the idea in his/her mind and will be remembered forever. The values in each of the
stories will help to inculcate high moral value among the community. This research is
focused on identifying and analyzing the value of kindness in the Malay folklore. The
Malay Methodology theory was used for the purpose of the study. This study found that
the Malay folklore stories consist of kindness value that has important functions among
the Malay community.

Keywords: Malay folklore, values, kindness, Malay Methodology theory, Malay community.

Pengenalan generasi terdahulu hingga kini. Penyebarannya


Sastera rakyat atau folk literature merupakan adalah secara pertuturan lisan oleh penutur
suatu khazanah yang amat bernilai dalam profesional atau amatur. Maka, sastera rakyat
sesebuah masyarakat. Sastera rakyat turut dikenali sebagai sastera lisan, disebarkan
berkembang dalam kalangan masyarakat yang secara lisan dari mulut ke mulut dan diwarisi
memilikinya secara bersama. Penyebaran cerita dari satu generasi ke satu generasi berikutnya.
rakyat adalah dituturkan secara lisan daripada Menurut Dorson (1973:3), Folk Literature juga
dikenali sebagai Oral Literature (Kesusasteraan

Journal of Business and Social Development Volume 4(2) 2016: 48-57

4. Nilai Baik Hati.indd 48 9/6/16 2:20 PM


NILAI BAIK HATI MENERUSI CERITA RAKYAT MELAYU TERHADAP MASYARAKAT MELAYU 49

Lisan) atau Verbal Art (Seni Pertuturan) dipanjangkan kepada generasi kemudian dan
atau Expressive Literature (Kesusasteraan masih popular serta diminati oleh masyarakat
Ekspresif) yang merangkumi bahasa rakyat, Melayu sehingga kini. Oleh itu, apa yang
nyanyian rakyat, cerita rakyat, puisi rakyat, unik dan menarik akan cerita rakyat Melayu
ungkapan rakyat (Peribahasa) dan semua prosa tersebut ialah setiap cerita yang disampaikan
dan puisi tradisi, sama ada dalam bentuk cerita sarat dengan perutusan nilai-nilai murni yang
atau bukan cerita yang berlegar di sekitar dapat dijadikan kayu ukur kepada masyarakat
masyarakat menerusi lisan, diwarisi oleh satu Melayu dalam menjalani sesebuah kehidupan.
generasi daripada generasi terdahulu melalui Masyarakat Melayu menjadikan nilai-nilai
media lisan tanpa diketahui siapa penciptanya. murni yang terdapat dalam cerita rakyat
Selain itu, Mohd Taib Osman (1976:4), telah Melayu sebagai landasan penting untuk mereka
mengutarakan pendapat bahawa kesusasteraan mengamalkan perlakuan-perlakuan yang baik
rakyat juga bermakna kesusasteraan lisan, bagi memastikan kelangsungan hidup yang
seni tuturan atau kesusasteraan ekspresif lebih baik. Nilai-nilai murni ini dapat memberi
adalah merujuk kepada segala bentuk bahasa impak yang tinggi terhadap perubahan diri
yang mengandungi seni susastera, iaitu yang seseorang individu (Normaliza Abd Rahim
bernilai estetik, mempunyai peranan sebagai 2014; Normaliza Abd Rahim et al., 2014).
panduan, petunjuk dan pengajaran yang Dalam konteks ini maka, jelaslah membuktikan
dihasilkan oleh sesuatu kolektif atau rakyat, bahawa cerita rakyat Melayu yang diperoleh
tidak terbatas kepada masyarakat Melayu desa, pada ketika ini sarat dengan perutusan nilai-
petani atau nelayan sahaja tetapi juga meliputi nilai murni yang boleh membentuk moral
masyarakat yang sudah memiliki sistem tulisan positif dalam kalangan masyarakat Melayu
dan telah cukup literate tetapi tradisi lisan khususnya. Rentetan daripada itu, nilai murni
masih hidup di dalamnya. Sehubungan dengan yang disampaikan menerusi cerita rakyat
itu, memandangkan cerita rakyat merupakan Melayu sememangnya banyak memberi
prosa yang memainkan peranan penting pengajaran kepada manusia di muka bumi ini.
dalam membentuk ketamadunan sesebuah Hal ini kerana, setiap cerita rakyat Melayu yang
masyarakat, maka, dengan adanya perutusan dikarang itu sudah pasti diolah dengan adanya
nilai pengajaran ia boleh menjana sesebuah nilai-nilai murni yang boleh membentuk
masyarakat unggul dalam menjalani sesuatu masyarakat yang bertamadun. Menurut Wan
perlakuan yang positif. Selain itu juga, sejak Abdul Kadir (2000:2), nilai-nilai murni yang
zaman dahulu kala lagi, cerita rakyat Melayu diserapkan oleh medium kepada pembaca
adalah merupakan khazanah yang cukup melalui penyampaian cerita rakyat Melayu akan
berharga kepada masyarakat Melayu. Oleh dapat menyemai rasa kemanusiaan, kehalusan
itu, menurut Mohd Taib Othman (1981:31), jiwa, berbudaya, bernilai murni, beragama,
cerita rakyat Melayu merupakan sebahagian berperadaban dan bertamadun tinggi. Menurut
daripada sastera milik orang-orang Melayu Wan Abdul Kadir (2000:2) lagi, segala
yang telah disampaikan dari satu generasi perlakuan, tindakan dan pembinaan tradisi
kepada satu generasi yang lain sejak dahulu budaya amat bergantung pada aspek nilai.
kala lagi. Sehubungan dengan itu, cerita rakyat Nilai dan world-view sebagai unsur abstrak
Melayu adalah hasil pengucapan masyarakat dalam budaya memainkan peranan peting
berbangsa Melayu adalah yang beragama bagi menentukan perlakuan anggota-anggota
Islam dan konteks jalan cerita rakyat Melayu masyarakatnya. Nilai juga dapat mencetus
itu sendiri telah menggambarkan ketamadunan ketelusan diri seseorang individu (Mohd
orang-orang Melayu pada masa lalu. Selain itu Firdaus Che Yaacob & Normaliza Abd Rahim
juga, menurut Mohd Taib Othman (1981:31) (2014). Jadi, jelaslah membuktikan bahawa
dan Normaliza Abd Rahim (2014) cerita rakyat nilai-nilai murni yang terdapat dalam setiap
Melayu juga merupakan warisan tradisi yang cerita-cerita rakyat Melayu itu mampu memberi

Journal of Business and Social Development Volume 4(2) 2016: 48-57

4. Nilai Baik Hati.indd 49 9/6/16 2:20 PM


Mohd Firdaus Che Yaacob dan Normaliza Abd Rahim 50

pendidikan yang sewajarnya boleh membentuk yang selama ini menjadi tunjang kepada
masyarakat yang bertamadun. Seterusnya, penghasilan dan pengembangan cerita rakyat
pendapat yang telah diutarakan oleh Wan Abdul Melayu serta mereka telah menjadikan cerita
Kadir (2000:21), disokong oleh Roslina Abu rakyat Melayu tersebut sebagai medium untuk
Bakar (2013:21), dengan menyatakan bahawa mendidik serta memberi nilai tambah yang
cerita rakyat Melayu ini wujud daripada cukup baik dalam memastikan ketamadunan
pengetahuan yang digabungkan dengan citra unggul dalam sesebuah masyarakat Melayu.
alam, persoalan kehidupan, serta pengalaman- Jadi, kajian ini akan memberi fokus yang
pengalaman yang dapat membentuk jati mendalam terhadap nilai-nilai murni yang
diri positif masyarakat. Setiap cerita rakyat tergambar di dalam cerita rakyat Melayu
Melayu yang disampaikan kepada pembaca terhadap masyarakat Melayu.
sememangnya terdapat nilai dan amanat
yang boleh dijadikan medium penting dalam
Teori Pengkaedahan Melayu
membentuk masyarakat yang bertamadun.
Justeru, jelaslah membuktikan bahawa setiap Pengkaji menggunakan buku Koleksi Himpunan
cerita rakyat Melayu yang disampaikan itu 366 Cerita Rakyat. Buku ini diselenggarakan
sudah pasti mempunyai nilai murni serta oleh Othman Puteh dan Aripin Said. Selain itu,
amanat yang boleh dijadikan sebagai medium buku ini telah dicetak oleh Utusan Publications
pendidikan dan pengajaran kepada masyarakat & Distributors SDN. BHD. yang diterbitkan
sekali gus dapat membentuk kebudayaan pada tahun 1995 untuk kali yang pertama.
masyarakat yang unggul. Seterusnya, Ismail Teori ini mula diketengahkan oleh Hashim
Hamid (1987:4), menyatakan bahawa cerita Awang (1989). Teori ini berdasarkan realiti
rakyat Melayu juga dapat menggambarkan kehidupan dan persekitaran bangsa penglahir
fenomena kehidupan, pandangan dunia dan karya. Melalui Teori Pengkaedahan Melayu
budaya masyarakat tradisi. Hal ini dapat ini, Hashim Awang (2002:12), membahagikan
dilihat dalam keadaan di mana setiap cerita kepada dua iaitu Pengkaedahan Alamiah
rakyat Melayu yang disampaikan itu sudah dan Pengkaedahan Keagamaan. Kedua-
pasti akan menceritakan tentang kebudayaan duanya mempunyai cabang-cabang yang
Melayu yang selama ini mencerminkan dikenali sebagai pendekatan. Pengkaedahan
ketamadunan unggul masyarakat Melayu. Alamiah terdiri daripada Pendekatan Firasat,
Dalam konteks ini, jelaslah bahawa pengarang Pendekatan Gunaan dan Pendekatan Moral,
telah menghasilkan serta mengolah setiap jalan manakala melalui Pengkaedahan Keagamaan
cerita rakyat yang menceritakan amalan hidup menyenaraikan Pendekatan Dakwah,
masyarakat Melayu. Selain itu juga, menurut Pendekatan Kemasyarakatan dan Pendekatan
Fatimah Md. Yassin (1990:79), segala inti Seni. Pengkaedahan Alamiah menurut
pati menerusi cerita rakyat Melayu dapat Hashim Awang (2002) berteraskan corak hidup
diguna pakai oleh masyarakat kini sebagai yang menjadikan alam sebahagian daripada
wahana hiburan, sumber didaktik, medium diri dan kehidupannya. Masyarakat Melayu
moral dan mendidik individu dalam kalangan menjalani kehidupan dengan berpolakan
masyarakat. Sehubungan dengan itu, cerita kepada pergerakan dan pengisian alam
rakyat Melayu yang diperoleh oleh masyarakat seolah-olah sebagai sebahagian daripada
pada zaman dahulu hingga kini sememangnya diri dan kehidupan mereka. Alam dijadikan
menitikberatkan nilai-nilai murni yang boleh faktor utama untuk memberikan pekerjaan,
menggambarkan kebudayaan masyarakat pengalaman, pengajaran dan kebaikan.
Melayu yang utuh. Jadi, cerita rakyat yang Pendekatan Gunaan menurut Hashim Awang
diciptakan itu sudah pasti mempunyai nilai (2002) merujuk kepada kewujudan objek alam
positif serta pengajaran yang boleh mendidik yang mengadungi pelbagai manfaat, hikmat,
masyarakat, khususnya masyarakat Melayu fungsi dan kegunaan kepada manusia atau

Journal of Business and Social Development Volume 4(2) 2016: 48-57

4. Nilai Baik Hati.indd 50 9/6/16 2:20 PM


NILAI BAIK HATI MENERUSI CERITA RAKYAT MELAYU TERHADAP MASYARAKAT MELAYU 51

khalayak di samping alam digunakan sebagai bermasyarakat dan pengukuhan keimanan dan
sumber ilham pengarang diterapkan ke dalam ketakwaan yang boleh diungkap dan didapati
sebuah karya sastera. dalam sastera Melayu yang berfungsi khusus
Pendekatan Moral menurut Hashim dengan membawa perutusan besar untuk
Awang (2002:12), pula didasari daripada mensejahterakan dan membahagiakan umat
Pendekatan Gunaan iaitu sastera berupa manusia dan secara tidak langsung meletakkan
kejadian dan objek, namun kejadiannya pendekatan ini sebagai ‘sastera untuk
berdasarkan Pendekatan Moral, bukan lagi masyarakat dari perspektif Islam’.
berbentuk sesuatu kewujudan yang menyamai Menurut Hashim Awang (2002)
alat atau benda yang memberi kegunaan, tetapi Pendekatan Seni digunakan untuk meneliti
kejadian yang bersifat pengalaman hidup nilai-nilai estetika yang ada padanya.
manusia. Pengalaman tersebut melibatkan Pendekatan ini menilai aspek unsur keindahan
tentang peristiwa yang berlaku atau yang dalam karya sastera. Ia menjadikan karya
dilalui oleh manusia, sama ada memberikan sastera sebagai persoalan pokok. Menurut
kesan positif ataupun negatif, Hashim Awang Hashim Awang (2002) keindahan dalam
(2002). Manakala ilmu pula, dalam bentuk sastera adalah keindahan yang melandaskan
maklumat-maklumat berkenaan dengan hidup dirinya kepada nilai-nilai estetika Islam dan
dan kehidupan manusia. Pendekatan Firasat tidak bertentangan dengan akidah serta ajaran
menurut Hashim Awang (2002) berlandaskan dan fahaman agama Islam. Ia hendaklah dilihat
kepada tanggapan bahawa sastera adalah satu bersama dengan logiknya. Keindahan luaran
kejadian alam semesta yang memberikan dan boleh dilihat daripada aspek bentuk visual dan
memperkayakan pengalaman hidup. Namun penggunaan gaya bahasa, manakala keindahan
pengalaman hidup itu lebih mengarah kepada dalaman merujuk kepada aspek falsafah
pengalaman penciptaan karya yang penuh pemikiran dan mesej yang dibawa dalam
dengan daya kemisterian. Sungguhpun begitu, sesuatu karya. Berdasarkan perbincangan ini,
mimpi yang dilakukan itu secara sedar dan Teori Pengkaedahan Melayu adalah berasaskan
didasarkan kepada wawasan dan matlamat kepada kenyataan atau reality yang wujud
yang khusus. dalam masyarakat, terutamanya situasi
Menurut Hashim Awang (2002), kehidupan dan kebudayaan dan kepercayaan
Pengkaedahan Keagamaan yang dimaksudkan keagamaan. Semua unsur dan pendekatan
sebagai pendekatan yang bersandarkan teori ini ternyata memiliki kekuatan dan
keimanan dan bersendikan akidah agama Islam. keistimewaan tersendiri dapat digunakan
Sumber yang paling utama dijadikan ialah al- atau diterapkan terhadap karya-karya sastera
Quran dan hadis. Sumber pembentukannya Melayu, khususnya dalam kegiatan-kegiatan
pula bersandarkan tujuan menonjolkan pengkajian dan kritikan kesusasteraan.
sifat-sifat keagungan Allah SWT dan
mempertingkatkan ketakwaan terhadap-Nya. Konteks Nilai Baik Hati Menerusi Cerita
Menurut Hashim Awang (2002) Pendekatan Rakyat Melayu kepada Masyarakat Melayu
Dakwah sebagai satu hasil sastera menekankan
Pada realitinya, nilai dapat dibahagikan
aspek-aspek yang menyentuh segala persoalan
kepada empat jenis, iaitu nilai estetika, nilai
yang berkaitan dengan pengutaraan kebesaran
moral (murni), nilai doktrin dan nilai budaya
dan sifat-sifat keagungan Allah SWT dalam
(Hashim Musa, 2008:31). Nilai moral atau
hasil kesusasteraan Islam. Oleh itu, menurut
murni ini juga dikenali sebagai nilai etika
Hashim Awang (2002) sastera juga dilihat
yang sering kali menjadi satu ukur standard
sebagai satu wadah untuk mempertingkatkan
dalam menghakimi pendirian dan tujuan
nilai ketakwaan seseorang insan terhadap
sama ada wajar atau tidak. Nilai murni
Allah SWT. Pendekatan Kemasyarakatan ini
dapat dirujuk berdasarkan situasi tertentu
bertujuan untuk mencari kesejahteraan hidup

Journal of Business and Social Development Volume 4(2) 2016: 48-57

4. Nilai Baik Hati.indd 51 9/6/16 2:20 PM


Mohd Firdaus Che Yaacob dan Normaliza Abd Rahim 52

berkaitan kebenaran, peraturan, baik, patut faham-memahami, dan sedia memaafkan


dan rasional, dan standard yang dihayati oleh (Tajul Arifin Nordin & Nor’aini Dan, 1992:
masyarakat. Dalam meneliti nilai murni, aspek 30-31). Berdasarkan definisi dan ciri yang
keagamaan dan kebudayaan menjadi tunjang diketengahkan, nilai baik hati ini dapat
utama. Kedua-dua aspek ini bertindak sebagai disimpulkan sebagai satu sikap atau perasaan
penentu dalam menimbang penghasilan nilai yang wujud bersandarkan kepada sikap ingin
yang seimbang. Dalam masyarakat Melayu, memberi dalam memenuhi perasaan, keperluan
terdapat tiga teras dalam menentukan identiti dan kebajikan diri, orang lain dan persekitaran
Melayu, iaitu agama, raja dan bahasa (Metzger, agar dapat menyalurkan faedah, kebaikan dan
2007:23). Ketiga-tiga teras ini dipupuk dalam manfaat dengan penuh keikhlasan.
satu tunjang yang dikenali sebagai nilai murni.
Hal ini bermaksud, nilai murni merupakan
Analisis Kajian
tunjang utama dalam membentuk keperibadian
Melayu. Oleh itu, tidak hairanlah masyarakat Kajian ini akan membincangkan nilai murni
Melayu yang sememangnya terkenal sebagai baik hati menerusi sifat belas kasihan, pemurah,
bangsa yang meletakkan agama dan budaya bertimbang rasa dan memaafkan. Antara cerita
pada satu tahap yang tertinggi. Ketiga-tiga rakyat Melayu yang dibataskan adalah Tuan
aspek iaitu nilai murni, agama dan kebudayaan Puteri Si Helang Bakau, Isteri yang Bongkak,
menjadi satu pegangan bagi masyarakat Bismillah dan Raja Kuyuk. Kesemua cerita
Melayu dalam menjalani kehidupan seharian rakyat tersebut akan diaplikasikan dengan
mereka seterusnya menjadikan mereka satu menggunakan teori Pengkaedahan Melayu.
bangsa yang mempunyai jati diri yang teguh Nilai baik hati melalui sifat belas kasihan
dan kuat. boleh dilihat menerusi cerita rakyat yang
Nilai baik hati merupakan salah satu bertajuk Tuan Puteri Si Helang Bakau. Hal ini
perbuatan atau perilaku murni yang wajar jelas tergambar dalam petikan 1 di bawah:
disemai dalam diri seseorang manusia.
Beberapa tafsiran telah dikemukakan oleh para Petikan 1
sarjana tentang nilai baik hati. Baik hati menurut “Sewaktu hamil tujuh bulan, permaisuri
Norita Arifin (2006: 69) ialah perasaan belas mengidam sekali lagi. Baginda ingin
yang wujud dalam jiwa seseorang dan memberi makan daging ikan terubuk jantan yang
manfaat serta kebaikan kepada dirinya, orang mengarang telur.”
lain atau persekitaran. Tajul Arifin Nordin “Adinda bersabarlah. Kekanda akan pergi
dan Nor’aini Dan pula mendefinisikan baik mencari ikan itu sampai dapat,” titah
hati sebagai sikap sentiasa mengambil berat Tuanku Helang Laut.”
terhadap perasaan dan kebajikan orang lain
secara tulus ikhlas. Sikap baik hati boleh (Othman Puteh & Aripin Said, 2013: 8)
dilihat dengan menilai tindak tanduk seseorang
Berdasarkan petikan 1, sumber
(1992: 30). Hashim Hj. Musa ( 2008: 70)
mengetengahkan nilai baik hati melalui sifat
berpendapat baik hati ialah bertimbang rasa
belas kasihan suami kepada isteri. Adalah
terhadap perasaan dan kedudukan orang lain,
menjadi kewajipan setiap individu bersifat belas
bersimpati terhadap kesusahan dan penderitaan
kasihan dalam pergaulan seharian bersama
orang lain dan bermurah hati untuk membantu
sesiapa sahaja yang berada di sekelilingnya.
dan menyumbang dalam bentuk kebendaan
Sifat semula jadi itu menjadikan manusia mudah
dan sokongan moral terhadap mereka, sedia
berasa belas kasihan dan tersentuh apabila
memaafkan kesalahan orang dan tidak
melihat kesusahan yang menimpa saudaranya
berdendam terhadap mereka. Nilai baik hati
dan begitu juga sebaliknya. Sehubungan dengan
ini terbahagi kepada lima ciri, iaitu belas
itu, menjurus kepada konteks kekeluargaan,
kasihan, bertimbang rasa, murah hati, saling

Journal of Business and Social Development Volume 4(2) 2016: 48-57

4. Nilai Baik Hati.indd 52 9/6/16 2:20 PM


NILAI BAIK HATI MENERUSI CERITA RAKYAT MELAYU TERHADAP MASYARAKAT MELAYU 53

suami isteri perlu bertolak ansur dan kasihan dalam diri mereka demi memastikan
berbelas kasihan antara satu sama lain dalam hubungan baik serta sifat belas kasihan inilah
menguruskan dan melancarkan perjalanan menjadi tunjang kepada ikatan persaudaraan
rumah tangga untuk menyuburkan bibit kasih yang utuh dalam kalangan masyarakat Melayu
sayang dan kemesraan antara suami isteri bagi pada suatu ketika dahulu hingga ke hari ini.
mengecapi kebahagiaan sejati. Hal ini dapat Seterusnya, nilai baik hati melalui sifat
dilihat akan sikap seorang suami berasa belas pemurah boleh dilihat menerusi cerita rakyat
kasihan terhadap isterinya yang sedang sarat yang bertajuk Isteri yang Bongkak. Hal ini
mengandung kerana ingin menikmati daging jelas tergambar dalam petikan 2 di bawah:
ikan terubuk jantan mengarang telur. Walaupun
si suami sedar akan kesusahan untuk mencari Petikan 2
daging ikan terubuk jantan, namun si suami
“Pak Malim dan isterinya menjadi kaya-
tetap berusaha untuk mendapatkan daging ikan
raya. Pak Malim sedar bahawa dulu dia
terubuk jantan yang mengarang telur untuk
hidup miskin. Lalu dia pun bersedekahlah
diberikan kepada isterinya kerana bimbang akan
kepada fakir miskin di kampung itu.”
keselamatan isteri dan anak dalam kandungan
itu. Sehubungan dengan itu, menerusi teori (Othman Puteh & Aripin Said, 2013: 30)
Pengkaedahan Melayu (2002:21), bersesuaian
dengan pendekatan kemasyarakatan di mana Berdasarkan petikan 2, nilai baik hati yang
pendekatan ini dianggap sebagai suatu alat cuba diketengahkan oleh sumber ialah nilai
pendedahan kepada pelbagai persoalan yang baik hati bersandarkan kepada sifat murah hati.
bertujuan untuk mencari kebaikan dan keadilan Sifat murah hati mencerminkan kejernihan
dalam masyarakat seperti yang dituntut dalam jiwa yang sentiasa mendapat sorotan iman.
agama Islam. Hal ini jelas menggambarkan Seseorang yang dihiasi dengan sifat murah hati
di mana masyarakat Melayu pada ketika itu, sudah pasti memahami semangat persaudaraan
khususnya suami sangat prihatin terhadap perlu diutamakan dan mengasihi sesama insan
isteri yang sedang sarat mengandung. sebagaimana ia mengasihi dirinya sendiri
Pengorbanan suami pada ketika itu, sangat kuat adalah manifestasi dorongan iman yang kuat,
kerana mereka sedaya upaya berusaha untuk di samping menyedari setiap rezeki yang
memenuhi kehendak isteri demi menjamin dimiliki hanyalah pinjaman daripada Allah
kebahagiaan dalam rumah tangga. Oleh itu, SWT untuk diurus sebaik-baiknya. Oleh itu,
gambaran tersebut sudah jelas membuktikan apabila seseorang itu ditimpa kesusahan, kita
bahawa suami sanggup berkorban jiwa raga akan segera menghulurkan bantuan mengikut
untuk memastikan kebahagiaan seorang isteri. kemampuan yang ada, sekalipun dirinya
Sifat belas kasihan merupakan satu sifat yang sendiri tersepit dalam kesusahan. Bantuan
mulia dan tidak hanya terbatas kepada sesama itu sebagai satu jalan untuk merapatkan
manusia bahkan sesama makhluk. Lantaran hubungan persaudaraan dan mendekatkan
itu, sifat belas kasihan ini amat dituntut diri kepada Allah SWT demi memperoleh
dalam Islam. Selain itu, sifat belas kasihan ini keredaan-Nya, bukan kerana nama atau
dipupuk sejak azali lagi dalam diri masyarakat tersimpan maksud tertentu. Hai ini boleh
Melayu yang beragama Islam kerana nilai dilihat berdasarkan watak Pak Malim yang
sebegini menggambarkan nilai budaya suka memberi sumbangan kepada penduduk-
orang Melayu yang unggul. Segala tuntutan penduduk kampungnya. Dia telah berkongsi
dalam Islam, adalah perintah dari Allah harta kekayaan yang diperolehnya dengan
SWT (Aboebakar Atjeh, 1988:29). Pendapat penduduk-penduduk kampung yang miskin.
tersebut telah disokong oleh Abd. Rahim Abd Perbuatan yang dimiliki oleh Pak Malim ini
Rashid (2001:113) yang menyatakan bahawa telah membuatkan kehidupan penduduk-
masyarakat Melayu menanamkan sifat belas penduduk kampung dapat meneruskan

Journal of Business and Social Development Volume 4(2) 2016: 48-57

4. Nilai Baik Hati.indd 53 9/6/16 2:20 PM


Mohd Firdaus Che Yaacob dan Normaliza Abd Rahim 54

kelangsungan hidup dengan sempurna. Kenanga menggeleng-geleng kebingungan.


Sehubungan dengan itu, menerusi teori Kenanga mengangguk sambil tersenyum.”
Pengkaedahan Melayu (2002:21), bersesuaian (Othman Puteh & Aripin Said, 2013: 141)
dengan pendekatan kemasyarakatan di mana
pendekatan ini dianggap sebagai suatu alat Berdasarkan petikan 3, sumber
pendedahan kepada pelbagai persoalan yang mengetengahkan sifat baik hati melalui sifat
bertujuan untuk mencari kebaikan dan keadilan sedia memaafkan yang dimiliki oleh watak
dalam masyarakat seperti yang dituntut dalam seorang isteri terhadap suaminya yang telah
agama Islam. Hal ini jelas menggambarkan melakukan kesalahan terhadap dirinya. Salah
di mana masyarakat Melayu ketika itu satu sifat mahmudah adalah sifat pemaaf dan
memiliki keikhlasan hati untuk menghulurkan lawan daripada sifat ini adalah sifat pemarah
bantuan kepada masyarakat yang miskin dan pendendam. Sehubungan dengan itu,
untuk bersama-sama merasai kenikmatan pemaaf adalah sifat luhur yang perlu ada pada
hidup serta memastikan kesejahteraan dan diri setiap individu. Lantas, apabila seseorang
kebahagiaan dalam sesebuah masyarakat. Hal itu memiliki sifat pemaaf sebenarnya itu
ini membuktikan bahawa Islam juga menuntut adalah tandanya hatinya bersih dan tenang.
umat manusia berkongsi harta yang diperoleh Sebenarnya bukanlah mudah untuk menjadi
untuk membantu golongan yang memerlukan. seorang pemaaf. Sikap negatif yang menjadi
Oleh itu, dengan perlakuan seperti itu nescaya lawaknya iaitu pemarah sentiasa berusaha
masyarakat Melayu akan lebih bersatu- menidakkan wujudnya sifat pemaaf dalam
padu dan dapat mengekalkan keharmonian diri setiap individu, pertembungan dua unsur
dalam hidup bermasyarakat. Menurut Norita ini mewujudkan satu mekanisme yang saling
Arifin (2006:73), sifat murah hati merupakan menguasai diri seseorang. Oleh itu, dalam
sifat sedia membantu secara ikhlas kepada sesebuah kekeluargaan sifat pemaaf wajar
yang memerlukan sama ada dalam bentuk disemai untuk memastikan keharmonian
kebendaan atau sokongan moral. Sifat ini dalam hidup berumah tangga. Kenanga
dipamerkan melalui perilaku dermawan, ringan telah memaafkan suaminya kerana cuba
tulang, melakukan kebaikan dan kebajikan mencederakan dirinya dengan meletakkan
tanpa diminta atau disuruh melakukannya. seekor ular di dalam sebuah tempayan beras.
Masyarakat Melayu yang kaya dengan budi Setelah Kenanga menyedari akan perbuatan
pekerti, menjadikan sifat murah hati sebagai suaminya melakukan perkara yang salah
salah satu landasan dalam membentuk itu, akhirnya Kenanga cuba memaafkan atas
keperibadian diri. perbuatan suaminya walaupun dia sangat
Seterusnya, nilai baik hati melalui sifat kecewa dengan perbuatan suaminya. Kenanga
pemaaf boleh dilihat menerusi cerita rakyat juga telah terselamat daripada menjadi mangsa
yang bertajuk Bismillah. Hal ini jelas tergambar korban seekor ular serta suaminya memohon
dalam petikan 3 di bawah: maaf atas kesilapan yang telah dilakukan.
Sehubungan dengan itu, menerusi teori
Petikan 3 Pengkaedahan Melayu (2002:21), bersesuaian
dengan pendekatan kemasyarakatan di mana
“Apa, abang masukkan ular ke dalam pendekatan ini dianggap sebagai suatu alat
tempayan beras kita? Mengapa abang buat pendedahan kepada pelbagai persoalan yang
begitu?” tanya Kenanga. bertujuan untuk mencari kebaikan dan keadilan
“Maafkan abang, Kenanga. Niat abang dalam masyarakat seperti yang dituntut dalam
memang tidak baik. Sekarang baharu abang agama Islam. Hal ini jelas menggambarkan
sedar. Rupa-rupanya bacaan bismillah kau di mana masyarakat Melayu ketika itu
itulah yang menjadikan ular itu bertukar sememangnya memiliki sifat bertolak ansur
menjadi emas,” kata Jali. dalam sebuah kehidupan rumah tangga demi

Journal of Business and Social Development Volume 4(2) 2016: 48-57

4. Nilai Baik Hati.indd 54 9/6/16 2:20 PM


NILAI BAIK HATI MENERUSI CERITA RAKYAT MELAYU TERHADAP MASYARAKAT MELAYU 55

memastikan tidak akan berlakunya konflik Ini supaya mendorong kita menolong orang
dalam kalangan mereka. Hal ini juga kerana, yang susah atau sanggup bersusah payah untuk
sikap atau perilaku pemaaf yang digambarkan berkhidmat dan berbakti pada orang lain.
oleh seorang isteri itu membuktikan bahawa Sehubungan dengan itu, dapat dilihat bahawa
dalam sesebuah ikatan berumah tangga Raja Kuyuk yang bertimbang rasa terhadap
perbuatan seperti itu perlu diamalkan kebajikan rakyat jelata kerana baginda
untuk mewujudkan suasana bahagia dalam sanggup melihat sendiri ladang halia yang
kehidupan suami isteri dan sedia memaafkan musnah itu untuk membantu rakyat baginda
atas kesalahan yang dilakukan. Menurut yang berada dalam kesusahan. Raja Kuyuk
Hashim Musa (2008:10), sifat pemaaf ini segera melihat tanaman itu dan telah membuat
juga merupakan tunjang asas bagi membentuk keputusan untuk membantu rakyat jelatanya
keperibadian. Selain itu, sifat sedia memaafkan dalam mengusahakan aktiviti bercucuk tanam.
juga dapat memberi kebaikan bukan sahaja Lantas, dengan pertolongan yang diberikan
kepada individu namun kepada seluruh oleh seorang raja dalam menyelesaikan
masyarakatnya. masalah tersebut, maka aktiviti pertanian
Seterusnya, nilai baik hati melalui sifat masyarakat ketika itu dapat dijalankan dengan
bertimbang rasa boleh dilihat menerusi cerita baik dan mendapatkan hasil yang lumayan.
rakyat yang bertajuk Raja Kuyuk. Hal ini jelas Dalam konteks ini, maka jelaslah membuktikan
tergambar dalam petikan 4 di bawah: bahawa pada ketika dahulu seorang raja juga
memiliki sifat bertimbang rasa demi membantu
Petikan 4 rakyat jelata yang ditimpa bencana masalah.
Sehubungan dengan itu, menerusi teori
“Pada suatu hari, salah seorang rakyat
Pengkaedahan Melayu (2002:2), bersesuaian
datang ke istana Raja Kuyuk. Orang
dengan pendekatan kemasyarakatan di mana
itu menyembahkan perihal ladang halia
pendekatan ini dianggap sebagai suatu alat
yang dibinasakan oleh binatang buas.
pendedahan kepada pelbagai persoalan
Baginda Raja Kuyuk pun berangkatlah
yang bertujuan untuk mencari kebaikan dan
ke ladang. Baginda mahu melihat sendiri
keadilan dalam masyarakat seperti yang
akan keadaan ladang yang dikatakan oleh
dituntut dalam agama Islam. Hal ini jelas
rakyatnya itu.”
menggambarkan di mana masyarakat Melayu
(Othman Puteh & Aripin Said, 2013: 6) dalam kalangan orang istana khususnya
seorang raja prihatin akan masalah yang
Berdasarkan petikan 4, sumber menimpa rakyat jelata dalam sesebuah
menggambarkan sifat baik hati yang masyarakat setempat. Hal ini juga kerana,
diketengahkan melalui sifat bertimbang rasa sikap bertimbang rasa yang digambarkan oleh
yang dimiliki oleh watak Raja Kuyuk terhadap seorang raja itu membuktikan bahawa dalam
rakyat jelatanya di dalam cerita ini. Sifat sesebuah masyarakat Melayu pada ketika itu,
bertimbang rasa dan saling faham memahami golongan istana seperti raja sentiasa peka dan
memang tidak dinafikan sebagai sifat yang prihatin akan nasib yang menimpa masyarakat
baik, dalam Islam memang menuntut sifat- setempat demi mewujudkan kesejahteraan
sifat terpuji ini untuk disemai dalam diri setiap dalam kalangan golongan istana dan rakyat
individu. Oleh hal yang demikian, benih rasa jelata. Menurut Hashim Musa (2008:43), sifat
simpati atau timbang rasa ini dapat dikesan bertimbang rasa ini juga merupakan tunjang
ada dalam hati apabila berhadapan dengan asas bagi membentuk keperibadian masyarakat
orang yang mendapat kesusahan. Walaupun Melayu kerana sifat ini merupakan landasan
kita tidak dapat menolong dan membantunya penting bagi memastikan masyarakat Melayu
tetapi secara langsung timbul rasa belas dan menambahkan kebaikan bukan sahaja kepada
simpati. Setelah dikesan didapati ada sifat baik seseorang individu bahkan seluruh masyarakat
ini maka wajarlah disuburkan dan dikekalkan. Melayu.
Journal of Business and Social Development Volume 4(2) 2016: 48-57

4. Nilai Baik Hati.indd 55 9/6/16 2:20 PM


Mohd Firdaus Che Yaacob dan Normaliza Abd Rahim 56

Sehubungan itu, jelaslah membuktikan al-Quran dan sunnah yang dapat dijadikan
bahawa nilai baik hati merupakan nilai pegangan seterusnya dapat membentuk moral
yang dapat dilihat berdasarkan perilaku dan positif dalam kalangan masyarakat Melayu.
pertuturan dalam sesebuah masyarakat. Maka, Jadi, dengan kajian yang dilakukan dapat
menerusi Teori Pengkaedahan Melayu, nilai dilihat bahawa cerita rakyat sememangnya
baik hati lebih menjurus kepada pendekatan kaya dengan perutusan nilai murni yang boleh
masyarakat. Hal ini kerana, seperti mana menjadi sebuah kehidupan masyarakat Melayu
yang dapat dilihat dalam cerita rakyat nilai dengan lebih sempurna.
baik hati ini tergambar jelas oleh watak-watak
pendukung dalam cerita tersebut melalui ciri-
Rujukan
ciri yang terdapat di dalam nilai baik hati seperti
sifat belas kasihan, bertimbang rasa, murah hati Aboebakar Atjeh. (1988). Akhlak dalam Islam.
dan sedia memaafkan memaparkan wujudnya (Edisi Ketiga). Kota Bharu: Pustaka Alam.
unsur yang membawa kepada kebaikan dan Fatimah Yassin. (1990). Cerita Rakyat
kebajikan sejajar dengan tuntutan Islam. Dalam Sebagai Alat Pendidikan: Satu Analisis
hal ini, karya sastera menjadi alat garapan yang Isi yang Bercorak Etika. Dlm. Dialog
mendedahkan segala kebaikan dan kepincangan Kesusasteraan, disunting oleh Umar Junus,
dalam kehidupan dan akhirnya menjurus Rahmah Bujang, Hashim Awang, Mohd.
kepada matlamat utama karya sastera tersebut Yusuf Hassan, Wahab Ali, Rahman Kaeh,
dihasilkan, iaitu untuk mencari kebaikan dan Fatimah Yassin dan Zahir Ahmad. 79-110.
keadilan. Menurut Hashim Awang, pendekatan Kuala Lumpur: Jabatan Pengajian Melayu,
masyarakat merupakan alat pendedahan kepada Universiti Malaya.
persoalan yang bertujuan mencari kebaikan
dan keadilan sebagaimana yang dituntut dalam Hashim Awang. (2002). Teori Pengkaedahan
Islam (Hashim Awang, 2002). Melayu dan Prinsip Penerapannya.
Bengkel Teori Sastera, anjuran Dewan
Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur di
Kesimpulan Riviera Bay Resort, Melaka pada 28-29
Justeru, setelah meneliti contoh-contoh Jun.
tentang peranan cerita rakyat Melayu ia sangat Hashim Awang. (2002). Teori Pengkaedahan
memainkan peranan penting kepada masyarakat Melayu dan Prinsipnya dibentangkan
Melayu. Hal ini kerana setiap cerita rakyat dalam Bengkel Teori Sastera, anjuran
Melayu yang dikarang itu bukan sekadar rekaan Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur
semata-mata, malah ia sarat dengan perutusan di Riviera Bay Resort, dari 28-29 Jun.
nilai-nilai murni yang boleh dijadikan pedoman
Hashim Musa. (1998). Hati Budi Melayu:
dan teladan dalam kalangan masyarakat Melayu
Pengukuhan Menghadapi Cabaran Abad
dari zaman dahulu lagi hingga ke saat ini.
ke-21. Serdang: Penerbit Universiti Putra
Sehubungan dengan itu juga, dengan garapan
Malaysia.
teori Pengkaedahan Melayu tersebut, maka
ia terbukti sesuai diaplikasikan dalam setiap Ismail Hamid. (1987). Perkembangan
nilai yang terkandung di dalam cerita rakyat Kesusasteraan Melayu Lama. Kuala
Melayu kerana persoalan yang diketengahkan Lumpur: Longman.
di dalam setiap pendekatan yang diguna Laurent Metzger. (2007). Nilai-nilai Melayu
pakai memberi penilaian terhadap kebaikan Satu Sudut Pandangan Orang Luar.
dan kebajikan khususnya kepada masyarakat Tanjung Malim: Penerbit Universiti
Melayu. Selain itu juga, teori ini bukan hanya Pendidikan Sultan Idris.
sebagai medium untuk mencetuskan persoalan
kebaikan dan kebajikan, ia juga berlandaskan

Journal of Business and Social Development Volume 4(2) 2016: 48-57

4. Nilai Baik Hati.indd 56 9/6/16 2:20 PM


NILAI BAIK HATI MENERUSI CERITA RAKYAT MELAYU TERHADAP MASYARAKAT MELAYU 57

Mana Sikana (Peny.). (1997). Teori Sastera dan Akhir Ijazah Sarjana. Universiti Putra
Budaya dalam Kajian Akademik. Bangi: Malaysia.
Jabatan Persuratan Melayu, Universiti Othman Puteh & Aripin Said. (1995). Himpunan
Kebangsaan Malaysia. 366 Cerita Rakyat Malaysia. Utusan
Mohd. Taib Osman. (1991). Pengkajian Sastera Publications & Distributions Sdn. Bhd.
Rakyat Bercorak Cerita. Kuala Lumpur: Othman Puteh & Aripin Said (Peny.). (2011). 366
Dewan Bahasa dan Pustaka. Cerita Rakyat Malaysia. Kuala Lumpur:
Mohd Firdaus Che Yaacob & Normaliza Abd Utusan Publications & Distributors.
Rahim. (2014). Cerita Rakyat Membentuk Richard, M. D. (Ed.). (1973). Folklore and
Moral Positif Kanak-kanak Melalui Nilai Folklife: An Introduction. Chicago: The
Murni. Journal of Business and Social University of Chicago.
Development, 2(2): 74-85.
Roslina Abu Bakar. (2011). Komunikasi Dua
Normaliza Abd Rahim. (2014). The Nearly Hala Terancang Satu Aplikasi dalam
Forgotten Malay Folklore: Shall We Start Penyampaian Cerita Rakyat Melayu.
with The Software? TOJET: The Turkish Bangi: Penerbit Universiti Kebangsaan
Online Journal of Educational Technology. Malaysia.
July, 13(3): 216-221.
Tajul Ariffin Noordin & Nor’Aini Dan. (1992).
Normaliza Abd Rahim. (2014). Perception on Pendidikan dan Wawasan 2020. Kuala
the Animals Fable ‘Bird of Paradise’ Song. Lumpur: Arena Ilmu Sdn. Bhd.
Asian Social Science Journal, October,
10(19): 17-23. Wan Abdul Kadir. (1992). Pembinaan Tradisi
dan Budaya Ekspresif Budaya Melayu.
Norita Ariffin. (2006). Nilai-nilai Budi Petaling Jaya: Masfami Enterprise.
Masyarakat Melayu dalam Pantun. Projek

Journal of Business and Social Development Volume 4(2) 2016: 48-57

4. Nilai Baik Hati.indd 57 9/6/16 2:20 PM

Anda mungkin juga menyukai