Anda di halaman 1dari 11

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS BAHASA MELAYU

59990 LEMBAH PANTAI, KUALA LUMPUR

PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN


( AMBILAN JUN 2017 SEMESTER 6)

PENULISAN SASTERA KREATIF KANAK-KANAK


(BMMB3103)

DISEDIAKAN OLEH:

NAMA: MUHAMMAD SYUKRI BIN SAMSURI

NO. KAD
970203105329
PENGENALAN:

ANGKA GILIRAN: 2017192340065

KUMPULAN: PISMP C4 BAHASA MELAYU (SK)

NAMA PENSYARAH PUAN LATIFAH BINTI MOHD. NOR


AKADEMIK:

TAJUK TUGASAN
TUGASAN 1
PROJEK:
TARIKH HANTAR 19 FEBRUARI 2020
TARIKH TERIMA
MAKLUM BALAS

ISI KANDUNGAN

1
PENGHARGAAN...................................................................................................3

1.0 PENGENALAN...........................................................................................4

2.0 ISI PENULISAN (PENULISAN SASTERA KREATIF KANAK-KANAK)

2.1 KONSEP.........................................................................................5

2.2 CIRI-CIRI........................................................................................5-6

2.3 JENIS SASTERA KANAK-KANAK................................................6-8.

2.4 KEPENTINGAN SASTERA KANAK-KANAK.................................8-9

3.0 ANALISIS PEMIKIRAN MASYARAKAT MELAYU DALAM KARYA..........9-10

4.0 KESIMPULAN.............................................................................................10

5.0 RUJUKAN...................................................................................................11

2
PENGHARGAAN

Alhamdulillahi a’la barakatllah, bersyukur ke hadrat Ilahi dengan limpahan rahmat serta
nikmat masa, nyawa tenaga yang dianugerahkan kepada kami dapat juga akhirnya kami
menyiapkan tugasan ini dengan sempura.

Pertamanya dan selamanya, kami ingin mendedikasikan ucapan penghargaan ini


kepada pensyarah tercinta kami yakni Puan Latifah binti Mohd. Nor kerana dengan tunjuk
ajar serta bimbingan daripadanya membuka ruang untuk kami menyiapkan tugasan ini
dengan sempurna.

Kami juga ingin mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga kepada ibu bapa
kami yang memberi kami pemudahcara untuk menyiapkan tugasan ini. Mereka telah
memberikan kami segala kemudahan dan sokongan moral serta bantuan kewangan yang
tidak terhingga sehingga kami berjaya menyiapkan tugasan ini.

Ucapan penghargaan ini juga kami tujukan kepada rakan-rakan yang banyak
membantu kami dengan menjawab setiap pertanyaan yang kami utarakan kepada mereka.

Akhir bicara, kami mengucapkan terima kasih kepada mereka yang terlibat secara
langsung atau sebaliknya dalam pembikinan kerja kursus ini. Terima kasih.

3
1.0 PENGENALAN
Zaman kian berganti dan semakin giat berkembang menulusuri zaman pemodonen namun
bidang penulisan tidak pernah hilang dan pupus setiap zaman serta tetap mekar dalam
mengisi kekosongan jiwa kita. Hal ini kerana bidang sastera khususnya mempunyai
keunikan dan kelainan kerana ianya mampunya menyampaikan ekspresi kendiri serta dapat
menyampaikan pengalaman-pengalaman melalui penulisan. Dalam sastera terdapat
pelbagai genre sebagai medium penyampaiannya bersesuaian dengan sasaran pembaca,
sebegai contoh genre sastera kanak-kanak. Genre ini dicipta khusus untuk kanak-kanak
yang mana mempunyai unsur-unsur keseronokan dalam penulisan selain menyampaikan
nilai-nilai dalam penulisan tersebut. Sebelum itu kanak-kanak didefinisikan sebagai
seseorang yang di bawah umur 18 tahun seperti yang termaktub dalam Konvokesyen
Mengenai Hak Kanak-Kanak dan Akta Kanak-Kanak, 2001. Oleh yang demikian tugasan ini
akan membincangkan dengan lebih terperinci tentang penulisan sastera kreatif kanak-kanak
dan analisis pemikiran masyarakat melayu dalam karya.

4
N
O
K
T
F
S
E
B
H
A
D
U
-M
IR
C
2.0 ISI PENULISAN (PENULISAN SASTERA KREATIF KANAK-KANAK)

2.1 KONSEP SASTERA KANAK-KANAK

Menurut Ani Omar (2012), sastera kanak-kanak adalah karya sastera yang dihasilkan dalam
bentuk buku yang boleh dibaca oleh kanak-kanak mengikut peringkat umur dan mampu
menimbulkan keseronokan kepada mereka untuk membaca dan menghayati cerita-cerita
dalam buku tersebut. Selain itu, sastera kanak-kanak ini juga bersifat umum dan lebih
mudah untuk difahami tanpa sebarang maksud-maksud yang tersirat serta dikandungi
dengan ilustrasi-ilustrasi yang menarik supaya kanak-kanak lebih berminat untuk
membacanya. Hal ini turut disokong oleh Md. Sidin Ahmad Ishak (2005), menyatakan
bahawa sastera kanak-kanak mempunyai tafsiran yang agak luas dan umum.  Jelasnya,
sastera kanak-kanak ini adalah khususnya untuk kanak-kanak bagi merangsang kemahiran
bertutur, mendengar, membaca dan menulis.

`
2.2 CIRI-CIRI SASTERA KANAK-KANAK

Antara ciri-ciri utamanya seperti dalam gambar rajah di bawah :-

Cirinya yang pertama ialah mudah namun bukan dipermudahkan (Perry Nodelman,
1992). Hal ini kerana, sastera kanak-kanak bukanlah bermakna naratif dan dapat dihasilkan
dengan mudah kerana penulisannya perlulah bersesuaian dengan tahap perkembangan

5
kanak-kanak. Tambahnya, subjek yang ditonjolkan dalam penulisan mestilah konkrit, plot
yang jelas tanpa plot-plot yang kompleks, watak yang terhad dan perwatakannya mudah
untuk dikenalpasti. Selain itu, menurut Md. Sidin Ahmad Ishak (2005), sastera kanak-kanak
tidak mengetepikan kanak-kanak sebagai khalayaknya dan akan memberikan pertimbangan
yang wajar kepada kanak-kanak. Contohnya, latar tempat atau latar masa yang digunakan
mestilah dapat dikaitkan dengan kehidupan kanak-kanak.

Ciri yang kedua ialah berorientasikan aksi. Halimah Mohamed et al. (2014)
menyatakan bahawa kanak-kanak mempunyai tahap pemikiran yang rendah dan tidak
mampu membuat penilaian dan pentafsiran melalui rumusan atau cerakinan yang kompleks.
Oleh yang demikian, kanak-kanak lebih tertarik terhadap aksi-aksi yang ditonjolkan serta
mudah untuk mereka memahami idea yang pengkarya ingin sampaikan dengan lebih jelas
dan mudah. Hal ini juga disokong oleh Alimah Salam (1989), kanak-kanak dianggap
menggemari aksi yang bersifat aktif, penuh tenaga dan penuh pergerakan yang sesuai
dengan ciri kanak-kanak itu sendiri. Oleh yang demikian, dapat kita lihat kebanyakan sastera
kanak-kanak ditulis dengan pendek isinya serta lazimnya terdapat gambar-gambar yang
banyak supaya kanak-kanak mudah memahami kandungan penulisan tersebut.

Akhir sekali, ciri yang terpenting ialah didaktisisme. Didaktisisme ini ialah unsur nilai
pendidikan dan pengajaran yang dapat disampaikan melalui plot-plot cerita mahupun
daripada watak dan perwatakan yang terkandung dalam sesuatu cerita. Oleh sebab itulah,
watak dan perwatakan perlulah terhad supaya kanak-kanak dapat mengenalpasti nilai atau
pengajaran daripada cerita tersebut. Lazimnya, didaktisisme ini disampaikan melalui teknik
pemberitahuan dan penceritaan. Melentur buluh biarlah pada rebungnya maka melalui unsur
tersebut maka secara tidak langsung dapat mendidik kanak-kanak yakni aset penting
negara.

2.3 JENIS-JENIS SASTERA KANAK-KANAK

Terdapat lima jenis penulisan sastera kreatif kanak-kanak iaitu cerita rakyat, cerita
pendek/cerpen, novel, drama dan puisi.

 Cerita rakyat

Cerita rakyat bagi kanak-kanak merupakan penulisan cerita yang mempunyai unsur
ketegangan yang mendebarkan dan unsur keperwiraan yang mengagumkan. Cerita-cerita
ini merupakan warisan sastera lisan yang berbentuk dongeng rakyat dan kini telah dicetak
sebagai salah sebuah sastera kreatif kanak-kanak. Karya cerita rakyat ini bersifat tempatan
yang mana watak-watak yang diambil merupakan orang terkenal di sesebuah kawasan.

6
Sinipsos cerita rakyat akan diteliti terlebih dahulu sebelum diedit supaya tiada kesalahan
fakta atau maklumat.

 Cerita pendek/cerpen

Cerpen merupakan sebuah karya sastera yang diambil daripada cerita rakyat namun ianya
terbahagi kepada dua iaitu cerpen biasa dan cerpen yang diambil daripada cerita rakyat.
Cerpen biasa merupakan cerpen yang mempunyai versi terkini mengikut situasi masa,
manakala cerpen daripada cerita rakyat merupakan cerita yang telah termaktub dan
diketahui oleh masyarakat. Cerpen kanak-kanak merupakan himpunan cerpen yang
mengandungi pelbagai mesej dan pengajaran untuk kanak-kanak. Cerpen kanak-kanak ini
berunsurkan haiwan dan cerita-cerita moral dan selari dengan fitrah kanak-kanak.

 Novel

Menurut Siti Hajar (2009), perkataan ‘novel’ berasal daripada bahasa Itali ‘novella’, daripada
bahasa Sepanyol ‘novela’ dan daripada bahasa Perancis ‘nouvelle’ yang bermaksud ‘
sebuah kisah’ atau ‘sepotong berita’. Oleh yang demikian, novel ini satu penceritaan tentang
watak dalam kehidupannya. Novel ini menceritakan kehidupan seorang watak utama dan
watak-watak sampingannya melalui rangkaian-rangkaian cerita dengan menonjolkan sifat
dan watak dari setiap tokoh dalam novel tersebut. Kebiasaannya penulisan novel ini
bergantun kepada pengalamn dan pembacaan penulis tersebut.

 Drama

Hashim Awang (2000) mendefinisikan drama sebagai jenis sastera yang tercipta untuk
dipentaskan atau dilakonkan. Melalui drama, sastera dapat diterjemahkan melalui dialog-
dialog yang dihasilkan sama ada dalam bahasa prosa ataupun bahasa puisi. Faktor
kejayaan sesebuah drama bergantung kepada keberkesenan dialog yang dihasilkan selain
daripada mutu lakonan pelakon. Drama kanak-kanak pula merupakan drama-drama yang
dihasilkan sesuai dengan golongan kanak-kanak namun sesuai juga untuk dinikmati oleh
peringkat umur yang lain.

 Puisi

7
Puisi merupakan satu bentuk pengucapan dalam susunan yang istimewa serta mempunyai
bentuk dan ciri yang masih dianggap tradisional. Puisi ini penciptaannya sangat unik dan
halus kerana mempunyai strukturny yang tersendiri. Puisi terbahagi kepada dua iaitu puisi
tradisional dan puisi moden. Puisi kanak-kanak pula merupakan bahan bacaan berbentuk
hiburan dan menyampaikan pendidikan yang penting kepada golongan kanak-kanak.
Perkembangan dan pemerolehan bahasa serta kemahiran komunikasi (menyampaikan
pesan) dan interaksi sesama manusia dalam diri kanak-kanak juga dapat dipertingkatkan
melalui puisi.

2.4 KEPENTINGAN SASTERA KANAK-KANAK

Menurut Zainiah Mohamed Isa (2009), sastera kanak-kanak memainkan peranan yang
penting dalam memperkembangan bahasa dan komunikasi kanak-kanak, kognitif kanak-
kanak, personaliti kanak-kanak, kerohanian dan moral kanak-kanak, sosial kanak-kanak dan
kreativiti dan estetika dalam kalangan kanak-kanak. Hal ini kerana melalui sastera, kanak-
kanak mampu mengekspresikan idea mereka melalui penulisan dengan menggunakan
bahasa yang betul. Selain itu, dengan sastera juga keempat-empat kemahiran bahasa juga
dapat dikuasai dengan baik contohnya kemahiran membaca, bertutur, mendengar serta seni
bahasa kerana kanak-kanak dalam sastera kanak-kanak terdapat prosa tradisional dan
moden. Tambahnya, kanak-kanak juga dapat mengambil intipati nilai yang terdapat dalam
sastera untuk dijadikan teladan dalam kehidupan.

Menurut Khairuddin Mohamad et al. (2014), penulisan karya sastera kanak-kanak


menggunakan bahasa yang bersesuaian dengan peringkat umur kanak-kanak. Implikasinya
telah terhasilnya bahan-bahan bacaan yang baik bersesuaian dengan peringkat umur
kanak-kanak kerana penghasilannya bukanlah mudah kerana banyak aspek yang perlu
diambil kira contohnya dalam segi pemilihan laras dan kosa kata haruslah mudah difahami.
Penulisan yang baik dapat menarik minat kanak-kanak untuk membaca contohnya dengan
penggunaan ilustrasi dan jalan cerita yang berhubungkait dengan kehidupan seharian
kanak-kanak. Deduksinya, kemunculan sastera kanak-kanak telah menghasilkan bahan-
bahan bacaan yang bersesuaian dengan peringkat umur kanak-kanak menerusi
penggunaan bahasa yang mudah serta ilustrasi yang menarik serta dapat melahirkan
penulis yang peka akan kepentingan dan kehendak kanak-kanak.

Sastera kanak-kanak juga turut mengekalkan nilai-nilai kebudayaan masyarakat


Melayu dalam penghasilan karya sastera kanak-kanak tersebut. Dalam hal ini, penghasilan
karya sastera kanak-kanak membolehkan kanak-kanak mengetahui jenis-jenis karya sastera
yang terdapat dalam masyarakat Melayu. Menurut Husin Fateh Din dan Nazariyah Sani
(2014), genre sastera kanak-kanak dapat dikasifikasikan kepada bentuk naratif seperti cerita

8
kanak-kanak dan bentuk bukan naratif seperti pantun kanak-kanak. Karya sastera kanak-
kanak berbentuk naratif menekankan aspek perkembangan penceritaan dalam karya
tersebut. Manakala, karya sastera kanak-kanak bukan naratif pula tidak menekankan aspek
penceritaan tetapi mengandungi mesej-mesej yang berbentuk nasihat untuk memberi
pengajaran kepada kanak-kanak sebagai pembaca karya tersebut.

3.0 ANALISIS PEMIKIRAN MASYARAKAT MELAYU DALAM KARYA PANTUN


NASIHAT.

Menurut Mohd Rashid Md Idris et. al (2014), pemikiran bermula dengan idea, yang
kemudiannya dimatangkan pengarang menjadi subjek, akhirnya ia menjadi buah-buah
fikiran yang bernas dan signifikan. Dalam penghasilan sesuatu karya, setiap penulis
mempunyai pelbagai cara untuk menjelmakan sebarang mesej daripada bahan-bahan yang
tertentu. Bait-bait kata dan susunan ayat dalam menyampaikan mesej itulah merupakan
pemikiran kreatif yang dihasilkan oleh penulis. Oleh itu, saya akan menganalisis beberapa
pemikiran kreatif yang dijelmakan oleh Dania Qaisara Shaidi daripada SK Taman
Desaminium, Selangor yang diterbitkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka. Antara pemikiran
masyarakat melayu yang disampaikan dalam pantun ini adalah seperti berikut:

 Pemikiran tentang kehidupan keluarga yang harmoni.


Pemikiran tentang keluarga yang harmoni di mana penulis telah menunjukkan suasana
tolong menolong antara ibu dan anak di dapur sebagai pembayang tersebut. Hal ini
menunjukkan nilai yang murni oleh seorang anak membantunya ibunya memasak di dapur.
Tambahan pula, pemikiran penulis tersebut ingin menyatakan bahawa kewajipan kita
sebagai sesorang anak untuk meringankan kerja ibu di rumah kerana ianya merupakan satu
tuntutan kepada seorang anak untuk berjasa kepada ibu serta bapa selari dengan hadis
Rasulullah Saw yang matannya bermaksud redha Allah terletak pada redha ibu bapa. Maka
dengan membantu ibu bapa pasti mampu memperoleh redha daripada mereka. Seterusnya,
melalui maksud daripada pantun tersebut menyatakan bahawa pengambilan minuman yang
berkhasiat mampu memberikan rehat yang cukup seperti susu. Secara lazimnya, terdapat
pelbagai khasiat yang terdapat dalam susu contohnya tryptophan yang terkandung dalam
susu. Tryptophan ini merupakan sejenis asid amino yang membantu kita untuk melelapkan
mata. Bahan tersebut juga akan bertukar kepada hormon seratonin yang menyebabkan rasa
gembira dan tenang. Hal ini dapat dibuktikan daripada rangkap pantun berikut:

Ibu menggoreng ikan di dapur,


Kakak mengupas buah nona,

9
Minumlah susu sebelum tidur,
Agar kamu tidur lena.

 Pemikiran tentang pemakanan yang sihat

Pemikiran penulis yang ingin disampaikan kepada masyarakat ialah pemakanan yang sihat.
Pemakanan yang sihat sangatlah penting kepada tubuh badan kita sama ada fizikal
mahupun mental. Hal ini kerana setiap apa yang kita makan ianya akan menjadi darah
daging kita dan mempengaruhi kesihatan kita. Contohnya sekiranya mengambil makanan
yang tidak halal dan tidak bersih maka ianya akan memudaratkan kesihatan kita. Sebagai
contoh kini virus baru yang semakin menular ke seluruh dunia yang mana disebabkan oleh
pemakanan kelawar. Daripada pantun tersebut menekankan bahawa kepentingan
mengambil ikan dan sayur-sayuran sebagai pemakanan yang sihat. Jelas, makanan
tersebut sangat berkhasiat kerana ikan mengandungi protein yang tinggi manakala sayuran
mengandungi serat yang mampu proses penghadaman manakala protein pula membantu
membaiki tisu-tisu yang rosak dengan cepat. Maka jelaslah bahawa pemakanan yang sihat
mampu melahirkan badan yang sihat dan otak yang cerdas. Hal ini dapat dibuktikan
daripada pantun berikut:

Ibu ke kedai membeli ikan,

Terbeli pula buah kerdas,

Sayur dan ikan jangan dilupakan,

Badan sihat dan otak cerdas.

4.0 KESIMPULAN

Sastera kanak-kanak ini merupakan katalis kepada perkembangan bahasa kanak-kanak


kerana ianya melibatkan kemahiran membaca, mendengar dan bertutur, menulis dan aspek
seni bahasa. Sastera kanak-kanak ini juga dapat melatih kanak-kanak untuk
mengekspresikan idea mereka melalui penulisan. Selain itu sastera kanak-kanak juga
menepati keperluan mereka yang memerlukan keseronokkan di samping memperoleh nilai
dan pengajaran daripada sastera kanak-kanak yang bersifat didaktisisme. Kesimpulannya,
sastera kanak-kanak hendaklah diperkembangpesatkan penulisannya agar dapat
merangsang perkembangan sihat perolehan bahaasa dalam diri kanak-kanak.

5.0 RUJUKAN

10
Ani Hj Omar. (2012). Apresiasi Teori Kesusasteraan Melayu. Tanjung Malim, Perak

Azizah Hamdan, & Md Sidin Ahmad Ishak. (2005). Children's book publishing in Malaysia.
Dlm. Proceedings of Seminar-cum-Workshop on Children's Book Publishing in the
Next Millennium. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Perry Nodelman. (1996). The Pleasures of Children's Literature. New York: Longman Pub
Group

Siti Hajar Abdul Aziz. (2009). Bahasa Melayu II. Selangor: Oxford Fajar Sdn. Bhd

Hashim Awang. (2000). Teman Pelajar Kesusasteraan. Petaling Jaya: Fajar Bakti. Sdn.Bhd

Zainiah Mohamed Isa (2009), Pemilihan Buku Bacaan Bahasa Melayu yang sesuai untuk
Kanak-Kanak Di Malaysia. Jurnal Bitara, 2, 45-57.

Md. Sidin Ahmad Ishak. (2005). Perkembangan Sastera Kanak-Kanak di Malaysia: Buku
Melayu Mencari Nafas Baru. Shah Alam: Cerdik Publication.

Mohd Rashid Md Idris (2014). Karya Agung Melayu. Tanjung Malim: Penerbit Universiti
Pendidikan Sultan Idris.

Muhammad Al Afzan bin Ali Hussin. (2018). Sumbangan Sastera Kanak-kanak. Retrieved
April 16 2018 from https://cikguafzan96.blogspot.com/2018/04/sumbangan-sastera-
kanak-kanak.html

11

Anda mungkin juga menyukai