Anda di halaman 1dari 7

A

1.6 KERANGKA TEORI

Merujuk kepada ujian inventori DASS yang dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia,
kategori kesihatan mental yang dikaji meliputi tahap stress (tekanan) ,depression (kemurungan)
dan anxiety (kebimbangan) individu.

Menurut Polisi Kesihatan Mental Malaysia, kesihatan mental merujuk kepada keupayaan
individu, kumpulan dan persekitaran untuk berinteraksi di antara satu sama lain bagi menjana
perasaan sejahtera dan fungsi yang optima dan penggunaan kebolehan kognitif /intelek, afektif/
emosi dan perhubungan dalam mencapai matlamat individu dan kumpulan yang konsisten
dengan keadilan.(Adaptasi dari Kanada)
(sumber: http://www.myhealth.gov.my/)
Seterusnya, terdapat beberapa pandangan lain berhubung apa yang dikatakan tentang kesihatan
mental. Menurut Esser dan Lacey (1989), penyakit mental (mental illness) merupakan
ketidakfungsian otak yang boleh menyebabkan kekeliruan kepada perasaan, kepercayaan dan
motivasi seseorang. Danek (1978), berpandangan bahawa kesihatan mental merujuk tahap fungsi
individu samada berasa selesa atau tidak dengan diri sendiri dan dengan cara hidup mereka.
Beliau mengelaskan kepada empat aspek yang mengaitkan gangguan terhadap kebolehan
individu
i. Tingkah laku sosial – merendahkan tahap kemahiran sosial atau perhubungan.
ii. Tingkah laku emosi – menghasilkan keadaan kemurungan (depression), kebimbangan
(anxiety), fobia dan gangguan seksual yang berdasarkan emosi.
iii. Isu yang berkaitan dengan kesihatan seperti insomnia, keupayaan menahan sakit, kawalan
berat badan dan tingkah laku buruk seperti merokok, penggunaan alkohol serta
penyalahgunaan dadah.
1.8.1 TEORI PSIKOANALITIK

Kajian psikologik tentang depresi dimulai oleh Sigmund Freud dan Karl Abraham. Keduanya
menggambarkan bahawa depresi merupakan reaksi kompleks terhadap kehilangan (loss). Freud
dalam bukunya Mourning and Melancholia menggambarkan bahawa rasa sedih yang normal dan
depresi sebagai tindakbalas dari kehilangan seseorang atau sesuatu yang dicintainya (Davidson
dan Neale, 1997). Orang yang mengalami depresi biasanya akan terjadi pengurangan harga diri
secara luar biasa dan mengalami kemiskinan ego pada skala yang besar (Sarason dan Sarason,
1989).

Kaitan antara kesihatan mental dengan teori psikoanlitik dapat di lihat melalui pandangan Freud
yang percaya bahawa manusia dilahirkan dengan desakan naluri yang semulajadi (inborn drives).
Berdasarkan kepada pandangan ini lahir satu konsep antirasional dalam segala gerak-geri dan
perlakuan manusia. Menurut Jas Laile Suzana Jaafar, (2002) fahaman dari teori Freud ini
berpendapat bahawa manusia merupakan individu yang tidak rasional, tidak sosial dan penuh
dengan desakan yang merosakkan diri sendiri serta tidak dapat membawa kebaikan kepada nasib
haluannya. Tingkah laku manusia lebih digalakkan oleh naluri kehaiwanan (Animalistic
instincts) dan desakan biologikal. Desakan yang paling utama adalah desakan untuk
mendapatkan kepuasan nafsu diri. Desakan ini berlaku dalam diri seseorang sama ada lelaki atau
perempuan dan mereka telah terperangkap dalam asas naluri dan desakan yang jahat ini.

1.8.2 TEORI HUMANISTIK

Menurut teori hierarki keperluan Maslow (1970)  kesempurnaan kendiri memperlihatkan ciri-ciri
manusia seperti berkemampuan melihat diri sendiri, orang lain dan alam sekeliling, mempunyai
kecekapan yang tinggi, sikap kasih-mengasihi dan pergaulan ramah. Kegagalan individu
memenuhi keperluan kesempurnaan kendiri akan menyebabkan individu rasa kehilangan atau
kecewa dan tidak mempunyai kepuasan dalam kehidupannya
Maslow berpendapat bahawa setiap individu akan membawa bersama minatnya, sikap dan
keinginan ke tempat kerja mereka. Maslow memberikan pandangan bahawa manusia mempunyai
lima tahap hieraki keinginan yang cuba dipuaskan. Sungguhpun teori Maslow menekankan
kepada kesejahteraan mental, wujud pandangan bahawa apa yang akan dilakukan oleh pelajar
sekiranya kehendak mereka tidak dipenuhi atau dalam erti kata lain, apa yang akan berlaku
sekiraya pelajar tidak dapat mencapai apa yang diinginkannya? Ini dibuktikan melalui
pandangan Maslow (1984), yang menyatakan bahawa jika keperluan psikologi tidak dipenuhi
oleh individu maka jiwa seseorang tersebut akan terganggu dan tidak tenteram.

Ramalan tingkah laku pelajar yang menjurus kepada tahap kesihatan mental boleh dilihat dari
Teori Hierarki Maslow yang tebahagi kepada 5 tahap iaitu:-
Tahap 1- keinginan fisiologi
Termasuk keinginan terhadap minuman, makanan, udara dan sebagainya.
Tahap 2- keinginan keselamatan/jaminan
Termasuk keinginan terhadap keselamatan dan kedamaian, serta bebas daripada
bahaya dan ugutan.
Tahap 3- keinginan sosial
Termasuk keinginan untuk bergaul dan berhubung dengan orang lain, serta
melahirkan perasaan kasih sayang.
Tahap 4- penghargaan atau kebanggaan
Termasuk keinginan supaya dihormati, perasaan harga diri dan status (darjat)
Tahap 5- kesedaran diri
Termasuk berbagai keinginan terhadap perkembangan dan kemajuan diri,
pencapaian diri serta potensi.

Setiap tahap membawa kesejahteraan kepada individu. Sekiranya individu tidak dapat mengawal
keinginan dan kehendak fisiologi dan sosialnya maka, tindak balas negatif mungkin akan
berlaku. Kemampuan setiap individu menyerap tekanan berbeza sama sekali. Ada individu yang
mampu menyerap tekanan apabila diberi tugasan yang banyak. Ada juga individu yang mampu
berhadapan dengan kegagalan. Semuanya bergatung kepada pengalaman dan tahap mentalnya
memproses masalah yang dihadapi sebagai satu cabaran yang perlu dihadapi dalam hidup.

8.1 TEORI KESIHATAN MENTAL (stress, anxiety, depression)

8.1.1 Teori tekanan (Stress)


Menurut Jerry Kennard (2008), istilah stress dipelopori oleh Hans Selye pada tahun 1936.
Kemudian pada tahun 1956, idea teori tekanan Seyle telah dibangunkan dengan meletakkan
ke hadapan satu proses tiga peringkat yang dikenali sebagai General Adaptation Syndrome
(GAS). Selye menyatakan bahawa sebagai tindak balas kepada beberapa tekanan luar kita
akan mula bertindak balas dengan menggerakkan sumber fizikal diri untuk menangani atau
melarikan diri dari tekanan itu.
Jenis model stress ini boleh digunapakai dalam menentukan kriteria pembinaan instrumen
terutama berkenaan tahap stress di kalangan pelajar asrama dan seterusnya mengukur tahap
kesihatan mental pelajar yang dikaji. Jenis-jenis gejala stress ini boleh menjadi kayu ukur
kepada sejauh mana pelajar berdepn dengan masalah kesihatan mental

8.1.2 Kemurungan (Depression)


Menurut Priest R. (1994), depresi ialah satu semacam kecemasan pada banyak cara dan
merupakan sesuatu yg berkesinambungan. Depresi sering terjadi apabila seseorang
mengalami period kekecewaan yang panjang.

Ada beberapa teori yang dapat digunakan untuk menjelaskan munculnya gangguan depresi
iaitu:-
a) Teori Biologi
Teori biologi ini mempunyai tanggapan bahawa penyebab depresi terletak pada gen atau
malfungsi beberapa faktor fisiologik yang memungkinkan faktor tersebut.

b) Pandangan psikoanalitik
Kajian psikologik tentang depresi dimulai oleh Sigmund Freud dan Karl Abraham.
Keduanya menggambarkan bahawa depresi merupakan reaksi kompleks terhadap
kehilangan (loss). Freud dalam bukunya “Mourning and Melancholia” menggambarkan
bahawa rasa sedih yang normal dan depresi sebagai tindakbalas dari kehilangan
seseorang atau sesuatu yang dicintainya (Davidson dan Neale, 1997). Orang yang
mengalami depresi biasanya akan terjadi pengurangan harga diri secara luar biasa dan
mengalami kemiskinan ego pada skala yang besar (Sarason dan Sarason, 1989). Beberapa
kes membunuh diri dan cubaan membunuh diri dalam kalangan pelajar di Limbang
menunjukkan kesihatan mental pelajar terutamanya depresi berada pada tahap yang tidak
sihat.

c) Pandangan Behavioral
Pandangan Behavioral menjelaskan bahawa orang yang mengalami depresi kurang
menerima penghargaan (rewards) atau dengan kata lain lebih mengalami hukuman
(punishment) dari pada orang yang tidak mengalami depresi.

d) Pandangan humanistik – eksistansial


Teori eksistensial memfokuskan kehilangan harga diri sebagai penyebab utama depresi.
Kehilangan harga diri dapat dijelaskan sebagai kehilangan kekuasaan, status sosial atau
harta. Teori humanistic menekankan perbezaan harga diri seseorang dengan keadaan
yang nyata sebagai sumber depresi dan kecemasan.Menurut pandangan ini depresi terjadi
jika perbezaan antara konsep kendiri dan kenyataan terlalu besar.

e) Pandangan Kognitif.
Teori depresi berdasarkan kognitif ini merupakan teori sering digunakan dalam penelitian
tentang depresi (dalam Susanty, 1997). Ini kerana, teori kognitif merupakan teori yang
sering digunakan sebagai terapi terhadap depresi. Teori ini menyatakan bahawa
seseorang yang berfikiran negatif tentang dirinya bakal menelusuri lebih lanjut bahawa
mereka melakukan interpretasi yang salah dan menyimpang dari realiti. Terdapat
beberapa gejala depresi seperti kesedihan, hilang minat, hilang kekuatan, hilang
konsentrasi, kemurungan, kekhilafan, rasa bersalah dan ketidakmampuan. Teori
kemurungan yang berkaitrapat dengan pandangan kognitif ialah Teori Kemurungan
Kognitif Beck. Teori Kemurungan Kognitif Beck telah diperkenalkan oleh Beck pada
tahun 1967. Beck menyatakan bahawa kebanyakan simptom-simptom kemurungan
berpunca daripada sikap dan pemikiran individu yang negatif. Terdapat juga gejala serta
tanda-tanda yang menunjukkan kemurungan berpunca daripada pemikiran yang tidak
tenteram. Model Teori Beck ini menghuraikan tiga konsep asas psikologi yang dilihat
menjadi punca kepada kemurungan iaitu konsep kognitif tiga penjuru, skema, dan alat.

8.3 Kebimbangan (Anxiety)


Menurut S Rachman (1998), anxiety atau kebimbangan adalah jangkaan tegang daripada
peristiwa mengancam tetapi samar-samar serta perasaan tidak selesa. Kebimbangan
merupakan perasaan negatif yang memberi mempunyai perkaitan rapat dengan perasaan
takut bahawa timbul dalam beberapa keadaan dimana kedua-duanya saling bertukar
ganti.

Kebimbangan melalui teori psikoanalitik boleh diterjemahkan sebagai:-

i) Kebimbangan Realiti
Kebimbangan realiti adalah disebabkan ancaman yang wujud dari dunia luar. Sebagai
contoh sering dimarahi oleh ibu atau bapa yang garang. Akibat daripada itu, seorang anak
akan berasa terlalu bimbang dan menyebabkan fizikalnya akan gementar jika mereka
berada berdekatan, suara hampir tidak terkeluar antara jelas atau tidak, mata melihat tepat
dalam keadaan postur (kedudukan badan) tegak tidak bergerak (kaku).

ii) Kebimbangan Moral


Kebimbangan moral adalah disebabkan perasaan bersalah jika melakukan perlanggaran
kod moral. Kebiasaannya berlaku kepada mereka yang mempunyai superego yang tinggi.

Anda mungkin juga menyukai