Anda di halaman 1dari 3

3/2/2018 Bila Anak Bermasalah Pendengaran - PORTAL MyHEALTH

Bila Anak Bermasalah Pendengaran


1

Masalah pendengaran dikategorikan sebagai masalah yang tersembunyi memandangkan ia tidak dapat
dilihat secara fizikal atau lahiriah. Berdasarkan statistik dan nilai perangkaan yang dijalankan oleh
Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) 2013 didapati sebanyak 360 juta orang penduduk di seluruh dunia

mengalami masalah pendengaran manakala 32 juta daripadanya adalah membabitkan kanak-kanak.

Melahirkan bayi yang sihat, cukup sifat dan normal belum menjamin seseorang anak itu memiliki
pendengaran yang baik. Jesteru itu pengesanan dan intervensi awal kanak-kanak bermasalah

pendengaran adalah penting dan wajar dilakukan.     

Menurut Yoshinaga-Itano (1995), pengesanan masalah pendengaran kanak-kanak perlu dilakukan seawal

umur 3 bulan manakala intervensi awal masalah pendengaran  kanak-kanak perlu  dilakukan selewat-

lewatnya  umur 6 bulan.

Proses dalam Intervensi anak bermasalah pendengaran

Pegawai Pemulihan Perubatan (Pendengaran) atau dikenali sebagai Pegawai Audiologis merupakan
individu awal yang terlibat dalam melakukan proses intervensi. Antara tugas-tugas utama pegawai terlibat

adalah:

Melakukan pemeriksaan dan ujian pendengaran.

Menentukan tahap dan jenis masalah pendengaran.

Membuat pemilihan alat bantu pendengaran yang sesuai.

Memberi khidmat kaunseling berkaitan penggunaan dan penjagaan alat bantu pendengaran.

Melakukan pemeriksaan dan ujian ke atas alat bantu pendengaran bagi memastikan prestasi alat adalah

baik dan mencapai tahap yang optimum.

Melakukan pengubahsuaian sekiranya didapati perlu.

Memberikan rawatan susulan secara berkala.

Setelah pemakaian alat bantu pendengaran dilakukan, kanak-kanak perlu dirujuk kepada Pegawai
Pemulihan Perubatan (Pertuturan) atau dikenali sebagai Terapi  Pertuturan.

Kanak-kanak akan dinilai dari segi kemahiran bahasa (reseptif dan ekspresif), perkembangan kognitif dan
kebolehan mendengar. Selain itu kanak-kanak juga akan diajar bertutur menerusi kemahiran mendengar

secara total. Maklumat daripada Terapi Pertuturan ini amat penting bagi membantu dalam cadangan
penempatan kanak-kanak semasa kemasukan ke alam persekolahan kelak.

Antara profession lain yang turut sama terlibat dalam proses intervensi awal ini adalah seperti berikut:-

1. Pakar Otorhinolaringologi (ENT)

Pakar perubatan yang akan melakukan pemeriksaan berkaitan penyakit telinga. Ini bagi memastikan
etiologi masalah pendengaran serta boleh atau tidak ianya diubati secara ubatan atau pun

http://www.myhealth.gov.my/bila-anak-bermasalah-pendengaran/ 1/3
3/2/2018 Bila Anak Bermasalah Pendengaran - PORTAL MyHEALTH

pembedahan.

Sekiranya didapati perlu, rujukan untuk ujian darah, pemeriksaan kesihatan lain dan penilaian
radiologi akan dilakukan.

2. Pakar Pediatrik

Memantau kesihatan anak anda secara keseluruhan serta memantau perkembangan fizikal serta
mentalnya.

Menentukan sebarang jenis penyakit, sindrom ataupun masalah yang berkait rapat dengan masalah
pendengaran.

3. Pegawai Genetik

Membantu dalam menentukan punca masalah pendengaran yang berkait rapat dengan sesetengah

penyakit ataupun sindrom.

Memberikan khidmat kaunseling kepada ibubapa berkaitan penyakit genetik yang menyebabkan
masalah pendengaran.

4. Psikologis

Membuat penilaian dan memberikan maklumat berkaitan perkembangan intelektual anak sama ada

perkembangan itu seiring dengan rakan sebayanya.

5. Neurologis

Membuat penilainan sekiranya kanak-kanak dikenalpasti mengalami masalah fizikal, kemahiran motor

dan masalah perkembangan.

6. Terapis Cara Kerja (OT)

Membantu kanak-kanak yang mengalami kesukaran motor halus, masalah keseimbangan dan masalah

sensori sama ada terlalu hyper atau hyposensitif kepada sentuhan, rasa dan visual.

7. Fisioterapis

Membantu kanak-kanak yang mengalami masalah kesukaran motor kasar dan kesimbangan.

Jangkaan realistik ibubapa

Alat bantu pendengaran merupakan alat sokongan dan bukannya ubat. Pemakaian alat tidak akan dapat

memulihkan kembali pendengaran kepada normal. Oleh itu, alat perlu sentiasa dipakai oleh anak
sepanjang masa.

Anak perlu menghadiri sesi terapi untuk belajar bercakap. Ini kerana kebanyakkan ibubapa beranggapan
selepas anak memakai alat bantu pendengaran anak akan terus dapat bercakap.

Temujanji susulan bersama pegawai audiologis perlu bagi memastikan alat bantu pendengaran yang

dipakai mencapai tahap yang optimum. Sekiranya perlu pengubahsuai/ konfigurasi semula alat

pendengaran akan dilakukan.

Kesan lambat intervensi

Pendengaran merupakan salah satu deria yang amat penting dan berguna dalam kehidupan harian kita.

Dengan mendengar kita dapat  bertutur, berkomunikasi dan seterusnya dapat belajar dengan lebih baik.

http://www.myhealth.gov.my/bila-anak-bermasalah-pendengaran/ 2/3
3/2/2018 Bila Anak Bermasalah Pendengaran - PORTAL MyHEALTH

Ini secara tidak langsung dapat membantu dalam perkembangan seseorang kanak-kanak.

Sekiranya pengesanan dan intervensi awal masalah pendengaran kanak-kanak tidak dilakukan ia akan

mengakibatkan kelewatan dalam perkembangan bahasa dan pertuturan, kemahiran komunikasi, kognitif
dan sosial. Kelewatan dalam perkembangan ini juga mengakibatkan kanak-kanak akan ketinggalan jauh di

belakang jika dibandingkan dengan rakan sebayanya yang lain serta akan menyebabkan kurangnya
keyakinan diri.

Rujukan

1. Madell.J.R , 1998, Behavioral Evaluation og Hearing in Infants and Young Children.

2. America Speech-Language-Hearing Association (ASHA), 2000. Principles and Guidelines for Early Hearing

Detection and Intervention Programs.

Semakan akhir : 07 Mac 2014

Penulis : Yusni Zariah bt. Yusof

Akreditor : Nur Azyani bt. Amri

(Visited 169 times, 1 visits today)

http://www.myhealth.gov.my/bila-anak-bermasalah-pendengaran/ 3/3

Anda mungkin juga menyukai