Anda di halaman 1dari 5

ِّ َ ْ َ َ ْ َ ْ َ ُ ْ ْ َ ْ َ َ َ ْ َ ْ ْ َ َ ْ َ َ َ َّ َ ٌ َّ َ ُ َ َ َّ َ

ِ‫ﺐ ﻗﻦ أ ِﻧﻴ ِﻪ ﻗﻦ ﺟﺪه‬ٍ ‫ﺣﺪﻋﻨﺎ ﻣﺴﺪد ﺣﺪﻋﻨﺎ ﺤﻳﻰﻴ ﻗﻦ اﺑ ِﻦ ﻋﺠﻼن ﻗﻦ ﻗﻤ ِﺮو ﺑ ِﻦ ﺷﻌﻴ‬

َ َ ُْ ْ ََ ْ َ ْ ْ َ ْ َ َ ِّ ْ َ َ َ َ َّ َ َ ْ َ َ ُ َّ َّ َ َّ َ ُ َ َّ َ
‫اﺑ ﺻﻰﻠ اﺑ ﻋﻠﻴ ِﻪ وﺳﻠﻢ ﻏﻰﻬ ﻗﻦ اﻟﺮﺸا ِء واﻛﻴ ِﻊ ِﻲﻓ اﻟﻤﺴ ِﺠ ِﺪ وأن ﺗﻨﺸﺪ ِﻓﻴ ِﻪ‬ ِ ‫أن رﺳﻮل‬
ْ َ ْ َ َ َّ َ ْ َ ُّ َ َّ ْ َ َ َ َ ٌ ْ
َ‫اﺠﻟ ُ ُﻤﻌﺔ‬ َ َ ْ ُ ْ َ َ ٌ َّ َ
ِ ‫ﺿﺎﻟﺔ وأن ﻳﻨﺸﺪ ِﻓﻴ ِﻪ ِﺷﻌﺮ وﻏﻰﻬ ﻗﻦ اﺤﻛﺤﻠ ِﻖ ﻗﺒﻞ اﻟﺼﻼ ِة ﻳﻮم‬

Telah menceritakan kepada kami Musaddad telah menceritakan kepada kami Yahya dari Ibnu
‘Ajlan dari ‘Amru bin Syu’aib dari ayahnya dari datuknya;

“Bahawa Rasulullah SAW melarang berjual beli di masjid, mencari sesuatu yang hilang,
mendendangkan syair dan mengadakan pertemuan (di masjid) sebelum solat Jumaat.”
Hadis dari Sunan Abu Daud #911, Bab; “Membuat Halaqah sebelum Solat Jumaat” (Susunan Lidwa Pustaka
Indonesia)

َ َّ َ ْ َ ُ ْ ُ َ َ ُ َ َّ َ َ َ ُ ْ َ ْ ْ َ َّ ُ ْ َ َ َ َ ْ َ َ َ ْ ُ ْ ُّ َ َ َ َّ َ
ِ ‫ﻲﻠﻋ ﻧﻦ ِإﺳﺤﺎق أﺧﺮﺒﻧﺎ ﻗﺒﺪ‬
‫اﺑ ﻓﻌ ِﻲﻨ اﻧﻦ اﻟﻤﺒﺎر ِك ﺣﺪﺛ ِﻲﻨ أﺳﺎﻣﺔ ﻧﻦ زﻳ ٍﺪ ﺣﺪﺛ ِﻲﻨ‬ ِ ‫ﺣﺪﻋﻨﺎ‬
َ َ ْ َ ْ َّ ْ َ ْ َ َ ْ َ َْ ُ ُْ ْ َ
‫اﺑ ﺑ ِﻦ ﻗﻤ ٍﺮو ﻗﺎل‬ ُ
ِ ‫ﺐ ﻗﻦ أ ِﻧﻴ ِﻪ ﻗﻦ ﻗﺒ ِﺪ‬ٍ ‫ﻗﻤﺮو ﻧﻦ ﺷﻌﻴ‬

ْ َ ْ َ ْ َ ْ َ ْ ْ َ َ َّ َ َ ْ َ َ ُ َّ َّ َ َّ ُ ُ َ َ َ
‫اﺑ ﺻﻰﻠ اﺑ ﻋﻠﻴ ِﻪ وﺳﻠﻢ ﻗﻦ اﻛﻴ ِﻊ و ِاﻻﺷ ِﺮﺘا ِء ِﻲﻓ اﻟﻤﺴ ِﺠ ِﺪ‬ ِ ‫ﻏﻰﻬ رﺳﻮل‬

Telah menceritakan kepada kami Ali bin Ishaq telah mengkhabarkan kepada kami Abdullah iaitu
Ibnul Mubarak telah menceritakan kepadaku Usamah bin Zaid telah menceritakan kepadaku
‘Amru bin Syu’aib dari bapanya dari datuknya, dia berkata;

“Rasulullah SAW melarang dari transaksi jual beli yang dilakukan di dalam masjid.”
Hadis dari Musnad Ahmad #6696 (Susunan Lidwa Pustaka Indonesia)
Petikan dari laman sesawang
http://fiqh-sunnah.blogspot.my/2009/01/144-larangan-berjual-beli-di-dalam.html

‘Amru B. Syu’aib daripada ayahnya, daripada datuknya, beliau berkata:

َ‫ َوأَ ْن َﻓﺘَ َﺤﻠَّﻖ‬،‫ﺮﺘا ِء ﻓﻴﻪ‬


َ ‫اﻛﻴْﻊ َواﻻ ْﺷ‬
َ َ َ ْ َ ْ
‫ وﻋ ِﻦ‬،‫ﺎر ِﻲﻓ اﻟﻤﺴ ِﺠ ِﺪ‬ َ َْ ُ َ َ ْ َ َ َ ُ َّ َ
ِ ِ ِ ِ ِ ِ ‫ﻛﻧﻪ ﻏﻰﻬ ﻗﻦ ﻳﻨﺎﺷ ِﺪ اﻷﺷﻌ‬
َ َّ َ ْ َ َ ُ ُ َ ْ َ ُ َ‫اﺠ‬
ّ
‫اﻟﺼﻼ ِة‬ ‫ﺎس ِﻓﻴ ِﻪ ﻳﻮم اﺠﻟﻤﻌ ِﺔ ﻗﺒﻞ‬

“Bahawasanya Rasulullah SAW melarang dari melagukan syair di masjid, berjual-


beli, dan membuat halaqah pada hari Jumaat sebelum solat.”

Hadis ini diriwayatkan oleh Ahmad, #6676. Abu Daud, bab; “Larangan membuat
halaqah di hari Jumaat sebelum solat”, #1079. At-Tirmidzi, bab; “Dibencinya jual-
beli dan melagukan syair di masjid”, #322. Sahih Ibnu Khuzaimah, bab; “Larangan
jual-beli di masjid”, #1304.

Kata At-Tirmidzi, hadis ‘Abdullah bin ‘Amru adalah hadis hasan, dan ‘Amru bin
Syu’aib adalah Ibn Muhammad B. ‘Abdullah B. ‘Amru B. al-‘Ash. Hadis ini juga
dihasankan oleh al-Albani, Syu’aib al-Arnauth, dan Salim al-Hilali.

Setelah membawakan hadis ini, Imam at-Tirmidzi rahimahullah (Wafat: 279)


menyatakan:

ُ َ ْ َ َُْ َ ُ َُ َ ْ َ َ َ ّ َ ََْ ْ َْ ْ ٌَْ َ َ ََْ


‫ و ِإﺳﺤﺎق‬،‫ وﺑِ ِﻪ ﻓﻘﻮل أﻤﺣﺪ‬،‫اﻟﺮﺸاء ِﻲﻓ اﻟﻤﺴ ِﺠ ِﺪ‬
ِ ‫وﻗﺪ ﻛ ِﺮه ﻗﻮم ِﻣﻦ أﻫ ِﻞ اﻟ ِﻌﻠ ِﻢ اﻛﻴﻊ و‬

“Sebahagian ahli ilmu memakruhkan (membenci) urusan jual beli di masjid, dan
ini adalah pendapat Imam Ahmad dan Ishaq (Ibn Rohuyah).” (Sunan at-Tirmidzi,
2/139)

Manakala Syaikh Salim al-Hilali hafizhahullah menyatakan:

“Haram hukumnya berjual-beli di dalam masjid, kerana masjid adalah pasar


akhirat. Termasuk adabnya adalah dengan menjauhkan masjid dari urusan dunia
dan urusan-urusan lain yang tidak ada hubung-kaitnya dengan akhirat.” (Mausu’ah
al-Manahi asy-Syar’iyyah fiish Shahih as-Sunnah an-Nabawiyah, 1/371 – Daar Ibn
‘Affan)

Adapun tentang sya’ir, yang diharamkan adalah sya’ir-sya’ir jahiliyyah dan sya’ir-
sya’ir ahli bathil. Atau apabila kebanyakan waktu dihabiskan untuk bersya’ir
sehingga melalaikan dari menuntut ilmu, mempelajari al-Qur’an, berdzikir, dan
bertasbih. (Mausu’ah al-Manahi asy-Syar’iyyah fiish Shahih as-Sunnah an-
Nabawiyah, 1/365 – Daar Ibn ‘Affan)

Manakala tentang membuat halaqah-halaqah (kumpulan-kumpulan atau bulatan-


bulatan majlis bicara) sebelum solat Juma’at, hukumnya adalah haram. Kata Syaikh
Salim al-Hilali, “Haram hukumnya membuat halaqah sebelum solat di hari
Juma’at. Khususnya bid’ah yang begitu menyebar di sejumlah besar negara Islam
(pada hari ini), iaitu sebagaimana disebut dengan nama “kuliah agama khas hari
Juma’at”. Ini termasuk dalam maksud larangan hadis tersebut. Di samping itu,
perkara ini juga tidak pernah diamalkan oleh para salaf serta akan mengganggu
orang-orang yang sedang solat (solat sunnah) dan berdzikir di hari Juma’at.”
(Mausu’ah al-Manahi asy-Syar’iyyah fiish Shahih as-Sunnah an-Nabawiyah, 1/376
– Daar Ibn ‘Affan)

Termasuk halaqah-halaqah yang dimaksudkan adalah bersembang-sembang, dan


berkumpul-kumpul di masjid untuk membicarakan sesuatu.

Dalam hadis yang lain, Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam bersabda:

‫ َﻻ َر ﱠد اﻟﻠﱠ ُﻪ َﻋﻠَﻴْ َﻚ‬:‫ ﻓَﻘُﻮﻟُﻮا‬،ً‫ َوإِذَا َرأَﻳْﺘُ ْﻢ َﻣ ْﻦ ﻳَ ْﻨﺸُ ُﺪ ِﻓﻴ ِﻪ ﺿَ ﺎﻟﱠﺔ‬،‫ َﻻ أَ ْرﺑَ َﺢ اﻟﻠﱠ ُﻪ ﺗِ َﺠﺎ َرﺗ ََﻚ‬:‫ ﻓَﻘُﻮﻟُﻮا‬،‫إِذَا َرأَﻳْﺘُ ْﻢ َﻣ ْﻦ ﻳَﺒِﻴ ُﻊ أَ ْو ﻳَﺒْﺘَﺎ ُع ِﰲ اﳌ َْﺴﺠ ِِﺪ‬

“Jika kamu melihat orang berjual-beli di masjid, maka katakanlah (kepada mereka),
“Semoga Allah tidak memberi keuntungan di atas perniagaan kamu.” Dan apabila
kamu melihat orang membuat pengumuman barang hilang di dalam masjid, maka
katakanlah, “Semoga Allah tidak mengembalikannya kepada kamu.”.”

Hadis ini diriwayatkan oleh at-Tirmidzi, bab: Larangan berniaga di masjid, no.
1321.Kata beliau, hadis ini hasan gharib. Demikian juga Syaikh Muqbil, beliau
menghasankannya dalam al-Jaami’ ash-Shahih mimma laisa fish-Shahihain, no.
1438.
Diriwayatkan juga oleh an-Nasaa’i, bab: Apa yang diucapkan kepada sesiapa yang
berjual-beli di masjid, no. 9933. Dan Ibnu Hibban, no. 1650. Dinilai sahih oleh
al-Hakim, adz-Dzahabi, al-Albani, dan Syu’aib al-Arnauth.

Diriwayatkan juga oleh Ibnu Khuzaimah dalam Shahihnya, no. 1305 dan beliau
menyatakan pada babnya:

‫اﻷﻣﺮ ﺑﺎﻟﺪﻋﺎء ﻋﲆ اﳌﺘﺒﺎﻳﻌني ﰲ اﳌﺴﺠﺪ أن ﻻ ﺗﺮﺑﺢ ﺗﺠﺎرﺗﻬام وﻓﻴﻪ ﻣﺎ دل ﻋﲆ اﻟﺒﻴﻊ ﻳﻨﻌﻘﺪ وإن ﻛﺎﻧﺎ ﻋﺎﺻﻴني ﺑﻔﻌﻠﻬام‬

“Perintah mendoakan orang yang berjual-beli di masjid agar tidak mendapat


keuntungan dan dalil menyatakan bahawa jual-beli tersebut sah walaupun keduanya
telah melakukan dosa disebabkan perbuatan tersebut.” (Shahih Ibnu Khuzaimah,
2/274)

Imam ash-Shan’ani rahimahullah menjelaskan maksud hadis ini dengan katanya:

‫ﻓﻴﻪ دﻻﻟﺔ ﻋﲆ ﺗﺤﺮﻳﻢ اﻟﺒﻴﻊ واﻟﴩاء ﰲ اﳌﺴﺎﺟﺪ وأﻧﻪ ﻳﺠﺐ ﻋﲆ ﻣﻦ رأى ذﻟﻚ ﻓﻴﻪ أن ﻳﻘﻮل ﻟﻜﻞ ﻣﻦ اﻟﺒﺎﺋﻊ واﳌﺸﱰي ﻻ أرﺑﺢ اﻟﻠﻪ‬
‫ إﻧﻪ‬:‫ﺗﺠﺎرﺗﻚ ﺟﻬﺮا زﺟﺰا ﻟﻠﻔﺎﻋﻞ ﻟﺬﻟﻚ ﻳﻘﻮل واﻟﻌﻠﺔ ﻫﻲ ﻗﻮﻟﻪ ﻓﻴام ﺳﻠﻒ ﻓﺈن اﳌﺴﺎﺟﺪ مل ﺗنب ﻟﺬﻟﻚ وﻫﻞ ﻳﻨﻌﻘﺪ اﻟﺒﻴﻊ ﻗﺎل اﳌﺎوردي‬
‫ﻳﻨﻌﻘﺪ اﺗﻔﺎﻗﺎ‬

“Hadis ini menunjukkan pengharaman jual beli di dalam masjid, dan orang yang
menyaksikan transaksi tersebut hendaklah mengatakan dengan jelas, “Semoga Allah
tidak memberi keuntungan di atas perniagaan kamu”, sama ada kepada pembeli
atau penjual, sebagai peringatan untuk mereka yang melakukannya. Dan alasannya
adalah hadis Nabi yang telah disebutkan, “Bahawa masjid bukan dibina untuk
perkara tersebut (urusan jual-beli).” Tetapi adakah jual-belinya sah? Kata al-
Mawardi: jual-belinya tetap sah dengan ittifaq ulama.” (Subulus Salam, 1/297 – al-
Maktabah at-Taufiqiyyah)

Demikian juga Imam asy-Syaukani rahimahullah, beliau menegaskan:

‫ﻳﺪﻻن ﻋﲆ ﺗﺤﺮﻳﻢ اﻟﺒﻴﻊ واﻟﴩاء وإﻧﺸﺎد اﻟﻀﺎﻟﺔ وإﻧﺸﺎد اﻷﺷﻌﺎر واﻟﺘﺤﻠﻖ ﻳﻮم اﻟﺠﻤﻌﺔ ﻗﺒﻞ اﻟﺼﻼة‬

“Kedua-dua hadis tersebut menunjukkan bahawa diharamkan jual-beli, membuat


pengumuman berkenaan kehilangan, pembacaan sya’ir (di masjid), dan membuat
halaqah-halaqah pada hari Juma’at sebelum solat.” (Nail al-Authar, 2/166)

Wallahu a’lam.

Anda mungkin juga menyukai