Anda di halaman 1dari 18

CTU 151

PEMIKIRAN DAN TAMADUN ISLAM

TAJUK:
ANALISA AYAT 36-38 SURAH YASSIN DAN KAJIAN KES

DISEDIAKAN OLEH:
NUR FARAH ATIQAH BINTI ABD.JALIL (2019248526)
NURULL NAJWA BINTI SHAMSUL KAMAR (2019265694)
NURUL KAMILA BINTI JUHARI (2019420178)
SHAMIMI ILYANI BINTI SHARUNZIN (2019439504)

DISEMAK OLEH:
USTAZ MOHAMMAD YUSOF BIN HASSAN

FAKULTI PERAKAUNAN
SEMESTER 2 SESI 2019/2020
KELAS: AC1102E

1
KANDUNGAN

TAJUK HALAMAN

1.0 PENGHARGAAN 3

2.0 PENGENALAN 4

3.0 SURAH YASSIN AYAT 36 5-7

4.0 SURAH YASSIN AYAT 37 8-9

5.0 SURAH YASSIN AYAT 38 10- 12

6.0 KAJIAN KES 13-15

7.0 KESIMPULAN 16

8.0 RUJUKAN 17-18

2
1.0 PENGHARGAAN

Bismillahhirrahmanirrahim. Alhamdulillahi Rabbil ‘Alamin.

Dengan segala limpahan rahmat, rezeki masa dan tenaga dariNya, dapat kami
berempat bersama-sama menyiapkan tugasan yang telah diberikan bagi kursus Pemikiran dan
Tamadun Islam bagi semester ini.

Ucapan penghargaan dan terima kasih seterusnya diucapkan kepada pensyarah kami,
Ustaz Mohammad Yusof Hassan kerana dengan tunjuk ajarnya tentang tugasan ini, maka
terhasillah tugasan ini dengan jayanya.

Penghargaan seterusnya ditujukan kepada ibu bapa kami yang telah memberi dorongan
semangat dan pemudahcara untuk kami semua. Tanpa doa mereka, mungkin tugasan kami
tidak dapat disiapkan dengan lancarnya.

Tidak lupa juga jutaan terima kasih buat sahabat-sahabat yang sentiasa mengingatkan
kami dikala kami terlupa.

Akhir kalam, kami mengucapkan terima kasih kepada semua yang terlibat secara
langsung mahupun sebaliknya dalam penghasilan tugasan ini.

Assalamualaikum Warahmatullah Wabarakatuh

3
2.0 PENGENALAN

Surah Yaasin (‫ )سورة يس‬adalah surah ke-36 dalam Al Quran. Surah ini mengandungi 83
ayat, dan ia juga termasuk golongan surah-surah Makkiyyah serta diturunkan selepas surah Aj-
jin. Dinamakan Yaasin kerana dimulakan dengan huruf Ya (‫ )ي‬dan Sin (‫)س‬. Ayat yang akan
dianalisa ialah ayat 36 sehingga ayat 38.

Secara umumnya, di dalam ayat yang ke-36 ini menceritakan tentang pasang-
pasangan. Allah SWT telah mencipta semua benda di muka bumi ini secara berpasang-
pasangan.

Manakala, ayat seterusnya iaitu ayat ke-37 secara ringkasnya menerangkan tentang
kejadian malam. Isu mengenai siang dan malam menjadi focus dalam ayat ini dan akan
dianalisa dan diterangkan oleh kami.

Akhir sekali, ayat ke-38 pula membincang tentang dua perkara yang besar. Perkara
tersebut ialah mengenai Matahari dan seterusnya berkaitan dengan kebesaran Allah yang
Maha Berkuasa.

4
3.0. SURAH YASSIN AYAT 36

Terjemahan ayat:

Maha Suci (Allah) yang telah menciptakan semuanya berpasang-pasangan, baik daripada apa
yang ditumbuhkan oleh bumi dan daripada diri mereka sendiri, mahupun daripada apa yang
tidak mereka ketahui. (Yasin:36)

Bagi mendalami maksud ayat di atas, kita seharusnya merujuk kepada kitab-kitab tafsir.
Misalnya, kitab Tafsir al-Muyassar yang disusun oleh ulama Saudi di bawah seliaan Syeikh
Soleh bin Abdul Aziz Muhammad ali Syeikh. Kitab tafsir ini menafsir dengan lebih terperinci bagi
perkataan-perkataan tertentu dalam ayat di atas bagi menerapkan kefahaman yang lebih baik
kepada diri pembaca.

Kitab tersebut menafsir “‫ ” ُسبْح َانَ الَ ّذ ِي خ َل َ َق الْأَ ْزو َا َج ك َُل ّه َا‬sebagai “Maha Suci Tuhan yang telah

menciptakan pasangan-pasangan semuanya”. Makna “‫ ”الْأَ ْزو َا َج‬ialah dari segala jenis, yakni

daripada setiap jenis misalnya kurma yang memiliki rasa, bentuk dan warna yang berbeza-
beza. Dalam pada itu, terdapat pendapat lain yang mengatakan makna yang betul bagi “‫”الْأَ ْزو َا َج‬

ialah jenis jantan dan betina bagi setiap tumbuhan dan haiwan.

Seterusnya, bagi “‫ ”وَم ِنْ أَ نْفُسِه ِ ْم‬telah ditafsirkan sebagai “dan diri mereka”. Yakni Allah juga

telah menciptakan pasangan-pasangan daripada golongan manusia, iaitu lelaki dan


perempuan.

Perkataan selanjutnya, “َ‫ ”وَم َِم ّا ل َا يَعْلَم ُون‬bermaksud “mahupun dari apa yang tidak mereka

ketahui” membicarakan tentang jenis-jenis makhluk ciptaan Allah seluruhnya yang berada di
lautan, di langit, mahupun di bumi yang mana tidak terjangkau kesemuanya di fikiran manusia.

5
Huraian Ayat

Terjemahan ayat tersebut menjelaskan tentang Zat Allah beserta tanda-tanda


kebesaranNya yang mana telah menciptakan makhluk secara berpasang-pasangan. Hal yang
demikian dapat membimbing rasa tauhid dalam diri orang-orang beriman. Bagi memudahkan
kata, ayat ini menerangkan tentang Zat Pencipta itu telah menyepadankan kesemua
ciptaanNya agar beredar secara berpasangan.

Pasangan yang berlawanan:

Konsep berpasangan ini kebanyakannya berperanan secara berlawanan. Hal ini dapat
dilihat dalam pelbagai contoh misalnya kejadian siang dan malam. Kejadian tersebut umum
mengetahui amatlah berbeza namun kejadian tersebut saling melengkapi misalnya manfaatnya
kepada tumbuhan. Pada waktu siang, ia bermanfaat kepada tumbuhan yang memerlukan
cahaya matahari dengan membuat makanan bagi meneruskan kelangsungan kehidupannya.
Seterusnya apabila waktu malam menjelma pula, tumbuhan membuang sisa makanannya dan
memberi manfaat kepada manusia.

Konsep pasangan dalam perubatan:

Contoh konsep pasangan dalam perubatan dapat dilihat pada sesetengah tumbuhan
yang mana terdapat bahagian-bahagian tertentu dapat dijadikan penawar kepada bahagian lain
pada pokok itu yang mana menjadi racun. Antaranya adalah seperti, bisa daun bebaru dapat
ditawarkan oleh akar pokok itu sendiri dengan meminum air rebusannya. Kemudian, rasa panas
dalam badan setelah memakan durian dalam kuantiti yang terlampau banyak dapat dihilangkan
dengan meminum air yang diisi dalam kulit durian tersebut. Begitu juga dengan binatang yang
berbisa seperti lebah/tebuan/kala jengking yang mana apabila terkena sengatan bisanya,
binatang tersebut perlulah dibunuh lalu diambil minyak dari badannya untuk disapu pada
bahagian yang disengat untuk dibuang bisanya. Ini bermaksud penyakit dan penawar kedua-
duanya berada dalam badan binatang itu sendiri.

Doa pengasih temu jodoh:

Dalam pada itu, terjemahan ayat yang berkaitan dengan pasangan ini, telah digunakan
sebagai doa pengasih ataupun doa mencari jodoh. Sememangnya benar bahawa segala
urusan seperti jodoh, rezeki dan jodoh itu semuanya di tangan Allah kerana kita hanyalah
mampu merancang dan hanya Allah jualah yang menentukannya. Namun begitu, kita juga

6
digalakkan untuk berusaha dan selebihnya barulah diserahkan kepadaNya. Bagi soal jodoh ini,
ada individu yang mengamalkan membaca potongan ayat 36 daripada surah Yasin ini.

7
4.0. SURAH YASSIN AYAT 37

Firman Allah : Dan suatu tanda (kekuasaan Allah yang besar) bagi mereka adalah malam;
Kami tanggalkan siang dari malam itu, maka dengan serta merta mereka berada dalam
kegelapan.

HURAIAN AYAT

”Dan suatu tanda bagi mereka adalah malam,"

Allah s.w.t. menciptakan malam dengan kegelapannya dan siang dengan terangnya. Malam
adalah tanda yang menunjukkan berlakunya kehendak Allah, sempurnanya kekuasaanNya dan
Dia akan menghidupkan orang-orang yang telah mati.

"Kami tanggalkan siang dari malam itu,"

Dia sudahi siang dengan malam hari, maka siang hari pergi dan datanglah malam hari. Dia
menjadikan malam dan siang silih berganti; bila yang satu datang maka yang lainnya pergi,
demikian pula sebaliknya.

"maka seketika itu mereka dalam kegelapan,"

Suasana terang yang mengena kepada sebahagian bumi diganti oleh kegelapan. Demikian
pula suasana gelap yang mengena sebahagian bumi digantikan oleh terang dengan terbitnya
matahari, lalu menyinari berbagai penjuru bumi, dan manusia dapat bertebaran untuk mencari
penghidupan dan mengerjakan hal yang bermaslahat bagi mereka.

Disebutkan di dalam suatu hadis, "Apabila malam hari tiba dari arah ini dan siang hari pergi dari
arah ini, dan mentari terbenam, maka waktu berbuka bagi orang yang berpuasa telah tiba."

Dapat dilihat daripada ayat ini bahawa terdapat hikmah Allah menjadikan kejadian siang
dan malam. Antaranya ialah Allah menciptakan malam hari sebagai waktu untuk

8
mengistirahatkan semua anggota badan, setelah bekerja selama seharian, begitu juga siang
hari diciptakan untuk mencari keperluan yang cukup untuk kehidupan manusia, dengan cara
bekerja, berdagang, atau aktifviti-aktiviti yang lain.

Selain itu, menurut Imam Ar Razi dalam Tafsirnya menjelaskan bahwa Allah menjadikan
malam sebagai kurnia Nikmatnya, supaya manusia terhindar daripada dikejar musuh-
musuhnya, serta untuk menyembunyikan atau menutupi dari hal-hal yang tidak sepatutnya
ditunjukkan.

Di samping itu, menurut Ibnu Asyur dalam tafsirnya menjelaskan bahwa hikmah dijadikan
malam adalah agar manusia dapat tidur atau mengistirahatkan tubuh badan mereka setelah
penat bekerja seharian.

Seterusnya, hikmah diciptakannya waktu siang menurut Imam Ibnu Kasir dalam tafsirnya,
adalah untuk menerangi kehidupan, terutama untuk memudahkan manusia dalam bertransaksi,
berinteraksi dengan orang lain, baik dalam perdagangan, atau kegiatan yang lain untuk
mencukupi urusan dirinya, serta keluarganya.

Tambahan pula, Imam Thabari menambah, supaya manusia mencukupi segala urusan
duniawinya, mulai makan, minum, dan lain sebagainya, sehingga ia tak menggantungkan
pemberian orang lain atau tamak. Jadi Allah menjadikan siang hari sebagai sebab perantaraan
manusia agar cukup segala keperluan hidupnya.

Akhir sekali, menurut Imam Suyuti dalam kitab Al Iklil fi istinbati Attanzil menjelaskan bahwa
ayat ini dijadikan sebagai perbahasan sebahagian Ulama tentang  orang yang terdesak, tak
mempunyai baju untuk menutupi auratnya maka solat dalam keadaan telanjang atau keadaan
atau suasana gelap, maka solatnya sah.

9
5.0. Surah Yassin Ayat 38

Maksudnya : Dan matahari beredar di tempat peredaran-nya. Demikianlah ketetapan (Allah)


Yang Maha Perkasa, Lagi Maha Mengetahui.

HURAIAN AYAT

"38. Dan matahari berjalan di tempat peredarannya."

Matahari mempunyai sinar yang khusus baginya dan berjalan di tempat peredaran yang
ditentukan dan dijadikan Allah, tidak melewatinya dan tidak kurang darinya. Ia tidak dapat
mengatur dirinya dan tidak pula derhaka kepada perintah Allah. Melalui matahari dapat
diketahui berlalunya malam dan siang hari. Allah menjadikan kemunculan matahari di siang
hari, maka matahari adalah bintang siang hari.
Seterusnya, matahari terbit pada setiap hari dan tenggelam di penghujung harinya dengan
cahaya yang sama. Ia tidak pernah menetap dan tidak pernah diam, bahkan ia sentiasa
berjalan pada waktu siang dan malam tanpa henti dan tanpa rehat.
Tempat terbit matahari dan tempat tenggelamnya berpindah-pindah semasa musim panas
sampai batas waktu yang tidak lebih dari panjangnya musim panas, kemudian tempat terbitnya
berpindah-pindah pula semasa musim dingin selama masa musim dingin tidak lebih darinya.
Puncak perjalanan matahari yang paling tinggi di langit, iaitu di musim panas; kemudian
jarak perjalanannya yang paling bawah, iaitu di musim dingin. Siang hari lebih panjang daripada
malam hari sewaktu musim panas manakala semasa musim dingin malam lebih panjang
berbanding siang hari.
Akan tiba masanya matahari tidak lagi diizinkan untuk terbit kecuali dari dari tempat
tenggelamnya iaitu dari arah barat. Sejak hari itu hingga hari kiamat tidak bermanfaat lagi bagi
seseorang imannya bila ia tidak beriman sebelumnya, atau dalam masa imannya dia belum
pernah melakukan suatu kebaikan pun.
Pada hari kiamat nanti perjalanannya terhenti dan diam tidak bergerak lagi, serta di gulung
(dipadamkan), maka alam semesta ini telah mencapai usianya yang paling maksimum

"Demikianlah ketetapan Allah Yang Maha Perkasa lagi Maha Mengetahui."

10
Allah Maha Perkasa untuk mengatur setiap makhluknya. Setiap makhluk tidak dapat
menentang dan mencegah ketetapan Allah. Dengan ilmuNya, Dia menjadikan matahari untuk
kebaikan hamba dan manfaat bagi agama mereka dan dunianya.
Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui semua yang bergerak dan semua yang diam. Dia
telah menetapkan ukuran bagi hal tersebut dan membatasinya dengan waktu sesuai dengan
apa yang telah digariskanNya serta tidak ada penyimpangan.

Dalam ayat di atas,ia menceritakan tentang peredaran matahari. Matahari ialah sebuah
bintang yang berada di pusat sistem suria. Saiz matahari berdiameter lebih kurang 109 kali
diameter bumi manakala jisim matahari adalah lebih kurang 333420 kali jisim bumi. Matahari
mempunyai ketumpatan lebih kurang ¼ ketumpatan bumi. Matahari mempunyai suhu yang
boleh berubah dari 5000 darjah celcius hingga 6000 darjah celcius.

Matahari juga boleh dikatakan sebagai sebuah bebola gas yang besar denga komposisi
adalah hidrogen (71%), helium (27%) dan lain-lain unsur berat (2%). Matahari mengambil masa
lebih kurang lapan minit memancarkan cahaya sampai ke bumi. Matahari mempunyai enam
lapisan. Struktur dalaman matahari terdiri daripada teras, zon konvektif, dan zon pancaran. Di
teras matahari berlaku tindak balas antara nucleus atom hidrogen ke atom helium. Bagi zon
konvektif pula turun naik arus gas berlaku. Pancaran tenaga tinggi tertembak kearah
permukaan matahari berlaku di zon pancaran.

Lapisan permukaan matahari ialah fotosfera, kromosfera, dan korona. Fotosfera merupakan
cakera terang matahari. Pada permukaan ini berlakunya tompok matahari, prominen dan nyala
suria. Kromosfera iaitu atmosfera matahari kerana terletak di antara fotosfera dan korona. Ia
lebih ketara semasa gerhana matahari penuh berlaku.Lapisan yang paling luar ialah korona.
Korona juga ialah atmosfera matahari. Ia mempunyai ciri suatu bulatan cahaya yang
pudar,putih kehijauan mengelilingi matahari. Korona tidak ketara kecuali pada masa gerhana
matahari penuh berlaku.

Tompok matahari, prominen, nyala suria merupakan fenomena yang berlaku di atas
permukaan matahari. Tompok matahari terdiri daripada gas yang bernyala dan kelihatan gelap
kerana lebih sejuk daripada kawasan di sekeliling. Ia wujud dalam kumpulan. Prominen ialah
awan gas yang dipancutkan beribu-ribu kilometer di atas permukaan matahari. Prominen
berlingkar-lingkar ke angkasa atau jatuh kearah bawah seperti pancutan air. Selain itu, nyala
suria merupakan satu letusan gas di atas permukaan matahari. Satu letusan cahaya yang kuat
di dalam kromosfera yang muncul dari permukaan matahari dan menghantar keluar semburan
zarah-zarah elektrik ke angkasa.

Proses peredaran matahari seperti yang dinyatakan di dalam ayat 38 itu berlaku apabila
matahari berputar pada paksinya mengambil masa 25 hari untuk melengkapkan satu pusingan.
Kemudian, pergerakan kedua adalah beredar mengelilingi galaksi selaju 786 ratus ribu
kilometer sejam dengan mengambil masa 225 juta tahun untuk menghasilkan satu revolusi.

Matahari banyak memberi hikmah kepada manusia menurut sains dan Al-quran.
Antaranya, matahari mempunyai Vitamin D yang diperlukan tubuh dalam membantu
pembentukan bersama Vitamin A dan C. Seterusnya, sinar matahari juga berperanan untuk

11
mencegah penggumpalan darah di kaki. Selain itu, sinar matahari juga meningkatkan keimunan
tubuh badan dengan menambah sel darah putih yang berfungsi untuk menyerang penyakit.
Matahari juga mengurangkan paras gula dalam darah kerana sinar matahari pagi adalah insulin
yang memudahkan penyerapan glukosa dalam sel-sel tubuh. Ia juga mengurangkan risiko
barah, baik untuk perut, dan melancarkan aliran darah.

Di dalam sains, cahaya matahari amat penting untuk tumbuh-tumbuhan melakukan proses
fotosintesis. Fotosintesis berfungsi dalam proses membuat makanan oleh tumbuhan hijau
menggunakan cahaya matahari. Ia juga memudahkan urusan harian manusia seperti menjemur
baju, bekerja dan sebagainya. Matahari juga penting dalam pembinaan sistem solar untuk
menjana tenaga elektrik serta memudahkan proses pembakaran disebabkan panas cahaya
matahari.

Di dalam Al-quran pula, kejadian matahari menjadi salah satu bukti kekuasaan Allah.
Firman Allah dalam surah al-fussilat ayat 37, dan diantara tanda-tanda kekuasaanNya ialah
malam dan siang,serta matahari dan bulan. Matahari juga digunakan dalam penentuan arah
kiblat untuk umat Islam mendirikan solat. Malahan, juga digunakan untuk menentukan takwim
dan kalendar. Waktu solat juga ditentukan dengan melihat matahari.

Akhir sekali, kita sebagai umat Islam hendaklah mengagungi tanda-tanda kekuasaan
Allah. Setiap apa yang dijadikan oleh Allah mempunyai hikmahnya tersendiri.

12
6.0 KAJIAN KES: ISU PERKAHWINAN ONLINE

Perkahwinan mempunyai maksud dari segi bahasa dan istilah. Menurut bahasa
perkahwinan bererti cantum atau himpun. Dari segi istilah pula perkahwinan ialah akad yang
menghalalkan persetubuhan antara lelaki dan perempuan dengan menggunakan lafaz nikah
atau bahasa-bahasa lain yang memberi makna nikah.

Hukum perkahwinan adalah sunnah kerana diamalkan oleh rasulullah. Para ulama’ telah
menetapkan hukum perkahwinan berubah- berubah mengikut situasi. Hukum-hukumnya adalah
harus,wajib,sunnah,makruh dan haram. Konsep perkahwinan sesuai dengan tanda-tanda
kekuasaan Allah iaitu menjadikan setiap makhluknya berpasang-pasangan. Sebagaimana
firman Allah S.W.T dalam ayat 36 surah yassin:

Maksudnya : Maha Suci Tuhan yang telah menciptakan makhluk-makhluk semuanya


berpasangan; sama ada dari yang ditumbuhkan oleh bumi, atau dari diri mereka, ataupun dari
apa yang mereka tidak mengetahuinya.

Seperti yang kita tahu negara kita, Malaysia telah melaksanakan perintah kawalan
pergerakan yang telah diumumkan oleh perdana menteri,Tan Sri Muhyiddin Yassin. Hal ini
berikutan penularan wabak Covid-19. Pasangan-pasangan yang berhasrat atau telah
merancang untuk mengadakan perkahwinan semasa perintah kawalan pergerakan adalah tidak
dibenarkan. Jadi, Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) telah memberi
kelonggaran kepada pasangan yang memperolehi kebenaran berkahwin dengan mengambil
inisiatif dengan melaksanakan nikah online.

JAWI telah mengadakan majlis akad nikad secara dalam talian yang pertama di rumah
pengantin perempuan di Bandar Baru Wangsa Maju, Setapak. Majlis pernikahan secara dalam
talian iaitu dengan menggunakan panggilan video yang melibatkan pasangan ,Muhammad Don
Putra, 29, dan Nahdatul Aishah Mohd Sharif, 29. Majlis pernikahan berjalan dengan lancar
dengan sekali lafaz sahaja. Bapa pengantin perempuan, Mohd Sharif Khamis menjadi wali
pernikahan mereka dengan disaksikan Senator Datuk Dr.Zulkifli Mohamad Al-Bakri selaku
Menteri Hal Ehwal Agama serta Mohd Ajib Ismail iaitu Pengarah Jawi.

Beberapa prosedur nikah online telah ditetapkan. Antaranya, kelonggaran hanyalah


kepada pasangan yang telah memperolehi kebenaran berkahwin. JAWI telah mengeluarkan
ketetapan baru yang memberi kelonggaran kepada pasangan yang memperolehi kebenaran
berkahwin untuk melaksanakan akad nikah secara sidang video berpandukan garis panduan
dan borang permohonan yang ditetapkan. Seterusnya, majlis akad nikah hendaklah dilakukan

13
dalam satu majlis. Muzakarah Jawatakuasa Fatwa Majlis Kebangsaan bagi Hal Ehwal Ugama
Islam Malaysia menegaskan bahawa para fuqaha’ bersepakat mensyaratkan bahawa bagi
memastikan sesuatu akad nikah itu sah, ia(ittihadal-majlis) supaya semuanya terlibat secara
langsung semasa pelaksanaan ijab dan qabul.

Muzakarah telah bersetuju memutuskan akad nikah adalah harus dilakukan menerusi
sidang video tetapi hendaklah mengikut syarat-syarat seperti yang ditetapkan. Antara syaratnya
ialah majlis akad nikah hendaklah berlangsung ditahap al-yakin bukan al-zhari. Majlis juga
hendaklah tidak ada unsur penipuan (al-gharar) dan keraguan. Seterusnya, perkahwinan
hendaklah cukup semua rukun dan syarat-syarat sah nikah menurut hukum syarak. Wali sendiri
digalakkan untuk mengakadkan pasangan. Selain itu, terdapat halangan untuk melakukan akad
nikah di tempat yang dirancangkan kerana berjauhan seperti berada di luar negara atau negeri
serta sukar bagi kedua-dua belah pihak pengantin berada dalam satu majlis yang sama
disebabkan sakit,bencana alam dan sebagainya. Majlis akad nikah yang diadakan hendaklah
tertakluk kepada semua peraturan dan undang-undang. Sebagai contohya, Enakmen Keluarga
Islam Negeri-Negeri yang dikuatkuasakan. Permohonan nikah secara online melalui sidang
video boleh dirujuk melalui Jabatan Agama Islam negeri masing-masing kerana setiap negeri
berbeza cara pelaksanaanya.

Pernikahan secara online yang dilaksanakan semasa perintah kawalan pergerakan ini
telah mendatangkan banyak manfaat. Antaranya,pihak pengantin dapat mengurangkan kos
perbelanjaan perkahwinan dan mengelakkan pembaziran. Hal ini kerana kenduri kahwin tidak
boleh dianjurkan semasa waktu penularan wabak ini .Seperti yang kita tahu, kebanyakan
walimatul urus atau kenduri kahwin yang dijalankan oleh para pengantin masa kini adalah
secara besar-besaran sehingga menggalakan pembaziran dan sifat riak. Di dalam Islam,
kenduri wajiblah diadakan secara sederhana dan tidak berlebih-lebihan. Seterusnya,
pernikahan secara online ini secara tidak langsung dapat mengelakkan kenduri kahwin yang
mempunyai unsur-unsur khurafat dan hiburan yang berlebihan. Sebagai contohnya, upacara
menepung tawar untuk menolak bala, percampuran bukan mahram tanpa batasan. Sebagai
umat islam, kita hendaklah mengisi kenduri kahwin dengan alunan ayat al-quran,nasyid serta
selawat ke atas nabi.

Orang yang berkahwin wajib mengatur kehidupan berkeluarga dan memikul


tanggungjawab terhadap rumah tangganya. Islam telah menetapkan tanggungjawab suami dan
isteri untuk membentuk sebuah rumah tangga yang harmoni dan bahagia. Tanggungjawab ini
terbahagi kepada tanggungjawab suami, tanggungjawab isteri dan tanggungjawab bersama.
Tanggungjawab suami terhadap isteri ialah memberi nafkah zahir dan batin, memberi didikan
dan asuhan agama serta melayani isteri dengan baik. Seterusnya tanggungjawab isteri
terhadap suami adalah mentaati suami kecuali dalam perkara-perkara yang berlawanan dengan
syariat. Isteri juga wajib memelihara maruah dan kehormatan dengan tidak melakukan perkara-
perkara yang tidak menimbulkan fitnah serta wajib menjaga harta suami. Tambahan pula isteri
wajib memberi layanan yang baik dan mesra terhadap suami serta tinggal di rumah suami.
Tanggungjawab bersama yang wajib dilaksanakan oleh suami dan isteri ialah memelihara dan
mendidik anak-anak, menghubungkan silaturrahim dengan keluarga kedua-dua belah pihak,
memenuhi keperluan masing-masing menurut kehendak syarak seperti keperluan kasih sayang,

14
saling menghormati dan menjaga keaiban serta saling menasihati dengan lembut dan
berhikmah.

Akhir sekali, perkahwinan banyak mendatangkan hikmah dalam mengurangkan maksiat


serta mengembangkan zuriat manusia. Walaubagaimanapun, sebagai umat islam kita
hendaklah tidak memandang remeh terhadap isu-isu yang berkaitan perkahwinan. Nabi SAW
dalam sebuah hadis bersabda: "Tidak ada perkara halal yang dibenci oleh Allah selain daripada
talak." Dan: "Mana-mana wanita yang meminta talak daripada suaminya tanpa sebab yang
sepatutnya, maka haram ke atasnya bau syurga.".

15
7.0. KESIMPULAN
Akhir kata, dapat disimpulkan bahawa ayat 36 menceritakan tentang berpasang-
pasangan dan oleh kerana itu ayat ini dijadikan doa pengasih ataupun doa untuk bertemu
jodoh. Seterusnya, ayat 37 yang menceritakan tentang kejadian siang dan malam. Malam yang
dijadikan oleh Allah SWT sebagai waktu untuk manusia merehatkan tubuh badan mereka. Ayat
yang ke-38 pula menerangkan kekuasaan Allah SWT yang menjadikan Matahari yang sangat
banyak memberi manfaat kepada bukan sahaja manusia malah haiwan dan tumbuhan di muka
bumi ini. Oleh itu, surah Yasin adalah satu surah yang mempunyai banyak manfaat dan juga
pengetahuan kepada pembacanya.

16
8.0. RUJUKAN

1. Humaira Bookstore Enterprise (2012), Al-Quran Tajwid dan Terjemahan berserta


Asbabun Nuzul, Hadith Sahih dan Indeks Tematik, No 7, Jalan Putra 2, Taman Putra
Kajang, 43000, Kajang, Selangor.

2. Quran Surat Yasin Ayat 36. Retrieved from https://tafsirweb.com/7992-quran-surat-


yasin-ayat-36.html

3. El Fesfanji (2011, Januari 19). Tafsir Yassin ayat 21-83. Retrieved from
http://elfesfanji.blogspot.com/2011/01/tafsir-yassin-ayat-21-83.html

4. Md Zaini Zainal (2010, Mei 8). Petua Orang Tua: Konsep Pasangan dalam
Perubatan. Retrieved from http://zainizainal.blogspot.com/2010/05/petua-orang-tua-
konsep-pasangan-dalam_08.html

5. Hijabista (2019, Januari 6). Bacaan Surah 36 – Surah Yasin, Ayat Doa Pengasih
Temu Jodoh. Retrieved from https://www.hijabista.com.my/bacaan-ayat-36-surah-yasin-
ayat-doa-pengasih-temu-jodoh-elok-diamalkan-secara-istiqomah-2/

6. Abu Ahmad bin Ahmad. (2016, September). Tafsir Yasin Ayat 37. Retrieved from
https://tafsiralquranbahasamelayu.blogspot.com/2016/09/3637-40-tafsir-surah-yasin-
ayat-37-40.html

7. Moh. Afif Sholeh. (2018, July). Hadis Allah Cipta Siang Malam. Retrieved from

https://bincangsyariah.com/khazanah/hikmah-penciptaan-siang-dan-malam-dalam-
alquran/

8. Abu Ahmad bin Ahmad. (2016, September). Tafsir Yasin Ayat 38. Retrieved from
https://tafsiralquranbahasamelayu.blogspot.com/2016/09/3637-40-tafsir-surah-yasin-
ayat-37-40.html

9. Portal penyelidikan Cuaca Angkasa UKM, Struktur Matahari. Retrieved from


http://www.ukm.my/spaceweather/matahari/

17
10. Awiss Alqurni bin Alias dan sahabatnya (2017, Januari 20). Fakta Saintifik Dalam
Al-Quran Berkaitan Bumi Dan Matahari. Retrieved from
http://awissalqurni.blogspot.com/2017/01/dua2012-tajuk-fakta-saintifik-dalam-al.html

11. Anis Nur Afida (2019, March 29) .Matahari Dalam Perspektif Sains Dan Al-Quran.
Retrieved from
https://www.researchgate.net/publication/334609773_Matahari_dalam_Perspektif_Sain
s_dan_Al-Qur%27an

12. Nusantara 77 (2015, December 3). Kebaikan Matahari Pagi. Retrieved from
https://mforum1.cari.com.my/forum.php?mod=viewthread&tid=926360&mobile=2

13. Laman web rasmi Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Kelantan, Perkahwinan.
Retrieved from http://kelantan.jksm.gov.my/jksnk/v2/index.php/ms/pusat-media/jenis-
jenis-perkahwinan

14. Muhammad Fareez I (2017,Januari 1). Pendidikan Islam tingkatan 5 - Perkahwinan


dalam Islam – SPM. Retrieved from
https://www.slideshare.net/MuhammadFareezIqmal/pendidikan-islam-tingkatan-5-
perkahwinan-dalam-islamm

15. Samadi Ahmad (2020, April 2020). Akad nikah 'online' pertama. Retrieved from
https://www.hmetro.com.my/utama/2020/04/568152/akad-nikah-online-pertama-metrotv

16. Surah Yaasin. (2019, January 30). Retrieved from


https://ms.wikipedia.org/wiki/Surah_Yaasin

18

Anda mungkin juga menyukai