Anda di halaman 1dari 6

KOMPUTER DALAM PENDIDIKAN GE1153

TUGASAN KAJIAN MINI :

TAHAP PENGETAHUAN MAHASISWA UKM MENGENAI PERISIAN


SUMBER TERBUKA

NAMA PENSYARAH

EN. MD YUSOFF BIN DAUD

NAMA PELAJAR

NURUL FARHANAH BT MUHAMMAD FAWZY (A154830)

ASHLEY ANUSHA RICHARD CHAOYI (A157401)


1.0 PENGENALAN

Perisian sumber terbuka adalah perisian percuma yang bebas diguna dan juga boleh didapati
dalam bentuk kod sumber dan lain - lain hak tertentu yang biasanya dikhaskan dibawah lesen
sumber terbuka. Perisian ini membenarkan pengguna mengkaji, mengubah, memperbaiki
dan juga mengedarkan perisian. Sumber terbuka seringkali disalah anggap sebagai perisian
percuma. Tetapi sebahagian daripadanya bercirikan perisian percuma. Perisian sumber
terbuka juga dikenali sebagai open source software yang mempunyai falsafah dan modelnya
yang tersendiri.

Melalui perisian sumber terbuka juga, orang awam iaitu sesiapa sahaja boleh mengubah
kod perisian tersebut tanpa perlu meminta kebenaran daripada pemaju asal perisian terbabit.
Perisian-perisian ini selalunya melibatkan ramai pembangun yang tidak dibayar iaitu mereka
yang menambah baik sesuatu perisian secara sukarela. Perisian ini selalunya berfungsi
dengan lancar kerana komuniti bersama-sama membangunkan perisian tersebut. Tambahan
lagi, perisian ini mudah disesuaikan mengikut keperluan dan kehendak pengguna. Hal ini
kerana kod sumber perisian tersebut boleh diperolehi dengan mudah.

Namun begitu, di sebalik kelebihannya terselit juga beberapa kelemahan. Antaranya ialah
perisian sumber terbuka kekurangan dokumentasi. Hal ini menyebabkan penggubal yang
tidak mempunyai asas dalam pengaturcaraan mungkin tidak memahami dokumentasi yang
didatangkan sekali dengan perisian. Pengguna yang tidak mempunyai asas pengaturcaraan
juga mungkin menghadapi masalah menggunakan perisian sumber terbuka memandangkan
persisian ini tidak dihasilkan sacara mesra pengguna seperti kebanyakkan perisian komersil.

Contoh perisian sumber terbuka adalah seperti :

1. Apache - pelayan web yang paling digunakan secara meluas di dunia.


2. Mozilla Firefox - web browser paling popular.
3. Linux - sebuah sistem operasi.
4. 7-zip - archiver.
5. OpenOffice Writer - seperti Microsoft Word.

2
2.0 PERSOALAN KAJIAN
Kajian ini telah menimbulkan beberapa persoalan seperti yang berikut :
1. Adakah mahasiswa UKM mempunyai pengetahuan tentang perisian sumber terbuka?
2. Adakah mahasiswa UKM pernah menggunakan perisian sumber terbuka tetapi tidak
tahu bahawa ianya perisian sumber terbuka?
3. Dari manakah mahasiswa UKM memperolehi maklumat mengenai perisian sumber
terbuka?

3.0 OBJEKTIF KAJIAN


Tujuan kajian mini ini dijalankan adalah untuk :
1. Untuk mengenal pasti sama ada mahasiswa UKM tahu mengenai perisian sumber
terbuka.
2. Untuk melihat sama ada mahasiswa UKM pernah menggunakan perisian sumber
terbuka tetapi tidak mengetahui bahawa itu adalah sumber terbuka.
3. Untuk mengkaji sumber maklumat tentang perisian sumber terbuka yang diperolehi
mahasiswa.

4.0 METODOLOGI KAJIAN


Kajian ini merupakan kajian berbentuk kuantitatif. Pengkaji menggunakan set borang selidik
yang mempunyai item binaan pengkaji sendiri. Soalan dalam soal selidik ini adalah sebanyak
10 soalan yang merangkumi demografi responden dan soalan yang sesuai untuk menjawab
objektif kajian. Responden terdiri daripada mahasiswa UKM pelbagai fakulti. Soal selidik
telah dibina menggunakan Google Forms dan disebarkan kepada mahasiswa UKM. Jumlah
responden adalah sebanyak 25 orang. Keputusan kajian pula dianalisis menggunakan
Microsoft Excel.

3
5.0 HASIL KAJIAN

Kajian ini melibatkan 25 orang responden dari empat fakulti di UKM iaitu Fakulti Sains &
Kemanusiaan (FSSK), Faktlti Sains & Terknologi (FST), Fakulti Pendidikan (FPEND) dan
juga Fakulti Ekonomi & Pengurusan (FEP). 48% daripada responden terdiri daripada pelajar
FSSK, 40% pula dari FST, 6% dari FPEND dan 8% dari FEP.

Setelah membuat soal selidik, didapati bahawa bilangan pelajar yang sedar akan kewujudan
perisian sumber terbuka adalah seramai 13 daripada 25 orang responden. Ini merangkumi
sebanyak 52%. Sebaliknya, seramai 12 orang responden, iaitu 48% tidak sedar akan
kewujudan perisian sumber terbuka. Dapat dilihat bahawa paling ramai pelajar yang sedar
akan kewujudan perisian sumber terbuka adalah dari Fakulti Sains & Teknologi.

4
Responden kajian mini ini mendapat tahu tentang perisian sumber terbuka melalui pelbagai
kaedah. Daripada 13 responden yang sedar akan kewujudan perisian sumber terbuka, 7.7%
mendapat tahu dari ibu bapanya, 23% daripada pensyarah dan 69.3% yang lain mendapat
tahu dari Internet.

5
6.0 KESIMPULAN

Secara keseluruhannya, boleh disimpulkan bahawa lebih daripada 50% mahasiswa sedar
akan kewujudan persisian sumber terbuka dan kegunaannya. Kebanyakan mahasiswa yang
sedar tentang kewujudan perisian sumber terbuka daripada Fakulti Sains & Teknologi.
Namun demikian, masih ramai yang tidak tahu kewujudan perisian sumber terbuka. Isu
ini harus diubah. Melalui kajian ini, didapati bahawa Internet merupakan alat yang paling
berkesan untuk meningkatkan kesedaran dalam kalangan orang muda pada zaman ini. Oleh
itu, kempen kesedaran boleh dilakukan dengan menggunakan Internet supaya lebih ramai
orang yang akan sedar tetang kepentingan perisian sumber terbuka.
Tahap kesedaran mengenai perisian sumber terbuka harus dipertingkatkan dalam
kalangan pelajar supaya mereka mampu menjadi lebih kompetitif di alam pekerjaan kelak.

Anda mungkin juga menyukai