Anda di halaman 1dari 5

KERTAS KERJA

PERMOHONAN MENTERNAK AYAM PEDAGING

DI

TAPAK TKPM KG PENGKALAN BATU

LOT 2006 MUKIM PENGKALAN BATU,MERSING,JOHOR

Oleh

KOPERASI PEKEBUN KECIL WILAYAH JOHOR SELATAN BHD

( KOPRIS )

1
1.PENDAHULUAN
Kerjaan telah melancarkan dasar baru Bidang Utama Negara sector
Pertanian (NKEA).Dasar ini menekankan peningkatan pengeluaran sector
tanaman,penternakan dan perikanan.Bagi merealisasikan dasar ini kerjaan
telah mewujudkan program Dasar Jaminan Bekalan Makanan
(DJBM).Dibawah DJBM ini 8 program telah di laksanakan secara berimpak
besar melalui program, TKPM,ZIA,PUSAT FIDLOT,LADANG KONTREK,BUMI
HIJAU,TANAH TERBIAR dll.Dalam pelaksanaan DJBM beberapa konsep
telah di perkenalkan iaitu:-

1. Membangunkan tanah pertanian secara optimum dengan tanaman


singkat masa & integrasi ternakan dalam tanaman sawit;
2. Membangunkan rantaian bekalan makanan terangkum dengan
pembabitan kerjaan,pengusha (Penternak,petani & Nelayan) & swasta
bagi menghubungkan pengeluaran dengan permintaan pasaran;
3. Tumpuan kepada bidang R&D dalam semua aspek yang di perlukan
dalam pengeluaran makanan;
4. Pembabitan swasta/konsortium,bagi mengendalikan
pengeluaran/pasaran untuk kumpulan sasar melalui ladang
kontrek/pakatan strategic.

2.TUJUAN
Tujuan kertas ini adalah sebagai menyahut seruan dan dasar kerjaan di
bawah Bidang Utama Negara dan Dasar Jaminan Bekalan Makanan
(DJBM)tersebut.Gerakan Koperasi tidak terkecuali di dalam sama2 terlibat
menjayakan dasar dan program ini.Bagi merealisasikan hasrat tersebut
maka KOPERASI PEKEBUN KECIL WILAYAH JOHOR SELATAN BERHAD
(Ringkasan nya KOPRIS) merancang akan menjalankan projek ternakan
ayam Pedaging bertempat di TKPM Kg Pengkalan Batu,Mersing,sebanyak
40,000 ekor @ sepusingan.

3.BIODATA KOPRIS
KOPRIS adalah sebuah koperasi yang di daftarkan di bawah Akta Koperasi
Tahun…….. Pendaftaran nya ialah……… yang di daftarkan pada…………….
Keanggotaan KOPRIS seramai 2505 terdiri dari Pekebun Kecil di seluruh
daerah Johor Bahru,Kulaijaya dan Kota Tinggi.Saham anggota
terkumpulbernilai RM………………. Aktibiti yang di jalankan ialah Ladang
Kelapa Sawit,Pemasaran Sawit,Tanaman Kontan,Ternakan Lembu dan
ternakan Kambing.Operasi perniagaan KOPRIS ialah di No 47-A,Jalan Uda
Utama 3/14,Bandar Uda Utama,81200 Johor bahru,Johor ( sebagai Ibu
Pejabat).Manakala pejabat pejabat wilayah nya pula berada di dua tempat

2
iaitu pertama di Lot 574,Bumi Hijau Mawai,Kota Tinggi,Johor dan kedua di
TKPM Kg Pengkalan Batu, Mersing,Johor.

5.LOKASI TAPAK
Cadangan tapak bagi menjalankan projek ternakan ayam ini ialah di Lot
PTD 2006 (Rezab Jabatan Veteriner Negeri Johor),juga di kenali sebagai
TKPM KG PENGKALAN BATU MERSING,JOHOR.Kawsan ini seluas 200 ekar
(80 hektar).Keluasan yang di sewakan untuk KOPRIS ialah 100 ekar (40
hektar),manakala selebihnya di berikan kepada beberapa ushawan lain.
KOPRIS telah mula mengushakan tapak ini dengan ternakan kambing Boer
sejak tahun 2008.

6.KEMUDAHAN ASAS
Semua kemudahan asas di tapak yang diushakan oleh KOPRIS telah di
bangunkan oleh pihak Risda.di antara kemudahan yang telah sedia ada
ialah Jalan ladang,bekalan air/letrik,Rumah kakitangan/pekerja,stor dan
11 unit kandang kambing.

6.KANDANG TERNAKAN
KOPRIS bercadang akan menggunakan kandang kambing yang tidak di
gunakan sejak di bina di ubah-suai menjadi Reban Ternakan
ayam.Terdapat 7 daripada 11 kandang yang di bina tidak di gunakan iaitu
mulai dari kandang No: 5 hingga 11.Kandang yang akan di gunakan
berkonsep “system reban terbuka”.Keadaan kualiti reban masih utuh dan
struktur pembinaan nya amat sesuai sekali dengan ternakan
ayam.Terdapat sedikit pembaikan akan di lakukan di mana yang perlu.Saiz
kandang/reban ialah 100’ x 40’.Dengan keluasan reban seluas 4000’
kaki,maka kepadatan ayam boleh diternak sebanyak 4000 ekor @ pusingan.

3
4
7.INTEGRETER (KONTREK FARMING)
Pertubuhan Peladang Negeri Johor (PPNJ) Telah pun di hubungi dan telah
pun melawat membuat pemereksaan keatas keseluruhan tapak kawasan
dan Reban.Pihak PPNJ amat bersetuju dengan cadangan ini kerana mereka
memerlukan banyak ayam untuk bekalan ke kilang proses mereka di
Macap.Menurut perbincangan di antara kami dengan PPNJ di jangka
penternakan boleh di mulakan pada bulan Ogos 2011,dengan kemasukan
anak ayam secara berperingkat peringkat mengikut reban mana yang telah
dapat di siapkan dulu.Kemasukan secara berperingkat ini amat perlu bagi
mempastikan semua anak ayam yang sampai dan di ternak dapat
mensesuaikan dengan udara dan suasana setempat.

8.KAKITANGAN PENGURUSAN DAN PEKERJA


KOPRIS akan menempatkan seorang pengurus yang berpengalaman bagi
mengetuai keseluruhan projek di TKPM ini.Pekerja sedia ada sekarang ini
ialah seramai 4 orang iaitu 2 orang setiap projek ternakan kambing dan
ayam.Bagi 2 orang pekerja ternakan ayam yang telah ada,kedua dua
mereka telah berpengalaman dalam ternakan ayam selama lebih 8 tahun.
Pekerja tambahan akan di adakan sebaik saja projek memerlukan tenaga
pekerja tambahan.

9.LESEN UNGGAS
Lesen Unggas telah pun di majukan permohonan nya kepada Pegawai
Veteriner daerah Mersing.Syarat bagi pertimbangan lessen ini rasanya tidak
akan memberi banyak masaalah kerana jarak di antara komplek reban
dengan rumah penduduk ialah di antara 2-3 km,iaitu di Kg Pengkalan
Batu.

10.PENUTUP
Adalah di harapkan kepada semua pihak yang terlibat iaitu Jabatan dan
agensi kerjaan agar dapat member pertimbangan sewajar nya di atas
permohonan ini dengan memberi kelulusan dan kebenaran untuk kami
KOPRIS menternak ayam di tapakTKPM ini.

Kepada PPNJ di harapkan sangat agar dapat memayong kami sebagi


IINTEGRETER dalam situasi sama sama menang.

SEKIAN TERIMA KASIH

Anda mungkin juga menyukai