Anda di halaman 1dari 3

PENGURUSAN

DEFINISI DAN KONSEP PENGURUSAN

PENGENALAN 
Konsep-konsep pengurusan sebenarnya telah bermula sejak zaman purba
lagi seperti zaman Mesir kuno, Zaman Jahiliyyah dan sebagainya. Secara
umumnya, konsep pengurusan yang menjadi amalan organisasi pada masa
kini boleh kita bahagikan kepada tiga kategori iaitu :

b. Konsep Pengurusan Barat


c. Konsep Pengurusan Jepun

Konsep Pengurusan Barat


Pengurusan Barat lahir kerana wujudnya falsafah ekonomi rasional yang
mana ia bergantung kepada kemampuan akal semata-mata. Di mana
penekanan ia menjurus ke arah memaksimumkan produktiviti, kualiti dan
keuntungan.
Bagi menjelaskannya, kita akan meninjau pengurusan Barat dari aspek
definisi, Sistem dan ciri-ciri nya. 

Definisi Pengurusan Barat


Di antara definisi-definisi pengurusan yang dihuraikan oleh sarjana-sarjana
Barat ialah :

a) Hilgert dan Leonard


Pengurusan merupakan suatu proses di mana kerja-kerja dapat
dilaksanakan dengan mengembeling sumber manusia serta membimbing
dan memberi motivasi kepada usaha-usaha mereka ke arah pencapaian
objektif organisasi.

b) Boone dan Kurtz 


Pengurusan ialah usaha-usaha pencapaian objektif organisasi melalui
sumber manusia dan sumber teknikal dengan cara yang paling efektif.

c) Gitman dan McDaniel 


Pengurusan sebagai suatu proses mengkoordinasikan sumber manusia
dengan sumber-sumber lain dalam sesebuah organisasi bagi mencapai
tujuan dan matlamat organisasi tersebut.

d) Wagner dan Hollenback


Pengurusan ialah suatu proses perancangan, pelaksanaan, pengarahan
dan kawalan perlakuan organisasi

Sistem Pengurusan Barat


Salah satu sistem pengurusan yang berkesan di barat ialah menggunakan
konsep Management By Walking Around (MBWA) yang merangkumi :-

a) Galakan interaksi di antara peringkat atasan dengan pekerja bawahan


dalam pengurusan dengan tujuan untuk melahirkan sikap kerjasamma dan
kesungguhan pekerja serta meningkatkan produktiviti organisasi.

b) Menyampaikan maklumat dan mewujudkan komunikasi yang jelas antara


pihak pengurusan atasan dengan pekerja.

c) Membuat keputusan dalam hal keusahawanan, menyelesaikan masalah,


agihan sumber manusia dan sumber alam dan sebagai perunding.

Ciri-ciri Pengurusan Barat


Pakar-pakar pengurusan barat telah menyenaraikan ciri-ciri pengurusan
yang dinamis seperti berikut :-

a) Ramalan
Pihak pengurusan dapat membuat ramalan sesuatu hal yang akan datang
untuk kemajuan organisasi dan membuat persediaan serta jangkaan sebab
dan akibatnya.

b) Pengorganisasian
Pihak pengurusan memperkukuhkan organisasi dengan menyusun struktur,
agihan, penyerahan kuasa dan mengeratkan hubungan kemanusian antara
pihak pengurusan dengan pekerja.

c) Pimpinan
Pihak pengurusan membuat keputusan, menghadkan perhubungan,
meningkatkan motivasi, pemilihan, penempatan tenaga kerja dan
pembangunan atau latihan serta penambahan tenaga kerja.

d) Pengawalan
Untuk menjaga perkihdmatan cemerlang dan pengurusan berkualiti, pihak
pengurusan sentiasa mengadakan kawalan mutu perkhidmatan dan
pengeluaran. Penilian dan pengukuran dilakukan dari masa ke semasa
untuk mengenalpasti kelemahan dan mencadangkan pembaikan.

e) Perancangan Bertindak
Pihak pengurusan membuat perancangan jangka pendek dan jangka
panjang untuk mencapai matlamat organisasi secara sistematik dari segi
teori dan amali.

Konsep Pengurusan Jepun


Falsafah pengurusan Jepun adalah lebih mirip kepada golongan petani yang
lebih mementingkan kerjasama, kerja berpasukan, saling bergantung,
bekerja kuat, bergantung kepada musim, bertapak di sesuatu tempat,
memerlukan perancangan rapi, suka meniru dan membaiki ciptaan orang
lain. Falsafah pengurusan Jepun di atas adalah untuk mencapai kemajuan
korporat yang abadi dan menjamin keamanan negara, masyarakat Jepun
dan dunia.

Konsep pengurusan Jepun mempunyai tiga ciri utama iaitu :-

a) Pengurusan berorientasikan manusia (people oriented management )


iaitu pekerjaan adalah untuk seumur hidup pekerja di mana ganjaran dan
penghargaan diberikan kepada mereka yang paling lama berkhidmat.

b) Keharmonian, penyesuaian dan membuat keputusan di mana pihak


pengurusan mengutamakan keharmonian dengan pekerja dan sentaisa
meningkatkan kerjasama. Semangat pekerja sentiasa tinggi kerana mereka
terlibat dalam membuat keputusan.

c) Sikap terhadap pekerja yang mengutamakan dedikasi, kualiti, displin,


inovatif, ketaatan dan etika.

Perbandingan Konsep-konsep Pengurusan Islam, Barat dan Jepun

Perbezaan yang besar wujud di antara falsafah dan matlamat pengurusan


barat dan Jepun dengan Islam di mana matlamat pengurusan barat dan
Jepun hanya mementingkan dunia semata-mata manakala pengurusan
Islam menggandingkan urusan dunia seiring dengan urusan akhirat. 

Pengurusan Islam berasaskan kepada nilai yang pasti mendapat keredhaan


Allah yang berpandukan sumber Al-Quran dan Al-Sunnah dengan
mengambilkira nilai kemanusiaan dan kemasyarakatan. Kejayaan dunia dan
akhirat merupakan matlamat pengurusan Islam.

Pengurusan barat lebih menjurus ke arah memaksimumkan produktiviti,


kualiti dan keuntungan dalam mencapai kemajuan dan kejayaan.
Pengurusan barat mementingkan kelakuan atau gelagat bermoral atau
beretika mengikut keadaan tempat dan masa manakala hal yang berkaitan
dengan agama dianggap peribadi. 

Kemajuan dan kejayaan di dunia serta pengembangan kuasa merupakan


matlamat akhir dalam pengurusan barat.

Pengurusan Jepun mementingkan konsep kerja sejak lahir hingga mati di


mana mereka berlumba-lumba untuk mencapai kejayaan dan keuntungan
sebanyak mungkin yang hanya bersifat sementara. 

Anda mungkin juga menyukai