Anda di halaman 1dari 2

KESIMPULAN

Berdasarkan isi-isi yang telah dihuraikan, jelaslah bahawa terdapat pelbagai cabaran yang
dihadapi oleh umat Islam dalam menjadikan agama Islam sebagai ad-Din pada era globalisasi
kini. Kita sebagai umat Islam hendaklah bersatu teguh, bercerai roboh dalam mempertahankan
agama Islam sebagai ad-Din. Walaupun agama Islam telah pun diangkat sebagai agama rasmi
bagi negara Malaysia, kita seharusnya tidak memandang enteng terhadap masalah – masalah
dalaman yang dihadapi dalam negara kita ini. Hal ini demikian kerana jika kita memandang
enteng terhadap masalah-masalah tersebut, masalah yang sekecil – kecil kuman dikhuatiri akan
menjadi masalah utama dalam menjadikan agama Islam sebagai ad-Din. Oleh itu, semua pihak
wajarlah mengambil bahagian dalam mempertahankan agama Islam sebagai ad-Din.

Selain itu, kita juga boleh lihat bahawa ancaman dari pihak luar juga turut menjadi antara
masalah utama dalam menjadikan agama Islam sebagai ad-Din. Hal ini demikian disebabkan
oleh umat Islam yang mudah terpengaruh dengan perkara-perkara yang lagha atau lalai yang
acapkali disogok dalam bentuk hiburan dan juga alat elektronik seperti telefon bimbit, komputer
riba dan sebagainya. Namun begitu, hal ini sepatutnya tidak disalahfahamkan dan
dislahanggapkan bahawa alat elektronik tersebut tidak boleh digunakan sama sekali dalam
menjadikan agama Islam sebagai ad-Din. Kita sepatutnya mengambil peluang dalam
menggunakan teknologi dan alat elektronik zaman kini sebagai salah satu medium dalam
menjadikan agama Islam sebagai ad-Din kerana segalanya di hujung jari pada masa kini. Justeru
umat Islam seharusnya bijak menggunakan peluang yang ada pada zaman kini dan memantapkan
pegangan agama dan akidah pada diri masing-masing agar tidak mudah terpengaruh dengan
ancaman dari pihak Barat yang berusaha untuk menggagalkan usaha umat Islam dalam
menjadikan agama Islam sebagai ad-Din.
Akhir sekali, wujudnya golongan liberalisme dalam masyarakat moden dan berbilang bangsa dan
kaum kini juga turut menjadi salah satu cabaran umat Islam dalam menjadikan agama Islam ad-
Din. Kita sepatutnya berganding bahu dan bersama memerah otak untuk mencari jalan dan
menyekat fahaman liberalisme sekalian dari terus menular ke dalam pemikiran umat Islam kini
dan menghalangnya dari menjadi gunting dalam lipatan. Manakala bagi golongan liberalisme
yang telah tersasar jauh dari jalan yang sebenar-benarnya haruslah diberi perhatian dan
membimbing mereka agar kembali kepada agama Islam yang sebenar-benarnya. Umat Islam
yang lainnya dinasihatkan untuk memberi sokongan moral dan fizikal kepada mereka dan tidak
mengecam masa lalu mereka kerana dikhuatiri bahawa mereka akan kembali kepada masa lalu
mereka. Selain itu, golongan liberalisme ini seharusnya diberikan pencerahan dan penjelasan
tentang agama Islam yang sebetulnya dan menjelaskan kepada mereka bahawa fahaman
liberalisme ialah fahaman yang salah sama sekali di sisi Allah. Konklusinya, umat Islam perlu
berhati-hati dan berhemah dalam mengajak golongan ini kembali kepada jalan yang benar dan
hendaklah mempunyai iman yang teguh dan utuh agar tidak terjebak dalam fahaman liberalisme
serta mempunyai nilai kesabaran yang tinggi.

Anda mungkin juga menyukai