Anda di halaman 1dari 1

Analisis Video dari aspek yang berikut:

a. Motivasi

Mengikut video tersebut, antara kata-kata motivasi yang boleh digunakan untuk pelajar bermasalah
adalah: “Berikan diri sendiri peluang untuk berjaya”. Di dalam video tersebut, guru telah menggunakan
aspek motivasi bagi menangani murid bermasalah. Pendekatan motivasi sangat diperlukan oleh murid-
murid bermasalah. Dengan tercetusnya motivasi dalam diri mereka, pasti mereka akan berusaha untuk
mengubah diri kea rah yang lebih baik.

b. Konsep Kendiri

Maksud konsep kendiri ialah tanggapan kita terhadap diri kita sendiri. Di dalam video ini, guru tersebut
(Mr. Clark) telah melihat dirinya sebagai seorang guru yang gagal apabila dia tidak mampu menarik
minat pelajar yang bermasalah tersebut untuk belajar. Dia telah merasakan dirinya kurang kemahiran
namun dia tidak berputus asa dan sentiasa positif dalam menghadapi kepelbagaian pelajar malah, cuba
untuk menyelesaikan situasi berkenaan.

c. Gaya Belajar

Gaya belajar yang diketengahkan adalah pembelajaran berpusatkan guru kerana kawalan kelas murid
bermasalah sangat teruk. Sekiranya kaedah pemusatan murid digunakan, pasti kawalan kelas semakin
membimbangkan. Selain itu, gaya belajar interaktif digunakan oleh guru demi menarik minat pelajar.
Guru juga menggunakan kreativiti yang terbaik bagi memastikan muridnya memahami setiap pelajaran
yang disampaikan. Antara gaya belajar lain yang digunakan ialah audio dan kinestetik. Guru yang
mempelbagaikan gaya pembelajaran pasti dapat menarik minat belajar murid.

d. Analisis Isi Kandungan: [Pengetahuan] & [Kemahiran]

Antara pengetahuan yang di perlukan oleh murid dalam video tersebut adalah kemahiran mengingati
nama semua presiden yang mentadbir negara. Namun, apabila diadakan ujian, keseluruhan kelas gagal
mempamerkan markah yang memuaskan. Oleh itu, Mr. Clark memutuskan untuk menjadikan nama-
nama presiden sebagai 1 lagu genre rap bagi memudahkan muridnya mengingati nama-nama tersebut.
Disini dapat dilihat bahawa guru yang terbaik adalah guru yang tahu apa dan bagaimana perlu
disampaikan ilmu tersebut mengikut kesesuaian pelajarnya dengan menerapkan kepelbagaian
kemahiran iaitu kemahiran penyelesaian masalah, kemahiran menyampaikan maklumat, kemahiran
mengawal kelas dan lain-lain kemahiran yang berkaitan.

Anda mungkin juga menyukai