Anda di halaman 1dari 1

Nama: Syed Abd Rahim Bin Syed Abd Rahman

MATRIK: D20162075902
KUMPULAN:7 (Kuliab B)
Assalamualaikum dan salam sejahtera semua. Video di atas menunjukkan pernyataan berkaitan
demografi penduduk. Terdapat pelagai faktor yang mempengaruhi demografi penduduk di Malaysia.
Antaranya adalah masalah kesuburan adalah dalam wanita yang berkahwin lewat disebabkan oleh
faktor kerjaya di mana kaum wanita lebih mementingkan kerjaya berbanding mendirikan rumah
tangga. Hal ini demikian, peningkatan jangka hayat menyebabkan berlaku penuaan penduduk.
Buktinya, dalam tempoh 15 tahun lalu, usia persaraan penjawat awam dilanjutkan sebanyak tiga
kali. Kali pertama adalah pada 1 Oktober 2001 dinaikkan kepada 56 tahun. Diikuti dengan 10 Mei
dinaikkan kepada 58 tahun dan terakhirnya pada Januari 2012 iaitu dinaikkan kepada 60 tahun.
Golongan tua turut berhadapan dengan masalah lain seperti masalah kewangan dan masalah
kesihatan. Di samping itu, taraf hidup boleh diukur menerusi pendapatan benar iaitu pendapatan
taraf inflasi seseorang dan kadar kemiskinan. Ukuran yang lain seperti ketersediaan dan kualiti
penjagaan kesihatan, ketidaksamaan kualiti pendapatan dan taraf pendidikan juga digunakan.
Pendapatan isi rumah pula didefinisikan pendapatan keseluruhan yang diperolehi oleh ahli isi rumah.
Terdapat tiga kategori isi rumah. Pertamanya, B40 (kumpulan isi rumah berpendapatan 40%
terendah iaitu isi rumah yang berpendapatan purata bulanan RM3860). Kumpulan B40 memperolehi
beberapa kemudahan seperti bantuan sara hidup, peningkatan subsidi elektrik, pengenalan subsidi
minyak dan sebagainya. Keduanya, golongan M40 merujuk kepada kumpulan golongan isi rumah
berpendapatan 40% pertengahan dengan berpendapatan purata bulanan antara RM3860 hingga
RM8319. Seterusnya, golongan T20 yang merupakan pendapatan isi rumah purata bulanan
sebanyak RM8319 dan ke atas. Maka jelaslah, pada zaman moden ini, penduduk di Malaysia lebih
mementingkan kerjaya dan kualiti hidup yang stabil sehingga mempengaruhi demografi penduduk di
Malaysia. Sekian, terima kasih semuanya.

Anda mungkin juga menyukai