Anda di halaman 1dari 4

IBNU SOLEH 2020

SOP KECEDERAAN DAN KESELAMATAN DI NIH C&K CENTER

Jatuh
Kecederaa  Tisu lembut – calar, terseliuh, luka dan melecek.
 Patah – bengkak, sakit dan cacat anggota.
n  Kepala – bengkak kepala, berdarah di telinga, hidung dan mulut,
mengantuk, muntah, sawan dan pengsan.
Tindakkan  Jika kanak-kanak tersebut mengalami kecederaan kecil misalnya
calar dan terseliuh, tekap kawasan cedera dengan air batu.
Awal Rehatkan anggota yang tercedera.
 Jika luka, cuci dengan air, tekap kawasan cedera dengan ibu jari
beberapa minit untuk memberhentikan darah mengalir dan
rehatkan anggota yang tercedera. Balut dengan kain bersih.
 Jika mengesyaki tulang patah, balutkan dengan selimut, kain
yang tebal atau bantal untuk menghalang pergerakkan. Gunakan
kain untuk mengampu tulang yang patah dibahagian tangan dan
lengan.
 Periksa kawasan balutan untuk pastikan pergerakan darah yang
normal. Jika kulit menjadi sejuk atau berubah warna, longgarkan
balutan. sila dapatkan bantuan doktor.

Tercekik
Kecederaa  Sesak nafas secara tiba-tiba.
 Bunyi nafas tidak normal (bunyi seperti siulan).
n  Menggenggam kerongkong.
 Kawasan mulut dan bibir kebiru-biruan.
 Bernafas dengan cepat.
 Lubang hidung kembang-kempis setiap kali bernafas.
 Pengsan.
 Berhenti bernafas.
 Batuk yang berterusan.
 Termengah-mengah.
 Tiada apa-apa tanda.
Tindakkan  LAKUKAN :
Tunggu sehingga mangsa batuk.
Awal Minta bantuan.
Buka mulut kanak-kanak perlahan-lahan – keluarkan objek jika
jelas kelihatan.
Jika tidak berjaya, tepuk di antara tulang belikat mangsa dengan
tapak tangan anda dengan kedudukan kepala mangsa lebih
rendah dari badan.
 JANGAN :
IBNU SOLEH 2020

Masukkan jari anda ke dalam mulut mangsa.


Mendongakkan kepala mangsa.
Jika mangsa berhenti bernafas, pengsan dan badan menjadi biru,
segera lakukan Kaedah Pemulihan Pernafasan (CPR) sementara
menunggu bantuan pakar.
 BAGI KANAK-KANAK DEWASA
Bantu kanak-kanak untuk berdiri jika mereka masih sedar.
Posisikan badan anda di belakang mereka.
Lakukan Heimlich manouvre.
Jika kanak-kanak pengsan laksanakan Kaedah Pemulihan
Pernafasan (CPR).

Melecur & Melepuh


Kecederaa Melecur terbahagi kepada :
 Permukaan Kulit
n Ia hanya melibatkan permukaan kulit sahaja. Kulit menjadi
merah dan sakit, tetapi tiada gelembung.
 Kulit Dalam
Ia melibatkan lapisan luar kulit. Selain kulit menjadi merah,
panas atau sakit, kulit juga melepuh.
 Keseluruhan Kulit
Ia melibatkan semua lapisan kulit termasuk tisu dalaman kulit.
Kulit kelihatan pucat, keras dan menggelupas. Ia tidak
menyakitkan dan mungkin terdapat kerosakan pada salur saraf.
Tindakkan Jika sebahagian kulit sahaja yang melecur(kurang daripada saiz
tapak tangan), ia boleh dirawat di segera.
Awal  Lucutkan pakaian yang ketat dan barang hiasan dengan berhati-
hati.
 Siram kawasan yang melecur di bawah aliran air selama lebih
kurang 15 minit.
 Sapukan krim atau losyen aloevera

Sawan
Tindakkan  Sentiasa tenang. Jangan panik.
 Anda perlu berfikir dengan jelas untuk membantu kanak-kanak
Awal tersebut.
 Perhatikan kanak-kanak tersebut. semasa sawan (turutan
peristiwa, pergerakan badan dan anggota, tempoh masa sawan)
 Elakkan kecederaan
 Jangan alihkan kanak-kanak hanya jika di dalam keadaan bahaya
contohnya di tengah jalan atau tempat tinggi
 Jauhkan dari benda-benda merbahaya
 Pusingkan ke kedudukan mengiring
 Ini akan mengelakkan kanak-kanak tercekik dengan air liur atau
IBNU SOLEH 2020

muntah sendiri.

 Jangan pegang kanak-kanak dengan kuat.


 Biarkan sawan itu berhenti dengan sendiri.
 Jangan letakkan objek ke dalam mulut seperti sudu atau kunci.
 Ini hanya akan menyebabkan kecederaan kepada mulut dan
lidah.
 Jangan berikan makanan atau ubat melalui mulut.
 Tunggu sehingga sawan berhenti dan sedar sepenuhnya sebelum
memberinya makan.
 Jangan lakukan CPR atau resusitasi mulut ke mulut.
 PENTING: Dapatkan pertolongan doktor jika sawan berterusan
lebih dari 5 minit.

Keracunan
 Bersihkan racun daripada mata, kulit dan mulut kanak-kanak.
 Sentiasa menyimpan nombor telefon Pusat Racun Negara (04-
6570099) di tempat yang mudah dicapai (cth : di pintu peti
sejuk).
 Mata
Cuci mata dengan air mengalir sekurang-kurangnya 5 minit
dengan mata terbuka.
Jangan biarkan kanak-kanak menggosok mata yang terkena
racun.
 Kulit
Cuci racun yang terkena kulit dengan air yang banyak.
Tanggalkan pakaian yang terkena racun.
 Mulut
Keluarkan semua ubat daripada mulut kanak-kanak.
Periksa untuk kesan terbakar, luka atau iritasi.
 Jika terdedah kepada gas atau asap:
 Pastikan kanak-kanak mendapat udara segar.
 Longgarkan semua pakaian.
 Jika tidak bernafas, bersihkan kerongkong kanak-kanak dan
mulakan pernafasan mulut ke mulut (CPR). Teruskan sehingga
bantuan tiba.
 Jika tertelan racun, segera bawa kanak-kanak ke hospital
berdekatan.
 Jangan galakkan kanak-kanak muntah jika dia pengsan atau
mendapat sawan akibat daripada keracunan minyak tanah / asid
/ alkali.
 Baringkan kanak-kanak pada posisi mengiring dan cucikan
mulut daripada bahan racun tersebut.
 Bawa kanak-kanak ke hospital dengan membawa contoh racun.
IBNU SOLEH 2020

Penyakit Berjangkit dan Kebakaran Di SOP pengurusan tempat

Anda mungkin juga menyukai