Anda di halaman 1dari 9

BML3083 SEMANTIK DAN PRAGMATIK BAHASA MELAYU

TUGASAN INDIVIDU

KOLOKASI BAGI PERKATAAN ‘CANTIK’

KUMPULAN E

NAMA NO. MATRIK


SITINORSHUADDAH BINTI SAHARI D20171077820

PENSYARAH:

ENCIK ABDULLAH BIN YUSOF


1

Pengenalan

Cantik itu subjektif sering menjadi ungkapan masyarakat seantero dunia. Ungkapan ini
sangat tepat kerana setiap individu mempunyai definisi yang berbeza terhadap istilah
‘cantik’. Istilah ‘cantik’ memberi gambaran yang positif dan meninggalkan kesan yang
positif terhadap seseorang individu atau sesuatu perkara. Makna bagi perkataan ini juga
sangat luas dan berbeza mengikut konteks. Hal ini demikian kerana, makna mempunyai
medannya sendiri yang dinamakan medan makna. Menurut Abdullah Yusof, Alias Mohd
Yatim, dan Mohd Ra’in Shaari (2009), medan makna (semantic domain, semantic field)
atau medan leksikal yang membawa maksud ruang lingkup makna adalah sesuatu yang
sama. Mereka menyatakan bahawa makna unsur leksikal saling berhubungan kerana
menggambarkan bahagian daripada bidang kebudayaan atau realiti dalam alam semesta
tertentu. Kata juga mempunyai medan, iaitu ruang, skop, kawasan, dan daerah
penggunaannya sendiri (Abdullah Yusof et al., 2009). Kata-kata yang berada dalam
kelompok satu medan makna dapat dibezakan antara kelompok medan kolokasi dan
medan set berdasarkan hubungan semantiknya.

Abdullah Yusof et al. (2009) menjelaskan bahawa kolokasi merujuk kepada


hubungan sintagmatik yang terdapat antara kata-kata atau unsur-unsur leksikal, manakala
kelompok set pula menunjukkan hubungan paradigmatik, kerana kata-kata yang berada
dalam satu kelompok set itu boleh saling disubtitusikan. Hubungan sintagmatik adalah
hubungan unsur-unsur bahasa yang terdapat dalam ujaran dan bersifat linear. Hubungan
sintagmatik terjadi dengan analisis unsur-unsur bahasa dalam sesuatu ujaran tanpa ada
perbandingan dengan ujaran lain. Hubungan paradigmatik pula adalah hubungan unsur-
unsur bahasa yang terdapat dalam ujaran dan bersifat vertikal. Hubungan paradigmatik
terjadi dengan pembandingan unsur-unsur bahasa yang memiliki kedudukan yang sama.
Dalam hal ini, definisi yang diberikan dalam kamus tidak mencukupi untuk memahami
makna ‘cantik’ secara lebih terperinci kerana kamus hanya memberikan takrifan secara
umum. Sehubungan dengan itu, makna bagi perkataan ‘cantik’ ini dapat difahami dengan
lebih meluas dengan adanya kolokasi. Apabila mengetahui kolokasi ‘cantik’, perkataan ini
dapat dikaitkan dengan pelbagai konteks.

Kolokasi merupakan istilah linguistik yang ditakrifkan dalam Kamus Dewan Edisi
Keempat (2015) sebagai hubungan kedudukan atau kewujudan antara satu perkataan
dengan yang lain dalam satu susunan, misalnya dalam ayat, manakala berkolokasi pula
membawa maksud bagi sesuatu kata yang kerap kelihatan wujud bersebelahan atau
2

berdekatan antara satu sama lain, contohnya kata nama “baju” tidak berkolokasi dengan
“lazat”. Kolokasi berasal daripada bahasa Latin ‘colloco’ yang membawa maksud ‘tempat
yang sama dengan’ yang mempunyai hubungan sintagmatik antara kata-kata atau unsur-
unsur leksikal. Selain kata-kata dalam medan makna sering kali berkolokasi dengan
golongan kata lain, makna kolokasi juga berhubung rapat dengan jenis makna. Menurut
Abdullah Yusof et al. (2009), makna kata mempunyai ikatan dengan kata yang lain yang
merupakan kolokasinya. Sebagai contoh, kata ‘cantik, lawa, ayu, kacak, dan tampan’
membawa makna denotatif ‘sangat menarik apabila dipandang’, tetapi kata ‘kacak dan
tampan’ mempunyai komponen atau ciri [+ lelaki], manakala kata-kata yang lain
mempunyai ciri [- lelaki]. Oleh sebab itulah terdapat kata-kata tertentu yang boleh
dikaitkan dengan golongan tertentu sahaja dan sebaliknya.

Hal ini bertepatan dengan definisi kolokasi sebagai “the company words keep”,
iaitu hubungan antara satu kata dengan kata yang lain yang dinyatakan oleh Firth (1951)
dalam Noorliza Jamaludin (2004: 273) (Abdullah Yusof et al., 2009). Oleh itu, perkara
yang penting dalam kolokasi menurut Abdullah Yusof et al. (2009) ialah hubungan atau
kombinasi kata yang tipikal dan benar-benar wujud dalam sesuatu bahasa. Firth
menyatakan lagi bahawa sesuatu kata boleh diketahui dan difahami maknanya dengan
melihat perkataan yang wujud bersama-samanya. Menurut Abdullah Yusof et al. (2014),
Leech (1974) dalam Abdullah Yusof (2008: 257) pula menyebut bahawa kolokasi
biasanya berhubungan dengan penggunaan beberapa kata dalam lingkungan yang sama.
Nor Saadah Mohd Salleh (2015) menyatakan bahawa kolokasi sesuatu perkataan
membawa maksud tertentu apabila berkolokasi dengan perkataan lain. Secara lebih
jelasnya, perkataan yang wujud bersama akan membolehkan sesuatu perkataan lain itu
difahami maknanya. Dalam bidang korpus linguistik, kolokasi didefinisikan sebagai
rangkaian perkataan atau istilah yang terjadi bersama.

Secara ringkasnya, kolokasi merupakan kumpulan perkataan yang boleh digunakan


secara bersama. Kumpulan perkataan ini disimpan di bawah kategori yang sama dalam
kamus mental. Menurut Suraiya Chapakiya (2014), setiap perkataan dibahagi dan
disimpan setiap satunya dalam kamus mental secara semula jadi atau tersendiri. Misalnya,
dalam kamus mental kita, sebaik saja kita mendengar perkataan mawar, maka di samping
fitur-fitur seperti harum, cantik, dan berduri, muncul pula warna (Soenjono Dardjowidjojo,
2005). Jelaslah bahawa setiap perkataan yang mempunyai kaitan atau hubungan dan boleh
digunakan secara bersama merupakan kolokasi.
3

Definisi Perkataan ‘Cantik’

‘Cantik’ secara umumnya merujuk kepada pandangan yang selesa dilihat atau dalam
bahasa percakapan dikatakan “sedap” mata memandang. Kamus Dewan Edisi Keempat
(2015) mendefinisikan kata cantik sebagai:

Cantik I sangat menarik apabila dipandang (bkn orang perempuan, rupa muka,
bangunan, benda, pemandangan, dll), sangat elok (bagus, molek); gadis yang ~;
barang-barang perhiasan yang ~; bagaimanapun ~nya satu-satu rancangan, tidak
akan berjaya jika tidak diturut kehendak rancangan itu dgn ikhlasnya. (245)

Definisi kamus ini telah secara umum menjelaskan makna cantik dalam bahasa
Melayu. Namun begitu, Indirawati Zahid (2018) berpendapat bahawa definisi umum ini
tidak begitu membantu pelajar bahasa (bahasa kedua mahupun asing) apabila diminta
memberikan fitur yang dikatakan cantik ataupun memperkatakan tentang keadaan cantik
yang dirujuk. Paparan definisi kata cantik yang diberikan tidak memperlihatkan
penghuraian terperinci tentang fitur makna kata ini. Selain tidak mempunyai penghuraian
tentang fitur atau ukuran yang ditetapkan atau ditentukan, kolokasi yang ada juga bersifat
terhad. Kesedaran tentang kekurangan rujukan makna kata ini telah menarik para pengkaji
untuk melakukan kajian dari pelbagai aspek dan bidang.

Kolokasi bagi Perkataan ‘Cantik’

Berdasarkan definisi dalam Kamus Dewan Edisi Keempat (2015), dapat dilihat bahawa
perkataan ‘cantik’ berkolokasi dengan ‘orang perempuan, rupa muka, bangunan, benda,
pemandangan, barang-barang perhiasan, dan rancangan’. Perkataan-perkataan ini juga
mempunyai kolokasi dengan perkataan-perkataan yang lain. Setiap kolokasi ini
membolehkan perkataan ‘cantik’ difahami dengan lebih terperinci, dan seterusnya dapat
dihuraikan dengan lebih lanjut. Untuk mencari perkataan yang berkolokasi dengan
‘cantik’, buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga yang dikarang oleh Nik Safiah Karim,
Farid M. Onn, Hashim Musa, dan Abdul Hamid Mahmood (2013) dan contoh yang
diberikan oleh Ahmad Khair Mohd Nor, Raminah Sabran, Nawi Ismail, dan Ton Ibrahim
(2014) dalam buku Tatabahasa Asas Edisi Kedua telah dirujuk. Setelah menganalisis
kedua-dua buku tersebut, beberapa perkataan yang digunakan secara bersama dengan
perkataan ‘cantik’ dipaparkan dalam Jadual 1.
4

Bil. Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga Tatabahasa Asas Edisi Kedua


1. cantik manis (ms. 243) Wajah Anis secantik kakaknya. (ms.153)
2. Gadis itu secantik puteri raja. Lukisan ini tercantik antara semua lukisan
(ms. 244) yang dijual di situ. (ms. 172)
3. Gadis itu lebih cantik daripada Budak itu cantik betul. (ms. 192)
kakaknya. (ms. 244)
4. secantik-cantik bunga (ms. 245) Gadis itu cantik bagai bidadari. (ms. 204)
5. cantik sekali (ms. 246), teramat Wajah cantik idaman setiap wanita. (ms.
cantik, tersangat cantik (ms. 227)
247), cantik sungguh (ms. 407),
sungguh cantik (ms. 417 dan
419), cantik betul (ms. 418),
amat cantik sekali (ms. 418)
6. cantik molek (ms. 408) Putrajaya, pusat pentadbiran negara terletak
di kawasan yang cantik. (ms. 264)
7. mahu cantik (ms. 417) Makan ulam mencantikkan kulit. (ms. 267)
8. Cantikkah istana raja itu? (ms. Gadis-gadis itu cantik jelita. (ms. 287)
443)
9. Hitam cantik juga. (ms. 467) Kereta baharu abang sangat cantik. (ms.
290)
10. Pakaian jelitawan itu sangat Amboi, cantiknya baju kamu! (ms. 312)
cantik. (ms. 474)
Jadual 1: Kolokasi bagi Perkataan ‘Cantik’ yang Terdapat dalam Buku Tatabahasa
Dewan Edisi Ketiga dan Tatabahasa Asas Edisi Kedua

Berpandukan Jadual 1, dapat dilihat bahawa perkataan ‘cantik’ berkolokasi


dengan kata tugas seperti kata penguat (amat, sangat, sungguh, sekali) dan kata penegas
(juga), serta perkataan yang mempunyai unsur keserasian makna (manis, molek, jelita).
Perkataan ‘gadis, wanita, puteri raja, bidadari, budak, dan wajah’ pula menunjukkan
kolokasi dalam konteks ‘perempuan’, manakala perkataan ‘kulit’ pula boleh berkolokasi
dengan perkataan ‘cantik’ untuk perempuan dan lelaki. Selain berkolokasi dengan
pelbagai benda seperti ‘lukisan, pakaian, baju, dan kereta’, bangunan seperti ‘istana’,
pemandangan ‘kawasan’, ‘bunga’, dan warna seperti ‘hitam’, ‘cantik’ juga berkait rapat
dengan ‘idaman’ dan ‘ulam’. Hal ini demikian kerana, semua perempuan mahu menjadi
5

cantik dan dalam usaha untuk mencantikkan diri, pelbagai inisiatif yang boleh dilakukan,
termasuklah membeli pelbagai produk dan makan ‘ulam’.

Penerangan seterusnya adalah mengenai domain semantik kata ‘cantik’ berkaitan


perempuan yang secara umumnya mencakupi bahagian-bahagian tubuh seseorang
perempuan . Sehubungan dengan itu, kolokasi ‘cantik’ dengan ‘muka, bibir, rambut, kuku,
tapak kaki, serta anggota badan yang lain’ dipaparkan dalam Jadual 2 supaya dapat
dilihat dengan lebih jelas. Fitur-fitur ini dipilih berdasarkan data dalam kajian yang telah
dibuat oleh Indirawati Zahid (2018) menggunakan iklan tempatan produk kecantikan
wanita yang diperoleh daripada pelbagai bentuk media. Fitur ‘gigi’ turut dimasukkan
dalam fitur ‘anggota badan yang lain’ untuk menganalisis kolokasinya dengan perkataan
‘cantik’ seperti dalam data korpus Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP).

Bil. Muka Bibir Rambut Kuku Tapak Anggota


Kaki Badan
yang Lain
1. bersih merah lebat Ø lembut gigi -
rapuh / bersih
patah
2. cerah licin Ø gugur Ø halus gigi - putih
kering
3. Ø parut lembab hitam Ø Ø kulit gigi -
jerawat bergaris mati tersusun
4. gebu Ø kering bersinar Ø Ø keras pipi -
kuning runcing
5. Ø jeragat lembut menyerlah Ø rosak sihat
6. Ø jerawat Ø gelap Ø beruban Ø kasar cerah
7. anjal Ø Ø Ø punggung -
mengelupas berkelemumur mengelupas montok
8. putih berseri berkilau Ø kusam harum
9. Ø garis penuh kuat Ø pecah- lengan dan
halus pecak paha - kecil
10. Ø kedut anjal Ø nipis Ø merekah Ø lemak
11. Ø bintik mungil Ø mudah Ø retak- badan -
hitam / putus retak langsing
tompok
hitam
12. Ø pori- sihat Ø jarang Ø kering badan -
pori ramping
13. halus halus Ø berbau gebu
14. lembab segar segar lembut
6

15. tegang harum lembab putih


16. tona Ø gatal bersih bersih
sekata
17. Ø bersih
berminyak
18. Ø kering
19. Ø kusam
20. lembut
21. sihat
22. Ø panau
23. berseri
24. Ø sel-sel
kulit mati
25. Ø parut
26. licin
27. Ø berbau
Petunjuk: Ø - tidak mempunyai fitur makna yang dirujuk.

Jadual 2: Kolokasi bagi Perkataan ‘Cantik’ Berkaitan ‘Perempuan’ Berdasarkan Iklan


Tempatan Produk Kecantikan Wanita

Setiap satu kata yang menjadi ahli dalam domain semantik kata ‘cantik’ bagi
perempuan ini mempunyai kolokasinya yang tersendiri bagi menjelaskan fitur kata
‘cantik’ yang dirujuk. Misalnya, bahagian muka yang dianggap cantik antaranya akan
memiliki fitur bersih, putih, ø jerawat; kecantikan rambut pula akan memiliki antaranya
fitur lebat, berwarna hitam serta bersinar dan sebagainya. Kecantikan seorang wanita itu
lazimnya dilihat daripada hujung rambut sehingga ke hujung kaki, iaitu mencakupi muka,
badan, kulit, rambut, anggota badan, kuku dan sebagainya.

Menurut Indirawati Zahid (2018), pasukan penyelidik dari School of Physical


Sciences (2015) yang diketuai oleh Dr. Solomon mendapati bahawa wanita yang cantik
rupa parasnya dikatakan memiliki antaranya bentuk muka yang runcing, bibir penuh,
bermata besar, dan mempunyai tulang pipi yang tinggi. Sementara dapatan Ira Wirasari
(2016) memperlihatkan bahawa kecantikan wanita bersifat pelbagai. Kepelbagaian ini
bermaksud kecantikan tidak hanya pada rupa paras, tetapi juga kecantikan warna kulit,
tubuh, rambut dan sebagainya. Kecantikan perempuan dalam kajian Adib Rifqi Setiawan
(2017) pula merujuk kepada wajah yang mempesona, make up yang berbeza, rambut
panjang, lurus, dan berwarna-warni, kulit putih dan mulus, menonjolkan bahagian tubuh
7

yang menarik, ekspresi dan gerakan yang menarik, memakai pakaian dan aksesori
daripada jenama terkenal, dan gaya berpakaian yang lain daripada kebiasaan.

Dapatan kajian Adib Rifqi Setiawan (2017) menunjukkan ‘cantik’ bukan sahaja
berkolokasi dengan fizikal perempuan, tetapi juga berkaitan ‘benda’, iaitu make up,
pakaian, dan aksesori yang digunakan. Kolokasi ‘bangunan, benda, dan pemandangan’
dengan perkataan ‘cantik’ adalah seperti dalam Jadual 3. Kamus Dewan Edisi Keempat
(2015) mendefinisikan ‘bangunan’ sebagai sesuatu yang dibangunkan seperti gedung,
rumah, kedai dan lain-lain, manakala ‘benda’ pula merujuk kepada barang; barang yang
berharga, harta; setiap yang dapat diraba dan dilihat, jasad. ‘Pemandangan’ pula
ditakrifkan sebagai keadaan (alam dan lain-lain) yang indah dipandang, termasuklah
warna, tulisan dan sebagainya. Antara kolokasi ketiga-tiga komponen ini dengan ‘cantik’
dapat dilihat dalam Jadual 3.

Bil. Bangunan Benda Pemandangan


1. seni bina menarik baharu indah
2. baharu warna menarik unik
3. cat tidak pudar berkualiti menenangkan
4. bersih bersih teratur
5. unik tidak rosak bersih
6. teratur corak menarik memukau
7. tersusun unik mempesonakan
Jadual 3: Kolokasi ‘Cantik’ dengan ‘Bangunan, Benda, dan Pemandangan’

Kesimpulan

Kesimpulannya, ‘cantik’ boleh digunakan secara bersama atau berkolokasi dengan


perkataan yang berkaitan dengan ‘perempuan, rupa, bangunan, benda, dan pemandangan’.
Pendek kata, pengetahuan tentang makna kata dan kolokasi merupakan satu kompetensi
yang diperlukan bagi pelajar bahasa. Menurut Channell (1981) dalam Indirawati Zahid
(2018) kompetensi menghubungkan kata secara kolokasi merupakan satu asas yang baik
dalam memperluas pemahaman tentang kosa kata. Hal yang sama juga dibincangkan oleh
Webb dan Kagimoto (2009) yang mengakui bahawa dalam mempelajari bahasa bagi
pelajar bahasa kedua, pengetahuan tentang kolokasi merupakan aspek yang penting.
Dalam konteks ini, apa-apa yang sangat menarik apabila dipandang mempunyai kolokasi
dengan ‘cantik’, tetapi mestilah sesuai dengan medan penggunaannya, selari dengan
penyataan Plato, Beauty lies in the eyes of the beholder. Dalam bahasa yang mudah, cantik
itu bersifat subjektif.
8

BIBLIOGRAFI

Abdullah Yusof, Alias Mohd Yatim, & Mohd Ra’in Shaari. (2009). Semantik dan
pragmatik bahasa Melayu. Batu Caves, Kuala Lumpur: Pustaka Salam Sdn Bhd.

Abdullah Yusof, Adenan Ayob, & Mohd Ra’in Shaari. (2014). Penyelidikan makna.
Tanjong Malim, Perak: Emeritus Publications.

Adib Rifqi Setiawan. (2017). Kecantikan perempuan dalam “As If It’s Your Last” dari
Blackpink. Thesis Commons. doi: 10.31237/osf.io/fh32w

Ahmad Khair Mohd Nor, Raminah Sabran, Nawi Ismail, & Ton Ibrahim. (2014).
Tatabahasa asas (Edisi Kedua). Kuala Lumpur, Malaysia: Pustaka Salam
Sendirian Berhad dan Persatuan Pendidikan Bahasa Melayu Malaysia.

Indirawati Zahid. (2018). Definisi kata cantik: Analisis kolokasi. Issues in Language
Studies, 7(1), 12-36. doi: https://doi.org/10.33736/ils.1615.2018

Ira Wirasari. (2016). Kajian kecantikan kaum perempuan dalam iklan. Desain Komunikasi
Visual, Manajemen Desain dan Periklanan (Demandia), 1(2), 146-156. doi:
https://doi.org/10.25124/demandia.v1i02.278

Kamus Dewan (Edisi Keempat). (2015). Kuala Lumpur, Malaysia: Dewan Bahasa dan
Pustaka.

Nik Safiah Karim, Farid M. Onn, Hashim Musa, & Abdul Hamid Mahmood. (2013).
Tatabahasa Dewan (Edisi Ketiga). Kuala Lumpur, Malaysia: Dewan Bahasa dan
Pustaka.

Nor Saadah Mohd Salleh. (2015). Kolokasi makna leksikal dalam iklan produk kecantikan.
(Tesis master). Diperoleh daripada https://core.ac.uk/download/pdf/157778174.pdf.

Soenjono Dardjowidjojo. (2005). Psikolinguistik: Memahami asas pemerolehan bahasa.


Batu Caves, Selangor: PTS Akademia.

Suraiya Chapakiya. (2014). Asas linguistik. Batu Caves, Selangor: PTS Akademia.

Webb, S., & Kagimoto, E. (2009). The effects of vocabulary learning on collocation and
meaning. TESOL Quarterly, 43(1), 55-77. Diperoleh daripada
https://doi.org/10.1002/j.1545-7249.2009.tb00227.x.

Anda mungkin juga menyukai