Anda di halaman 1dari 29

Terapi

Definisi

Terapi bermaksud memulihkan ataupun dari segi bahasanya ialah cara atau
alternatif selain penggunaan ubat ubatan dalam usaha memulihkan sesuatu yang
berkaitan dengan kesihatan seseorang.

Jenis-jenis terapi

1.0 Terapi Hidro

Terapi hidro di lihat sesuai untuk perkembangan fizikal kerana kombinasi


pergerakan motor kasar dan halus serta mental murid dapat dirangsang secara
serentak. Pergerakan dalam air didapati lebih mudah dan bebas serta ti dak dibebani
oleh keperluan alatan sokongan selain daya apungan air sahaja.Rangsangan air yang
secara semulajadi dapat membantu murid tenang walaupun pada permulaannya
sesetengah murid akan berasa takut untuk masuk ke dalam air. Perkara ini dapat
diatasi dengan membawa murid ke kawasan cetek sebelum berpindah ke kawasan
yang lebih dalam. Secara tidak langsung guru-guru telah melatih membina keyakinan
diri murid-murid “water confidence”. Melalui terapi seumpama ini, ianya dapat
memantapkan perkembangan fizikal dengan aktiviti-aktivi seperti regangan seterusnya
melembutkan sendi dan meningkatkan daya ketahanan jantung dan otot-otot rangka.

1.0.1 Objektif 

 Aktiviti berenang dapat memberi keseronokan dan menggembirakan murid-murid


bermasalah pembelajaran ketika berada di dalam kolam atau air di samping dapat
membentuk sikap kerjasama dengan rakan-rakan mereka. Ia juga membolehkan murid-
murid bermasalah pembelajaran memperolehi kemahiran renang sama seperti murid-
murid normal. Selain itu, renang juga merupakan salah satu latihan latihan terapi
(Hidroterapi/Terapi Air) bagi murid-murid pendidikan khas juga.
1.0.2 Definisi dan Konsep

Hidroterapi didapati sesuai untuk perkembangan fizikal dan pergerakan motor


kasar dan motor halus serta mental murid-murid berkeperluan khas di mana segala otot-
otot dan otak mereka dapat dirangsang, pergerakan dalam air lebih mudah dan bebas,
serta tidak dibebani seperti keperluan alat sokongan yang menghadkan
pergerakan.Imbangan dalam air bukanlah masalah utama. Oleh itu lebih banyak
pergerakan dapat dilakukan dan daya penumpuan individu dapat dipertingkatkan dan
masalah tingkahlaku didapati tidak seperti lazimnya. Ini disebabkan oleh ransangan air
secara semulajadi. Walaubagaimanapun, murid-murid PPKI mungkin mengalami sedikit
rasa takut dengan air. Di sinilah guru memainkan peranan membantu dalam membina
keyakinan diri. Hasilnya murid-murid akan dapat membina konsep diri yang positif
melalui aktiviti hidroterapi ini. Melalui hidroterapi juga, ianya dapat memantapkan
perkembangan fizikal melalui pelbagai aktiviti seperti regangan, melembutkan sendi-
sendi, meningkatkan daya ketahanan otot-otot dan jantung. Banyak aktiviti dan
pergerakan yang tidak dapat dilakukan di darat dapat dipraktikkan di dalam air. Dalam
hubungan ini, hidroterapi dapat meneroka pergerakan-pergerakan yang boleh dilakukan
oleh murid-murid PPKI ini. Bagi sesetengah murid, mereka didapati lebih berkeyakinan
di air berbanding di darat. Kejayaan sesuatu program pengajaran bergantung pada
prosedur pengajaran yang jelas, sokongan dan garis panduan yang diberi. Walau
bagaimanapun garis panduan adalah sama untuk semua, hanya penyesuaian dan
modifikasi diperlukan terhadap individu berkeperluan yang unik ini.

1.0.3 Kepentingan Hidroterapi

Hidroterapi merupakan suatu bidang yang agak luas bertujuan untuk


mengembalikan, memelihara dan memulih keadaan emosi, fizikal, psikologi dan
spiritual kepada keadaan yang lebih baik atau normal. Antara kepentingan hidroterapi
ini ialah:

a.Menghilangkan tekanan
b.Keupayaan berkomunikasi
c.Simulasi system otak
d.Bina keyakinan diri
e.Kreativiti
f.Kawalan diri
g. Latihan„Socialskill‟
h.Merangsang pertuturan
i.Melatih sikap bekerjasama
 j. Meningkatkan kesabaran
k. Pengamatan
l. Latihan koordinasi badan dan anggota badan yang lain
m. Latihan daya kepimpinan
n. Manipulasi tangan dan jari-jemari
o. Daya konsentrasi
p. Pembentukan „body image‟
q. Peningkatan„self -esteem‟

1.0.4 Panduan Latihan

Sebelum menjayakan aktiviti renang untuk murid-murid PPKI ini, faktor yang
paling penting dan perlu diambil kira adalah faktor keselamatan. Kita melihat faktor
keselamatan ini dalam sudut ketidakupayaan fizikal dan tahap ketidakupayaan
intelektual murid-murid tersebut.

i. Ketidakupayaan Fizikal

Guru hendaklah berada di dalam air dan bersedia untuk menerima murid ke
dalam kolam. Semasa berada di dalam air hendaklah dalam kedudukan berdiri dengan
kaki terbuka dan kepala berada di atas paras air. Gunakan bahagian atas badan untuk
mengawal imbangan dan sentiasa apungkan badan. Elakkan daripada menunjukkan
perasaan bimbang kepada murid sewaktu berada di dalam air kerana ini boleh
menyebabkan mereka menjadi bimbang dan takut. Guru perlu sentiasa bercakap dan
memberi galakkan kepada murid semasa mereka hendak masuk ke dalam air. „Eye
Contact‟ boleh membantu membina keyakinan murid. Latihan hendaklah dimulakan
dengan memasuki kawasan sudut kolam yang cetek.

ii. Ketidakupayaan Intelektual

Ketidakupayaan intelek juga dialami oleh murid PPKI di mana tahap tumpuan
yang singkat menyebabkan maklumat yang diberi tidak dapat disimpan dengan
sempurna. Oleh itu, penjelasan guru perlulah ringkas dan tepat. Ada murid-murid PPKI
yang kurang persepsi kemahiran motor dan persepsi mengenai jarak atau kedalaman
kolam renang. Maka persepsi yang tepat dan betul perlu disampaikan kepada mereka.
Guru juga harus ingat bahawa murid-murid PPKI tidak mempunyai pencapaian
kemahiran yang sama, namun pada satu keadaan atau ketika mereka mungkin boleh
menguasainya.

1.0.5 Aktiviti rekreasi hidroterapi.

Pendahuluan

•Memanaskan badan dan meregangkan otot.


•Mengenakan jaket keselamatan.

Isi Pelajaran

•Bermain-main di tepi air.


•Murid masuk ke dalam kolam dengan bantuan guru dengan cara yang betul
•Guru membantu murid mengadakan aktiviti-aktiviti ampungan.
•Melakukan aktiviti berjalan di dalam kolam dengan bantuan guru.
•Aktiviti renang dengan bantuan guru.
•Aktiviti renang bebas menggunakan  bola dengan pemerhatian guru.
•Murid keluar daripada kolam dengan menggunakan kaedah tertentu.
Penutup

•Aktiviti kelonggaran dan regangan tangan dan kaki.


•Mengemaskan dan membersihkan diri.
2.0 Terapi muzik

Setiap ciptaan dalam semesta ini dilambangkan dengan satu tahap tenaga yang
tertentu. Keadaan sebenar setiap benda tertentu adalah keadaan tenaga dalam jirim
tersebut. Apabila kita menjalani kehidupan seharian, kita berada sama ada dalam satu
keadaan tenaga positif atau tenaga negatif. Ini ditunjukkan oleh fikiran kita, keinginan
kita, pemikiran kita adalah apa yang mendorong kita semua untuk bertindak.

2.0.1 Definisi

Muzik adalah satu getaran tenaga bunyi. Di mana gegaran tenaga bunyi bergetar
pada tahap-tahap yang berbeza. Tenaga yang serupa  juga wujud dalam tubuh dan
minda kita. Sekiranya getaran tenaga bunyi boleh bergetar seiringan dengan tenaga
dalam badan kita, muzik boleh dianggap sebagai satu ubat yang memulihkan. Sejarah
terapi muzik telah termaktub pada zaman purba. Sebuah buku yang mengandungi
ajaran cina "I Ching" menyatakan "muzik mempunyai kuasa untuk menenangkan
ketegangan dalaman dan juga berupaya untuk mengurangkan gangguan emosi
seseorang". Epik India juga telah pun membuktikan bahawa muzik adalah punca yang
paling berkuasa yang seringkali bergema seiringan dengan alunan alam semula jadi.
Nota muzik yang berbeza juga telah dikatakan mampu untuk mencipta perubahan
dalam keadaan alam semula jadi.

2.0.2 Kepentingan

Ramai pakar yang mencadangkan bahawa ritma muzik atau rentaknya yang
mempunyai keberkesanan untuk menenangkan kita semua walaupun kita mungkin
tidak begitu sedar mengenainya. Mereka menjelaskan bahawa apabila kita berada pada
tahap bayi dalam rahim ibu, kita mungkin telah terbawa oleh denyutan jantung ibu, Kita
bertindak balas terhadap muzik yang menenangkan di peringkat lanjut dalam hidup,
mungkin ianya kerana persepsi kita terhadap muzik yang berkait rapat dengan
keselamatan, persekitaran yang menenangkan, dan juga perlindungan yang diberikan
oleh ibu kita sejak dari mula. Terdapat tujuh sistem kelenjar dalam badan manusia,
tujuh warna dalam spektrum dan tujuh nota dalam skala muzik. Setiap warna dan setiap
nota mempunyai satu getaran atau tahap tenaga yang unik yang merangsang pusat
tenaga di minda dalam cara unik, rangsangan yang sama ini akan disusuli ke tubuh
kita. Apabila kita terdedah pada getaran-getaran ini, neuroendokrin dan sistem imun
kita akan diperkukuhkan dan disucikan. Pusat keseronokan dalam otak kita juga
memberikan rangsangan untuk merembeskan endorfin, iaitu penenang kesakitan
semula jadi badan. Tekanan hidup selalunya akan menyebabkan himpitan antara
kelenjar-kelenjar thymus dan ini mengakibatkan pengurangan tenaga dalam tubuh
seseorang. Dengan menggunakan terapi warna dan muzik untuk merangsang dan
meningkatkan fungsi kelenjar-kelenjar thymus, kita akan mengalami sejenis kepuasan
mengalir ke semua deria kita sekaligus meringankan tekanan.

2.0.3 Konsep

Muzik mengidentifikasikan kewujudannya dengan gelombang-gelombang tenaga


dalam badan dan persekitaran kita. Seringkali apabila kita mendengar sebuah lagu
walau apa pun genrenya, tidak kira sama ada ianya klasikal, melodik, atau rock
sekalipun, ia mencipta satu perubahan secara tiba-tiba dalam tahap emosi kita.
Beberapa lagu yang kita anggapkan nostalgik mempunyai sejenis kuasa magnetik yang
hebat berjalinan dengan ingatan kita di mana ianya selalu membawa kita kembali pada
satu masa yang telah hilang selamanya, ianya juga selalu melahirkan sejenis perasaan
di mana kita merasakan kita telah kehilangan sesuatu, jadi tak hairanlah kadangkala
kita menitiskan air mata apabila terkenangkan saat-saat tersebut. Lagu-lagu yang
meriah mencipta satu rasa kegembiraan, ia bergetar harmoni dengan harapan. Baru-
baru ini muzik telah digunakan sebagai pemangkin bagi memudahkan wanita untuk
melahirkan bayi, ianya juga digunakan untuk merawat gangguan rohani, meditasi dan
sebagainya
3.0 Terapi Hippoterapi ( Berkuda )

3.0.1 Pengenalan

Berkuda ternyata mendatangkan banyak manfaat antaranya menyembuhkan


berbagai penyakit/masalah. Seperti mental, emosi, fizikal, bahasa, autisme , sindrom
down dan lain-lain. Menurut Lisa McCallum (Seorang terapis berkuda). "Menunggang
kuda adalah kegiatan menyenangkan bagi banyak orang, tapi bagi kanak-kanak yang
memiliki kekurangan, menunggang kuda adalah salah satu kaedah penyembuhan".

3.0.2 Sejarah

Pada tahun1875 Menunggang kuda telah dijadikan sebagai latihan terapi di Paris
.Ia telah diasaskan oleh seorang lelaki bernama Chassigne. Di seluruh dunia, ahli terapi
fizikal telah menggunakan hippotherapy selama lebih daripda 30 tahun dahulu. Sejak
1970 Di Amerika Syarikat ahli terapi fizikal, terapi pekerjaan dan pakar patologi
pertuturan bahasa telah menggunakan pergerakan kuda dalam terapi mereka. 1992
 Amerika Hippotherapy Association (AHA) telah dibentuk bagi menyediakan satu forum
pendidikan, komunikasi dan penyelidikan antara profesional kesihatan menggunakan
pergerakan kuda dalam rawatan.

3.0.3 Definisi

Hippo (badak air) Berasal daripada perkataan Yunani kuno iaitu Hippocrates
yang bermaksud kuda. Terapi Menurut Mosby (2001) ialah rawatan pemulihan ke atas
pesakit yang pernah mengalami sebarang penyakit atau kecederaan bertujuan untuk
mengembalikan kefungsian badan secara normal. Kesimpulannya Hippoterapi
bermaksud kaedah rawatan pemulihan menggunakan kuda. Faedahnya meliputi
seluruh tubuh badan dari kepala hingga ke kaki, termasuk fizikal dan mental.
Penunggang kuda biasanya terhindar dari masalah sakit belakang. Membantu
mencerahkan penglihatan mata kerana terdapat ransangan terhadap saraf cranium
(tengkorak) semasa gerakan „galloping‟ kuda. Menuggang kuda baik untuk merawat
segala masalah tulang belakang manusia. Seluruh anggota dalam tubuh badan
manusia termasuklah sistem penghadaman, sistem saraf, organ perkumuhan, malah
geseran kepada organ-organ seksual akan teransang secara optimum. Ini menjadikan
penunggang kuda sihat dan bertenaga. Bagi kanak-kanak yang mengalami masalah
fizikal, misalnya lumpuh, berkuda adalah cara mereka menikmati kebebasan yang
selama ini tidak mereka dapat semasa berada di atas kerusi roda. Duduk di atas kuda
 juga akan melatih otot kaki mereka sehingga boleh berjalan. Menurut McCallum, terapi
berkuda memiliki tiga faedah utama, iaitu bersukan pendidikan pengubatan Ketiga-tiga
perkara di atas sangat diperlukan dalam pertumbuhan dan perkembangan kanak-kanak
khas.

3.0.4 Faedah kepada kanak-kanak pendidikan khas

Menurut Chassigne Menunggang kuda sebagai terapi banyak memberi manfaat .


Dalam catatannya menunggang kuda dapat membaiki imbangan, menguatkan otot,
membentuk kelembutan apa yang penting ia mendorong semangat penunggang.

3.0.5 Objektif

Membantu individu yang memiliki masalah mental dan emosi, membina


konsentrasi, sabar, dan berdisiplin tinggi. Membentuk kerjasama dan ikatan emosi
antara kuda dan penunggangnya. Membantu mengatasi rasa ketakutan (terapi emosi).
Melalui aktiviti berkuda ini adalah diharapkan murid-murid bermasalah pembelajaran
dapat :- Menanam keyakinan dan keberanian dalam diri mereka. Melatih mereka
supaya mematuhi disiplin. Pendedahan kepada persekitaran dan masyarakat sekitar.
Berinteraksi sesama rakan lain khususnya dan juga masyarakat luar amnya.
Membentuk sikap bertanggungjawab dan menghormati orang lain.

3.0.6 Langkah Pelaksanaan

 Memperkenalkan kuda kepada kanak-kanak iaitu mengajar mereka cara


mendekati kuda, tempat yang selamat untuk berdiri berhampiran kuda,
mengenali peralatan asas seperti pengekang, ladam, tali kekang, pelana, lilitan
dan rakap. Cara menaiki kuda seterusnya kanak-kanak diajar cara-cara menaiki
kuda dengan selamat, seterusnya kanak-kanak diajar cara-cara menuruni kuda
dengan selamat.
 Menunggang dengan bantuan. Setelah kanak-kanak mahir menaiki dan
menuruni kuda mereka dibawa menunggang kuda mengelilingi sekitar kawasan
terapi dengan bantuan jurulatih. Menunggang sambil melakukan pergerakan.
Kanak-kanak juga diminta melakukan beberapa pergerakan mudah seperti
mengangkat tangan, memegang pinggan, membongkok dan lain-lain.
 Menunggang sambil menyanyi. Adakalanya kanak-kanak akan mengikut
 jurulatih menyanyi lagu semasa menunggang kuda. Ini dapat memberikan
mereka keseronokan dan kepuasan. Menunggang menggunakan tali panjang.
(longing). Kanak-kanak akan diajar menunggang kuda menggunakan tali
panjang, Ini bermakna mereka menunggang kuda dengan sendiri tetapi jurulatih
tetap mengawasi kuda tersebut dengan memegang tali kekang kuda yang
panjang . Kuda akan mengelilingi jurulatih dalam jarak kepanjangan tali tersebut.
 Menunggang mengikut arahan seterusnya kanak-kanak akan diajar bagaimana
menggerakkan kuda samada laju, perlahan, ke kiri atau ke kanan mengikt
arahan jurulatih. Arahan ini berterusan sehingga mereka faham dan mampu
melakukannya sendiri.
 Menunggang sendiri Selepas segala arahan telah difahami dan boleh dilakukan
sendiri. Murid-murid akan dibiarkan menaiki kuda sendiri. Namun demikian,
 jurulatih tetap memberi pengawasan sehingga mereka telah benar-benar mahir.

4.0 Terapi Pertuturan

4.0.1 Latihan senaman muka dan kawalan pernafasan.

Periksa Struktur Dan Fungsi Alat-alat Pertuturan:

   Muka
   Hidung
   Mulut
   Bibir
   Gigi
   Lidah
 Lelangit keras
 Anak tekak

Kawalan pernafasan

Cara pernafasan-menggunakan bahu,dada atau perut.Yang sesuai perut Tarik


nafas-tahan 5/10/15/20 s-hembus Tarik nafas ikut hidung atau mulut dan hembus nafas
ikut hidung/mulut 2 kali Hembus bulu ayam/percikan kertas Hembus bola kertas ke arah
gol.
Kawalan pernafasan

Minum, sedut dan buat buih air menggunakan straw. Tiub bubbles Tiup alat yang
mengeluarkan bunyi mengikut tahap kesusahan Tiup wisel mengikut rentak-1,2,1 1 2
Tiup belon mengikut tahap kesusahan

Kawalan suara

Letakkan tangan di hadapan mulut Letakkan belakang tangan di bahagian leher


Sebut fonem di bawah-5, 10, 15, 20 saat /a/ /i/ /u/

Diskriminasi bunyi

Membezakan bunyi Mengenalpasti bunyi s/ada ia sama atau berbeza dengan


bunyi yang lain. Membeza bunyi suara manusia dengan bunyi yang lain. Kemahiran
suprasegmental seperti nada panjang,pendek,tinggi, rendah kekuatan bunyi yang kuat
dan perlahan mula dipelajari. Mengguna dua atau tiga benda maujud Membezakan
bunyi Bunyi binatang/kenderaan/benda yang mengeluarkan bunyi. Contoh.ayam kucing
Nama ahli keluarga/anggota badan/binatang/tumbuhan/benda persekitaran (1s/kata)
bas, jam,pen,bom 1-2 s/kata mata, ibu dan ayah 1-3 s/kata kereta, kerusi,kelapa 1-4
s/kata matahari, serigala

Mengenalpasti bunyi

Memahami bahawa setiap bunyi membawa maksud tertentu. Sudah mengenal


objek yang diminta dan memahami arahan ringkas. Menggunakan 4 hingga 8 benda
maujud/gambar bunyi binatang/kenderaan/benda yang mengeluarkan bunyi.
Contoh.miaw,kok kok

4.0.3 Latihan pra pertuturan


Pandangan Mata

Letakkan permainan berdekatan mata anda. Tujuan supaya subjek melihat ke


arah guru Jika tidak beri perhatian,berhenti dan panggil namanya sebelum mula aktiviti.
Berhenti sebelum subjek penat dan beri ganjaran kepada yang berjaya. Bermain
dengan kapal terbang.secara beransur kapal terbang berdekatan dengan muka.
Bermain dengan topeng muka-lukis dan warna topeng,pakai topeng dan memandang
ke arah muka anda.

Tumpuan Perhatian

Tumpuan kanak-kanak pendek. Tumpuan perhatian yang panjang diperlukan


terhadap sesuatu aktiviti untuk memahami bahasa. Pelbagaikan aktiviti dan sentiasa
berusaha menarik perhatian subjek. Contoh:meniub belon,lepas dan kejar belon,lukis
gambar atas belon,pukul belon, rasa udara yang keluar dari belon.

Meniru

Meniru merupakan proses awal kanak-kanak memahami seuatu perbuatan atau


pertuturan yang bermakna. Kanak-kanak meniru gerak mulut,lidah, bibir dan suaranya
supaya sama dengan sebutan ibunya.( mama,bye-bye) Permainan yang menggalakkan
meniru sangat berguna jika subjek belum bertutur

Ambil Giliran

Kemahiran mengambil giliran diperlukan dalam komunikasi,seorang bertutur dan


seorang lagi mendengar dan tunggu gilirannya sehingga kawannnya berhenti Biar
seorang saja memberi arahan, perkataan yang ringkas 2/3 perkataan yang tepat
penggunaannya. Beri masa kepada subjek untuk memahami aktiviti dan buat secara
teratur

Bermain dengan Betul

Bermain merupakan asas pemerolehan bahasa,pemikiran dan imaginasi.


Kemahiran bermain yang berguna-bermain dengan deria(sentuh & lihat),bermain alat
permainan yang perlukan imaginasi spt: set makan,rumah,set doktor, bermain
sembunyi dan cari. Anda boleh menggabungkan kemahiran pra pertuturan ketika
bermain dengan subjek.

Latihan Pertuturan

   Bunyi binatang/kenderaan/benda persekitaran (1-2 bunyi).Latihan boleh


dimulakan bila subjek mempunyai kemahiran pra-komunikasi dan membezakan
bunyi. Bunyi binatang/kenderaan/benda persekitaran 2-5 bunyi. Latihan membez
a,mengenalpasti,memahami dan membunyikan vokal /a/ /i/ /u/ /o/
Beza,kenalpasti,memahami dan membunyi vokal /a/ /i/ /u/ /o/ /e/ /ao/.
 Kenalpasti,memahami dan menyambung bunyi vokal (diftong) 2-5 gabungan
vokal Membaca dengan menyebut bunyi vokal Menyanyi menggunakan bunyi
vokal dengan nada panjang pendek. Pengenalan konsonan mudah y,w,h,l,b,p.
Membeza fonem bersuara dan tidak bersuara,kenalpasti kedudukan dan cara
penghasilan sesuatu fonem.
 Latihan cara penghasilan fonem konsonan pertengahan t,d,f,v,c,j,s,z. Konsonan
lanjutan k,g,r,m,n,ny,ng Latihan membaca hanya sebut bunyi vokal dan
konsonan dengan jelas ikut sukukata Tingkatkan kosa kata Faham dan hafal
ayat tanya dan jawab. Tingkatkan motivasi bertutur dan mendengar.
5.0 Terapi Aroma

5.0.1 Pengenalan

Istilah „Aromaterapi‟ sebenarnya terdiri dari dua patah perkataan: "Aroma", yang
bermakna bau, atau haruman, dan "Therapy", yang bermakna rawatan. Inti bunga-
bungaan dan tumbuhan telah pun digunakan oleh tamadun-tamadun purba Cina, Mesir
dan India semenjak sekurang-kurangnya 6000 tahun dahulu.

5.0.2 Definisi

 Aromatherapi adalah cara rawatan yang berasaskan alam semulajadi. Satu


daripada prinsip asasnya adalah dengan menguatkan proses rawatan diri dengan cara
merangsangkan sistem immunisasi secara tidak langsung. Kegunaan minyak
essensial secara intensif amatlah meluas, daripada rawatan haruman lembut yang unik
dan halus sehinggalah rawatan terapi tembusan yang mendalam. Aromaterapi adalah
kaedah rawatan yang holistik, bermakna ianya mengambil kira kesan positif yang akan
terhasil dari segi jasmani,minda dan kerohanian.
5.0.3 Konsep

 Aromaterapi adalah cara untuk meningkatkan kualiti kehidupan dari segi fizikal,
perasaan dan semangat. Minyak essensial adalah inti yang tak berminyak,pekat dan
harum daripada tumbuhan liar dan tumbuhan yang ditanam. Tujuannya termasuklah
dari segi fizikal seperti melegakan otot-otot melalui urutan dan emosi; dengan
menyenangkan hati dan perasaan. Dari segi semangat pula ia bermanfaat untuk
mempromosi perasaan keriangan dan memudahkan meditasi. Idea di sebalik
aromaterapi adalah, pertama, untuk mengenalpasti haruman yang unik untuk setiap
individu, yang berkeupayaan menjalin perasaan deriaan dan emosi yang positif,
seterusnya haruman ini patutlah diintegrasi ke dalam hidupan harian individu tersebut
untuk memupuk kesihatan holistik. Haruman semulajadi ini dapat menguatkan
hubungan kita kepada bumi kita dan mengamit emosi dan memori yang baik.

5.0.4 Kebaikan Aromaterapi

 Asa l–usul Aromaterapi wujud sejak 5000 tahun yang lampau. Orang Mesir
purbakala adalah yang pertama mengamalkan aromaterapi dengan menguna kaedah
merendam tumbuhan yang wangi ke dalam campuran yang mendidih untuk
mengeluarkan minyaknya. Berabad sebelum ini aromaterapi telah digunakan oleh
tamadun Cina,India dan Roman yang mengikut cara pengunaannya dari tamadun
Yunani purba. Hari ini, aromaterapi telah menampakkan pemulihan kegunaanya
sebagai sejenis cara perubatan alternatif. Walupun ianya tidak berupaya menggantikan
perubatan tradisional, tetapi ciri –ciri holistiknya boleh menyembuh dari segi minda,
 jasmani dan semangat. Aromaterapi berkeupayaan meningkatkan semangat. Ianya
mampu melegakan perasaan rendah diri, putus asa, kesedihan, histeria,kebimbangan,
masalah tidur dan juga masalah memori. Kebaikan dari segi perubatan termasuk
mengurangkan keletihan, masalah pernafasan, termasuk selsema, sakit kerongkong,
lelah dan bronkitis. Lebih penting adalah aromaterapi boleh membersihkan dan
memperbaiki kualiti udara. pernafasan, termasuk selsema, sakit kerongkong, lelah dan
bronkitis. Lebih penting adalah aromaterapi boleh membersihkan dan memperbaiki
kualiti udara.

LAPORAN KELEMAHAN MURID YANG MEMERLUKAN TERAPI

Murid pendidikan khas yang telah saya pilih untuk menjalankan sesi terapi ini
adalah Muhammad Anieq Haikal Bin Azhar dari kelas Budi, Program Khas Bermasalah
Pembelajaran Sekolah Kebangsaan Taman Awana. Murid ini dikategorikan sebagai
bermasalah pembelajaran dengan keisitimewaan sebagai kanak-kanak autisme.

Dari segi pertuturan, murid ini boleh bertutur dengan jelas dan boleh difahami.
Walaubagaimanapun, beliau mempunyai satu masalah iaitu suka bercakap sendirian
atau ketawa sendirian. Seperti yang umum sedia maklum, kanak-kanak autisme akan
menunjukkan ciri-ciri seperti gemar bersendirian, bercakap sendirian, berada di dalam
dunia sendiri dan kurang bercakap dengan orang lain. Walaubagaimanapun, murid ini
tidak bersikap mencederakan orang lain.

Dari segi kognitif pula, murid ini menunjukkan ciri positif iaitu beliau mampu
untuk menjawab soalan yang diberi guru dengan baik. Murid ini juga boleh mengenal
huruf dan nombor. Ini menunjukkan beliau mempunyai tahap kognitif yang baik. Murid
ini juga boleh membaca huruf jawi. Walaubagaimanapun, murid ini masih belum
mampu mengeja atau melakukan operasi matematik. Beliau juga hanya mengingati
ejaan namanya sahaja.

Murid ini menunjukkan tingkah laku yang agak aktif. Menurut guru serta ibu
bapanya, murid ini mempunyai sedikit masalah hyper active yang menyebabkannya
tidak boleh duduk dengan diam. Untuk menarik perhatiannya pula, guru boleh
menggunakan aktiviti mewarna atau menulis kerana beliau meminati aktiviti seperti itu.
Murid ini memerlukan perhatian yang rapi supaya pergerakannya mudah dikawal. Jika
dibiarkan sahaja, murid ini akan lari ke ma-mana tempat.

Laporan Amali Terapi sesi 1

Lokasi
SK Taman Awana

Tarikh
23 Mac 2010

Masa
Di anatara 8.00 pagi hingga 12.00 tengah hari.

Jenis Terapi
Cara kerja
Pada hari ini sesi terapi pertama telah dijalankan di kelas pendidikan khas SK
Taman Awana. Aktiviti yang dijalankan adalah aktiviti menyapu sampah dalam skop
kemahiran pengurusan diri. Pertama sekali, guru menunjukkan alatan yang digunakan
untuk menyapu sampah serta kegunaannya. Selepas itu, guru telah menunjukkan cara
menggunakan alatan tersebut. Kemudian guru menaburkan beberapa cebisan kertas di
atas lantai sebagai sampel sampah. Murid diarahkan untuk menyapu sampah yang
bertaburan di atas lantai tersebut dan memasukkan sampah tersebut ke dalam
penyodok. Kemudian, guru mengarahkan murid memasukkan sampah kedalam tong
sampah yang berdekatan. Seterusnya, guru meminta murid melakukan semula aktiviti
menyapu sampah dengan mengarahkan murid untuk menyapu sampah yang terdapat
di dawah kerusi dan meja.

 Alatan yang digunakan adalah :

   Penyapu
   Penyodok
 Bakul sampah
 Cebisan kertas
Laporan Amali Terapi sesi 2

Lokasi
SK Taman Awana

Tarikh
25 Mac 2010

Masa
Di antara 8.00 pagi hingga 12.00 tengah hari.

Jenis Terapi
Cara kerja
Untuk sesi terapi yang kedua ini, murid melakukan aktiviti pengurusan makanan
dalam skop kemahiran hidup. Pada sesi kali ini, guru hanya menerangkan kepada
pelajar adab makan dengan betul. Guru menerangkan dan menunjukkan cara makan
dengan beradab dimulakan dengan cara mengambil nasi dan meletakkan lauk pada
nasi yang sudah diambil. Kemudian, guru menerangkan adab-adab sebelum, semasa
makan dan selepas makan.

 Adab sebelum makan :

 Membasuh tangan
 Membaca doa
 Duduk dengan tertib
 Mengambil lauk dan nasi dengan kadar yang sederhana

 Adab semasa makan :

 Makan dengan tangan kanan


 Mengambil lauk yang berdekatan
 Menyuap nasi dengan cermat ke dalam mulut
 Kurangkan minum air semasa makan

 Adab selepas makan :

 Mengemaskan meja
 Mencuci mulut dan tangan
 Meletakkan pinggan ke dalam sinki
 Membaca doa selepas makan
Laporan Amali Terapi sesi 3

Lokasi
SK Taman Awana

Tarikh
25 Mac 2010

Masa
Di antara 8.00 pagi hingga 12.00 tengah hari.

Jenis Terapi
Cara kerja

Pada sesi terapi yang berikutnya, murid menjalankan


terapai cara kerja yang membabitkan aktiviti mencuci
tangan. Pada permulaannya, guru menunjukkan cara
mencuci tangan dengan betul sambil diperhatikan oleh
murid. Kemudian, guru meminta murid menjalankan
aktiviti tersebut dengan bimbingan guru.

Cara membasuh tangan dengan betul :

 Membuka air pada paip di sinki dengan kadar


Sederhana
 Menghulurkan tangan pada air yang mengalir
 Membersihkan kotoran yang terdapat pada celah jari
 Meletakkan sabun ke atas tangan
 Menggosokkan tangan di tapak, celah jari dan di bahagian kuku
 Membersihkan sabun dengan air
 Menutup paip dan mengelap tangan dengan kain bersih
Laporan Amali Terapi sesi 4

Lokasi
SK Taman Awana

Tarikh
25 Mac 2010

Masa
Di antara 8.00 pagi hingga 12.00 tengah hari.

Jenis Terapi
Cara kerja

Untuk sesi kali ini, murid diajar untuk menjalankan aktiviti mencuci pinggan
selepas makan. Kemahiran ini adalah di bawah skop pengurusan diri. Langkah pertama
adalah guru menunjukkan cara membasuh pinggan dengan betul sambil diperhatikan
oleh murid. Kemudian, guru meminta murid melakukan aktiviti mencuci pinggan dengan
bimbingan guru.

Cara mencuci pinggan :

 Membuka paip air di sinki di dapur


 Meletakkan pinggan yang kotor di bawah air yang mengalir
 Membersihkan kotoran yang ada pada pinggan dengan cara menggosok
menggunakan tangan
 Menggunakan span yang bersabun untuk membersihkan kotoran
 Membilas pinggan dengan air bersih
 Menutup paip air dengan ketat
 Mengelap pinggan dengan kain bersih
 Meletakkan pinggan di rak yang disediakan
Laporan Amali Terapi sesi 5

Lokasi
 Pusat Bowling, Kompleks membeli belah City Plaza, Alor Setar

Tarikh
 1 April 2010

Masa
 8.00 pagi hingga 12.00 tengah hari.

Jenis Terapi
 Cara kerja
   Bermain

Terapi sesi kelima ini


memerlukan murid untuk bermain
bowling. Sesi terapi ini tertakluk di
bawah skop pengurusan diri. Untuk
sesi kali ini, saya memerlukan
bantuan daripada pembantu
pengurusan murid kerana perlu
menitikberatkan aspek keselamatan,
kemahiran dan pengawalan murid.
Pada mulanya, murid diperkenalkan dengan alatan yang akan digunakan untuk
permainan bowling. Peralatan yang digunakan adalah bola bowling, kasut bowling,
stoking dan pin bowling. Kemudian, guru membenarkan murid untuk menyentuh bola
bowling bagi memberikan pengalaman sebenar kepada murid. Selepas itu, guru
mengarahkan murid untuk memakai pakaian yang disediakan iaitu kasut dan stoking
bowling.
Cara bermain bowling :

 Mengambil bola mengikut saiz yang sesuai dengan murid


 Memegang bola dengan cara yang betul iaitu dengan memasukkan ibu jari, jari
hantu dan jari manis ke dalam lubang yang terdapat pada bola bowling tersebut
 Berdiri pada kedudukan yang betul dan bersedia untuk membaling bola dengan
teknik yang betul
 Guru menunjukkan fasa balingan bola bowling yang betul dimulakan dengan
fasa kedudukan bola, fasa hayunan dan fasa balingan bola.
 Guru meminta pelajar mengambil kedudukan masing-masing
 Dengan bimbingan guru, murid mula bermain bowling dengan cara dan teknik
yang betul
Laporan Amali Terapi sesi 6

Lokasi
 SK Taman Awana

Tarikh
 6 April 2010

Masa
 Di antara 8.00 pagi hingga 12.00 tengah hari.

Jenis Terapi
 Cara kerja
   Bermain

Sesi terapi kali keenam ini melibatkan kemahiran motor


kasar dan motor halus iaitu dengan menjalankan aktiviti
menguli dan membentuk dengan menggunakan tanah liat.
Pada langkah permulaan, guru meminta murid melakukan
aktiviti regangan tangan iaitu dengan cara menggenggam
dan membuka tangan, menggerakkan jari jemari dan
menggoyang-goyangkan pergelangan tangan diikuti dengan
muzik. Sebagai permulaan, guru menunjukkan cara menguli
tanah liat sambil diperhatikan murid. Seterusnya, guru
memberikan tanah liat kepada murid dan mengarahkan murid untuk menguli tanah liat
tersebut sambil diperhatikan oleh guru. Setelah itu, guru menunjukkan cara membuat
beberapa bentuk dengan menggunakan tanah liat. Murid diarahkan untuk meniru bentuk-
bentuk yang dibuat oleh guru seperti, bulat, segi tiga, segi empat dan sebagainya.
Selepas itu, murid diberi kebebasan untuk membentuk sebarang bentuk yang disukainya
dengan diawasi oleh guru. Peralatan yang digunakan pada sesi terapi kali ini hanyalah
tanah liat.
Laporan Amali Terapi sesi 7

Lokasi
 SK Taman Awana

Tarikh
 8 April 2010

Masa
 Di antara 8.00 pagi hingga 12.00 tengah hari.

Jenis Terapi
 Cara kerja

Sesi terapi yang ketujuh melibatkan


motor halus dalam aktiviti menulis dan
membentuk huruf di atas lembaran kerja
yang disediakan semasa matapelajaran
Bahasa Melayu. Pada mulanya guru
menunjukkan huruf yang akanditulis iaitu
huruf „I‟. Seterusnya, guru meminta murid
menulis secara bebas di udara dan di atas permukaan meja. Kemudian, guru meminta
murid menulis huruf “I” di papan putih sambil diperhatikan oleh guru dan membetulkan
 jika terdapat kesalahan sewaktu menulis. Guru memberikan lembaran kerja untuk
dijalankan oleh murid.
Laporan Amali Terapi sesi 8

Lokasi
 SK Taman Awana

Tarikh
 14 April 2010

Masa
 Di antara 8.00 pagi hingga 12.00 tengah hari.

Jenis Terapi
 Cara kerja

Untuk sesi terapi yang terakhir ini, murid akan


menjalankan aktiviti menari yang termasuk di bawah skop
pendidikan jasmani dalam pendidikan khas. Aktiviti ini
dijalankan untuk menguji kekuatan otot disamping memberi
rangsangan kepada murid untuk belajar. Guru memasang
lagu menggunakan radio. Kemudian murid diminta untuk
melakukan pergerakan secara bebas.
RUMUSAN

Sepanjang menjalankan lapan sesi terapi terhadap Muhammad Anieq Bin


 Azhar ini, terdapat beberapa kekuatan dan kelemahan yang dapat dikesan oleh guru.

 Antara kekuatan yang dapat dilihat adalah :

 Murid menjalankan aktiviti dengan bersungguh-sungguh


 Murid tertarik dengan alat bantu mengajar yang disediakan
 Murid teruja untuk melakukan aktiviti secara berulang kali.
 Murid member kerjasama yang baik kepada guru semasa menjalankan aktiviti
 Murid mengikut arahan guru tanpa banyak kerenah

Selain itu, terdapat beberapa kelemahan pada aktiviti yang dijalankan :

 Kelemahan paling ketara yang dapat dikesan adalah sewaktu menjalankan


aktiviti membentuk dan menulis huruf iaitu pelajar cepat hilang tumpuan kerana
tidak dapat sebarang alat bantu mengajar untuk menarik perhatiannya
 Arahan yang kurang jelas dari guru
 Alat bantu mengajar yang kurang sesuai
 Masa yang terbatas dan terhad

Kesimpulannya, terapi adalah sangat membantu dalam membentuk tingkah


laku murid dan merangsang kognitif mereka. Untuk mendapatkan hasil yang baik
melalui terapi, guru perlu menyediakan aktiviti yang sesuai dan menarik minat murid
selain alat bantu mengajar yang seuai.

Anda mungkin juga menyukai