Anda di halaman 1dari 2

TEKS PENGACARA KURSUS KEPIMPINAN MUDA SEKOLAH TAHUN 2020

15 FEBRUARI 2020
SABTU
BIL PERKARA CATATAN
Murid Murid – murid yang dikasihi sekalian, sila mengambil tempat
Mengambil masing-masing kerana majlis akan bermula sebentar saja lagi.
tempat Kerjasama dan perhatian dari murid – murid cikgu dahulukan
dengan ucapan terima kasih.
Solutasi Melati indah tumbuh melata
Sayang merbah di pohon cemara
Assalamualaikum mulanya kata
Saya sembah pembuka kata

‫بسم هللا الرحمن الرحيم‬


‫الحمد هلل رب العالمين والصالة والسالم على أشرف األنبياء والمرسلين‬
‫وعلى آله وأصحابه أجمعين‬

Assalamualaikum W.B.T dan salam sejahtera.

Yang Berusaha Puan Umi Zalina by Mohd Ibrahim, Guru


Besar Sekolah Kebangsaan Ulu Kusial.

Guru Penolong Kanan Pentadbiran, En.Nizam bin Musa

Guru Penolong Kanan HEM, En. Azhar bin Husin.

Guru Penolong Kanan Ko-Kurikulum, En.Azhar bin Hamzah.

Fasilitator – fasilitator, barisan guru-guru, murid - murid yang


dikasihi.

Alhamdulillah, marilah kita sama-sama memanjatkan syukur


Ucapan Alu – ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah kurniaNya jua maka kita
aluan oleh diberikan luangan waktu, digerakkan minda dan deria rasa,
pengerusi dikurniakan kecerdasan fizikal dan mental untuk sama-sama
majlis berkumpul di Dewan ini  ini bagi menjayakan KURSUS
KEPIMPINAN MUDA SEKOLAH BAGI TAHUN 2020.

Murid yang dikasihi Allah sekalian,

Kalau pergi Tanjung Keramat


Anak manis jangan diangkat
Bersama kita memohon rahmat
Moga majlis mendapat rahmat

Sebelum tirai dibuka, sebelum majlis bermula, marilah sama-


Bacaan Doa sama kita menadah tangan memohon limpah rahmat dan
barakah dari Yang Maha Esa.
Dengan itu, majlis dengan penuh takzim menjemput dan
mempersilakan Al-Fadhil Ustaz Mohd Fauzi binAbd.Rahman
untuk memimpin bacaan doa.
Dengan hormatnya dipersilakan…
**************BACAAN DOA*******************

Majlis merakamkan terima kasih kepada Ustaz Mohd Fauzi


atas pimpinan doa itu tadi. Mudah-mudahan majlis yang
berlangsung akan terus terpancar keberkatan dari Ilahi.

Hadirin yang dimuliakan,

Daun semulur di pekan sari,


Batang jerami rebah ke bumi;
Madah dihulur sembah diberi,
Kata perasmi hajatnya kami.

Bagi memeriahkan lagi majlis kali ini, majlis sangat berbesar


hati memberi laluan, peluang dan kesempatan kepada Puan
Umi Zalina bt Mohd Ibrahim untuk menyampaikan ucapan
dan seterusnya merasmikan KURSUS KEPIMPINAN MUDA
SEKOLAH bagi tahun 2020. Dengan segala hormatnya
dipersilakan.

*********************Ucapan GB*******************
*****

Majlis merakamkan jutaan terima kasih diucapkan kepada


Puan Guru Besar diatas ucapan perasmian  sebentar tadi.

Majlis diteruskan lagi dengan aktiviti “Ice Breaking” yang


ICE akan dikendalikan
BREAKING oleh...........................................................................

REHAT Kursus kita ditangguhkan sementara. Murid – murid


dipersilakan ke kantin untum minum pagi.

SLOT 1 CERAMAH ‘KEPIMPINAN’

LDK 1

Anda mungkin juga menyukai