Anda di halaman 1dari 2

Teks ucapan pengetua

Terima kasih pengerusi majlis.

Bismillahhirrahmanirahim.
Yang Diraikan ,
Yang Dihormati ,
, Penolong Kanan Pentadbiran,
, Penolong Kanan Hal Ehwal Murid,
, Penolong Kanan Kokurikulum,

Guru-guru Kanan Mata Pelajaran,


guru-guru, dan pelajar yang dikasihi sekalian.

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, salam sejahtera.

Alhamdulillah, syukur ke hadrat Allah swt kerana dengan izin-Nya, saya diberi ruang dan
peluang untuk menyampaikan sepatah dua kata dalam majlis yang penuh bermakna ini. 
Terima kasih kerana sudi hadir dalam majlis ini yang diadakan khusus untuk meraikan
persaraan Puan Hasibah bt Che Ali, Guru Bahasa Inggeris SMK BAKTI

Sesungguhnya seluruh warga sekolah amat menghargai segala jasa bakti yang dicurahkan
oleh Puan Hasibah. Perkhidmatan, pengorbanan dan sumbangan Puan Hasibah yang tidak
pernah mengenal erti penat lelah telah membawa SMK BAKTI ke satu tahap yang lebih baik
dan membanggakan pada hari ini. Saya berharap semua usaha ini akan diteruskan oleh Guru
baru yang akan mengambil alih.

Kita amat terhutang budi terhadap perkhidmatan, pengorbanan dan kejayaan yang telah
disumbangkan oleh Puan Hasibah sepanjang berkhidmat di sini. Setiap kebaikan yang
ditinggalkan pastinya akan menjadi ikutan dan pendorong semangat kepada kita.

Saya mewakili semua pentadbir dan guru-guru, ingin mengambil kesempatan memohon
kemaafan andai tersilap kata. Maafkan kami jika ada perlakuan dan tutur kata yang
menyinggung perasaan. Segala jasa bakti Puan Hasibah sepanjang berkhidmat di sekolah ini
akan kami kenang.

Marilah sama-sama kita berdoa, semoga Allah SWT melimpahkan rahmat kepada Puan
Hasibah dan seisi keluarga agar dipanjangkan usia, diberikan kesihatan tubuh badan dan
ditambahkan ilmu pengetahuan bagi manfaat agama dan bangsa. 

Sekian, wabillahi taufik wal hidayah wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. 

Anda mungkin juga menyukai