Anda di halaman 1dari 10

DENIM GALA DINNER 2019

THISTLE HOTEL PD

Tarikh : 21 November 2019.

Masa : 8.00 – 11.00 malam

Untuk makluman tuan-tuan, puan-puan serta para hadirin sekalian, majlis akan bermula sebentar lagi.

UCAPAN PENGUMUMAN

Pihak majlis mengalu-alukan ketibaan para hadirin sekalian ke Majlis Makan Malam, Setahun Bersama
Seabad Terasa, SEMADAH.

UCAPAN PEMBUKAAN

Assalamualaikum w.b.t. dan salam sejahtera....

Seiring madah pantun bersambut

Manisnya senyuman secantik ratu

Mesra berdakap kasih terpaut

Persilakan tamu sambut di pintu

UCAPAN PROTOKOL

Yang Berbahagia Datuk Hj Omar b Osman, Yang Dipertua PIBG, SMKA Dato Abu Hassan Haji Sail dan
isteri.
Yang Berusaha Tuan Saiful Bahrin Bin Abu, Pengetua SMKA Dato Abu Hassan Haji Sail, Pn Maimun bt
Bahari, Penolong Kanan Akademik dan Pentadbiran, Ust Jamaludin B Yusof, Penolong Kanan Hal Ehwal
Murid, Ust Nor Iskandar B Muhammad, Penolong Kanan Kokurikulum,

Para pendidik dan staf sokongan SEMADAH,

serta hadirin hadirat yang dirahmati Allah.

Selamat datang ke Majlis Makan Malam , Setahun Bersama Seabad Terasa.

Kami merafakkan rasa kesyukuran kepada Allah swt kerana dengan keizinanNya dapat kita sama-sama
berada dalam Majlis Makan Malam SEMADAH di Ballroom Alson Klana Resort yang serba nan indah
pada malam ini.

Moga majlis ini dapat dijadikan wadah untuk kita bersatu , bekerjasama dan bantu-membantu demi
membangunkan dan memartabatkan Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Dato Abu Hassan Haji Sail
di persada arus perdana kecemerlangan pendidikan negara.

BACAAN DOA

Ilmu ibarat cahaya penyuluh

Berkatnya penuh dengan rahmat

Angkat tangan jari sepuluh

Doa dipohon agar selamat


Dengan itu , majlis mempersilakan al-Fadhil Ustaz Abd Aziz B Harun untuk memimpin bacaan doa. Majlis
dengan hormatnya mempersilakan.....

Pihak majlis mengucapkan ribuan terima kasih kepada Ustaz Abd Aziz B Harun atas pimpinan bacaan
doa sebentar tadi.

Moga majlis ini dimulai dengan rahmat , pertengahannya barakah , dan disudahi dengan keampunan ,
insyaallah.

Seterusnya, Majlis mempersilakan Puan Salina Bt Ujang, Pengerusi Kelab Guru & Staff untuk
menyampaikan ucapan. Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan..

Majlis mengucapkan terima kasih kepada Pn Salina bt Ujang di atas ucapan beliau sebentar tadi.

Para hadirin yang dirahmati Allah.

Tiada sempurna bacaan al Quran

Tanpa tajwid dan taranumnya

Tiada sempurna kata bicara

Tanpa ucapan Tuan Pengetua

Dengan ini, majlis mempersilakan Yang Berusaha Tuan Saiful Bahrin bin Abu, Pengetua SMKA Dato Abu
Hassan Haji Sail untuk menyampaikan ucapan.

Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan...


Majlis mengucapkan terima kasih kepada Tuan Saiful Bahrin bin Abu di atas ucapan beliau sebentar tadi.

PERSEMBAHAN MULTIMEDIA

Dato, Datin dan para hadirin yang dirahmati Allah,

Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Dato Abu Hassan Haji Sail atau lebih dikenali dengan panggilan
SEMADAH, yang telah dibina sejak tahun 1996 merupakan sekolah aliran agama yang sentiasa
mempunyai iltizam yang tinggi untuk mencapai kegemilangan dalam bidang kurikulum, ko-kurikulum,
disiplin dan sahsiah.

Kini, di bawah payung pimpinan Yang Berusaha Tuan Saiful Bahrin B Abu, diharap sekolah ini akan terus
berjaya mencapai visi dan misinya.

Persembahan multimedia yang akan disaksikan sebentar lagi memperlihatkan harapan kita untuk
memperkasakan pendidikan anak –anak SEMADAH. Maka dengan itu, marilah kita sama-sama
menyaksikan persembahan multimedia ini.

Dipersilakan…

Terima kasih atas persembahan multimedia sebentar tadi.


JAMUAN MAKAN

Bagus rupanya bunga melur

Putih warnanya sibunga pinang

Berukir, bertangkai perak

Perhiasan si anak dara

Cawan cerek sudah teratur

Pinggan mangkuk sudah terhidang

Hidangan juadah sudah terletak

Bersamalah duduk menjamu selera..

Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan dif kehormat, guru-guru dan staf, serta para hadirin
menjamu selera . Dipersilakan..

(Jamuan makan….)

CABUTAN UNDI

Kalau dilipat sebesar kuku

Kalau dibentang seluas alam

Yang jauh diimbau

Yang dekat digamit

Seuntai salam sejambak kata

Degup bicara, merisik rasa.


Hidangan sudah dijamu. Makanan sudah dijamah.

Kini tibalah masanya untuk acara selingan Cabutan Bertuah. Untuk acara Cabutan Bertuah ini , saya
mempersilakan Puan Hanizah bt Satin untuk mengendalikannya.

Bagi Cabutan Bertuah Sesi Pertama, Majlis mempersilakan Ust Nor Iskandar B Muhammad untuk
mencabut cabutan undi sebanyak 38 undi.

Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan....

Terima kasih diucapkan kepada Ust Nor Iskandar di atas cabutan bertuah tadi. Dan Tahniah diucapkan
kepada para pemenang yang bertuah.

*******************************************************************

Seterusnya, majlis diteruskan dengan penyampaian hadiah untuk hari lahir, kelahiran cahaya mata, guru
mengaji dan perpisahan. Dengan ini, majlis mempersilakan Puan Maimun bt Bahari, Penolong Kanan
Akademik dan Pentadbiran untuk menyampaikan hadiah kepada penerima-penerima hadiah. Dengan
segala hormatnya dipersilakan.

1) Hadiah Hari Lahir

2) Hadiah Kelahiran Cahaya Mata Puan Khalidah bt Khalid diwakili oleh Ustazah Syafiqah Muda

3) Hadiah guru mengaji

- Ribuan Terima Kasih diucapkan kepada guru-guru mengaji di atas aktiviti tahfiz,tahsin dan iqra yg
telah dijalankan sepanjang tahun ini. Semoga aktiviti ini dapat diteruskan lagi pada tahun hadapan.
4) Hadiah perpisahan Puan Zubaidah bt Jaafar kerana melanjutkan pelajaran ke Universiti Malaya di
peringkat Sarjana.

Terima kasih diucapkan kepada Puan Maimun bt Bahari di atas penyampaian hadiah sebentar tadi.

Majlis diteruskan dengan pertukaran hadiah Para guru dan Staf SEMADAH. Dengan ini, Majlis
mempersilakan Ust Jamaludin b Yusof, Penolong Kanan Hal Ehwal Murid untuk menyampaikan hadiah.
Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan.

Terima kasih diucapkan kepada Ust Jamaludin B Yusof di atas penyampaian hadiah sebentar tadi.

Majlis diteruskan lagi dengan CABUTAN BERTUAH SESI KEDUA.Dengan ini, Majlis mempersilakan Yang
Berbahagia Datuk Haji Omar B Osman, Yang Dipertua PIBG SEMADAH untuk mencabut cabutan undi
sebanyak 37 undi. Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan.

Ribuan Terima kasih diucapkan kepada Yang Berbahagia Datuk di atas penyampaian hadiah sebentar
tadi. Semoga hubungan mesra PIBG dan Sekolah akan terus terjalin dengan baik demi kecemerlangan
anak-anak SEMADAH.

Anugerah Kualiti
Hadirat hadirat sekalian,

Majlis diteruskan lagi dengan penyampaian Hadiah bagi anugerah khas para guru dan staf atau lebih
dikenali dengan nama Anugerah Q. Majlis dengan ini mempersilakan Tuan Saiful Bahrin Bin Abu,
Pengetua SEMADAH untuk menyampaikan hadiah. Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan.

Seterusnya, Majlis diteruskan dengan penyampaian hadiah beserta sijil Ahli Jawatankuasa Kelab Guru
dan Staf SEMADAH 2016. Dipersilakan...

Pihak majlis mengucapkan terima kasih kepada Tuan Saiful Bahrin Bin Abu di atas penyampaian hadiah
sebentar tadi.

PENYAMPAIAN CENDERAMATA

Seterusnya Sebagai tanda ingatan dan kasih, majlis mempersilakan Yang dikasihi Puan Salina bt Ujang,
Pengerusi Kelab Guru dan Staf bagi menyampaikan cenderamata kepada Yang Berbahagia Datuk dan
Tuan Pengetua atas kesudian untuk bersama-sama kami pada malam yang penuh bermakna ini.

Dengan ini majlis mempersilakan Yang Berbahagia Datuk Haji Omar B Osman, Yang Dipertua PIBG
SEMADAH untuk menerima sedikit cenderamata dari Kelab Guru dan Staf SEMADAH.Majlis
mempersilakan.

Ribuan Terima Kasih diucapkan kepada Yang Berbahagia Datuk di atas komitmen, sokongan dan bantuan
yang diberikan kepada warga SEMADAH selama ini.

Seterusnya, kepada pemimpin dan murabbi kita, Majlis dengan ini mempersilakan Tuan Saiful Bahrin Bin
Abu, Pengetua SEMADAH untuk menerima sedikit cenderamata dari Kelab Guru Dan Staf. Majlis
mempersilakan.
RIbuan Terima Kasih diucapkan kepada Tuan Pengetua di atas usaha keras,komitmen dan dedikasinya
dalam membangunkan SEMADAH serta tunjuk ajar dan bimbingan yang diberikan kepada warga
SEMADAH supaya terus maju ke hadapan.

Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada Puan Salina binti Ujang atas penyampaian cenderamata
sebentar tadi

PENUTUPAN

Hadirin, hadirat sekalian seperti kata orang lama,

Kok berkayuh dah sampai ke muara

Kok berenang dah sampai ke tepian

Kok berlari dah sampai ke garisan


Kok berjalan dah sampai ke penghujung...

Dengan kata-kata ini maka....Selesailah sudah Majlis Makan Malam ,Setahun Bersama Seabad Terasa,
SMKA DATO ABU HASSAN HAJI SAIL 2016.

Saya bagi pihak majlis mengucapkan ribuan terima kasih atas kehadiran Dato’,datin, tuan-tuan, puan-
puan, serta anak-anak ke Majlis Makan Malam Setahun Bersama Seabad Terasa yang diadakan pada
malam ini.

Semoga pertemuan kita ini merupakan pertemuan yang diberkati dan dirahmati Allah. Semoga
perpisahan kita juga selepas ini sebagai perpisahan yang dipelihara daripada mara bahaya dan
keburukan.

Akhir kata, kami memohon maaf jika terdapat sebarang kesilapan sepanjang mengendalikan majlis ini.
Yang baik itu datangnya dari Allah, yang buruk itu datangnya dari diri kami sendiri.

Kami sudahi majlis dengan w.b.t wassalamualaikum warahmatullah hi wabaratuh.

Dengan ini majlis bersurai.

Anda mungkin juga menyukai