Anda di halaman 1dari 35

Pembacaan dan Ilmu

Ke Arah Memupuk Masyarakat Membaca


dan Berilmu Dalam Era K-Ekonomi

Professor Dato’ Dr. Raja Abdullah Yaacob


Faculty of Information Management
Universiti Teknologi MARA
Puncak Perdana
Shah Alam 40450
rary@salam.uitm.edu.my

1
Pembacaan dan Ilmu

Seminar Budaya Membaca, Universiti Tun Husin Onn Batu Pahat, Johore, 8hb Ogos 20072.

2
Pembacaan dan Ilmu

Malaysia telah memasuki era ekonomi pengetahuan. Apa yang dimaksudkan


disini ialah, ilmu pengetahuan menjadi fokus utama dalam perkembangan
ekonomi yang mana para pekerja dan masyarakat perlu peka dan
mengaplikasikan pengetahuan yang berkaitan dalam urusan mereka.

Abtrak: Cabaran besar yang dihadapi oleh negara umumnya ialah bagaimana membentuk
masyarakat yang berbudaya ilmu dan pemikiran kritikal. Pemikiran kritikal adalah
pemikiran berkemahiran, betanggungjawab yang membolehkan membuat keputusan baik
kerana ia berhagntung kepada beberapa kriteria, termasuk meningkatkan kebolehan diri,
dan peka kepada koteks. Pemikiran kritikal boleh dicapai melalaui penambahan ilmu,
bukan sahaja pengetahaun khusus tetapi juga pengetahuan pemikiran umum yang lebih
global. Ini haya boleh dicapai melalui budaya ilmu yang memerlukan budaya maklumat,
yang sekali gus memerlukan masyarakat yang rajin berbudaya membaca. Selain daripada
cara-cara praktik yang lain, sapert kaedah menyelesaikan masaalah dan penyelidikan.

Maklumat dan ilmu pengetahuan semakin menjadi fakor kritikal didalam k-ekonomi
sebab ia menyumbang kepada pembentukan budaya analatikal terhadap persekitaran dan
keadaan masyarakat. Masyarakat yang kekurangan maklumat boleh menjadikan mereka
jahil, ketinggalan, berat sebelah dan prasngka dan ini merupakan ciri-ciri mereka yang
tidak berfikiran kritikal. Ciri-ciri sedemikian boleh menjadi bahaya kepada masyarakat,
terutama didalam dunia yang global ini. Adalah menjadi matlamat kerajaan untuk
membentuk pekerja-pekerka yang berilmu pengetahuan di mana mereka berupaya
mendapat akses, mendapatkan, menggunakan, dan mempekej dan menggunakan
maklumat dan ilmu pengetahuan. Untuk membentuk masyarakat yang berbudaya ilmu
dan berfikir, maka kurikular pendidikan perlu memasukan elemen-elemen kemahiran
maklumat dan peranan pusat sumber perlu dipergiatkan.

3
Pembacaan dan Ilmu

Katakunci: Budaya ilmu, membaca, memikiran kritikal, literasi maklumat, Kepimpinan


ilmu.

Pengenalan

Maklumat dan ilmu pengetahuan semakin menjadi fakor kritikal didalam k-ekonomi
sebab ia memberi sumbangan signifikan kepada pembentukan budaya analatikal untuk
menangani cabaran persekitaran dan masyarakat yang semakin sofistikated. Masyarakat
yang kekurangan maklumat boleh menjadikan mereka jahil, ketinggalan, berat sebelah
dan presangka yang merupakan cirri-ciri mereka yang tidak berfikiran kritikal. Membaca
merupakan satu tabiat murni yang perlu dibudayakan dalam masyarakat yang kian
mementingkan maklumat dan ilmu. Ianya perlu dipupuk dari kecil dan diteruskan
sehingga akhir hayat. Perkembangan Information and Communication Technology (ICT)
sedikit sebanyak telah mengubah cara masyarakat membuat pilihan untuk membaca.
Adalah penting agar aliran ICT ini dapat menggalak masayarakat terus membaca dan
lebih membaca. Kecemerlangan akademik dan kerjaya boleh diperolehi sekira tabiat
membaca dimulakan sejak awal lagi. Ini bermakna selain daripada bersukan, makan,
berjalan-jalan, membaca AMAT PERLU dimasukan juga dalam kehidupan seseorang.

Pemasalahan

Berdasarkan penemuan kajian yang telah dijalankan menunjukan ramai graduan yang
telah keluar dari IPT tidak memenuhi keperluan majikan dari sector awam dan swasta
dari segi komitmen, pemikiran kritikal, kreativiti dan kepimpinan. Keadaan Situsi ini
lebih ketara bagi mereka yang tamat sekolah menengah. Ciri-ciri miskin maklumat
boleh membahayakan kepada masyarakat, terutama didalam dunia yang global ini
didalam masyarakt yang berasaskan ilmu pengetahuan kini, saperti didalm Rajah 1.
Adalah menjadi matlmat kerajaan untuk membentuk pekerja-pekerja yang berilmu
pengetahuan di mana mereka berupaya mengakses, mendapatkan, dan mempekej dan

4
Pembacaan dan Ilmu

menggunakan maklumat dan ilmu pengetahuan untuk tujuna kerja dan kehidupan
mereka. Untuk membentuk masyarakat yang berbudaya ilmu dan berfikir, maka kurikular
pendidikan perlu memasukan elemen-elemen kemahiran maklumat dan peranan pusat
sumber perlu dipergiatkan dan dipertingkatkan.

Banyak persoalan telah dipertikaikan oleh para pemimpin negara bahawa graduan dan
rakyat mumnya kurang membaca. Adalah mustahil bagi negara ini maju jika rakyatnya
tidak progresif dari segi ilmu pengetahuan dan penyelidikan saintifik. Salah satu daripada
strategi yang diperlukan untuk mencapai taraf negara maju ialah melengkapkan
masyarakat dengan ilmu pengetahuan. Kini dengan globalisasi, pengetahuan lebih lagi di
perlukan dan digunakan bagi semua tujuan. Penekanan kepada masyarakat yang berilmu
dan bermaklumat hanya dapat dilakukan melalui tabiat membaca, menyelidik dan
menambahkan ilmu pengetahuan melalui pendidiakn berterusan. Purata membaca dan
minat membaca di kalangan masyarakat kita masih rendah kerana budaya membaca
masih belum dipupuk. Data yang di ambil menunjukkan bahawa rakyat Malaysia kurang
membaca dan mereka membaca kurang dari sehelai buku dalam masa setahun. Ini
mencerminkan bahawa rakyat negara ini kurang minat kepada ilmu. Tidak kurang juga
siswazah kita yang kurang berminat membaca setelah tamat pengajian.

Pusat sumber sekolah dan perpustakaan di pusat pengajian tinggi tidak digunakan
sepenuhnya, bukan sahaja untuk pencapaian akademik yang cemerlang, tetapi juga untuk
menyemai tabiat gemar membaca di kalangan pelajar kita, dan bukan hanya pada musim
peperiksan sahaja. Satelah tamat pengajian mereka menganggap membaca itu tidak
diperlukan lagi. Persekitaran yang tidak membaca dan juga pengaruh telivisen dan
cekera padat menyebabkan keadaan ini menjadi lebih buruk lagi. Sebagai kumpulan
utama yang mentadbir masyarakat, adalah diharapkan segala tingkah laku mereka akan
menjadi model bagi kumpulan lain.

Ilmu Pengetahuan

5
Pembacaan dan Ilmu

- Ilmu merangkumi banyak aspek yang luas dan tiada hadnya


- Ilmu adalah sesuatu yang sentiasa berkembang dan proses untuk mendapatkan
ilmu sentiasa berlaku tanpa henti
- Ilmu itu boleh diperolehi secara formal dan informal
- Secara formal melalui sekolah-sekolah atau IPT
- Secara informal melalui bahan bacaan seperti suratkhabar dan melalui
pengalaman hidup

- Ilmu merupakan satu proses maklumat yang kita perolehi melalui pengalaman dan
proses pembelajaran
- Ilmu adalah sesuatu yang tidak konkrit @ abstrak yang wujud dalam minda
manusia
- Biasanya ilmu yang dihasilkan itu akan direkodkan contohnya dalam buku dan
sebagainya dalam bentuk-bentuk seperti esei dan karangan mengikut gaya bahasa.

Ilmu merupakan satu gabungan atau himpunan maklumat yang berkaitan hingga
membentuk satu bidang atau rangkaian ilmu. Dengan mempunyai ilmu kita akan
memperolehi kebijaksanaan/wisdom/kewarasan/kearifan
-

6
Pembacaan dan Ilmu
Mayarakat Perrtanian

Masyarakat Industri

Masyarakat Maklumat

Masyarakat Ilmu
Pengetahuan

Manasyarakat
Berasaskan
Pengetahuan

Masyarakat Tekonlogi
Bio

Rajah 1: Peringkat Perubahan Masyarakat

Dari maklumat kepada pengetahuan dan kebijaksanaan

7
Pembacaan dan Ilmu

Dalam era k-ekonomi, kita perlu memahami beberapa konsep pengethauan. Pertama kita
perlu tahu apa yang dimkasudkan dengan spectrum pengethauan atau dipanggilajuga
lanskap pengetahuan. Kedua kita perlu mengenalpasti konsep pembelajaran (learning)
pemikiran kritikal dan penyelidikan. Seterusnya kita juga perlu mengetahui konsep
pekerja pengetahuan dan ekonomi pengetahuan. Apa yang dimaksudkan dengan
spektrum pengetahuan ialah pembentukan dari data kepada maklumat dan pengethuan
yang mana jika digunapakai, ia akan meningkat kepada kebijaksanaa (wisdom) bagi
individu. Ini dapat dilakarkan dalam Rajah 2. Hiraki ini bermula dari data hingga ke aras
kebijaksanaan. ialah pembentukan dtata kepadamaklumat dan pengetahuan yang mana
jika di gunapakai akan meningkatkan kebijaksanaan sesaorang. Ini dapat dilakarkan
dalam Rajah 2. Ia bermula data data hingga ke aras kebijaksanaan

+ Nilai
Wisdom: Pengetahuan yang boleh
diaplikasikan, termasuk peraturan Penggunaan
dan lain lagi. Penggunaandan
dan
Pemahaman pengwujudan
pengwujudan
KnowledgeMakluamt yang dip roses pengetahuan
pengetahuan
+ Konteks dan dipekej untuk digunakan .
Information: Data yang tersusun

Data: Fakta Mentah, rekod transaaksi dan


Data: Fakta Mentah, rekod transaaksi dan

Rajah 2 : Spektrum Pengetahuan

8
Pembacaan dan Ilmu

Seseorang dianggap memenuhi tahap kebijaksanaan sekiranya mereka mengunakan


pengethaun yanga da untuk kebenaran dan untuk diaplikasi dalam kerja atau aspeks
kehidupan yang lain. Cara mempastikan agar proses kebijaksanaan ini dapat diteruskan
ialah denagn menerusakan prosespembelajaran dan latihan pada pringkat jangka pendek
dan jangka panjang. Kebijaksanaan ini pula merupakan kebolehan dan kemahuan
menggunakan pengetahauan yang ada untuk menjadi lebih meningkat. Ia melibatkan
membuat pilihan yang bijak tentang sesuatu perkara yang boleh samada membawa
kepada kejayaan atau kegagalan. Ia memerlukan keupayaan menggunakan malumat dan
pengetahuan dengan bijak dan membuat keputusan yang baik dengan menggunakan
maklumat tersebut. Setiap

Peranan pengetahuan dalam pekerjaan

Apa yang diharapkan oleh majikan yang akan datang ialah pekerja yang boleh mengurus
dan mengimbang pengetahuan dalam k-ekonomi dan mempunyai pemhaman dan
mempunyai focus utama keperluan organisasi. Majikan kini memerlukan pengurusdan
pemimpin berpengetahaun yang mempunyai kecekapana/ kompetensi yang diperlukan
oleh k-ekonomi yang sedang pesat berubah ini.

Beberapa fokus dan amalan yang berkaitan dengan penggunaan dan amalan pengurusan
pengetahuan dalam organisai pengetahuan adalah saperti berikut:

9
Pembacaan dan Ilmu

Mengenalpasti pengetahuan
Memperolehi Pengetahuan
Mengaplikasi Pengethauan
Berkongsi Pengetahuan
Memebentuk/mewujudkan pengetahuan
Mewujudkan pengethauan baru
Memelihara Pengetahuan
Mengukur Pengetahuan
Bertererusan
Pengetahuan ICT
Belajar-semula dan berterusan
Aplikasi ICT

Pemfokusan aspket di atas dianggap penting dalam pengurusan organisai kini yang
mementingkan pengetahuan. Beberapa kompetensi diperlukan bagi mengamal
pengeurusan pengetahaun secara berkesan dalam organisasi. Pekerja perlulah
mempunyai pengetahuan luas dan terkini serta yang khusus. Banyak dari kemahiran dan
kecekapan ini dapat dibentuk semasa diperingkat sekolah atau universiti seperti budaya
membaca dan literasi maklumat.

Kompetensi sesaorang pemimpin yang berbudaya ilmu pengetahuan ialah:

Kebolehan Befikir Secara Strategik

Tanggungjawab Pengetahuan

Kebolehan Belajar Berterusan

Menyumbang Kepada Team Inovatif

10
Pembacaan dan Ilmu

Berdisiplin Profesional

Inovatif dan Kreatif

Pemikiran Berfokuskan Penyelesaian

Peningkatan Diri

Membaca bukan sahaja dapat meningkat ilmu dan pengetahuan, tetapi juga dapat
meningkat personality individu kerana mereka tergolong daripapa inhan yang kaya
maklumat. Islam Menggalakkan Penimbaan Ilmu - Dalam Islam, menimba ilmu
pengetahuan adalah wajib bagi setiap lelaki dan perempuan. Rasullulah SAW bersabda:
“Menimba ilmu pengetahuan itu adalah wajib ke atas setiap umat Muslimin, lelaki dan
perempuan. (Riwayat oleh Ibn Majah dan Baihaki)

Bagi cerdik pandai mereka amat banyak berkecimpung dengan maklumat dan ilmu
pengetahuan. Mereka banyak membaca dari pelbagai sumber maklumat dan menjadi
kaya maklumat. Ciri-ciri negara maju ialah masyarakatnya yang kaya maklumat
berbanding dengan negara kurang maju yang mana masyarakatnya miskin maklumat.

Ke Arah Celik Maklumat

Untuk menwujudkan masyarakat yang celikmaklumat, individu perlu mengatahui tentang


maklumat yang di perlukan dan mempunyai kebolehan mendapatkan, mengases, menilai
serta menggunakan maklumat secara berkesan yuntuk sesuatu tujuan. Masyrakat yang
celikmaklumat adalah mereka yang tahu bagaiman cara belajar. Mereka tahu bagaimana
maklumat di susun, bagaimana mencari maklumat, dan bagaimana menggunakan
maklumatnuntuk pembelajaran seumur hidup dan untuk tujuan tertentu mereka.

Budaya Ilmu

11
Pembacaan dan Ilmu

Individu perlu dipupuk dengan budaya ilmu pengetahuan dalam keadaan persekitaran k-
ekonomi kini. Budaya ini perlu bermula di rumah, selkolah, di univeristi dan di tempat
kerja untuk mencapai kecermerlangan dalam akademik serta dalam kerjaya dan
penyelidiakan.
Knowledge Culture
Knowledge culture ia a blend of knowledge and culture. The definition and meaning of
knowledge:

Knowledge culture (KM) requires circumstances and environment that instilled the habit
of knowledge creation and development. Knowledge culture need information culture,
that is the knowledge about information sources and the skills of information access and
utilization. Information can be acquired by reading and other means of communication.
Reading requires among other things the reading culture. Essentially, he whole process
needs an evolution in every segment of our society, educational structure and work
environment. It is a revolution for the good or for the improvement towards wawasan
20202, that is a developed nation status. The society much be at par with those in the
already developed nation, where reading and the acquisition of new knowledge is the
state of the arts.

Pemimpin Yang Karismatik

Paradigma baru pemimpin ketika ini adalah mereka yang pandai mmebentuk pemikiran strategic dan
kebolehan mengedalikan projek-projek tertinggi untuk pembanguanna agensi masing-masing. Mereka
perlu berkemampuan mewujudkan persekitaran yang menggabungkan kemaanusian dan dan kecekalan
untuk persekitaran pernianiagaan yang bersaing hebat. Tidak dapat dinafikan untuk mempastikan mereka
dapat mencapai tahap ini, mereka perlu mumunyai ilmu pengetahuan yang luas dan terkini. Mereke perlu
menamalkan sifat berikaut:

12
Pembacaan dan Ilmu

Perlunya Membaca

Apa yang membimbangkan ialah dengan perkembangan ICT, masyarakat semakin


kurang membaca. Setiap individu perlu membaca untuk mencapai objektif tertentu.
Gulungan remaja, umpamanya membaca untuk memenuhi dunia fantasi, menikati
keseronokan dan memperdalamkan keinginan untuk mendapatkan sesuatu yang indah
dan menarik (Omar Mohd. Hashim1993). Ramai pelajar tidak dapat menentukan hala
tuju karier mereka apabila tamat SPM atau STPM. Melalui membaca dan ICT mereka
dapat menerokai karier tertentu, selain untuk lulus peperiksaan.

Kanak-kanak membaca untuk menikmati keseronokan menerusi pelbagai bahan bacaan.


Ini dapat menggalakkan, menggerakan serta mendorong mereka mencari lebih banyak
bahan dalam bidang lain untuk mendapatakan pengalaman-pengalaman baru untuk
meningkatkan daya pemikiran intelek mereka dan dengan sendurian menjadi lebih
matang lagi. Budaya membaca ini juga dapat mengelakan para remaja dari terjebak
kepada aktiviti negative seperti lepak dan penagihan dadah. Beberapa factor boleh
dikemukan tentang perlunya membaca dikalangan kanak-kanak:

i. Sifat semulajadi ingin tahu tentang persekitaran, peristiwa,negara dan dunia.


Mereka juga ingin tahu tentang perkara akan datang, perkara benar dan juga
perkara fiksyen.
ii. Ingin menemui sendiri dan mempelajari serta mengalamai sendiri
pengalaman yang akan didapati.
iii. Kanak-kanak dapat merasakan perasaan orang lain , seperti berani, takut
atau gembira dan ini boleh memberikan gambaran yang mereka tidak jauh
berbeza dsari orang lain.
iv. Pengenalan diri sendiri kepada watak sejarah atau fiksyen yang boleh
dijadikan idola tetapi juga juga mencapai identiti yang diidamkan.
v. Sifat semulajadi agresif kanak-kanak menunjukkan perlunya mereka
mendapat peluang pengalaman emosi, misalnya mngenai pengembaraan,
pelayaran dan seterusnya.

13
Pembacaan dan Ilmu

vi. Untuk mengetahui fakta-fakta dunia, sains, termasuk hala yang akan dituju
mengenai kerjaya mereka.
vii. Bahan media massa juga dapat menggalakan mereka mencungkil lebih
banyak maklumat umum dan khusus.
viii. Sifat semulajadi dan minat untuk mengaitkan diri mereka dengan kehidupan
binatang-binatang dan alam semulajadi dan juga hobi. Mereka sekakan
“pet” dan ini mendorong mereka membaca tentang perkara tersebut.
ix. Melepaskan diri kepada dunia mereka sendiri. Ini dapat dinikmati dalam
cerita-cerita khayalan, fiksyen sains, silap mata, ajaib dan selainya.

Fakta inilah dianggap penting diketahui oleh masyarakat kita sebagai pengasuh dan
pustakawan sekolah dan awam kerana ianya dapat dijadikan asas bagi menyediakan
koleksi perpustkaan yang komprehensif atau menyedia peruntukan keluarga untuk
membeli buku.

V. Menafaat Membaca

Membaca bukan sahaja dapat meningkat ilmu dan pengetahuan, tetapi juga dapat
meningkat personality individu kerana mereka tergolong daripapa inhan yang kaya
maklumat. Islam Menggalakkan Penimbaan Ilmu - Dalam Islam, menimba ilmu
pengetahuan adalah wajib bagi setiap lelaki dan perempuan. Rasullulah SAW bersabda:
“Menimba ilmu pengetahuan itu adalah wajib ke atas setiap umat Muslimin, lelaki dan
perempuan. (Riwayat oleh Ibn Majah dan Baihaki)

Bagi cerdik pandai mereka amat banyak berkecimpung dengan maklumat dan ilmu
pengetahuan. Mereka banyak membaca dari pelbagai sumber maklumat dan menjadi
kaya maklumat. Ciri-ciri negara maju ialah masyarakatnya yang kaya maklumat
berbanding dengan negara kurang maju yang mana masyarakatnya miskin maklumat.
Budaya Membaca

14
Pembacaan dan Ilmu

Pembacaan penting bukan hanya untuk lulus peperiksan atau sebagai syarat
mencari pekerjaan, tetapi fungsi utamanya ialah untuk membentuk masyarakat
yang berfikir dan juga dapat membina budaya ilmu. Budaya ilmu ialah budaya
yang dicirikan oleh rasa cinta yang mendalam terhadap pencarian ilmu dan
penyebarannya. Dalam zaman revolusi ilmu dan maklumat hari ini, kita sering
dikalahkan oleh perkembangan ilmu dan mklumat yang sentiasa “meletus” dan
diluar sistem pendidikan frmal.

Peningakatan pembacaan bukan sahaja akan menambah pengetahuan dan


mematangkan corak pemikiran, malahan akan mempertingkatkan lagi kualiti diri
seseorang dalam menjalankan tugas seharian yang semakin mencabar.” Setelah
masuk ke alam pekerjaan, beberapa cara boleh dijalankan untuk menambah
pengetahuan di dalam sesuatu bidang pekara, sesuai denagan kehendak k-
ekonomi. Antaranya ialah:

a. Pendidikan Beterusan (Continuous Eduction)


b. Kursus Pendik
c. Seminar
d. Pembacaan

Kita juga berharap melalui tabiat menambah maklumat pada diri sendiri, para
graduan kelak akan menjadi golongan intelek yang produktif yang mampu
mengeluarkan idea, teori dan rumusan yang bernas semoga dapat meningkatkan
lagi pedidikan mereka. Maklumat atau fakta diperlukan untuk berfikir dan
membuat analisis, untuk memperluas persepsi dan pemahaman meyeluruh tentang
persekitaran kita dan dunia realiti. Dalam masyarakat pengetahuan, seseorang itu
perlu berfikir dengan matang, berkelakuan baik serta menambahkan ilmu
pengetahuan. Membaca membuatkan seseorang mengenali hidup dan asas yang
dapat menambahkan pengetahuan tentang sesebuah negara, sesuatu tempat,

15
Pembacaan dan Ilmu

budaya, sejarah serta agama. Pengetahuan yang luas ini akan menfaatkan kita
pada suatu masa kelak walaupun dengan tidak disedari.

Pengetahuan penting dalam membangun ekonomi, perindistrian dan


perkembangan saintifik sesebuah negara. Penemuan-penemuan sains dan
teknologi dan penyelidikan lain diabadikan dalam bentuk maklumat; ahli ekonomi
menerangkan cara meningkatkan ekonomi dan mengurangkan kemiskinan; para
ahli perubatan mempamirkan segala penemuan baru dalam perkembangan
perubatan’ dan segala peristiwa, dan data dicatat dalam buku dan bahan maklumat
lain. Ada perkaitan di antara tabiat gemar membaca dan keupayaan berfikir secara
rasional dan kritis. Bagaimanapun, ia bergantung juga kepada jenis bahan bacaan
yang disediakan. Pelajar perlu membaca bahan yang mengandungi maklumat
yang baik serta fakta dan data yang tinggi mutunya. Pembentukan masyarakat
yang berfikir dapat digalakkan dengan mengurangkan membaca majalah hiburan
yang kurang baik isinya dan sebaliknya membaca halaman yang bermaklumat
dalam akbar, seperti lidah pengarang dan artikal di muka surat tengah. Banyak
membaca membuat kan kita menjadi lebih ‘terbuka’ dan ‘pintar’ dan ini
membolehkan mereka membuat keputusan sendiri dan tidak mudah menerima
nilai asaing dengan sewenang-wenangnya atau ‘mengasingkan’ maklumat baik
dan tidak baik. Maka, membaca tidak harus terhad kepada buku-buku teks, tetapi
harus merentasi kurikulum. Segala jenis bacaan yang bermutu dapat memberikan
sesuatu kepada pembaca.

Celik Maklumat (“Information literacy”)

Selepas mendapat Ijazah atau diploma graduan perlu terus menambah ilmu dan
kebolehan mereka. Ini dapat mengelakkan daripada ketinggalan jauh ke belakang.
Sejajar dengan era k-ekonomi dan “information society” (masyarakat yang
mementingkan ilmu pengetahuan. Istilah “information literacy” mempamirkan

16
Pembacaan dan Ilmu

masyarakat yang lebih peka dan berkebolehan mendapat jawapan kepada masalah
mereka sendiri melalui maklumat. Ini bermakna, masyarakat kini tidak tahu
mengguna segala jenis sumber maklumat dan ICT dan bahan-bahan lain. Kemahiran
ini boleh dipelajari dari perpustakaan. Literasi maklumat dapat mewujudkan
masyarakat yang telah mempelajari kaedah belajardan sentiasa bersedia untuk belajar
sepanjang hayat.

Matlamat

Matlamat kerajaan ialah untuk melahirkan masyarakat yang intelektual yang giat mencari
dan menyebar maklumat dan pengetahuan menerusi pembacaan dan penyelidikan.
Mereka yang intelek sentiasa bersemangat untuk berfikir, sedar dan berpandangan yang
mendalam mengenai sesuatu persoalan. Mereka akan lebih dihormati kerana lebih
mampu berbahas dan berbincang ilmiah, bukan sahaja dalam bidang pengkhususan
sendiri tetapi juga bidang lain. Maklumat merupakan factor produktiviti yang penting dan
keinginan mendapatkan maklumat amat perlu diteruskan dalam pentadbiran/pengurusan
dan industri. Selain daripada itu, adalah diharapkan ciri berikut akan tercapai:

 Mewujudkan golongan masyarakat yang menjadi pentadbir yang berwibawa dan


berfikir melalui pembacaan serta memimpin keluarga dam masyarakat ke arah
yang sama. Sebagai negara yang pesat membangun, kita sedang menempuh
pelbagai perubahan dan perkembangan sosial dalam masyarakat, seperti undang-
undang yang banyak dipinda atau ditambah, aliran teknologi baru, atau
permintaan masyarakat yang berubah. Hanya dengan mengikuti perkembangan ini
kita akan maju kehadapan dan memberi dasar atau keputusan yang lebih baik dan
tepat.

 Menunjukkan teladan kepada masyarakat dengan membaca, menyelidik dan


menulis. Dengan banyak pengetahuan, maka dorongan perlu diberikan untuk

17
Pembacaan dan Ilmu

menulis buku atau artikel untuk memberi, menambah, pendapat, ide atau
melaporkan penemuan baru. Sikap iniakan membawa kita ke tahap yang progresif
dan dapat menghindar budaya berbual kosong atau mengkritik kesalahan orang.

Meningkatkan Minat Membaca dan ICT

Hanya sikap suka membaca sahaja yang dapat menolong sesaorang menimba ilmu.
Mereka yang suka membaca akan mempunyai fikiran yang terbuka, pemikiran yang luas
dan pandangan yang jauh serta lebih rasional dalam menganalisis atau menilai sesuatu.
Kata pepatah Inggeris “A man’s language is an index of his mind.”

Sebenarnya, apa yang terdapat dalam ICT ialah maklumat dalam pelbagai bentuk dan
kategori. Contohnya, apa yang dapat diperolehi melalui internet ialah maklumat. Untuk
memahami pelbagai jenis sumber maklumat dan ilmu ini, mereka perlu membaca. Oleh
yang demikian, persamaan praktikal adalah membaca tetapi yang berbeza ialah kaedah
membaca melalui sumber elektronik. Yang demikian, sebagai galakan adalah dianggap
baik untuk memberi peluang kepada kanaka-kanak dan dewasa mempelajari sebanyak
mungkin ICT. Ini bukan sahaja mempastikan mereka dapat mengikuti sepenuhnya aliran
ICT tetapi juga menggalakkan mereka mendapat peluang mengikuti maklumat dan ilmu
yang semakin banyak melalui ICT.

Latihan penggunaan ICT yang sempurna perlu di sediakan supaya kanak-kanak dan
dewasa agar mereka tidak terjerumus dan leka kepada website yang tidak memberi
menafaat ini termasuk games, chatting, atau website yang tidak berfaedah Melayari
sumber ICT, terutama sekali Internet akan dapat memberi dua kebaikan, iaitu
mendapatkan kemahiran menggunakan ICT (literasi maklumat) dan kedua menjadi kaya
maklumat dan ilmu dengan membaca sumber-sumber elektronik yang tidaj terhad itu.

Contoh Bahan dan Perkhidmatan Elektronik

18
Pembacaan dan Ilmu

Terdapat pelbagai bentuk bsumber elektronik yang hanya boleh dibaca dengan
menggunakan hardware. Berikut disenarai sebahagian dari kategori dan jenis sumber
ICT yang terdapat dan perlu dipromosikan kepada pengguna: Contoh-contohnya ialah:

BAHAGIAN A
Sistem Rangkaian
Dalam Negara
 Malaysian Civil Service Link (MCSL)
 SIRIMLINK
 MASTICar
 PALMOILIS

Luar Negara
 DIALOG
 OCLC
 RLIN
 ERIC

Internal News Online


 Bernama
 New Straits Times Online
 The Star Online
 Daily Express.Sabah

External News Online


 ABC News.com
 BBC Online
 Cable News Network (CNN)
 CBS News
 The Newyork Times
 South China Morning Post (Scmp.com)

BAHAGIAN B
Teknologi Disk Optikal

19
Pembacaan dan Ilmu

Bibliographic
 Abstract in New Technology & Engineering (ANTE)
 British Humanities Index
 ERIC
 PsychLit
 Malaysian National Bibliography
 Proquest DisssertationAbstract

Reference
 Britannica 2000
 Malaysia National Bibliography
 Year 2000 Grolier Multimedia Encyclopedia

Full Text
 ProQuest Education Journals
 ProQuest Full Text

Mutimedia
 Compton’s Encyclopedia
 Grolier Multimedia Encycloped
 MultmediaTerm Paper (Oxford Talking Dictionary)
 Practitioner’s Guide to GAAS 99

Databank
 MYNIC Statistics
 Statistik Pburuhan dan Sumber Manusia
 UNICEF

BAHAGIAN C
Information superhighway (INTERNET)
Search Engine
 About Search
 All the Web
 Altavisia
 Ask Jeeves

20
Pembacaan dan Ilmu

 BBCi
 Business.Com
 Cari.Com
 Catcha Malaysia
 CNET
 Dogpile
 Excite
 Freefind.Com
 Firehunt
 Go To
 Hotbot
 Infolease
 Looksmart
 Lycos
 Malaysia Directory
 Metacrawler
 MSN Search
 Overture
 Search.Com
 Skali.Com
 SpringerLink
 Superlink exchange
 Webcrawler
 Yahoo

Websiters

Internal Webasites

 Jaring
 MyLib
 MyCert
 NISER
 Org.Com
 UPM Online

21
Pembacaan dan Ilmu

External Website
 AT & T
 Eldis
 Internet.com
 PBS
 WIPO

Internet ReferenceOnline
 Britannnica
 Dictionary.Com
 Educator’sLearning Zone
 Encarta Learning Zone
 Encyclopedia Mythica
 Encyclopedia of the Orient
 Info Please
 Library Spot
 Reference.com
 Thesaurus.com
 Wordsmyth
 Your Dictionary.com

Virtual Library
 Arnold Digital Library
 The British Library
 FSU DigitalLibrary
 Highbeam
 Interent Public Library
 Kluwer Online
 Online Library
 Teaxas State Library (Electronic Library)
 The ACM Digital LibraryThe British Library
 The Library of Congress
 The University of Delaware Library
 Virtual Law Library

22
Pembacaan dan Ilmu

 The WWW Virtual Library

VI. BAHAGIAN D

Books
 A9.Com
 Amazon
 BAMM.Com
 Barnes & Noble
 Biblio.com
 Bloomsbury.com
 Bookpool.com
 Bowker
 By.com
 ECampus.com
 Prentice Hall
 Bol.com
 Powell’s Book


Discussion Group
 Topics
 FAQs by Newsgroup
 Google Groups
 Yahoo! Groups
 Rcgroup.com

Dua Kemahiran akan di perolehi, iaitu:


 kemahiran membaca
 kemahiran ICT
i. kemahiran pencarian maklumat talian
ii. kemahiran mengakeses maklumat elektronik.

Cadangan

23
Pembacaan dan Ilmu

Pelbagai langkah boleh dijalankan pada peringkat individu dan juga kumpulan atau
jabatan bagi meneruskan pembacaan dan menambah peluang untuk menggalakkan
pembacaan. Di antaranya ialah:
 Di perngkat pendidikan, adalah penting mempastikan agar pusat sumber sekolah
dilengkapakan dengan lebih baikdengan menyediakan perkhidmatan yang
professional. Adalah dianggap berfaedah jika pihak pengajar menekan/menggalak
pembacaan yang luas di dalam melaksanakan tugasan untuk pelajar.
 Mata pelajaran Kemahiran Maklumat/ Penyelidikan Perpustakaan sebagai
sebahagian daripada keperluan kurikulum atau ko-kurikulum di sekolah dan universiti
 Mewujudkan perpustakaan di jabatan. Menteri Pelajaran telah mengarahkan semua
kementerian mewujudkan sudut membaca di semua jabatan agensi untuk
menanamkan tabiat membaca di kalangan pegawai pentadbir. Sudut ini akan
menempatkan bahan pegetahuan umum dan juga mengenai Islam dan bahan umum
yang lain. Langkah tersebut menunjukkan betapa beratnya pandangan kerajaan
terhadap pembentukan masyarakat yang bermaklumat dan berilmu pengetahuan.

 Bagi para individu, mereka harus:-


 terus membaca dalam bidang masing-masing.
 membaca dan menikmati perkembangan aliran dalam bidang kerjaya.
 mengisi masa lapang dengan membaca hal ehwal semasa.
 mengisi masa lapang dengan membaca bahan-bahan rekreasi.
 melawat perpustakaan awam dan membawa keluarga agar dapat
menanam tabiat membaca keluarga.
 menjadi ahli perpustakaan akademik dan khusus
 menubuhkan perpustakaan keluarga di rumah
 melawat kedai buku dan membeli buku untuk sendiri atau keluarga.

Adalah menjadi harapan Negara bagi diwujudkan masyarakat berilmu di mana


pemimpinnya mempunyai idelisme tinggi, visi yang jelas dan mengemaskini ilmu yang

24
Pembacaan dan Ilmu

ada. Pemimpin dalam era pengetahuan bukan sahaja mampu menguasai dan
menggunakan sumber alam bagi kepentingan dengan berkesan, malah boleh
menggunakan sumber maklumat untuk bergerak dan bertindak di atas kewarasan akal dan
hujah-hujah ilmiah. Selain daripada ilmu yang diterima daripada pengetahuan baru yang
kian berkembang mengikut peredaran masa dan juga penemuan baru.

Kesimpulan

Kemahiran maklumat sebagai alat kepada budaya pengetahuan dan kritikal tidak harus di
kecualikan untuk setiap individu. Seadainya dipisahkan, mereka akan menjadi cacat
didalam mengendalikan pertumbuhan pesat maklumat ketika ini. Mereka perlu cintakan
ilmu pengetahuan dan menggunakannya dalam urusan mereka, sesuai dengan era
pengetahuan. Hasrat menjadi negara maju hanya boleh tercapai dengan adanya
masyarakat yang menghargai ilmu dan peka kepada teknologi maklumat. Ini hanya boleh
berjaya dengan pengwujudan budaya ilmu yang perlu berterusan setelah tamat pengajian.
Program kemahiran maklumat secara sistematik membolehkan individu menperolehi
kemahiran yang sesaui untuk mengahadapi era immu pengetahuan. Kaya maklumat dan
pengetahuan akan dapat menyediakan individu agar dapat menjadi lebih kritikal oleh
sebab mereka mempunyai maklumat pemncukupi untuk membuat keputusan atau
memberi ide, arahan atau membuat keputusan. Selain daripada itu, adalah diharapkan
mereka akan memperkembangkan pendidikan dan cenderung menambahkan ilmu
pengetahuan yang baik melalui penyelidikan. Adalah menjadi keutamaan bagi
perpustakaan memainkan peranan yang proaktif untuk menggalakan masysarakat kita
mencapai tahap ilmuan yang tinggi dan dapat menghidupkan semula kegemilangan Era
Emas Islam.

25
Pembacaan dan Ilmu

Bibliografi

Adams, Mignon S and Jacquelyn M. Morris. 1985. Teaching library skills f r Academic credits.
Phoenix, Ariz: Oryx Press.

Ahmad Mohd Tusof, et al. (1992). Laporan Kaji selidik penggunaan bahasa Malaysia di institut
pengajian tinggi. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka.

Anthony, L J, ed. (1988). Information sources in every technology. London:Butterworth.

Ault, James T., and John M. Gleason. (2003) "U.S. Government Decision Makers' Expectations
and Patterns of Use of Emerging and Existing Information Technologies." Government Information
Quarterly 20, no. 1 (2003): 63-76.

Carter, Carolyn and Jenny Monaco, Jenny. (1987). Learning information technology skills.
London: The British Library.

Chodorow, Stanley. (2000). "Scholarship & Scholarly Communication in the Electronic Age."
Educause Review 35, no. 1: 86-93.

Cronin, Blaise. (1986). “The Information society”. ASLIB Proceeding 38(4): 121-129.

Eisenberg, Micheal and Small, Ruth V.( 1993). “Information based education: aninvestigation of the
nature and role of information attributes in education.”Information Processing and Management, 29(2):
263-275.

Faridah Abdul Manaf dan Subahan T. Mohd. Meerah (1993). Strategi pusat sumber dalam
pendidikan. Kuala Lumpur: Fajar Bakti.

Fleming, Hugh, ed. (1990). User education in academic libraries. London: Library Association.

26
Pembacaan dan Ilmu

Ginsparg, Paul. (2000) "Creating a Global Knowledge Network." Web page, 2000. Accessed 5
September 2003. Available at: <http://www.biomedcentral. com/ionfo/ginsparg-ed.asp>. Notes: Presented
at the Freedom of Information Conference 2000, the New York Academy of Medicine, July 6-7.

Jariah Mohd Jan (1997). Kemahiran pembacaan yang berkesan. Kertas kerja ceramah Ke arah
Pembacaan Berkesan, Perpustakaan Negara Malaysia. 9 Ogos.

Kementerian Pendidikan Malaysia (1984). Laporan Jawatankuasa Kabinet Mengkaji Perlaksanaan


Dasar Pelajaran. Kuala Lumput : Kementerian Pendidikan Malaysia.

Kiran, Kaur Gurmit Singh (1993). Penggunaan pusat sumber perpustakaan sekolah (PSPS) oleh
murid-murid Tingkatan Dua dalam pencapaian Bahasa Inggeris ; kajian kes di Sekolah Menengah Putri
Titiwangsa. Kuala Lumpur. Thesis Ijazah, Universiti Kebangsaan Malaysia.

Lim, The Eng (1974). A study of the reading habits and interest of sixth form students in Englis-
medium school. Tesis Sarjana Pendidikan, Universiti Malaya, Kuala Lumpur.

Malaysia, Kementerian Pendidikan (1997). Mengapa pelajar-pelajar sekolahrendah dan sekolah


menengah kurang membaca. Kuala Lumpur: Bahagian Teknologi Pendidikan, Kementerian Pendidikan
Malaysia.

Malaysia, Kementerian Pendidikan (1998). Program Nilam : konsep dan panduan perlaksanaan di
sekolah. Kuala Lumpur: Bahagian Teknologi Pendidikan, Kementerian Pendidikan Malaysia.

Malaysia, Kementerian Pendidikan. (1989). Laporan Tahunan 1989. Kuala Lumpur: Bahagian
Teknologi Pendidikan.

Malhotra, Yogesh. (2000). “Knowledge management, knowledge organizations and knowledge


workers: a view from the front lines.” INTERNET.
http://www.brint.com/interview/maeil.htm. 4.17.00.

Malhotra, Yogesh. (2000).” What is really knowledge management? Crossing the chasm of hype.”
INTERNET. File://C:/ My Document/bijan’s/km.htm. 4.17.00.

“Meningkatkan minat membaca.” (1993, 26 Februari). Utusan Malaysia. 20.

27
Pembacaan dan Ilmu

Mohd. Hamdan Adnan (Sept. 1994). Tinjauan minat membaca di Lembah Kelang: siapa yang
membaca, siapa yang tidak membaca. Dewan Masyarakat Sept. : 10 - 14.

Mohd. Majid Konting (1990). Kaedah penyelidikan pendidikan. Kuala Lumpur: Dfewan Bahasa
dan Pustaka.

Muhamad Ariffudin Mohamed Muhibuddin (1997). Kesan modul pembelajaran "penggunaan


bahan rujukan ensiklopedia" ke atas keupayaan pelajar tingkatan 1 mendapat maklumat daripada bahan
rujukan ensiklopedia di pusat sumber Sekolah Menengah Methodist Sungai Siput (U) Perak. Projek Khas
Pelajar Diploma Perguruan Khas Pengurusan Pusat Sumber. Jitra, Institut Perguruan Darulaman.

Nur'aini Abu Bakar (1994). “Menangani masalah pembacaan di Perpustakaan Negara Malaysia.”
Sekitar Perpustakaan, (19): 40 - 45.

Okasa, Johan (1991). Kecenderungan pelajar-pelajar di bandar dan di luar bandar terhadap
penggunaan pusat sumber perpustakaan sekolah (PSPS). Kajian kes di Sekolah Menengah Dato' Mohd.
Said, Nilai, Negeri Sembilan. Unpublished degree thesis, Fakulti Pendidikan Universiti Kebangsaan
Malaysia, Bangi.

Rabiah Halidi (1989). Sikap dan penggunaan terhadap pusat sumber perpustakaan (PSPS) di
kalangan pelajar-pelajar tingkatan 4: kajian kes di Sekolah Menengah Seri Ampangan Seremban. Latihan
ilmiah, Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi.

Raja Abdullah Yaacob (1984). Galakan membaca peranan siapa? Shah Alam: Biro Penyediaan
Teks.

Roseli Mohd. Tan (1993). Peranan perpustakaan sekolah ke arah menggalakkan minat membaca di
kalangan pelaajr-pelajar.' Satu tinjauan sekolah-sekolah di Daerah Muar, Johor. Unpublished degree
thesis. Universiti Kebangsaan Malaysia, Skudai.

Rustam A. Sani.(Julai, 1988). “Krisis buku, krisis kelas menengah.” Berita Buku Malaysia: 43-47.

Saonah Shairi (1991). “Peranan perpustakaan melahirkan masyarakat berbudaya membaca.”


Buletin UNESCO Malaysia. Jld. 2. Dis. 1991 :15 - 19.

28
Pembacaan dan Ilmu

Sosteric, Mike. (1996). "Electronic Journals: The Grand Information Future?" Electronic Journal
of Sociology 2, no. 2. Accessed: 28 Sept. 2003. Available at:
<http://www.sociology.org/content/vol002.002/sosteric.html>.

Tenopir, Carol, and Donald W. King. "Reading Behaviour and Electronic Journals." Learned
Publishing 15, no. 4 (2002): 259-65. Accessed: 28 Sept. 2003. Available at:
<http://pippo.ingentaselect.com/vl=14844382/cl=69/nw=1/rpsv/cgi-bin/linker?
ini=alpsp&reqidx=/cw/alpsp/09531513/v15n4/s3/p259>.

Teute, Fredrika J. (2001) "To Publish and Perish: Who Are the Dinosaurs in Scholarly
Publishing?" Journal of Scholarly Publishing 32, no. 2 (2001): 102-12. Accessed 28 Sept. 2003. Available
at: <http://search.epnet.com/direct.asp? an=2001030961&db=mzh>.

29
Pembacaan dan Ilmu

Amidst the growing power of knowledge in business there is a need to manage the
knowledge asset. Workers need to be more creative and innovative, not only because they
should be able to see the distinction between explicit and tacit knowledge but also
generate new knowledge at the same time. Inevitably, workings must keep on learning as
showN in the fig 2.

Fig 2: Learning Process

30
Pembacaan dan Ilmu

Continuous improvement of the content within the enterprise, the intelligence of the
enterprise as measured by the output and innovation of its knowledge workers will
develop better overtime. Real challenge facing most organizations is that of faster
innovation. Dedicated and continuous training to knowledge workers and potential
knowledge workers. Knowledge has been categorized into the tacit and explict. Tacit
knowledge is in the mind of the workers derived through the subsequence processes of
learning and experience both at the formal and the informal context. It makes the explicit
knowledge relevant to the workers in their roles by applying the explicit knowledge to
their work objectives and goals and activities. According to Nonaka and Takeuchi, it is
the interaction between these two forms of knowledge that is the key dynamics of
knowledge creation in the business administration.

Knowledge Workers

 Peter F. Drucker "the man or woman who applies to productive work ideas,
concepts, and information rather than manual skill or brawn

 Knowledge worker generally defined as ‘one who creates, collects, manipulates,


and disseminates information and knowledge using electronics technologies and
computer tools.’

 Fundamentally, knowledge workers ‘must achieve the synergy of data and


information processing capacity of information technologies and the creative and
innovative capacity of their human members

 In year 2005, there is more knowledge workers needed; Eight Malaysia Plan
(MP8) has set a target of 30 per 10,000

 In order to cater Malaysia need in producing enough knowledge workers till the
end of Year 2020, at least 40 universities need to be built.

31
Pembacaan dan Ilmu

Adult Literacy
6.76 Figure 6.4a points to the increasingly high level of literacy
among those aged 15+ in the country. The figure represents the
attached template for indicators 16, 17 and 18 that was derived
from data in relation to literacy made available by the Department
of Statistics (DOS) and the Economic Planning Unit (EPU) of the
Prime Minister's Department.

Source: Department of Statistic and Economic Planning Unit


6.77 Literacy rate for the 15 through 24-year age group is not
available. Nevertheless, it could be inferred that the high literacy
rate achieved has been the result of the existence of a high
participation rate and retention in the primary education system in
the country.
6.78 The general census, including a survey on literacy, carried out
in 1980 showed the literacy rate is 72 per cent, an increase of 14
per cent from 58 per cent in 1970.
6.79 The last general census was carried out in 1991. A review of
the characteristics of education amongst the population as revealed
by the Population Census in 1980 and 1991 reveals some
interesting features. The following summarises the highlights:

32
Pembacaan dan Ilmu

o The population is becoming more educated as by


1991, 84 per cent of the total population aged 6 years
and above, or 12.4 million persons, had ever been to
school compared to 1980.
o The literacy rate, i.e. the ability to read a letter or
newspaper and write a simple letter, had reached 85
percent for Malaysian over 10 years of age.
o The level of educational attainment has increased
with much more of the population being educated
beyond the primary level. By 1991, 38 per cent of the
population aged six years and above had attained a
secondary level of education compared with 29 per
cent in 1980. Tertiary education, growing at 10 per
cent per annum, surpassed the growth for the
secondary and primary level.
o More Malaysians had higher educational
qualifications with growth rate in exceeding 10 per
cent per annum during the inter-census period for
STPM, diploma/certificate, and degree holders.
6.80 A study relating to reading habits in Malaysia undertaken by
Frank Small & Associates (S.E Asia) Sdn. Bhd. in 1996 and
published in "Profil Membaca Rakyat Malaysia, 1996" showed that
for the category of population of 10+ and above, 93 per cent is able
to read and no significant differences in the ability to read is
apparent across gender.
6.81 Sampling of the study was targeted at 22,400 respondents
aged 10+. The study was not specifically to determine literacy,
however since literacy has a high degree of influence upon reading,
subjective data was collected as a proxy indicator towards literacy.
The term 'Literacy' as used by UNESCO refers to the "ability to
read and write with understanding". However, for the purpose of the
study the proxy indicator for literacy was used and this includes
'has reading ability or can read; has formal education and has at
least some form of informal education.
6.82 The various programmes to eradicate illiteracy carried out by
the government have achieved desirable results. Among the
programmes that would be continued and expanded are the
initiatives of the National Library in promoting reading habits.
6.83 Among the initiatives taken by the National Library are, it has
increased collection with the acquisition of 15,920 new titles and

33
Pembacaan dan Ilmu

publications and 750 rare collections comprising pre-19 th century


publications and 120 Malay manuscripts.
6.84 Access to library services was further improved with the
completion of three new state libraries, two branch libraries located
in mosques, an increase of about 34 per cent from 193 in 1996.
Access to library facilities in rural areas also improved with the
provision of 112 units of mobile libraries in 1998.
6.85 The computerisation and application of IT at the national and
state libraries was further enhanced with all state libraries having
created their homepage on the internet by the end of 1997. This
has facilitated access to a wider network of library services and
increased membership from two million in 1996 to 2.4 million in
1997 of whom 50 per cent of the total are children.

34
Pembacaan dan Ilmu

Ringkasan Eksekutif :

1. Kadar celik huruf rakyat Malaysia 93%.

2. Kadar amalan tabiat membaca 87%.

3. Penduduk berumur 10 tahun ke atas adalah celik huruf.

4. Kadar celik huruf bagi lelaki 96% sementara wanita 90%.

5. Kadar celik huruf di bandar 95% sementara di desa 91%.

6. Kebolehan kanak-kanak berumur 5 hingga 9 tahun membaca dalam bahasa utama ialah:
Bahasa Melayu – 57%, Mandarin – 11%, Bahasa Inggeris – 5%, Tamil – 3% dan Jawi –
3%.

7. Faktor utama mempengaruhi tahap kebolehan membaca diperingkat kanak-kanak adalah


faktor pendapatan keluarga.  Kanak-kanak dari golongan berpendapatan tinggi mula
membaca pada peringkat lebih awal berbanding dengan kanak-kanak dari golongan
berpendapatan rendah.

8. Hanya 29% rakyat Malaysia menggunakan perpustakaan.

9. 22% mempertingkatkan bacaan melalui media TV/Video.

12% rakyat Malaysia boleh menggunakan komputer (PC).


 

35

Anda mungkin juga menyukai