Anda di halaman 1dari 16

1.

0 Pengenalan

Sultan Abdul Hamid II Bin Sultan Majid II Bin Sultan Murad II atau nama lengkapnya

Abdul Hamid Khan II Bin Abdul Majid Khan II merupakan sultan terakhir empayar

Uthmaniyah setelah digulingkan oleh gerakan Turki Muda pada tahun 1909 M. Seiring

dengan perlucutan Sultan Abdul Hamid dari takhta telah membawa kepada penghapusan

sistem khalifah yang menjadi lambang keagungan empayar Uthmaniyah. Baginda merupakan

anak kepada wanita Carcassian yang jelita pada ketika itu yakni merupakan isteri kedua Sultan

Abdul Majid II. Ibunya bernama Tir-i-Mujgan yang wafat pada usia muda iaitu ketika

berumur 26 tahun kerana menghidapi batuk kering. Kematian bonda tercinta pada usia muda

begitu menghibakan hati Sultan Abdul Hamid II yang ketika itu baru berusia 11 tahun

tambahan pula Sultan Abdul Majid II tidak memberi sepenuh perhatian dan kasih sayang

kepada Sultan Abdul Hamid setelah isterinya disahkan menghidapi batuk kering. 1 Hal ini jelas

terbukti apabila istana Chiragan yang didiami dua beranak itu seakan terasing dengan orang-

orang di istana kerana tidak disenangi oleh isteri-isteri Sultan Majid II. Ketiadaan ibunya

menjadikan Sultan Abdul Hamid II seorang yang pendiam dan lebih suka menyendiri. Pada

masa yang sama baginda lebih suka memerhati suasana politik empayar Uthmaniyah dan

tampak berminat dalam dunia politik. Presesto Hanum merupakan isteri keempat Sultan

Abdul Majid II yang juga berbangsa Carcassian mengambil alih menjaga kebajikan Sultan

Abdul Hamid II. Beliau menganggap Sultan Abdul Hamid II seperti anaknya sendiri dan

banyak memberi pendedahan tentang ilmu pendidikan. Oleh itu, alam remaja Sultan Abdul

Hamid II banyak dihabiskan masa dengan menuntut ilmu dari tenaga pengajar yang diupah

1
Talib, Abdul Latip. "Sultan Abdul Hamid II." https://books.google.com.my/books?id=FVl5DAAAQ. hlm 1
khas untuk mengajar baginda. Hal ini sememangnya menjadi tradisi putera raja Uthmaniyah

untuk mempelajari dan menimba ilmu. Selain mempelajari bahasa Parsi dan Arab, baginda

turut mahir berpuisi. Ilmu dunia misalnya muzik, seni klasik opera dan cerita-cerita dongeng

yang mengagungkan Sultan Uthmaniyah turut dipelajarinya. Sultan turut meminati seni

pertukangan dan mahir dalam mengukir kayu-kayu yang dihiasi dengan perak dan mutiara.

Baginda banyak menghabiskan masa menghasilkan kraf seni pertukangan di bengkel kayunya

yang mana hasil-hasil kraftangan baginda masih dapat dilihat di istana Beylerbeyi iaitu

kediaman terakhir baginda sebelum wafat.2 Di awal remaja baginda selalu mengikuti bapa

saudara baginda Sultan Abdul Aziz ke luar negara bagi urusan diplomasi misalnya pada tahun

1867, baginda bersama Sultan Murad mengikuti Sultan Abdul Aziz ke Paris. Sultan Abdul

Hamid II mula menaiki takhta seawal umur 17 tahun pada 31 Ogos 1876 setelah pengulingan

Sultan Murad iaitu kekanda baginda yang hanya memerintah selama tiga bulan sahaja.

Sewaktu pemerintahannya selama 33 tahun, empayar Uthmaniyah sebenarnya berada di

ambang kejatuhan dan digelar sebagai ‘Orang Sakit Eropah’ yang menunggu masa untuk

rebah dan diambil alih kuasa-kuasa Barat yang menanti untuk merebut wilayah-wilayah di

bawah pengaruh Uthmaniyah. Pemerintahan baginda sebagai khalifah yang ke 34 akhirnya

berakhir atas kejayaan gerakan Turki Muda yang menginginkan pemerintahan berparlimen.

2
Ibid. hlm 2-4
2.0 Kejayaan Pemerintahan Sultan Abdul Hamid II

2.1 Sistem Perhubungan dan Komunikasi

a) Pembinaan landasan kereta api

Kesedaran akan kepentingan perhubungan dan capaian mudah telah mendorong Sultan

Abdul Hamid II untuk membina landasan kereta api dan memulakan projek pembinaan

landasan kereta api di Hijaz pada tahun 1901 M. Landasan kereta api Hijaz mengambil masa

selama 8 tahun untuk siap yang mana telah bermula pada 1901 M dan berakhir pada 1908 M.

pembinaan landasan ini diuruskan oleh Izzet Pasha iaitu pembantu peribadi Sultan Abdul

Hamid II yang berketurunan Arab Syria. 3 Tujuan pembinaan landasan kereta api bukan sahaja

untuk memudahkan keperluan pengangkutan jemaah haji ke Mekah malah penting untuk

menjalankan misi-misi dakwah, perdagangan, ketenteraan dan strategi. Landasan kereta api

yang menghubungkan antara Damsyik hingga ke Madinah mempunyai 75 stesen perhentian.

Hal ini memberi kemudahan kepada jemaah haji yang datang melalui kapal dari Laut

Mediterannean untuk sampai terus ke Madinah dengan selesa dan lebih cepat yang mana

sebelum ini ramai penziarah yang meninggal dalam perjalanan ke Madinah disebabkan

berjalan dengan jarak yang jauh di samping terpaksa mengeluarkan duit yang banyak untuk

ke Madinah.. Kejayaan pembinaan landasan kereta api pada zaman pemerintahan Abdul

Hamid II dianggap sebagai suatu pembinaan agung dan memberi makna buat orang islam

pada masa itu dalam meniti era kemajuan. Hal ini kerana, sepanjang proses pembinaan

landasan tersebut, khidmat orang bukan islam atau tawanan perang tidak digunakan langsung

dalam pembinaan landasan ini malahan ia sebenarnya hasil kerja dari orang islam sendiri yang

3
Pears, Sir Edwin. The Middle East Collection : Life of Abdul Hamid. United States, America: Arno Press, 1973. Hlm 162-
163
mana stesen ini bermula dari al-Akhdhar,760 km di di selatan Damsyik hingga berakhir di

Madinah. Hal ini kerana pengurus projek ini tidak mahu orang bukan islam menjejakkan kaki

ke tanah Arab dengan cara mengantikkan pekerja asing bukan islam dengan pekerja islam dari

Mesir. Namun begitu, pemberontakan yang dicetuskan oleh Syarif Husin Bin Ali telah

merosakkan dan memusnahkan landasan kereta api pada tahun 1916 M disebabkan fitnah dan

momokan yang dicetuskan oleh Lawrence, seorang perisik British yang sengaja mengadakan

cerita bahawa tujuan utuma pembinaan landasan kereta api adalah berkemungkinan untuk

puak Pakatan Bersatu di Turki menghantar bala tentera bagi mematahkan kebangkitan Arab

di Hijaz. Maka sebab itulah mereka tergamak memusnahkan projek terbesar sumbangan umat

islam. 4

b) Sistem telegraf

Sultan Abdul Hamid II boleh dikatakan sebagai sultan Uthmaniyah pertama yang

membawa masuk sistem telegraf dalam Pentadbiran. Hal ini kerana, pada masa itu sebahagian

negara-negara Eropah sudah mempunyai kemudahan telegraf dalam memastikan kelancaran

pentadbiran. Oleh itu, Sultan Abdul Hamid II merasakan ia suatu keperluan penting dalam

memajukan pentadbiran mereka memandangkan sistem komunikasi Uthmaniyah agak

mundur. Seiring dengan itu, baginda menjemput Syarikat Deycro dari Belgium sebagai

perintis dalam pembangunan sistem telegraf. Sebagai langkah awal, baginda menjadikan

istana Yildiz sebagai pusat telegraf. Kewujudan sistem telegraf memberi kemudahan kepada

Sultan untuk mengawasi dan memberi arahan kepada gabenor. Kementerian telegraf turut

dibentuk bagi menyelia stesen telegraf di Damsyik, Makkah, Madinah, dan Tripoli Barat yang

4
Zain, Farid Mat. Daulah Uthmaniyah Dan Alam Melayu. Shah Alam, Selangor: Karisma Publication Sdn Bhd, 2009.
hlm 172
kemudian menghubungkan Istanbul. Perkhidmatan telegraf yang disediakan adalah sepanjang

23380 km pada tahun 1882 M dan mencapai 49716 km pada tahun 1904 M.5 kemajuan sistem

perhubungan dan komunikasi yang dibangunkan baginda sebenarnya sejajar dengan

keinginan baginda untuk memastikan kelancaran proses Pan-Islamisme. Hal ini membantu

dalam penyebaran surat khabar,buku dan risalah serta berita terkini kepada umat islam dalam

menyuburkan ilmu pengetahuan dan isu-isu terkini yang menyentuh soal masa depan mereka

selain dapat berhubung antara satu sama lain merentas sempadan wilayah geografi dan negara.

2.2 Mengurangkan hutang Uthmaniyah

Dalam melaksanakan pembaharuan dan pemodenan, Sultan Abdul Hamid II ditekan

dengan masalah hutang empayar yang berjumlah 2.528 juta Lira Emas Uthmaniyah. Hutang

yang terpaksa ditanggung untuk pembiayaan peperangan semasa pemerintahan Sultan Abdul

Majid II dan Sultan Abdul Aziz menyebabkan kerajaan Uthmaniyah digelar sebagai ‘orang

sakit Eropah’ kerana menunggu masa untuk rebah dan dibahagi-bahagikan wilayah kekuasaan

Uthmaniyah kepada kuasa Eropah yang sudah lama menantikan saat tersebut. Namun begitu,

baginda tetap cuba sedaya upaya untuk menangani masalah tersebut. Penubuhan ‘Ottoman

Public Debt Administration’ pada 1881 telah membantu Uthmaniyah mengurangkan

hutangnya dengan penetapan kadar 30% daripada hasil cukai perlu dibayar ke Public Dept

Administration. Hal ini jelas membuktikan semua pendapatan daripada sektor wilayah

empayar digunakan untuk pembayaran hutang. 6 Baginda turut mengurangkan serta

melambat-lambatkan pembayaran gaji para pegawai sehingga mengundang kemarahan

5
Pears, Sir Edwin. The Middle East Collection : Life of Abdul Hamid. United States, America: Arno Press, 1973. Hlm
160
6
Ibid. hlm 167
mereka. Selain itu, cukai-cukai terpaksa dinaikkan mengakibatkan rakyat Serbia mula

memberontak. Situasi genting yang terpaksa dihadapi oleh kerajaan membuka kesempatan

kepada bank Yahudi untuk menawarkan pinjaman bersyarat kepada Uthmaniyah iaitu bank

Yahudi akan memberi pinjaman sekiranya Daulah Uthmaniyah membenarkan Yahudi masuk

dan menetap di Palestin pada bila-bila masa sahaja. Selain itu, Yahudi menetapkan syarat agar

baginda menyerahkan Palestin sebagai tukarannya. 7 Sebaliknya, baginda tidak memberi

reaksi positif terhadap tawaran Yahudi yang kononnya ingin membantu empayar tersebut.

.Keprofesional Sultan Abdul Hamid II menyelesaikan masalah hutang negara jelas terpamer

apabila baginda sedikit pun tidak mengharapkan campur tangan dari kuasa luar walaupun

keadaan empayar ketika itu dapat diumpamakan sebagai di telur hujung tanduk.

2.3 Memajukan pendidikan Uthmaniyah

Dasar pendidikan Uthmaniyah juga diperbaharui dan mengikut polisi pan islamisme. Tidak

hairanlah ada sejarawan yang berpendapat zaman pemerintahan Sultan Abdul Hamid II

dianggap sebagai era keemasan kerana pelbagai perubahan positif dalam pelbagai sistem

pentadbiran. Belanjawan negara berfungsi dengan sebaiknya apabila semua belanjawan

digunakan untuk penyelenggaraan sekolah, universiti tempatan dan kegunaan lain. Sultan juga

bijak mengurus kewangan yang mana setiap urusan keluar masuk wang yang bukan berkaitan

dengan pendidikan akan direkodkan.Empayar Hamidian memperlihatkan kepentingan dalam

menuntut ilmu dan sultan sendiri memuliakan golongan cendiakawan. Pusat penyelidikan

berkaitan perikanan, perhutanan, penternakan ulat sutera dan sekolah kedoktoran telah

ditubuhkan. Sekolah khas untuk pendidikan anak-anak pemimpin Arab Badwi dan Kurdish

7
Kasaba, Resat. History of Turkey. Turkey in Modern World. Vol. 4, United States, America: Cambridge University
Press, 2008. hlm 48-49
turut diasaskan. Sekolah professional sebanyak 18 buah didirikan sewaktu pemerintahan

baginda misalnya Darul Funun (1909) yang kemudiannya dikenali sebagai Universiti Istanbul.
8
Usaha Abdul Hamid II dalam pendidikan digiatkan lagi dengan penubuhan Kolej Diraja

Syahaniah (sekolah sains politik), dan Akademi Sains Ekonomi dan Politik (1883) bagi

melahirkan pakar-pakar dalam ekonomi dan politik dalam pentadbiran. Bagi memastikan

dasar pendidikan Uthmaniyah mencapai misinya iaitu kesetiaan dan manghasilkan tenaga

mahir, menteri pendidkan telah dilantik dan diletak di bawah medis-I umar’u nafa (council of

public mortes). Polisi ini adalah bertujuan bagi melahirkan pekerja awam yang berkebolehan

dan setia pada kerajaan. 9 Oleh sebab itulah kebanyakkan pekerja merupakan dari kalangan

rakyat Uthmaniyah sendiri tidak lagi mengharapkan bantuan tenaga dari orang asing. Sistem

pendidikan Uthmaniyah juga merupakan model pendidikan dari Perancis. Jelas terbukti,

apabila Jean Victor Duruy turut dijemput ke Uthmaniyah. 10 Abdul Hamid II fokus pada

Undang-undang Pendidikan Awam 1869 semasa era tanzimat yang diinspirasikan dari

Perancis dan menubuhkan sekolah ketenteraan. 11 Sekolah ketenteraan (Kolej ketenteraan)

yang merangkumi Kolej Tentera Darat dan Kolej Tentera Laut telah dimajukan di samping

penubuhan Kolej Kedoktoran mengikut model terkini. Kolej dan akademi yang ditubuhkan

merupakan kategori sekolah tinggi dan jumlah institusi tinggi ini mencapai 18 buah semasa

era Hamidian. 12 Teras silibus pendidikan empayar ini adalah berasaskan keagamaan dan

pendidikan moral yang mana dalam pembelajaran pelajar ditekankan tentang ketaatan pada

8
Britannica, Editors of Encyclopaedia. "Ottoman Empire: Rule of Abdul Hamid II."
https://www.britannica.com/biography/Abdulhamid-II. Diakses pada 20/11/2018
9
Kasaba, Resat. History of Turkey. Turkey in Modern World. Vol. 4, United States, America: Cambridge University
Press, 2008. hlm 50
10
Ibid. hlm 55
11
Ibid. hlm 80
12
Zain, Farid Mat. Daulah Uthmaniyah Dan Alam Melayu. Shah Alam, Selangor: Karisma Publication Sdn Bhd,
2009. hlm 174
khalifah dan sultan. Setiap guru juga wajib mengajar mengikut sukatan yang disediakan dan

bagi memastikan guru melaksanakannya, baginda telah mewujudkan agen perisikan untuk

memantau guru agar mematuhi peraturan tersebut. Menariknya, Abdul Hamid II juga

memperkenalkan sistem kad moral prestasi pelajar (moral report card) yang mana pelaksanaan

sistem ini bertujuan untuk mengawasi tingkah laku dan displin pelajar selain mengetahui

perkembangan prestasi pelajar di sekolah. Kandungan buku teks juga turut ditapis sebelum

diterbitkan.13 Pembaharuan pendidikan di era Hamidian yang bermotifkan kesetiaan kepada

sultan dan empayar bertujuan untuk menanam semangat jihad dalam diri rakyat sekaligus

mengelakkan pelajar yang berfikiran konservatif seperti gerakan nasionalis yang terjadi di

Mesir hasil pendidikan yang diterima pelajar di Universiti al Azhar, Kaherah. Oleh itu, Abdul

Hamid II seboleh bolehnya mengawasi sistem pendidikan Uthmaniyah dengan ketat kerana

percaya sistem pendidikan yang tidak dikawal akan melahirkan golongan agresif yang akan

membawa kepada gerakan mubaligh seterusnya akan membahayakan empayar kerana melalui

pengajaran berkaitan ketenteraan, hal perdagangan dan kebudayaan di sekolah luar

Uthmaniyah akan menukarkan pemuda pemudi Turki kepada penentangan agama dan wilayah

mereka.

13
Kasaba, Resat. History of Turkey. Turkey in Modern World. Vol. 4, United States, America: Cambridge University
Press, 2008. hlm 52
3.0 Kegagalan Sultan Abdul Hamid II dalam pemerintahan.

3.1 Krisis Armenian

Sepanjang pemerintahan Sultan Abdul Hamid II, berbagai tekanan yang dihadapi oleh

baginda dalam membangukan semula era kegemilangan Uthmaniyah. Konflik yang berbagai

misalnya konflik dalaman kaum, pergolakan dari negara jiran dan tekanan dari kuasa Barat

telah menjerumuskan Uthmaniyah kepada dua tragedi iaitu Krisis Armenian (1890) dan

konflik dengan Greece (1897). Krisis Armenian (1890) mula tercetus disebabkan kebangkitan

daripada krisis Balkan. Hal ini melibatkan kaitan antara agama, tekanan etnik, rusuhan

terhadap isu kutipan cukai, rekahan dalam golongan paderi, penentangan terhadap kepimpinan

tradisional serta kurang minat untuk memerhati kuasa Barat mendorong dua konflik ini

berlaku sewaktu era Hamidian. Di Armenia, dua pertubuhan aktivis iaitu Hunchak dan

Dashnaktsutiun yang diasaskan oleh dua orang buangan Armenian di Geneva (1887) dan di

Tiblisi (1890). Adaptasi dari strategi nasionalis Bulgarian pada 1870, revolusi Armenia ini

turut mengamalkan keganasan sebagai pembalasan terhadap kaum muslim dan hal ini telah

melibatkan campur tangan antarabangsa. Oleh itu, sebagai langkah untuk mengawal krisis ini,

Abdul Hamid II telah membentuk regimen Hamidian yang terdiri daripada pasukan tentera

Kurdish. Suatu pembunuhan beramai-ramai telah bermula di Sasun yang mana tentera Turki

atau dikenali dengan Fourth Army Corps telah melancarkan serangan ke atas Armenian.

Dalam serangan tersebut, kira 25 perkampungan Armenian telah dibakar dan ramai orang

Armenian telah terbunuh.14

14
Pears, Sir Edwin. The Middle East Collection : Life of Abdul Hamid. United States, America: Arno Press, 1973.
hlm 230
Krisis ini berpanjangan dengan serang menyerang antara Armenian dengan puak kerajaan

sehinggalah pada tahun 1894 yang menjadi titik permulaan kepada tragedi ini apabila unit

Hamidian membalas respon terhadap siri provokasi yang semakin meningkat dengan

melakukan penyembelihan secara besar-besaran di Sasun. Bermula tahun 1894 sehingga

1896, ramai rakyat Armenia di timur Anatolia disembelih dan ramai juga yang melarikan diri

dari empayar. Keadaan ini telah menarikperhatian dari kuasa luar. Sejajar dengan peristiwa

tersebut, Sultan Abdul Hamid II telah digelar sebagai ‘The Red Sultan’ kerana kelemahan

beliau dalam mengatasi masalah pemberontakan di wilayah hingga mengundang peristiwa

berdarah itu. Gelaran Red Sultan sebenarnya suatu hinaan yang dilemparkan terhadap Abdul

Hamid II kerana diibaratkan membiarkan saja darah mengalir. Berikutan daripada tragedi

kejam itu, pada September 1895, demostrasi di Istanbul telah dilancarkan oleh parti politik

Armenian.Pada 1896, Parti politik Hunchaks turut memasang strategi baru yang lebih

mendesak iaitu terus menyerang kerajaan melalui kerjasama dengan Sublime Port dengan

melemparkan bom sewaktu perjalanan Abdul Hamid untuk solat jumaat. Kesannya, seramai

20 orang pengawal baginda maut dalam kejadian manakala baginda dikatakan hilang sewaktu

pengeboman tersebut.15 Detik itu telah membawa kepada kejatuhan Abdul Hamid II secara

perlahan-lahan.

3.2 Ancaman Gerakan Turki Muda

Tindakan Sultan Abdul Hamid II yang membekukan perlembagaan 1876 dan memecat

Midhat Pasha telah mengundang kemarahan para pemikir liberalism. 16 Baginda mengambil

15
Kasaba, Resat. History of Turkey. Turkey in Modern World. Vol. 4, United States, America: Cambridge University
Press, 2008. Hlm 55
16
Gisela, Tamara. "Pemikiran Gerakan Turki Muda Dalam Upaya Menjatuhkan Sultan Abdul Hamid Ii (1876-1909)."
X, no. 1 (2017). hlm 59
langkah tersebut bagi memastikan kemajuan yang akan dibangunkan berasasakan tradisi

golongan absolutis dan pemerintahan secara kuku besi dengan kaedah moden dapat

dilaksanakan. Selain itu juga, tindakan pengantungan perlembagaan 1876 bermotifkan untuk

mempertahankan hak dan kekuasaan sultan dalam pentadbiran sehingga mengugut untuk

menghukum sesiapa yang dianggap membahayakan kedudukannya. Pemerintahan Abdul

Hamid II yang bersifat autokratik itu telah membawa kepada gerakan Turki Muda yang

muncull dari kalangan mahasiswa Akademi Ketenteraan di Istanbul. 17 Kesatuan Turki Muda

(1895-1908) memperjuangkan kerajaan berperlembagaan dan pemerintahan berparlimen.

Idea ini tercetus kerana dipengaruhi oleh pengaruh Barat. Pada 3 Jun 1908 M, suatu liga

tentera sulit atau dikenali sebagai Revolusi Turki Muda telah merancang untuk mendesak

Abdul Hamid II bagi mengembalikan semula perlembagaan 1876 yang pernah dibubarkan.

Desakan ini mendapat sokongan dari masyarakat termasuklah masyarakat Macedonia yang

menyatakan kepatuhan mereka terhadap Turki Muda. Akhirnya, Abdul Hamid II terpaksa

menandatangani perlembagaan tersebut pada 1908 setelah dicabar dengan pemberontakan

yang berlaku di Salonika. 18 Keadaan ini mendesak beliau untuk menghidupkan semula

perlembagaan kerana sedar akan penentangan rakyat yang tidak puas hati terhadap

pemerintahan baginda. Pemulihan perlembagaan oleh Turki Muda telah memdapat pujian dari

masyarakat kerana memberikan harapan dan kebebasan baru bagi masyarakat yang merasa

tertindas semasa pemerintahan Abdul Hamid II. Tidak dinafikan pemerintahan Abdul Hamid

II menampakkan kemajuan dan perubahan yang memberangsangkan walaupun Uthmaniyah

17
Ibid. 60-61
18
Hodgson, Marshall G.S. Kebangkitan Islam : Gambaran Dan Sejarah Dalam Tamadun Dunia Jilid 3 - Empayar
Serbuk Letupan Dan Zaman Moden. Translated by Mohd Radzali Masrun. Kuala Lumpur, Malaysia: Dewan
Bahasa dan Pustaka, 2004. hlm 303-304
ketika itu sudah nazak kesan pemerintahan terdahulu yang dibebani dengan hutang hampir

300 Lira Emas bersamaan 150 juta pound British. Namun begitu, dasar pentadbiran berkuasa

mutlak di tangan sultan mendapat tentangan dari golongan muda yang mahukan pemerintahan

yang lebih efisen melalui pembahagian kuasa di peringkat parlimen. Sikap Abdul Hamid II

yang ‘gila kuasa’ dan keras dalam pemerintahan inilah telah membawa kepada pengakhiran

baginda sebagai khalifah uthmaniyah. Tidak kurang juga gerakan Zionisme yang berpakat

dengan gerakan Turki Muda untuk menjatuhkan baginda menjadi realiti apabila akhirnya pada

tahun 1909, Abdul Hamid II telah dipecat dari takhta kesan tekanan kuat dari Kesatuan Turki

Muda dan digantikan dengan Sultan Mehmed V berfungsi sebagai boneka yang hanya

mengikut telunjuk kesatuan ini. 19

4.0 Kesimpulan

Walaupun pelbagai hinaan yang diterima Abdul Hamid II terhadap kelemahan beliau

dalam mengawal pemberontakan yang berlaku dalam wilayah, namun meletakkan kesalahan

kepada beliau terhadap kejatuhan Daulah Uthmaniyah adalah sama sekali tidak wajar. Hal ini

kerana, Abdul Hamid II sendiri terpaksa mewarisi Uthmaniyah yang ketika itu sudah di

ambang kejatuhan kerana tunggakan hutang luar negeri. Selain itu tekanan dari kuasa Eropah,

campur tangan Barat, ancaman Zionisme dan ahli politik yang membelot juga punca yang

membawa keruntuhan empayar agung ini. Kelemahan pemerintahan yang disebabkan faktor

luaran inilah menyebabkan baginda tidak mampu untuk mempertahankannya lagi didorong

dengan gerakan Turki Muda yang berpakat dengan kuasa Barat untuk menggulingkan

19
Mohamad Fauzi Zakaria, "Zionisme Dan Peranannya Di Dalam Menjatuhkan Kerajaan Uthmaniyah Di Awal Abad
Ke 20." In Baldatun Tayyibah Model Uthmaniyah, Sejarah Perkembangan Dan Kejatuhan Pemerintahan
Islam Uthmaniyyah: Teladan Dan Sempadan, edited by Mohd Roslan Mohd Nor and Mohamad Zamri Bin
Mohamed Shapik. Shah Alam, Selangor: Persatuan Ulama Malaysia, 2011. hlm 85
baginda. Walaupun Uthmaniyah ketika itu sudah tenat, namun baginda masih tetap

menjalankan pemerintahan dengan baik dengan melaksanakan pelbagai pembaharuan dan

pemodenan. Akhlak dan kebijaksaan yang dimiliki baginda dalam mengurusi kaum muslimin

juga menyebabkan namanya sering disebut dalam doa-doa di setiap solat Jumaat di seantero

bumi. Desakan gerakan Zionisme untuk menguasai Palestin dengan memberikan tawaran

istimewa kepada baginda tidak memberi hasil apa-apa kerana Abdul Hamid II tetap dengan

pendirian baginda yang akan mempertahankan bumi milik orang islam dan tidak akan

memperjudikan masa depan Palestin kepada Yahudi. Bermula dari itu, kaum Yahudi dan

Zionisme mula merancang untuk menumbangkan baginda. Pada malam 27 April 1909, ia

menjadi titik gelap Uthmaniyah apabila Sultan dipaksa untuk melepaskan jawatan melalui

fatwa penggulingan yang dikeluarkan oleh Senator Syeikh Hamdi Afandi Mali. Kedatangan

perwakilan atas nama 240 anggota Parlimen di bawah tekanan Turki Muda di istana Yildiz

telah memberi kejutan besar buat baginda sekeluarga kerana dipecat serta merta. Pada malam

itu juga, baginda sekeluarga telah diusir dari bumi Khilafah ke istana lama Yahudi di Salonika.

Kekecewaan dan penderitaan yang ditanggung Abdul Hamid II kerana penyingkiran baginda

dalam Daulah Uthmaniyah dapat dilihat jelas melalui surat yang diutuskan kepada gurunya

iaitu syekh Mahmud Abu Shamad berikutan peristiwa pemecatan baginda. Sekian lama

baginda sekeluarga telah dikurung di istana lama tersebut tanpa sebarang perabot serta tingkap

dan jendela juga dilarang buka. Pada 1912, baginda kemudian dihantar pulang ke Istanbul

manakala anak-anak baginda dipisah pisahkan dan dibuang ke Perancis dan mengemis di

lorong-lorong jalan. Pembuangan di Istana Beylerbeyi Istanbul di Salonika juga sama sahaja

keadaannya di istana Yahudi sebelum ini malah lebih parah kerana dapat digambar sebagai di

penjara kerana baginda dan anggota keluarga yang masih tinggal di sana diawasi ketat dan
tidak dibenarkan untuk keluar hatta ke perkarangan istana melainkan untuk solat Jumaat di

luar istana. Seluruh harta Sultan termasuk tabungan baginda untuk ketenteraan juga

diserahkan secara paksa dan kerapkali mereka diancam bunuh. Pada 10 Februari 1918,

penderitaan jiwa dan raga Sultan Abdul Hamid II sampai di penghujungnya apabila baginda

akhirnya menghembuskan nafas terakhir selepas menderita paru-paru setelah enam dikurung

di Beylerbeyi. Abdul Hamid II benar-benar dikuarantinkan dari dunia luar dan disekat

menerima rawatan.20 Pemergian Abdul Hamid II benar-benar diratapi oleh seluruh penduduk

Istanbul kerana mereka baru sedar akan tindakan bodoh yang tidak mempertahankan baginda

sewaktu pengulinggan baginda sebaliknya menyokong tindakan Turki Muda yang sebenarnya

mendatangkan kesan yang lebih buruk kepada Daulah Uthmaniyah. Kesungguhan Abdul

Hamid II dalam membangunkan semula Uthmaniyah wajar dipuji kerana berjaya

mempertahankan kedudukan Daulah dan melambat-lambatkan keruntuhan sistem khilafah

Islamiyah bahkan berjaya memanjangkan tempoh pemerintahan baginda sehingga 33 tahun

lamanya walaupun terpaksa berhadapan dengan pelbagai kesukaran.

20
"Menelusuri Kerajaan Khilafah Uthmaniyah: Sultan Abdul Hamid II ( 1842-1918)."
http://www.haluan.org.my/v5/palestin/sejarah-a-fakta/1221-menelusuri-kejatuhan-khilafah-utsmaniyah-
sultan-abdul-hamid-ii-1842-1918. Diakses 20/11/2018
Bibiliografi

Abdul Latip Talib. "Sultan Abdul Hamid II."

https://books.google.com.my/books?id=FVl5DAAAQ. Diakses 12/11/2018

Editors of Encyclopaedia Britannica. "Ottoman Empire: Rule of Abdul Hamid II."

https://www.britannica.com/biography/Abdulhamid-II. Diakses 20/11/2018

Farid Mat Zain. Daulah Uthmaniyah Dan Alam Melayu. Shah Alam, Selangor: Karisma

Publication Sdn Bhd, 2009.

Marshall G.S Hodgson. Kebangkitan Islam : Gambaran Dan Sejarah Dalam Tamadun Dunia

Jilid 3 - Empayar Serbuk Letupan Dan Zaman Moden. Translated by Mohd Radzali

Masrun. Kuala Lumpur, Malaysia: Dewan Bahasa dan Pustaka, 2004.

Mohamad Fauzi Zakaria. "Zionisme Dan Peranannya Di Dalam Menjatuhkan Kerajaan

Uthmaniyah Di Awal Abad Ke 20." In Baldatun Tayyibah Model Uthmaniyah, Sejarah

Perkembangan Dan Kejatuhan Pemerintahan Islam Uthmaniyyah: Teladan Dan

Sempadan, edited by Mohd Roslan Mohd Nor and Mohamad Zamri Bin Mohamed

Shapik. Shah Alam, Selangor: Persatuan Ulama Malaysia, 2011.

Resat Kasaba. History of Turkey. Turkey in Modern World. Vol. 4, United States, America:

Cambridge University Press, 2008.

Sir Edwin Pears. The Middle East Collection : Life of Abdul Hamid. United States, America:

Arno Press, 1973.

Tamara Gisela. "Pemikiran Gerakan Turki Muda Dalam Upaya Menjatuhkan Sultan Abdul

Hamid Ii (1876-1909)." X, no. 1 (2017).


"Menelusuri Kerajaan Khilafah Uthmaniyah: Sultan Abdul Hamid Ii ( 1842-1918)."

http://www.haluan.org.my/v5/palestin/sejarah-a-fakta/1221-menelusuri-kejatuhan-

khilafah-utsmaniyah-sultan-abdul-hamid-ii-1842-1918. Diakses 20/11/2018

Anda mungkin juga menyukai