Anda di halaman 1dari 35

Topikȱ1X Pengenalanȱ

Ilmuȱȱ
Linguistikȱ
HASIL PEMBELAJARAN
Di akhir topik ini, anda seharusnya dapat:
1. Mendefinisikan ilmu linguistik;
2. Menyatakan bidang-bidang kajian ilmu linguistik;
3. Mengkelaskan linguistik sebagai satu disiplin ilmu;
4. Menyatakan struktur, fungsi dan pengalaman bahasa;
5. Mengenal pasti peranan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP);
6. Menerangkan penggunaan bahasa Melayu dalam pengajaran dan
pembelajaran;
7. Meringkaskan pembinaan tamadun Melayu dan penyerapan bahasa
asing; dan
8. Menjelaskan peranan faktor pembentuk bahasa.
2 X TOPIK 1 PENGENALAN ILMU LINGUISTIK

X PENGENALAN
Bidang linguistik merupakan bidang yang telah lama
dikaji oleh pengkaji bahasa di Malaysia dan serata
dunia. Pengkajian bidang ini adalah penting sejak
dahulu hingga kini. Tidak hairanlah, subjek ini diajar
di peringkat tinggi seperti di institusi pengajian tinggi,
institut perguruan, hingga ke peringkat yang lebih
rendah, iaitu di sekolah-sekolah. Jelasnya, subjek ini
terus menjadi penting, walaupun negara telah menuju
ke arah globalisasi yang menjadikan teknologi sebagai
fokus utama. Walaupun pada masa ini, bidang
teknologi diberi perhatian oleh kerajaan, namun ilmu
linguistik terus diberi perhatian untuk mengimbangi
keperluan rohaniah di kalangan rakyat.

Berdasarkan kepentingan yang telah disebutkan, dalam topik permulaan ini,


pelajar akan didedahkan kepada definisi, latar belakang, bidang dan cabang ilmu
linguistik. Kesemua subbidang ini akan disentuh memandangkan
kepentingannya dalam memberi gambaran kasar terhadap ilmu linguistik
sebelum kita mendalami bidang ini dengan mempelajari topik-topik yang
seterusnya.

SEMAK KENDIRI 1.1

Apakah yang anda faham dengan ilmu linguistik? Adakah anda fikir
ilmu linguistik perlu dikuasai oleh guru di sekolah-sekolah, khususnya
guru Bahasa Melayu?

1.1 DEFINISI LINGUISTIK


Istilah linguistik berasal daripada perkataan Latin lingua yang membawa
maksud ÂbahasaÊ. Dalam bahasa-bahasa „Roman‰ (iaitu bahasa-bahasa yang
berasal daripada bahasa Latin), masih ada kata-kata serupa dengan lingua Latin
itu; iaitu langue dan langage dalam bahasa Perancis, dan lingua dalam bahasa
Itali. Seterusnya, bahasa Inggerís memungut kata daripada bahasa Perancis ini
menjadi language. Istilah linguistics dalam bahasa Inggerís adalah berkaitan
dengan kata language tersebut, seperti juga dalam bahasa Perancis, istilah
linguistique adalah berkaitan dengan language. Dalam bahasa Melayu pula,
istilah linguistik merupakan nama bagi bidang ilmu, dan kata adjektifnya adalah
linguistic atau „linguistik‰.
TOPIK 1 PENGENALAN ILMU LINGUISTIK W 3

Ferdinand de Saussure (1916), yang merupakan bapa linguistik moden berbangsa


Swiss, dalam bukunya Cours de Linguistique Generale telah membezakan kata
Perancis langue dan langage. Selain itu, beliau juga turut membezakan istilah
parole (tuturan) berdasarkan kedua-dua istilah tersebut.

Menurut beliau lagi, langue merupakan suatu „sistem‰. Manakala, istilah


langage boleh diertikan sebagai bahasa khas yang ada pada penutur bahasa
seperti yang terdapat dalam ucapan „Di mana manusia memiliki bahasa,
binatang juga memiliki bahasa, tetapi tidak tuturan‰. Parole yang merupakan
ÂtuturanÊ pula adalah bahasa, sebagaimana yang dipakai secara konkrit dan
merujuk kepada ÂloghatÊ,ÊucapanÊ, dan ÊperkataanÊ. Dalam bidang kajian ilmu
linguistik, kebanyakan para sarjana bahasa sering menggunakan istilah Perancis
ini (langue, langage dan parole) sebagai suatu istilah profesional.

Di dalam bahasa Melayu, istilah ahli linguistik disebut „linguis‰ yang dipinjam
daripada istilah bahasa Inggeris linguist. Manakala dalam penggunaan bahasa
Inggeris seharian, istilah linguist merujuk kepada makna Âseseorang yang fasih
dalam berbagai bahasaÊ. Sebagai contoh, ungkapan ÂHe is quite a linguistÊ yang
bererti ÂDia fasih dalam beberapa bahasaÊ. Dalam istilah ilmiah pula, linguist
dapat diertikan sebagai ahli bahasa. Berdasarkan keterangan tersebut, kita dapat
merumuskan bahawa orang yang fasih dalam menguasai berbagai bahasa tidak
sama dengan ahli linguistik. Dengan itu, dapat disimpulkan bahawa kita perlu
membuat perbezaan di antara kata bahasa Inggeris linguist di dalam bahasa
seharian dengan istilah linguist sebagai ahli linguistik.

Ilmu linguistik dikatakan bersifat umum. Umum di sini bermaksud bahawa


bidang kajian ilmu linguistik ini tidak bersifat spesifik, yakni hanya menyelidik
kepada bahasa-bahasa tertentu sahaja. Ilmu linguistik sebenarnya merujuk
kepada bahasa secara umum. Ini bertepatan dengan pandangan Ferdinand de
Saussure (1857) yang merumuskan bahawa ilmu linguistik tidak hanya meneliti
salah satu langue sahaja, tetapi merangkumi bahasa atau language secara umum.

Selain itu, kajian ilmu linguistik meliputi bahasa-bahasa di dunia yang berbeza
sifatnya. Dengan wujudnya kelainan bahasa-bahasa tersebut, maka bidang kajian
linguistik dikatakan bersifat umum. Kelainan bahasa-bahasa ini merupakan
bidang kajian ahli linguistik.

Ilmu linguistik juga dikatakan sebagai ilmu pengetahuan spesifik. Ini bermakna
bidang kajian linguistik, seperti juga disiplin ilmu yang lain, mempunyai sistem
yang teratur bagi merealisasikannya sebagai salah satu bidang ilmu yang
dipelajari. Selain itu, ilmu linguistik dikaitkan juga dengan ilmu yang bersifat
empiris. Ini bermakna ilmu linguistik dan bidang ilmu yang lain dikaitkan
dengan fakta dan data yang dapat diuji kesahihannya oleh ahli-ahli tertentu dan
semua ahli yang lain.
4 X TOPIK 1 PENGENALAN ILMU LINGUISTIK

Di dalam kajian ilmu linguistik ini juga, bahasa sering dikaitkan sebagai objek
bagi kajian bidang ini. Istilah-istilah bahasa di dalam kajian ilmu linguistik pula
dikaitkan dengan pelbagai tafsiran. Umpamanya, bahasa dikaitkan dengan erti
kiasan yang membawa pelbagai tafsiran makna. Selain daripada itu, bahasa juga
dikaitkan dengan istilah harfiah, yakni dalam ungkapan „ilmu bahasa‰ seperti
dalam contoh bahasa Melayu, bahasa Indonesia dan sebagainya. Dalam
menjelaskan tafsiran bahasa, istilah harfiah ini dianggap sebagai objek dalam
bidang ilmu kajian linguistik.

Terdapat banyak definisi linguistik yang telah dikemukakan oleh ahli linguistik
sejak dahulu hingga kini. Banyak definisi yang dikemukakan oleh mereka
berfokus kepada pengertian kata linguistik itu sendiri yang membawa pelbagai
tafsiran yang berbeza di kalangan mereka. Menurut Verhaar (1985:1), kata
linguistik berasal daripada kata Latin iaitu lingua yang bermaksud bahasa.
Pandangan tentang definisi ilmu linguistik ini turut disentuh oleh Langacker
(1987). Menurut beliau, linguistik adalah kajian terhadap bahasa manusia. Ini
bermakna linguistik mengkaji bahasa-bahasa yang dihasilkan oleh manusia
melalui alat-alat pertuturan tertentu yang membawa pelbagai makna.

Seterusnya, David Crystal (1973) menjelaskan linguistik sebagai kajian bahasa


secara saintifik. Ini bermakna bahawa bahasa-bahasa yang dikaji mesti dilihat
sebagai satu disiplin ilmu yang tersusun serta mempunyai organisasi tersendiri.
Selain itu, saintifik juga merujuk kepada sesuatu ilmu yang mempunyai ciri
keesahan dan kebolehpercayaan dari segi mutu dan kesahihan fakta. Pandangan
yang sama berkaitan kajian bahasa secara saintifik ini turut dikemukakan oleh
John Lyons (1968:89). Menurut beliau, linguistik adalah „The scientific study of
language‰. Pandangan kedua-dua tokoh ini memperlihatkan bahawa perlunya
linguistik dikaji seperti juga disiplin ilmu lain yang juga memperlihatkan ciri-ciri
saintifik.

Verhaar (1993) menjelaskan linguistik sebagai satu kajian ilmu bahasa. Menurut
beliau, pengertian kata ÂlinguistikÊ merujuk kepada bagaimana suatu kajian
bahasa itu dilaksanakan. Berdasarkan pandangan tersebut, kajian ilmu bahasa
mencakupi bidang ilmu yang sangat luas. Ia merangkumi bidang linguistik
secara khusus; iaitu linguistik sinkronik, linguistik diakronik, linguistik
deskriptif dan linguistik preskriptif. Linguistik sinkronik merujuk kepada kajian
pada suatu bahasa dan masa tertentu. Linguistik diakronik pula menumpu
kepada kajian yang dibuat mengikut perkembangan masa dan perbandingan
bahasa. Linguistik deskriptif pula menumpu kepada huraian beberapa
kemungkinan yang ada di dalam sesuatu bahasa, tanpa penentuan betul dan
salah. Manakala, linguistik preskriptif membentuk norma atau menentukan yang
mana betul dan yang mana salah di dalam pemerian bahasa. Bidang linguistik ini
juga termasuklah linguistik jati yang memberi huraian atau deskripsi tentang
TOPIK 1 PENGENALAN ILMU LINGUISTIK W 5

sesuatu bahasa tanpa kaitannya dengan bidang lain dan linguistik terapan, iaitu
mengkaji segala bidang linguistik yang dikaitkan dengan bidang lain.

Berdasarkan pandangan tokoh-tokoh tersebut, kita dapat merumuskan bahawa


linguistik merupakan bidang yang memerlukan kajian yang mendalam dan teliti
yang memberi penekanan kepada bidang kajian bahasa secara khusus serta
menghubungkan bahasa dengan ilmu disiplin yang lain.

1.2 BIDANG KAJIAN LINGUISTIK


Kajian linguistik meliputi bidang yang luas. Antara kajian linguistik yang perlu
diketahui oleh pelajar ialah fonetik dan fonologi, morfologi, sintaksis,
leksikografi, semantik, pragmatik, linguistik sinkronik dan linguistik diakronik,
linguistik teoritis dan linguistik terapan. Sila rujuk Rajah 1.1. Di dalam modul ini,
tiga bidang utama sahaja akan disentuh, iaitu bidang fonetik dan fonologi,
morfologi dan sintaksis.

Rajah 1.1: Kajian Ilmu Linguistik/Bahasa


Penerangan mengenai bidang fonetik, fonologi, morfologi dan sintaksis adalah
seperti berikut:
ȱ
6 X TOPIK 1 PENGENALAN ILMU LINGUISTIK

(a) Fonetik dan Fonologi


Pertuturan bahasa melibatkan „bunyi-bunyi bahasa‰. Bunyi-bunyi bahasa
yang dihasilkan berbentuk tertentu dan berbeza menurut bahasa tertentu.
Kesemua bunyi yang dihasilkan merupakan bidang kajian ilmu fonetik dan
fonologi. Fonetik meneliti bunyi bahasa menurut cara sebutannya dan sifat-
sifat akuastiknya, manakala ilmu fonologi pula meneliti bunyi-bunyi
bahasa tertentu mengikut fungsi, susunan dan strukturnya.

Kita dapat melihat fungsi fonetik dan fonologi ini dengan menjelaskannya
bersertakan contoh yang memaparkan wujudnya perbezaan penelitian
mengikut bidang kajian masing-masing. Sebagai contoh, bunyi „p‰ yang
secara lazimnya menurut sifat fonetiknya diapit oleh tanda condong. Ia
disebut dengan menutup kedua-dua bibir dan melepaskannya sehingga
udara keluar dengan „menghasilkan suatu bunyi letupan‰. Penghasilan
bunyi „p‰ tersebut merupakan deskripsi fonetik sahaja.

Seterusnya, jika dua bunyi yang secara fonetik mempunyai perbezaan


tertentu, ia dikatakan berbeza fonologinya. Perbezaan tersebut
memperlihatkan perbezaan makna. Ini bermakna dua bunyi tersebut
dikatakan mempunyai perbezaan fonologi jika bunyi-bunyi tersebut
memperlihatkan perbezaan makna. Sebagai contoh, di dalam bahasa
Melayu, bunyi „p‰ dan „t‰ berbeza dari segi fungsional atau secara
fonologi. Ia disebut sebagai pasangan minimum kerana kata-kata yang
dihasilkan oleh kedua-dua bunyi tersebut berbeza dari segi kata-kata yang
dihasilkan, seperti dalam contoh kata „padi‰ dan „tadi‰. „Padi‰ merujuk
kepada sejenis tanaman, manakala „tadi‰ merujuk kepada kata keterangan
masa. Jelas, perbezaan pasangan minimum tersebut memperlihatkan
wujudnya tafsiran makna yang berlainan bagi kedua-dua kata tersebut.
Perbezaan makna yang dibawa oleh bunyi-bunyi tersebut merupakan
bidang kajian ilmu fonologi.

(b) Morfologi
Nik Safiah Karim et al. (1993) mentakrifkan morfologi sebagai „bidang ilmu
bahasa yang mengkaji struktur, bentuk dan penggolongan kata‰, manakala
Arbak Othman (1968) menjelaskan morfologi sebagai peninjauan linguistik
yang menitikberatkan hubungan antara morfem dan varian morfem.
Sebagai rumusan, dapat disimpulkan bahawa morfologi ialah bidang yang
mengkaji cara kata dibentuk. Bentuk kajian morfologi yang terkecil ialah
morfem dan bentuk yang terbesar ialah kata. Kata mempunyai bentuk yang
bebas, bermakna dan dapat berdiri sendiri manakala morfem terdiri
daripada dua bahagian, iaitu bentuk bebas dan bentuk terikat.

Kata-kata yang dibentuk lahir daripada kata yang terdapat di dalam


sesuatu bahasa dan juga melalui proses-proses tertentu. Kata yang
TOPIK 1 PENGENALAN ILMU LINGUISTIK W 7

dilahirkan melalui kata tertentu; sebagai contoh di dalam bahasa Melayu


merupakan kata yang dihasilkan di dalam bahasa Melayu itu sendiri.
Manakala, kata yang melalui proses tertentu pula ialah melalui proses
pengimbuhan, penggandaan dan pemajmukan. Melalui proses
pengimbuhan kata dasar, kata yang dihasilkan ialah kata terbitan. Melalui
proses penggandaan, kata yang dihasilkan merupakan kata ganda dan
melalui proses pemajmukan pula, kata yang dihasilkan merupakan kata
majmuk.

Di dalam bahasa Melayu, terdapat bentuk kata utama; yakni kata nama,
kata kerja, dan kata adjektif. Contoh kata nama ialah „sabun‰, „cangkul‰,
dan „penyapu‰. Contoh kata kerja pula ialah kata „gerak‰, „kumpul‰, dan
„letup‰ manakala contoh kata adjektif ialah kata „baik‰, „gemuk‰ dan
„panjang‰. Selain kata utama, terdapat juga kata tugas yang mempunyai
tugas tertentu, sama ada di dalam perkataan atau binaan ayat.

(c) Sintaksis
Perkataan ÂsintaksisÊ berasal daripada perkataan Yunani ÂsuntuteinÊ yang
bermaksud menyusun atau susunan. Di dalam bidang linguistik, „sintaksis
bermaksud kajian pembentukan ayat‰.

Menurut Kamus Linguistik (1997), sintaksis ialah „cabang ilmu linguistik


yang mengkaji proses pembentukan ayat‰, seperti penyusunan kata kepada
ayat dan cara hubungan antara kata di dalam ayat. Nik Safiah Karim et al.
(1986) mendefinisikan sintaksis sebagai „bidang linguistik yang mengkaji
proses pembinaan ayat‰. Abdullah Hassan (1981) menyatakan sintaksis
ialah „istilah untuk mengkaji pembentukan ayat‰, iaitu bagaimana morfem
dan kata disusun menjadi unit sintaksis yang kecil iaitu frasa, atau menjadi
klausa, dan ayat merupakan inti terbesar. Asmah Hj. Omar (1968) turut
mendefinisikan sintaksis sebagai „bahagian daripada linguistik deskriptif
atau sinkronis yang mempelajari kombinasi kata di dalam rangkai kata dan
ayat‰.

Berdasarkan pandangan tersebut, kita dapat merumuskan bahawa sintaksis


sebagai bidang ilmu bahasa yang mengkaji „bentuk, struktur dan binaan
ayat‰. Ia sebenarnya mengkaji konstruksi ayat, iaitu mengkaji bagaimana
ayat dibentuk bermula dengan penyusunan perkataan untuk membentuk
frasa, klausa dan seterusnya ayat. Bidang kajian sintaksis pula meliputi
perkataan, frasa, klausa dan ayat.

Kajian sintaksis melibatkan kajian tentang bentuk, struktur dan binaan ayat
serta hukum atau rumus tatabahasa yang mendasari cara penggabungan
dan penyusunan perkataan atau kelompok perkataan untuk membina ayat.
8 X TOPIK 1 PENGENALAN ILMU LINGUISTIK

Ayat yang terhasil melalui penyusunan rangkaian perkataan yang


membentuk frasa dan daripada gabungan frasa ini membentuk klausa dan
seterusnya ayat. Di dalam erti kata lain, ayat terdiri daripada konstituen
frasa dan konstituen klausa. Kedua-dua konstituen ini terbina daripada
susunan perkataan. Oleh itu, dalam sesebuah ayat terdapat unsur kata atau
perkataan, frasa dan klausa.

Kajian sintaksis juga melibatkan aspek perbezaan binaan ayat melalui jenis-
jenis ayat dan ragam ayat; seperti ayat penyata, ayat perintah, ayat seruan,
ayat tanya, ayat aktif dan ayat pasif.

Sintaksis merupakan cabang daripada ilmu linguistik yang membicarakan


tentang wacana, ayat, klausa dan frasa. Di dalam bahasa Inggeris, istilah
sintaksis disebut syntax. Untuk menjelaskan urutan sintaksis ini, lihat
sahaja contoh ayat berikut:

Seorang pelajar sedang belajar di perpustakaan.

Berdasarkan contoh ayat tersebut, ia terdiri daripada satu klausa yang


terdiri daripada subjek; iaitu „seorang pelajar‰ dan predikat ialah „sedang
belajar‰ dan keterangan iaitu „di perpustakaan‰. Setiap klausa tersebut
terdiri daripada beberapa kesatuan frasa bagi membentuk ayat. Sebagai
rumusan, sintaksis membicarakan bagaimana gabungan beberapa frasa
bagi membentuk klausa dan seterusnya gabungan beberapa klausa akan
membentuk ayat.

1.3 LINGUISTIK SEBAGAI SATU DISIPLIN


Linguistik merupakan suatu disiplin ilmu yang dapat berdiri sendiri dan bersifat
autonomi. Menurut Koentjaraningrat (1997), linguistik meliputi ilmu yang
berkait dengan ilmu sosial dasar. Sebagai suatu cabang ilmu pengetahuan,
linguistik mempunyai subdisiplinnya yang tersendiri. Antara subdisiplin
linguistik adalah bidang linguistik, sifat telaah linguistik, pendekatan objek
linguistik, instrumen yang digunakan, ilmu lain yang berkaitan dengan
linguistik, penerapan linguistik serta aliran dan teori linguistik.

Bidang linguistik meliputi linguistik umum, linguistik terapan, linguistik teoritis


dan sejarah linguistik. Ini dapat kita lihat dalam Rajah 1.2. Linguistik umum
merumus secara umum semua bahasa manusia yang bersifat alamiah. Linguistik
terapan pula merupakan ilmu yang berusaha menerapkan hasil penelitian di
dalam bidang linguistik untuk keperluan praktis. Sementara, linguistik teoritis
mengutamakan penelitian bahasa dari segi internal atau dalaman. Akhir sekali,
TOPIK 1 PENGENALAN ILMU LINGUISTIK W 9

sejarah linguistik menyentuh mengenai uraian knonologis, iaitu tentang


perkembangan bahasa.

Rajah 1.2: Bidang Linguistik

Sifat telaah linguistik meliputi bidang linguistik mikro yang bidang kajiannya
lebih sempit dan bersifat internal, sementara linguistik makro bersifat luas dan
eksternal. Pendekatan objek linguistik meliputi bagaimana menganalisis bahasa.
Dengan demikian, bahasa dapat dilihat secara deskriptif, historis komparatif,
kontrastif, sinkronik dan diakronik. Instrumen linguistik pula ialah penggunaan
komputer atau linguistik komputer. Ilmu lain yang berkaitan dengan linguistik
ialah psikologi, antropologi, sosiologi dan sebagainya.

Penerapan linguistik meliputi:


(a) Dialektologi
(b) Leksikografi
(c) Leksikostatistik

Dialektologi mempelajari serta membandingkan bahasa yang masih serumpun


untuk mencari titik persamaan dan perbezaan. Leksikografi pula ialah kajian
mengenai kosa kata dan leksikostatistik ialah kajian tentang umur kata sejak kata
wujud.

Linguistik dilihat dari segi teori, aliran struktur dan aliran transformasi yang
melahirkan linguistik struktural dan linguistik transformasi. Ini akan dijelaskan
seterusnya.
10 X TOPIK 1 PENGENALAN ILMU LINGUISTIK

1.4 STRUKTUR BAHASA


1.4.1 Pengenalan Kepada Struktur Bahasa
Kamus ZaÊba mentakrifkan kata ÂstrukturÊ kepada dua kategori. Kategori yang
pertama ialah „susunan atau bahagian daripada sesuatu binaan dan susunan
atau bahagian daripada sesuatu binaan‰, manakala kategori yang kedua ialah
„sistem rangka sesebuah karya sastera yang terlebih dahulu dirancang‰. Kategori
yang pertama meliputi pola atau bentuk masyarakat yang terbentuk atau
tersusun daripada pelbagai jenis unsur yang mempunyai hubungan di antara
satu sama lain. Kata ÂstrukturÊ juga ditakrifkan sebagai bukan cara sesuatu yang
terbentuk daripada pelbagai bahagian, unsur atau aspek tertentu sehingga
menjadi suatu pola, sistem atau bentuk tertentu. Kategori takrifan yang kedua
ialah sistem rangka sesebuah karya sastera yang terlebih dahulu dirancang
(Kamus ZaÊba, 2001: 1073). Takrifan yang sama juga boleh diperoleh bagi kata
ÂstrukturÊ jika dirujuk dalam Kamus Melayu Global (Kamus Melayu Global, 1997:
1073).

Menurut Kamus Dewan Edisi Ketiga pula, kata ÂstrukturÊ didefinisikan sebagai
cara sesuatu terbina atau terbentuk daripada pelbagai bahagian, unsur, atau
aspek hingga menjadi suatu pola, sistem atau bentuk tertentu seperti struktur di
dalam bahasa Melayu.

Menurut Tesaurus Bahasa Melayu, kata ÂstrukturÊ merujuk kepada binaan atau
rangka (Abdullah Hassan dan Ainon Mohd, Hlm.297). Kamus Pelajar Terkini
pula mendefinisikan kata ÂstrukturÊ yang merupakan binaan kata daripada
cantuman kata struk + tur (KN) yang membentuk kata nama ialah sesuatu yang
dibentuk, dibina atau binaan dan cara menyusun sesuatu (susunan atau
gubahan) yang merujuk kepada bahasa, ekonomi dan sebagainya (Ahmad
Mahmood Musanif, 1996: 465). Menurut buku Glosarium Bahasa dan Sastera,
struktur bahasa wujud akibat adanya aturan-aturan bahasa. Maka, terdapatlah
struktur bahasa iaitu ketetapan peristiwa bahasa. Ianya dapat dilihat pada
susunan fonem, susunan kata dan susunan frasa serta lagu bicara dan intonasi. Ia
juga termasuk struktur bahasa yang harus diketahui seseorang kalau dia ingin
berbicara dalam sesuatu bahasa (A. Hamid Hasan Lubis, 1994: 132).

Menurut Kamus Linguistik edisi ketiga, kata ÂstrukturÊ merujuk kepada struktur
batin, struktur fonemis, struktur frasa, struktur lahir, struktur praleksikal,
struktur semantik (makna) dan struktur tematis (Harimurti Kridalaksana, 1993:
203-204). Jika dirujuk di dalam A Dictionary of Linguistics and Phonetics, edisi
keempat menyatakan seperti berikut:
TOPIK 1 PENGENALAN ILMU LINGUISTIK W 11

„Structure in its most general sense, and especially as defined by


structuralist studies of human institutions and behavior, the term applies to
the main abstract characteristic of a semiotic system. A language for example
is a structure in the sense that it is a network of interrelated units, the
meaning of the parts being specifiable only with reference to the whole. In
this sense, the terms ÂstructureÊ and ÂsystemÊ are often synonymous (and the
phrase Âstructured systemÊ which is sometimes encountered as in Âlanguage
is a structure systemÊ -as a tautology)⁄‰
ȱ
David Crystal,1997 :367

Adakah bahasa satu fenomena penting di dalam hidup kita? Kita sering
menganggap kebolehan bertutur sebagai salah satu daripada kebolehan asasi
manusia, sama seperti kita berjalan dan bernafas. Kita tidak pernah menyoal
sama ada kebolehan manusia bertutur itu sebagai satu kejadian semula jadi, iaitu
berlaku secara tidak sengaja ataupun ia satu perkara yang mesti dipelajari oleh
manusia. Bahasa yang digunakan di dalam pertuturan merupakan satu alat
perhubungan yang penting di antara manusia dengan manusia (kadang-kadang
dengan binatang). Alat perhubungan ini amat kompleks tetapi teratur dengan
menggunakan kod tertentu.

Walau bagaimanapun, bahasa bukanlah satu-satunya alat perhubungan manusia


kerana terdapat juga cara lain yang digunakan oleh manusia untuk berhubung
seperti melalui gerak-geri, simbol atau kod telegraf, muzik dan banyak lagi
(Abdullah Hassan, 1992: 3). Seperti bidang ilmu yang lain, bidang ilmu bahasa
atau linguistik diwarnai dengan pelbagai paradigma, aliran, teori dan
pendekatan yang menjadi pegangan seseorang ahli bahasa. Ia banyak
menentukan cara mereka memandang dan menghuraikan hal kebahasaan
(Zulkifley Hamid, 1996: 2).

Masih ramai yang belum mengetahui apakah yang dikatakan linguistik.


Lazimnya, orang akan menganggap seorang linguis (ahli bahasa) itu ialah
seorang yang boleh bertutur banyak bahasa. Ini adalah satu fenomena yang tidak
betul. Sebenarnya, hanya sebahagian daripada linguistik melibatkan pengajaran
dan pembelajaran bahasa. Linguistik adalah lebih luas daripada itu. Secara
jelasnya, seperti yang dikatakan oleh Bolinger (1968), linguistik ialah satu sains
bagi mengkaji bahasa. Ini bermakna bahasa digunakan sebagai bahan yang dikaji
secara saintifik.

Menurut A. Bakar Hamid (1960), linguistik atau ilmu bahasa ialah suatu sains
yang mempelajari bahasa manusia (Rencana Linguistik, susunan Abdullah
12 X TOPIK 1 PENGENALAN ILMU LINGUISTIK

Hassan, 1992:28). Ahli ilmu bahasa dapat membuat sejarah bahasa dan rumpun
bahasa, selain membandingkan bahasa untuk mencapai suatu rumusan tentang
ciri umum yang terdapat di dalam semua bahasa. Misalnya, semua bahasa
mempunyai bentuk-bentuk fonem, morfem, kata, frasa, klausa, ayat dan wacana.

Apabila kita berbicara berkenaan struktur bahasa, kita mesti mengetahui tata
tingkat bahasa yang terdiri daripada fonem, morfem, kata, frasa, klausa, ayat dan
wacana. Strukturnya dapat kita lihat seperti hierarki di dalam Rajah 1.3 berikut.

ȱ
Rajah 1.3: Struktur Bahasa

Penerangan mengenai bentuk-bentuk fonem, morfem, kata, frasa, klausa, ayat


dan wacana adalah seperti berikut.
(a) Fonem
Fonem ialah unit bahasa yang diwujudkan bagi memudahkan deskripsi
bunyi. Fonologi pula ialah bidang yang mengkaji sistem bunyi bahasa
(Abdullah Hassan, 2006: 62). Manusia dapat menghasilkan banyak bunyi
atau fon, tetapi daripada fon-fon tersebut, hanya beberapa sahaja yang
distingtif atau berbeza. Bagi menentukan sama ada fon itu adalah distingtif,
fon-fon dibandingkan dan dikontraskan antara satu dengan yang lain.
TOPIK 1 PENGENALAN ILMU LINGUISTIK W 13

Dengan demikian, kita dapat mengenal pasti fon-fon yang distingtif


daripada yang hanya berbeza sebutan. Ini ialah kerana mereka dihasilkan
pada konteks yang berlainan, tetapi tidak distingtif. Hanya golongan fon-
fon yang distingtif itulah yang dikenali sebagai fonem.
ȱȱȱȱȱȱȱȱȱȱȱȱȱȱȱ
Fonem wujud di dalam susunan tertentu dan susunan ini berlainan
daripada satu bahasa kepada bahasa yang lain. Mengkaji kewujudan dan
penggunaan fonem daripada aspek demikian adalah mengkaji struktur
fonologi bahasa tersebut. Apabila kita sudah dapat mengenal pasti fonem
dalam bahasa, maka kita dapat pula membentuk sistem ejaannya. Ini
dilakukan dengan memberi lambang kepada fonem tadi. Setiap fonem
diberi satu lambang huruf seperti fonem /p/ diberi lambang huruf p. Oleh
kerana bilangan huruf terhad, ada juga fonem yang diberi lambang
gabungan dua huruf, seperti fonem /ȱϙ / yang diberi lambang huruf ng. Ini
bermakna, apabila manusia membentuk sistem ejaan, manusia sudah
mengenali konsep fonem. Apabila kita menyusun sistem ejaan atau
lambang tulisan, maka huruf akan dibuat supaya melambangkan fonem
(Abdullah Hassan, 2006: 62-63).
ȱ
Di dalam bahasa Melayu, sistem fonologi menggunakan kaedah analisis
segmental. Ada 33 buah fonem dalam bahasa Melayu yang terdiri daripada
24 fonem asli dan 9 fonem pinjaman. Daripada kajian, didapati kontras
fonem bahasa Melayu lebih banyak berlaku pada konteks pangkal dan
tengah perkataan daripada pada akhir perkataan. Pada akhir perkataan,
kontras antara fonem bersuara dengan yang tak bersuara menjadi neutral
atau hilang. Daripada 24 fonem asli Melayu, terdapat 6 fonem vokal dan 18
fonem konsonan. Fonem vokal ialah /i/, /e/, /a/, /ˬ/, u/ dan /o/.
Manakala fonem konsonan pula ialah /p/, /b/, /t/, /d/, /k/, /g/, /c/,
/j/, /m/, /n/, / ϙ/, /ɝ/, /s/, /h/, /r/, /l/, /w/ dan /y/. ȱ

(b) Morfem
Morfem pula merupakan unit yang terkecil di dalam bahasa yang
mempunyai makna dan menjadi unsur terbentuknya kata. Misalnya, kata
minum ialah morfem kerana unit yang terkecil, unit yang mengandungi
makna dan tidak boleh dipecahkan menjadi unit yang lebih kecil dan
bermakna. Morfem dengan sendirinya boleh menjadi kata. Morfem
biasanya diapit oleh tanda { }. Contohnya, kelima terdiri daripada morfem
{ke-} dan {lima}. Ada kata yang terbentuk daripada satu morfem dan ada
juga yang terbentuk daripada lebih daripada satu morfem. Misalnya, kata
minum terdiri daripada satu morfem, manakala minuman terdiri daripada
dua morfem, iaitu {minum} dan {-an}. Morfem dapat juga dibezakan
berdasarkan jenis maknanya. Ada golongan morfem yang mempunyai
makna yang menunjukkan benda, perkara, perbuatan atau sifat yang
14 X TOPIK 1 PENGENALAN ILMU LINGUISTIK

terdapat di sekeliling kita. Morfem seperti ini dikatakan mempunyai makna


yang leksikal dan disebut morfem leksikal. Contohnya, „pokok‰, „kerusi‰,
„duduk‰, „tidur‰ dan sebagainya. Golongan morfem yang tidak atau
hampir tidak mempunyai makna asas, tetapi kehadirannya membawa
fungsi nahuan disebut morfem nahuan/gramatikal. Contohnya, ber-, -kan,
di-, tetapi, yang, dan, itu dan banyak lagi (Ahmad Khair Mohd Nor, 2007: 2).
Morfem terbahagi kepada dua, iaitu:
Morfem bebas
Morfem terikat

Morfem bebas boleh wujud sendiri tanpa perlu bergabung dengan unsur
lain untuk membentuk kata. Umpamanya „rumah‰, „tidur‰, „sedih‰,
„takut‰ dan sebagainya. Morfem bebas juga boleh bergabung dengan
morfem lain untuk membentuk kata terbitan, kata ganda atau kata majmuk.
Contohnya, „batu‰ boleh diterbitkan menjadi „berbatu, membatu, batuan,
batu-batan, batu api, kepala batu dan berbatu-batu‰.

Morfem bebas juga terdiri daripada dua jenis, iaitu yang bersifat terbuka
dan tertutup. Morfem bebas yang bersifat terbuka boleh bergabung dengan
morfem lain dan boleh menjadi dasar manakala morfem bebas tertutup
tidak boleh bergabung dengan morfem lain dan tidak dapat menjadi kata
akar. Contohnya, „dan, ke, dari, atau serta dengan‰. Morfem terikat pula
tidak dapat wujud sendiri tanpa unsur lain dan tidak boleh berdiri sebagai
kata asal atau kata dasar. Contohnya; imbuhan beR-, ke-, -kan, meN-, -kan
dan sebagainya yang mesti bergabung dengan unsur lain. Morfem terikat
juga terdiri dari dua jenis, iaitu morfem terikat yang dapat bergabung
dengan morfem dasar seperti ke-, di-, ber-, pe-, se-, -an, -i dan em-, dan
morfem terikat yang dapat bergabung dengan morfem lain seperti „tapa
(bertapa), juang (berjuang) dan renang (berenang)‰.

(c) Kata
Kata adalah bentuk bebas yang terkecil. Menurut Abdullah Hassan (2002),
bebas mempunyai kesatuan tertentu untuk wujud sebagai sebuah ayat yang
terdiri daripada satu kata. Misalnya ÂpergiÊ dapat berdiri sendiri sebagai
sebuah ayat perintah. Kata juga merupakan bentuk terkecil yang bermakna
dan dapat digunakan bersendirian sebagai ayat minimal yang disebut
bentuk bebas (Ahmad Khair Mohd Nor, 2006: 4). Kata adalah unsur yang
terbesar di dalam proses pembinaan kata dan berada di atas fonem dan
fonem.

Bahasa Melayu mempunyai beberapa cara untuk membentuk


perkataannya. Ada yang bersifat tunggal, contohnya „rumah‰, ‰tinggal‰,
dan „merah‰ serta ada juga perkataan yang dibentuk hasil proses
TOPIK 1 PENGENALAN ILMU LINGUISTIK W 15

pengimbuhan, pemajmukan dan penggandaan. Contoh perkataan yang


dibentuk secara pengimbuhan ialah „meninggal‰ dan „meninggalkan‰;
contoh perkataan yang dibentuk secara pemajmukan ialah „putih melepak‰
dan „rumah pangsa‰; dan perkataan yang dibentuk secara penggandaan
ialah „putih-putih‰ dan „Perdana Menteri-Perdana Menteri‰ (Nik Safiah
Karim et al., 2003: 59). Bahasa Melayu merupakan bahasa yang tergolong
di dalam jenis bahasa aglutinatif atau bahasa yang bersifat derivatif. Jenis
bahasa ini membentuk kebanyakan perkataannya melalui proses
pengimbuhan atau penggabungan morfem kata dasar dengan morfem
imbuhan secara rentetan mendatar; iaitu digabungkan secara serentak
dengan kata dasar, sama ada imbuhan itu mendahului (awalan), menyisip
(sisipan) atau mengikuti (akhiran) kata dasar tersebut.

(d) Frasa
Frasa adalah unsur bahasa di dalam binaan sintaksis bersama-sama dengan
klausa dan ayat. Melalui binaan ini, kita akan dapat melihat bagaimana
frasa menjadi klausa dan seterusnya klausa menjadi ayat. Frasa ialah unsur
terkecil di dalam bidang sintaksis. Frasa digunakan bagi membina ayat. Di
dalam tata tingkat unsur bahasa, frasa adalah unsur yang terkecil dan
terletak di bawah unsur yang dipanggil klausa. Binaan frasa dapat dibentuk
daripada satu kata atau lebih. Namun begitu, harus diingat bahawa frasa
bukanlah rangkai kata. Ini kerana rangkai kata mesti terdiri lebih daripada
satu kata, tetapi frasa tidak. Lihat contoh ayat yang seterusnya:

Fatihah menjadi pengawas.

Di dalam ayat „Fatihah menjadi pengawas‰, ada dua frasa. Frasa pertama
ialah „Fatihah‰ yang menjadi subjek. Frasa kedua ialah „menjadi
pengawas‰ yang bertindak sebagai predikat. Frasa subjek „Fatihah‰ terdiri
daripada satu kata sahaja. Frasa predikat „menjadi pengawas‰ terdiri
daripada dua kata.

Frasa berbeza dengan klausa dan ianya dapat dilihat dengan jelas kerana
frasa adalah unsur klausa, tetapi tidak sebaliknya. Perbezaan yang dapat
dilihat ialah frasa menggunakan kata penunjuk „itu‰ dan „ini‰ (binaan
frasa ditutup oleh kata penunjuk „itu‰ dan „ini‰). Frasa juga boleh
menerima sisipan „yang‰, sekiranya frasa yang terlibat itu terdiri daripada
dua perkataan atau lebih. Perkataan „yang‰ boleh digunakan bagi
membezakan frasa daripada klausa. Sekiranya ungkapan itu sebuah frasa,
maka „yang‰ boleh disisipkan antara bahagian-bahagiannya dengan tidak
mengubah tarafnya sebagai frasa. Frasa juga mempunyai inti dan penerang
tetapi klausa mempunyai subjek dan predikat. Dengan mengenal pasti frasa
menurut kata yang menjadi intinya, maka frasa dapat dijeniskan kepada
16 X TOPIK 1 PENGENALAN ILMU LINGUISTIK

frasa nama, frasa kerja, frasa adjektif, frasa sendi nama dan frasa adverba.
Di dalam ayat, fungsi frasa ialah menjadi subjek dan predikat.

(e) Klausa
Walaupun klausa dan frasa adalah unsur di dalam ayat, tetapi kedua-
duanya adalah berbeza. Binaan sebuah frasa terdiri daripada kata inti dan
kata penerang. Ada juga frasa yang terdiri daripada satu kata, iaitu kata inti
sahaja tanpa kata penerang. Binaan klausa terdiri daripada subjek dan
predikat. Sebenarnya, klausa adalah sebuah ayat di dalam ayat iaitu ayat
yang menjadi unsur kepada ayat lain ataupun dikenali sebagai anak ayat.
ZaÊba memanggilnya ayat kecil yang terkandung dalam ayat besar. Contoh
ayat adalah seperti berikut;

Aminah tidak datang kerana dia sakit.

Di dalam ayat „Aminah tidak datang kerana dia sakit‰, terdapat dua
klausa, iaitu „Aminah tidak datang‰ dan „dia sakit‰. Kedua-duanya
digabungkan oleh kata hubung „kerana‰. Klausa „Aminah tidak datang‰
boleh berdiri sendiri, jadi ungkapan ini adalah sebuah ayat. Klausa
„Aminah tidak datang‰ mempunyai subjek „Aminah‰, dan predikat „tidak
datang‰. Klausa „dia sakit‰ juga mempunyai subjek, iaitu „dia‰ dan
predikat, „sakit‰. Klausa „dia sakit‰ digabungkan dengan klausa „Aminah
tidak datang‰ menggunakan kata hubung „kerana‰.

Dengan kata lain, klausa dapat dibahagikan kepada dua, iaitu klausa bebas
dan klausa tak bebas. Klausa bebas boleh berdiri sendiri sebagai ayat yang
sempurna yang menjadi sebahagian daripada ayat yang lebih besar. Klausa
tak bebas pula dapat dibahagikan kepada dua, iaitu klausa nama dan
klausa adverba. Klausa nama berfungsi sebagai kata nama. Malah klausa ini
dapat digantikan dengan satu kata nama. Klausa adverba pula memberi
penerangan lanjut mengenai kata kerja. Ada beberapa jenis keterangan,
antaranya ialah keterangan waktu, tempat, syarat, sebab, kesungguhan dan
lain-lain.

(f) Ayat
Ayat ialah unsur yang paling tinggi di dalam tatabahasa. Di dalam ayat,
terdapat unsur-unsur seperti kata, frasa dan klausa. Penggabungan unsur
inilah yang membentuk binaan yang dikatakan ayat. Jika dikaji dari aspek
bebas, ayat didefinisikan sebagai bentuk bahasa yang bebas. Bloomfield
(1930), mengatakan ayat ialah satu bentuk bebas di dalam bahasa yang
tidak tertakluk dengan mana-mana bentuk lain yang lebih besar. Ada
kalanya bentuk kata, frasa dan klausa menjadi bentuk bebas. Tetapi, ia
TOPIK 1 PENGENALAN ILMU LINGUISTIK W 17

masih belum berdiri sendiri kerana unsur-unsur ini tertakluk kepada


bentuk lain yang lebih besar, iaitu ayat.

Bagi Chomsky (1967), ayat itu terdiri daripada rentetan kata yang
diterbitkan oleh rumus tatabahasa. Secara keseluruhannya, kata ialah unit
yang dapat berdiri sendiri di dalam tata tingkat tatabahasa. Di dalam
mengkaji sintaksis, kita harus dapat menentukan apa yang dikatakan pola-
pola ayat tersebut. Di antaranya ialah apa yang menjadi pola dasar dan pola
yang terbentuk daripada pola dasar tersebut melalui proses transformasi.
ȱ
(g) Wacana
Wacana ialah unit bahasa yang melebihi batas ayat. Oleh itu, wacana boleh
terdiri daripada ayat, sejumlah ayat, susunan ayat, ceraian bab, buku,
dialog, siri buku dan sebagainya yang memperlihatkan hubungan dan
perkembangan fikiran yang berurutan. Di dalam sesebuah wacana,
perkaitan antara unit bahasa yang terlibat melahirkan satu kesatuan yang
utuh. Sesuatu wacana, sama ada dalam bentuk lisan atau tulisan diujarkan
bagi tujuan menyampaikan sesuatu maklumat tentang sesuatu perkara. Di
dalam hierarki bahasa, wacana terletak pada kedudukan yang tertinggi
selepas ayat. Wacana mempunyai ciri-cirinya yang tersendiri. Menurut
Beaugrande dan Dressier (1981), terdapat tujuh ciri ketekstualan yang perlu
dipenuhi untuk menghasilkan wacana yang utuh iaitu tautan, runtutan,
tujuan, penerimaan, maklumat, keadaan dan interteks. Ini ditunjukkan
dalam Rajah 1.4.

Rajah 1.4: Ciri Ketekstualan Wacana


18 X TOPIK 1 PENGENALAN ILMU LINGUISTIK

Keterangan lanjut mengenai tujuh ciri ketekstualan yang perlu dipenuhi


untuk menghasilkan wacana yang utuh dinyatakan dalam Jadual 1.1.

Jadual 1.1: Keterangan Ciri Ketekstualan Wacana

Bil. Ciri Ketekstualan Wacana Keterangan


1. Tautan atau kohesi
x Ia adalah keserasian hubungan antara satu unsur
linguistik dengan unsur linguistik yang lain
dalam sesebuah wacana untuk menghasilkan
wacana yang mantap.
x Keserasian hubungan ini lazimnya dapat dilihat
melalui hubungan antara sesuatu perkataan, frasa
atau ayat dengan perkataan, frasa atau ayat yang
lain yang terdapat di dalam wacana tersebut.
x Tautan penting kerana dapat mewujudkan
kesinambungan antara sebahagian teks dengan
yang lain sehingga membentuk satu kesatuan.
2. Runtutan atau koheren
x Ia merupakan kesinambungan idea yang terdapat
di dalam sesebuah wacana sehingga menjadikan
sesebuah teks itu bermakna.
x Oleh itu, runtutan merupakan asas di dalam
pembinaan wacana kerana sesuatu teks itu
dianggap sebagai wacana jika teks tersebut
mempunyai makna.
3. Tujuan
x Setiap wacana yang diujarkan, sama ada di dalam
bentuk lisan atau tulisan perlu mempunyai
tujuan.
x Tujuan sesuatu wacana ini ditentukan oleh
penghasil wacana tersebut, sama ada penulis atau
pembicaranya.
x Sesuatu wacana perlu mempunyai tujuan untuk
menimbulkan interaksi yang komunikatif.
x Tujuan ini akan menentukan jenis wacana yang
digunakan. Jika tujuan seseorang adalah untuk
mendapatkan maklumat, ayat yang sering
digunakan ialah ayat tanya; tetapi jika seseorang
itu ingin menyatakan atau menerangkan sesuatu,
ayat yang digunakan ialah ayat penyata.
TOPIK 1 PENGENALAN ILMU LINGUISTIK W 19

4. Penerimaan
x Sesuatu wacana juga perlu mempunyai
pendengar atau pembaca yang merupakan
penerima bagi sesebuah wacana.
x Tahap penerimaan seseorang itu tinggi jika
pendengar atau pembaca memahami sepenuhnya
wacana yang diujarkan, sama ada dalam bentuk
lisan atau tulisan.
x Oleh itu, tahap penerimaan adalah tinggi apabila
tahap tujuan sama dengan tahap penerimaan.

5. Maklumat
x Setiap wacana juga perlu mempunyai maklumat.
x Maklumat yang terdapat di dalam sesebuah
wacana boleh dibahagikan kepada dua, iaitu
maklumat lama dan maklumat baharu.
x Maklumat lama ialah maklumat yang telah
dinyatakan pada peringkat awal dan diulang
semula di dalam konteks yang berikutnya.
x Manakala maklumat baharu ialah maklumat yang
baru sahaja dinyatakan dengan anggapan
pendengar atau pembaca tidak mengetahui
maklumat itu sebelum ini.

6. Keadaan
x Keadaan juga menjadi faktor untuk membentuk
wacana yang relevan dengan situasi ujaran.
x Sesebuah wacana yang diujarkan perlulah sesuai
dengan keadaan.
x Oleh itu, untuk menjadikan sesuatu wacana itu
sesuai dengan keadaan, pemilihan perkataan,
frasa dan ayat adalah penting.

7. Interteks
x Interteks pula bermaksud suatu wacana itu
bergantung kepada wacana yang lain.
x Ini bermaksud wacana lain juga memainkan
peranan penting untuk membantu seseorang
memahami sesuatu wacana yang sedang dibaca
atau didengarinya dengan mudah.
x Oleh itu, kefahaman seseorang terhadap sesebuah
wacana bergantung kepada pengetahuannya
terhadap perkara yang sedang dibaca atau
didengarinya.
20 X TOPIK 1 PENGENALAN ILMU LINGUISTIK

Kesimpulannya, struktur bahasa, khususnya di dalam bahasa Melayu


mempunyai unsur yang membina strukturnya untuk menjadi satu bahasa
yang mantap. Pada peringkat awal pembentukan kata, fonem dan morfem
terlebih dahulu dikaji sebelum menjadi kata. Setelah membentuk kata, frasa
dan klausa pula akan memainkan peranan untuk membentuk atau
menghasilkan ayat. Manakala, wacana yang merupakan hierarki tertinggi
di dalam tata tingkat bahasa berperanan untuk menghasilkan satu bahasa,
sama ada lisan atau bukan lisan yang mantap dan utuh.

1.5 PENGALAMAN BAHASA


Pengalaman yang ÂditimbaÊ oleh bahasa Melayu telah membuktikan bahawa
bahasa Melayu mempunyai sejarah yang gemilang dan layak dijadikan Bahasa
Kebangsaan negara Malaysia. Bahasa Melayu telah banyak melalui pengalaman
yang bermakna, sama ada dari awal hingga kini yang dapat dilihat daripada
pelbagai aspek. Terdapat banyak bahan, yang pada zaman awalnya
menggunakan bahasa Melayu seperti batu bersurat, hasil sastera dan bahan
sejarah.

Bangsa Melayu khususnya dan masyarakat Malaysia amnya tidak boleh lagi
berundur dan terus mengangkat tangan menyerah kalah dalam memartabatkan
bahasa Melayu. Kita ingin membuktikan bahawa kita adalah bangsa yang besar
yang tidak segan menghadapi cabaran. Bangsa yang besar harus tahu sejarah
perkembangan bahasa kebangsaannya sendiri. Jika ada pendapat yang
menyangka bahawa orang Melayu khususnya tidak perlu belajar bahasa Melayu
atau bahasa Malaysia disebabkan bahasa itu adalah bahasa pertama mereka,
sangkaan tersebut adalah salah. Alangkah kecewanya generasi kita yang
sekarang ini gagal melaksanakan tugas bersama-sama memartabatkan bahasa
Melayu.

Bahasa Melayu Malaysia adalah tonggak kepada bangsa Melayu sejagat yang
sentiasa memainkan peranan penting di dalam perjuangan memartabatkannya.
Ia adalah antara bahasa yang dituturkan oleh banyak bangsa dan merupakan
gabungan daripada bahasa Arab, Parsi dan Sanskrit. Melalui perdagangan dan
penjajahan, bahasa Melayu berkembang dan menerima istilah daripada bahasa
Inggeris, Cina dan India. Dari aspek dakwah, usia bahasa Melayu adalah lebih
tua daripada segala macam bahasa yang wujud di Malaysia.

Bahasa itu berdaulat kerana bahasa Melayu meniti di bibir dan lidah penguasa
Melayu yang memeluk agama Islam. Hal ini membezakan bahasa Melayu
daripada bahasa lain yang tidak mencapai darjat kekuasaan. Ertinya, bahasa lain
di dalam bentuk dakwah Islam tidak berada di puncak kekuasaan seperti mana
kedudukan bahasa Melayu pada zaman Kesultanan Melayu. Justeru, apabila
TOPIK 1 PENGENALAN ILMU LINGUISTIK W 21

bangsa Melayu kini tidak menghormati bahasa Melayu sebagai bahasa


pendidikan, keilmuan dan dakwah, maka bahasa ini akan mati dengan
sendirinya. Penerimaan kemasukan istilah pula ke dalam cabang bahasa Melayu
melibatkan wacana keilmuan dan lain-lain dimensi cabang pengetahuan. Oleh
sebab itu, bahasa Melayu berkembang kerana dalam kalangan pakar bahasa
Melayu, kita mampu memperincikan hal ini dengan teliti mengikut pengalaman
bahasa.

1.5.1 Era Sebelum dan Selepas Merdeka


Sejarah awal penggunaan tulisan rumi di dalam bahasa Melayu dilakukan oleh
pedagang, pengembara dan penjelajah yang datang dari Eropah ke Nusantara
secara perseorangan. Penulisan mula dijalankan dengan membuat penulisan
tentang bahasa Melayu dengan menggunakan huruf-huruf Rumi Latin. Huruf
Latin yang mula-mula digunakan untuk menulis perihal bahasa Melayu ditemui
di dalam senarai pelayaran Pigafetta dari Itali pada tahun 1522. Catatan-catatan
di dalam bahasa Melayu daripada Antonio Pigafetta yang telah menyusun daftar
kata Melayu-Itali pada tahun 1522 lagi membuktikan pengalaman bahasa Melayu
sehingga menerbitkan kamus Melayu-Itali yang pertama iaitu Vocaboli De
Quedti Popoli Mori. Berkisar tentang penerbitan tersebut, penerbitan kamus
telah berkembang pesat. Selain itu, pengaruh bahasa Sanskrit amat luas sewaktu
kebudayaan Melayu mengalami pengaruh peradaban India. Pengaruh tersebut
meliputi bidang keagamaan, undang-undang, kesenian dan bidang lain. Namun,
struktur bahasa Melayu tidak terjejas. Bermula pada abad ke-16 itu, bahasa
Melayu terus ditulis dengan huruf rumi oleh pedagang, pengembara, penjelajah
dan sarjana dari Eropah. Rumpun keluarga bahasa Melayu-Austronesia atau
ikatan rumpun Melayu-Polynesia telah berkembang saling berhubung kait
melalui asas budaya yang hampir sama. Penerimaan hubungan tersebut diolah
dan diterima suai pengaruh kebudayaan asing tanpa melenyapkan asas-asas
keserumpunan atau memusnahkan bahasa yang menjadi kekuatan bahasa
Melayu.

Daripada tinjauan sosial juga, bahasa Melayu dipilih sebagai Bahasa Nasional
kerana penyebarannya yang luas di Nusantara dan peranan tokoh yang
berpengaruh. Malahan, orang Eropah tidak mengetahui bahawa bahasa Melayu
baku sudah menjadi bahasa rasmi sejak beratus-ratus tahun. Di perpustakaan
Sorbonne di Perancis, ada dua pucuk surat Raja Ternate kepada Raja Timor
dalam abad ke-13 yang ditulis dalam bahasa Melayu Hikayat. Kenyataan itu
membuktikan penggunaan bahasa Melayu sebagai bahasa yang penting untuk
urusan rasmi. Bahasa berkembang, bertukar dan berubah; iaitu yang dikatakan
pendekatan dinamik (tidak statik).
22 X TOPIK 1 PENGENALAN ILMU LINGUISTIK

Bahasa Malaysia adalah Bahasa Kebangsaan Malaysia. Sebelum 1969, Bahasa


Kebangsaan ini dikenali sebagai bahasa Melayu, tetapi sesudah 13 Mei 1969,
bahasa ini diberi nama baru. Namun, nama baru ini dapat diumpamakan sebagai
pakaian baru yang dikenakan oleh orang perseorangan untuk tujuan tertentu
tanpa menimbulkan sebarang perubahan kepada dirinya (Asmah Omar, 1978).

ÂBahasa menunjukkan BangsaÊ adalah perumpamaan yang sering disebutkan di


dalam penggunaan berbahasa. Ini bermaksud secara tidak langsung, kita akan
memartabatkan bahasa Melayu sebagai salah satu bahasa utama di dunia.
Sebelum era kemerdekaan, bahasa Melayu telah banyak melalui cabang-cabang
kegemilangan sebagai bahasa yang dipertuturkan di dalam urusan rasmi.
Justeru, proses perubahan zaman pada abad ke-20 telah mendaulatkan bahasa
Melayu sebagai bahasa kebangsaan, bahasa rasmi negara, bahasa perpaduan,
bahasa pengantar ilmu pengetahuan dan bahasa utama di dalam sistem
pendidikan. Bahasa Melayu mampu berkembang seiring dengan keperluan dan
tuntutan semasa serta berupaya menangani perubahan. Bahasa Melayu
mempunyai kekuatan sejarah, kekuatan serumpun serta telah banyak melalui
pengalaman.

1.6 PERANAN DEWAN BAHASA DAN


PUSTAKA (DBP)
Pada tahap bahasa Melayu mencapai kekuatannya selepas era penjajahan,
beberapa institusi telah wujud bagi mengembangkan dan memajukan bahasa
Melayu. Melalui penubuhan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) di Malaysia pada
tahun 1956, pelbagai kegiatan dan aktiviti untuk mengembangkan lagi potensi
bahasa Melayu telah berjalan dengan rancak. Bahasa Melayu menjadi ÂalatÊ
perhubungan moden pada abad ke-20. Pelbagai bentuk program dan aktiviti
kebahasaan diadakan oleh DBP, antaranya penerbitan buku di dalam pelbagai
bidang ilmu. DBP juga menghasilkan kamus dan perkataan-perkataan baharu
Melayu.

Secara kasar, kemajuan dan pengalaman yang ditimba oleh bahasa Melayu
adalah pada tahap yang memenuhi seluruh rakyat Malaysia, sama ada
perkamusan di dalam ekabahasa mahupun di dalam dwibahasa. Pengalaman
bahasa Melayu telah berkisar pada perkembangan dan pengaruh yang
ditinggalkan secara bertahap-tahap mengikut peredaran masa. Oleh itu, bahasa
Melayu berupaya menjadi bahasa perhubungan di dalam bidang perdagangan,
pemerintahan, ilmu pengetahuan serta dalam hubungan diplomatik. Perubahan
yang ditempuhi bahasa Melayu dengan Âseribu macamÊ pengalaman akibat
berlakunya perubahan sejarah dan politik seperti geopolitik, selepas kolonial dan
kemerdekaan.
TOPIK 1 PENGENALAN ILMU LINGUISTIK W 23

1.7 PENGGUNAAN BAHASA MELAYU DALAM


PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN
Bahasa Melayu telah menjadi alat bahasa pengajaran dan pembelajaran
sepenuhnya di dalam sistem pendidikan negara. Keadaan ini berterusan apabila
Bahasa Melayu dijadikan sebagai mata pelajaran teras dalam peperiksaan
Penilaian Menengah Rendah (PMR) dan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

Namun, perubahan telah berlaku di dalam sistem pendidikan negara apabila


pengajaran bagi subjek atau mata pelajaran Sains dan Matematik diajarkan di
dalam bahasa Inggeris. Pengalaman Bahasa Melayu di dalam pengajaran di
sekolah telah dipinggirkan selaras dengan dasar baru Kementerian Pelajaran
yang menuntut supaya mata pelajaran Inggeris dipertingkatkan. Akhirnya,
bahasa Melayu akan lenyap sekiranya kerajaan dan pihak kementerian
khususnya, meminggirkan mata pelajaran Bahasa Melayu. Seharusnya, bahasa
Melayu dimartabatkan sebagai bahasa ilmu kerana pengalaman yang lampau
banyak ÂmematangkanÊ bahasa Melayu di dalam pembentukan tamadun Melayu
di Malaysia sendiri.

Golongan yang dididik dengan bahasa pinjaman (bahasa Inggeris) akan


membina pemikiran berdasarkan kepada bahasa pinjaman tersebut. Berdasarkan
kajian, didapati negara yang menggunakan bahasa peribumi sebagai bahasa
pengantar pendidikan akan dapat mengekalkan keaslian dan kreativiti
pemikirannya. Contohnya, negara Jepun yang menerima pendidikan Barat,
masih lagi mengamalkan kebahasaan Jepun walaupun pentadbiran,
perdagangan serta sains dan teknologi diserap daripada Barat. Keadaan ini
disebabkan keutuhan dan keaslian pemikirannya yang dikekalkan melalui
pendidikan dalam bahasa ibundanya.

Perisytiharan Kemerdekaan Tanah Melayu pada 31 Ogos 1957 diikuti dengan


penubuhan Malaysia pada tahun 1963, telah meletakkan bahasa Melayu dalam
Perlembagaan Malaysia sebagai bahasa kebangsaan dan bahasa rasmi negara.
Selangkah demi selangkah, bahasa Melayu membentuk peranan dalam
merealisasikan hasrat masyarakat Malaysia untuk melihat bahasa Melayu
sebagai bahasa kebangsaan. Kepesatan pembangunan ekonomi Malaysia di
dalam negeri dan perkembangan ekonomi antarabangsa seharusnya membawa
bersama tanggungjawab pengembangan dan penggunaan bahasa Melayu.
Pengukuhan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dan rasmi mempunyai
nilai bahasa perpaduan bangsa di negara Malaysia. Usaha untuk menegakkan
perpaduan bangsa adalah sesuai dengan prinsip demokrasi dan peruntukan
Perlembagaan, yakni tidak juga menghalang penggunaan bahasa kaum atau
dialek masing-masing.
24 X TOPIK 1 PENGENALAN ILMU LINGUISTIK

1.8 PEMBINAAN TAMADUN MELAYU


Pengalaman bahasa Melayu sebagai alat komunikasi serta asas kepada
pembinaan tamadun Melayu haruslah dikekalkan dan dipertahankan melalui
tradisi ilmu. Bahasa Melayu hendaklah berupaya mengungkapkan peranannya
di dalam pelbagai bidang dan cara kehidupan bangsanya. Ia meliputi akal fikiran
dan daya ciptaan di dalam tuntutan kemasyarakatan, persekitaran politik,
ekonomi dan sosial. Perancangan bahasa Melayu yang lebih tersusun
memperlihatkan bahasa sebagai lambang negara.

Pembinaan manusia yang berharkat-bermartabat sambil menguasai pelbagai


bidang ilmu pengetahuan dan teknologi selalu dipesankan melalui pesan-pesan
bahasa. Oleh sebab itu, fungsi dan kedudukan bahasa Melayu bukan hanya
sebagai bahasa pergaulan atau lingua franca tetapi juga sebagai bahasa
kebudayaan dan adat istiadat di dalam masyarakat. Terdapatnya keragaman
gaya bahasa dan variasi bahasa yang disebabkan pengelompokan masyarakat
yang berupa idolektis, dialektis dan sosiolek. Bahasa Melayu juga merupakan
alat untuk mengekspresikan harapan, maksud dan keinginan yang berkait
dengan diri sendiri, keluarga mahupun di dalam lingkungan masyarakat.

1.9 PENYERAPAN BAHASA ASING


Bahasa Melayu memiliki sifat keterbukaan yang membenarkan penyerapan kata
dan istilah daripada pelbagai bahasa, seiring dengan kehendak dan
perkembangan zaman. Keadaan ini disebabkan pengaruh dan hubungan bangsa
atau suku bangsa lain dengan penggunaan bahasa Melayu. Penyerapan bahasa
asing meliputi bahasa Sanskrit, Jawa, Arab dan Inggeris. Penyebaran bangsa
Melayu memberi petunjuk tentang penyebaran dan perkembangan bahasa
Melayu. Selain itu, unsur asing yang menyusupi bahasa Melayu itu dapat
melengkapi kosa kata bahasa Melayu. Kajian dari aspek dialek yang digunakan,
termasuklah bahasa daerah dari segi kosa kata, tatabahasa dan sebagainya
dianggap perlu di dalam bahasa Melayu.

Era Bahasa Melayu yang terus berkembang juga dapat menjelaskan lagi proses
penerimaan bahasa Melayu itu sendiri, misalnya bahasa Melayu kuno yang
dapat dilihat pada aspek strukturnya. Dari sudut peminjaman, ia banyak
diselitkan dengan kata Sanskrit. Bahasa Melayu tengahan pula dikatakan
menerima pengaruh bahasa Arab. Datanya banyak sekali berupa kitab, hikayat
dan sebagainya. Pelbagai kemahiran telah diterapkan di dalam meningkatkan
perkembangan bahasa yang banyak ÂmendewasakanÊ bahasa Melayu. Lazimnya,
kemahiran bahasa merupakan matlamat utama di dalam pengajaran bahasa; iaitu
kemahiran mendengar, bertutur, menulis dan membaca. Kemahiran bahasa
berlaku secara berperingkat-peringkat; sama ada daripada kemahiran
TOPIK 1 PENGENALAN ILMU LINGUISTIK W 25

permulaan, kemahiran pertengahan atau kemahiran kefahaman yang juga


dikenali sebagai kemahiran tertinggi. Aspek bunyi dan tatabahasa Sanskrit turut
meninggalkan kesan ke atas bahasa Melayu walaupun unsur ini tidak begitu jelas
kelihatan dan menjadi berkurangan dengan unsur penyerapan daripada bahasa
Arab dan bahasa Inggeris. Pengaruh bahasa Inggeris bukan sahaja kelihatan
melalui perbendaharaan kata, malahan merangkumi morfologi dan sintaksis
Melayu yang turut dipengaruhi dengan jumlah yang amat besar.

Pengaruh penyerapan dan penerimaan bahasa asing terus berkembang dan


disesuaikan dengan penggunaan kata di dalam bahasa Melayu. Ini termasuk
pengaruh Islam dan Barat dan kemudian, pengaruh bahasa Jawa. Setelah
kedatangan Islam, kedudukan bahasa Melayu amat penting kerana bahasa
Melayu mula menjadi bahasa pengantar agama. Peranan bahasa dan
kesusasteraan Melayu menjadi penting. Perubahan dalam pandangan hidup
keilmuan dan keintelektualan mengukuhkan lagi kedudukan bahasa Melayu.

Gerakan bahasa dan kebangsaan di Malaysia selepas kemerdekaan dilahirkan


dengan ciri-ciri kebangsaan, salah satu daripadanya ialah bahasa. Perkembangan
baru di dalam bidang bahasa telah memesatkan lagi kegiatan bahasa, seperti
penulisan di dalam bentuk novel, drama, sajak dan esei. Dengan itu, bahasa
Melayu bukan sahaja menjadi bahan sastera, malahan perkembangan bahasa
telah membentuk menjadi bahasa moden.

AKTIVITI 1.1

(a) Nyatakan contoh yang sesuai bagi memperlihatkan perbezaan pada


struktur bahasa.
(b) Nyatakan kekuatan yang ada pada bahasa Melayu yang
menjadikannya terus kekal dan hidup hingga ke hari ini.

1.10 FUNGSI BAHASA


Bahasa adalah satu konsep umum yang menjadi dasar di dalam perhubungan.
Terdapat beberapa sarjana yang memberi definisi mereka terhadap bahasa.
Menurut Kamus Linguistik, bahasa adalah keupayaan fitrah manusia yang
berupa satu sistem lambang bunyi suara arbitrari yang dipersetujui bersama oleh
kelompok sosial dan digunakan sebagai alat berkomunikasi (Kamus Linguistik,
1997:27). Menurut Gorys Keraf (1997:1), bahasa adalah alat komunikasi antara
anggota masyarakat berupa simbol bunyi yang dihasilkan oleh alat ucap
manusia. Walau bagaimanapun, bahasa tidak semestinya sebagai alat
berkomunikasi kerana komunikasi juga boleh terbentuk melalui isyarat tubuh
26 X TOPIK 1 PENGENALAN ILMU LINGUISTIK

atau melalui cara yang telah disepakati seperti lukisan, asap api, bunyi gendang
atau tong dan sebagainya. Bahasa memberikan kemungkinan yang jauh lebih
luas dan kompleks daripada yang dapat diperoleh dengan mempergunakan
media tadi. Bahasa haruslah merupakan bunyi yang dihasilkan oleh alat ucap
manusia. Ia bukannya sebarang bunyi tetapi adalah bunyi yang merupakan
simbol atau perlambangan.

Bahasa mempunyai fungsinya yang tersendiri. Ia boleh memberi fungsi apabila


bahasa tersebut telah seragam penggunaannya melalui perbendaharaan dan
pengimbuhan dan mengikuti segala peraturan penggunaannya (Darwis Harahap
Mohamad, 2004: 50). Fungsi adalah beban makna suatu satuan bahasa atau
hubungan antara satu satuan dengan unsur-unsur gramatikal, leksikal/fonologi
di dalam suatu deretan satuan/peranan unsur dalam suatu ujaran dan
hubungannya secara struktural (Harimurti Kridalaksana, 1993: 60). Terdapat
beberapa fungsi bahasa yang utama.

Pada awalnya, seorang anak menggunakan bahasa untuk mengekspresikan


kehendaknya atau perasaannya pada sasaran yang tetap. Proses kognitif, iaitu
pengenalan benda-benda kepada bahasa telah berlaku (Asmah Omar, 1993: 16).
Inilah yang menjadi fungsi utama bahasa iaitu sebagai alat untuk
mengekspresikan apa yang terlintas dalam pemikiran. Di dalam perkembangan
bahasa, kanak-kanak tidak lagi menggunakan bahasa hanya untuk
mengekspresikan kehendaknya, tetapi juga untuk berkomunikasi dengan
lingkungan di sekitarnya.

Setelah dewasa, kita menggunakan bahasa untuk mengekspresikan diri dan


berkomunikasi. Seorang penulis mengekspresikan dirinya melalui tulisan.
Sebagai contoh, tulisan kita dalam sebuah buku, merupakan hasil ekspresi diri
kita. Ketika menulis, kita tidak memikirkan siapa pembaca. Kita hanya
menuangkan isi hati dan perasaan kita tanpa memikirkan apakah tulisan itu
difahami orang lain atau tidak. Semasa menggunakan bahasa sebagai alat untuk
mengekspresikan diri, si pemakai bahasa tidak perlu mempertimbangkan atau
memperhatikan siapa yang menjadi pendengarnya, pembacanya, atau khalayak
sasarannya. Ia menggunakan bahasa hanya untuk kepentingannya peribadi.
Sebagai alat untuk menyatakan ekspresi diri, bahasa menyatakan secara terbuka
segala sesuatu yang tersirat di dalam dada kita. Unsur-unsur yang mendorong
ekspresi diri adalah untuk menarik perhatian orang lain terhadap kita dan
keinginan untuk membebaskan diri kita daripada semua tekanan emosi (Gorys
Keraf, 1997: 4).

Fungsi utama bahasa adalah sebagai alat komunikasi (Mokhtar Mansor, 1991: 22).
Manusia memerlukan suatu medium untuk melawan bicara dengan orang lain.
Dalam komunikasi seharian, salah satu alat yang sering digunakan adalah
bahasa, baik bahasa lisan mahupun bahasa tulisan. Bahasa menjadi alat
TOPIK 1 PENGENALAN ILMU LINGUISTIK W 27

komunikasi yang paling efektif di dalam memastikan proses komunikasi berjalan


lancar. Melalui komunikasi, kita mempelajari dan mewarisi semua yang pernah
dicapai oleh nenek moyang kita, serta apa yang dicapai oleh orang-orang yang
sezaman dengan kita.

Sebagai alat komunikasi, bahasa merupakan saluran perumusan maksud,


melahirkan perasaan dan memungkinkan kita menciptakan kerja sama yang
mewujudkan pelbagai aktiviti, merencanakan dan mengarahkan masa depan
(Gorys Keraf, 1997: 4). Semasa menggunakan bahasa sebagai alat komunikasi,
kita sudah memiliki tujuan tertentu antaranya ingin difahami oleh orang lain
(Sumarsono, 2004: 143). Dalam berkomunikasi, kita mempertimbangkan bahasa
apa yang ingin digunakan. Misalnya, kata makro hanya difahami oleh orang
berpendidikan, namun kata besar atau luas lebih mudah difahami masyarakat.

Bahasa adalah unsur kebudayaan yang telah memberi manfaat kepada


pengalaman manusia. Melaluinya, manusia mempelajari dan mengambil
bahagian dalam pengalaman tersebut. Di dalam situasi ini, bahasa telah
berfungsi sebagai alat integrasi dan adaptasi sosial atau kemasyarakatan
(Sumarsono, 2004: 145). Masyarakat hanya dapat disatukan secara efisien
melalui bahasa. Bahasa sebagai alat komunikasi, lebih jauh memungkinkan
setiap orang untuk merasa dirinya terikat dengan kelompok sosial yang
dimasukinya. Seterusnya manusia dapat melakukan segala kegiatan
kemasyarakatan dengan menggunakan bahasa. Ia memungkinkan integrasi yang
sempurna bagi setiap individu dengan masyarakatnya (Gorys Keraf, 1997: 5).
Semasa mengadaptasi di dalam lingkungan sosial tertentu, kita akan memilih
bahasa yang kita gunakan bergantung pada situasi yang dihadapi. Kita
menggunakan bahasa yang berbeza pada orang yang berbeza. Kita perlu
memilih dan menggunakan bahasa yang sesuai di dalam percakapan, misalnya
menggunakan kata Kamu atau Saudara untuk memulakan perbualan. Kita perlu
bijak agar dapat menghasilkan perbualan yang sesuai. Kata kamu sesuai untuk
rakan manakala saudara adalah untuk mereka yang baru dikenali. Dengan
menguasai bahasa suatu bangsa, kita dengan mudah berbaur dan menyesuaikan
diri dengan bangsa tersebut (Zulkifley Majid, 1996: 16).

Fungsi seterusnya adalah sebagai alat di dalam mengawal sosial. Bahasa mampu
untuk mengawal keadaan sosial dengan lebih efektif. Kawalan sosial ini dapat
diterapkan pada diri kita sendiri atau kepada masyarakat. Pelbagai penerangan,
informasi dan pendidikan disampaikan melalui bahasa. Buku-buku pelajaran
dan buku-buku instruksional adalah salah satu contoh penggunaan bahasa
sebagai alat kawalan sosial (Zulkifley Majid, 1996: 17). Ceramah agama atau
dakwah merupakan salah satu contoh penggunaan bahasa yang berfungsi
sebagai alat kawalan sosial. Begitu juga penyampaian ilmiah atau politik. Kita
juga sering mengikuti diskusi atau perbincangan (talk show) di televisyen dan
28 X TOPIK 1 PENGENALAN ILMU LINGUISTIK

radio. Iklan layanan masyarakat atau layanan sosial merupakan salah satu
kewujudan penerapan bahasa sebagai alat kawalan sosial.

Semua itu merupakan kegiatan berbahasa yang memberikan kepada kita cara
untuk memperoleh pandangan baru, sikap baru, perilaku dan tindakan yang
baik dengan menggunakan bahasa. Di samping itu, kita juga dapat belajar untuk
menyemak dan mendengarkan pandangan orang lain mengenai suatu hal.
Contoh fungsi bahasa sebagai alat kawalan sosial yang sangat mudah kita
terapkan adalah sebagai alat pereda rasa marah. Menulis merupakan salah satu
cara yang sangat efektif untuk meredakan rasa marah. Tuangkanlah rasa tidak
puas hati dan marah kita ke dalam bentuk tulisan. Biasanya, pada akhirnya, rasa
marah kita beransur-ansur hilang dan kita dapat melihat persoalan secara lebih
jelas dan tenang.

Bahasa sebagai alat untuk berfikir adalah fungsi yang hampir sama dengan
ekspresi. Namun begitu, terdapat perbezaan yang ketara. Walaupun tanpa
bahasa manusia juga boleh berfikir, namun ia akan lebih bermakna seandainya ia
dapat diinterpretasikan melalui bahasa. Dalam proses berfikir, kita
menggunakan bahasa agar apa yang kita fikirkan mampu untuk diungkapkan.
Apa yang terbayang dalam pemikiran ialah bunyi-bunyi bahasa yang
membentuk pertuturan atau paparan. Paparan ini boleh diungkapkan menjadi
suatu bahan iaitu bahan bertulis yang bercetak seperti buku, majalah dan akhbar.
Selain itu, alat berfikir ini juga boleh menjadi bahasa lisan yang boleh digunakan
untuk berkomunikasi (Mokhtar Mansor, 1991: 23).

Bahasa juga berfungsi sebagai alat perakam (Mokhtar Mansor, 1991: 24). Apabila
seseorang itu melihat gambar atau simbol, dia merakam apa yang dilihatnya itu
dalam fikirannya. Namun, ia tidak dapat dipancarkan kepada orang lain
melainkan menggunakan medium seperti kamera. Tetapi sekiranya medium
tersebut tidak ada, manusia terpaksa menceritakannya. Di dalam hal ini, aspek
bahasa adalah penting sebagai medium di dalam memindahkan segala apa yang
ingin diperkatakannya. Oleh itu, bahasa mengetengahkan fungsinya sebagai
sebuah alat yang mampu merakam segala kejadian. Kejadian yang terakam
sememangnya tidak terbukti seperti apa yang mampu untuk dirakamkan melalui
kamera tetapi ia diungkapkan kembali melalui penceritaan semula dengan
menggunakan bahasa.

Selain itu, terdapat beberapa orang tokoh seperti Karl Buhler, Simanjuntak, John
Concon dan sebagainya yang telah mengemukakan fungsi bahasa mengikut
pandangan mereka sendiri.

Karl Buhler mengemukakan fungsi yang hampir sama dengan Simanjuntak.


Mereka mengemukakan tiga fungsi utama bahasa iaitu Appel, Ausdruck dan
Darstellung. Appel/evokasi (membangkitkan) menunjukkan bahawa bahasa
TOPIK 1 PENGENALAN ILMU LINGUISTIK W 29

berfungsi sebagai alat untuk memerintah atau meminta lawan bicara untuk
melakukan sesuatu. Fungsi ini seperti seorang komander memberi arahan
kepada pasukan mereka (Sumarsono: 148). Ausdruck/ekspresi (melahirkan) pula
menunjukkan bahawa bahasa berfungsi untuk mengungkapkan suasana hati
penutur. Contohnya perkataan aduh, amboi dan wah. Perkataan ini sudah
mampu untuk memberitahu tentang suasana hati penutur. Fungsi seterusnya
ialah Darstellung/representatif (mewakili) iaitu berfungsi untuk mengacu objek
tertentu yang berada di luar diri penutur dan lawan tuturnya. Fungsinya adalah
untuk mengacu dan menjelaskan secara lebih terperinci, contohnya memberi
analisis tentang sesuatu.

John C. Concon Jr. turut memberi fungsi terhadap bahasa. Menurutnya, bahasa
berfungsi untuk membuka perbicaraan, menghindarkan komunikasi, komunikasi
instrumental, komunikasi afektif, melepaskan tekanan perasaan, menceritakan
perkara tahayul dan berfungsi dalam bidang ritual (Sumarsono, 2004: 154).

Halliday pula memberikan bahasa kepada beberapa fungsi iaitu sebagai fungsi
deskriptif (menerang, menghurai), ekspresif (mengungkap) dan berfungsi di
dalam bidang sosial. Halliday (1978), juga menjelaskan bahawa bahasa berfungsi
sebagai pencetus ideasional. Manusia menggunakan bahasa untuk menata
(mengorganisasikan) pengalaman penutur atau penulis tentang dunia nyata atau
dunia fantasi kepada pengungkapan. Bahasa tersebut mengacu kepada barang,
orang, tindakan, peristiwa, keadaan dan sebagainya di dalam keadaan nyata atau
yang dibayangkan. Bahasa juga berfungsi di dalam mengungkap interpersonal
manusia. Bahasa mampu untuk menunjukkan, membangun atau
mempertahankan hubungan sosial antara manusia. Ini mencakupi bentuk
penyapaan, fungsi tutur, modalitas dan sebagainya. Fungsi seterusnya adalah
sebagai tekstual. Di dalam hal ini, bahasa mencipta teks bertulis atau lisan yang
koheren di dalam dirinya dan yang sesuai bagi sesuatu situasi tertentu
(Sumarsono, 2004: 49).

Bahasa boleh diperoleh daripada pelbagai sumber dan ia terbentuk daripada


beberapa faktor, antaranya disebabkan oleh pengekodan, dialek dan sebagainya.
Bahasa mempunyai beberapa fungsi; sebagai alat ekspresi diri, alat komunikasi
dan identiti diri yang memudahkan pekerjaan manusia. Melalui bahasa, kita
dapat menunjukkan sudut pandang kita, pemahaman kita atas suatu hal, asal
usul bangsa dan negara kita, pendidikan kita, bahkan sifat kita. Bahasa menjadi
cermin diri kita, baik sebagai bangsa mahupun sebagai diri sendiri. Bahasa
adalah suatu yang utuh dan bersistem, tidak menumpang kepada bahasa lain,
wujud secara tersendiri dan mempunyai banyak bentuk.

Derasnya arus globalisasi di dalam kehidupan telah menyerlahkan


perkembangan dan pertumbuhan bahasa sebagai pendukung pertumbuhan dan
perkembangan budaya, ilmu pengetahuan dan teknologi. Semua manusia di
30 X TOPIK 1 PENGENALAN ILMU LINGUISTIK

dalam era ini memberi peranan penting di dalam dunia persaingan bebas dan
komunikasi. Konsep dan istilah baru di dalam pertumbuhan dan perkembangan
ilmu pengetahuan dan teknologi maklumat (IT) secara tidak langsung
memperkaya khazanah bahasa Melayu. Maka, semua produk budaya akan
tumbuh dan berkembang pula sesuai dengan pertumbuhan dan perkembangan
ilmu pengetahuan dan teknologi itu. Sekali gus, ia berperanan sebagai prasarana
berfikir dan pendukung pertumbuhan dan perkembangan IT. Menurut Sunaryo
(2000), tanpa adanya bahasa, bidang IT tidak dapat tumbuh dan berkembang.
Selain itu, bahasa di dalam struktur budaya, telah memiliki kedudukan, fungsi,
dan peranan iaitu sebagai akar dan produk budaya. Bahasa menjadi medan
prasarana pemikiran moden. Biasanya, penggunaan bahasa yang baik akan
menghasilkan buah fikiran yang benar. Bahasa juga menunjukkan identiti
sesuatu bangsa. Oleh itu, bahasa perlu dipelihara kerana bahasa adalah jiwa
bangsa.

1.10.1 Peranan Faktor Pembentuk Bahasa


Pembentukan adalah perbuatan atau hal yang membentuk (Ahmad Mahmood,
2001: 133). Pembentukan bahasa adalah konsep umum yang mencakup infleksi,
devirasi, afiksasi dan penggabungan bahasa (Harimurti Kridalaksana, 1993: 159).
Faktor atau peranan pembentukan bahasa terjadi disebabkan oleh beberapa
faktor. Faktor ini menjadi asal kejadian kepada bahasa. Menurut hipotesis
monogenesis, semua bahasa di dunia ini berasal daripada satu bahasa induk.
Bahasa merupakan sesuatu yang dikurniakan daripada tuhan yang telah tersebar
ke serata dunia. Ini berlandaskan daripada kitab-kitab suci setiap insan seperti
Bible dan al-Quran (Sumarsono, 2004: 68).

Di dalam al-Quran sendiri ada menceritakan tentang hal ini, iaitu di dalam
Surah al-Baqarah: Ayat 31 dan 32, ÂDan Allah mengajarkan kepada
Nabi Adam semua nama benda, kemudian Allah berfirman kepada malaikat,
„Sebutkan kepada-Ku nama-nama benda itu jika kamu memang benar‰. Mereka
menjawab, „Maha Suci Engkau, tidak ada yang kami ketahui selain apa yang
Engkau ajar kepada kami. Sesungguhnya Engkaulah yang Maha Mengetahui lagi
Maha BijaksanaÊ (Terjemah al-Jumanatul Ali Al-Quran, 2004: 7).

Terdapat ahli falsafah yang tidak bersetuju dengan hipotesis monogenesis. E.B de
Condillac (1968) mengatakan bahawa bahasa berasal daripada suara dan gerak-
geri badan yang mempunyai sifat naluri. Semua manusia dilengkapi dengan
naluri. Naluri tersebut kemudiannya dibangkitkan oleh emosi yang kuat dan
suara-suara yang beremosi tersebut akan berubah menjadi bunyi-bunyi yang
bermakna seterusnya membentuk bahasa.
TOPIK 1 PENGENALAN ILMU LINGUISTIK W 31

Terdapat juga hipotesis yang disebut sebagai hipotesis polygenesis, iaitu


hipotesis yang mengatakan bahawa bahasa-bahasa yang berlainan lahir daripada
pelbagai masyarakat yang berlainan dan bahasa tersebut berevolusi. Bahasa itu
hadir sama ada kerana onomatope atau bahasa yang hadir akibat daripada
kesedaran manusia (Sumarsono, 2004: 72). Menurut Von Herder, bahasa lahir
daripada alam dan onomatope iaitu tiruan daripada bunyi alam. Bunyi yang
ditimbulkan oleh alam seperti guruh dan bunyi binatang ditiru oleh manusia
secara onomatope dan diolah untuk tujuan tertentu. Selepas pengolahan,
peniruan tersebut akan dimatangkan daripada dorongan hati manusia yang kuat
untuk berkomunikasi.

Bloomfield telah mengemukakan tiga teori berkaitan asal kejadian bahasa. Teori
pertama adalah teori bow-bow iaitu teori yang mengatakan bahawa bahasa
muncul daripada keupayaan manusia untuk meniru suara-suara lain. Teori ding-
dong pula menyatakan bahawa bahasa berasal daripada keupayaan manusia
dalam memberi respons kepada bunyi yang dihasilkan oleh alam. Manakala,
teori pooh-pooh menjelaskan bahawa bahasa berasal daripada teriakan kuat atau
seruan keras (Sumarsono, 2004: 70). Teori pembentukan bahasa ini adalah
sesuatu yang abstrak.

Bahasa juga terbentuk hasil daripada pertembungan yang berlaku kepada bahasa
atau disebut bilingualisme. Bilingualisme adalah pertembungan antara dua
bahasa dan penutur daripada kedua-dua bahasa tersebut berusaha untuk
mempelajari bahasa daripada pihak masing-masing. Setiap penutur bahasa yang
berlainan akan berusaha untuk mewujudkan komunikasi dengan menguasai
bahasa orang yang dilawan bicara. Contohnya, pertembungan antara bahasa
Inggeris dan bahasa Sanskrit telah membentuk bahasa baru seperti yang terdapat
dalam beberapa perkataan bahasa Melayu (Kamarudin dan Siti Hajar, 1997: 14).

Faktor pembentukan bahasa yang paling utama berlaku hasil daripada


pemerolehan bahasa oleh kanak-kanak. Kita mengetahui bahawa kanak-kanak
tidak memperoleh bahasa secara terus tetapi mereka harus melalui beberapa
peringkat sehingga berjaya menguasai sesuatu bahasa. Mereka diajar sejak kecil
untuk mengenali bahasa tersebut (Harimurti Kridalaksana, 1982: 24).
Pemerolehan ini berlaku sama ada orang dewasa memberi mereka bahasa asli
atau pinjaman atau menterjemah bahasa tersebut untuk memudahkan
pemahaman kanak-kanak (Harimurti Kridalaksana, 1982: 55). Perkembangan
kanak-kanak termasuk pemikiran mereka telah membawa kepada kebolehan
mereka untuk mengungkapkan pemikiran atau gagasan mereka sebagai tanda
wujudnya sosialisasi terhadap lingkungannya. Bahasa adalah satu proses yang
sentiasa bersambung dan ia akan diperturunkan ke generasi seterusnya.
Begitulah kita sebagai manusia akan memperturunkan bahasa yang kita
gunakan kepada anak-anak kita. Pemerolehan bahasa bagi setiap manusia iaitu
kanak-kanak bermula ketika mereka berumur 18 bulan dan ia hampir sempurna
32 X TOPIK 1 PENGENALAN ILMU LINGUISTIK

ketika mencapai usia 4 tahun (Sumarsono, 72). Pemerolehan bahasa ini bermula
daripada proses prabahasa hinggalah kepada bahasa, melalui pemberian nama
oleh kanak-kanak itu kepada benda-benda yang dilihatnya kerana setiap kanak-
kanak dilahirkan dengan daya untuk memahami alam sekitarnya (Asmah, 1993:
67).

Faktor pembentukan seterusnya adalah melalui dialek. Dialek ialah satu bentuk
bahasa yang digunakan di dalam sesuatu daerah atau oleh sesuatu kelas sosial.
Dialek berbeza daripada bahasa standard, loghat atau pelat daerah (Kamus
Dewan, 2004: 302). Walaupun kita berteduh di dalam bumbung yang sama iaitu
Malaysia, namun wujud beberapa dialek seperti dialek Kelantan dan dialek
Kedah (Asmah, 1993: 114). Variasi atau kelainan bahasa ini merupakan cabang
daripada bahasa Melayu, misalnya Sabah mempunyai variasi bahasanya sendiri
dan orang kampung di kawasan pedalaman juga mempunyai variasinya sendiri.
Menurut Lyons, komuniti bahasa boleh wujud apabila semua orang dapat
menggunakan satu bahasa atau dialek yang sama dalam sesebuah kawasan
(Kamarudin dan Siti Hajar, 1997: 2).

Dialek daerah dan dialek sosial adalah variasi daripada satu bahasa tertentu
yang dituturkan oleh sekumpulan penutur dalam sesebuah masyarakat atau
dipanggil komunikasi bahasa (Kamarudin dan Siti Hajar, 1997: 5). Kedua-duanya
wujud disebabkan oleh keadaan geografi, persekitaran, pergaulan dan faktor
politik, taraf pendidikan, kedudukan sosial, cara penyampaian, sikap penutur,
gangguan latar belakang serta tempat.

Pembentukan bahasa seterusnya berlaku disebabkan adanya proses pengekodan


bahasa. Biasanya, pengekodan bahasa ini membabitkan aspek tatabahasa,
sebutan ejaan, perkamusan dan peristilahan. Pengekodan ini biasanya
menghasilkan satu bahasa baru. Di Malaysia, pewujudan bahasa baku adalah
contoh bahasa yang telah mengalami proses pengekodan. Bahasa baku adalah
bahasa yang dikodifikasi dan diterima oleh masyarakat secara umum serta
menjadi model kepada masyarakat bahasa tersebut. Oleh itu, bahasa yang telah
dikodifikasikan adalah bahasa yang bersistem atau mempunyai peraturan.

Menurut Nik Safiah Karim (1975), „Bahasa Melayu standard ialah variasi yang
digunakan apabila orang-orang daripada berbagai-bagai dialek di negara ini
berkumpul dan berbincang dengan tujuan untuk difahami, tiap pihak berusaha
menggugurkan ciri kedaerahan masing-masing dan menggunakan sedikit
sebanyak variasi yang berasaskan bahasa Melayu dialek Johor-Riau, tetapi kini
pertuturan bahasa Melayu umum telah mempunyai sifat-sifat tersendiri‰.
TOPIK 1 PENGENALAN ILMU LINGUISTIK W 33

Bahasa merupakan suatu sistem komunikasi yang mempergunakan simbol vokal


(bunyi ujaran) yang bersifat arbitrer. Bahasa dapat diperkuat dengan gerak-geri
badan yang nyata. Ia merupakan simbol atau lambang kerana rangkaian bunyi
yang dihasilkan oleh alat artikulasi manusia harus diberikan makna tertentu, dan
ia biasanya menggunakan simbol tertentu.

SEMAK KENDIRI 1.2


Pengalaman bahasa Melayu merentasi zaman. Bahasa Melayu terus
Pengalaman bahasa Melayu merentasi zaman. Bahasa Melayu terus
kekalsebagai
kekal sebagaibahasa
bahasa utama
utama dunia
dunia sejak
sejak dahulu
dahuluhingga
hinggakini.
kini.Persoalan
Persoalan
yang timbul dewasa ini, bersetujukah anda bahawa Bahasa Melayuperlu
yang timbul dewasa ini, bersetujukah anda bahawa Bahasa Melayu
perlu dipinggirkan
dipinggirkan dalam bidang
dalam bidang keilmuan
keilmuan?

x Secara kesimpulannya, bahasa memainkan peranan yang sangat penting di


dalam kehidupan kita seharian. Bahasa bukan sahaja berfungsi sebagai alat
komunikasi tetapi turut memainkan peranan sebagai alat perpaduan dalam
menyatukan masyarakat kita yang berbilang kaum dan budaya.
x Dengan hanya satu bahasa, iaitu bahasa Melayu telah berjaya menyatukan
pelbagai etnik sehingga bangsa kita menjadi satu bangsa yang aman dan
harmoni tanpa sebarang permusuhan atau persengketaan.
x Istilah linguistik berasal daripada kata Latin lingua yang membawa maksud
ÂbahasaÊ.
x Ilmu linguistik dikatakan bersifat umum yang bermaksud bahawa bidang
kajian ilmu linguistik ini tidak bersifat spesifik, yakni hanya menyelidik
kepada bahasa tertentu sahaja.
x Ilmu linguistik juga dikatakan sebagai ilmu pengetahuan spesifik yang
bermakna di dalam bidang kajian linguistik seperti juga disiplin ilmu yang
lain mempunyai sistem yang teratur bagi merealisasikannya sebagai salah
satu bidang ilmu yang dipelajari.
x Kajian linguistik meliputi fonetik dan fonologi, morfologi, sintaksis,
leksikografi, semantik, pragmatik, linguistik sinkronik dan linguistik
diakronik, sosiolinguistik dan linguistik teoretis dan linguistik terapan.
x Struktur bahasa meliputi tata tingkat bahasa yang terdiri daripada fonem,
morfem, kata, frasa, klausa, ayat dan wacana.
x Bahasa Melayu dipilih sebagai bahasa nasional kerana penyebarannya yang
luas di Nusantara dan peranan tokoh yang berpengaruh.
34 X TOPIK 1 PENGENALAN ILMU LINGUISTIK

x Bahasa Melayu telah menjadi alat bahasa pengajaran dan pembelajaran


sepenuhnya di dalam sistem pendidikan negara. Bahasa Melayu dijadikan
sebagai mata pelajaran teras di dalam peperiksaan Penilaian Menengah
Rendah (PMR) dan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).
x Bahasa Melayu memiliki sifat keterbukaan yang membenarkan penyerapan
kata dan istilah daripada pelbagai bahasa seiring dengan kehendak dan
perkembangan zaman.
x Bahasa berfungsi untuk membuka perbicaraan, menghindarkan komunikasi,
komunikasi instrumental, komunikasi afektif, melepaskan tekanan perasaan,
menceritakan perkara tahayul dan berfungsi dalam bidang ritual.
x Bahasa juga bersifat deskriptif (menerang, menghurai), ekspresif
(mengungkap) dan berfungsi di dalam bidang sosial.
x Pembentukan bahasa adalah konsep umum yang mencakup infleksi, devirasi,
afiksasi dan penggabungan bahasa.
x Bahasa Melayu memainkan peranan penting sebagai bahasa perpaduan dan
bahasa pelbagai domain.

Appel Ausdruck
Darstellung Deskriptif
Dialek Ekspresif Linguistik
Linguistik Sinkronik Monogenesis
Onomatope Polygenesis

Alias Mohammad Yatim. (1998). Mengenali Bahasa Melayu. Kedah: Percetakan


Paavai.

Arbak Othman. (1983). Permulaan ilmu linguistik satu pengenalan konsep dan
bidang kajian secara teoritis. Kuala Lumpur: Sarjana Enterprise.

Arbak Othman. (1985). Pengajaran lwn. pendidikan bahasa: Satu perspektif


dalam perancangan kurikulum. Seminar Bahasa dan Sastera dalam
Pendidikan di Malaysia. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
TOPIK 1 PENGENALAN ILMU LINGUISTIK W 35

Arbak Othman. (1987). Belajar tatabahasa dan Bahasa Malaysia. Selangor:


Penerbit Fajar Bakti.

Concise Dictionary of Linguistics. (1997). Oxford University Press.

Hashim Musa. (1993). Binaan dan fungsi perkataan dalam Bahasa Melayu (Suatu
huraian dari sudut tatabahasa Generatif). Selangor: Dewan Bahasa dan
Pustaka.

Anda mungkin juga menyukai