Anda di halaman 1dari 2

Buku jawapan :

NUR ZAWANAH BINTI OMAR

SEJARAH JUN 2018

Soalan no 1

 Inovasi merupakan penemuan baru yang memiliki perbezaan dengan reka cipta yang
sedia ada atau telah dikenali sebelum sesuatu pembaharuan itu dilaksanakan
 Inovasi adalah kegiatan penelitian, pengembangan dan reka cipta yang bertujuan
menambahbaik penerapan nilai dan ilmu pengetahuan yang baru atau cara baru
untuk menerapkan ilmu pengetahuan melalui teknologi yang sedia ada dalam
sesuatu produk
 Menurut Zimmerer & Scarborough (2005), inovasi merupakan kebolehan untuk
mengaplikasikan penyelesaian kreatif kepada masalah atau peluang untuk
meningkatkan atau penggayaan kehidupan manusia

Soalan no 2

 Kemahiran sains computer


 Kemahiran pengurusan projek
 Penerimaan inovasi
 Pengiktirafan organisasi
 Peruntukan modal

Soalan no 3

Bagi menyertai pertandingan inovasi dalam kategori Pengajaran dan Pembelajaran,


Cikgu Ahmad boleh membangunkan inovasi tersebut berasaskan komponen Model
Generik Pembelajaran Trilogikal. Melalui model ini terdapat 3 komponen utama yang
perlu diberi penekanan iaitu teknologi, interaksi sosial dan pedagogi. Terdapat beberapa
proses dalam mengahsilkan inovasi menggunakan Model Generik Pembelajaran
Trilogikal ini. pertama sekali, cikgu ahmad perlu menyatakan tujuan sebenar &
keperluan. Hal ini demikian supaya cikgu ahamd dapat menyediakan pengethauan dan
dapat melalukan kreativiti penggubahan dalam inovasi tersebut. Disamping itu, inovasi
yang dibangunkan juga mestilah dapat membantu cikgu ahmad memotivasikan murid-
murid dengan menggunakan animasi agen ali dalam tajuk bendahara Melaka. Selain itu,
cikgu ahmad perlu melakukan penetapan skop dan aktiviti yang sesuai dengan reka
bentuk inovasi. Hal ini penting bagi memastikan inovasi yang dibina dapat
menyelesaikan masalah dan mampu meningkatkan penguasaan dan kefahaman murid
dalam tajuk tersebut. contohnya, cikgu ahmad memilih agen ali untuk dikaitkan dengan
ketokohan bendahara Melaka semasa kegemilangan kesultanan melayu Melaka. Hal ini
akan menarik minat murid untuk belajar kerana animasi tersebut begitu rapat dengan
kanak-kanak zaman sekarang secara tidak langsung dapat meningkatkan daya tumpuan
dan ingatan murid berkaitan topik yang dipelajari. Cikgu Ahmad juga perlu menyediakan
draf & membuat semakan berulang bagi memastikan model dibangunkan dengan
terancang dan berjalan lancar. Seterusnya, cikgu ahmad perlulah melakukan
pemeriksaan dan refleksi terhadap model inovasi animasi agen ali dalam topik
bendahara Melaka. Akhir sekali, cikgu Ahmad juga mestilah melakukan pemurnian &
spesifikasi berkenaan proses model dibina dan amalan penggunaan model tersebut.

Anda mungkin juga menyukai