Anda di halaman 1dari 9

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS SULTAN MIZAN,

22200 BESUT, TERENGGANU

NAMA : NUR HAFIZAH BINTI ADZHAR


960830-09-5028

KUMPULAN / UNIT : 8 PISMP BAHASA ARAB (SK)

EDUP 3083
ASAS KEPIMPINAN DAN PEMBANGUNAN PROFESIONAL GURU

NAMA
PENSYARAH : ENCIK MOHD ANUAR BIN HUSAIN
ENCIK AZMAN BIN MOHAMED NOR

JABATAN : JABATAN ILMU PENDIDIKAN

TARIKH
HANTAR : 1 APRIL 2020

MARKAH KESELURUHAN

/100
1
PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN (PISMP)

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS SULTAN MIZAN

TAHUN 2020

MAKLUMAT PELAJAR

NAMA NUR HAFIZAH BINTI ADZHAR

NO.KAD 960830 – 09 - 5028


PENGENALAN

AMBILAN JUN 2016

KURSUS BAHASA ARAB

ALAMAT TAMAN BESERI MURNI KANGAR, PERLIS

NO.TEL 018 - 7666896

i
ISI KANDUNGAN

BIODATA PELAJAR i

ISI KANDUNGAN ii

PENGHARGAAN iii

TUGASAN KERJA KURSUS

TUGASAN 2

1.0 ANALISIS TEMUBUAL : 2 -4

PUAN RUSNAIDA BT DAUD


KETUA PANITIA BAHASA ARAB DAN PENDIDIKAN ISLAM

LAMPIRAN 5

ii
PENGHARGAAN

‫بسم هللا الرمحن الرحيم‬

Alhamdulillah, segala puji-pujian dipanjatkan hanyalah kepada Allah S.W.T. kerana


dengan limpah rahmat dan kasih sayangNya dapat saya menyiapkan Tugasan 2 kerja kursus
Asas Kepimpinan dan Pembangunan Profesional Guru (EDUP 3083) ini dengan jayanya.
Jutaan terima kasih ditujukan buat para pensyarah bagi subjek ini Encik Azman Bin Mohamed
Nor dan Encik Mohd Anuar Bin Husain atas bimbingan dan tunjuk ajar yang diberikan kepada
saya dan rakan-rakan sepanjang kami menyiapkan tugasan kerja kursus ini.

Sekalung penghargaan juga saya curahkan buat sahabat-sahabat saya atas


kerjasama dan bantuan yang dihulurkan sepanjang proses menyelesaikan tugasan ini. Tidak
lupa juga buat ahli keluarga saya terutamanya kedua-dua ibu bapa saya atas sokongan dan
dorongan yang diberikan untuk saya menyiapkan kerja kursus ini.

Besar harapan saya agar hasil karya ini mampu mendatangkan manfaat buat diri saya
dan para pembaca.

Sekian, terima kasih.

iii
TUGASAN 2

1
1.0 ANALISIS TEMUBUAL

Satu temubual telah dijalankan bersama Puan Rusnaida Binti Daud, Ketua Panitia
Bahasa Arab dan Pendidikan Islam Sekolah Kebangsaan Renek yang membincangkan hal –
hal semasa berkaitan proses pembelajaran dan pemudahcaraan (PdPc) di sekolah tersebut
dari aspek kepimpinan dan pemgurusan bilik darjah khususnya bagi subjek Bahasa Arab.
Antara isu yang disentuh adalah berkaitan dengan penggunaan Luqhatul Fasl dalam Bahasa
Arab, penggunaan i – Think dalam PdPc Bahasa Arab dan pengurusan bilik darjah serta
aktiviti yang dijalankan bagi meningkatkan penguasaan murid dalam Bahasa Arab. Isu – isu
yang telah disentuh ini berkait rapat dengan 6 Aspirasi Murid yang diharapkan oleh
kementerian.

Isu pertama ialah penggunaan Luqhatul Fasl dalam Bahasa Arab semasa proses
PdPc. Hal ini kerana, penggunaan Luqhatul Fasl sering menjadi isu utama dalam pengajaran
Bahasa Arab kerana guru – guru tidak mempraktikkan penggunaan Bahasa Arab semasa
proses pengajaran. Walau bagaimanapun, masalah ini bukanlah sepenuhnya atas kesalahan
para guru Bahasa Arab semata – mata sebaliknya ianya bergantung kepada kemampuan
murid – murid untuk memahami sekiranya guru – guru menggunakan Bahasa Arab secara
penuh semasa di dalam kelas. Penekanan kepada penggunaan Luqhatul Fasl sangat penting
bagi memastikan murid – murid sekolah rendah mampu menguasai pelbagai bahasa seperti
mana yang dihasratkan dalam enam aspirasi murid iaitu kemahrian dwibahasa.

2
Namun begitu, penguasaan luqhatul fasl di sekolah ini berada pada tahap yang
memuaskan hasil daripada program – program yang telah diterapkan oleh panitia Bahasa
Aran dan Pendidikan Islam. Antara aktiviti yang dijalankan ialah murid – murid dan guru –
guru digalakkan menggunakan bahasa Arab semasa selisih di luar kelas seperti “ ‫كيف خالكك ؟‬
‫ شكرا‬، ‫“ صباح الخير‬. Selain itu, pihak panitia juga akan menerapkan penggunaan Bahasa Arab
dalam majlis – majlis yang dijalankan oleh pihak sekolah seperti pengacara majlis dalam
Bahasa Arab.

Isu kedua yang dibincangkan adalah berkaitan penggunaan i – Think dalam proses
PdPc Bahasa Arab. Hal ini kerana i – Think merupakan elemen yang ditekankan dalam Pelan
Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013 – 2025 dan penggunaan i – Think perlu
bagi mewujudkan sebuah sistem pendidikan yang membantu murid berperwatakan kreatif dan
serba boleh dalam meningkatkan pengetahuan dan kemahiran mereka. Tambahan pula, i –
Think merupakan elemen pembelajaran abad ke 21 dalam PdPc pada masa kini yang
diperlukan bagi memenuhi keperluan murid dalam menyemai kemahiran berfikir kepada
mereka. Hasil temubual mendapati guru – guru Bahasa Arab Sekolah Kebangsaan Renek
mendapat pendedahan yang cukup berkaitan penggunaan i – Think dan berusaha untuk
mempraktikkannya secara maksimun dalam PdPc Bahasa Arab. Bahkan murid – murid juga
diterapkan untuk menggunakan i – Think semasa membuat ringkasan terhadap tajuk yang
dipelajari.

Namun begitu, masih ada sebahagian guru yang belum menggunakan i – Think dalam
proses PdPc Bahasa Arab dengan baik berdasarkan kepada pemantauan yang dijalankan
oleh ketua panitia terhadap rancangan pengajaran harian (RPH) guru – guru Bahasa Arab.
Oleh itu, bagi mengatasi masalah ini Puan Rusnaida selaku Ketua Panitia menjelaskan beliau
akan membuat teguran kepada guru – guru dan menjalankan perbincangan bersama guru –
guru Bahasa Arab bagi mengatasi masalah yang dihadapi. Selain itu, beliau juga menjalankan
Profesional Learning Communities (PLC) bersama guru – guru bagi memastikan guru – guru
Bahasa Arab menggunakan i – Think semasa dalam proses pengajaran.

Isu ketiga yang dibincangkan adalah berkaitan dengan pengurusan bilik darjah bagi
memastikan PdPc yang kondusif dan menepati keperluan pembelajaran abad ke 21 dapat
dijalankan. Puan Rusnaida menjelaskan bahawa tanggungjawab terhadap keceriaan kelas
sebenarnya di bawah tangggungjawab guru kelas. Namun begitu, selaku ketua panitia
Bahasa Arab beliau telah meminta setiap guru Bahasa Arab menyediakan Reward Board
dalam setiap kelas khusus bagi subjek Bahasa Arab. Reward Board tersebut bertujuan untuk
mewujudkan persaingan yang positif dalam kalangan murid – murid dalam PdPc Bahasa
Arab.

3
Selain itu, panitia Bahasa Arab juga telah membekalkan “traffic light” kepada para guru
bahasa Arab untuk digunakan semasa di dalam kelas. Traffic Light ini perlu dibawa oleh guru
semasa kelas dan diberikan kepada murid semasa proses pembelajaran supaya murid –
murid dapat memberikan respon kepada guru. Tambahan panitia juga menekankan
penggunaan “mini – whiteboard” dalam kalangan murid dalam memberikan jawapan kepada
soalan yang diajukan oleh guru. Penggunaan tools tersebut adalah sebagai salah satu usaha
panitia bagi mewujudkan pembelajaran yang kondusif dan aktif dalam kalangan murid.

Manakala isu keempat ialah nilai kepimpinan dalam kalangan murid. Untuk itu, pihak
panitia sering menjalankan aktiviti – aktiviti yang dapat memupuk nilai – nilai kepimpinan
dalam kalangan murid seperti berani, mampu berhujah dan mengemukan idea dan dapat
berkerjasama dalam pasukan. Misalnya aktiviti “Pameran Inovasi Pendidikan Bahasa Arab”
yang baru dijalankan pada 12 Mac 2020 yang lalu. Murid – murid perlu membentangkan
bahan – bahan inovasi yang telah dibuat kepada rakan – rakan mereka yang lain serta kepada
guru – guru mereka. Selain itu, beberapa orang murid juga telah dipilih untuk memberikan
ucapan dan mengacarakan majlis dalam Bahasa Arab. Program tersebut telah mendapat satu
pujian oleh tuan Guru Besar iaitu Encik Junaidi Bin Jusoh. Selain itu, antara aktiviti lain yang
dijalankan ialan Minggu Bahasa Arab, Explorace Bahasa Arab, Persembahan Bahasa Arab
dan sebagainya.

Tuntasnya, Panitia Bahasa Arab dan Pendidikan Islam Sekolah Kebangsaan Renek
yang diterajui oleh Puan Rusnaida Binti Daud sentiasa berusaha dan komited dalam
memastikan pembelajaran Bahasa Arab di Sekolah Kebangsaan Renek tidak terhad hanya di
dalam kelas sahaja bahkan mampu melahirkan murid – murid yang boleh berkongsi ilmu dan
pengalaman mereka kepada orang lain khususnya dalam subjek Bahasa Arab.

4
LAMPIRAN

PAMERAN INOVASI BAHASA ARAB


SEKOLAH KEBANGSAAN RENEK
12 MAC 2020

Anda mungkin juga menyukai