Anda di halaman 1dari 2

1.

Ulasan dari artikel

Menerusi artikel tersebut kita dapat mengetahui tentang definisi falsafah iaitu sesuatu usaha
untuk mengkaji sesuatu perkara menggunakan ilmu pengetahuan dalam mencari sesuatu
kebenaran. Terdapat banyak juga ahli-ahli falsafah yang menyampaikan ilmu pengetahuan
kepada masyarakat. Falsafah juga menjadi asas dalam pendidikan dimana falsafah ini
sangat penting dalam bidang ini kerana saling berkait rapat.Hal ini juga mewujudkan
falsafah pendidikan yang sangat penting kepada sekolah, murid dan juga para guru.
Terdapat banyak kepentingan falsafah pendidikan. Sebagai contohnya para guru dapat
menyampaikan ilmu pengetahuan kepada pelajar dengan berkesan yang mampu
melahirkan pelajar yang bersahsiah. Selaras dapat mengembangkan bidang pendidikan di
negara kita.Dengan itu falsafah adalah sesuatu yang penting dalam kehidupan kita.

2. Definisi falsafah menurut pandangan islam

Menurut al-Kindi, yang merupakan orang yang memperkenalkan falsafah dalam dunia Islam,
menjelaskan bahawa falsafah sebagai suatu ilmu pengetahuan yang paling mulia iaitu ilmu
pengetahuan mengenai sebab dan realiti Ilahi yang pertama dan merupakan sebab dari
semua realiti. Beliau juga turut menyatakan bahawa ia adalah ilmu dari segala ilmu dan
kearifan dari segala kearifan. Maksudnya, falsafah merupakan suatu ilmu yang penting dan
utama berbanding ilmu-ilmu lain iaitu ilmu duniawi. Dalam urutan ilmu pengetahuan duniawi,
ilmu falsafah mendapat kedudukan yang pertama dan setiap manusia mesti
mempelajarinya. Oleh kerana itu, falsafah di sini al-Kindi berada pada kedudukan pertama
dalam klasifikasi ilmu pengetahuan. Beliau juga menyatakan bahawa falsafah itu adalah
pengetahuan tentang hakikat benda-benda yang boleh dijangkaui oleh manusia kerana
matlamat utama seseorang ahli falsafah dalam ilmu teori itu untuk mencapai kebenaran dan
dalam ilmu praktiknya pula untuk bertindak sejajar dengan kebenaran. Ilmu ini merangkumi
ilmu teologi, ilmu tauhid, etika dan semua jenis ilmu yang berguna. Dalam risalah beliau iaitu
fi falsafah al-ula, beliau mendefinisikan falsafah sebagai pengetahuan tentang hakikat
benda-benda yang boleh dijangkau oleh manusia, kerana matlamat utama seseorang ahli
falsafah dalam ilmu teori ialah untuk mencapai kebenaran dan dalam ilmu praktikal pula
untuk bertindak sesuai dengan kebenaran. Seterusnya, beliau menghuraikan, ia juga adalah
ilmu tentang hakikat (kebenaran) sesuatu menurut kemampuan manusia yang meliputi ilmu
keTuhanan, ilmu keEsaan, ilmu tentang sesuatu yang berguna dan cara memperolehinya
serta cara menjauhi perkara-perkara yang merugikan

Anda mungkin juga menyukai