Anda di halaman 1dari 4

Selain kesesatan al-wahhabi, syiah, isu2 liberal dan pluralisme, anti mazhab yang telah kita terangkan,

ada lagi pertubuhan sesat yang amat perlu diperhatikan, takut kita @ ahli keluarga kita terjebak iaitu
hizbut tahrir.

Kalau wahabi dgn slogannya Kembali kpd Sunah Rasullullah, Syiah dgn menyintai Ahlil Bait, maka Hizbut
Tahrir pula dgn Mengembalikan Pemerintahan Daulah Islamiah

Pertubuhan Hizbut Tahrir adalah merupakan satu pertubuhan tidak berdaftar di bawah Jabatan
Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (ROS) yang bergerak cergas di Malaysia pada hari ini. Di Malaysia ia
dikenali sebagai Hizbut Tahrir Malaysia (HTM). Hizbut Tahrir adalah bahasa arab yang membawa maksud
Parti Pembebasan. Pertubuhan ini bukan sekadar bermotifkan politik tetapi juga membawa ajaran baru
serta bertujuan untuk mengambil alih pemerintahan negara-negara di dunia, khususnya bagi negara-
negara di bawah pemerintahan Muslim bagi membentuk dan mengembalikan pemerintahan negara
Islam berkhalifah. Bahkan ia juga berlaku melampau dlm hal ehwal aqidah dan fiqah yang mana ianya
tersasar dari landasan kefahaman aqidah Ahli Sunnah Wal Jamaah. Pertubuhan ini ditubuhkan di Jordan
dan menyebarkan kefahaman dan ideologi mereka kepada masyarakat Islam di seluruh dunia termasuk
negara Malaysia.

Ajaran Hizbut Tahrir lebih radikal dari selainnya. HT sering menyebarkan ajaran mereka kepada
persatuan2 islam dimalaysia termasuk mahasiswa2 universiti, juga menyebarkan risalah mereka di
masjid2 di seluruh negara, di masjid taman2, di bandar2 serta di kampung2 demi merialisasikan impian
mereka iaitu kesemua manusia didunia ini WAJIB ikut dan sertai HT.Dengan bertopengkan penegakan
sistem Khilafah Islamiyah HT turut bertindak kurang ajar dengan menghukum seluruh umat islam yang
bersemangat wataniyah sebagai KAFIR halal darahnya dan juga menghukum KUFUR terhadap semua
umat islam di Malaysia yang beramal dengan demokrasi.

Hizbut Tahrir ingin mengembalikan dan membentuk semula pemerintahan Daulah Islamiah (Negara
Islam) yang dipimpin oleh seorang Khalifah bagi mewakili seluruh negara umat Islam. Mengikut
kefahaman Hizbut Tahrir, Rasululah SAW menyebut akan berlaku peralihan kuasa di kalangan umat
Islam dari satu peringkat ke satu peringkat sehinggalah akan terbangun semula kerajaan Islam yang akan
meneruskan jejak kenabian.

Daripada Huzaifah bin al-Yaman Rodhiallahu Anhu berkata. Rasulullah SAW telah bersabda: “Adalah
kenabian itu berada di tengah-tengah kamu sekalian, yang mana ianya atas kehendak Allah, kemudian
Allah mengangkatnya apabila Dia berkehendak mengangkatnya, kemudian akan ada khilafah yang
mengikuti jejak kenabian, yang mana ianya berlaku atas kehendak Allah, kemudian Allah
mengangkatnya apabila Dia berkehendak mengangkatnya, kemudian akan ada kekuasaan yang
menggigit (pemerintahan yang zalim), yang berlaku atas kehendak Allah, kemudian Allah
mengangkatnya apabila Dia berkehendak mengangkatnya, kemudian akan ada kekuasaan yang
memaksa (pemerintahan diktator) yang berlaku atas kehendak Allah, kemudian Allah mengangkatnya
apabila Dia berkehendak mengangkatnya, kemudian akan ada khilafah yang mengikuti jejak kenabian,
kemudian baginda (Nabi) diam.” (Riwayat Imam Ahmad).
Hadis itu pada mereka menjadi hujah untuk umat Islam wajib membentuk kerajaan Islam yang
menjalankan pemerintahan berdasarkan hukum-hukum Islam dan wajib semua umat Islam membai’ah
(memberi perjanjian taat setia) kepada khalifah yang dilantik di dalam kerajaan Islam tersebut. Mereka
yang engkar untuk membai’ah adalah dianggap kufur dan sekiranya mereka mati tanpa memberi bai’ah
kepada khalifah yang dilantik maka kematian mereka itu adalah mati seorang jahiliyah (tidak beriman).

Menurut Dr Ar-Raisuni di dalam hadis ini Nabi hanya menyebut khilafah kenabian itu berlaku selama tiga
puluh tahun saja iaitu ( dua tahun Khalifah Abu Bakar, sepuluh tahun Khalifah Umar, dua belas tahun
Khalifah Usman dan enam tahun Khalifah Ali) Nabi tidak menyebut tentang pemerintahan khilafah kali
kedua. Menurut beliau lagi hadis tentang khilafah tersebut juga tidak mengandungi arahan atau
larangan mengenai kewajipan umat Islam untuk membentuk kerajaan berkhalifah kali kedua dan kenapa
ummat Islam perlu melakukan sesuatu yang tidak disuruh dan di manakah kewajipannya?

Pertubuhan ini juga berpegang dengan prinsip dan pegangan akidah yang menyeleweng dan bercanggah
dari pegangan Ahli Sunnah Wal-Jamaah. Antara pegangan mereka adalah seperti berikut:

•Mengatakan perbuatan hamba yang ikhtiariyah (perbuatan ikhtiar) tidak termasuk di dalam qodha
Allah SWT. Pegangan ini selari dengan pegangan Golongan Qodariah (Satu kumpulan yang tersasar
aqidah). Dalam kitab As Syakhsiah Islamiyyah menyebut: “perbuatan-perbuatan ini (perbuatan manusia)
adalah tidak berkait dengan qodho Allah dan qodho Allah tidak berkait dengan mereka, kerana manusia
melakukan perbuatan tersebut dengan kehendak dan pilihannya, maka perbuatan yang sengaja tidak
termasuk dalam penciptaan Allah “(An Nabhani, As Syakhsiah Islamiyyah, Jil 1, halaman 7).

•Mengatakan hidayah dan kesesatan adalah ciptaan hamba bukan ciptaan Allah. Di dalam kitab As-
Syakhsiyyah Al- Islamiah juga menyebut: “Kebergantungan pembalasan ganjaran (pahala) dan
pengazaban (dosa) kepada hidayah dan kesesatan tersebut adalah perbuatan hamba dan bukan
daripada ciptaan Allah” (As-Syakhsiah Islamiah, Jil 2, Halaman 74).

•Menghukum orang yang meninggal dunia tanpa bai’ah seorang khalifah sebagai mati jahiliyah (As-
Syakhsiah Islamiah, juz 2, bahagian 3, halaman 13,15 dan 29).

•Mendakwa Pemerintah, Ahli Parlimen dan para Ulama’ Islam kesemuanya kafir serta harus diperangi
kerana menerima sistem kufur.

•Negara-negara Islam semuanya negara kafir kerana berhukum dengan sistem kafir (demokrasi) dan
haram bagi umat Islam menyertai sistem kerajaan sama ada menubuhkan, menganggotai, menyokong
dan bersemangat patriotisme.

•Menafikan istilah “al-Qadha’ wal Qadar”.

•Berpegang kepada fahaman aqidah Qadariyyah.


•Aqidah siyasiyah (politik) lebih penting dari aqidah ruhiyyah (jasmani).

•Menolak sumber aqidah melalui hadis Ahad kerana boleh membawa kesesatan berasaskan hadis Ahad
itu dalil Zonni (samar) sedangkan aqidah itu keyakinan yang memerlukan dalil Qot’ei (jelas).

4-HIZBUT TAHRIR MENGANGGAP bahawa NABI&RASUL TIDAK MAKSUM ( TIDAK TERPILIHARA DARI
KEKUFURAN ).

Ketahuilah bahawa disisi agama islam yang dipelopori oleh Ahli Sunnah Wal Jamaah berpegang bahawa
para Nabi dan Rasul mereka adalah maksum( terpelihari) dari kekufuran.dosa besar & dosar kecil yang
buruk pada SEBELUM kenabian dan kerasulam mereka serta SESUDAH kenabian dan kerasulan mereka.
Inilah aqidah islam.

Malangnya HT beranggapan bahawa kemaksuman Nabi & Rasul dari kekufuran dan dosa besar
HANYALAH SELEPAS dilantik oleh Allah sebagai nabi atau rasul.

Ini bermakna HT mengharuskan kekufuran berlaku pada Nabi dan Rasul sebelum kenabian sedangkan
Allah tidak akan mengutuskan manusia sekeji itu ( iaitu yang melakukan kekufuran).

Lihat pada m/s 137 diakhir perenggan jelas HT mengatakan bahawa para Nabi dan Rasul tidak maksum
dan harus melakukan seperti mana manusia lain melakukan ( dari perkara kufur,dosa besar dan
selainnya).

5- HIZBUT TAHRIR MENYANDARKAN SIKAP SYIRIK TERHADAP NABI IBRAHIM.

tidak cukup HT menafikan kemaksuman Anbya’ dari kekufuran sebelum kenabian, kini HT sanggup
menyandarkan sikap seakan syirik terhadap nabi Ibrahim.Ketahuilah bahawa Nabi Ibrahim tidak pernah
bersikap seakan bulan itu tuhan!

Dan Nabi Ibrahim tidap pernah mengadap matahari seolah-olah bersetuju dengan cara pemikiran org
musyrik! Tidak dan tidak pernah!Akan tetapi HT telah menyandarkan perkara yang jelek itu terhadap
Nabi Ibrahim

Tidak pernahkan HT memahami firman Allah dalam surah Al-Imran ayat 67 Allah ta’ala menafikan nabi
Ibrahim dari kalangan musyrikin!.

7- HIZBUT TAHRIR MENYATAKAN NABI YUSUF BERMAKSUD MELAKUKAN ZINA.

Kejahilan mentafsir Alquran membuatkan HT menyandarkan terhadap nabi Yusuf sifat keinginan
melakukan zina terhadap zulaikha.
8- HIZBUT TAHRIR MENGATAKAN BAHAWA AGAMA PARA NABI TERDAHULU BUKAN AGAMA ISLAM.

HT telah menafikan Islam sebagai agama para nabi-nabi terdahulu.Ketahuilah bahawa seluruh para Nabi
beragama Islam berdalilkan banyak ayat dan bukti lain..antaranya firman Allah dalam surah Al-Imran
ayat 67.Firman Allah bermaksud :

“Bukanlah Nabi Ibrahim itu seorang pemeluk agama Yahudi dan bukanlah dia seorang pemeluk agama
Kristian, tetapi dia seorang yang tetap di atas dasar Tauhid sebagai seorang MUSLIM (yang taat dan
berserah bulat-bulat kepada Allah) dan dia pula bukanlah dari orang-orang musyrik”.

Cuma syariat iaitu hukum-hakam para rasul sahaja yang berbeza, manakala agama adalah sama iaitu
agama Islam yang beriman dengan Allah sebagai Tuhan yang disembah.

ANCAMAN HIZBUT TAHRIR TERHADAP ATM

Sasaran Hizbut Tahrir Terhadap Organisasi ATM

Pertubuhan ini cuba menyebarkan fahaman dan menghasut masyarakat agar menolak sistem
pemerintahan demokrasi yang diamalkan oleh negara Malaysia kerana mendakwa ianya bersifat sekular
dan wajib ditukar dengan sistem pemerintahan Islam berkhalifah. Bagi tujuan mengambil alih
pemerintahan negara, mereka akan mengunakan pihak-pihak yang berkuasa dalam negara seperti
Angkatan Tentera Malaysia untuk mengguling kerajaan sedia ada dan menyerahkan kuasa pemerintahan
kepada mereka yang mana mereka namakan pendekatan tersebut dengan istilah ‫( طلب النصرة‬tolabun
nusroh) yang bermaksud memohon kemenangan, pada waktu itu mereka akan membentuk kerajaan
berkhalifah yang dipimpin oleh seorang khalifah Islam. Bagi mencapai misi tersebut mereka mula
mendekati, menawan hati dan mendakwah pemimpin-pemimpin ATM dan anggota-anggotanya untuk
menerima pertubuhan mereka sehingga terhasil dakwah mereka secara total. Mereka menggunakan
saluran laman web, bahan bacaaan buku dan risalah serta kelas-kelas penerangan di seluruh Malaysia
untuk menarik keahlian dan pengaruh kepada pertubuhan mereka.

Kesan Terhadap Anggota ATM Yang Terlibat Dengan Pertubuhan Hizbut Tahrir

Memandangkan Kerajaan Malaysia telah mewartakan Rang Undang-undang Pencegahan Keganasan


(POTA) dan fatwa pengharaman Hizbut Tahrir oleh beberapa negeri, maka telah jelas bahawa
pertubuhan Hizbut Tahrir adalah pertubuhan yang haram dan sesiapa yang terlibat dengan pertubuhan
ini sama ada secara langsung atau tidak langsung adalah salah di sisi undang undang negara dan juga di
sisi agama Islam. Justeru itu, pertubuhan ini wajib disekat dari merebak di negara ini khususnya

Anda mungkin juga menyukai