Anda di halaman 1dari 20

TZ10103

TOPIK 2:

PENGENALAN KEPADA KBSR DAN KSSR __________________________________________________


HASIL PEMBELAJARAN
Di akhir pengajaran dan pembelajaran, para pelajar akan dapat;

1. Menjelaskan kronologi perkembangan kurikulum bermula daripada Kurikulum Lama


Sekolah rendah (KLSR) hingga Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR). 2.
Mengetahui faktor-faktor penyebab perubahan sesuatu kurikulum. 3. Menghuraikan
implikasi perubahan kurikulum dari aspek pembangunan murid murid sejajar dengan
perkembangan globalisasi.

PENGENALAN
Sistem pendidikan perlu mempunyai satu bentuk panduan atau pegangan yang menjadi
petunjuk dalam pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran yang efektif dan juga
mengikut arus globalisasi. Oleh itu, kurikulum menjadi ilmu teras dalam pendidikan
sebagai panduan bagi memastikan sistem pendidikan mudah dilaksanakan. pembentukan
kurikulum bukan dirancang secara tergesa-gesa dalam masa yang singkat sebaliknya
kurikulum dirancang dengan teliti serta berpaksikan Falsafah Pendidikan Kebangsaan,
Akta Pendidikan dan Dasar Pendidikan Kebangsaan. "…Suatu program pendidikan yang
termasuk kurikulum dan kegiatan kokurikulum yang merangkumi semua pengetahuan,
kemahiran, norma, nilai, unsur kebudayaan dan kepercayaan untuk membantu
perkembangan seseorang murid dengan sepenuhnya dari segi jasmani, rohani, mental
dan emosi serta untuk menanam dan mempertingkatkan nilai moral yang diingini dan
untuk menyampaikan pengetahuan." (Dipetik daripada Akta Pendidikan 1996 [Peraturan-
Peraturan (Kurikulum Kebangsaan) Pendidikan 1997] UMS
TZ10103 Pembentukan kurikulum pendidikan sesebuah negara perlu mengambil kira
keadaan dan kehendak sosial, ekonomi, politik, masyarakat, budaya dan bangsa.
Dengan itu, bidang kurikulum merangkumi pelbagai cabang ilmu seperti pengurusan,
ekonomi, sains, kejuruteraan, psikologi dan sosiologi. Ini bertujuan memenuhi
keperluan dalam sistem masyarakat supaya ilmu kontan dapat dimanipulasikan secara
berterusan bermula dari tahap yang paling asas iaitu kanak-kanak di sekolah rendah.
Pendidikan dalam kalangan kanakkanak sekolah rendah adalah untuk memberi kesedaran
kendiri, perhubungan dengan individu serta masyarakat sekeliling, kecekapan dalam
urusan ekonomi dan semangat kenegaraan yang tinggi. Masyarakat umum telah mengenali
istilah kurikulum apabila Kementeria Pendidikan memperkenalkan KBSR dan KBSM pada
tahun 1982. Namun, ramai yang beranggapan kurikulum itu adalah sukatan pelajaran.
Ishak, (2005) menjelaskan bahawa kandungan kurikulum terdapat pelbagai sukatan
pelajaran bagi setiap mata pelajaran yang akan diajar. Oleh itu, guru merupakan
agen perubahan yang menjadi pemangkin untuk menyebarkan kurikulum kepada para
pelajar di sekolah. Sehubungan dengan itu, amatlah penting bagi seseorag guru
mengetahui dengan lebih terperinci tentang sejarah dan pembentukan kurikulum yang
digunapakai dalam sistem pendidikan di negara kita.

2.1 SEJARAH RENDAH

KURIKULUM

PENDIDIKAN

SEKOLAH

Pendidikan formal sekolah rendah bermula dengan pelaksanaan Kurikulum Lama Sekolah
Rendah (KLSR) yang diperkenalkan semenjak negara kita mencapai kemerdekaan. Dengan
itu, sistem pendidikan yang berkonsepkan ”pecah dan perintah” yang diamalkan oleh
penjajah Inggeris dalam sistem pendidikan negara kita turut berakhir. Perubahan
arus globalisasi juga telah menyebabkan beberapa pindaan dan perubahan terhadap
Akta Pelajaran dan juga kurikulum pendidikan negara. Misalnya, KLSR telah
ditukarkan kepada Kurikulum Baru Sekolah Rendah (KBSR) pada tahun 1982 dan
kemudiannya implikasi keperluan kesepaduan dalam kontan mata pelajaran, sekali lagi
beberapa pindaan dalam Akta Pendidikan dibuat menyebabkan KBSR diubah kepada
Kurikulum Bersepadu Sekolah rendah (KBSR). UMS
TZ10103 Terkini, KBSR secara berperingkat-peringkat akan ditukarkan sepenuhnya
kepada Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) bermula sesi persekolahan pada
diperkenalkan kepada murid-murid Tahun Satu. Januari 2011 yang

2.1.1 Kronologi Perubahan Kurikulum Sekolah Rendah Kurikulum Lama Sekolah Rendah
(KLSR) mula dilaksanakan sejak negara mencapai kemerdekaan hasil daripada Ordinan
Pelajaran 1957 yang digubal berdasarkan Laporan Razak (1956). Laporan ini
menggariskan 17 cadangan dengan mengambilkira matlamat akhirnya membentuk satu
sistem pendidikan kebangsaan. Di antara perkara yang diperkatakan ialah: 1. 2.
Semua sekolah menggunakan sukatan pelajaran yang sama. Bahasa Melayu dijadikan
bahasa kebangsaan dan menjadi bahasa pengantar utama. 3. Bahasa Melayu dan Bahasa
Inggeris diwajibkan bagi semua sekolah rendah dan menengah. 4. Bagi sekolah jenis
kebangsaan, bahasa Inggeris, Cina dan Tamil menjadi bahasa pengantar. 5. Sekolah –
sekolah rendah ditukar kepada sekolah kebangsaan dan bahasa Melayu sebagai bahasa
pengantar utama. 6. 7. 8. Penubuhan satu jenis sekolah sahaja yang terbuka kepada
semua kaum. Guru – guru sekolah rendah dan menengah adalah berkelayakan. Sistem
pendidikan sekolah menengah adalah Sekolah Menengah Rendah (SMR), Sekolah Menengah
Atas (SMA) dan Pra Universiti. 9. Semua guru diletakkan di bawah satu perkhidmatan
profesional dan Jemaah Nazir Persekutuan ditubuhkan

2.1.2 Laporan Rahman Talib (1960) Pada tahun 1959, sebuah Jawatankuasa Penyemak
Mata pelajaran telah dibentuk yang dikenali sebagai Laporan Rahman Talib.
Jawatankuasa ini diketuai oleh Menteri Pelajaran ketika itu, iaitu Encik Abdul
Rahman bin Haji Talib. Jawatankuasa ini ditubuhkan bertujuan untuk mengkaji semula
polisi pendidikan kebangsaan sebagaimana yang telah dicadangkan UMS
TZ10103 dalam Laporan Razak (1956) dan dasar pendidikan awal sebelum itu iaitu
Ordinan Pelajaran (1957). Laporan Rahman Talib (1960) telah mencadangkan beberapa
perubahan dan pindaan yang dibuat dari Laporan Razak (1956) iaitu; 1. 2. 3. 4. 5.
Pelajaran di sekolah rendah adalah percuma Sekolah rendah menjadi sekolah
kebangsaan dan jenis kebangsaan. Sekolah pelajaran lanjutan merupakan persekolahan
hingga umur 15 tahun. Murid naik darjah secara otomatik Pelajaran agama Islam bagi
murid-murid hendaklah sekurang-kurannya 15 orang. 6. Pendidikan akhlak
dititikberatkan.

2.1.3 Laporan Hussein Onn (1971) " Sistem pendidikan kebangsaan direkabentuk untuk
memenuhi keperluan negara dan mempertingkatkan pembangunan budaya, sosial. Ekonomi
dan politik. Jadi mulai 1968 bahasa Melayu telah mula menggantikan bahasa Inggeris
secara berperingkat-peringkat sebagai baasa pengantar di sekolah- sekolah aliran
Inggeris”. (Laporan Hussein Onn, 1971)

Jawatankuasa laporan ini diketuai oleh Tun Hussein Onn yang menjadi Mentei
Pelajaran ketika itu.Tujuan utama Laporan ini selain dari untuk mengkaji semula
Dasar Pendidikan Negara ketika itu, juga adalah untuk menyediakan pendidikan dasar
bagi semua kanak-kanak dalam lingkungan umur bersekolah. Ini dapat ditampung dalam
sekolah-sekolah aliran Melayu, Inggeris, Cina dan Tamil. Walaupun kedudukan bahasa
Melayu sebagai bahasa pengantar utama sistem pendidikan negara, namun kedudukan
bahasa Inggeris sebagai bahasa kedua turut dipelihara. Ini di atas rasa kesedaran
bahawa bahasa Inggeris sebagai bahasa antarabangsa yang amat penting dan penguasaan
bahasa itu boleh mempetingkatkan pembangunan negara.

UMS
TZ10103 “ Bahasa Inggeris adalah diwajibkan di semua sekolahh kerana kepentingannya
dalam pendidikan tinggi dan perdagangan dan juga halehwal antarabangsa. Peringkat
penguasaan bahasa Inggeris yang tinggi menjadi sasaran sistem pendidikan. Masa
mengajar bahasa Inggeris ditambah dan guru-guru diberi latihan untuk hasil yang
baik. Bahasa Inggeris terus menjadi bahasa kedua”. (Laporan Hussein Onn, 1971)
Secara amnya, perkembangan sistem pendidikan negara pada tahun ini boleh
dibahagikan kepada tiga tahap iaitu Tahap Pertama (1963 -1965), Tahap Kedua (1966-
1970) dan Tahap Ketiga (1971-1975). Tahap pertama merupakan tahap perlaksanaan
rancangan sistem pendidikan yang telah dikuatkuasakan dalam Akta Pelajaran 1961.
Tahap kedua pula merupakan tahap perlaksanaan rancangan pendidikan di bawah
Rancangan Malaysia Pertama. Ia digubal dengan tujuan untuk menyelesaikan masalah
ekonomi dan sosial yang timbul dalam tempoh ini. Antara matlamat lain yang ingin
dicapai ialah memperkukuhkan sistem pendidikan kebangsaan bagi memupuk perpaduan
sosial, kebudayaan dan politik, menyediakan kemudahan pendidikan yang lebih
bersistematik dan selesa kepada para pelajar, meningkatkan taraf pendidikan di
seluruh negara serta melaksanakan pendemokrasian pendidikan tanpa mengira bangsa,
kaum mahu pun agama.

Perkembangan sistem pendidikan dalam tahap ketiga pula ialah merupakan


pengubahsuaian sistem pelajaran dan latihan untuk memenuhi keperluan perkembangan
ekonomi serta untuk menghasilkan lebih ramai pekerja mahir bagi melaksanakan Dasar
Ekonomi Baru (DEB). Sistem pendidikan pada tahap ini dirancang supaya memberi
sumbangan penting bagi menggalakkan perpaduan di kalangan rakyat berbilang bangsa.
Perubahan-perubahan sistem pendidikan ini adalah akibat dari konflik perkauman yang
tercetus pada 13 Mei 1969. Kerajaan Malaysia terpaksa mengkaji semula matlamat
-matlamat pendidikan negara dan seterusnya merancang suatu sistem pendidikan yang
lebih sesuai dengan harapan boleh menyatupadukan rakyat berbilang kaum dan dapat
mengelakkan tragedi konflik perkauman itu daripada berulang kembali.

UMS
TZ10103 2.1.4 Jawatankuasa Kabinet (1979) Pembentukan Jawatankuasa Kabinet tahun
1974, adalah kerana berlakunya peristiwa rusuhan kaum 13 Mei 1969, pembentukan
Rukunegara, 1970 dan pelancaran Dasar Ekonomi Baru, 1970. Peristiwa-peristiwa
tersebut, telah mendorong kerajaan mengkaji semula dasar pendidikan kebangsaan
sebelum ini yang kurang menitikberatkan perpaduan negara dan memajukan aspek
sosial, ekonomi dan politik untuk membangunkan bangsa dan negara.Jawatankuasa ini
diketuai oleh Tun Dr Mahathir Mohamad yang pada ketika itu ialah Menteri Pelajaran
Malaysia. Laporan Jawatankuasa Kabinet, 1979, yang menitikberatkan aspek nilai
hanya diistiharkan pada tahun 1998 dan dijelmakan secara rasmi melalui Falsafah
Pendidikan Negara pada tahun 1988. Ciri-ciri Laporan Kabinet 1979 adalah seperti
berikut;

1. 2.

Penegasan kepada pendidikan asas 3M (membaca, menulis dan mengira) Penegasan kepada
pendidikan kerohanian yang kukuh dan unsur-unsur disiplin yang diingini

3. 4. 5. 6.

Penegasan

kepada

kurikulum

ala

Malaysia

Pendidikan menengah atas melalui dua jurusan, akademik dan vokasional Peluang
melanjutkan persekolahan dari 9 tahun ke 11 tahun

Melicinkan tatacara pengurusan pelajaran meningkatkan mutu pelajaran keseluruhan

Implikasi Laporan Kabinet 1979 ini penggubalan Kurikulum Baru Sekolah Rendah (KBSR)
dilaksanakan yang bertujuan untuk menyatupadukan rakyat Malaysia yang terdiri
daripada masyarakat majmuk supaya dapat hidup dalam perpaduan yang harmonis.
Kurikulum ini telah mula dilaksanakan di semua sekolah rendah bermula pada tahun
1982 di 305 buah sekolah rendah dan pada tahun pelaksanaan penuh di semua sekolah
rendah seluruh negara. Perakuan 2(a) Laporan Jawatankuasa Kabinet mengkaji
Perlaksanaan Dasar Pelajaran dalam Laporan (1979) menyatakan, “Kementerian
Pelajaran mengambil langkah-langkah tertentu supaya pendidikan di peringkat rendah
bercorak pendidikan asas dengan memberikan penegasan kepada pendidikan dalam
membaca, menulis, dan mengira (3M)”. KBSR dibentuk berdasarkan perakuan 57 (a)
Laporan Jawatankuasa Kabinet iaitu kurikulum sekolah rendah hendaklah dirancang
bagi membolehkan pelajar mencapai kemahiran dalam tiga asas iaitu bidang
komunikasi, bidang manusia dan alam sekitar dan bidang perkembangan diri individu

UMS
TZ10103 sesuai dengan keperluan, minat, bakat, dan kemampuan mental serta kesediaan
pelajar (Laporan Jawatankuasa Kabinet,1979). Terdapat tiga komponen dalam KBSR.
Pertama, komponen komunikasi iaitu kemahiran asas (membaca, menulis, dan mengira),
bahasa, dan matematik. Kedua, manusia dan alam sekitar terdiri daripada kerohanian,
nilai dan sikap, kemanusiaan dan alam sekitar, pendidikan agama Islam, pendidikan
moral dan alam dan manusia. Ketiga, perkembangan diri individu yang terdiri
daripada kesenian dan rekreasi, muzik, pendidikan seni dan pendidikan jasmani, dan
kesihatan. Peringkat sekolah rendah terbahagi kepada dua tahap. Tahap I iaitu tahun
1 hingga tahun 3 manakala tahap II iaitu tahun 4 hingga tahun 6. Semua mata
pelajaran yang ditawarkan diperingkat ini adalah merupakan pelajaran ‘teras’ iaitu
mata pelajaran yang wajib dipelajari oleh pelajar pada tahap I dan II. Penerapan
nilai-nilai murni melalui sistem pendidikan dalam mata pelajaran yang ditawarkan
(nilai murni merentasi kurikulum) juga diperkenalkan (Abdullah Sani, 2005: 174-
175). Ringkasnya, berdasarkan Laporan Jawatankuasa Kabinet, 1979, peranan
pendidikan tidak lagi hanya ditumpukan kepada perpaduan negara dan pengeluaran
sumber tenaga manusia, tetapi pendidikan turut ditumpukan kepada pembentukan
keperibadian insan selaras dengan pembangunan kemanusiaan. Walau bagaimanapun,
setelah 10 tahun pelaksanaan Kurikulum Baru Sekolah Rendah semakan semula
dilaksanakan dan Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR) diperkenalkan pada tahun
1993 yang mendukung cita-cita murni dan unggul selaras dengan Falsafah Pendidikan
Kebangsaan, Dasar Pendidikan dan Wawasan 2020, globalisasi dan pengunaan teknologi
maklumat dan komunikasi (ICT) diperkenalkan. Draf baharu Sukatan Pelajaran Tahun 1
disediakan pada November 1992dan mula dilaksanakan di beberapa buah sekolah sebagai
percubaan seterusnya dilaksanakan sepenuhnya pada Disember 1994. Penekanan utama
dalam KBSR (1993) yang baharu ini ialah konsep bersepadu yang terdiri dariapada
unsur pengetahuan, kemahiran dan nilai digabungkan supaya wujud kesepaduan dari
segi intelek, rohani, emosi dan jasmani. Kurikulum ini juga merangkumi aspek teori
dan amali serta nilai murni bagi melahirkan insan yang seimbang. Pembelajaran di
bilik darjah diperkukuhkan melalui aktiviti kokurikulum.

UMS
TZ10103 Kurikulum ini mempunyai kelebihan seperti berikut: (a) Kemahiran berfikir
secara kritis dan kreatif, serta kelancaran bahasa dipertingkatkan, serta memupuk
nilai murni (b) (c) (d) Merangsang pembelajaran secara keseluruhan (holistik) Kadar
pemgembangan murid adalah mengikut individu Kebolehan minat dan keperluan murid
yang pelbagai diambil kira.

2.1.5 Akta Pendidikan (1996) Menurut Akta Pendidikan tahun 1996, Falsafah
Pendidikan Negara tahun 1988, telah digantikan dengan Falsafah Pendidikan
Kebangsaan pada tahun 1996 (Kementerian Pendidikan, 1999). Falsafah Pendidikan
Kebangsaan, 1996, telah menetapkan matlamat pendidikan negara dengan jelas, iaitu
pendidikan ke arah melahirkan insan, masyarakat dan warganegara yang baik. Falsafah
Pendidikan Kebangsaan, 1996, berbunyi :

“ Pendidikan di Malaysia ialah satu usaha berterusan ke arah lebih memperkembangkan


lagi potensi individu secara menyeluruhdan bersepadu untuk melahirkan insan yang
seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan
kepada kepercayaan dan kepatuhan kepada tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan
rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketrampilan, berakhlak mulia,
bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi
sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara. “

FIKIR!

Penerokaan Lanjutan

1. Jelaskan faktor-faktor yang menyebabkan semakan semula Kurikulum Baru Sekolah


Rendah 1982 yang membawa kepada penggubalan Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah
1989.

UMS
TZ10103

REKA BENTUK KURIKULUM KURIKULUM BERSEPADU SEKOLAH RENDAH


KOMUNIKASI Kemahiran Asas (Membaca, Menulis & Mengira)

MURID

MANUSIA DENGAN ALAM SEKELILINGNYA Kerohanian, Nilai dan Sikap Kemanusiaan dan
Persekitaran Pendidikan Islam Pendidikan Moral Pendidikan Sivik &

PERKEMBANGAN DIRI INDIVIDU Kesenian dan Rekreasi Muzik Seni Visual Pendidikan
Jasmani Kemahiran Hidup

(Sumber; Pusat Perkembangan Kurikulum, 1999)

UMS
TZ10103 Dengan termaktubnya Akta 1996 ini, maka Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah
(KBSR) semakan semula dilaksanakan dan dengan itu Kurikulum Bersepadu Sekolah
Rendah yang baharu diperkenalkan dan mula dilaksanakan pada tahun 1999 sebagai
perintis di beberapa buah sekolah untuk menambahbaik kandungan Kurikulum Bersepadu
Sekolah Rendah (1993). Penggubalan KBSR ini bertujuan untuk melahirkan murid yang
berperibadi seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani
(Pusat Perkembangan Kurikulum, 2000). Konsep Sekolah Bestari juga diperkenalkan dan
pelbagai modul pembelajaran telah disediakan oleh Pusat Perkembangan Kurikulum
sebagai alternatif membantu guru-guru memahami dan melaksanakan strategi pengajaran
dan pembelajaran berpusatkan murid. Antara modul tersebut ialah (a) (b) (c) Modul
Akses Pembelajaran Kendiri Belajar Cara Belajar Penggunaan Teknologi Maklumat dan
Komunikasi dalam Pengajaran dan Pembelajaran (d) (e) (f) (g) (h) (i) Pengajaran
Berasaskan Kajian Masa Depan Kemahiran Berfikir dalam Pengajaran dan Pembelajaran
Pembelajaran Secara Kontruktivisme Pembelajaran Secara Kontekstual Pembelajaran
Masteri Aplikasi Teori Kecerdasan Pelbagai dalam Pengajaran dan Pembelajaran

Sehubungan dengan itu, sekolah hendaklah mengguna pakai Sukatan Pelajaran bagi
semua mata pelajaran KBSR edisi tahun 2000 yang diterbitkan oleh Kementerian
Pendidikan Malaysia dan dicetak oleh Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP). Bagi Huraian
Sukatan Pelajaran pula sekolah hendaklah mengguna pakai edisi tahun 2002 bagi
setiap Tahun/Tingkatan mata pelajaran berkenaan yang diterbitkan oleh Kementerian
Pendidikan Malaysia (Surat Pekeliling Ikhtisas Bil 11/2002). UMS
TZ10103 Semakan semula pada KBSR (1999) telah dibuat pada tahun 2002 implikasi
daripada Dasar Pelaksanaan Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam
Bahasa Inggeris. Dasar ini digubal berasaskan hakikat bahawa Sains dan Matematik
adalah bidang ilmu yang sangat dinamik dengan pelbagai penemuan baru dan sebahagian
besar maklumat yang berkaitan dengannya terdapat dalam Bahasa Inggeris. Matlamat
akhir dasar ini adalah membolehkan murid mengakses maklumat yang berkaitan melalui
pelbagai media supaya mereka mampu menguasai ilmu Sains dan Matematik dan lebih
berdaya saing di peringkat antarabangsa di samping melahirkan generasi yang kukuh
dalam penggunaan bahasa Inggeris (Surat Pekeliling Ikhtisas Bil 11/2002). Secara
umumnya, perubahan besar penggunaan KBSR dalam pengajaran dan pembelajaran di
sekolah ialah; (a) (b) (c) penerapan penguasaan nilai dan dalam aplikasi pengajaran
asas dan dalam pembelajaran aktiviti harian

kemahiran

menyusun semula kemahiran belajar daripada yang paling atas kepada yang paling
kompleks mengikut topik mengulang kaji sukatan bagi setiap mata pelajaran

(d)

mengintegrasikan penyelesaian masalah dan arithmetik perniagaan ke dalam topik


berkaitan seperti wang, ukuran panjang dan berat

(e)

mata pelajaran Alam dan Manusia dibahagikan kepada dua matapelajaran iaitu Sains
dan Kajian Tempatan

(f)

pengunaan Bahasa Inggeris dalam pengajaran Matematik, Sains dan semua matapelajaran
teknikal bagi Tahun 1 sekolah rendah.

(g)

pengunaan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) dalam pengajaran dan pembelajaran
Matematik dan Sains.

FIKIR!

Penerokaan Lanjutan

1. Bincangkan kepentingan elemen kesepaduan diterapkan dalam Kurikulum Bersepadu


Sekolah Rendah dari aspek pembangunan akademik dan sahsiah murid-murid .

UMS
TZ10103 2.1.6 Transformasi Kurikulum Pendidikan ” Proses menyeluruh dalam
transformasi pendidikan negara perlu dilaksanakan segera seiring dengan perubahan
pantas pertumbuhan ekonomi Malaysia. Hanya dengan transformasi pendidikan yang
berkesan mampu menghasilkan modal insan yang benar-benar boleh membawa negara ke
tahap pembangunan ekonomi lebih baik berasaskan kreativiti dan inovasi.
Transformasi ini pasti akan memperbaiki kualiti sekolahsekolah kita dan membolehkan
generasi muda kita menonjolkan potensi sebenar untuk berjaya dalam persaingan
ekonomi global yang semakin mencabar,” (Tan Sri Muhyiddin Yassin, Menteri Pelajaran
Malaysia, 2010) Transformasi pendidikan ialah perubahan terancang bertujuan untuk
membangunkan pendidikan secara sistematik, dan penyediaan pendidikan yang
berkualiti sebagai memastikan murid-murid di sekolah mendapat manfaat sepenuhnya
daripada persekitaran sekolah dalam pemerolehan ilmu pengetahuan untuk melengkapkan
mereka dan di masa yang sama mempunyai nilai-nilai murni yang unik sebagai rakyat
Malaysia. Dengan itu, satu proses perubahan yang holistik kepada kurikulum
persekolahan sedia ada yang melibatkan perubahan bentuk, organisasi, kandungan,
pedagogi, peruntukan masa, kaedah pentaksiran, bahan dan pengurusan kurikulum di
sekolah perlu dilakukan sejajar dengan perubahan keperluan semasa. Senario sekarang
ialah perubahan yang tidak terancang kian cepat dan pantas implikasi arus
globaisasi dan dunia tanpa sempadan. Bagi institusi sekolah, perubahan ini tidak
dapat dielakkan kerana ianya berfungsi dalam dunia yang sentiasa berubah,
memerlukan sekolah turut berubah untuk mengadaptasikan dengan persekitaran global.
Oleh yang demikian, untuk mengekalkan keberkesanan dan prestasi yang lebih optimum,
sekolah perlu berubah kerana struktur kurikulum sedia ada (KBSR) agak kurang
relevan dan efisien, untuk menghasilkan insan cemerlang yang berpengetahuan luas,
sesuai dengan warga negara masa depan, tetapi mengikut acuan yang digarapkan oleh
FPK. Transformasi pendidikan ini juga diharapkan akan berupaya mewujudkan suasana
perpaduan yang lebih erat dalam kalangan masyarakat berbilang kaum di negara ini

UMS
TZ10103 TRANSFORMASI PENDIDIKAN (ELEMEN – ELEMEN PEMBENTUKAN KSSR)

BENTUK

BAHAN

ORGANISASI

PENGURUSAN KURIKULUM

KSSR

KANDUNGAN

PERUNTUKAN PENTAKSIRAN MASA PEDAGOGI

(Sumber; Pusat Perkembangan Kurikulum, 2010)

Sehubungan dengan itu, Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) telah digubal
berpaksikan keperluan Pelan Induk Pembangunan Pendidikan 2006 -2010 yang dicetuskan
oleh mantan perdana menteri Tun Sri Abdullah Ahmad Badawi. Dasar membangunkan

modal insan yang mempunyai pengetahuan dan kemahiran serta menghayati nilai-nilai
murni seperti yang digariskan dalam Teras 2 PIPP. Matlamat utama dasar ini ialah
memastikan anak bangsa Malaysia dipupuk semangat menguasai ilmu pengetahuan,
kemahiran dan kompetensi serta menerapkan nilai- nilai murni. Dasar ini akhirnya
direalisasikan dalam Kurikulum Standard Sekolah Rendah seperti yang diumumkan oleh
Tan Sri Muhyiddin Yassin selaku Menteri Pelajaran. UMS
TZ10103 Buat peringkat permulaan, sebanyak 500 buah sekolah telah menjalani uji
rintis mulai 31 Mac 2009 sehingga akhir Jun 2009. Sebanyak 50 buah sekolah akan
menjalani uji rintis semua mata pelajaran manakala sekolah selebihnya akan
menjalani uji rintis dalam mata pelajaran terpilih. Bermula tahun 2011, semua
sekolah akan menggunakan satu kurikulum baru yang dikenali sebagai Kurikulum
Standard Sekolah Rendah (KSSR). Kurikulum ini akan dijalankan secara berperingkat
di seluruh Malaysia bermula tahun 1 2011 (Pusat Perkembangan Kurikulum, 2010).
Kurikulum ini selaras dengan perkembangan dan permintaan semasa yang menuntut modal
insan yang lebih berkualiti sejajar dengan zaman yang serba maju dan canggih kini.

REKA BENTUK KURIKULUM PERSEKOLAHAN


Komunikasi
Penggabungjalinan kemahiran bahasa secara lisan dan bukan lisan semasa berinteraksi

Sains & Teknologi


Penguasaan pengetahuan sains, kemahiran dan sikap saintifik Penguasaan pengetahuan
dan kemahiran matematik Penguasaan pengetahuan dan kemahiran berasaskan teknologi

Kerohanian, Sikap & Nilai


Penghayatan amalan agama, kepercayaan, sikap dan nilai

Insan
seimbang Kemanusiaan
Penguasaan ilmu dan amalan tentang kemasyarakatan dan alam sekitar setempat, negara
dan global Penghayatan semangat patriotisme dan perpaduan

Perkembangan Fizikal & Estetika


Perkembangan jasmani dan kesihatan untuk kesejahteraan diri imaginasi, Pemupukan
daya imaginasi, kreativiti, kreativiti, bakat dan apresiasi

Keterampilan Diri
Pemupukan kepimpinan dan sahsiah diri melalui aktiviti kurikulum dan kokurikulum

(Sumber; Pusat Perkembangan Kurikulum, 2010) UMS


TZ10103 Berdasarkan rekabentuk kurikulum transformasi tersebut dapat dilihat
terdapat enam tunjang yang membawa kepada perkembangan individu secara seimbang
dengan pemikiran kreatif dan kritis serta mempunyai pemikiran inovasi yang tinggi.
Setiap tunjang ini mempunyai penegasan dan fokus tersendiri iaitu kategori bidang
ilmu yang relevan dengan keperluan setiap tunjang. Dalam tunjang yang pertama iaitu
Tunjang Komunikasi memberi penekanan kepada proses menggabungjalinkan kemahiran
berbahasa semasa berinteraksi. Interaksi yang dimaksudkan sama ada berlaku dalam
bentuk verbal dan juga non-verbal dalam bahasa pengantara yang digunakan bagi
tujuan pengajaran dan pembelajaran yang berlaku di bilik darjah. Melalui tunjang
komunikasi, murid didedahkan dengan kemahiran berbahasa seperti mendengar,
bertutur, membaca dan menulis selain nilai tambah kemahiran menaakul. Murid
dituntut menguasai kemahiran-kemahiran di bawah bidang pembelajaran dalam tunjang
komunikasi kerana ia memberi kesan kepada proses pemerolehan ilmu pengetahuan,
kemahiran dan nilai dalam tunjang-tunjang yang lain. Tunjang Kerohanian, Sikap dan
Nilai iaitu tunjang yang kedua pula menekankan aspek kerohanian, sikap dan nilai
perlu dibangunkan dengan berkesan supaya insan yang dihasilkan melalui sistem
pendidikan negara memahami, menghayati dan seterusnya mengamal nilai dan norma
kemasyarakatan yang mencerminkan keperibadian yang menepati identiti Malaysia.
Tunjang ini juga memberi penekanan kepada bidang pembelajaran yang fokus kepada
pengamalan ilmu agama dan kepercayaan, sikap dan nilai. Maka, bidang ilmu yang
relevan dengan perkara tersebut seperti Pendidikan Islam dan Pendidikan Moral
menjadi teras kepada ini. Tunjang ketiga iaitu Tunjang Kemanusiaan yang dibina
sejajar dengan keperluan Pendidikan di Malaysia yang bertanggungjawab menyediakan
individu yang bukan hanya memahami, malah menghayati dan mengamalkan ilmu
pengetahuan, kemahiran dan nilai berkaitan kemasyarakatan & alam sekitar setempat,
negara & global. Kesedaran tentang perkara ini akan mendorong kepada pengupayaan
konsep pembangunan berterusan (sustainable development) dan pembangunan sumber
tenaga berterusan (sustainable and renewal energy). Selain itu, tunjang ini juga
memberi penekanan kepada penghayatan semangat patriotisme dan perpaduan. Dalam
masyarakat Malaysia yang berbilang kaum, budaya dan agama, agenda perpaduan perlu
dijadikan agenda utama yang menjadi teras kepada usaha pembangunan negara. Di
samping itu, semangat patriotisme perlu ditanam dalam diri individu bermula dari
peringkat awal persekolahan lagi. Oleh yang demikian, Tunjang Kemanusiaan memberi
ruang untuk perkembangan dan pembangunan ilmu, UMS
TZ10103 kemahiran dan nilai yang ada perkaitannya dengan bidang ilmu Sains Sosial
seperti Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan, Sejarah, Geografi dan unsur-unsur
Pendidikan Alam Sekitar. Seterusnya, Tunjang Ketrampilan Diri yang menjurus kepada
salah satua agenda pembangunan modal insan iaitu pembentukan individu yang
mempunyai keperibadian berketrampilan (Towering Personality). Individu tersebut
mempamerkan ciri-ciri seperti mempunyai jati diri yang kukuh, berdaya saing,
berilmu pengetahuan, berintegriti, patriotik, rasional dalam tindakan dan
mengamalkan nilai murni dalam kehidupan hariannya. Ciri-ciri ini tidak mampu
dijelmakan dan dinilai melalui pentaksiran bertulis. Namun, pengamalan dan
penghayatan nilai dan ciri tersebut mampu ditonjolkan melalui penglibatan dalam
aktiviti (kurikulum) dan kegiatan kokurikulum yang dilaksanakan di peringkat
sekolah, daerah mahupun kebangsaan. Tunjang Ketrampilan Diri memberi tumpuan kepada
pemupukan kepimpinan dan sahsiah diri melalui aktiviti kokurikulum. Penglibatan
dalam aktiviti sedemikian memberi ruang dan peluang kepada individu murid untuk
menyepadukan pengetahuan, kemahiran dan nilai yang dipelajari di bilik darjah dan
mengamalkannya dalam penglibatan dalam kegiatan kokurikulum di luar sekolah.
Penglibatan dalam kegiatan kokurikulum memberi peluang kepada murid
memperkembangkan potensi diri sebagai pemimpin kepada diri, keluarga, masyarakat
dan negara. Tunjang Fizikal dan Estetika pula merupakan tunjang yang mendukung
hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan iaitu untuk melahirkan insan seimbang dari
segi jasmani, rohani, emosi dan inteleknya. Kesihatan jasmani murid menjamin
pembangunan potensi murid dalam domain yang lain. Perkembangan jasmani dan
kesihatan murid harus selari dengan keperluan fizikal dan peringkat umur dan tahap
kematangan murid. Bidang pembelajaran yang berkaitan ilmu Pendidikan Jasmani dan
Kesihatan merupakan teras ilmu dalam menterjemahkan hasrat tunjang ini. Selain
aspek fizikal, potensi estetika murid juga perlu diberi penekanan. Potensi estetika
merujuk kepada pemupukan kreativiti, bakat dan apresiasi yang dapat digunakan dalam
melahirkan ekspresi diri. Kreativiti, bakat dan apresiasi dapat dipupuk melalui
amalan dan latihan dalam bidang ilmu kesenian terutamanya pendidikan seni visual da
muzik. Sejajar dengan perkembangan komunikasi teknologi maklumat, rekabentuk
Tunjang Literasi Sains dan Teknologi adalah bertujuan untuk memenuhi keperluan
tersebut impak cabaran abad ke-21 menuntut supaya modal insan yang dibangunkan
perlu dilengkapi dengan UMS
TZ10103 ilmu, kemahiran dan nilai berteraskan sains dan teknologi. Di peringkat
asas, murid perlu menguasai pengetahuan, kemahiran dan sikap saintifik berkaitan
numerasi, proses sains, kemahiran menganalisis di samping kemahiran ICT. Murid
perlu memahami konsep nombor dan kemahiran asas mengira. Penguasaan kedua-dua aspek
ini dapat membantu murid mengendalikan urusan harian secara berkesan dan penuh
tanggungjawab. Pengetahuan dan kemahiran asas sains menjadikan murid celik sains
dan menyediakan mereka dengan peluang untuk menguasai kemahiran proses sains
melalui kegiatan penyiasatan saintifik yang boleh diaplikasikan dalam pelbagai
situasi dan pengalaman seharian murid. Ledakan maklumat, globalisasi dan konsep
dunia tanpa sempadan menuntut murid disediakan dengan literasi Teknologi Maklumat
dan Komunikasi supaya kekal relevan dengan keperluan semasa dan masa akan datang.
Capaian maklumat melalui kemudahan jalur lebar atau infrastuktur internet tanpa
wayar semakin menjadi kebiasaan dalam kehidupan seharian. Kemudahan ini perlu
digunakan secara berkesan dan optimum supaya manfaat kemudahan transaksi maklumat
(transfer of information) ini dapat dimanfaatkan sepenuhnya oleh semua. INSANKSSR
digubal berasaskan Standard Kandungan dan Standard Pembelajaran. Standard Kandungan
ialah pernyataan spesifik tentang perkara yang murid patut ketahui dan boleh
lakukan dalam suatu tempoh persekolahan merangkumi aspek pengetahuan, kemahiran dan
nilai. Standard Pembelajaran ialah satu penetapan kriteria atau indikator kualiti
pembelajaran dan pencapaian yang boleh diukur bagi setiap standard kandungan.
Penekanan adalah elemen yang berorientasikan kreativiti dan inovasi, keusahawanan,
teknologi maklumat dan komunikasi. KSSR digubal berdasarkan standard adalah
mengambil kira beberapa faktor seperti; ;

a) b) c) d) e)

Memastikan semua murid melepasi standard yang ditetapkan. Penetapan ilmu, kemahiran
dan nilai yang perlu diukur dengan jelas. Mengenal pasti strategi penambahbaikan
(assessment for learning). Mengatasi masalah murid keciciran dalam pembelajaran.
Pelaksanaan pentaksiran berasaskan sekolah

Berbanding dengan KBSR, seseorang guru akan dibekalkan dengan Sukatan Pelajaran dan
Huraian Sukatan Pelajaran yang dilengkapi dengan Pemetaan Huraian Sukatan
Pelajaran, sebagai panduan untuk menyediakan Rancangan Pengajaran Tahunan dan
Rancangan Pengajaran Harian di peringkat sekolah. Murid – murid pula dibekalkan
dengan buku teks. UMS
TZ10103 Manakala KSSR pula guru-guru akan menggunakan Dokumen Standard yang terdiri
daripada Standard Kandungan dan Standard Pembelajaran, Modul Pengajaran
(Exemplar)turut

disediakan sebagai panduan untuk guru melaksanakan pengajaran dan pembelajaran


serta Modul Pembelajaran adalah untuk bahan pembelajaran untuk murid untuk
menggantikan buku teks. Penyataan spesifik tentang perkara yang murid patut ketahui
dan boleh lakukan dalam suatu tempoh persekolahan merangkumi aspek pengetahuan,
kemahiran dan nilai. Satu penetapan kriteria atau indikator kualiti pembelajaran
dan pencapaian yang boleh diukur bagi setiap standard kandungan. KSSR diharap dapat
meningkatkan penguasaan murid-murid sekolah rendah khususnya dalam bahasa Melayu
dan bahasa Inggeris. Pendekatan teknik pengajaran dan pembelajaran akan menjadi
lebih menarik dan interaktif di mana ia melibatkan penggunaan dua bahasa tersebut
serta meningkatkan penguasaannya bagi guruguru untuk mengajar dalam subjek
Matematik dan Sains sejajar dengan matlamat kerajaan Pelbagai penambahbaikan yang
terkandung dalam KSSR hasil daripada KBSR yang telah sedia ada. Penambahbaikan
tersebut ialah dengan menambahkan elemen kreativiti dan inovasi di dalam kurikulum,
corak pengajaran dan proses pembelajaran serta sistem penilaian perlu diterapkan
dalam pendidikan negara bagi menghasilkan modal insan yang berdaya saing. Fokus
utama KSSR iaah kemahiran asas ICT, perkembangan fizikal, kognitif, sikap dan nilai
bagi Tahap 1 manakala Tahap II, penekanan kurikulum diberikan kepada pengukuhan dan
aplikasi kemahiran 4M serta menguasai kemahiran yang lebih kompleks, perkembangan
fizikal, kognitif, sikap dan nilai. Pengajaran dan pembelajaran adalah berasaskan
bidang ilmu seperti yang terangkum dalam 6 tunjang kurikulum.

2.2 RUMUSAN
Perubahan dalam arus globalisasi memerlukan perubahan yang seimbang dengan
kurikulum pendidikan di negara ini. Bertujuan agar murid-murid yang menjadi pelapis
generasi akan datang tidak ketinggalan dalam arus pemodenan dunia. Sehubungan
dengan itu, penambahbaikan dalam KBSR telah dilakukan dalam sistem pendidikan
negara dengan mewujudkan KSSR secara berperingkat-peringkat dengan harapan dapat
memenuhi aspirasi negara ke arah negara maju.

UMS
TZ10103

FIKIR!

Penerokaan Lanjutan

1. Bincangkan perbandingan antara KBSR dan KSSR dari aspek; a) b) c) d) e) f) g) h)


bentuk organisasi kandungan peruntukan masa pedagogi pentaksiran pengurusan
kurikulum bahan

UMS

Anda mungkin juga menyukai