Anda di halaman 1dari 8

PROGRAM PENINGKATAN PROFESIONALISME GURU SAINS 2016 BIOLOGI

Mata pelajaran Biologi Tingkatan 5

Bilangan Murid 16 orang

Tema/Topik Sistem Pengangkutan

Masa 80 minit

Objektif pembelajaran 1.8 Mensintesis konsep pengangkutan bahan di dalam tumbuhan

Hasil pembelajaran Murid dapat :


menyatakan faktor- faktor luaran yang mempengaruhi kadar
transpirasi.

Kriteria kejayaan Murid dapat :


1. menerangkan pemerhatian keadaan tumbuhan melalui
paparan yang diberi
2. mengenal pasti faktor yang mempengaruhi kadar
transpirasi
3. mengira kadar transpirasi
4. menerangkan hubungan antara faktor yang mempengaruhi
dengan kadar transpirasi

Pengetahuan Sedia 1. menghuraikan proses transpirasi


Ada Pelajar 2. menerangkan kepentingan transpirasi
3. menghuraikan laluan air dari tanah ke daun

Aktiviti P&P Seperti dibawah

EMK  Kreativiti & inovasi  Sains dan teknologi  Keusahawanan  Bahasa


 Pendidikan Alam Sekitar  Patriotisme  TMK  Nilai Murni

STEM IBSE
Penyelesaian masalah

KBAT / iTHINK  Peta Bulatan  Peta Dakap  Peta Buih  Peta Alir
 Peta Buih Berganda  Peta Pelbagai Alir  Peta Pokok  Peta Titi

BBM  Komputer , LCD, buku teks, buku rujukan, alat tulis  Lembaran kerja, slaid,
 Contoh bahan telah siap, gambar berkaitan topik  Papan putih mini, pen marker

Penilaian  Lembaran Kerja  Hasil Kerja  Pemerhatian  Kuiz


 Lisan  Drama  Tugasan  Projek

Refleksi _____ /_____ murid dapat menguasai objektif pembelajaran dan diberi latihan
pengayaan / pengukuhan
_____ /_____ murid tidak dapat menguasai objektif pembelajaran dan diberi
latihan pemulihan

Perkembangan Aktiviti P&P Catatan


Pembelajaran

Penglibatan  Murid melihat gambar pokok segar 1. Apakah yang anda lihat
(5 minit) dan pokok layu yang dipaparkan dalam gambar tersebut?
pada skrin (boleh juga pokok
sebenar) - dua buah pasu yang
mempunyai pokok segar
dan pokok layu
PROGRAM PENINGKATAN PROFESIONALISME GURU SAINS 2016 BIOLOGI

Penerokaan  Murid dibahagikan kepada kumpulan 1. Mengapakah keadaan pokok


(10 minit) kecil (4 orang). kelihatan begitu?
 Murid berbincang di dalam kumpulan
tentang keadaan fizikal pokok. - pokok layu disebabkan
 Murid berbincang faktor yang kekurangan air dan pokok segar
mempengaruhi keadaan fizikal pokok kerana mendapat air yang
tersebut. secukupnya

2. Apakah faktor-faktor yang


menyebabkan keadaan pokok
sedemikian rupa?

- keamatan cahaya, kelajuan


angin, kelembapan dan suhu.

Penerangan  Wakil dari setiap kumpulan diminta


(25 minit) tampil menyampaikan hasil
perbincangan
(Pembentangan boleh dilakukan
dengan menggunakan mini board,
kertas sebak, power point dan
sebagainya)

Pengembangan  Setiap kumpulan diberi tugasan


(30 minit) untuk menjalankan eksperimen
seperti berikut :

Set A : Faktor keamatan cahaya


Set B : Faktor kelajuan angin

Kumpulan 1 : Set A
Kumpulan 2 : Set B Panduan guru :
Kumpulan 3 : Set A
Kumpulan 4 : Set B Beri fokus kepada pemerhatian
dan inferens
(Bergantung kepada bilangan murid
dalam kelas)

 Murid membuat pemerhatian


terhadap aktiviti yang dijalankan
 Murid merekod data dalam bentuk
jadual
 Murid mengira kadar transpirasi
 Murid menerangkan hubungan
antara faktor yang dikaji dengan
kadar transpirasi
 Murid membuat kesimpulan
berdasarkan data yang didapati

 Murid membentangkan hasil dapatan


eksperimen
 Setiap kumpulan dikehendaki
menggabungkan hasil dapatan dan
menghasilkan satu laporan
eksperimen yang lengkap.
Penilaian  Tugasan kumpulan
(10 minit)  Latihan pengukuhan
Setiap kumpulan diberi soalan latihan Jawapan :
PROGRAM PENINGKATAN PROFESIONALISME GURU SAINS 2016 BIOLOGI

pengukuhan dalam bentuk lembaran


soalan : 1. Pokok bunga raya – cantik,
Anda adalah seorang kontraktor daya kapaliriti tinggi dan
landskap yang telah berjaya tahan panas
mendapat tender untuk membuat 2. Kaktus – menyimpan air
landskap di kawasan panas, 3. Pokok puding - cantik, daya
terbuka dan berangin. kapaliriti tinggi dan tahan
Cadangkan pilihan tumbuhan panas
yang sesuai untuk ditanam dan 4. Pokok bunga kertas - cantik,
terangkan mengapa anda daya kapaliriti tinggi dan
memilih tanaman tersebut. tahan panas
 Laporan eksperimen (Apa-apa jawapan yang
sesuai)

Nilai-nilai murni :
- Bersyukur dengan ciptaan
Tuhan

SET A

MATA PELAJARAN BIOLOGI


CONTOH : INKUIRI BERSTRUKTUR

Tajuk : Sistem pengangkutan


PROGRAM PENINGKATAN PROFESIONALISME GURU SAINS 2016 BIOLOGI

Hasil Pembelajaran : Menyatakan faktor- faktor luaran yang mempengaruhi kadar


transpirasi.
Bahan dan Radas : Pucuk berdaun, bikar 500 ml, tiub kapilari, tiub getah, pisau, takung
air/dulang, air, kaki retort dan pemengang, jam randik, pembaris,
pen penanda, gris, kain lap/tisu, lampu meja, plastik hitam

Sayur-sayuran di kebun Pak Ali kelihatan layu kerana kesan El Nino yang berlaku masa kini.

Berdasarkan maklumat di atas rancang dan jalankan satu eksperimen untuk mengkaji hubungan
antara faktor-faktor yang mempengaruhi kadar transpirasi. Jalankan eksperimen ini seperti
berikut:

Set A
Set B
1. Pilih 2 ranting berdaun lebat kemudian potong dan segera masukkannya ke

dalam bikar berisi air. (Untuk memastikan turus air dalam xilem tidak putus)
2. Potong ranting tadi secara menyerong di dalam air
3. Sediakan dua set radas seperti yang ditunjukkan dalam rajah di atas. Pastikan daun tidak
basah.

4. Pastikan satu gelembung udara terperangkap di dalam tiub kapilari kedua-dua


set tersebut.
5. Tanda kedudukan awal gelembung udara.
6. Letakkan Set A di dalam makmal dan Set B di bawah cahaya matahari selama 5 hingga 20
minit (bergantung kepada keamatan cahaya). Serkup ranting dalam set A dengan plastik
hitam.
7. Tandakan kedudukan akhir gelembung udara.
PROGRAM PENINGKATAN PROFESIONALISME GURU SAINS 2016 BIOLOGI

8. Ukur jarak pergerakan gelembung udara dan catatkan bacaannya di dalam jadual.
9. Hitung kadar transpirasi.
 
Catatan : Kadar transpirasi = Jarak pergerakan gelembung udara
Masa

Berdasarkan eksperimen yang telah anda jalankan, tuliskan laporan eksperimen yang

mengandungi perkara-perkara berikut :

1) Pernyataan Masalah

2) Tujuan

3) Hipotesis

4) Pemboleh Ubah

a) Manipulasi

b) Bergerakbalas

c) Dimalarkan

5) Prosedur eksperimen

6) Penjadualan Data

7) Analisis data

8) Kesimpulan eksperimen
PROGRAM PENINGKATAN PROFESIONALISME GURU SAINS 2016 BIOLOGI

SET B

MATA PELAJARAN BIOLOGI


CONTOH : INKUIRI BERSTRUKTUR

Tajuk : Sistem pengangkutan

Hasil Pembelajaran : Menyatakan faktor- faktor luaran yang mempengaruhi kadar

transpirasi.

Bahan dan Radas : Pucuk berdaun, bikar 500 ml, tiub kapilari, tiub getah, pisau, takung
air/dulang, air, kaki retort dan pemegang, jam randik, pembaris, pen
penanda, gris, kain lap/tisu dan kipas

Sayur-sayuran di kebun Pak Ali kelihatan layu kerana kesan El Nino yang berlaku masa kini.

Berdasarkan maklumat di atas rancang dan jalankan satu eksperimen untuk mengkaji hubungan
antara faktor-faktor yang mempengaruhi kadar transpirasi. Jalankan eksperimen ini seperti
berikut:

Set A
Set B

1. Pilih 2 ranting berdaun lebat kemudian potong dan segera masukkannya ke dalam bikar berisi

air. (Untuk memastikan turus air dalam xilem tidak putus)


2. Potong ranting tadi secara menyerong di dalam air supaya udara dihalang memasuki salur
xilem.
3. Sediakan dua set radas seperti yang ditunjukkan dalam rajah di atas. Pastikan daun tidak
basah.
PROGRAM PENINGKATAN PROFESIONALISME GURU SAINS 2016 BIOLOGI

4. Pastikan satu gelembung udara terperangkap di dalam tiub kapilari kedua-dua set tersebut.
5. Tanda kedudukan awal gelembung udara.
6. Letakkan Set A di bawah kipas tidak berputar dan Set B di bawah kipas berputar 10 minit
7. Tandakan kedudukan akhir gelembung udara.
8. Ukur jarak pergerakan gelembung udara dan catatkan bacaannya di dalam jadual.
9. Hitung kadar transpirasi.

Catatan : Kadar transpirasi = Jarak pergerakan gelembung udara


Masa

Berdasarkan eksperimen yang telah anda jalankan, tuliskan laporan eksperimen yang

mengandungi perkara-perkara berikut :

1) Pernyataan Masalah

2) Tujuan

3) Hipotesis

4) Pemboleh Ubah

a) Manipulasi

b) Bergerakbalas

c) Dimalarkan

5) Prosedur eksperimen

6) Penjadualan Data

7) Analisis data

8) Kesimpulan eksperimen

Anda mungkin juga menyukai