Anda di halaman 1dari 7

VOCATIONAL TRAINING OPERATION

VTO I-031-3:2014

C01: TEACHING AND LEARNING IMPLEMENTATION

TAJUK 1
KEPENTINGAN IQ, EQ DAN SQ PADA DIRI
SEORANG PENGAJAR

SENARAI
AHLI KUMPULAN
Article I. NUR SYAFIQAH AMIRAH BINTI
MAZLAN

Article II. NURUL SYAHFIKA BINTI


ANDIS

Article III. LEON CELTA PAULUS

Article IV. NUR FARAH AIN BINTI


S.RACHMAD

Article V. MOHD AIDIL AIMAN BIN


MOHD ALDI
NAMA PEMERIKSA PN. NORAKMA BINTI NAWAWI

ISI KANDUNGAN

NO. TAJUK MUKASURAT


PENGENALAN KEPENTINGAN MOTIVASI DALAM SESI
1. 3
PEMBELAJARAN DAN PENGAJARAN

HURAIAN ISU : STRATEGI PEMBELAJARAN DAN


4
2. PENGAJARAN DALAM MENINGKATKAN MOTIVASI
4
5
3. KESIMPULAN 6
4. RUJUKAN 7

2
1. PENGENALAN MOTIVASI

Motivasi merupakan kencenderungan daripada diri seseorang yang dapat


mempengaruhi tingkah lakunya. Motivasi menentukan hala dan keberkesanan sesuatu
proses pembelajaran. Motivasi merupakan elemen yang sangat penting dalam proses
pembelajaran dan pengajaran (P&P) . Motivasi boleh membuatkan proses P&P menjadi
lebih berkesan dan menarik .

Motivasi memerlukan rangsangan untuk diwujudkan .Bagi konteks pengajar dengan


pelatih , Pengajar merupakan pihak yang akan memberikan ransangan kepada pelatih untuk
menimbulkan motivasi dan kecenderungan mereka untuk belajar. Kaedah dan teknik
memotivasikan itu terdiri dalam bentuk hadiah, penghargaan ,dan keprihatinan terhadap
pelatih bersesuaian dengan pemikiran seseorang individu.

Motivasi adalah 'alasan' yang mendasari sebuah perbuatan yang dilakukan oleh
seorang individu. Seseorang dikatakan memiliki motivasi tinggi dapat dimaksudkan orang
tersebut memiliki alasan yang sangat kuat untuk mencapai apa yang diinginkan.

Motivasi juga boleh dimaksudkan dengan keinginan yang keras atau semangat yang
kuat pada diri seseorang yang mendorongnya untuk berusaha atau melakukan sesuatu
dengan tujuan untuk mencapai kejayaan. Ini kerana sikap dan kesungguhan terhadap
pembelajaran sesuatu perkara merupakan faktor penting yang menentukan kejayaan
seseorang pelatih.

KEPENTINGAN MOTIVASI DALAM PEMBELAJARAN DAN PENGAJARAN

2.1 Menimbulkan minat seseorang pelatih terhadap bidang yang dipelajarinya

Apabila pengajar prihatin terhadap pelatihnya ,mereka akan berasa bahawa mereka dihargai
dan selesa dengan pengajar, pelatih akan dapat menerima apa sahaja yang oleh pengajar
serta meminati bidang yang diajar.

2.2 Motivasi dapat membentuk hubungan yang baik antara pengajar dengan
pelatih.

3
Suasana sesi pembelajaran dan pengajaran berjalan dengan lancar kerana pelatih
mengetahui hala tuju untuk belajar, Selain itu aktiviti pembelajaran berjalan dengan lancar.

2.3 Motivasi dapat mengerakkan seseorang agar menimbulkan keinginan dan


kemahuannya untuk melakukan sesuatu

Dapat memastikan pelatih sentiasa mempunyai minat dan semangat untuk belajar. Minat
dalam belajar sangat penting bagi memastikan pelatih sentiasa mengikuti aktiviti
pembelajaran, meraka akan lebih memahami dan menerima input pengajaran yang
diberikan oleh pengajar dengan mudah.

2.4 Meningkatkan daya pemahaman pelatih terhadap sesuatu pembelajaran. 

Pelajar yang bermotivasi akan lebih memahami pengajaran pengajar kerana mereka
memberi sepenuh perhatian kepada pengajaran di dalam kelas semasa pengajar mengajar
di hadapan kelas.  Selain itu, motivasi juga penting untuk mewujudkan semangat yang tinggi
untuk belajar.  Hal ini dikatakan demikian kerana pelatih yang bermotivasi akan
meningkatkan usaha mereka untuk tidak hanya bergantung pada pengajaran pengajar tetapi
juga berusaha untuk menambah pengetahuan sedia ada.

2.5 Meningkatkan peratusan pelatih yang lulus atau berjaya.

Hal ini kerana, pelajar yang bermotivasi akan berusaha untuk mencapai matlamat yang
ditetapkan oleh diri mereka sendiri untuk mencapai kejayaan yang mereka inginkan. Oleh
itu, motivasi amatlah penting untuk pelatih yang ingin berjaya kerana dapat membentuk
keyakinan diri dan dapat memberikan perhatian yang lebih dalam kehidupan mereka sendiri
untuk menjadi insan yang berjaya.

2. STRATEGI - STRATEGI PEMBELAJARAN DAN PENGAJARAN DALAM


MENINGKATKAN MOTIVASI .

2.1 Strategi berpusatkan penyediaan bahan pembelajaran dan pengajaran

Iaitu meningkatkan motivasi belajar para pelatih atau pelajar melalui penyediaan bahan
belajar perlu dilakukan dengan memberikan teknik-teknik ,konsep-konsep dan teori-teori dari
segi pengembangan dan penulisan modul. Contohnya,menggunakan ilustrasi, gambar , dan
grafik ,menggunakan bahasa yang sederhana sehingga memudahkan pelajar

4
memahaminya. Selain itu bentuk pengajaran yang diberikan perlu dimulai dari yang
sederhana ke kompleks , dari mudah ke sukar. Kombinasi pola pembelajaran dan proses
pengajaran ini dapat memungkinkan proses pembelajaran sesuai dengan minat ,
kemampuan dan kebutuhan pelajar. Disamping itu pelajar dapat menerima pembelajaran
dengan cepat dan memahami tarif konsep yang diberikan dalam sesi pengajaran yang
disampai oleh pengajar.

2.2 Strategi berpusatkan pengajar

Strategi berpusatkan pengajar merupakan salah satu strategi yang telah lama diamalkan di
dalam pusat latihan. Di bawah strategi pengajaran dan pembelajaran ini, pengajar
memainkan peranan yang utama. Di dalam pusat latihan, pengajarlah yang menguasai dan
mengawal segala aktiviti pembelajaran iaitu pengajar banyak memberi penerangan dan
pelatih hanya duduk mendengar. Brophy (1978), menyatakan bahawa pengajaran
berpusatkan pengajar merupakan pendekatan yang mudah dirancang dan diurus,
membekalkan model untuk pemikiran yang betul dan mengelakkan suasana elitis yang
sering dikaitkan dengan kaedah kumpulan. Kaedah pengajaran secara kelas, demontrasi
atau tunjuk cara, bercerita, kaedah penyoalan dan pengajaran berpasukan adalah kaedah
yang menjadi pertimbangan semasa menggunakan strategi yang berpusatkan pengajar.

Pengajar juga perlu memainkan peranan dari segi penyampaian ataupun cara untuk
menarik minat pelatih untuk lebih fokus dalam pusta latihan. Antaranya ialah (ATTENTION)
memelihara perhatian, (INTEREST) menimbulkan minat daripada perhatian dan (DESIRE)
membuatkan minat itu menjadi keinginan yang aktif untuk dipelajari.

2.3 Strategi berpusatkan pelatih

Strategi berpusatkan pelatih bermaksud pelatih mengambilalih sedikit tanggungjawab untuk


apa yang diajar dan bagaimana pelatih dapat mempelajarinya. Selain itu, menggalakkan
pelajar bertanggungjawab dan melibatkan diri bagi membantu mereka belajar bagaimana
untuk belajar. Di sini pengajar akan bertindak sebagai fasilitator dan pelatih hendaklah
terlibat secara aktif. Oleh itu, pengajar haruslah mewujudkan pengalaman pembelajaran
yang dapat menarik minat pelajar serta menggalakkan penglibatan mereka dalam proses
pengajaran dan pembelajaran. Sekaligus, member peluang kepada pelajar belajar secara
individu, kumpulan dan kelas. Tambahan lagi, melibatkan pelajar dalam membentuk proses
pembelajaran melalui rundingan berasaskan kekuatan dan kelemahan. Kebiasaannya,
strategi ini lebih sesuai digunakan apabila maklumat tidak disampaikan secara berkesan

5
dalam strategi berpusatkan pengajar dan apabila matlamatnya adalah untuk
memperkembangkan kemahiran pemikiran kreatif pada pelatih

KESIMPULAN

Dalam konteks motivasi serta strategi pengajaran dan pembelajaran ianya memainkan
peranan yang amat penting dalam menentukan keberkesanan sesuatu pengajaran dan
pembelajaran dalam bidang pendidikan. Dan berdasarkan strategi serta motivasi yang
sesuai ianya akan dapat membimbing, menggalak, dan memotivasikan pelatih agar
mengambil inisiatif untukbelajar demi memperoleh ilmu pengetahuan dan akan dapat
menguasai kemahiran yang diperlukan pada negara dan ekonomi masa kini.

Berdasarkan kepentingan motivasi serta strategi pembelajaran dan pengajaran ini


ianya adalah satu tindakan yang amat penting bagi membolehkan pelatih melibatkan diri
secara aktif dalam sesi pengajaran dan pembelajaran disamping menjadikan proses belajar
dapat berlangsung dalam keaadan berfaedah, bermakna dan menggembirakan agar
tindakan dan strategi tadi tidak terpesong daripada matlamatnya yang telah ditetapkan
seperti kata Stephen Covey “manusia harus memulai kehidupan dengan menyedar itu jua
akhirnya” . Di sampingitu, motivasi serta strategi pembelajaran dan pengajaran akan dapat
membentuk potensi seseorang pelatih dalam sesi P&P serta sesi pembelajaran akan dapat
difahami dan menjadi seronok disamping dapat mengasah kemahiran mental, logic dan
pengetahuan agar dapat menyelesaikan masalah dalam sesi pengajaran dan pembelajaran
tersebut.

Selain itu, melalui motivasi dan strategi tersebut pengajar akan dapat mengatasi
masalah pelatih yang kurang berminat untuk belajar dangan pendekatan serta pelbagai
strategi yang digunakan agar sentiasa seiring bagi memastikan proses pembelajaran dan
pengajaran akan dapat dilaksanakan dengan lancar dan jayanya.

6
RUJUKAN

1. Rujukan1 : http://pomizi-pedagog.blogspot.com/p/strategi.html
2. Rujukan 2: http;//umpir.ump.edu.my/id/eprint
3. Rujukan 3: http://pomizi-pedagogi.blogspot.com/p/strategi.html

Anda mungkin juga menyukai