Nota Sejarah STPM Penggal 1
Nota Sejarah STPM Penggal 1
Bab ini membincangkan bentuk masyarakat dan proses perubahan yang bermula dari masyarakat feudal sehingga
masyarakat industri.Antara topik yang dibincangkan termasuklah masyarakat feudal , masyarakat agraria ,
masyarakat maritim dan masyarakat industri.
Pengenalan
Dari segi bahasa : komuniti manusia yang tinggal bersama-sama di suatu tempat dengan cara dan ukuran
tertentu.
Dari segi istilah : masyarakat merupakan jaringan perhubungan antara pelbagai individu yang merujuk
kepada pergaulan hidup & keseluruhan hubungan sosial.
Pengertian
Sistem feudal ditakrifkan sebagai sebuah kerajaan politik tempatan yang ditadbir oleh individu-individu
tertentu & bukan wakil leh kerajaan pusat.
Struktur masyarakat feudal terbahagi kepada dua bahagian iaitu golongan yang MEMERINTAH dan
golongan yang DIPERINTAH.
Masyarakat Feudal mempunyai timbal balik dua hala antara kedua lapisan ini.
Masyarakat Feudal terdapat dalam sejarah England , Asia Tenggara , Jepun dan China.
Pada Zaman Pertengahan Awal , kehidupan masyarakat sukar kerana berlakunya serangan dan rompakan
oleh orang Gasar.
Serangan ini menyebabkan tidak wujud satu pemerintahan pusat yang berkesan.
-sukarela memberi penghormatan kepada wakil raja-raja orang Gasar kerana mereka mendapat
perlindungan daripada musuh & dapat meneruskan kehidupan.
Sebagai balasan kepada perlindungan yang diberi :
-Rakyat menyerahkan tanah & diri mereka kepada lords.
-Rakyat berjanji akan menyerahkan sebahagian tanaman & menjadi tenaga tentera kepada lords.
Dalam masa yang sama , tuan-tuan tanah mempunyai musuh dengan tuan-tuan tanah yang lain . Maka
mereka :
-Memerlukan perlindungan.
-Mereka(tuan-tuan tanah) mahukan golongan bangsawan berkuasa ke atas tanah anak-anak buah dan
hamba-hambanya.
Bagi tuan-tuan tanah yg memiliki tanah-tanah daripada raja atau duke disebut sebagai tenants in chief(ketua
penyewa).Mereka :-memberikan sebahagian tanah kepada orang lain untuk disewakan & diusahakan.-
Mereka akan menerima kesetiaan daripada penyewa tersebut.
2) Pengaruh Rom
Pada akhir pemerintahan empayar Rom , ramai golongan bangsawan yang berpengaruh telah mengambil
alih pentadbiran tempatan.
golongan bangsawan ini akan menjalankan pentadbiran , perundangan , dan mengutip cukai.
Para petani terpaksa membayar cukai yang tinggi hanya untuk mendapatkan keselamatan.
Maka, ramai petani yang memberikan tanah-tanah merka kepada tuan-tuan utama(magnates)
Sebagai ganti rugi, lord akan membenarkan petani menggunakan tanah mereka seumur hidup.Perjanjian ini
dikenali sebagai precarium.
Pajakan precarium ini lebih rendah bebannya berbanding dengan cukai yang dikenakan oleh Rom.
Satu lagi amalan masyarakat Rom yang menyumbang kepada feudalisme ialah amalan patrocinium.
Berdasarkan amalan ini :
- Masyarakat/rakyat miskin dibenarkan bekerja untuk golongan bangsawan yang berpengaruh bagi menyara
kehidupan mereka.
-Tentera-tentera persendirian mula terbentuk bagi menjaga keselamatan golongan bangsawan & petani.
Petani-petani yang mengusahakan estet-estet Rom mula bersatu dengan petani yang memegang pajakan
patrocinium. Perubahan masa telah menyebabkan kedua-dua kumpulan ini menjadi serf.
3)Pengaruh Jerman
Kebanjiran puak Jerman di Eropah pada Zaman Pertengahan Awal turut sama membawa amalan yang
mereka amalkan di Jerman :
-Mereka membawa sistem lord/vassal yang dipanggil comitatus.
-Sistem ini adalah sama dengan amalan patrocinium & pemerintah Jerman atau herzog telah menyediakan
makanan dan senjata kepada orangnya.
Tentera-tentera Jerman ini memberi naungan kepada patron-patron Rom & membentuk tentera
persendirian besar yang dipanggil bucellarians. Hubungan yang wujud disebut feudal.
4. Kuasa Raja
ENGLAND :
- Kuasa politik raja terhad kerana terpaksa kongsi kuasa dengan bangsawan.
- Kuasa golongan bangsawan bergantung pada pengaruhnya di wilayah yang dikuasai .
- Pertentangan sering berlaku antara raja dengan golongan bangsawan , apabila raja mahu mengurangkan
kuasa golongan bangsawan .
JEPUN :
- Maharaja tidak mempunyai kuasa politik .
- Maharaja ditempatkan di Kyoto . (pusat pentadbiran terletak di Edo )
- Maharaja ditempatkan di Kyoto.
- Pemegang kuasa sebenar ialah Shogun yang tinggal di Edo.
- Shogun memerintah secara langsung melalui daimyo & mengamalkan dasar pecah perintah.
- Daimyo ada 3 tau iaitu : DAIMYO FUDAI , DAIMYO SHIMPAN , DAIMYO TOZAMA .
5. Tentera/Peperangan
ENGLAND :
- Peperangan kerap berlaku antara bangsawan yang melibatkan wilayah berbeza.
- Petani menjadi tentera membantu bangsawan wilayah mereka.
-Jika raja memerlukan tentera, bangsawan akan membekalkan petani(serf) kepada raja.
JEPUN :
-Samurai adalah golongan yang membantu daimyo yang menaungi mereka .
- Mereka menjadi tentera kerajaan.
- Tidak dibenarkan kerja lain semasa keamanan.
ENGLAND :
- Petani pada kedudukan rendah di England
- Ada yang menjadi tukang , menghasilkan alatan perang & perabot.
JEPUN :
- Petani pada kedudukan yang paling dipandang mulia kerana menghasilkan makanan
- Membayar hasil 40-50% kepada daimyo.
- Petani lebih tinggi status daripada artisan & pedagang kerana Jepun negara pertanian & mengamalkan
dasar tutup pintu.
Mereka tinggal menetap di kawasan tanah pertanian yang subur dan sesuai untuk menjalankan
kegiatan pertanian seperti menetap di sekitar kawasan lembah sungai yang mempunyai
mendapan tanah lanar yang subur.
Selain itu, masyarakat juga menjalankan aktiviti berburu, mengutip hasil hutan dan menangkap
ikan di kawasan sungai ataupun tasik-tasik. Mereka juga mempunyai kemahiran menghasilkan
makanan sendiri dengan mengamalkan pertanian pindah sehingga mengusahakan pertanian
tetap. Pada masa yang sama masyarakat agraria mempunyai hubungan dengan masyarakat
maritim dan saling bergantungan.
Secara umumnya ciri-ciri masyarakat agraria di kedua-dua negara boleh dilihat berdasarkan
kepada 5 aspek iaitu kegiatan yang berasaskan pertanian, lokasi aktiviti di kawasan tanah yang
subur dan iklim yang sesuai, hasil tanaman utama, sistem pengairan dan saliran serta kegiatan
lain seperti berburu, menternak binatang, mengutip hasil hutan dan menangkap ikan.
Masyarakat agraria di negara Belanda dan China boleh dihuraikan dalam beberapa aspek
utama seperti kegiatan ekonomi yang dijalankan, kawasan penempatan mereka, sistem
pengairan, kesuburan tanah petanian, dan penggunaan teknologi dalam bidang pertanian.
Kegiatan ekonomi yang dijalankan oleh masyarakat agraria adalah berasaskan kepada kegiatan
pertanian dan penternakan. Di samping itu mereka juga menjalan kegiatan sampingan yang lain
seperti memunggut hasil hutan.
Kegiatan pertanian yang dijalankan secara kecil-kecilan dalam bentuk sara diri iaitu sekadar
untuk menampung keperluan harian sahaja. Mereka akan menanam sayur-sayuran, buah-
buahan dan bijirin seperti barli, gandum dan oat.
Silain itu, masyarakat agraria juga menjalankan kegiatan penternakan sebagai sumber
keperluan protien yang mencukupi untuk mereka. Binatang yang diternak oleh mereka seperti
lembu, kambing, ayam dan biri-biri.
2. Kawasan Petempatan
Petempatan masyarakat agraria adalah terletak di kawasan yang subur untuk menjalankan
kegiatan pertanian seperti di lembah sungai dan delta sungai. Kawasan ini menjadi tumpuan
mereka kerana kawasan ini terdapat mendapan tanah lanar yang subur. Contohnya,
masayarakat agraria di China membuka petempatan di sekitar lembah Sungai Kuning.
3. Sistem Pengairan
Masyarakat agraria juga mempunyai kemahiran atau pengetahuan dalam membina sistem
pengairan bagi tujuan mengairi kawasan pertanian mereka. Mereka mempunyai kemahiran
dalam membina terusan, kolam takungan air dan tali air.
Terbinanya sistem pengairan ini telah mendorong berlakunya pertambahan keluasan kawasan
pertanian kerana kawasan yang jauh dari sumber air juga dapat diusahakan dengan adanya
terusan. Selain itu, kegiatan pertanian dapat dijalankan secara intensif atau lebih giat dengan
adanya sistem pengairan ini.
Masyarakat agraria di China, telah membina terusan untuk mengairan kawasam pertanian
mereka. Manakala di Belanda pula, mereka menggunakan kaedah kincir angin untuk
menyalurkan air ke kawasan pertanian.
4. Kesuburan Tanah
Oleh kerana memerlukan tahap kesuburan tanah yang tinggi bagi membolehkan kegiatan pertanian
dijalankan, maka masyarakat agraria telah berusaha untuk mengetahui bagaimana cara-cara dalam
memelihara kesuburan tanah pertanian ini. Mereka telah mencipta pelbagai teknik dan kaedah untuk
meningkatkan tahap kesuburan tanah pertanian.
Di Belanda, masyarakat agrarianya menggunakan baja asli (najis binatang) yang diperolehi daripada
kawasan penternakan untuk meningkatkan kesuburan tanah pertanian.
Selain itu, mereka juga menggunakan teknik memugar tanah pertanian dan mengamalkan sistem
tanaman giliran untuk mengekalkan tahap kesuburan tanah.
Masyarakat agraria juga mempunyai kemahiran dalam mencipta peralatan-peralatan baru bagi
menjalankan kegiatan pertanian secara besar-besaran. Penggunaan teknologi atau peralatan baru turut
meningkatkan pengeluaran hasil pertanian. Masyarakat di Belanda telah menggunakan mencipta tugal
dan tenggala beroda untuk memugar dan membajak tanah pertanian.
Masyarakat agraria juga memperkenalkan kaedah dan teknik pertanian untuk meningkatkan
pengeluaran hasil pertanian seperti memperkenalkan sistem tanaman giliran.
Penyatuan Itali
Penyatuan Jerman
Kegiatan pertanian telah dijalankan secara lebih giat pada abad ke-17, akibat berlakunya
pertambahan penduduk yang pesat terutama di kawasan bandar negara Belanda. Masyarakat
petani terutama disebelah utara Belanda telah mengusahakan kegiatan pertanian secara
kecil kecilan dan secara sistem pertanian padang terbuka. Hasil pertanian ini untuk pasaran
tempatan di bandar-bandar negara Belanda sahaja.
Antara tanaman yang ditanam ialah sayur-sayuran seperti bawang, biji kol, ketumbar, lobak dan
teasel. Mengikut KHD Halley, masyarakat Belanda merupakan masyarakat yang paling banyak
makan sayur-sayuran di Eropah.
Selain itu, masyarakat Belanda juga turut menanam tanaman lain seperti barli, gandum,
semanggi, kekacang, biji kol, mader dan hem.
Manakala biji kol pula ditanam oleh petani dibahagian utara Belanda dan diproses untuk
menghasilkan minyak. Hampasnya pula telah dijadikan makanan binatang ternakan pada
musim sejuk. Tanaman ini mula berkembang dan ditanam di Zeeland, Bogaurden, Friesland,
Artois, Rhineland, Schleswig dan Holstien.
Tanaman mader pula ditanam secara meluas pada abad ke-13 dan ke-14 M apabila industri
tekstil mula muncul di Leiden dan bandar-bandar lain di Belanda di mana tanaman ini telah
dijadikan sebuk pewarna dalam industri tekstil. Tanaman ini ditanam secara meluas di bahagian
barat daya Belanda, Flanders, dan Brabant Barat. Tanaman Mader telah dieksport ke
pelabuhan di bahagian selatan dan timur England. Pulau Schouwen telah menjadi pusat
tanaman mader yang penting menjelang tahun 1580-an hingga pertengahan abad ke-17 M.
Menjelang akhir abad ke-17 M, telah terdapat 50 kilang memproses mader dan ini telah
menjadikan Rotterdam muncul sebagai pusat pengumpulan dan pengedaran mader di Belanda.
Pada abad ke-17 M, aktiviti penternakan lembu juga dijalankan secara giat di bahagian timur
Belanda seperti sekitar bandar-bandar Hertogenbosch, Lier dan Diest. Perkembangan bidang
penternakan didorong oleh berlakunya pertambahan penduduk di Belanda dan seterusnya
menyebabkan meningkatnya permintaan untuk bekalan daging lembu pada abad ke-16 M dan
abad ke-17 M. Ini telah menyebabkan petani-petani di Holland dan Friesland memberi tumpuan
kepada sektor penternakan.
Bilangan ternakan telah meningkat dari 14 ekor pada akhir abad ke-16 M kepada 24 ekor pada
pertengahan abad ke-17 M. Lembu-lembu tenusu yang diternak di Belanda daripada baka
lembu tenusu yang terbaik di Eropah. Penternakan lembu bertambah maju dengan adanya
penanaman rumput berkualiti dan pengenalan tanaman bergilir.
Penternakan kambing juga dijalankan di kawasan sekitar Pulau Taxel dan Wieringan dan
Pulau Grind. Penternakan ini dijalankan untuk menghasilkan bekalan keju kepada penduduk di
bandar-bandar dan luar bandar.
Belanda telah menjadi sebuah negara industri berasaskan tenusu dalam menghasilkan
keju dan mentega yang terbesar di dunia serta berkualiti tinggi sejak abad ke-16 M dan abad
ke-17 M terutama di Holland dan Friesland. Produk ini akan dieksport ke England, Perancis,
Sepanyol dan kawasan pedalaman Jerman. Keju yang dihasilkan dengan menggunakan
teknologi yang lebih maju dan tinggi. Hasil keju ini memberi sumbangan pendapatan tahunan
kepada Belanda sebanyak 6.4 juta pound. Manakala mentega pula telah dihasilkan di daerah
Rijnland dan Delfland. Bandar Leidin telah menjadi pusat pusat pengeluaran mentega yang
bermutu tinggi di Belanda.
Bidang ini telah berkembang kesan daripada berlakunya pertambahan penduduk, peningkatan
taraf hidup dan kemajuan dalam sistem pengangkutan air. Pusat-pusat hortikultur telah muncul
di bandar-bandar seperti Leiden, Delft, De Langedijk dan Enkhuizen. Bidang ini meliputi
penanaman sayur-sayuran, buah-buahan dan bunga.
Sayur-sayuran seperti bawang, lobak, ketumbar, lobak merah, parsnip dan biji sawi telah
ditanam secara meluas di daerah De Langedijk. Tanaman kubis dan lobak ditanam secara
bergilir-gilir dengan sayuran lain di kawasan De Streek di daerah Enkuizen. Buah-buahan pula
telah ditanam di kawasan Aalsmeer dan Boskoop seperti strawberi. Sayur-sayuran dan buah-
buahan ini telah dihantar ke Amsterdam dan Leiden melalui pengangkutan air.
Pada abad ke-17 M, tanaman bunga telah dijalankan seperti tulip dan hop. Bunga tulip telah
mendapat permintaan yang tinggi dan ini telah mendorong peningkatan harganya. Bunga hop
pula telah ditanam dengan meluas di kawasan sepanjang sungai Maas. Bunga hop telah
digunakan dalam industri penghasilan minuman keras (beer) di bandar-bandar Haarlem, Delft
dan Gouda. Terdapat 21 buah kilang minuman keras di Amsterdam dan Rotterdam antara
tahun 1600-1621 M.
Perkembangan aktiviti pertanian di Belanda mempunyai pertalian yang rapat dengan kegiatan menebus
guna tanah kerana sebahagian besar tanah pertanian yang subur berada di bawah paras laut. Ini telah
menyebabkan kawasan pertanian yang terletak di pinggir laut ditenggelami air laut. Keluasan tanah yang
ditebus guna untuk pertanian di negara Belanda telah dijalankan dari tahun 1545 sehingga tahun 1814.
Muara Sungai Middeizee ditambak bagi tujuan menebus guna tanah tersebut untuk tujuan pertanian.
Menjelang pertengahan abad ke-17 M, sebahagian besar tanah di wilayah Zeeland di tebus guna untuk
tujuan pertanian. Di seluruh wilayah Zeeland, tanah yang ditebus guna meningkat kepada 49%, iaitu
daripada 85 000 hektar kepada 127 000 hektar menjelang tahun 1600 dan 1680. Usaha penambakan
tanah dilakukan di Oud-Beijerland (1557) dan Nieuw-Beijerland (1582) menyebabkan tanah seluas 2300
hektar ditebus guna.
Kegiatan pertanian semakin berkembang kerana berlakunya kemajuan yang pesat dalam teknik dan
kaedah pertanian di Belanda menjelang abad ke-16 M dan ke-17 M berbanding dengan negara-negara
Eropah yang lain. Antara perkembangan yang berlaku dalam bidang teknologi pertanian ini adalah kajian
mengenai sistem pertanian Belanda, pengenalan sistem tanaman bergilir, sistem penanaman rumput
ternakan, sistem batas, sistem penanaman deretan, teknik memelihara kesuburan tanah dan penciptaan
peralatan pertanian.
Kajian Mengenai Sistem Pertanian Belanda telah dijalankan terutama mengenai teknik dan kaedah
pertanian yang di perkenalkan oleh masyarakat Belanda dijalankan oleh sarjana-sarjana dari England
seperti Sir Richard Weston, Lord Townshend, Bakewell, Sir John Sinclair, Thomas Radcliff, Andrew
Fletcher of Saltoun, James Meikle, Bartholomew Rocque, Patrick Neill dan William Speechley. Hasil
kajian mereka, menunjukkan petani-petani di Belanda telah memperkenalkan sistem tanaman giliran,
sistem penanaman rumput seperti Clover, Lucerne, Burnet, Timothy Grass dan Turnip dan mencipta
peralatan seperti tenggala dan mesin menampi.
Petani-petani Belanda juga memperkenakan sistem penanaman rumput ternakan untuk ternakan
pada tanah rang. Tanaman rumput seperti turnip ditanam di kawasan tanah rang selepas jagung dituai.
Terdapat bukti mengenai penanaman tanaman rumput di tanah rang pada pertengahan abad ke-15 M
iaitu pada tahun 1498 di Louvain.
Petani-petani di Belanda juga memperkenalkan sistem menanam dengan membuat batas. Melalui
sistem ini, saliran yang baik dapat diwujudkan bagi memastikan tanaman tumbuh dengan subur. Bagi
memelihara kesuburan tanah, kedudukan batas diubah setiap tahun. Sistem penanaman di atas batas
menyebabkan penanaman dalam deretan atau jajaran di perkenalkan. Sistem Penanaman Deretan
diamalkan bagi tanaman seperti jagung, mader, hop, biji kol dan tembakau. Sistem penanaman dalam
deretan bagi tanaman komersial digunakan sejak abad ke-14 M.
Petani-petani Belanda juga mempunyai pengetahuan yang tinggi dalam memelihara kesuburan
tanah. Mereka mengekalkan kesuburan tanah pertanian dengan melakukan aktiviti berikut melakukan
pemugaran tanah pertanian, menggunakan baja asli dan membuang rumput dan tanaman perosak.
Petani-petani mengekalkan kesuburan tanah dengan menggunakan baja asli yang terdiri daripada najis
ternakan yang diperolehi daripada kawasan-kawasan penternakan lembu.
Petani-petani di Belanda juga memberi sumbangan dalam penciptaan peralatan pertanian. Antara
peralatan yang dicipta termasuklah sejenis tenggala baru yang digunakan oleh petani di Gelderland,
mencipta tenggala beroda dan mesin untuk menampi bijirin.
PENTAKSIRAN BERASASKAN SEKOLAH (PBS) PRA U
Negara China mempunyai keluasan hampir 9.6 juta km persegi tetapi tanah yang sesuai untuk
kegiatan pertanian hanyalah 15% sahaja. Kawasan lain terdiri daripada pergunungan dan gurun di
sebelah barat dan utara China. Negara China juga sebahagian besarnya berada dalam kawasan
hawa sederhana mengalami perubahan iklim dari kawasan tropika ke kawasan sejuk. Walaupun
berkeadaan demikian, negara China masih lagi mampu mengeluarkan makanan daripada pelbagai
jenis tanaman untuk kegunaan masyarakat dan untuk dieksport ke negara luar.
Terdapat beberapa faktor yang telah mendorong perkembangan pertanian di negara China
menjelang abad ke-16 M dan abad ke-17 M seperti kegiatan ekonomi sara diri, sistem pengairan,
pertanian komersial, kemajuan dalam teknologi pertanian dan pengenalan kaedah baru pertanian.
Sistem ekonomi yang diamalkan pada abad ke-16 M dan ke-17 M adalah bercorak sara diri.
Sebahagian besar daripada penduduk China terlibat dalam aktiviti bercucuk tanam. Pada zaman
pemerintahan Dinasti Ming dan Qing, negara China masih dipanggil masyarakat agraria iaitu
meliputi 85% daripada keseluruhan penduduk dan tinggal di desa.
Tanaman utama yang diusahakan oleh masyarakat agraria di China ialah padi sawah yang banyak
ditanam di kawasan selatan China iaitu di hilir lembah Sungai Yangtze dan Sungai Kuning.
Penanaman padi jenis baru telah diperkenalkan dari selatan Vietnam yang boleh ditanam dua kali
setahun dan tidak memerlukan air yang banyak. Ini telah memboleh padi ini di tanam di kawasan
tanah tinggi yang kekurangan air.
Tanaman baru yang lain turut diperkenalkan seperti tanaman kekacang, ubi kentang manis, barli,
jagung, kapas, tebu, teh, gandum, barli, sekoi, milet, kaoliang, barli, dan oat. Tanaman baru ini
telah meningkatkan lagi hasil pengeluaran pertanian masyarakat agraria. Masyarakat China yang
tinggal di tanah tinggi Utara China, mereka menanam padi huma, sekoi dan kekacang terutama di
sekitar Sungai Heilongjiang.
Gandum merupakan tanaman makanan utama di bahagian dataran tinggi di utara China. Tanaman
gandum ditanam secara meluas di wilayah Shantung, Kansu, Shensi dan bahagian utara Anhui
dan Hupeh.
Milet ditanam secara meluas di bahagian utara khususnya di wilayah Kansu, Shensi dan Shansi.
Koaling merupakan tanaman yang ditanam secara meluas di bahagian timur laut China. Selain itu,
tanaman bijirin lain seperti barli dan oat juga ditanam di bahagian-bahagian tertentu di negara
China.
Sejak zaman awal pemerintahan beraja, tanah pertanian di negara China dimiliki oleh maharaja
dan dikurniakan kepada golongan bangsawan atau pembesar (tuan tanah). Tanah merupakan satu
aset yang amat berharga yang dapat menentukan status sosial seseorang itu. Tuan-tuan tanah ini
akan memberikan kepada golongan rakyat masyarakat agraria untuk diusahakan. Penguasaan
tanah pertanian oleh golongan tuan tanah menyebabkan petani menjadi penyewa dan serf
2. Petempatan
Masyarakat agraria China tertumpu di kawasan timur laut China dengan Mongolia. Kawasan ini
mempunyai dataran loes yang subur di sepanjang Sungai Kuning. Di sebelah selatan pula terdapat
pula Sungai Yangtze (sungai terbesar di China) yang banyak memberi sumbangan kepada
masyarakat agraria di China.
Perkembangan masyarakat agraria di China dalam bidang petanian juga adalah disebabakan
mereka mempunyai pengetahuan dalam menjaga dan memelihara tahap kesuburan tanah. Untuk
menjaga kesuburan tanah, mereka menggunakan sistem penggiliran tanaman dan menggunakan
baja asli yang diperolehi daripada najis ternakan.
4. Sistem Pengairan
Perkembangan pertanian di negara China mempunyai kaitan yang rapat dengan kemajuan dalam
teknologi pengairan. Petani-petani di China mempunyai kemahiran dalam membina terusan dan
mengawal aliran air sungai. Terusan dibina untuk menyalurkan air ke kawasan pertanian,
mengelakkan banjir dan untuk mengangkut hasil pertanian ke bandar-bandar.
Petani-petani China juga mempunyai kemahiran dalam membina teres di lereng-lereng bukit bagi
membolehkan penanaman padi dijalankan. Bekalan air disalurkan ke kawasan pertanian daripada
terusan dan kolam takungan air dengan menggunakan kaedah mengepam air. Pam ini digerakkan
dengan menggunakan tenaga binatang ataupun manusia.
Bagi mengairi kawasan pertanian yang jauh daripada sumber air, maka kaedah empangan telah
digunakan. Selain itu, tambak juga dibina untuk mengelakkan banjir memusnahkan kawasan
pertanian. Projek-projek pengairan juga dijalankan oleh pemerintah untuk mengairi kawasan
pertanian seperti projek pengairan di Sichuan mengairi kawasan tanah pertanian seluas 2 juta
hektar.
5. Pertanian Komersial
Menjelang abad ke- 16 M dan 17 M, kegiatan ekonomi kapitalisme mula bertapak di China dan
mula berkembang pesat terutama semasa pemerintahan Maharaja Chien-Lung pada abad ke-18
M. Perkembangan ini menyebabkan sistem penanaman komersial mula diperkenalkan seperti
tembakau, kapas, mulberi dan tebu.
Tanaman tembakau ditanam secara besar-besaran di wilayah Kwangsi dan Fukien. Tanaman
kapas ditanam secara meluas di wilayah Kiangsu, Sungkiang, Tai-tsang dan Tung-chou. Kapas
telah mendapat permintaan yang tinggi dalam pasaran. Tanaman tebu pula dikeluarkan di daerah
Kwangtung, Fukien dan Szechwan.
Penanaman pohon mulberi diusahakan di wilayah Kwangtung. Daun mulberi telah dijadikan
makanan ulat sutera.
Tenggala penabur benih digunakan untuk membina alur, parit atau lekuk memanjang di permukaan
tanah. Selain itu, alat ini juga digunakan untuk menabur benih dalam barisan yang lurus dan
sekata.
Selain tenggala kayu, mereka turut mencipta peralatan lain seperti penyisir tanah, penggiling dan
kolar kuda. Kereta sorong beroda dua telah dicipta untuk memudahkan pengangkutan barang-
barang atau hasil pertanian. Peralatan-peralatan ini menyebabkan berlaku peningkatan yang amat
ketara dalam pengeluaran basil pertanian.
Peningkatan hasil pertanian juga berlaku kesan daripada pengenalan kaedah baru dalam bidang
pertanian, antaranya pengenalan sistem penanaman bergilir. Sistem ini telah diamalkan di China
sejak zaman Han lagi. Menerusi sistem penanaman bergilir, kesuburan tanah pertanian dapat
dipelihara.
Di samping itu, kaedah pertanian yang lebih baik seperti tanaman dua pusingan dan
pengkhususan dalam tanaman juga diamalkan. Penggunaan kaedah-kaedah baru menyebabkan
pembukaan tanah-tanah baru untuk pertanian.
masyarakat feudal di England memperlihatkan raja mempunyai kuasa mutlak dan berada
pada kedudukan teratas, diikuti oleh count (bangsawan), lord (tuan tanah), manor dan serf
(petani)
manakala masyarakat feudal di Jepun meletakkan maharaja pada kedudukan tertinggi dan
mempunyai kuasa yang tidak terbatas ke atas segala aspek dalam pemerintahan termasuklah
tanah. Namun demikian, maharaja telah mewakilkan kuasa baginda kepada keluarga syogun
dan dibantu oleh daimyo serta samurai.
1. Setiap serf (rakyat bawahan biasanya petani) memberi sumpah kesetiaan kepada golongan
yang lebih tinggi daripada mereka. Golongan yang lebih tinggi ini ialah knight (pahlawan),
bangsawan (baron, duke , lord) dan akhir sekali ialah Raja.
2. Golongan bangsawan mempunyai hubungan secara langsung dengan Raja. Punca kekayaan
golongan ini ialah tanah yang dianugerahkan oleh Raja.
3. Hubungan bertimbal balas (vassalage) yang dibuat melalui persetiaan seseorang hulubalang
sebagai pengikut (vassal) kepada seseorang hulubalang lain yang diangkat sebagai tuan (lord)
kepada vassal tersebut.
4. Harta feudal (fief), kebiasaannya berupa tanah yang menjadi punca kekayaan kepada tuan
tanah iaitu raja dan golongan bangsawan. Tanah dikurniakan oleh raja kepada seseorang lord
kemudian lord pula akan memberikan tanah kepada vassalnya bertujuan untuk mengikat
persetiaan.
5. Dalam aspek ketenteraan, wujud kelas-kelas hulubalang dan perlaksanaan khidmat-khidmat
ketenteraan persendirian oleh vassal kepada lord sebagai penerimaan fief.
6. Kuasa pemerintahan dan hak-hak perundangan persendirian yang dimiliki dan dilaksanakan
oleh lord terhadap vassalnya serta ke atas rakyat yang berada di atas tanah-tanah kepunyaan
lord. Selain menguasai tanah, seseorang lord juga turut berkuasa ke atas sumber ekonomi,
pentadbiran, pelaksanaan undang-undang, mengutip cukai, mengawal institusi ketenteraan
dan institusi kewangannya.
Susun lapis masyarakat feudal di England
1. Masyarakat di England atau Eropah terbahagi kepada dua golongan iaitu pemimpin dan yang
dipimpin. Golongan pemimpin terdiri daripada raja dan bangsawan. Susunan masyarakat
feudalnya berbentuk piramid iaitu raja atau pemimpin utama terletak di lapisan paling tinggi.
Di bawahnya terdapat beberapa lapisan para bangsawan yang menjadi pengikut raja atau
vassal yang memberi kesetiaan kepada raja. Golongan bangsawan ini terbahagi kepada dua
iaitu lapisan pertama dan kedua.
2. Golongan Bangsawan lapisan pertama yang memiliki tanah (fief) secara langsung daripada
raja dikenali sebagai tenants-in-chief. Bangsawan lapisan pertama pula membahagikan fief
mereka kepada bangsawan lapisan kedua. Proses ini dikenali sebagai subinfeudation .
Bangsawan lapisan ke dua seterusnya membahagikan fief mereka kepada bangsawan yang
lebih rendah daripadanya atau golongan petani. Setiap bangsawan (Vassal) berkuasa ke atas
petani yang menentap difiefnya. Hampir kesemua petani terdiri daripada serf yang bertaraf
antara orang bebas dengan hamba.
3. Golongan yang dipimpin pula merupakan golongan rakyat biasa yang menetap di wilayah
kekuasaan golongan bangsawan. Rakyat biasa ini dikenali sebagai serf iaitu golongan bukan
hamba tetapi tidak bebas sepenuhnya. Mereka terikat kepada pemimpin atau tuan mereka
dan tidak bebas bergerak atau berpindah dari satu tempat ke tempat lain.Mereka bergantung
kepada golongan bangsawan untuk mendapatkan mata pencarian. Terdapat juga petani bebas
yang menyewa tanah daripada golongan bangsawan.
4. Selain itu terdapat golongan paderi yang merupakan satu kelas yang berasingan. Sebilangan
besar daripada mereka terdiri daripada daripada golongan bangsawan yang mempunyai
tanah sebagai Vassal dalam sistem feudal. .Menurut Ferguson dan Brunn, pada abad ke-12 dan
ke-13, hampir 1/3 daripada tanah yang boleh digunakan di Eropah barat di kawal oleh greja.
Bishop, abot dan pegawai-pegawai yang memegang jawatan penting dalam gereja biasanya
adalah golongan bangsawan.Justeru itu mereka sering campur tangan dalam pemilihan
jawatan bishop dan jawatan-jawatan lain untuk salah seorang dari ahli keluarga mereka.
Akibatnya pegawai-pegawai gereja terdiri daripada golongan yang mementingkan meterial dan
mempunyai dua tanggungjawab
1. Sistem feudal juga dapat dilihat dengan jelas di Jepun, iaitu maharaja yang berada di
kemuncak struktur pemerintahan mempunyai kuasa yang tidak terhad ke atas segala aspek
di bawah pemerintahannya termasuklah tanah. Hakikat ini dapat dilihat pada zaman
Kamakura antara abad ke-12 dan 14, di mana keluarga Minamoto menjadi keluarga yang
penting di Jepun. Keluarga ini mampu membekalkan keperluan keselamatan yang
diperlukan oleh maharaja dan mereka turut menguasai tanah dan segala penghasilannya.
2. Sebagai ketua kepada keluarga Minamoto, Yoritomo misalnya telah melantik mereka yang
setia kepadanya mewarisi jawatan jito atau pengurus tanah dan bertanggungjawab mengutip
cukai. Shugo merupakan pegawai yang bertanggungjawab memastikan agar semua cukai di
bayar walaupun kekerasan terpaksa digunakan. Sistem sebegini terus kekal sehingga zaman
Meiji apabila beberapa perubahan besar dilakukan.
3. Menurut Abdullah Zakaria Ghazali, dalam usaha melihat sejarah sistem Feudal di Jepun, maka
zaman Kamakura tidak harus ditinggalkan kerana zaman ini merupakan akar kepada
keberlangsungan sistem feudal yang hanya tamat pada pertengahan abad ke-19. Menurutnya
lagi, sistem feudal tumbuh subur di Jepun kerana kewujudan estate persendirian yang dikenali
sebagai syo atau syoen. Pertumbuhan estet-estet persendirian ini telah dipercepatkan oleh
kemerosotan golongan aristokrat dan kebangkitan golongan perwira (buke).Golongan ini
memberi taat setia kepada Kamakura dan hasil daripada ketaatsetiaan ini menyebabkan
mereka mendominasi jawatan jito serta shugo. Gabungan organisasi inilah yang menjadi asas
kepada kemunculan sistem feudal di Jepun.
4. Sehubungan itu kita dapat melihat sistem feudal di Jepun telah melahirkan dua golongan yang
saling bergantung antara satu sama lain, iaitu golongan birokrasi pemerintahan dan golongan
tentera. Golongan birokrasi pemerintahan termasuklah tuan-tuan tanah atau daimyo yang
bertanggungjawab menyumbangkan sebahagian daripada hasil tanah kepada maharaja.
5. Selain itu perjalanan sistem feudal di Jepun agak unik dan berbeza dengan negara lain. Ini
disebabkan wujud keterikatan yang kuat antara golongan daimyo dengan tentera dan petani ,
manakala maharaja tidak mempunyai sebarang peranan. Kemunculan golongan tentera
khusus (profesional) di Jepun begitu berpengaruh dalam menentukan hala tuju
pemerintahan. Golongan daimyo merupakan kelompok yang sangat berkuasa di Jepun dan
kuasanya dikatakan mengalahkan kuasa maharaja.
6. Golongan tentera mempunyai kebolehan yang besar dalam peperangan dan digunakan oleh
golongan bangsawan sama ada untuk mempertahankan hak milik mereka atau menjaga
keselamatan tuan-tuan mereka. Kekuatan ketenteraan ini menjadi tulang belakang kepada
kebangkitan daimyo di Jepun sehingga maharaja tidak berfungsi sebagaimana sepatutnya.
1. Struktur sistem feudal di Jepun berbentuk piramid yang terdiri daripada golongan pemerintah
dan golongan diperintah. Golongan pemerintah adalah Maharaja, Shogun, Daimyo dan
Samurai. Golongan diperintah terdiri daripada petani, tukang dan saudagar. Sistem ini dapat
dilihat dengan jelas semasa pemerintahan Shogun Tokugawa.
2. Dalam hierarki pemerintahan di Jepun Maharaja menduduki lapisan teratas. Namun semasa
pemerintahan Shogun Tokugawa Maharaja Jepun tidak mempunyai kuasa untuk mentadbir.
Baginda hanya menjadi lambang perpaduan rakyat. Kuasa pemerintah terletak kepada Shogun
Tokugawa. Shogun menjalankan tugas atas nama maharaja melalui dasar pecah dan
perintah. Hal ini dilakukan supaya kuasa dan kedudukan Shogun terjamin. Shogun telah
membahagikan kawasan pemerintahan berdasarkan golongan bangsawan atau Daimyo yang
penyokong dan menentangnya. Daimyo yang menyokong Shogun akan diberi tanah manakala
bangsawan yang menentangnya ditempatkan di kawasan yang akan dikawal oleh sekutu
Tokugawa.
3. Daimyo merupakan golongan bangsawan yang mempunyai peranan penting dalam
pentadbiran Tokugawa. Mereka terbahagi kepada tiga kumpulan iaitu daimyo Fudai, Daimyo
Shimpan dan Daimyo Tozama. Daimyo Fudai ialah ahli keluarga Shogun Tokugawa dan telah
dikurniakan tanah yang berhampiran kediaman Shogun. Daimyo Shimpan terdiri daripada
pelbagai cabang keluarga Tokugawa. Mereka diberi tanah tidak jauh daripada Shogun.
Daimyo Tozama terdiri daripada mereka yang memusuhi Shogun. Mereka telah ditempatkan
jauh daripada Shogun untuk mengelak ancaman daripada mereka.
4. Samurai merupakan kelas panglima. Mereka mempunyai kedudukan istimewa. Mereka
berfungsi sebagai penjaga keamanan negara dan Daimyo. Mereka tidak dibenarkan
melakukan kerja lain.
5. Dalam kalangan rakyat biasa,petani (nomin) menduduki tempat yang tertinggi. Hal ini kerana
mereka merupakan pengeluar beras yang menjadi bahan makan rakyat Jepun dan sebagai
balasan mereka diberi upah hanya secukup makan sahaja kerana hasil beras untuk negara.
Jepun telah menjalankan dasar tutup pintu ini menyebabkan rakyat hanya bergantung kepada
beras yang dikeluarkan oleh petani sahaja.
6. Kelas tukang-tukang mahir (artisan) berada dibawah petani. Mereka mahir dalam pembuatan
pedang dan alat-alat lain yang berguna. Mereka diberi gaji yang baik dan diberi rumah yang
baik. Mereka dibenarkan menggunakan pedang.
7. Kelas pedagang (chonin) terletak dibawah artisan. Mereka dipandang rendah dan tidak
dibenarkan berlaku mobiliti sosial. Namun keadaan aman telah menyebabkan ekonomi
berkembang dan para pedagang telah berjaya mengumpul harta yang banyak. Mereka
kemudian telah memperbaiki status diri mereka.
1. Konsep masyarakat feudal yang berasaskan saling memerlukan antara golongan pemerintah
dan golongan diperintah dan berbentuk piramid
2. Pembentukan masyarakat adalah berdasarkan keturunan dan sistem kelas
3. Kurang perubahan status atau mobiliti sosial
4. Peperangan adalah fenomena biasa dalam kalangan masyarakat
5. Peralatan peperangan adalah bersifat tradisional iaitu menggunakan kuda, pedang dan baju
perisai
Perbezaan:
1. Masyarakat feudal di England menekankan hak, undang-undang dan kewajipan manakala di
Jepun menekankan aspek moral, kesetiaan dan dipengaruhi oleh etika Confucius
2. Pembinaan istana di England menggunakan batu manakala di Jepun menggunakan kayu
3. Kuasa pemerintahan dikongsi dalam badan perwakilan di England tetapi di Jepun
4. kuasa dan kesetiaan adalah sesuatu yang mutlak
5. Di England, sesiapa boleh memiliki tanah asalkan berjasa kepada pemerintah (Knight) tetapi
di Jepun golongan samurai tidak berhak untuk mempunyai tanah
6. Di England, penyatuan rakyat dijalankan oleh Raja tetapi di Jepun ia dilaksanakan oleh ketua
tentera
Soalan-soalan Perbincangan:
Pengenalan
Revolusi perindustrian mempunyai beberapa maksud seperti perubahan pesat dalam kaedah
pengeluaran barangan selain pertanian. Ia juga mempunyai pengertian lain iaitu melibatkan
proses perubahan dalam industri, dalam bidang penggunaan sumber tenaga, bidang sosial dan
intelektual. Perubahan ini melibatkan penghasilan barangan daripada penggunaan tangan kepada
penggunaan mesin pengeluaran dan proses kimia.
Menurut Straubhaar dan LaRose , masyarakat industri wujud selepas berlakunya Revolusi Industri
yang dikaitkan dengan penemuan mesin wap di Eropah (Britain) pada tahun 1712. Masyarakat
industri mengalami perubahan yang pesat dalam bidang ekonomi iaitu dari kegiatan ekonomi
agraria kepada ekonomi industri yang penggunaan mesin dalam memproses bahan mentah
menjadi barangan siap atau barangan kilang.
Perkembangan revolusi ini telah mencetuskan sistem ekonomi kapitalisme iaitu satu sistem
ekonomi yang berasaskan pemilikan secara persendirian ke atas aset-aset kilang yang dianggap
sebagai modal. Revolusi Perindustrian juga memperlihatkan England berubah daripada negara
agraria (pertanian) kepada negara perindustrian serta menyebabkan berlakunya pertumbuhan
kadar urbanisasi yang pesat dan pertambahan penduduk yang tinggi.
Revolusi Perindustrian yang berlaku juga membawa kepada pengenalan kuasa jentera, sistem
kilang dengan pengeluaran yang berlibat ganda, pengumpulan modal yang memesatkan lagi
pertumbuhan ekonomi dan berlakunya pertambahan bilangan kelas pekerja serta kelas
pertengahan baru yang terdiri daripada pemilik kilang, saudagar, peniaga, ahli-ahli bank, doktor,
peguam dan jurutera.
1. Berlakunya perkembangan pesat dalam sektor pertanian telah menambahkan pengeluaran
makanan di England.
2. Perkembangan industri tekstil yang merupakan perusahaan tertua di England telah
mendorong pengambilan beribu-ribu tenaga kerja untuk menghasilkan barangan tekstil.
3. Revolusi ini juga berlaku kerana England mempunyai modal yang banyak yang dipusatkan di
Bank England dan juga mempunyai bahan mentah yang banyak seperti arang batu dan bijih
timah. Bekalan bahan mentah ini juga dibekalkan oleh empayar England di luar negara.
4. Di England juga berlaku pertambahan penduduk turut menyumbang kepada bekalan tenaga
buruh yang tinggi untuk kilang dan pasaran yang tersedia sama ada dalam negara dan
empayar luar England.
5. England juga mempelopori perindustrian di Eropah kerana mempunyai hasil kekayaan yang
dikumpul daripada pengamalan dasar mekantilisme. England juga muncul sebagai negara
yang pertama berlaku revolusi perindustrian kerana tidak mendapat persaingan daripada
negara-negara Eropah yang lain seperti Perancis dan Jerman.
6. Pada abad ke-18, England mengamalkan satu bentuk sistem aristokrat yang terbuka iaitu
golongan aristokrat (bangsawan) diberi keistimewa yang banyak, memiliki kekayaan dan
pengaruh politik. Di bawah sistem terbuka ini golongan pedagang diterima secara terbuka dan
mempunyai hubungan yang rapat antara kedua-duanya.
7. Golongan puritan merupakan sebahagian kecil golongan agama bermazhab protestan yang
tidak berpuas hati dengan gereja Anglican (gereja kebangsaan di England) terhadap
pengekalan amalan dan sifat gereja tradisional Kristian. Golongan ini turut membantu
perkembangan rovolusi perindustrian di England dengan melabur sejumlah wang dalam
industri. Mereka juga memperkenalkan kemajuan sains dan teknologi dalam bidang industri.
8. Penciptaan baharu dalam revolusi pertanian seperti mesin menyemai benih, mesin pembajak
Rotterham, jentera berkuasa wap dan mesin memukul yang menggunakan kuasa wap telah
mendorong berlakunya revolusi perindustrian di England. Penciptaan mesin-mesin ini telah
dapat mengurangkan penggunaan tenaga manusia dan meningkatkan hasil pertanian
seterusnya hasil yang berlebihan ini dijadikan sebagai sumber bahan mentah dalam sektor
industri.
Pengenalan
Masyarakat industri di Jerman lahir kesan daripada ledakan revolusi industri selepas di England
pada 1860-an hingga 1914. Kesan daripada revolusi ini, kerajaan telah memberi tumpuan untuk
memajukan kemudahan infrastruktur seperti sistem pengangkutan dan komunikasi. Kerajaan juga
mewujudkan lebih banyak kilang bagi menjana pertumbuhan ekonomi.
Pertambahan penduduk juga telah mewujudkan masyarakat yang berorientasikan industri seperti
di kawasan Ruhr, Saxony, Silesia dan Berlin. Bilangan penduduk yang semakin ramai telah
membawa pertambahan dalam peluang pekerjaan di kawasan industri.
Longgokan sumber bahan mentah yang banyak juga menyumbang kepada perkembangan
perindustrian di Jerman seperti arang batu, bijih besi, dan bijih timah di Ruhr, Lorraine dan Silesia
pada abad ke19.
- Kemajuan teknologi telah meningkatkan mekanisme dalam kegiatan pertanian seperti
masalah pembajakan tanah dapat diatasi apabila traktor dicipta bagi menggantikan
penggunaan kuda.
- Kemajuan dalam pertanian juga menghasilkan kajian saintifik tentang tanah, misalnya
melalui penemuan Humphry Davy (1802) tentang sumbangan ilmu kimia dalam
mengatasi masalah kesuburan tanah dan tanaman. Pada tahun 1840 pula, saintis
Jerman, Justus von Leibig telah menemui formula untuk menghasilkan baja tiruan (kimia)
- Selain itu petani juga turut memperkenalkan sistem pertanian campuran iaitu menternak
lembu dengan diselangi oleh penanaman bijirin khasnya jagung dan ubi kentang.
- Pembukaan lombong arang batu dan bijih besi di Saxony dan Silesia telah mendorong kepada
kewujudan masyarakat industri.
- Kemajuan dalam industri kulit melahirkan perubahan dalam gaya hidup
- Ciptaan-ciptaan baru mencetuskan inovasi baru dalam teknologi di Jerman seperti industri kimia
dan elektrik.
- Kemajuan yang pesat dalam industri besi dan keluli telah membawa perkembangan dalam
sektor pengangkutan khususnya dalam pembinaan jalan kereta api.
- Borsig telah muncul sebagai pengeluar utama kereta api dan kemudian diikuti oleh pembinaan
jalan kereta api ke bandar-bandar lain di Jerman.
4. Perdagangan antarabangsa
- Pada tahun 1870an berlaku perkembangan pesat dalam perindustrian di Jerman yang
menyebabkan pertambahan dalam eksport sehingga mencetuskan masalah dalam
memasarkan barangan dan mendapatkan lebih banyak sumber bahan mentah.
- Daripada perkembangan tersebut, perluasan wilayah perlu dilakukan untuk meluaskan
perdagangan dan berusaha mendapatkan tanah jajahan.
- Pada tahun 1897, Jerman mempunyai hubungan perdagangan dengan China bagi
mendapatkan arang batu serta membina pengkalan tentera di sana.
- Pada tahun 1840an, Bank of Prussia menjalankan perniagaan perbankan sebagai join
stock dalam pengeluaran kredit dan pelaburan kapital.
- Sistem perbankan di Jerman dikawal oleh D Bank iaitu penggabungan empat buah bank
utama di Jerman yang terdiri daripada Disconto Gesellschaft of Stuttgart (1851), Deutsche
Bank (1870), Darmstadter Bank (1870) dan Dresdener Bank (1872)
- Melalui sistem perbankan, membawa kemunculan kelas pengusaha industri baru pada
abad ke 18 kerana mereka mendapat bantuan modal daripada bank.
- Penyaluran modal tersebut membolehkan pihak bank mempunyai kuasa mengawal
perusahaan yang dijalankan oleh syarikat-syarikat industri.
- Selain itu penubuhan kartel di Jerman juga membantu perkembangan industri apabila
menguasai bekalan dan harga jualan bagi produk-produk.
- Kewujudan masyarakat industri di Jerman juga dirangsang oleh dasar kerajaan Jerman
yang menubuhkan sekolah pertukangan dan teknikal untuk melahirkan ramai tenaga
mahir.
- Selain itu banyak pusat-pusat kesihatan dibina yang mana kos pembiayaan 2/3
ditanggung oleh oleh pekerja dan selebihnya oleh majikan
- Kerajaan juga memanipulasi pengeluaran akhbar sebagai satu langkah mengawal
pemikiran rakyat
- Seterusnya kerajaan Jerman mengawal pengurusan perkilangan, firma, kartel dan bank-
bank
- Kerajaan Jerman fokus kepada kilang pengeluaran peralatan tentera dan senjata di
Eropah.
Soalan-soalan Perbincangan :
1. Bandingkan definisi dan ciri-ciri masyarakat industri di negara England dan Jerman antara
abad ke-18 hingga abad ke-19
Pengenalan
Semasa pemerintahan Putera Henry (Henry The Navigator), kerajaan Portugal telah menjadi kuasa maritim yang
terunggul di Eropah pada abad ke-15. Putera Henry bersungguh-sungguh mempromosi kegiatan penjelajahan
melalui penubuhan Akademi Laut di Sagres. Melalui akademi ini beliau telah mengundang ahli pelayaran, pakar
matematik, kartografi dan astronomi dari luar negara untuk memberi tunjuk ajar kepada pelaut Portugal. Usaha
Putera Henry ini telah memunculkan ramai kelasi atau pelayar Portugal telah menjelajah ke selatan sehingga ke
Cape Verde di sebelah pantai barat benua Afrika.
Portugal merupakan kerajaan pertama di Eropah mula menjalankan penerokaan tanah baru yang serius
melalui aktiviti pelayaran ke dunia luar. Hal ini berlaku kerana Portugal mempunyai geografi tempatan di Lautan
Atlantik, mempunyai pantai yang panjang dan memiliki pelabuhan yang baik seperti Lisbon. Selain daripada itu,
Portugal tidak menghadapi persaingan dengan negara-negara Eropah yang lain seperti Sepanyol yang masih
belum teguh dan bersatu padu, Itali pula masih tidak bersatu, Belanda menghadapi masalah dalam negara,
manakala negara England dan Perancis terlibat dalam Perang 100 Tahun. Keadaan ini telah memberi peluang
kepada Portugal untuk muncul sebagai negara maritim yang terunggul ketika itu.
Portugal mempunyai pelabuhan yang menjadi tumpuan pedagang-pedagang Eropah iaitu pelabuhan Lisbon
dan Antwerp. Portugal menjadikan pelabuhan-pelabuhan ini sebagai pusat pengeksportan dan pengeluaran
barangan dagangan Portugal. Dalam masa 30 tahun, Portugal berjaya menembusi pasaran rempah-ratus yang
dikuasai oleh pedagang Venice di Itali. Portugal berhasrat untuk menguasai perdagangan rempah kerana pada
abad ke-15, pedagang Islam telah menjual barangan dari Timur kepada pedagang di Venice dengan harga
yang tinggi. Pedagang di Venice pula bertindak sebagai orang tengah pula telah menjual barangan tersebut
kepada pedagang Eropah yang lain dengan harga yang lebih tinggi. Oleh itu, dengan menguasai jalan
perdagangan di Lautan Hindi akan membawa kepada penguasaan perdagangan rempah-ratus dan boleh
mengambil alih peranan pedagang Venice sebagai orang tengah.
3. Memiliki pelabuhan entrepot
Menjelang abad ke-16, kapal-kapal Portugal sentiasa belayar ke Timur Jauh menggunakan Tanjung
Pengharapan dan membawa pulang rempah-ratus, lada hitam, sutera dan batu permata. Mereka juga berjaya
membawa hasil hutan seperti kayu kayan dan bahan pencelup dari Brazil. Portugal juga telah membuka ladang
tebu, menjalankan penanaman tembakau, menternak lembu dan kuda untuk diperdagangkan. Ini semua telah
memberikan keuntungan kepada masyarakat Portugal. Pelabuhan Lisbon juga telah menjadi pusat agihan
rempah-ratus kepada pedagang-pedagang Eropah yang lain bagi menggantikan pelabuhan Venice di Itali.
Masyarakat maritim Portugal mempunyai teknologi membuat kapal walaupun kapal yang dibina lebih kecil
daripada kapal buatan China. Kapal orang Portugal yang dibina mempunyai dasar yang lebih dalam dan badan
kapal yang agak bulat sesuai untuk perjalanan di Lautan Atlantik.
5. Mempunyai kemahiran dalam ilmu pelayaran dan mencari jalan ke Timur
Masyarakat maritim Portugal mempunyai kemahiran dalam ilmu pelayaran hasil usaha Putera Henry. Beliau
mahu orang Portugal mahir dalam bidang pelayaran untuk menguasai kekayaan di Afrika. Tujuan lain ialah
mencari Prester John yang menjadi raja sebuah kerajaan Kristian di Afrika bagi mendapatkan bantuannya
untuk menguasai kerajaan Islam di Maghribi.
Usaha Putera Henry ini telah berjaya melahirkan ramai pelayar Portugal seperti Bartholomew Diaz, Vasco da
Gama dan Alfonso de Albuquerque. Mereka telah berjaya menjelajah ke selatan sehingga ke Cape Verde di
sebelah pantai Barat benua Afrika. Bartholomew Diaz telah belayar dan sampai ke Cape of Good Hope iaitu
bahagian paling selatan di Afrika pada tahun 1487. Vasco da Gama pula berjaya mengelilingi Tanjung
Pengharapan pada tahun 1497 dan seterusnya telah sampai di Malindi (1487) dan seterusnya beliau telah
belayar ke Kalikat (1499). Selepas itu beliau telah kembali ke Lisbon dengan membawa penuh muatan
barangan daripada Timur.
Pada tahun 1511, Lopez de Sequeire telah berjaya menguasai Melaka dan ini membolehkan Portugal
menguasai jalan perdagangan di Lautan Hindi. Pada tahun 1542, orang Portugal berjaya memasuki negara
Jepun melalui pelabuhan Kyushu. Pada tahun 1570, satu perjanjian telah ditandatangani antara pedagang
Portugal dengan Shogun Ashikaga iaitu mereka dibenarkan berdagang di pelabuhan Nagasaki.
Seterusnya pedagang Portugal telah sampai ke pelabuhan Canton di China pada tahun 1517.
Masyarakat maritim Portugal juga mempunyai teknologi pelayaran yang diambil daripada negara lain seperti
penemuan baru seperti peta Benua Eropah (kartografi), kompas magnetik, reka bentuk kapal, memiliki
teknologi senapang dan meriam, dan astrolab.
Pelayar Portugal mempunyai catatan wilayah baru di atas peta dan seni catatan peta yang tepat dalam peta
gaya baru. Mereka juga mempunyai teknologi kompas yang diambil daripada orang Cina. Kompas ini
menunjukkan utara iaitu satu petunjuk penting bagi kapal-kapal yang belayar dari timur ke barat. Orang
Portugal juga mempunyai teknologi membina kapal yang baik sesuai untuk belayar di Lautan Atlantik dan
memiliki astrolab hasil ciptaan orang Arab yang membenarkan seorang kapten kapal laut mengagak
kedudukan kapal mereka sejauh mana dari garisan Khatulistiwa. Masyarakat maritim Portugal juga memiliki
teknologi senjata api seperti senapang dan meriam. Mereka menggunakan bahan letupan daripada China dan
kemudian diubah suai dengan ciptaan senjata api mereka. Senjata api digunakan semasa pelayaran untuk
menakutkan dan mengalahkan musuh-musuh yang ditentang.
Kesimpulan
Masyarakat Portugal berjaya membina sebuah empayar perdagangan serta menguasai jalan perdagangan di
Lautan Hindi selama lebih daripada satu kurun.
Masyarakat Portugal berjaya menjadi perintis dan meluaskan kekuasaan kerana tidak perlu bersaing dengan
pihak lain di Eropah pada masa tersebut .
Pusat perdagangan hanya didirikan di kawasan pantai sahaja bukannya kawasan pedalaman.
Dalam Modul ini yang berlangsung dalam Penggal 1 mengandungi 4 tema utama iaitu:
1. Masyarakat.
2. Pemerintahan dan Pentadbiran.
3. Kemajuan dan Pembangunan.
4. Nasionalisme dan Pembentukan Negara Bangsa.
Tema 1: Masyarakat
2.2.1 Raja Mutlak dan Raja Berperlembagaan (Englan dan Perancis).
2.2.2 Negara Kesatuan dan Negara Persekutuan (Perancis dan Amerika).
2.2.3 Penyatuan Negara Bangsa (Itali dan Jerman).
3.1.1 Feudalisme dan Kapitalisme (Jepun, China, Jerman, Perancis, England, Amerika.
3.2 Intelektual.
4.1 Reaksi masyarakat tempatan terhadap peluasan kuasa Barat & kesan penjajahan Barat
(China & India).
Pengenalan
Di negara Barat terdapat dua jenis bentuk kerajaan yang diamalkan iaitu negara kesatuan
dan negara persekutuan. Pelaksanaan mana-mana bentuk kerajaan ini akan mempengaruhi
keharmonian kerajaan pusat dan tempatan di negara masing-masing.
Kerajaan kesatuan merupakan sebuah kerajaan yang memberi kuasa yang luas kepada
kerajaan pusat dan menghadkan kuasa kepada kerajaan tempatan (local government).
Manakala kerajaan persekutuan pula merupakan sebuah negara yang mengamalkan
pembahagian kuasa antara kerajaan pusat dengan kerajaan negeri (kerajaan tempatan).
Di negara Perancis, kerajaan pusat mempunyai kuasa dalam semua aspek pemerintahan,
boleh mengubah sempadan dan kuasa, dan juga boleh membatalkan perundangan yang
telah diluluskan oleh peringkat negeri/wilayah. Negara kesatuan Perancis mempunyai
beberapa ciri iaitu:
1. Kerajaan pusat mempunyai kuasa penuh untuk menguruskan seluruh pemerintahan di
negara Perancis.
2. Untuk memudahkan pentadbiran maka kerajaan kesatuan telah membahagikan negara
kepada beberapa wilayah atau cawangan dan diberi kuasa untuk mentadbir. Pentadbiran
wilayah ini merupakan ejen kerajaan pusat. Walau bagaimanapun kuasa ini boleh ditarik
balik oleh kerajaan pusat. Bentuk seperti ini adalah merupakan sistem sentralisasi iaitu
pemerintah pusat memiliki kedaulatan penuh untuk menyelenggara urusan dari pusat ke
daerah/wilayah. Pemerintah wilayah hanya melaksana ketetapan pusat.
Terdapat kelebihan jika mengamalkan kerajaan kesatuan iaitu tidak akan berlaku masalah
pertindihan kerana sebarang percanggahan antara pengubal dengan pelaksana dasar dapat
dielakkan. Hal ini kerana segala keputusan akan dibuat oleh kerajaan pusat dan dengan ini
pemerintahan akan dapat dijalankan dengan mudah, teratur dan berkesan.
Namum kerajaan kesatuan juga mempunyai kelemahannya tetapi dengan segera dapat
diatasi oleh kerajaan pusat dengan menyesuaikan pentadbiran dengan keperluan semasa.
Kerajaan kesatuan sesuai dilaksanakan bagi sebuah negara seperti Perancis kerana
mempunyai keluasan geografinya tidak luas atau besar dan mempunyai jumlah penduduk
tidak terlalu ramai. Pengaruh geografi yang tidak begitu luas lebih memudahkan
komunikasi dua hala dan sebarang keputusan boleh dilaksanakan secepat mungkin tanpa
berlakunya amalan red tape.
Setelah revolusi Perancis berlaku pada tahun 1789, telah banyak berlaku perubahan di
Perancis iaitu sistem pemerintahan beraja telah dimansuhkan, sistem feudal dihapuskan,
hak istimewa golongan bangsawan telah ditamatkan dan berkembangnya semangat
nasionalisme di Perancis.
Setelah sistem pemerintahan beraja dan sistem feudal dihapuskan di Perancis, pada tahun
1790 pentadbiran baru telah dibentuk iaitu negara Perancis telah dibahagikan kepada 83
department (wilayah) dan setiap wilayah dibahagi pula kepada cantons (daerah) dan daerah
pula dipecahkan kepada commune.
Pentadbiran department akan diketuai oleh Prefet yang dilantik oleh kerajaan pusat. Prefet
bertanggungjwab secara langsung kepada Menteri Dalam Negeri dan berperanan untuk
menguruskan perkhidmatan di kawasan tempatan.
Disetiap department telah ditubuhkan sebuah majlis iaitu General Council. Ahli-ahlinya
dilantik oleh pemerintah peringkat pusat. Majlis ini merupakan institusi tempatan yang
menghubungkan penduduk tempatan dengan kerajaan pusat.
Commune pula berperanan untuk mentadbir kawasan bandar yang diketuai oleh Datuk
Bandar (Mayor) sebagai ketua eksekutif. Datuk Bandar pula akan dibantu oleh Majlis
Bandaran (Municipal Council). Institusi commune berperanan mengendalikan perkara-
perkara yang berkaitan dengan pentadbiran bandar seperti meluluskan permit bangunan,
menjaga keselamatan penduduk, dan menguruskan pendaftaran perkahwinan. Datuk
Bandar akan menjadi wakil kerajaan pusat di kawasan bandar. Datuk Bandar berperanan
untuk menguatkuasakan undang-undang tempatan, mendaftar jurutera awam,
menguruskan pekerja dikawasannya dan sebagainya. Walau bagaimanapun segala
keputusan yang dibuat oleh Datuk Bandar boleh dipinda, diubah atau dibatalkan oleh
kerajaan pusat.
Parlimen Perancis pula terbahagi kepada tiga estet iaitu estet pertama yang terdiri daripada
golongan paderi, estet kedua dianggotai oleh golongan bangsawan dan estet ketiga pula terdiri
daripada golongan borjouis dan petani. Estet pertama dan kedua diberi keistimewaan manakala
estet ketiga seolah-olah terpinggir. Estet ketiga tidak mempunyai hak untuk membuat sebarang
keputusan penting. Tuntutan estet ketiga untuk mendapatkan persamaan hak tidak diendahkan
oleh Raja Loui XVI. Estet ketiga akhirnya mengisytiharkan diri sebagai Perhimpunan Kebangsaan
atau Parlimen Negara. Tindakan estet ketiga ini menandakan bermulanya Revolusi Perancis.
Perjuangan Estet Ketiga mendapat sokongan golongan miskin.
Perjuangan estet ketiga membuahkan hasil apabila mereka berjaya menawan bangunan
Bastille. Kemuncak perjuangan estet ketiga ialah apabila berlakunya peristiwa yang dipanggi ‘Hari
Ogos’: Peristiwa ini menandakan penghapusan sistem feudal. Ahli parlimen dan golongan feudal
menyerahkan hak feudal mereka manakala golongan paderi menyerahkan hak gereja. Pada 26
Ogos 1789 , parlimen meluluskan Perisytiharan Hak-Hak Manusia dan Warganegara. Pentadbiran
Perancis dibahagikan kepada 83 kawasan [department] dan setiap department ini dibahagi
kepada daerah [cantons] dan commune. Kerajaan tempatan dipilih oleh rakyat tempatan dan
berkuasa di kawasan masing.
Menjelang tahun 1791 Majlis Perhimpunan Kebangsaan menyiapkan perlembagaan baru.
Dengan mengambil idea berdasarkan teori pengasingan kuasa Montesquieu, kerajaan Perancis
dibahagikan kepada badan legislative, badan eksekutif dan badan judisiari. Bermulalah era
pemerintahan raja berperlembagaan di Perancis. Walau bagaimanapun, pemerintahan raja
berperlembagaan berlangsung selama setahun sebelum bertukar kepada republik. Akibat
pergeseran antara golongan revolusi dengan golongan menyokong raja, Raja Louis XVI dan
isterinya Marie Antoinnette telah dihukum pancung dengan gilotin.
Perubahan sistem pemerintahan beraja mutlak kepada raja berperlembagaan menyaksikan
pergolakkan politik di Perancis. Kacau-bilau yang berlakunya di Perancis hanya tamat bila
Napoleon Bobaparte mengambil alih pemerintahan [1799].
Contoh Esei
Tema 2: Pemerintahan dan Pentadbiran
Soalan: Huraikan peralihan sistem pemerintahan beraja mutlak kepada raja berperlembagaan di
England.
Pemerintahan beraja mutlak di England bermula sejak penghujung abad ke-15. Sistem ini diasaskan
oleh oleh Raja Henry VII iaitu pemerintah Dinasti Tudor. Sistem pemerintahan raja mutlak berpegang
kepada prinsip dan kepercayaan bahawa raja dilantik oleh Tuhan. Raja berkuasa dalam segala hal
mengatasi undang-undang.
Selepas Perang Bunga Ros berakhir, majoriti masyarakat England bersetuju sistem pemerintahan
raja berkuasa mutlak sebagai penyelesai keadaan huru-hara. Pemerintahan raja berkuasa mutlak yang
diamalkan semasa Zaman Dinasti Tudor [1485 – 1603] mendapat sokongan rakyat. Hal ini kerana raja-
raja Tudor menghormati prinsip perbatasan pemerintah yang terkandung dalam Magna Carta. Parlimen
England ketika itu terdiri daripada House of Lord dan House of Commons. House of Lord yang dianggotai
oleh tuan tanah yg kaya, bishop dan kerabat diraja lebih berkuasa berbanding House of Commons yang
dianggotai oleh golongan knight, orang kaya dan peguam.
Menjelang abad ke-17, berlaku perubahan dalam masyarakat England. Di luar Bandar, muncul
golongan gentry yang memiliki tanah dan kekayaan melebihi golongan bangsawan. Di Bandar pula,
muncul golongan bourjois iaitu saudagar yang kaya ber pendidikan dan berpengetahuan dalam bidang
ekonomi. Golongan gentry dan bourjois yang banyak menganggotai House of Commons berani
mempertikaikan House of Lord yang didominasi oleh golongan aristokrat. Pada masa yang sama berlaku
pergeseran mahzab gereja. Penganut mahzab Protestan marah dengan tindakan gereja kebangsaan
England iaitu Anglican yg masih mengamalkan sifat gereja Katolik . Golongan puritan ini bermatlamat
membersihkan amalan gereja di England daripada pengaruh gereja Katolik Rom.
Kemangkatan Ratu Elizabeth I menandakan berakhirnya pemerintahan Dinasti Tudor di England.
Sepupu Ratu Elizabeth I iaitu Raja James I dari Scotland telah ditabalkan menjadi raja England.
Perlantikan ini menandakan bermulanya pemerintahan Dinasti Stuart. Raja James I berpegang teguh
kepada doktrin kuasa suci raja yang menganggap kedudukan raja mengatasi segala undang-undang. Hal
ini tidak disenangi oleh golongan gentry dan bourjois yang ingin memisahkan gereja dari
pemerintahan. Sikap pilih kasih dalam urusan perdagangan dan tindakan raja membelakangkan
parlimen dalam isu cukai menyebabkan golongan saudagar marah.
Keadaan bertambah celaru bila Raja Charles I menggantikan ayahandanya sehingga parlimen
mengeluarkan Petition of Right. Petisyen ini bertujuan mengutuk raja yang bersikap autokratik.
Golongan puritan semakin marah bila Bishop Besar William Laud yang dilantik oleh Raja Charles I
melarang golongan puritan melakukan aktiviti keagamaan mereka. Pada tahun 1645, berlaku perang dan
tentera parlimen yang dipimpin Oliver Cromwell berjaya mengalahkan tentera Raja Charles I. Oliver
Cromwell juga menyingkirkan ahli parlimen yang proraja. Beliau kemudian mengisytiharkan England
sebagai negara republik dan dia sendiri sebagai ketua.
Walaupun berjaya menubuhkan pemerintahan raja berperlembagaan, Oliver Cromwell tetap
menerima tentangan daripada golongan levelers dan golongan diggers menuntut setiap rakyat England
berhak mengundi dan persamaan hak dalam pemilikan harta. Oliver Cromwell telah membubarkan
parlimen dan membentuk kerajaan baru iaitu Protectorate dan melantik dirinya sebagai Lord
Protectorate. Walaupun memerintah mengikut perlembagaan, tetapi beliau pemerintahan bercorak
diktaktor ketenteraan.
Contoh Esei
Perang Dingin merujuk kepada konflik antara dua buah kuasa besar iaitu blok kapitalis yang diketuai oleh
Amerika Syarikat dan blok komunis yang diketuai oleh Soviet Union @ Rusia setelah Perang Dunia Kedua [PD2]
berakhir. Perang Dingin tidak melibatkan pertempuran bersenjata sebaliknya kedua-dua kuasa terbabit biasanya
menjadi penyokong atau dalang kepada negara2 yang berkonflik.
Perbezaan Ideologi kapitalisme dengan komunisme menjadi punca berlakunya Perang Dingin. Pendukung
kapitalisme merupakan negara demokratik yang meletakkan kuasa di tangan rakyat. Hal ini berbeza dengan
ideologi komunisme yang di perintah oleh diktator dan hanya mengiktiraf Parti Komunis. Sistem kapitalisme
mendukung prinsip pasaran bebas yang banyak menguntungkan pelabur-pelabur besar. Hal ini bertentangan
dengan ideologi komunisme yang menganggap pemerintah wajar mengawal ekonomi bagi memastikan
kepentingan pelabur kecil terbela. Perbezaan ideologi ini mendorong kedua-dua kuasa ini berusaha meluaskan
pengaruh masing-masing.
Selain itu, kegagalan beberapa siri rundingan juga mennyebabkan berlakunya Perang Dingin. Pada
1943, pemimpin Kuasa Berikat iaitu Amerika Syarikat [AS], Rusia, Perancis dan Britain mengadakan
pertemuan untuk membincangkan keadaan politik di Eropah. Perbincangan ini menyangkut hal konsesi
Rusia di Eropah Tengah, pembahagian negara Jerman kepada 4 zon tentera, penguasaan Rusia ke atas
Poland dan isu penguasaan ke atas Eropah Timur dan Eropah Tengah. Walau bagaimanapun, 3 siri
perbincangan di Teheran, Yalta dan Postdam ini tidak mencapai kata putus. Keadaan ini menyebabkan
keretakan hubungan negara-negara terbabit sehingga mencetuskan bibit-bibit Perang Dingin. Lebih
mengeruhkan keadaan, rakan dalam Kuasa Berikat curiga dengan Rusia yang dikuasai oleh komunis
Kemerosotan ekonomi di Eropah juga dikatakan menjadi faktor berlakunya Perang Dingin. Ekonomi
negara-negara seperti Britain, Perancis, Jerman, Itali dan Belanda terjejas teruk berikutan pendapatan
negara diperuntukan membiayai PD2. AS menggunakan peluang ini dengan menawarkan dana bantuan
dan sokongan bagi menghalang perluasan ideologi komunis. AS kemudian menubuhkan Rancangan
Marshall bagi membangunkan semula ekonomi Eropah Barat selain mengekang pengaruh komunis.
Rusia menolak Rancangan Marshall kerana beranggapan bahawa ia adalah salah satu bentuk campur
tangan AS. Rusia kemudian cuba mempengaruhi negara-negara di Eropah Timur agar tidak menerima
bantuan AS dan bertindak menubuhkan satu pertubuhan ekonomi untuk mengimbangi pertubuhan
ekonomi yang dianjurkan oleh AS.
Di samping itu, kebimbangan Rusia terhadap ancaman Jerman juga menjadi faktor penyebab Perang
Dingin. Kebimbangan ini menyebabkan Rusia bercadang menguasai negara-negara di Eropah timur
untuk dijadikan sebagai ‘Zon Penampan’. Joseph Stalin iaitu pemerintah Rusia ketika itu bimbang sejarah
Peristiwa Operasi Barbarossa berulang iaitu Adolf Hitler memimpin serangan besar-besaran selama 900
hari dan menggugurkan lebih 600 000 bom ke atas Rusia. Rusia berusaha melemahkan Jerman dengan
menghalang Jerman bersatu di bawah kerajaan kapitalis. Akibatnya, negara Jerman terbahagi kepada
dua iaitu Jerman Timur [Komunis] dan Jerman Barat [kapitalis].
Jelas sekali bahawa Perang Dingin berpunca daripada usaha kedua-dua kuasa besar iaitu Amerika
Syarikat dan Rusia yang berusaha mengembangkan pengaruh ideolog masing-masing. Perang Dingin ini
telah mengakibatkan negara-negara di dunia terpecah kepada dua dua blok iaitu blok kapitalis dan blok
komunis.
Contoh Esei
Perang Dunia Kedua yang tercetus pada tahun 1938 meninggalkan impak yang besar kerana
bukan sahaja melibatkan negara-negara di Eropah tetapi termasuk negara-negara di Asia dan
Afrika. Jepun merupakan salah sebuah negara Asia yang terlibat secara langsung dalam
Perang Dunia Kedua. Terdapat beberapa faktor yang menyebabkan berlakunya Perang Dunia
Kedua di Asia.
Salah satu daripada faktor berlakunya Perang Dunia Kedua di Asia ialah wujudnya gerakan
nasionalisme yang melampau di Jepun. Kita Ikki merupakan seorang pelampau yang
mempelopori aliran baharu nasionalisme di Jepun. Beliau berpendapat pembentukan semula
negara Jepun oleh tentera atas nama maharaja perlu dilakukan. Beliau menolak amalan
demokrasi Barat dan Parlimen Jepun yang mudah terjebak dalam amalan rasuah. Aliran ini
menyebabkan berlakunya pergeseran antara parti pemerintah dengan golongan tentera.
Kejayaan golongan tentera mengambil alih tampuk pemerintahan Jepun membolehkan mereka
mengukuhkan kekuatan tenteranya bagi menghadapi kuasa Barat.
Kemelesetan ekonomi dunia pada tahun 1929 turut mendorong kepada meletusnya Perang
Dunia Kedua. Krisis ekonomi dunia ini telah menyebabkan golongan petani dan rakyat Jepun
dibebani kemiskinan. Petani yang tidak berpuas hati dengan pemerintah akhirnya telah
menyatakan sokongan kepada tentera. Pada tahun 1936, golongan tentera memberontak dan
berjaya menguasai kerajaan. Kerajaan Jepun kemudiannya berusaha mempersiapkan diri untuk
menghadapi peperangan.
Kepentingan ekonomi Jepun juga mendorong kepada kancah Perang Dunia Kedua. Dasar
Pemodenan Meiji berjaya memacu ekonomi Jepun sehingga menjadi negara industri yang
kuat. Kepesatan ekonomi Jepun turut meningkatkan permintaan ke atas bekalan bahan mentah
bagi memenuhi keperluan industri. Bagi mendapatkan bekalan bahan mentah dan pasaran,
Jepun telah melaksanakan dasar imperialisme. China dan Manchuria yang kaya dengan arang
batu, kapas dan sutera telah menjadi sasaran Jepun. Belanda, Britain, AS dan Perancis
bimbang dasar imperialisme Jepun ke kawasan lain seperti Indo-China dan Asia Tenggara
menjejaskan kepentingan mereka.
Selain itu, isu keselamatan negara Jepun juga menjadi faktor meletusnya Perang Dunia
Kedua. Pada penghujung abad ke-19, Jepun bangkit sebagai kuasa yang kuat di Asia. Yoshida
Shoin, tokoh intelek Jepun menegaskan bahawa Jepun perlu memperkukuhkan pertahanannya.
Yamagata Aritomo, salah seorang pemimpin kerajaan Meiji telah mengetengahkan konsep garis
kepentingan negara. Konsep ini merujuk kepada kawasan bersempadanan atau berhampiran
dengan Jepun dianggap mempengaruhi keselamatan Jepun. Oleh itu, garis kepentingan negara
ini wajar diperkukuhkan. Penekanan ke atas konsep ini menyaksikan Jepun cuba meluaskan
garis kepentingan negara dengan menyerang Rusia [1905], Korea [1910], China [1895 & 1937],
Manchuria [1932], Indo-China dan Asia Tenggara [1941].
Jelas sekali dasar pemodenan Meiji berjaya menjadikan Jepun sebagai sebuah kuasa yang
kuat di rantau Asia. Dasar imperalisme dan ancaman kuasa Barat telah mendorong Jepun
bertindak memperkuatkan pertahanan negaranya. Kekuatan Jepun menjadikan negara tersebut
bersedia berdepan dengan kuasa Barat dan juga sebarang kemungkinan peperangan.
Contoh Esei
Selain itu, isu penyebaran agama Kristian turut dijadikan alasan oleh British untuk
menduduki China. China tidak berpuas hati dengan mubaligh kristian yang berjaya
menyebarkan agama Kristian dalam kalangan masyarakat China. Perkembangan agama
Kristian dianggap mengancam kebudayaan dan tradisi nenek moyang, ajaran Confucius dan
Taoisme oleh China. China kemudian bertindak membunuh paderi, rahib dan pegawai Barat di
Tientsin serta membakar gereja. British marah dengan tindakan China yang dianggap kejam.
Mereka menjadikan isu ini sebagai salah satu cara untuk menguasai China.
Tekanan daripada British dan kekalahan dalam Perang Candu I dan Perang Candu II
menyebabkan China terpaksa menandatangani Perjanjian Nanking [1842] dan Perjanjian
Tientsin [1858]. Perjanjian ini telah membawa kepada pembukaan pelabuhan-pelabuhan di
China kepada pedagangan Barat. Akhirnya, Barat Berjaya menguasai perdagangan di China.
Pengenalan
Pada abad ke-16, kawasan utara Belanda terkenal sebagai kawasan pertanian dan perikanan.
Pertanian dijalankan secara kecil-kecilan. Hasil pertanian ini dijual di pasar tempatan dan bandar2 lain.
Mereka mengamalkan sistem pertanian padang terbuka. Dalam sistem ini tanah dibahagikan kepada 3
bidang. Setiap bidang terdapat lajur-lajur yg dibahagi secara memanjang. Setiap musim pula, petani
hanya mengusahakan 2/3 bidang tanah. Sebidang lagi dibiarkan sebagai tanah rang utk memulihkan
kesuburan tanah. Najis binatang pula dijadikan sebagai baja.
Pada abad ke-17, berlaku Revolusi Pertanian di desa. Jumlah tanah pertanian, jumlah petani dan
jumlah penggunaan kuda bertambah mendadak.
Sistem pertanian padang terbuka [Tanah dibahagikan kepada 3 bidang] yang diamalkan oleh petani
Belanda.
Perairan Holland dan Zeeland kaya dengan ikan. Hampir 1/5 penduduk terlibat dalam perikanan
sehingga berjaya merebut pasaran Baltik dari Jerman. Belanda mengeksport ikan herring, garam,
arak dan pakaian untuk dapatkan bijirin dari Baltik.
Nelayan-nelayan Belanda menggunakan kapal besar turun menangkap ikan. Mereka akan
berada di laut untuk beberapa minggu. Ikan yang ditangkap akan digaram supaya tahan lama.
Ikan herring merupakan tangkapan utama kerana berkualiti tinggi dan harga pasaran yang mahal.
Orang Belanda mahir dalam membina kapal. Kapal buatan mereka dikatakan berkualiti tinggi,
tahan lasak dan mampu membawa muatan yang banyak. Kapal mereka juga dianggap terbaik di
Eropah sehingga turut diguna oleh pedagang England, Perancis dan Sepanyol untuk membawa
gandum dan galian ke Eropah.
Institusi Pemerintahan
-definisi
-Ciri-ciri
2 18.6-22.6 1.3 Masyarakat maritim
(Portugal dan Jepun)
-definisi
-Ciri-ciri
-definisi
-Ciri-ciri
3 25.6-29.6 TEMA 2 PEMERINTAHAN DAN PENTADBIRAN
2.1 Institusi pemerintahan
2.1.1 Raja/Maharaja
(China dan Rusia)
-kedudukan
-peranan
2.1.2 Pembesar
(China dan Rusia)
-membandingkan peranan
4 2.7-.6.7 2.2 Negara Bangsa
2.2.1 Raja Mutlak dan raja berperlembagaan
(England dan Perancis)
-perbandingan sistem beraja
2.2.2 Negara Kesatuan dan Negara Persekutuan
(Perancis dan Amerika Syarikat)
-sistem Republik
-sistem Persekutuan
JULAI 5 9.7-13.7 2.2.3 Penyatuan Negara Bangsa
Itali dan Jerman)
-proses penyatuan
-perubahan orientasi
3.1.2.2 Pertanian
(Belanda dan England)
-perubahan
3.1.2.3 Perindustrian
(Jerman dan Jepun)
-perindustrian
-ii) Komanwel
OKT 16 1.10.-5.10
4.4 Perhubungan Luar
(United Kingdom dan Amerika Syarikat)
iii)NATO
17 8.10.- ULANGKAJI
12.10
18 15.10- ULANGKAJI
19.10
19 22.10- ULANGKAJI HARI RAYA HAJI
26.10 (26.10)
20 29.10- ULANGKAJI
2.11
NOV 21 5.11- 8.11 PEPERIKSAAN AKHIR
Soalan dan skema sejarah dunia ( Penggal 1)
Tema 1
MASYARAKAT FEUDAL
Dengan merujuk kepada contoh-contoh yang sesuai, bincangkan ciri-ciri feudalisme di Eropah
Pengenalan
Feudalisme merujuk kepada sistempemerintahan yang muncul ekoran ketiadaan sistem pemerintahan pusat yang
berkesan. Feudalisme dapat dilihat daripada segi ciri-ciri peribadi, ekonomi dan ketenteraan.
a) Peribadi
- Ciri peribadi dapat dikesan apabila tuan tanah bertaraf rendah mendapatkan perlindungan daripada
tuan tanah yang lebih berpengaruh.
- Contoh seorang lord ( tuan tanah yang betaraf rendah ) mendapatkan perlindungan daripada Count
(tuan tanah bertaraf tinggi)
- Dengan demikian, seorang bangsawan menjadi pengikut kepada bangsawan yang lebih kuat
- Ciri ini dapat dilihat dalam kerajaan Rom apabila mereka yang lemah mendapatkan perlindungan
daripada bangsawan yang kaya
b) Ketenteraan
- Elemen ketenteraan bermaksud pemberian tugas ketenteraan kepada tuan tanah
- Ciri ini wujud dalam kerajaan Rom dan kerajaan orang gasar Frank yang dipanggil Comitatus.
- Mengikut sistem ini seorang pahlawan sebagai pengikut kepada seorang bangsawan harus memberi
tiga jaminan iaitu :
1. Memberikan kesetiaan
2. Menjadi askar dalam tentera kecil bangsawan
3. Melibatkan diri dalam mahkamah pimpinan golongan bangsawan
4. Dalam kerajaan Rom pemilik tanah menubuhkan tentera persendirian untuk mengawal estet
c) Ekonomi
- Ciri ini dapat dilihat apabila tuan tanah dan petani menyerahkan tanah kepada tuan tanah yang lebih besar
- Tujuan mereka adalah untuk mendapatkan perlindungan
- Sebagai balasan petani akan memberikan bantuan ketenteraan, makanan dan bantuan lain
- Ciri feudalisme ini dapat dikesan dalam empayar Rom sebelum ia tumbang dan menjadi nyata pada abad
ke-9
- Ia menyumbang kepada kelahiran pemilik estet besar ( bangsawan) yang bebas daripada kawalan
kerajaan pusat.
- Asas ekonomi golongan bangsawan ialah manor.
Penutup
Sistem feudalisme di Eropah jelas melambangkan ciri peribadi, ekonomi dan ketenteraan
Huraikan struktur susun lapis masyarakat dalam sistem feudal yang diamalkan di England
Pengenalan
Sistem feudalisme yang muncul di England mempunyai ciri yang tersendiri. Dalam sistem feudal jelas terdapat
hubungan saling bergantung antara raja, bangsawan, petani dan golongan hamba. Setiap lapisan masyarakat
mempunyai tanggungjawab dan peranan masing2.
a) Raja
- Kedudukan tertinggi dalam sistem feudalisme di England ialah raja
- Raja menyatukan penduduk dibawahnya dan memberikan jaminan keselamatan dan perkhidmatan lain
- Di bawah raja terdapat tenant in chief iaitu mereka yang memiliki tanah secara langsung daripada raja
- Raja bergantung kepada tenant in chief tetapi ada kalanya mereka menjadi terlalu berkuasa dan
mencabar autoriti raja
b) Bangsawan
- Di bawah raja terdapat baron iaitu golongan bangsawan
- Golongan bangsawan besar menjadi tenant in chief
- Mereka memiliki tuan tanah yang berkhidmat untuk baron di sebahagian besar negara
- Di bawah tenant in chief ialah tenant iaitu golongan bangsawan bertaraf rendah
c) Petani
- Petani berada dibawah golongan bangsawan
- Petani terdiri daripada petani bebas dan separuh bebas
- Golongan petani mewakili sebahagian besar penduduk England
- Petani juga dikenali sebagai freeman, villein, skomen, bordar dan cottar
- Golongan petani memiliki tanah dan keluasan tanah yang dimiliki mereka berbeza
- Golongan petani tidak dibenarkan meninggalkan daerah mereka tanpa kebenaran tuan tanah
d) Hamba
- Kedudukan hamba dibawah petani
- Golongan hamba mewakili satu persepuluh penduduk Englang
- Golongan hamba tidak memiliki tanah dan mempunyai hak perundangan yang terhad.
Penutup
Masyarakat feudal di England mempunyai susun lapis yang tersendiri. Setiap lapisan masyarakat mempunyai
hubungan saling bergantung antara satu sama lain.
Pengenalan
Feudalisme di jepun dapat dikesan dengan jelas pada zaman pemerintahan Kamakura hingga zaman sengoku Jidai.
Feudalisme Jepun telah mencapai kematangan pada era pemerintahan Shogun Tokugawa.
a) Kemerosotan kuasa maharaja
- Salah satu faktor yang menyebabkan kemunculan feudalisme adalah kemerosotan kuasa maharaja
- Kemerosotan kuasa maharaja memberi peluang kepada kemunculan daimyo (tuan tanah)
- Tuan tanah tersebut memiliki ladang persendirian dikenali sebagai Syo atau Syoen
b) Golongan tuan tanah berpengaruh
- Kemunculan feudalisme disebabkan oleh kebangkitan golongan tuan tanah (daimyo)
Keadaan geografi negara jepun bergunung ganang menyebabkan raja menghadapi masalah untuk
mengawal tuan tanah
Perkembangan ini menyebabkan golongan tuan tanah menjadi lebih berkuasa berbanding dengan maharaja
c) Kelemahan golongan bangsawan
- Golongan ini dilantik oleh maharaja sebagai gebenor di wilayah untuk mengawal tuan tanah
- Golongan bangsawan ternyata lemah dan tidak berupaya mengawal tuan tanah
- Selain itu, golongan bangsawan juga tinggal di ibu kota dan menikmati kemewahan
- Mereka tidak menjalankan tugas dan mengawal kedudukan maharaja di wilayah yang berada di bawah
kekuasaan mereka.
d) Perebutan kuasa ketu-ketua suku
- Kelemahan gabenor yang dilantik oleh maharaja menyebabkan kuasa di wilayah beralih kepada ketua
suku kaum
- Perkembangan ini menyebabkan petani mengubah taat setia mereka kepada ketua suku kaum
- Malah mereka membayar cukai berupa harta benda dan perkhidmatan kepada ketu-ketua suku
- Perkembangan ini telah menyebabkan pengaruh dan kuasa maharaja mula merosot
e) Kemunculan pemerintahan Kamakura
- Perebutan kuasa antara ketu suku dan maharaja menyebabkan ketua keluarga Miramoto Yoritomo
membentuk kerajaan bersifat ketenteraan pertama di Jepun.
- Kerajaan bersifat ketenteraan ini dikenali sebagai Bakufu ditubuhkan di Kamakura
- Kerajaan ini ditubuhkan untuk mengawal hal ehwal ketenteraan dan golongan bangsawan
- Pemerintahan kamakura menyaksikan permulaan sistem feudalisme di negara Jepun.
Penutup
Terdapat beberapa faktor yang menyebabkan muncul sistem feudalisme di jepun. Kemerosotan kuasa maharaja dan
kebangkitan golongan tuan tanah merupakan faktor utama yang menyebabkan berlakunya sistem feudalisme di
jepun.
Bandingkan ciri-ciri feudalisme yang diamalkan di Eropah dengan Jepun pada abad ke -16 hingga
ke-17
Pendahuluan
Sistem feudal ditakrifkan sebagai sebuah kerajaan tempatan yang ditadbir oleh individu tertentu dan
bukan wakil kerajaan pusat. Dalam sistem feudal, kedudukan seseorang individu adalah mengikut
sistem kelas bersusun lapis mengikut hierarki.
Persamaanya, feudal dilihat sebagai satu gabungan yang istimewa antara konsep pemusatan undang-
undang diraja dan tradisi semulajadi sebuah organisasi dengan ikatan peribadi kesetiaan.
Di Eropah, elemen ini datang dari empayar Rom dan latar belakang orang jerman di Eropah Utara. Di
Jepun, berakar umbi sejak zaman kamakura.
Persamaan
- Masyarakat dibina atas dasar keturunan atau sistem kelas. Golongan bangsawan berada
diatas diikuti oleh tentera dan petani.
- Kurangnya perubahan status dalam masyarakat feudal atau kekurangan mobiliti sosial .
- Misalnya, jika dilahirkan sebagai anak petani maka dibesarkan sebagai petani, sedangkan
anak-anak bangsawan akan tetap menjadi anak bangsawan.
- Zaman feudal di Eropah dan Jepun sering dilanda peperangan.
- Keadaan ini menyebabkan golongan knight di Eropah dan samurai di Jepun mempunyai
peranan yang penting pada zaman feudal. Kedua-dua ini berkhidmat dengan golongan
bangsawan dan terikat dengan undang-undang feudal. Knight terikat dengan konsep chivalry,
manakala samurai terikat dengan konsep bushido di Jepun.
- Peralatan peperang yang digunakan oleh knight dan samurai ialah kuda, pedang dan baju
perisai. Baju perisai di Eropah diperbuat daripada besi atau disadur dengan besi. Baju perisai
di Jepun pula diperbuat daripada logam atau sutera atau saduran logam. Knight memerlukan
bantuan untuk menaiki kuda kerana baju perisai yang berat tetapi samurai tidak memerlukan
bantuan.
Perbezaan
- Di Eropah pembinaan istana daripada batu bagi melindungi knigh dan vassal daripada
serangan. Du Jepun, istana daimyo diperbuat daripada kayu.
- Evolusi yang berlaku dalam institusi feudal Jepun perlahan berbanding Eropah.
- Eropah menghadapi zaman pengukuhan negara bangsa kerana kecekapan kuasa pusat
dan raja-raja Tudor di England.
- Jepun telah disatukan dan keamanan diwujudkan tetapi tidak ada raja melainkan jeneral
tentera yang menjadi perancang kesatuan.
- Konsep undang-undang Rom menekankan hak, undang-undang dan kewajipan iaitu
hubungan antara mereka yang lahir peribadi zaman feudal digunakan di Eropah. Zaman
feudal Jepun dibayangi oleh penekanan etika China yang melebihi undang-undang dan
lebihkan menekankan aspek moral berbanding undang-undang. Ini bermakna kekuasaan dan
kesetiaan menjadi sesuatu yang mutlak.
- Perbezaan ketara ialah dalam pemilikan tanah. Knight di eropah mendapat tanah sebagai
bayaran memberi perkhidmatan ketenteraan. Knight juga mengawal golongan petani yang
bekerja di tanah-tanah mereka.
- Samurai tidak mempunyai tanah kerana daimyo mengenakan cukai ke atas petani untuk
membayar gaji samurai dalam bentuk beras.
Penutup
Terdapat persamaan dan perbezaan dalam pengamalan sistem feudal di eropah dan di Jepun.
Bincangkan sistem feudal yang diamalkan di Jepun pada abad ke-16 hingga ke-17
Pengenalan
- Sistem beraja dibantu oleh pembesar dalam menjalankan urusan pemerintahan dan
pentadbiran . masyarakat feudal di jepun terbahagi kepada dua lapisan masyarakat.
- Masyarakat pemerintah dan masyarakat diperintah. Golongan pemerintah terdiri daripada
maharaja, pembesar, daimyo. Golongan diperintah pula ialah semurai, petani, tukang mahir
dan saudagar.
Sistem feudal di Jepun
- Sistem pemerintahan diketuai oleh maharaja . Secara teorinya maharaja dianggap sebagai
pemerintah keduniaan dan kerohanian.
- Maharaja di Jepun dikaitkan dengan unsur ketuhanan yang bertujuan untuk meningkatkan
dan menguatkan kedudukan maharaja serta menanamkan kesetiaan rakyat kepada
maharaja.
- Maharaja berperanan sebagai ketua agama dan ketua negara. Tetapi maharaja tiada
kuasa pemerintahan kerana pemerintahan di bawah Shogun Tokugawa. Maharaja tinggal
terpencil dan terpisah Kyoto dengan dikelilingi oleh pegawai istana. Ini bermakna sistem
ekonomi juga dipegang oleh Shogun Tokugawa dan para pembesar yang akan mengutip
cukai.
- Daimyo terbahagi kepada tiga kumpulan, iaitu Daimyo Fudai, Daimyo Shimpan dan
Daimyo Tozama. Daimyo Fudai merupakan ahli keluarga Tokugawa dan sekutunya. Mereka
membantu Tokugawa menguasai pemerintahan dan dikurniakan tanah dibahagian tengah
dan Utara Honshu. Daimyo Shimpan dikenali sebagai rumah bersaudara yang terdiri
daripada saudara-mara keluarga Tokugawa. Keluarga Tokgawa yang utama dikenali sebagai
Go-sankemilik anak leyasu yang terletak didaerah Owari, Kii dan Mito. Daimyo Tuzama pula
dikenali sebagai damyo luar dimana mereka merupakan musuh Shogun Tokugawa yang
terdiri daripada suku-suku Barat seperti Kato, Ikeda, Asano dan Shimasu. Tindak tanduk
mereka sentiasa diawasi oleh Shogun. Selain itu, mereka juga dilarang mengumpul kekayaan
demi menggelakkan mereka menjadi terlalu kuat dan mengancam kedudukan Shogun.
- Petanai atau nomin mendapat kedudukan istimewa diantara kalangan rakyat biasa.
Amalan tutup pintu yang diamalkan oleh Jepun menyebabkan mereka tiada hubungan
dengan dunia luar. Oleh itu petani mengeluarkan beras untuk rakyat Jepun dan membayar
sebahagian besar cukai. Mereka hanya diberi secukup makan sebagai balasan kerana hasil
yang dikeluarkan hanya untuk negara.
- Artisan terdiri daripada tukang yang mahir adalah dibawah petani, dimana merekan
membuat pedang serta peralatan lain yang berguna. Mereka diberi penghormatan atas
sumbangan terhadap masyarakat dan diberi gaji serta rumah yang baik. Tukang kayu turut
diberi layanan yang sama dan diberikan gaji senayak 500 koku serta dibenarkan memakai
sebilah pedang.
- Pedagang (cochin) berada di bawah tukang mahir, mengikut tradisi Jepun golong
pedagang dipandang rendah oleh masyarakat feudal kerana dianggap pekerjaan hina dan
tidak menguntungkan. Namun keadaan yang aman menjadikan ekonomi semakin
berkembang dan para pedagang berjaya mengumpulkan wang dan harta yang banyak.
Mereka berjaya membaiki status kehidupan dengan mengikat bangsawan melalui hutang.
Mereka telah memperkenalkan cara pengurusan baru yang akhirnya diwarisi syarikat moden
Jepun. Antara keluarga saudagar terkenal ialah Mitsui dan Naraya Mozaemon.
Penutup
- Masyarakat feudal Jepun lebih ketat kerana pembahagian masyarakatnya dibuat
berdasarkan pekerjaan yang diwarisi.
- Kedudukan maharaja Jepun diperkukuhkan semasa pemerintahan Meiji dan dianggap
sebagai raja berpelembagaan. Maharaja dihormati dan sistem ini kekal sehingga hari ini.
Huraikan masyarakat agraria di China pada abad ke-16 hingga ke-17
Pendahuluan
- Masyarakat agraria adalah masyarakat yang berasaskan pertanian, penternakan, dan
pemungutan hasil hutan dan sungai.
- Kebiasaanya penempatan terbentuk di sekitar kawasan persekitaran yang subur, misalnya
dilembah sungai, kawasan berbukit, serta kawasan yang yang bersaliran baik.
Masyarakat agraria di China
- Masyarakat agraria di China hampir 85% dan tinggal didesa.
- Tumpuan masyarakat agraria antara kawasan timur laut China dengan Mongolia iaitu
didataran Loes yang subur yang dilalui oleh Sungai kuning. Di sebelah selatan Sungai Kuning
terletak kawasan tengah yang luas dan terdapat sungai Yangtze iaitu sungai yang terbesar di
China.
- Mengamalkan pemilikan tanah yang diterajui oleh golongan pembesar atau dimiliki oleh tuan
tanah. Tanah menjadi lambang sosial dan merupakan aset berharga kepada masyarakat China.
- Penambahan dalam pengluaran pertanian di tanah-tanah yang diusahakan akan menambahkan
lagi pendapatan golongan pembesar dan tuan-tuan tanah dan meningkatkan lagi pendapatan
cukai maharaja China.
- Masyarakat petani menjalankan kegiatan pertanian secara bersama dan tidak melakukan
secara individu. Tanah pertanian ini diusahakan dari satu generasi ke satu generasi.
- Aktiviti penanaman menggunakan peralatan lama, namun boleh menghasilkan hasil yang
banyak.
- Masyarakat agraria di China sudah biasa menghadapi kebuluran dan penderitaan . mereka
akan meneruskan kehidupan dengan melakukan pekerjaan mencari hasil hutan atau menjual
anak perempuan untuk dijadikan hamba.
- Rumah petani berdidndingkan tanah liat, berbumbungkan rumput di dalamnya tiada tempat
berdiang ( alat pemanas) , pakaian diperbuat daripada kain benang kapas dan makanan hanya
secukup hidup sahaja.
- Masa lapang dipenuhi dengan mengadakan jamuan dan berjudi.
- Tanaman utama adalah padi sawah yang ditanam di lembah sungai Yangtze dan sungai
Kuning. Tanaman lain ialah kapas,tebu, teh, gandum, barli, sekoi dan lain-lain bijirin.
- Dinasti Ming memperkenalkan pelbagai pembaharuan untuk meningkatkan hasil pertanian,
antaranya meningkatkan penggunaan sistem pengairan, pertanian selingan antara musim-
musim tanaman dan penggunaan peralatan pertanian yang moden.
- Kapas di tanam di utara dan selatan China menjadi bahan utama membuat pakaian. Selain itu
mereka melakukan aktiviti penternakan seperti ayam, itik dan lembu.
- Masyarakat China yang tinggal dikawasan yang tinggi sperti di utara China menanam padi
huma, sekoi dan kekacang. Gandum ditanam di Manchurian dan menjadi tanam utama di utara
china.
- Kerajaan China mendapat sumber pendapatan utama daripada cukai tanah, perdagangan
garam, dan bahan galian. Perdagangan garam dimonopoli oleh kerabat diraja China.
- China juga kaya dengan arang batu, besi, tembaga, bijih timah, bijih hitam, antinomi dan
perak.
- Pusat bandar yang besar seperti Nanjing menyumbangkan pertumbuhan industri swasta.
Khususnya industri berskala kecil seperti pengeluaran barang-barang kertas, sutera, kapas, dan
porselin.
- Pentadbiran kerajaan memainkan peranan utama dengan dibantu oleh golongan bangsawan
sebagai penguasa kawasan luar bandar dan para petani.
- Pengkhususan dalam pengeluaran barangan mengikut daerah atau kawasan. Misalnya
pengeluaran tebu ( Kwangtung, Fukien dan Szechwan) teh dan daun mulberi ( Chekiang dan
selatan Kiangsu), kapas (Kiangsu), perlombongan (di Yunan) dan hasil hutan ( di Manchuria).
- Aktiviti perusahaan pertukangan dijalankan secara perkongsian antara dua orang atau lebih
dan kebanyakan antara mereka tidak mengetahui perkongsian modal bersama atau joint stock.
- Pengangkutan utama ialah jalan air dan kurang jalan raya.
- Mereka menjalankan aktiviti perdagangan dengan negara luar seperti Portugal, Sepanyol,
Belanda dan British.
Penutup
Masyaraat agraria China masih tertakluk kepada pemerintah yang mengamalkan sistem feudal.
Pengamalan sistem feudal telah menyebabkan perlaksanaan ekonomi yang tertutup dan menyukarkan
perdagangan bebas dijalankan dengan kuasa Barat.
Pendahuluan
- Revolusi ini diertikan sebagai perubahan pesat dalam kaedah pengeluaran barangan
selain pertanian. Perubahan ini melibatkan penghasilan barangan daripada penggunaan
tangan kepada menggunakan mesin dan proses kimia.
- Negara England mengalami revolusi perindustrian yang memperlihatkan ciri-ciri
masyarakat industri seperti penggunaan sains, pengkhususan dalam bidang ekonomi,
perpindahan penduduk dari pendalaman ke bandar, penggunaan sumber-sumber modal
secara pesat dan kemunculan kelas sosial baru.
Masyarakat industri di England
- Pada zaman perindustrian masyarakat petani di england telah memulakan sistem tanah
berpagar untuk menggantikan tanah lapang.
- Parlimen England telah mengeluarkan akta berhubung dengan proses pembahagian
tanah awam kepada pemilikan secara perseorangan.
- Melalui akta ini, tanah awam yang hendak dijadikan hak persendirian perlu mendapatkan
kelulusan parlimen. Buktinya antara tahun 1761-1792, hampir 5 000 000 ekar tanah dipagar.
- Meninggalkan kesan terhadap petani uang memiliki tanah yang kecil.
- Sistem tanaman bergilir Norfolk dan tanaman baru telah diperkenalkan. Kesannya,
mengekalkan kesuburan tanah serta meningkatkan produktiviti ladang.
- Bagi menyuburkan tanah, kemajuan sains berjaya memperkenalkan baja tiruan kepada
masyarakat petani.
- Cara menebus guna tanah, menggunakan sistem guna tanah secara heavy manuring,
iaitu menjadikan kawasan tanah berpasir sebagai tempat penanaman gandung yang subur.
Masyarakat perindustrian
- Perindustrian tekstil dan besi berkembang pesat.
- Penggunaan kuasa wap dalam industri untuk mengendalikan jentera.
- Beberapa kaedah baru ditemui seperti menghasilkan keluli yang murah dan cepat
daripada besi belum tempa .
Kemajuan sistem pengangkutan
- Kemajuan dalambidang perkapalan, jalanraya, kereta api dan terusan.
- Terusan worsley yang pertama dibina pada tahun 1761 digunakan untuk membawa arang
batu.
- Penciptaan lokomotif atau jentera wap untuk menarik gerabak.
- Landasan kereta api moden pertama dibina di England pada 1825 yang menghubungkan
lombong arang batu Durham di Stockton dengan Darlingston. Pada tahun 1806-1859,
London- Bristol-South Wales dan 1875 London dengan Birmingham.
-
Penghijrahan penduduk dan pertambahan penduduk
- Menyumbangkan kepada pertambahan penduduk yang meningkat dua kali ganda di
England tahun 1800 dan 1850. Pada tahun 1850 lebih separuh populasi England tinggal di
pekan dan di bandar.
- Pada tahun 1851, penduduk dari Ireland telah berhijrah beramai-ramai ke England.
- Kawasan yang mengalami penduduk ialah Lancashire, West Riding di Yorkshire,
Warwickshire, Nottinghamshire dan Staffordshire.
- Penghijrahan ini telah membawa kepada penyertaan Ireland-England dan penduduk
tertumpu kepada pekerjaan dalam industri tekstil.
- Menggalakkan masyarakat England pada usia muda dan peroleh ramai anak.
- Kelahiran yang tinggi menyebabkan England menyumbangkan kepada penggunaan
tenaga buruh kanak-kanak dalam perlombongan arang batu.
- Pada abad ke-19 sahaja, kanak-kanak yang berusia 15 tahun adalah seramai 40%
daripada keseluruhan penduduk England.
Perluasan perdagangan antarabangsa
- Kilang-kilang kapas Manchester dan Leeds mengeluarkan pasaran melebihi permintaan
dalam pasaran tempatan dan membawa kepada pengeksportan kain kapas dari England dan
berlaku peningkatan pada kadar 10% setiap tahun antara tahun 1783 hingga 1792 dan
melebihi 17% antara 1792 hingga 1802
- Masyarakat industri juga menerima permintaan yang tinggi terhadap kapas mentah.
- England telah memansuhkan takrif import bahan mentah bagi membolehkan negara luar
membeli barangan siapnya.
- England menjalankan dasar perdagangan yang lebih liberal.
Kerajaan dan perdagangan bebas
- Parlimen England telah meluluskan beberapa akta yang menghapuskan dasar ekonomi
yang boleh menyekat kebebasan .
- Antaranya ialah pemansuhan ekonomi perdagangan Syarikat Hindia Timur Inggeris
dengan China pada 1883. Seterusnya mengurangkan senarai barangan yang dikenakan duti
import dan eksport serta meminda akta perkapalan pada 1825. Undang-undang jagung (corn
law) pada 1822 dilonggarkan.
Perubahan gaya hidup
- Kehidupan bebas dibandar membawa kepada masalah sosial yang kritikal iaitu pelacuran
dan jenayah semakin meningkat.
Masalah pencemaran dan kesihatan
- Masalah pencemaran dan kesihatan dengan penggunaan bahan bakar arang batu telah
mencemar udara dan pekerja kilang.
- Pei penyakit dan pencemaran air membawa kepada merebaknya pelbagai penyakit dan
bilangan kematian di bandar.
- Akta kesihatan awam 1875 telah diluluskan bagi memperbaiki keadaan kesihatan
masyarakat bandar.
Terangkan ciri-ciri masyarakat industri di Jerman pada abad ke-18 hingga ke-19
Pendahuluan
- Revolusi ini diertikan sebagai perubahan pesat dalam kaedah pengeluaran barangan
selain pertanian. Perubahan ini melibatkan penghasilan barangan daripada penggunaan
tangan kepada penggunaan mesin dan proses kimia.
- Revolusi perindustrian di Jerman berlaku pada tahap kedua di eropah iaitu selepas
revolusi perindustrian di England. Revolusi di Jerman bermula pada tahun 1860 hingga 1914.
- Antara ciri-ciri masyarakat industri di Jerman ialah masyarakat pertanian, masyarakat
industri, kemajuan sistem pengangkutan, perluasan perdagangan antarabangsa dan
kemajuan sistem kewangan.
MASYARAKAT AGRARIA
Bincangkan tanaman utama yang diusahakan oleh orang Belanda pada abad ke 16
Pengenalan
Sektor pertanian mengalami perkembangan pesat di belanda pada abad ke-16 dan 17.
Perkembangan dalam bidang pertanian berlaku di kawasan luar bandar. Masyarakat Belanda
mengusahakan pelbagai jenis tanaman untuk kegunaan dalam negara dan dieksport ke negara
Eropah yang lain.
a) Sayur-sayuran
- Masyarakat belanda mengusahakan pelbagai jenis sayur untuk pasaran tempatan
- Antaranya ialah bawang, bijirin, kol, ketumbar, lobak dan teasel
b) Barli
- Merupakan tanaman penting pada peringkat awal
- Pengeluarannya merosot menjelang abad ke-16 dan 17
c) Gandum
- Merupakan tanaman penting pada abad ke-17
- Tanaman ini diusahakan secara intensif oleh petani
- Hasil gandum yang berlebihan dieksport ke luar
- Pada akhir abad ke-16 jumlah gandum yang dihasilkan antara 1150 kg – 1900 kg
d) Semanggi
- Tanaman ini ditanam meluas di wilayah Wales tahun 1644
- Digunakan sebagai makanan untuk binatang terutamanya lembu
e) Kekacang
- Tanaman kekacang seperti beans dan kacang peas merupakan tanaman penting
f) Biji cole
- Diusahakan oleh petani di bahagian utara belanda pada abad ke-16
- Ianya diproses untuk hasilkan minyak dan hampasnya digunakan sebagai makanan
ternakan
- Ia ditanam di wilayah Friesland, Artois, Rhineland, schleswing dan Holstein
g) Berikan contoh tanaman lain lagi.
Penutup
Masyarakat Belanda menghasilkan pelbagai jenis tanaman pada abad ke-16 dan ke-17.
Kegiatan pertanian dijalankan oleh penduduk luar bandar. Kajian menunjukkan negara belanda
mengeksport tanaman berlebihannya ke negara Eropah yang lain.
Huraikan kemajuan yang dicapai oleh Belanda dalam teknologi pertanian pada abad ke-
16 dan ke-17.
Pengenalan
Menjelang abad ke-16 dan ke-17 berlaku kemajuan pesat dalam teknologi pertanian.
Masyarakat Belanda memperkenalkan kaedah baru dalam bidang pertanian.
a) Kajian mengenai sistem pertanian
- Kajian tentang teknik dan kaedah pertanian masyarakat belanda dilakukan olah
sarjana dari england
- Antara tokoh terkenal ialah sir richard Weston, Lord Townshend, sir John sinclair dan
Thomas Radcliff
b) Sistem penggiliran tanaman
- Petani belanda perkenalkan sistem giliran
- Dalam sistem ini tanah rang di dimansuhkan
- Sistem ini diamalkan meluas di wilayah wales tahun 1644
c) Penanaman rumput tempatan
- Petani Belanda memperkenalkan sistem penanaman tanaman rumput ternakan
- Tanaman rumput seperti turnip ditanam dikawasan tanah rang selepas jagung dituai
d) Sistem batas
- Petani di belanda memperkenalkan sistem penanaman dengan membuat batas
- Sistem ini menyebabkan wujud saliran yang baik dan tanaman tumbuh dengan subur
e) Sistem penanaman deretan
- Penanaman dalam deretan diamalkan bagi tanaman seperti jagung, mader, hop, biji
kol dan tembakau
- Diamalkan pada akhir abad ke-16
f) Teknik memelihara kesuburan tanah
- Petani Belanda mempunyai pengetahuan memelihara kesuburan tanah
- Mereka melakukan pemugaran tanah dan menggunakan baja asli untuk memelihara
kesuburan tanah
- Mereka juga mendapatkan baja daripada kawasan ternakan
g) Penciptaan peralatan pertanian
- Petani belanda juga mencipta pelbagai jeis peralatan pertanian
- Anataranya ialah tenggala, dan alat membanting bijirin.
Penutup
Masyarakat Belanda telah mencapai kemajuan pesat dalam teknologi pertanian. Teknologi
pertanian yang dihasilkan oleh orang belanda tersebar ke kawasan lain di benua Eropah.
Huraikan faktor2 yangg menyebabkan berlakunya kemajuan yang pesat dalam sektor
pertanian di China pada abad ke-16 dan ke-17
Pengenalan
Menjelang abad ke-16 dan ke-17, berlaku kemajuan yang pesat dalam bidang pertanian di
negara China. Kemajuan yang pesat ini adalah disebabkan beberapa faktor.
a) Sistem pentadbiran tanah pertanian
- Kemajuan dalam bidang pertanian disebabkan oleh sistem pentadbiran yang cekap
- Tanah pertanian ditadbir oleh jabatan Hal Ehwal Kerabat Diraja.
b) Sistem percukaian
- Terdapat sistem percukaian yang sistematik dan teratu di negara China
- Petani yang tidak memilih tanah dikehendaki menyewa tanah daripada tuan tanah
- Petani dikehendaki membayar sejumlah wang sebagai sewa tanah kepada tuan
tanah
c) Sistem pengairan
- Kemajuan dalam pertanian disebabkan oleh perkembangan teknologi pertanian
- Petani mempunyai kemahiran membina teres di lereng bukit untuk tanaman padi
- Petani mempunyai kemahiran membina terusan dan mengawal aliran sungai
d) Kemajuan dalam teknologi pertanian
- Kemajuan dalam teknologi pertanian menyebabkan peralatan baru dicipta
- Tenggala penabur benih diperkenalkan untuk membina alur, parit atau lekuk
memanjang dipermukaan tanah
- Selain tenggala, peralatan lain seperti penyisir tanah, penggiling dan kolar kuda
dicipta
e) Pengenalan kaedah baru pertanian
- Menyebabkan peningkatan pengeluaran pertanian
- Sistem penanaman bergilir diamalkan sejak zaman Han
- Sistem penanaman pusingan dan pengkhususan pengeluaran diamalkan
Penutup
Menjelang abad ke 16 dan ke-17
Pertanian merupakan sumber ekonomi masyarakat china. Kemajian dalam teknologi pertanian
dan pengenalan kaedah baru menyebabkan berlaku peningkatan pengeluaran
Masyarakat maritim
Pengenalan
Masyarakat maritim merujuk kepada masyarakat yang bergantung kepada aktiviti berasaskan
laut. Masyarakat ini terlibat dalam aktiviti seperti perdagangan, perikanan dan pengumpulan
hasil laut.
a) Kegiatan ekonomi
- Kegiatan ekonomi mereka ialah perdagangan
- Mereka juga terlibat dalam aktiviti menangkap ikan dan mengumpul hasil laut
b) Petempatan
- Masy maritim lazimnya tinggal berhampiran pesisiran pantai, lembah sungai dan
kepulauan
- Dari segi geografi petempatan masyarakat maritim terletak berhampiran laut
c) Kemahiran membina kapal
- Mereka berkemahiran membina kapal
- Kapal yang dibina berkemampuan untuk berlayar di lautan luas
- Umpamanya orang portugis mempunyai kemahiran kapal jenis Caraval seberat 2000
tan
d) Teknologi pelayaran
- masyarakat maritim juga mempunyai kemahiran yang tinggi dalam pelayaran
- Mereka mempunyai kemahiran menentukan arah pelayaran dengan menggunakan
kompas magnetik dan astrolab
e) Kegiatan penjelajahan dan penerokaan
- Masyarakat maritim juga merupakan masyarakat yang terdedah kepada aktiviti
penerokaan dan penjelajahan
- Mereka mempunyai kemahiran merancang dan melancarkan ekspedisi penerokaan
dan penjelajahan
f) Sifat ingin tahu
- Semangat ingin tahu merupakan ciri2 masyarakat maritim
- Semangat ini mendorong masyarakat maritim melakukan penerokaan dan
penjelajahan
- Mereka juga mempunyai keinginan mengetahui adat resam, budaya dan sejarah
masyarakat sesuatu tempat
g) Semangat keterbukaan
- Masyarakat maritim juga merupakan masyarakat yang mempunyai sifat keterbukaan
- Semangat ini jelas ketara apabila mereka sanggup mengharungi lautan luas dan
belayar ke negara lain
h) Memiliki sifat berani
- Masyarakat maritim memiliki sifat berani menghadapi cabaran
- Mereka mempunyai keberanian untuk menghadapi pelbagai cabaran semasa belayar
di lautan luas
Penutup
Masyarakat maritim memberi sumbangan kepada kemajuan dalam bidang perdagangan,
penerokaan dan penjelajahan.
Huraikan faktor-faktor yang menyebabkan kemunculan masyarakat maritim di Portugal
Pengenalan
Kemunculan masyarakat maritim di portugal dapat dikesan sejak abad ke-15 dan ke- 16 .
Terdapat pelbagai faktor yang mendorong kemunculan masyarakat maritim di Portugal.
a) Perkembangan kapitalisme dan merkantilisme
- Perkembangan ekonomi kapitalisme dan merkantilisme merupakan faktor utama
mendorong kemunculan masyarakat maritim
- Sistem ekonomi ini menggalakkan kegiatan pengumpulan modal, hak milik
persendirian dan persaingan dalam perniagaan
- Perkembangan ini menggalakkan raja-raja negara bangsa menaja pelayaran ke
seberang laut untuk tujuan tersebut
- Ini menyebabkan muncul masyarakat maritim yang terlibat dalam aktiviti penerokaan
dan penjelajahan
b) Perkembangan perdagangan
- Faktor seterusnya yang mendorong kemunculan masyarakat maritim ialah aktiviti
perdagangan
- Pedagang Portugis belayar ke Timur untuk menguasai perdagangan rempah
daripada orang Islam
c) Pengaruh Renaisans
- Zaman ini menyemai ciri2 seperti humanisme, individualisme, sekularisme, sifat
kritikal dan rasionalisme
- Perkembangan ini melahirkan masyarakat yang menekankan kepentingan sains dan
teknologi
- Ini melahirkan semangat ingin tahu dalam kalangan masyarakat eropah untuk
meneroka kawasan baru
d) Teknologi pelayaran
- Pengetahuan dalam bidang geografi dan pelayaran menggalakkan penerokaan dan
pelayaran
- Penciptaan alat seperti kompas magnetik dan astrolab memudahkan pelayaran
- Masyarakat Portugal juga mampu membina kapal besar yang mampu belayar
dilautan luas
- Perkembangan ini turut mendorong kemunculan masyarakat maritim di Portugal
e) Pengetahuan tentang dunia luar
- Pengetahuan ini mendorong kelahiran masyarakat maritim Portugal
- Pengetahuan tentang dunia luar diperolehi daripada orang islam pada zaman
pertengahan awal
- catatan Marco Polo yang mengembara negeri China mendorong orang portugis
melibatkan diri dalam kegiatan meritim
- perkembangan ini mendorong kemunculan masyarakat maritim di Portugal
Penutup
Masyarakat maritim memberikan sumbangan dalam bidang politik, ekonomi, dan sosial. Mereka
memainkan peranan penting dalam menjadikan Portugal sebuag kuasa maritim yang unggul di
Eropah.
Huraikan kesan kemunculan Jepun sebagai kuasa maritim dalam bidang ekonomi dan sosial
Pendahuluan
Menjelang abad ke-15 jepun muncul sebagai sebuah kuasa maritim . Kemunculan jepun
sebagai kuasa meritim dapat dilihat daripada segi ekonomi dan sosial.
a) Kesan ekonomi
Perkembangan perdagangan asing
- Golongan bangsawan terlibat dalam perdagangan asing
- Mereka menggalakkan kehadiran pedagang2 asing ke Jepun
- Mereka menggalakkan kehadiran pedagang2 Portugal di pelabuhan Kyushu
Kemunculan ekonomi wang
- Kemajuan pesat dalam perdagangan menyebabkan berlaku pertumbuhan ekonomi
wang.
- Perkembangan ini menyebabkan mata wang syiling yang diperbuat daripada
tembaga digunakan
- Ekonomi wang meransang pertumbuhan pasar dan kemunculan bandar baru
Kemunculan kelas perdagang
- Pertumbuhan ekonomi wang menyebabkan muncul kelas mayarakat seperti perwira,
petani dan tukang mahir
- Menjelang zaman kamakura muncul kelas perdagang
- Golongan pedagang terdiri daripada penjual berak, arak dan lain2.
Persatuan pedagang
- Pedagang2 telah menubuhkan persatuan (guild) di pekan dan bandar besar
- Persatuan pedagang memainkan peranan menjaga hak golongan peniaga dan
mempertahankan kepentingan mereka
Industri perlombongan
- Dalam bidang ekonomi menyaksikan pertumbuhan industri perlombongan
- Perkembangan ini menyebabkan berlaku peningkatan dalam pengeluaran emas,
perak dan tembaga
b) Kesan sosial
Penyebaran agama kristian
- Kehadiran bangsa asing membawa kepada penyebaran kristian
- Paderi kristian daripada pelbagai mazahab seperti Jesuit, Franciscan, dandominician
menyebarkan agama kristian di Jepun
- Penganut kristian dalam kalangan orang Jepun terdiri daripada petani dan golongan
bangsawan
Penerimaan perkataan asing
- Perkataan asing mula digunakan secara meluas dalam perbendaharaan kata Jepun
- Contohnya seperti pao (roti), bosan(butang) dan lain-lain meresap dalam bahasa
Jepun
Barangan luar digunakan secara meluas
- Barangan luar seperti tembakau, jam, cermin mata, topi, seluar panjang dan roti
digunakan secara meluas oleh penduduk Jepun.
Penutup
Kemunculan Jepun Jepun sebagai kuasa maritim meninggalkan kesan dalam aspek ekonomi
dan sosial.
Masyarakat Maritim Di Portugal
Pengenalan :
Semasa pemerintahan Putera Henry (Henry The Navigator), kerajaan Portugal telah menjadi
kuasa maritim yang terunggul di Eropah pada abad ke-15. Putera Henry bersungguh-sungguh
mempromosi kegiatan penjelajahan melalui penubuhan Akademi Laut di Sagres. Melalui
akademi ini beliau telah mengundang ahli pelayaran, pakar matematik, kartografi dan astronomi
dari luar negara untuk memberi tunjuk ajar kepada pelaut Portugal. Usaha Putera Henry ini
telah memunculkan ramai kelasi atau pelayar Portugal telah menjelajah ke selatan sehingga ke
Cape Verde di sebelah pantai barat benua Afrika.
Kesimpulan :
Masyarakat Portugal berjaya membina sebuah empayar perdagangan serta menguasai jalan
perdagangan di Lautan Hindi selama lebih daripada satu kurun. Masyarakat Portugal berjaya menjadi
perintis dan meluaskan kekuasaan kerana tidak perlu bersaing dengan pihak lain di Eropah pada masa
tersebut. Pusat perdagangan hanya didirikan di kawasan pantai sahaja bukannya kawasan pedalaman
Huraikan ciri-ciri masyarakat maritim di Portugal pada abad ke-16 hingga ke-17
Pendahuluan
- Penjelajahan dan penerokaan adalah satu unsur yang penting dalam kehidupan
manusia yang bertamadun. Penjelajahan dan penerokaan orang eropah ke dunia luar
bermula sejak abad ke-15 dan awal abad ke-16.
- Sasaran pelayaran mereka adalah ke benua Afrika, Asia, dan Amerika .Negara
Eropah yang mula-mula belayar ialah Portugal dan diikuti Sepanyol,Perancis dan
britain.
- Antara faktor yang mendorong Portugal muncul sebagai kuasa Eropah yang
mempelopori kegiatan penjelajahan dan penerokaan pada abad ke-15 ialah
kedudukan geografi, peranan Putera Henry, kemajuan dan penemuan baru dan
sebagainya.
- Masyarakat maritim Portugal membawa kekayaan kepada raja, kemasyuran raja dan
negara, serta penyebaran agama kristian.
Ciri-ciri masyarakat maritaim Portugal
1. Peranan pemerintah
- Putera Henry mendirikan sebuah sekolah bagi ahli pelayaran yang dinamakan
Akademi Laut di Sagres.
- Beliau berjaya menarik minat kelasi Itali yang mahir dan ahli ilmu alam yang bijak ke
sekolah tersebut. Putera Henry memberi hadiah dan gelaran sebagai insentif kepada
para peneroka.
- Raja-raja Portugal keturunan Avis merupakan pemimpin yang berkelibar. Mereka
amat menggalakkan aktiviti perdagangan dan perkapalan. Contohnya Raja Manuel
menyokong aktiviti pelayaran melalui bantuan kewangan atau modal. Keadaan politik
Portugal juga agak stabil berbanding negara Eropah yang lain.
2. Kedudukan geografi yang stratejik
- Portugal terletakn di sebuah tanjung yang menghadap dua laut utama dunia iaitu
Laut Meditettanean dan Lautan Pasirik. Keadaan ini melahirkan rakyat Portugal yang
biasa dan mahir dengan ilmu kelautan,
- Mereka lahir sebagai perenang yang handal, tukang kapal yang mahir, bijak
menentukan pasang surut laut dan sebagainya.
- Laut Portugal dalam, terlindung dan sesuai untuk kapal-kapal berlabuh. Dermaga
yang hebat dan akademi perkapalan turut dibina.
3. Kemajuan dan penemuan baru
- Portugal muncul sebagai kuasa pelayar yang unggul kerana terdapat kemajuan dan
penemuan baru dalam bidang perkapalan, kelautan dan pelayaran.
- Alatan seperti peta yang baik, teknik kartografi yang moden, reka cipta kompas yang
lebih yang tepat, kompas magnetik, kaedah astrolab, dan kapal Caravel yang boleh
memuatkan seberat 2000 tan barangan pada satu-satu masa.
4. Semangat inkuiri
- Pelayar Portugal banyak mendapat maklumat atau cerita tentang dunia luar daripada
pelayar seperti Marco Polo. Sumber maklumat juga didapati daripada orang Islam
dan Arab pada Zaman Pertengahan Awal. Banyak pengalaman pelayar-pelayar telah
dibukukan.
5. Perkembangan kapitalisme dan institusi kewangan
- Perkembangan ekonomi kapitalis menggalakkan pengumpulan modal, kebebasan
ekonomi, hak milik persendirian, kebebasan pasaran dan perniagaan untuk
keuntungan . Institusi bank turut berubah.
- Pengusaha bank di Portugal mengeluarkan pinjaman bagi menggalakan pelayaran
ke seberang laut mengumpul kekayaan dan menjamin kuasa politik.
- Tambahanpula kejatuhan kerajaan Mongol dan kemunculan kerajaan Turki
Othmaniyah menyebabkan bandar-bandar di Itali merosot dan pedagang-pedagang
Eropah sukar mendapatkan barangan dari Timur.
- Oleh sebab perkembangan perbankan dan kapitalisme di Portugal menyebabkan
keperluan untuk pasaran dan bekalan bahan mentah kepada kuasa Eropah lain dari
Timur amat diperlukan.
6. Mencari kekayaan
- Motif penguasaan rempah menyebabkan Portugal sampai ke Melaka pada 1509.
Akhir berjaya menguasai Melaka pada 1511.Kejayaan ini membolehkan Portugal
menguasai jalan perdagangan di Lautan Hindi.
- Seterusnya, pedagang portugal telah mendirikan pangkalan di Cyclon, Maluku,
Sumatera, Jawa atau di kenali sebagai kepulauan rempah.
- Di Brazil Portugal dapat membawa hasil hutan seperti kayu-kayan dan bahan
pencelup. Selain itu Portugal membuka ladang tebu, menjalankan penanaman
tembakau serta menternak lembu dan kuda.
- Mereka juga ke Timur jauh melaluinTanjung Pengharapan .Kapal-kapal Portugal ini
membawa pulang rempah ratus, lada, sutera dan batu permata.
7. Pelabuhan
- Antwerp menjadi pusat pengekspotan barangan Portugal . dalam masa 30 tahun
Portugal berjaya menembusi pasaran rempah yang dikuasai oleh pedagang Venice,
Itali.
- Portugal juga berjaya memasuki Jepun, pada tahun 1543 mereka berjaya memasuki
pelabuhan Kyushu. Pada 1517 pedagang Portugal telah membuat perjanjian dengan
Shogun Ashikaga yang membenarka Potugal berdagang di pelabuhan Nagasaki.
- Tahun 1517pedagang Portugal sampai ke Canton, sterusnya ke Macau dan menjadi
orang tengah dalam urusan perdagangan antara China , jepun dan EropahPortugal
juga mendirikan pengkalan perdagangan di pantai Afrika terutamanya di Mozambique
pada 1520, ianya dijadikan tempat perhentian untuk mengisi muatan dalam
pelayaran mereka antara Eropah dan Asia serta menjalankan perdagangan emas,
gading dan perhambaan.
Penutup
Dapat dirumuskan bahawa Portugal sebagaikuasa kelautan eropah yang pertama mempelopori
kegiatan penjelajahan penerokaan pada abad ke-15. Hal ini membawa kepada perkembangan
masyarakat maritim di portugal. Perkembangan ini membawa kekayaan kepada masyarakat
dan pemerintah Portugal.
MASYARAKAT INDUSTRI
Terangkan maksud masyarakat industri dan ciri-ciri masyarakat industri
Pendahuluan
Masyarakat industri bermula selepas tercetus revolusi perindustrian di England pada abad ke-
18. Masyarakat industri menggantikan masyarakat agraria yang muncul pada zaman pra-
industri.
a) Pengertian masyarakat industri
- Merujuk kepada masyarakat yang bergantung kepada sektor perindustrian
- Masyarakat industri terlibat dalam pengeluaran barang dan perkhidmatan dengan
menggunakan mesin
- Masyarakat industri dicirikan menerusi pembahagian kerja dan bergantung kepada
pengeluaran secara besar-besaran.
b) Ciri-ciri masyarakat industri
Kegiatan ekonomi
- Masyarakat industri tertumpu kepada pengeluaran barangan secara besaran
- Mereka bergantung kepada sektor perindustrian sebagai sumber pekerjaan dan
punca pendapatan bagi menyara hidup
Pengkususan kerja
- Penggunaan mesin secara meluas menyebabkan berlaku pengkhususan kerja
- Pekerja perlu melakukan sebahagian daripada kerja bagi menghasilkan sesuatu
barangan
Mobiliti sosial
- Perkembangan dalam sektor perindustrian menyebabkan taraf hidup golongan
pekerja meningkat
- Peningkatan dalam pengeluaran menyebabkan mereka menerima pendapatan yang
tinggi
- Perkembangan ini melahirkan golongan kelas menengah dalam masyarakat
Kemunculan kelas
- Masyarakat industri tergolong kepada dua kelas iaitu kelas kapitalis dan kelas
pekerja
- Kelas kapitalis terdiri daripada pemilik kilang, tuan tanah dan pengusaha lombong
- Kelas pekerja terdiri daripada buruh dan pekerja di kilang peindustrian
Ubanisasi
- Masyarakat industri merupakan masyarakat yang tinggal di bandar perindustrian
- Mereka terlibat dalam kegiatan perindustrian sebagai buruh kilang atau pengusaha
kilang
- Kebanyakan penduduk luar bandar berhijrah ke bandar selepas tercetus Revolusi
perindustrian
- Perkembangan ini melahirkan proses perbandaran terutamanya di bandar2
perindustrian
Masyarakat listerasi
- Masyarakat industri merupakan masyarakat yang berilmu pengetahuan dan
berpendidikan
- Mereka terdedah kepada unsur2 demokrasi dalam kehidupan mereka
- Mereka mempunyai kebolehan merancang dan menjalankan aktiviti sosial dengan
sistematik
Penutup
Kemunculan masyarakat industri mempunyai pertalian rapat dengan Revolusi perindustrian di
England. Masayarakat industri mempunyai ciri2 tersendiri yang berbeza dengan masyarakat
agraria.
Bincangkan faktor2 yang mendorong kemunculan masyarakat industri di England
Pendahuluan
Revolusi perindustrian bermula di England pada abad ke-18. Kemunculan revolusi
perindustrian menyebabkan muncul masyarakat industri di England. Terdapat beberapa faktor
yang menyebabkan berlaku masyarakat industri di England.
a) Pertambahan penduduk
- Pertambahan penduduk menyebabkan bekalan tenaga buruh yang mencukupi untuk
bekerja di sektor perkilangan
- Pertambahan penduduk menyebabkan wujud pasaran bagi barangan keluaran
kilang2 perindustrian
b) Kekayan bahan mentah
- Terdapat bekalan bahan mentah yang banyak seperti arang batu dan biji besi di
England
- Penguasaan tanah jajahan turut menjamin bekalan arang batu yang mencukupi
untuk kilang di England
c) Kemajuan dalam sistem pengangkutan
- Kemajuan dalam pengangkutan membantu pengagihan barangan ke seluruh negara
- Penggunakan jentera berkuasa wap membantu perkembangan sistem pengangkutan
seperti kereta api dan kapal laut
d) Perkembangan mekantalisme
- Menjelang abad ke-16 dan ke-17 muncul kegiatan ekonomi mekantilisme di England
- Perkembangan ekonomi ini menyediakan kekayaan dan modal yang mencukupi
untuk mempelopori Revolusi perindustrian
- Penekanan diberikan kepada latihan kemahiran untuk pekerja menerusi dasar
Apprentice
e) Modal mencukupi
- Terdapat modal yang mencukupi untuk pelaburan dalam sektor perindustrian
- Kerajaan memeiliki modal yang mencukupi yang dipusatkan di bank of England
- Kemunculan Revolusi pertanian menyebabkan muncul peladang2 yang menjadi kaya
- Peladang2 ini sanggup melaburkan lebihan modal dalam sektor perindustrian
f) Iklim yang sesuai
- Keadaan iklim di England sesuai untuk perkembangan dalam bidang perindustrian
- Perkembangaan perusahaan kapas di Lancashire disebabkan oleh keadaan iklim
yang sesuai di England
- Iklim yang lembab sesuai untuk menjalankan kegiatan memintal dan menenun kain-
kain kapas
g) Kemajuan sains dan teknologi
- Kemajuan dalam sains dan teknologi menyebabkan perkembangan Revolusi
Perindustrian
- Perkembangaan pesat dalam bidang sains dan teknologi menyebabkan beberapa
rekaan dan ciptaan baru ditemui
- Penemuan ini menggalakkan perkembangan kegiatan perindustrian di England
Penutup
Terdapat beberapa faktor yang menyebabkan munculnya masyarakat industri di England.
Kemunculan masyarakat industri mempunyai kaitan dengan perkembangan Revolusi
Perindustrian di England.
Bincangkan kesan Revolusi Perindustrian yang tercetus di Jerman dalam bidang politik dan
sosial
Pengenalan
Revolusi perindustrian tahap kedua tercetus di Jerman pada akhir abad ke-19 . Revolusi ini telah
menyebabkan perkembangan pesat dalam aspek teknologi, kewangan dan kejuruteraan manusia.
Revolusi perindustrian di Jerman telah meninggalkan kean mendalam dalam aspek politik dan sosial.
Penutup
Revolusi perindustrian tahap kedua di Jerman meninggalkan kesan dalam aspek politikd dan sosial .
revolusi ini telah menyebabkan lahir parti-parti politik berasaskan aliran Karl Marx dan sosialis. Revolusi
perindustrian juga menyebabkan masalah kemelesetan dan inflasi dalam kalangan rakyat.
Tema 2
Bincangkan peranan maharaja dalam sistem pentadbiran pada zaman dinasti Ching?
Pada zaman Ching, lahir sistem pemerintahan bercorak autokrasi yang diperintah oleh raja
berkuasa mutlak. Maharaja mempunyai kuasa mutlak dalam bidang eksekutif, perundangan dan
kehakiman. Dalam menjalankan pentadbiran, maharaja dibantu oleh kakitangan awam yang
terdiri daripada golongan bangsawan.
a) Peranan dalam bidang eksekutif
- memutuskan dasar kerajaan
- melantik pegawai2 kerajaan
- melucutkan jawatan pegawai kerajaan
- meluluskan kenaikan pangkat
- mengurniakan gelaran dan darjah kebesaran kepada pembesar
- mengetuai angkatan tentera
- menandatangani perjanjian dengan kuasa asing
b) Peranan dalam bidang kehakiman
- Mengisytiharkan undang2
- Mengendalikan kes rayuan
- Memberikan pengampunan
c) Peranan dalam bidang keagamaan
- Berperanan sebagai ketua agama
- Mengetuai upacara keagamaan
d) Peranan dalam bidang intelektual
- Berperanan sebagai penaung dalam bidang pembelajaran
- Memberikan bantuan kewangan bagi menyelenggarakan dan menerbitkan kitab2
dan ensiklopedia
- Mengarahkan pengendalian peperiksaan awam diperingkat daerah dan bandar
- Terlibat dalam pengendalian peperiksaan awam di istana maharaja
- Terlibat dalam pemilihan calon terbaik dalam peperiksaan awam di peringkat
kebangsaan
- Memberi ceramah kepada penuntut kolej imperial
penutup
Menjelang zaman Ching terdapat sistem pemerintahan yang teratur dan
sistematik.Sistem ini telah melahirkan kestabilan dalam bidang politik dan
ekonomi.
Huraikan peranan enam lembaga dalam sistem pentadbiran pusat pada zaman dinasti
Ching?
Menjelang zaman Ching terdapat sistem pentadbiran pusat yang sistematik dan teratur. Salah
satu badan pentadbiran utama pada peringkat pusat ialah Enam Lembaga. Setiap lembaga
diterajui oleh dua orang presiden dan empat orang naib presiden.setiap lembaga mempunyai
biro-biro yang mempunyai peranan masing2.
a) Lembaga pentadbiran awam
- Mengurus perlantikan kakitangan awam
- Mengendalikan peperiksaan awam
- Menguruskan kenaikan pangkat
b) Lembaga hasil dalam negara
- Mengutip cukai daripada penduduk
- Mengendalikan urusan pendaftaran tanah
c) Lembaga peperangan
- Menguruskan halehwal ketenteraan
- Menetapkan polisi ketenteraan
- Menguruskan perlantikan dan pemecatan pegawai tentera
- Mengawal komunakasi antara kerajaan pusat dengan provansi
d) Lembaga upacara
- Mengendalikan upacara ritual seperti upacara diraja, korban, majlis perkahwinan dan
kematian
- Menguruskan sistem pendidikan
- Menguruskan peperiksaan awam diperingkat daerah, provinsi dan bandar raya
- Memberikan jawatan penting dalam kerajaan kepada calon2 yang lulus dalam
peperiksaan awam
e) Lembaga keadilan
- mengendalikan hal ehwal berkaitan undang2
- mempunyai kuasa dalam menjatuhkan hukuman
- mengampunkan orang yang melakukan kesalahan
- membicarakan kes2 rayuan
f) Lembaga kerja awam
- menguruskan kerja2 pembinaan bangunan awam
- membaiki bangunan awam
- membeli dan menjual harta kerajaan
- membaiki jalan dan sistem perparitan
- membaiki tambak sungai, empangan, dan pengairan
Penutup
Kewujudan enam lembaga menunjukkan terdapat sistem pentadbiran yang bercorak birokratik.
Sistem pentadbiran yang cekap mengukuhkan kedudukan raja serta melahirkan keadaan politik
yang stabil.
Jelaskan sistem pentadbiran yang diamalkan di wilayah pada zaman dinasti Ching?
Menjelang zaman Ching, wilayah dibahagikan kepada provinci, circuit, prefecture, dan daerah.
Pegawai dilantik di setiap unit dan bahagian bagi melicinkan sistem pentadbiran.
Pengenalan
Sistem pemerintahan yang diamalkan berbentuk feudal.
Raja menduduki hierarki teratas dalam sistem feudal dan berkuasa dalam pemerintahan dan
pentadbiran.
Sistem beraja dibantu oleh pembesar dalam menjalankan urusan pemerintahan dan pentadbiran.
Maharaja diberi mandat menjamin kemakmuran dan menentukan kehidupan rakyatnya berada
dalam keadaan teratur dan makmur. Ini menyebabkan maharaja mendapat penghormatan dari
rakyat. Sekiranya berlaku malapetaka, ini menjadi petunjuk bahawa maharaja gagal mendapat
mandat dari syurga.
Maharaja mengamalkan ajaran confucius, ajaran ini menekankan kesetiaan sebagai puncak
kebahagian dan menyatakan bahawa kerajaan yang baik harus memiliki ciri pemerintahan yang
baik, raja mesti taat pada tuhan dan rakyat pula harus taat dan setia pada raja.
Tugas maharaja ialah mengetuai kerajaan dan melindungi rakyat, ajaran ini menekankan konsep
taat setia kepada raja yang membawa kemakmuran.
Maharaja juga menguasai ekonomi negara, segala ekonomi negara seperti pungutan cukai ,
hasil pertanian, hasil bumi, perdagangan, penduduk, ufti barangan dagangan, kepakaran akan
dikuasai oleh maharaja. Maharaja akan melantik pembesar untuk menjalankan urusan ekonomi.
Penambahan dalam pengeluaran pertanian akan menambahkan keuntungan golongan pembesar
dan tuan tanah serta meningkatkan pendapatan cukai maharaja.
Maharaja China berperanan menjadi ketua tentera, urusan mempertahankan negara dari
serangan luar dan meluaskan empayar memperlihatkan tanggungjawab maharaja. Hal ini dapat
dilihat pada awal kemunculan dinasti Ming. Maharaja Huang-wu menjalankan usaha penyatuan
semula empayar china yang berpecah dan usahanya diteruskan oleh pengantinya. Sebahagian
besar wilayah Manchuria telah berjaya ditakluki oleh tentera Ming dan beberapa wilayah lain
seperti korea dan Ryukyu telah menjadi naugan dinasti Ming. Beberapa utusan dari luar datang
ke China seperti Siam, Burma dan Melaka yang memperkukuhkan kewibawaan pemerintahan
Ming serta mengiktiraf kekuatan ketenteraan China.
Maharaja juga memainkan peranan penting dalam urusan dasar luar negara. Dasar
pemerintahan maharaja China ini membawa perluasan perdagangan dan perkembangan ilmu
Barat di China. Ini dapat dilihat pada dasar keterbukaan maharaja china terhadap Barat pada
zaman Dinasti Ming.
Pemerintahan maharaja membawa kemakmuran kepada China sebelum pertengahan abad ke-
19. Kekalahan dalam perang Candu 1 memaksa maharaja china membuka pintu negaranya
kepada kuas-kuasa barat.
Terangkan peranan pembesar di China pada abad ke-16 hingga ke-20
Pengenalan
Pembesar merujuk kepada pegawai kerajaan yang dilantik oleh raja untuk menjawat jawatan
tertentu dan melaksanakan tugasnya dalam bidang kuasa yang diberikan.Pembesar
melaksanakan tugas pemerintahan. Merupakan orang kedua penting dan berada pada paras
kedua selepas kedudukan raja.
Pembesar China terdiri daripada pembesar pusat dan wilayah. Didominasikan oleh golongan
cerdik pandai dan golongan bangsawan.
Pembesar golongan sarjana merupakan pegawai mandarin yang dilantik oleh maharaja
berdasarkan kelulusan yang dicapai dalam sistem peperiksaan awam. Pembesar wilayah dilantik
oleh maharaja daripada kalangan bangsawan dan pemimpin tentera yang berjasa kepada
maharaja.
Pembesar di Cina pada abad ke-16 hingga ke-20
Maharaja China memecahkan pentadbiran kepada beberapa unit atau institusi iaitu sekretariat
agung, majlis tertinggi (enam badan menteri) dan censorate atau lembaga penapis.
Tugas Sekretariat agung ialah membantu maharaja dalam menyelia dan menyelaras enam
badan kementerian dalam pentadbiran pusat. Mereka akan memaklumkan kepada maharaja
segala perjalanan dalam enam badan kementerian.
Majlis Tertinggi menjadi badan penasihat yang penting kepada maharaja. Melalui majlis ini,
sebenarnya pemerintahan dan pentadbiran China dijalankan. Majlis ini dibahagikan kepada enam
kementerian. Setiap kementerian akan dikawal oleh pegawai kanan atau dikenali sebagai
shangschu. Shangschu pula akan dibantu oleh beberapa pegawai rendah dalam setiap urusan
berdasarkan kementeriannya. Enam kementerian tersebut ialah kementerian
personal,kewangan,adat,perang,keadilan dan kerja raya.
Lembaga penapis/ Censorate menjadi mata dan telinga maharaja, iaitu memaklumkan segala
aktiviti pembesar China kepada maharaja untuk diambil tindakan sewajarnya.
Golongan terpelajar mempunyai darjat yang tinggi. Golongan ini dipilih sebagai pegawai kerajaan
berdasarkan tahap peperiksaan awam yang mereka lulus. Peperiksaan ini bertujuan untuk
memilih golongan srjana yang layak memegang jawatan pegawai dalam perkhidmatan kerajaan.
Lulus peperiksaan awam bermakna kunci kekayaan dan pangkat rasmi yang penting.
Mereka akan ditempatkan di kementerian penting yang melibatkan penggubalan dasar iaitu
menanggotai imperial cancelory yang bertanggungjawab dalam meminda sesuatu dasar.
Dasar yang digubalkan dilaksanakan diperingkat wilayah oleh pembesar bawahan dalam jabatan
hal ehwal negara. Mereka akan berperanan mengikut fungsi enam jabatan yang dibentuk
dibawahnya. Iaitu jabatan kakitangan, jabatan upacara, jabatan tentera, jabatan kehakiman dan
jabatan kerja awam.
Pembesar wilayah dibantu oleh pembesar tempatan iaitu gentry.
Pembesar wilayah bukan daripada golongan sarjanamemiliki angkatan tentera sendiri. Mereka
bertanggungjawab menyediakan bantuan ketenteraan kepada pusat di samping menjaga wilayah
sendiri.
Pentadbiran wilayah juga diuruskan oleh pegawai pengawas kerajaan . Antara tugas utama ialah
mengawasi aktiviti semua peringkat pentadbiran dan mendakwa pegawai yang menyeleweng
serta mencadangkan perubahan dalam operasi kerajaan.
Semasa dinasti Ch’ing gabenor dilantik sebagai pentadbiran wilayah, menjaga keamanan dan
ketenteraan serta mengutip cukai untuk dihantar kepada pemerintahan pusat. Kuasa gabenor
tertakluk kepada adat istiadat dan tradisi wilayah yang telah ditetapkan dalam dikri diraja.
Gabenor harus bertanggungjawab dan berhubung secara langsung dengan pusat. Gabenor
dibantu oleh pegawai daerah yang dilantik oleh maharaja seperti bendahari dan hakim.
Kesimpulan
Kemerosotan nilai etika dan moral ajaran confucius dalam sistem pembesar semasa
pemerintahan dinasti Ch’ing telah membawa kepada kemerosotan tanggungjawab pembesar.
Keruntuhan dinasti Ch’ing turut sama mengakhiri sistem pembesar di China.