Anda di halaman 1dari 2

Resepi Biskut Cornflakes Rangup Sedap

Resepi ni memang menjadik. biskut cornflakes rasa sedap, rangup & wangi bau dia

5 from 4 votes

PREP TIME COOK TIME


30 mins 20 mins

COURSE SERVINGS
Dessert 70 biji

INGREDIENTS   
Bahan-bahan biskut cornflakes rangup:
1 3/4 Cawan Tepung gandum | 1 cawan = 230g
1/4 Cawan Tepung jagung
1/2 Sudu Teh Baking powder
3/4 Cawan Gula kastor | saya guna gula biasa, blend halus
200 Gm Butter
1 Sudu teh Esen vanilla
1 Biji Telur | ambil kuningnya sahaja

INSTRUCTIONS  
Cara Buat Biskut Cornflakes Rangup Sedap:
1. Putar gula dan butter selama 5 minit. Putar guna whisk atau pemutar kek
2. Kemudian masukkan kuning telur dan esen vanila, putar rata
3. Masukkan bahan putaran tadi ke dalam satu bekas.
4. Campurkan tepung jagung, tepung gandum & baking powder. Gaul rata. Doh akan jadi lembut
sedikit
5. Ramas kasar conflakes dan masukkan ke satu bekas asing
. Kemudian, doh tadi bulatkan dalam lebih kurang secubit atau satu sudu kecil
7. Letak atas cornflakes dan golekkan. Tekan sedikit biar jadi bentuk leper dan cornflakes senang
melekat. (Tak perlu buat bentuk besar sangat sebab biskut akan mengembang masa bakar
nanti)
. Susun atas dulang pembakar. Bakar dengan suhu 150° selama 20 minit (bergantung pada oven
masing2)

KEYWORD
biskut cornflakes

Anda mungkin juga menyukai