Anda di halaman 1dari 3

Peraturan dan prosedur bilik darjah diperlukan

Pengenalan

Mengapa?

 Di sekolah rendah, guru perlu merancang pelbagai aktiviti pelajaran untuk satu kelas sekurang-
kurangnya 20 pelajar setiap hari. Tanpa peraturan dan prosedur, guru perlu membazir banyak
masa untuk menjawab banyak soalan kerana kanak-kanak pada peringkat ini berpenuhan
dengan perasaan ingin tahu dan hairan.
 Di sekolah menengah pula, guru perlu menghadapi cabaran yang lebih besar lagi seperti
menyediakan bahan pembelajaran dan masalah pelajar yang sering menukarkan tempat belajar
(makmal sains, makmal reka bentuk dan teknologi dan makmal ekonomi rumah tangga). Selain
itu, remaja pada peringkat ini suka mencari hal dan mencabar kuasa guru. (masa derhaka). Hal
ini jelas menunjukkan kepentingan untuk menetapkan peraturan dan prosedur bilik darjah agar
proses pengajaran dan pembelajaran dapat dijalankan dengan lancar.

Apa lagi pelajar boleh menambahkan?

Prosedur atau rutin

1. Maksud Prosedur
- Dikenalkan sebagai rutin
- Aktiviti pengurusan bilik darjah yang hendak dilakukan pada setiap hari persekolahan
- Tidak disenaraikan secara penulisan
- Tujuannya untuk menyempurnakan sesuatu perkara

2. Beberapa aspek perlu dipertimbangkan semasa mewujudkan prosedur atau rutin bilik darjah
seperti: (Cadangan daripada Carol Weistein dan Andy Mignano (Weinstein, 2003; Weinstein and
Mignano, 2003)
- Rutin pentadbiran seperti mengambil kehadiran pelajar
- Pergerakan pelajar seperti masuk atau keluar dari kelas dan pergi ke tandas
- Penjaga rumah seperti menyiram bunga dan menyimpan harta barang persendirian.
- Rutin untuk menyempurnakan kuliah seperti mengumpul atau menghantar kerja rumah.
- Perhubungan antara guru dengan murid seperti cara murid menarik perhatian guru semasa dia
memerlukan pertolongan.
- Hubungan antara murid dengan satu sama lain seperti tolong-menolong atau bersosial.
3. Garis panduan guru untuk mewujudkan prosedur atau rutin bilik darjah
a. Penjagaan kemudahan fizikal yang terdapat di dalam bilik darjah
- Sesetengah guru menetapkan satu jadual tugas harian atau mingguan.
- Guru boleh menunjukkan cara yang betul untuk menolak kerusi ke bawah meja, mengambil
atau meletakkan balik sesuatu barang daripada rak-rak, menyusun peralatan makmal dengan
rapi dan lain-lain.
- Mewujudkan ketua secara bergilir-gilir untuk menjaga peralatan atau bahan pembelajaran.
b. Cadangkan cara murid memasuki dan meninggalkan kelas
- Bagaimanakah pelajar-pelajar mengetahui tugasnya sebaik sahaja mereka masuk ke kelas?
Sesetengah guru mempunyai prosedurnya seperti” Keluarkan kerja rumah dan saya akan
menyemak!”
- Dalam apa situasi pelajar dibenarkan keluar dari kelas? Bilakah mereka membuat permintaan?
- Jika pelajar lewat, bagaimanakah mereka membuat permintaan untuk masuk ke kelas?
- Banyak guru biasanya meminta pelajar duduk diam di tempat masing-masing dan tidak boleh
bergerak sebelum guru bersurai apabila loceng berbunyi.
c. Mewujudkan satu isyarat (body language) yang dapat difahami oleh murid
- Membuat sesuatu yang dapat menarik perhatian murid seperti menyalakan lampu,
mengeluarkan bunyi loceng, memandang ke arah pelajar tanpa mengeluarkan bunyi, eye
please. Kesemua perbuatan ini mempunyai makna sendiri
- Semasa berada di dewan, satu angkatan tangan, satu tepukan atau lain-lain isyarat guru boleh
membawa maksud “Berhenti”
- Semasa berada di taman permainan, satu angkatan tangan atau satu wisel guru boleh
membawa maksud “Beratur”
d. Penyertaan pelajar di dalam bilik darjah
- Semasa proses pengajaran atau pembelajaran dijalankan, adakah murid diberikan kebenaran
untuk mengangkat tangan sebelum mereka menyuarakan pendapatnya? Atau mereka
dikehendaki menunggu sampai guru menyampaikan kesemua bahan pengajaran?
- Guru meletakkan tangan di tepi telinga membawa simbol untuk minta jawapan daripada pelajar
- Memastikan awak jelas tentang perbezaan prosedur antara pelbagai aktiviti: kumpulan bacaan,
ruang pembelajaran, perbincangan, pembentangan guru...
- Berapa kali pelajar dibenar berada di meja guru, ruang pembelajaran, sink, rak buku atau bilik
air pada satu masa?
e. Menentukan cara berkomunikasi, mengumpul dan memulangkan kerja rumah
- Sebilangan guru meninggalkan satu ruang atas papan hitam untuk menyenarai tugasan rumah.
Bagi pelajar yang aras rendah, sediakan satu fail yang khas untuk menyimpan kerja rumah dan
colour coding.
- Guru boleh mengumpul kerja rumah pelajar di dalam kotak.

Peraturan atau undang-undang

1. Maksud peraturan
- Dinyatakan sebagai tingkah laku yang boleh diterima atau dilarang di dalam bilik darjah.
- Biasanya dituliskan dan dipamerkan.
2. Prinsip-prinsip membentuk peraturan bilik darjah
- Konsisten dengan peraturan sekolah
- Bersalingkait dengan prinsip belajar
- Sebagai contoh, dengan mewujudkan kumpulan kecil, pelajar berpeluang untuk berkomunikasi
antara satu sama lain dan seterusnya meningkatkan keberkesanan pembelajaran.
3. Peraturan untuk sekolah rendah: (Evertson and her colleagues(2003)
- Pertuturan sopan dan berkelakuan baik. Peraturan ini bukan sahaja bagi pelajar-pelajar tetapi
juga guru-guru. Sebagai contoh, apabila tiba giliran anda sewaktu beratur, boleh gunakan
perkataan,”sila” atau “terima kasih”.
- Menghormati harta benda orang lain. Sebagai contoh, mengutip sampah, memulangkan buku
perpustakaan pada masa yang tetap, tidak menconteng pada dinding, meja atau bas, meminta
kebenaran orang lain sebelum menggunakan bendanya.
- Tumpukan perhatian semasa orang lain sedang bercakap semasa guru mengajar di depan atau
perbincangan berkumpulan dijalankan.
- Menghormati semua orang seperti guru dan rakan-rakan. Sebagai contoh, tidak bergaduh, tidak
memukul dan tidak ejek-mengejek
- Mematuhi segala peraturan sekolah yang telah ditetapkan. Sebagai contoh, guru haruslah
sentiasa mengingatkan muridnya supaya peraturan di bilik darjah adalah selaras dengan
peraturan sekolah agar mereka tidak dapat mencari sebarang alasan untuk membuat salah di
dalam kelas.
4. Peraturan untuk sekolah menengah: (Emmer and colleagues(2003)
- Membawa semua bahan pembelajaran yang diperlukan ke kelas. Guru harus menentukan
kepelbagaian pen, pensel, kertas, buku nota, buku teks dan sebagainya.
- Duduk berdiam di tempat masing-masing dan bersedia untuk belajar semasa loceng dibunyikan.
Guru perlu sentiasa bersedia sebelum memulakan sesuatu topik pengajaran hari ini.
- Tumpukan perhatian semasa orang lain sedang bercakap semasa guru mengajar di depan atau
perbincangan berkumpulan dijalankan.
- Menghormati semua orang seperti guru dan rakan-rakan. Sebagai contoh, tidak bergaduh, tidak
memukul dan tidak ejek-mengejek
- Mematuhi segala peraturan sekolah yang telah ditetapkan. Berbanding dengan peraturan
sekolah menengah, masalah disiplin pelajar tertimbul-timbul. Hal ini menunjukkan kepentingan
peranan guru untuk menjaga perkembangan psikologi.
5. Sebagai Konklusi:
- Guru haruslah memberikan hukuman kepada pelajar yang melanggar peraturan atau rutin. (p/s:
guru harus mempertimbangkan dendaan yang diberikan kepada murid agar mereka jelas
tentang apa yang boleh dibuat dan apa yang tidak boleh dibuat) Prinsip hukuman yang harus
diamalkan ialah membetulkan kesilapannya. Sebagai contoh, kerja yang belum siap harus
disiapkan, barang yang tertinggal harus diletakkan balik ke tempat asal.

Jenis hukuman: (Weinstein and Mignano)

1. Menjadikan pelajar itu sendiri berasa kesal dan bersalah. Jika pelajar suka akan gurunya dan
hormatinya, satu perasaan kesal dan sedih akan tertimbul daripada hatinya apabila dia telah
membuat sesuatu yang akan meyakitkan hati guru (terlanggar peraturan atau rutin).
2. Keistimewaan pelajar dihapuskan. Sebagai contoh, pelajar ditahan tinggal di dalam kelas dan
dilarang pergi ke mana-mana tempat pada masa rehat sehingga kerjanya disiapkan.
3. Pengecualian diri daripada kumpulan. Pelajar yang tidak sudi memberikan kerjasama atau kacau
ahli kumpulannya apabila sesuatu aktiviti berkumpulan dijalankan akan dihalau dan terasing
sehingga dia sedar diri.
4. Membuat refleksi. Pelajar dikehendaki membuat refleksi dengan menulis satu jurnal atau esei
tentang perbuatannya dan akibatnya.
5. Penahanan seperti perjumpaan selepas sekolah, masa rehat.
6. Perjumpaan dengan guru besar. Hukuman ini diberikan apabila sesuatu yang waran berlaku seperti
pergaduhan.
7. Berhubung dengan ibu bapa pelajar yang terlibat. Jika masalah pelajar masih diteruskan, maka
sesetangah guru biasanya akan berhubung dengan ibu apanya agar dapat membantu anaknya
dengan lebih berkesan.

Contoh- contoh perlakuan yang dapat diterima dan dibenarkan dilakukan di dalam kelas bagi guru dan
pelajar. (Ken- Orang ini berpendapat bahawa dengan mewujukan senarai ini lebih berkesan daripada
menetapkan perlakuan yang dilarang...)

- Dibenarkan berbisik-bisik atau bersuara lembut apabila guru tidak bercakap


- Memberikan pujian kepada pelajar yang baik/cemerlang
- Melakukan senaman di luar kelas
- Mempunyai Take-5 atau Take 2
- Mempunyai snak-time (meramati makanan ringan yang sihat)
- Memberikan pilihan untuk menukat tempat duduk
- Mempunyai privasi. Meminta kebenaran orang lain sebelum menyentuh atau meminjam sesuatu
barang.
- Sentiasa berasa selesa
- Dibenarkan makan gula-gula getah tanpa membuat suara atau bertiup.
- Diberikan peluang untuk penyusunan jadual waktu
- Diberikan masa untuk rehat
- Mempunyai teman belajar /partner
- Ketua diberi kebenaran untuk memberikan arahan atau tugasan kepada kelasnya apabila
gurunya tiada.
- Belajar tanpa diganggu

Cadangan tindakan guru apabila seseorang pelajarnya telah melanggar peraturan atau undang-undang
bilik darjah. (Richard Curwin)

- Mempertimbangkan kesan dan akibat sekirannya peraturan dilanggar oleh murid-murid


- Memberikan hukuman yang sesuai daripada aspek pelajar yang terlibat
- Jangan memalukan murid
- Hanya pelajar yang berbuat salah dipanggil
- Mesti adil semasa memberikan hukuman
- Memberikan peluang kepada pelajar untuk menentukan hukumannya.
- Membantu mereka menyelesaikan masalah
- Mengawal emosi (tenang dan tidak menerima sebarang alasan daripada murid)
- Memberitahu mereka bahawa peraturan ini harus dipatuhi dan seseorang itu haruslah berani
menanggung kesalahannya.

~Bukan oleh sebab seseorang itu melanggar peraturan jadi dia ni dianggap salah, tetapi dia telah membuat
salah, jadi peraturan ini diperlukan dan ditetapkan untuk memberikan hukuman terhadapnya!!!

Anda mungkin juga menyukai