Anda di halaman 1dari 20

PPE6014 PENDIDIKAN KOMPARATIF 1.

Maksud
DR. MOHD ASRI MOHD NOOR Pendidikan
HASIL PEMBELAJARAN
Di akhir sesi ini, pelajar akan dapat:
1. menerangkan maksud pendidikan,
2. memahami sejarah pendidikan,
3. membincangkan pendidikan dari perspektif Islam,
4. menerangkan fungsi pendidikan.
APAKAH MAKSUD PENDIDIKAN?
Aktiviti 1: [ 10 minit]
Dalam kumpulan anda, bincangkan maksud pendidikan. Apakah persepsi anda
tentang pendidikan? Adakah persepsi anda itu berdasarkan faktor geografi?
agama? etnik? atau apa-apa faktor lain? Adakah maksud pendidikan ini
dipengaruhi oleh mana-mana falsafah tertentu? Apakah falsafah-falsafah tersebut?
Bentangkan idea anda kepada seluruh kelas. Bersedia untuk memberi penjelasan
dan justifikasi idea-idea tersebut.
SEJARAH PENDIDIKAN
Aktiviti 2: [10 minit]
Dalam kumpulan anda, bincangkan bagaimana manusia mendapat pendidikan di
masa lampau [1000-2000 tahun lampau?]. Apakah tujuan pendidikan pada masa
itu? Apakah yang mendorong mereka untuk mendapat pendidikan?
SEJARAH PENDIDIKAN
 Kebangkitan tamadun Mesir dan Babylonia merumitkan penyebaran pengetahuan.
 Manusia memerlukan beberapa cara untuk mengumpul, merekod, dan memelihara warisan
kebudayaannya.
 Jadi, dengan kebangkitan perdagangan, kerajaan dan agama formal; sistem penulisan
tercipta pada kira-kira 3100 Sebelum Masihi.
 Kemahiran menulis dan membaca tidak dapat diperolehi melalui pengalaman kehidupan
seharian; maka tempat khusus untuk pembelajaran (sekolah) telah ditubuhkan.
 Sekumpulan orang dewasa khusus sebagai guru - guru-guru agama, penyalin mahkamah
mula muncul.
 Kaedah pembelajaran adalah hafalan, dan motivasi untuk belajar adalah bagi mengelak
daripada hukuman fizikal yang keras.
YUNANI PURBA
 Tujuan pendidikan di negeri-negeri Yunani adalah untuk menyediakan kanak-
kanak untuk aktiviti rakyat dewasa.
 Walau bagaimanapun, sifat pendidikan amat berbeza .
 Di Sparta, pendidikan adalah untuk menghasilkan rakyat-tentera.
 Di Athens, pendidikan adalah untuk melahirkan warganegara yang terlatih dalam
kemahiran semasa aman dan semasa peperangan.
ROME PURBA
 Pendidikan Roman dipengaruhi oleh pendidikan Yunani.
 Pendidikan berlaku di rumah.
 Jika bapanya seorang yang berpendidikan, anaknya akan dapat belajar
membaca dan undang-undang, sejarah dan adat resam Roman.
 Apabila anak tersebut meningkat usia, beliau akan dihantar kepada pemidato
untuk perantisan.
 Kanak-kanak dihantar ke sekolah rendah untuk belajar 3M, kemudian ke kelas
atasan untuk belajar tatabahasa.
 Bagi orang-orang Yunani, pendidikan menghasilkan rakyat yang baik (individu
yang serba boleh); untuk orang-orang Roman pula, rakyat yang baik bermakna
pemidato yang berkesan.
ZAMAN PERTENGAHAN
 Pada awal Zaman Pertengahan, sistem sekolah Roman yang terkembang
sebelumnya itu telah lenyap.
 Pada abad ke-5 manusia di Eropah telah mula kembali ke tahap pendidikan
primitif kalaulah tidak kerana gereja Zaman Pertengahan.
 Pendidikan disediakan di Katedral, biara dan istana dan dikendalikan oleh
golongan paderi di beberapa bahagian Eropah Barat.
 Pendidikan bertujuan untuk membuat persediaan kehidupan selepas kematian.
 Sekolah-sekolah tidak mengikut gred/darjah/tingkatan.
 Pada penghujung Zaman Pertengahan (abad ke-12 dan ke-13 ) - kebangkitan
universiti.
ZAMAN PEMBAHARUAN (RENAISSANCE)
Bermula di Itali pada abad ke-14, merupakan pemberontakan terhadap
kesempitan Zaman Pertengahan dalam menumpukan aspek kerohanian.
Mahu membangunkan kuasa intelek, rohani, dan fizikal manusia untuk memperkasa
kehidupan.
Walau bagaimanapun, "pendidikan liberal" humanistik sebenarnya tidak banyak
berbeza dengan pendidikan Zaman Pertengahan.
Tanda-tanda awal perubahan sikap ke arah kaedah pendidikan - lebih menarik,
menyenangkan dan menyeronokkan.
PENDIDIKAN DI ASIA
Aktiviti 3: [5 minit]
Dalam kumpulan anda, bincangkan sifat pendidikan di Asia.
ASIA – PENDIDIKAN TRADISIONAL
 Pendidikan di Asia mencerminkan dan memperluaskan pengaruh dan ajaran tiga
falsafah, tradisi keagamaan yang utama: agama Hindu (termasuk agama
Buddha), Islam, dan Konfusianisme (termasuk Neo-Konfusianisme ).
 Lama kelamaan, tradisi ini berinteraksi antara satu sama lain, walaupun interaksi
ini tidak sepenuhnya disepakati, dan tidak pula mengurangkan perbezaan budaya
pelbagai rantau di Asia Selatan , Asia Tenggara dan Asia Timur.
 Walaupun agama Buddha mula memberi pengaruh yang meluas di seluruh Asia
Timur dari abad ketiga Sebelum Masihi, ia tidak pernah menggantikan keutamaan
Konfusianisme.
 Begitu juga, walaupun Islam memasuki India mulai abad kelapan Masihi, asas
tradisi budaya Hindu tetap kekal menebal.
ASIA – PENGARUH BARAT
 Mulai abad kelapan belas, apabila budaya Barat menyusup masuk ke rantau ini,
amalan pendidikan di Asia secara amnya mengalami perubahan besar yang
mengakibatkan tahap keseragaman yang tinggi.
 Walaubagaimanapun, kepelbagaian serantau tetap dapat dilihat, disebabkan
perbezaan dalam latar politik, nilai budaya dan pembangunan ekonomi.
PENDIDIKAN ASIA - PEMODENAN
 Di Asia Timur, Jepun adalah negara pertama yang memulakan reformasi pendidikan
moden.
 Berikutan Pengembalian Kuasa Meiji pada 1868, kerajaan telah menghantar sekumpulan
pegawai terkemuka untuk melawat beberapa negara di Eropah dan Amerika untuk
menimba ilmu secara langsung tentang sistem sosial, politik, dan pendidikan di Barat.
 Sebagai perbandingan, sebagai negara pertama yang berhadapan dengan kuasa-kuasa
Barat di Asia Timur, China ketinggalan di belakang Jepun dalam memulakan reformasi
pendidikan.
 Dalam perjuangan menentang cabaran Barat, Dinasti Qing menubuhkan beberapa sekolah
terjemahan dan menghantar beberapa kumpulan pelajar ke luar negara.
 Tetapi China tidak menunjukkan keinginan untuk menerima pakai pembaharuan pendidikan
yang lebih menyeluruh.
ASIA MODEN
 Hanya pada tahun 1895, selepas kekalahan terhadap Jepun dalam Perang China-Jepun
(1894-1895), baharulah Dinasti dan juga pendidik China mula sedar kepentingan
pendidikan moden.
 Selepas perang, China menyaksikan pembaharuan politik yang tidak kekal lama, yang
menghasilkan antaranya, penubuhan sebuah universiti moden pada tahun 1898 – the
Metropolitan University – sekarang dikenali sebagi Beijing University.
 Umumnya, struktur pendidikan moden di Asia berakar umbi pada lewat abad kesembilan
belas.
 Lama kelamaan, ia berkembang menjadi suatu sistem yang seragam di seluruh benua dan
menghasilkan persamaan yang ketara dengan sistem Barat.
 Dalam pada itu, ia juga menunjukkan kepelbagaian pengaruh daripada tradisi agama
dan budaya dan ideologi politik di rantau ini.
PENDIDIKAN & ISLAM
Aktiviti 4: [5 minit]
Dalam kumpulan anda bincangkan tanggapan Islam
terhadap pendidikan.
PENDIDIKAN DARI PERPSEKTIF ISLAM
 Istilah 'pendidikan' dalam Islam difahami dengan cara yang sama sekali berbeza dengan
apa yang difahami dalam masyarakat Barat.
 Dari perspektif Islam, individu berpendidikan perlu mempunyai komponen wajib
kepercayaan dan pengetahuan tentang bagaimana untuk menyembah Allah dan
bagaimana untuk hidup mengikut undang-undang Islam.
 Tidak ada satu perkataan yang menggambarkan 'pendidikan' dalam bahasa Arab,
namun ulama umumnya cenderung untuk menggunakan tiga perkataan yang berbeza:
 Tarbiyah, yang bermaksud memupuk etika dan rohani dalam membangunkan potensi individu dan
membimbing kanak-kanak itu kepada kematangan lengkap.
 Ta'dib, yang bermaksud aspek-aspek sosial manusia termasuk proses pembinaan karakter dan tingkah laku
sosial yang baik.
 Ta'lim, yang merujuk kepada pengetahuan, memberi dan menerima pengetahuan melalui arahan dan
pengajaran.
JADI, APAKAH PENDIDIKAN?
 Suatu institusi sosial di mana kanak-kanak diajar pengetahuan asas akademik, kemahiran
belajar, dan norma-norma budaya.
 Setiap negara di dunia dilengkapi dengan sesuatu bentuk sistem pendidikan, walaupun
sistem-sistem tersebut berbeza.
 Pada mulanya, pendidikan adalah satu proses yang tidak formal di mana bayi memerhati
dan meniru orang lain.
 Apabila bayi membesar, proses pendidikan menjadi lebih formal melalui permainan dan
prasekolah.
 Kemudian di sekolah, pelajaran akademik menjadi tumpuan pendidikan sepanjang kanak-
kanak itu melalui proses sistem persekolahan.
 Namun begitu, pendidikan bukanlah hanya bermaksud pembelajaran fakta.
KONSEP-KONSEP PENTING PENDIDIKAN
Aktiviti 5: [10 minit]
Dalam kumpulan anda, bincangkan apa yang dimaksudkan
dengan:
 Pendidikan formal dan pendidikan tidak formal
 Transmisi budaya
 Akses kepada pendidikan
PERANAN PENDIDIKAN
Aktiviti 6: [10 minit]
Dalam kumpulan anda, bincangkan fungsi-fungsi
pendidikan:
Fungsi manifest (fungsi tersurat)
Fungsi terpendam (fungsi tersirat)
KESIMPULAN
Maksud pendidikan telah berkembang selama lebih
daripada 4000 tahun.
Setiap zaman dan benua mempunyai perspektif
tersendiri mengenai pendidikan.
Untuk memahami pendidikan dan sistemnya, kita perlu
memahami konteks di mana sistem itu wujud

Anda mungkin juga menyukai