Anda di halaman 1dari 42

AL-BAYAN

SIRI 1

Jun 2020 • Bil: 01/2020

Penangguhan Ibadah
Haji 1441H
Suatu Pencerahan
2 AL-BAYAN - SIRI 1
isi KANDUNGAN
u Pengenalan 3

u Mukadimah 4

u Kewajipan Menunaikan Haji Berdasarkan Istitho’ah 9


(Kemampuan)
u Jenis Kemampuan 13
u Penangguhan Ibadah Haji Kerana Keuzuran 16
u Beberapa Fatwa Para Ulama' 21
u Tanggungjawab Pemerintah 23
u Keputusan Pemerintah Berasaskan 25
Maslahat Umum
u Perubahan Hukum Taklifi (Harus) 26
u Apabila Berada Dalam Situasi Darurat 28
u Kesimpulan 35

3
Muka Depan Foto dari AFP
PENGENALAN

A
lhamdulillah, puji dan syukur kepada Ilahi
dengan pelbagai kurniaan dan anugerah
yang tidak terhitung buat kita semua.
Selawat dan salam ke atas junjungan besar
Nabi Muhammad SAW, keluarga, sahabat dan
mereka yang mengikut jejak langkah Baginda
hingga ke Hari Kesudahan.

Alhamdulillah, setinggi kesyukuran kami panjatkan kepada


Ilahi dengan penerbitan siri risalah al-Bayan ini. Al-Bayan
merupakan siri-siri yang diterbitkan bagi mengupas pelbagai
isu-isu semasa disertai dengan perbahasan yang padat dan
membumi dalam menjelaskan dasar-dasar yang kami laksanakan.

Sebagai penjelasan, al-Bayan adalah siri pandangan hukum


yang dikeluarkan oleh Unit al-Bahth al-‘Ilmi (Penyelidikan Ilmiah,
Pejabat Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama).
Ia tidak berperanan sebagai fatwa dalam konteks akta, enakmen
dan juga ordinan.

AL-BAYAN - SIRI 1 5
MUKADIMAH

P
ada hari Khamis, 11 Jun 2020 bersamaan 22
Syawal 1441H, kami selaku Menteri di Jabatan
Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) telah
diberi mandat untuk membuat satu pengumuman
yang besar dan penting secara langsung
berkenaan dengan penangguhan ibadah haji
pada tahun ini. Keputusan ini telah melalui proses
rundingan dan perbincangan bersama pihak
berautoriti negara bagi mendapatkan natijah
dan maslahat yang terbaik untuk rakyat Malaysia
khususnya kepada bakal jemaah haji untuk tahun
ini. Alhamdulillah, respon serta tindak balas
daripada rakyat jelata di Malaysia menunjukkan
hampir kesemuanya boleh menerima hakikat
ini serta memahami isu Covid-19 yang masih
lagi belum reda bahkan makin mengganas di
sebahagian negara dalam dunia ini.

6 AL-BAYAN - SIRI 1
Hasil dapatan daripada World Health Organization (WHO)
menunjukkan bahawa lebih daripada 9 juta rakyat di dunia ini
telah dijangkiti Covid-19. Bayangkan di Amerika Syarikat sahaja,
kes telah melebihi angka 2 juta dan kematian yang direkodkan
pula telah melebihi 120 ribu mangsa. Angka ini telah melebihi
angka kematian ketika perang dunia pertama.

Berdasarkan portal rasmi laporan COVID-19 bagi


Kementerian Kesihatan Arab Saudi, sehingga 24 Jun 2020,
sejumlah 164,144 kes positif COVID-19 telah dicatatkan di
seluruh Arab Saudi dengan jumlah kematian seramai 1346
orang. Kes positif COVID-19 di Makkah sahaja berjumlah 51,750,
mereka yang pulih adalah seramai 39,099, manakala mangsa
yang meninggal dunia adalah seramai 859 orang1. Berdasarkan
perangkaan daripada Kementerian Kesihatan Arab Saudi, kes

1. https://covid19.moh.gov.sa/en/. Dilayari pada 24 Jun 2020.

AL-BAYAN - SIRI 1 7
positif COVID-19 masih menunjukkan peningkatan dari sehari ke
sehari.

Pada 26 Mei 2020, Kerajaan Arab Saudi mengumumkan


beberapa kelonggaran perintah berkurung kecuali di Makkah
di samping mengekalkan larangan untuk mengerjakan umrah.
Walau bagaimanapun, dalam perkembangan terkini, Kerajaan
Arab Saudi memutuskan untuk menguatkuasakan kembali
perintah berkurung di Jeddah untuk tempoh 15 hari, bermula 6
Jun 2020 hingga 20 Jun 2020.

8 AL-BAYAN - SIRI 1
Fakta di atas menunjukkan situasi penularan COVID-19 di
Arab Saudi masih berada pada paras yang agak membimbangkan.
Dengan kedudukan semasa ini, ia mendorong beberapa negara
serantau seperti Indonesia, Brunei, Singapura, Kemboja dan
Thailand untuk mengumumkan penangguhan penghantaran
jemaah haji bagi tahun ini. Ia mungkin dilakukan setelah
mempertimbangkan segala sudut terutamanya dari sudut
kesihatan jemaah haji negara masing-masing.

Kami telah dihubungi oleh Menteri Haji dan Umrah Arab Saudi
dan juga Menteri Hal Ehwal Islam, Dakwah dan Panduan Arab
Saudi yang memaklumkan bahawa acara manasik haji untuk
tahun ini tidak dibuka kepada jemaah luar. Tetapi ia hanya dibuka
untuk warga dalaman dan warga asing yang terpilih, yang sudah
berada di negara Arab Saudi disebabkan oleh pandemik Covid-19
ini.

Kami telah dihubungi oleh Menteri Haji dan


Umrah Arab Saudi dan juga Menteri Hal Ehwal
Islam, Dakwah dan Panduan Arab Saudi yang
memaklumkan bahawa acara manasik haji untuk
tahun ini tidak dibuka kepada jemaah luar.

AL-BAYAN - SIRI 1 9
Dalam situasi ini, sebagai umat Islam amat penting untuk
kita bersikap tabayyun iaitu mendapatkan penjelasan dan
bersangka baik terhadap segala tindakan yang diambil oleh
pihak pemerintah. Kedudukan ibadah haji sebagai rukun Islam
yang kelima tidak akan mudah ditangguhkan begitu sahaja
melainkan sudah tentu didatangkan dengan alasan dan justifikasi
yang benar-benar kukuh.

Dengan kedudukan
semasa ini, mendorong
beberapa negara
serantau seperti
Indonesia, Brunei,
Singapura, Kemboja
dan Thailand untuk
mengumumkan
penangguhan
penghantaran
jemaah haji bagi
tahun ini.

Justeru, artikel ini akan cuba membahaskan isu tersebut


secara ringkas dan padat. Ia berdasarkan keputusan yang telah
diumumkan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal
Agama) yang mewakili kerajaan Malaysia dengan perkenan
DYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong mengenai
penangguhan pelaksanaan ibadat haji bagi musim haji tahun 1441
Hijrah.

10 AL-BAYAN - SIRI 1
Kewajipan Menunaikan
Haji Berdasarkan Istitho’ah 2
(Kemampuan)

S eseorang yang mukallaf wajib untuk menunaikan ibadah haji


sekiranya telah cukup syarat yang mewajibkan haji. Antara
prasyarat terpenting iaitu hendaklah mereka itu termasuk dalam
golongan yang berkemampuan atau istitho’ah. Firman Allah SWT:

ً ‫اع إِ َل ْي ِه َسبِي‬
‫ال‬ َ ‫اس َت َط‬ ِ ِ ِ ‫َو ِ َّلِ َع َل ال َّن‬
ْ ‫اس ح ُّج ا ْل َب ْيت َم ْن‬
Maksudnya: “Mengerjakan haji adalah kewajipan manusia
terhadap Allah, iaitu (bagi) orang yang sanggup mengadakan
perjalanan ke Baitullah.”
(Surah Ali ‘Imran: 97)

2. Istitho’ah pada bahasa: Menurut Ibn Manzur ‘ ‫‘ ’ االستطاعة‬kemampuan’ ialah ‘ ‫’ الطاقة‬


(keupayaan). Ibn Barri memberikan pendapat yang sama. Cuma menurut beliau ‘ ‫’االستطاعة‬
digunapakai khusus untuk manusia dan ‘ ‫ ’ اإلطاقة‬digunapakai untuk umum, termasuk
bukan manusia. Oleh itu, boleh disebut ‘‫’ الجمل مطيق لحمله‬tetapi tidak boleh disebut ‘ ‫مستطيع‬
‫الجمل‬
‫’ لحمله‬. Inilah beza antara kedua perkataan ini. (Lihat Lisan al-‘Arab, 8/240)
Al-Zubaidi menyebut dengan menukilkan daripada al-Raghib, katanya: Istitho'ah menurut
muhaqqiqin adalah nama kepada daya ( ‫ ) اسم للمعاني‬yang memampukan manusia melakukan
perbuatan yang dikehendakinya. Istitho’ah merupakan gabungan daripada empat perkara:
Struktur si pelaku, menggambarkan perbuatan, bahan digunakan yang mampu memberi
kesan dan alat sekiranya perbuatan itu memerlukan alat. Contohnya seorang penulis
umpamanya, dia memerlukan empat perkara ini dalam menghasilkan penulisan. Oleh
itu boleh disebut, si fulan tidak mampu menulis apabila dia tidak memiliki satu atau lebih
daripada empat perkara ini. (Lihat Taj al-‘Arus, 1/1548)

AL-BAYAN - SIRI 1 11
Imam al-Qurtubi menjelaskan: “Orang yang mampu dari segi
harta maka wajib baginya haji berdasarkan hadith al-Khaithamah.
Adapun kemampuan bagi dirinya bermaksud mempunyai
kekuatan yang mana tidak menyebabkannya berada dalam
kesusahan ketika di dalam perjalanan. Maka sesiapa yang memiliki
bekalan dan kekuatan maka wajib baginya kefardhuan Haji.
Adapun bagi yang tidak memiliki kedua-duanya, maka tidak wajib
Haji baginya.” (Rujuk al-Jami’ Li al-Ahkam al-Quran, 4/95)

Syeikh Muhammad Rasyid Ridha berkata: “Istitho’ah ialah


kemampuan untuk sampai ke tanah suci Makkah. Ia berbeza
mengikut keadaan diri seseorang serta jauh dan dekatnya dengan
Baitullah.” (Lihat Tafsir al-Manar, 4/10)

Syeikh al-Maraghi pula berkata, antara maksud istitho’ah juga


termasuklah faktor kesihatan badan dan tidak berasa takut yakni
aman daripada gangguan musuh, atau binatang buas. (Lihat
Tafsir al-Maraghi, 2/853)

Dalam al-Misbah al-Munir, al-Fayyumi mentakrifkan bahawa al-istitho’ah ialah:


keupayaan dan kudrat untuk melakukan sesuatu. Takrif yang sama dikemukakan oleh Ibn
al-Athir dalam al-Nihayah fi Gharib al-Hadith wa al-Athar. (Lihat al-Misbah al-Munir,
2/380 dan al-Nihayah fi Gharib al-Hadith wa al-Athar, 3/322)

12 AL-BAYAN - SIRI 1
• Tafsir al-Qurtubi • Tafsir al-Maraghi

• Tafsir al-Manar

Antara dalil hadith berkenaan dengan istitho’ah ialah:

l Daripada Ibn ‘Umar R.Anhuma, katanya:

َ ‫الل َع َل ْي ِه َو َس َّل َم َف َق‬


َ ‫ َيا َر ُس‬: ‫ال‬
‫ول‬ ُ َّ ‫َج َاء َر ُج ٌل إِ َل ال َّنبِي َص َّل‬
ِّ
ِ ‫الزا ُد َوالر‬
‫اح َل ُة‬ َّ :‫ال‬ َ ‫حل َّج ؟ َق‬ ِ ‫ َما ُي‬، ِ‫اهلل‬
َ ‫وج ُب ا‬
َّ
Maksudnya: “Seorang lelaki telah datang menemui Nabi SAW
seraya bertanya: “Ya Rasulullah, apakah yang mewajibkan haji?
Jawab Baginda SAW: “Bekalan dan kenderaan.”

Riwayat al-Tirmizi (813) dan Ibn Majah (2896)


al-Hakim (1613) dan al-Daraqutni (2415)

AL-BAYAN - SIRI 1 13
l ‫استَ َط َاع‬
Daripada Ibn 'Abbas R.Anhuma, dalam menafsirkan “ ْ ‫َم ْن‬
ِ
ً ‫إِل َْيه َسبِي‬
‫ال‬ ”, beliau berkata:

‫الزا ُد َوا ْل َب ِع ُري‬


َّ
Maksudnya: “Bekalan dan unta.”

Riwayat Ibn Abi Syaibah dalam


al-Musannaf (4/536)

Apa yang dimaksudkan dengan berkemampuan adalah


apabila seseorang itu memiliki harta yang mencukupi untuk
mengerjakan haji dan umrah. Harta ini termasuklah tambang
pengangkutan, perbelanjaan pergi dan balik, bayaran visa pasport
perjalanan dan upah pemandu haji dan umrah sebagaimana
yang dikehendaki oleh pemerintah. Dan kesemua harta itu
mestilah harta lebihan daripada jumlah hutang dan perbelanjaan
ahli keluarganya selama mana ketiadaannya. (Lihat al-Fiqh al-
Manhaji, 2/123)

14 AL-BAYAN - SIRI 1
Jenis Kemampuan

K emampuan terbahagi kepada dua jenis, iaitu


kemampuan secara langsung, dan secara
tidak langsung.

Pertama: Kemampuan secara


langsung bermaksud seseorang
itu mampu melakukan sendiri
ibadah haji dan umrah
disebabkan masih berupaya,
iaitu badan yang sihat, sanggup
menempuh perjalanan dan
melakukan kerja-kerja ibadah
tersebut tanpa mengalami
kemudaratan yang berat dan
kesulitan yang tidak mampu di-
tanggungnya.

Kedua: Kemampuan secara tidak langsung bermaksud


seseorang mukallaf yang memiliki harta yang mencukupi untuk
mengupah orang lain mengerjakan haji bagi pihaknya sama
ada semasa dia masih hidup atau selepas dia meninggal dunia.
Hal ini adalah kerana dia sendiri tidak berupaya melakukannya
disebabkan tua, berpenyakit dan seumpamanya.

AL-BAYAN - SIRI 1 15
Dalam perbahasan fiqh, terdapat satu lagi jenis kemampuan iaitu
kemampuan dari sudut keselamatan (al-istitha’ah al-amniyyah).
Iaitu aman atau selamat dalam perjalanan, walaupun ia bersifat
sangkaan kuat (zhann) ke atas nyawa dan hartanya pada setiap
tempat yang dilalui dengan keamanan yang munasabah baginya.
Ini bermakna, jika ia bimbang ke atas dirinya, isterinya atau hartanya
sebarang bahaya daripada haiwan buas, musuh atau perompak
jalanan dan tiada jalan lain selainnya, maka haji tidak wajib baginya
kerana terdapatnya kemudaratan. (Lihat al-Fiqh al-Islami wa
Adillatuh, 3/2088) Ini bersandarkan kepada firman Allah SWT:

ُ ‫ـه َو َل ُت ْل ُقوا بِ َأ ْي ِد‬


‫يك ْم إِ َل ال َّت ْه ُل َك ِة‬ ِ ‫يل ال َّل‬ ِ ‫َو َأ‬
ِ ِ‫نف ُقوا ِف َسب‬
Maksudnya: “Dan belanjakanlah (apa yang ada pada kamu)
kerana (menegakkan) agama Allah, dan janganlah kamu sengaja
mencampakkan diri kamu ke dalam bahaya.”

(Surah al-Baqarah, 195)

Menurut Ashab al-Syafi’e, syarat wajib mengerjakan haji itu


adalah selamat dalam perjalanan daripada tiga aspek iaitu nyawa,
harta dan badh’ (yang berkaitan haji wanita dan khuntha). (Lihat
al-Majmu’ Syarh al-Muhazzab, 7/80)

Imam al-Haramain3 mengatakan, aman yang dimaksudkan


bukan semestinya ke tahap aman yang bersifat yakin atau aman
seperti mana dalam keadaan tidak bermusafir. Akan tetapi aman
atau selamat pada setiap tempat itu mengikut yang selayaknya
atau sesuai dengannya. (Lihat al-Majmu’ Syarh al-Muhazzab,
7/80-81)

16 AL-BAYAN - SIRI 1
Menurut pendapat kedua dalam mazhab, haji tidak diwajibkan
jika bimbangkan keselamatan diri dalam perjalanan (khawf
al-tariq). Ini kerana, jika seseorang memerlukan pengawal
keselamatan untuk melindungi diri dan hartanya daripada
perompak jalanan, maka haji tidak wajib dikerjakan tanpa khilaf.
(Lihat al-Majmu’ Syarh al-Muhazzab, 7/82)

Ini bermakna, jika keselamatan daripada bahaya-bahaya


berbentuk fizikal seperti perompak, musuh dan haiwan buas
yang boleh menggugat nyawa dan harta benda boleh menjadi
sebab haji tidak diwajibkan, apatah lagi bahaya bersifat penyakit
yang menjadi pandemik seperti COVID-19. Bahaya tersebut bukan
sahaja berkemungkinan wujud ketika dalam perjalanan pergi dan
balik, bahkan ia secara pasti sedang menular di tempat yang ingin
dituju iaitu Makkah al-Mukarramah.

3. Nama beliau Abd al-Malik ibn Abi Muhammad Abdillah bin Yusuf bin Abdullah bin
Yusuf bin Muhammad bin Hayyawiyyah al-Juwainiy dan gelaran beliau adalah Abu Ma’aliy.
Al-Juwainiy adalah nisbah kepada Juwain iaitu salah sebuah kampung yang terletak di
Naisabur. Beliau lahir pada awal tahun 419 Hijrah sebagaimana yang dinyatakan oleh
Imam al-Zahabi. Beliau bermazhab al-Syafi’e dan beraqidah ahli sunnah. Adapun, antara
gelaran beliau yang masyhur adalah al-Faqih al-Syafi’e, Dhiya’ al-Din dan beliau juga
dikenali sebagai Imam al-Haramain iaitu imam dua tanah haram (Makkah dan Madinah).
Ini kerana, beliau menetap di Haramain ketika keluar dari kampung halamannya ke al-
Hijaz iaitu di Makkah dan Madinah selama empat tahun mengajar dan memberi fatwa.
[Lihat: Siyar A’lam al-Nubala’, 14/17]
Imam al-Juwainiy hidup dan membesar di dalam sebuah keluarga yang penuh dengan
kelebihan dan ilmu. Ini kerana, ayahnya seorang Faqih, Muhaddith dan juga seorang yang
mempunyai banyak karya penulisan. Beliau mula mempelajari ilmu di rumahnya dengan
ayahnya iaitu beliau membaca dan mempelajari tafsir, hadith, feqah, usul (aqidah), adab
(sastera) dan juga kesemua karya ayahnya. Dalam masa yang sama, beliau mencatat segala
ulasan-ulasan yang diberikan oleh ayahnya terhadap kesemua pelajaran yang beliau

AL-BAYAN - SIRI 1 17
Penangguhan Ibadat
Haji Kerana Keuzuran

M enurut pandangan muktamad dalam Mazhab Syafi’e,


ibadah haji termasuk dalam kategori wajib muwassa’
iaitu kewajipan yang mempunyai keluasan waktu untuk
mengerjakannya. Dengan maksud, seseorang yang telah
memenuhi syarat wajib untuk menunaikan haji, masih lagi
tidak diwajibkan secara serta merta untuk menunaikan haji.
Imam al-Nawawi menyatakan seperti berikut:

pelajari. Ayahnya telah wafat ketika usia beliau genap dua puluh tahun, maka beliau telah
menggantikan tempat ayahnya dalam memberi pengajian.
Antara cara imam al-Haramain dalam memperolehi ilmu iaitu dengan cara mengkaji,
berbincang, meninggalkan taqlid dan mengikut dalil sama ada daripada al-Quran dan
al-Sunnah. Di samping itu, beliau tidak suka bermujamalah (bermuka-muka) terhadap
seseorang walaupun kebenaran bersama orang tersebut dan berselisih dengan apa yang
dipelajarinya daripada ayahnya.
Selain itu, beliau juga telah mengembara ke beberapa negara untuk menuntut ilmu.
Antaranya beliau telah mengunjungi Baghdad, Isfahan dan juga Hijaz (Mekah dan
Madinah). Setelah pulang semula ke kampung halaman beliau, beliau telah mengajar di
Madrasah Nizhamiyyah sehinggalah beliau wafat.

18 AL-BAYAN - SIRI 1
‫اخي‬ ِ ‫الت‬ َ َّ ‫ال ِّج وجب عىل‬ َ ْ ‫وب‬ ِ ‫وط ُو ُج‬ ُ ‫ش‬ ُ ُ ‫إ َذا ُو ِجدَ ْت‬
َ ْ ‫الش ِاف ِعي َوا َّت َفقَ َع َلي ِه‬ ِ
‫اب َّإل‬ ُ ‫ال ْص َح‬ ْ ُّ َّ ‫ص َع َل ْيه‬ َّ ‫َع َل َما َن‬
َ‫ب َيُوزُ ت َْأ ِخ ُري ُه َب ْعد‬ ِ ‫ال ُه َو َع َل ا ْل َف ْو ِر َف َع َل ْالَ ْذ َه‬َ ‫ن َف َق‬
َّ ِ ‫ْ ُال َز‬
.‫ش ا ْل َع َض َب‬ َ ‫ان َما َ ْل َ ْي‬ ِ ْ ‫َس َن ِة‬
ِ ‫ال ْم َك‬
Maksudnya: “Apabila telah mempunyai syarat-syarat wajib haji,
wajib ke atasnya secara tidak serta merta (al-tarakhi) sebagaimana
yang dinaskan oleh Imam al-Syafi’e dan dipersetujui oleh ashab-
nya kecuali al-Muzani yang mengatakan ia wajib secara serta
merta. Maka berdasarkan pandangan (muktamad) dalam mazhab,
harus menangguhkannya selepas tahun berkemampuan selagi mana
dia tidak bimbang kepada halangan.” (Lihat al-Majmu’ Syarh al-
Muhazzab, 7/102)

Walau bagaimanapun, dari segi keutamaan, bagi sesiapa


yang telah sampai kepada tahun berkemampuan untuk
menunaikan haji, disunatkan untuk dia tidak melewatkan atau
menangguhkannya. Ini bagi memastikan dirinya terlepas daripada
bebanan tanggungjawab mengerjakan fardhu haji, keluar daripada
khilaf ulama yang mewajibkan secara serta merta dan bersegera
dalam mengerjakan ketaatan. Namun jika dia melewatkannya dari
tahun berkemampuan, tetapi sempat mengerjakannya sebelum
meninggal dunia, maka dia tidak berdosa. Ini berdasarkan keadaan
Rasulullah SAW sendiri yang menangguhkan haji ke tahun 10
Hijrah tanpa sebarang halangan. Akan tetapi, penangguhan
tersebut mestilah disertai dengan keazaman yang kuat untuk
melaksanakannya pada tahun-tahun akan datang. (Lihat al-Hajj

AL-BAYAN - SIRI 1 19
wa al-’Umrah, Ahkam Fiqhiyyah Sadirah ‘an al-Mazhab al-
Syafi’iy wa Baqiyyah al-Mazahib al-Arba’ah, 10-11)

Ini menunjukkan seseorang yang menangguhkan pemergian


hajinya ke tahun yang lain tanpa sebarang halangan, tidak sesekali
berdosa jika dia berazam untuk pergi pada tahun-tahun lainnya.
Apatah lagi jika dia menangguhkan pemergian hajinya ke tahun
lain disebabkan keuzuran yang tidak dapat dielakkan seperti
wabak penyakit yang melanda seluruh dunia.

Seorang penyelidik yang bernama Ibrahim Muhammad telah


melakukan kajian pada Februari 2020 dan mendapati bahawa
pelaksanaan haji pernah ditangguhkan sebanyak 40 kali sepanjang
sejarah Islam. Ia berlaku buat pertama kali pada tahun 930 Masihi
ketika golongan Syiah Qaramithah mencuri Hajar Aswad. Manakala
kali terakhir pada tahun 1987 disebabkan wabak meningitis.

Mantan Mufti Mesir, Syeikh Dr. Ali Jum’ah pula berpendapat


berdasarkan penyelidikannya, musim haji pernah ditangguhkan
sebanyak 22 kali. Terdapat beberapa musim yang ditangguhkan
sepenuhnya dan sebahagiannya adalah penangguhan separa.
Penangguhan separa bermaksud, jemaah haji dari negara
tertentu atau dari pihak tertentu tidak pergi menunaikan haji.4

Jika ditelusuri, terdapat pelbagai sebab yang menjadi punca


kepada ibadah haji tidak dapat ditunaikan atau ia ditunaikan
dalam keadaan yang tidak sempurna. Antaranya disebabkan oleh
ketidakstabilan politik, peperangan, kekacauan dan wabak penyakit.
Disebutkan di sini beberapa peristiwa berikut sebagai contoh5 :

4. https://www.atheer.om/archives/521759/. Dilayari pada 11 Jun 2020.


5. https://www.ammonnews.net/index.php?page=article&id=520651. Dilayari pada 11
Jun 2020.

20 AL-BAYAN - SIRI 1
• Pada tahun 865 Masihi, haji
dibatalkan setelah menyaksikan
pembunuhan beramai-ramai di Arafah, ketika
Ismail bin Yusuf al-Alawi dan sekutunya menyerang
jemaah haji hingga membunuh ramai orang.

• Pada tahun 930 Masihi, golongan Syiah Qaramithah


mencuri Hajar Aswad selama 22 tahun, menyerbu
Masjid al-Haram dan menganggap haji sebagai
syiar jahiliyyah.

• Pada tahun 983 Masihi, dikatakan bahawa tidak


ada seorang pun dari Iraq yang menunaikan haji
disebabkan krisis politik antara para khalifah Bani
Abbas dan khalifah Bani Ubaid.

• Pada tahun 1213 Hijrah, perjalanan haji dihentikan


semasa kempen menentang Perancis, dan pada
tahun 1344 Hijrah, berlaku peristiwa Mahmal Misri
yang merupakan krisis politik dan agama antara dua
negara hingga menyebabkan Mesir menangguhkan
penghantaran jemaah haji mereka.

AL-BAYAN - SIRI 1 21
• Pada tahun 1253 Masihi, penduduk Baghdad kembali
menunaikan haji, 10 tahun setelah kematian khalifah
Al-Mustansir.

• Pada tahun 1257 Masihi, tidak ada orang Hijaz yang


menunaikan ibadah haji, dan tidak ada panji-panji
raja yang dinaikkan di Makkah.

• Pada tahun 1814 Masihi, kira-kira 8,000 orang


meninggal dunia di Hijaz akibat wabak.

• Pada tahun 1831, wabak India meletus semasa


musim haji menyebabkan ramai jemaah haji yang
meninggal dunia.

• Dari tahun 1837 hingga 1840, berlaku penularan


wabak penyakit di Hijaz.

• Dari tahun 1846 hingga 1883, wabak kolera merebak.

• Pada tahun 1858, wabak meletus yang


mendorong orang ramai untuk melarikan diri dari
Hijaz, dan mengasingkan diri.

• Pada tahun 1864, seribu jemaah haji meninggal


setiap hari, kerana wabak yang sangat serius.

22 AL-BAYAN - SIRI 1
‫‪Beberapa Fatwa‬‬
‫‪Para Ulama‬‬

‫‪S‬‬ ‫‪etiausaha Agung Kesatuan Ulama Islam Sedunia, Syeikh Dr. Ali‬‬
‫‪Muhyiddin al-Qaradaghi ketika memberikan fatwa berkenaan‬‬
‫‪penangguhan haji disebabkan wabak penyakit menyatakan:‬‬

‫"ولكن الراجح هو أنه إذا انتشر الوباء قطعاً أو تحقق غلبة‬


‫الظن ( من خالل الخبراء المختصين) أن الحجاج‪ ،‬أو بعضهم‬
‫يصيبهم هذا الوباء بسبب االزدحام‪ ،‬فيجوز منع العمرة أو‬
‫الحج مؤقتاً بمقدار ما تدرأ به المفسدة‪ ،‬وقد اتفق الفقهاء على‬
‫جواز ترك الحج عند خوف الطريق‪ ،‬بل إن االستطاعة لن‬
‫تتحقق إال مع األمن واألمان‪ ،‬ولذلك فإن األمراض الوبائية تعد‬
‫من األعذار المبيحة لترك الحج والعمرة بشرط أن يكون‬
‫الخوف قائماً على غلبة الظن بوجود المرض‪ ،‬أو انتشاره بسبب‬
‫الحج والعمرة‪ ،‬وأن ذلك يقدره أهل االختصاص من األطباء‪،‬‬
‫ويصدر بشأنه قرار من المملكة العربية السعودية بالنسبة للمنع‪،‬‬
‫وفي حالة إبقاء الحج أو العمرة مفتوحاً فحينئذ يعود التقدير إلى‬
‫الدولة التي ظهر فيها الوباء بمنع حجاجها أو معتمريها من أداء‬
‫الحج خوفاً من نقل الوباء إلى جموع الحجيج والمعتمرين بناء‬
‫على تقدير جهات االختصاص في كل بلد‪".‬‬

‫‪AL-BAYAN - SIRI 1‬‬ ‫‪23‬‬


Maksudnya: “Akan tetapi yang paling tepat adalah bahawa
jika wabak itu merebak secara pasti atau terbukti dengan
sangkaan yang berat (menerusi pakar-pakar profesional) bahawa
jemaah haji, atau sebahagian mereka (boleh) ditimpa wabak ini
disebabkan kesesakan, maka dibenarkan untuk melarang ibadah
umrah atau haji buat sementara waktu dengan kadar yang boleh
mengelak dengannya kemudaratan. Para fuqaha telah bersetuju
akan keharusan meninggalkan ibadat haji ketika bimbangkan
keselamatan perjalanan, bahkan istitho’ah tidak tercapai kecuali
dengan keselamatan dan keamanan. Dengan itu, wabak penyakit
termasuk keuzuran yang dibenarkan untuk meninggalkan haji dan
umrah dengan syarat bahawa kebimbangan tersebut berdasarkan
sangkaan kuat akan wujudnya penyakit, atau penyebarannya kerana
haji dan umrah. Demikian itu dinilai oleh para pakar daripada
kalangan doktor dan laporannya dikeluarkan oleh Kerajaan Arab
Saudi untuk melarang. Dalam kes dikekalkan pelaksanaan haji dan
umrah tanpa larangan, ketika itu terpulang kepada negara yang
tersebar padanya wabak untuk melarang jemaah haji atau umrahnya
melaksanakan ibadah haji. Kerana ditakuti ia akan memindahkan
wabak kepada perhimpunan jemaah haji dan umrah berdasarkan
penilaian golongan pakar di setiap negara.6”

Mufti Kerajaan Mesir, Syeikh Dr. Shawqi


‘Allam ketika menjawab persoalan
mengenai kemungkinan haji dan
umrah ditangguhkan mengatakan,
ia menepati Maqasid Syariah.
Kemungkinan sebahagian orang
akan merasa dukacita dengan hal
tersebut, namun orang yang uzur
diberi pahala atas keuzurannya. Malah

6. http://iumsonline.org/ar/ContentDetails.aspx?ID=11019. Dilayari pada 11 Jun 2020.

24 AL-BAYAN - SIRI 1
di sana terdapat banyak cara untuk menyalurkan kewangan yang
disediakan untuk haji dan umrah tersebut bagi meraih pahala
seperti memperuntukkannya kepada barisan hadapan (COVID-19)
yang bekerja setiap hari.7

Tanggungjawab Pemerintah

D alam perbahasan fuqaha' mengenai istitho’ah, Syeikh Wahbah


al-Zuhaili membawakan pandangan Mazhab Hanafi yang
meletakkan bahawa antara syarat kemampuan atau istitho’ah
dari sudut fizikal adalah tiada larangan daripada pemerintah yang
zalim untuk keluar menunaikan haji. (Lihat al-Fiqh al-Islami wa
Adillatuh, 3/415)

Jika difahami kenyataan di atas secara qiyas al-aula, maka


perintah larangan yang dikeluarkan oleh pemerintah yang adil
adalah lebih utama untuk ditaati. Pemerintah yang adil sudah
pasti tidak akan mengeluarkan larangan mengerjakan ibadat
kecuali dengan alasan-alasan yang kukuh dan disokong pula oleh
syarak berasaskan prinsip-prinsip Siyasah Syar’iyyah.

Syeikh Abdul Wahhab Khallaf membawakan beberapa tafsiran


berkenaan Siyasah Syar’iyyah, antaranya ialah:

• Pemberian kuasa kepada pemerintah untuk


bertindak menurut maslahat, selagi mana tidak
menyanggahi usul agama, meskipun tiada dalil
khusus berkenaannya.

7. http://gate.ahram.org.eg/News/2400685.aspx. Dilayari pada 11 Jun 2020.

AL-BAYAN - SIRI 1 25
• Pelaksanaan kepada maslahah mursalah; ini
kerana maslahah mursalah merupakan bab
yang tiada dalil syar’ie yang menghukumnya
sebagai mu’tabar (diambil kira) atau yang
tertolak (mulghah).

Berdasarkan pandangan para ulama' ini, beliau membuat suatu


kesimpulan bahawa ilmu Siyasah Syar’iyyah bermaksud suatu
ilmu yang membahaskan urusan-urusan pentadbiran sesebuah
negara Islam dari sudut undang-undang, polisi dan sistem yang
bertepatan dengan usul agama Islam, meskipun tiada nas syarak
yang menyatakannnya secara spesifik. (Lihat al-Siyasah al-
Syar’iyyah, 6-7)

Hukum-hakam dalam kategori ini bersifat fleksibel dan syarak


tidak memutuskannya secara terperinci, malah ia terbuka luas
kepada ijtihad dan kebijaksanaan pemerintah berdasarkan
kepentingan dan keadaan umat Islam.

26 AL-BAYAN - SIRI 1
Keputusan Pemerintah
Berasaskan Maslahat Umum

D alam menetapkan sesuatu keputusan, pemerintah sentiasa


akan mengambil kira kemaslahatan umum rakyatnya.
Kaedah menyebut:

ٌ ‫الر ِع َّي ِة َم ُن‬


‫وط بِاملَ ْص َل َحة‬ َّ ‫َص ُف اإل َما ِم َع َل‬
ُّ َ ‫ت‬
Maksudnya: “Polisi pemerintah terhadap rakyatnya hendaklah
berasaskan kepada maslahat.”

Para ulama' menetapkan bahawa segala tindakan yang


ditetapkan oleh pihak pemerintah wajib didasari dengan maslahat
dan kebaikan terhadap masyarakat umum seluruhnya; iaitu rakyat
yang berada di bawah tadbir urusnya. Sekiranya tindakan tersebut
bertentangan dengan tujuan dan objektif yang asal, maka tindakan
tersebut dianggap tidak sah dan tidak terpakai dari sudut syarak.
(Lihat Mausu’ah al-Qawa’id al-Fiqhiyyah, 2/308)

Melihat kepada kaedah yang kritikal ini, tindakan drastik


yang diambil pihak kerajaan bagi menyekat sebahagian perkara
adalah bersandarkan kepada maslahat dan kepentingan umum
agar dapat mengurangkan risiko penyebaran wabak daripada
bertambah lebih teruk.

AL-BAYAN - SIRI 1 27
Perubahan Hukum Taklifi
(Harus)

Imam al-Zarkasyi Rahimahullah8 mengatakan


bahawa hukum harus boleh berubah
mengikut kepada situasi tertentu. Kadangkala
berubah menjadi wajib jika meninggalkan
perkara tersebut akan memberi kemudaratan.
Kadangkala menjadi haram sekiranya
melakukan perkara tersebut menyebabkan
dirinya tidak dapat melakukan kewajipan lain
yang ditetapkan oleh syarak, dan begitu juga boleh
berubah kepada hukum-hukum taklifi yang lain seperti
sunat dan makruh. (Lihat al-Bahr al-Muhith, 1/365)

Dari segi asalnya, hukum menunaikan haji buat kali pertama


adalah fardhu ain bagi setiap orang yang telah memenuhi segala
prasyarat sama ada dari sudut syarak mahupun peraturan yang
ditetapkan. Walaupun begitu, haji kekal sebagai wajib muwassa’
yang harus ditangguhkan dari tahun ia berkemampuan. Namun
demikian, apabila berlaku situasi yang tidak mengizinkan seperti
penularan wabak penyakit yang boleh memudaratkan kesihatan,
ditambah pula dengan larangan pihak pemerintah bagi menjamin
kemaslahatan nyawa, maka ia bertukar daripada harus kepada
wajib ditangguhkan.

8. Nama penuhnya ialah Muhammad bin Bihadir bin ‘Abdullah Badr al-Din Abu ‘Abdillah
al-Misri al-Zarkasyi. Beliau lahir di Kaherah, Mesir pada tahun 745 Hijrah dan meninggal
dunia pada tahun 794 Hijrah. Dikenali sebagai ahli Fiqih dan Usul Fiqh daripada kalangan
ulama' Mazhab Syafi’i. Beliau pernah pergi ke Halab untuk menuntut ilmu dengan al-Syeikh
Syihabuddin al-Azra`i dan juga beliau menuntut ilmu ke kota Damsyik untuk mempelajari
hadith dengan ulama' di kota tersebut. Antara guru-gurunya adalah Syeikh Jamal al-Din
al-Asnawi yang merupakan ulama' besar daripada kalangan mazhab Imam Syafi’i.

28 AL-BAYAN - SIRI 1
Hal ini juga sepertimana disebut dalam satu kaedah:

‫الز َمان َو ْالَ َكان‬ َ


ُّ ‫َغي األ ْح َكام بِ َت‬
َّ ‫غي‬ ُّ ‫ت‬
Maksudnya: “Perubahan hukum-hakam adalah dengan
berubahnya zaman dan tempat.”

Menurut Imam al-Qarafi, “Para ulama’ mazhab bersepakat


bahawa hukum-hakam yang boleh berubah dengan perubahan
zaman dan perilaku manusia adalah hukum-hakam yang
bersifat ijtihad berlandaskan kepada qiyas dan maslahat. Maka,
inilah yang dimaksudkan dengan kaedah ( ‫) ال ينكر تغير األحكام بتغير األزمان‬
‘tidak diingkari perubahan hukum-hakam dengan perubahan
zaman.’ Adapun hukum-hakam asasi yang dengannya hadir
syariat sebagai asasnya melalui teks-teks asal (al-Qur’an dan
hadith) yang menunjukkan perintah larangan seperti larangan
mendekati perkara yang diharamkan secara mutlak, maka ia
tidak boleh berubah dengan berubahnya zaman tetapi ianya
tetap berdiri sebagai prinsip yang dengannya hadir syariat untuk
memperbaiki zaman dan generasi. (Lihat al-Furuq, 1/176)

Beliau hanya melakukan dua kali perjalanan dalam menuntut ilmu. Al-Musili berkata
dalam Kasyf al-Zunun: “Boleh jadi antara penyebab tidak meluasnya perjalanan
ilmiah beliau rahimahullah, wallahu a’lam, bahawa Mesir dan Syam semasa itu adalah
negeri Islam yang masyhur keilmuannya dan ramai ulamanya, atau kerana beliau lebih
mengutamakan untuk mengambil ilmu daripada para ulama Mesir dan Syam. Lalu beliau
mula belajar menulis dan menyibukkan diri dengan mengarang karya tulisannya. Dua
perjalanan beliau adalah:
• Perjalanan beliau yang pertama adalah dari Mesir ke Damsyik untuk belajar ilmu
Hadith daripada al-‘Imad Ibn Kathir.
• Perjalanan kedua dari Damsyik ke Halab untuk mempelajari ilmu daripada al-Azra’i.

AL-BAYAN - SIRI 1 29
Apabila Berada Dalam
Situasi Darurat

S yeikh Wahbah al-Zuhaili mengatakan perbahasan


berkenaan darurat ialah konsep yang implikasinya
mengharuskan apa yang diharamkan oleh syarak atau keharusan
meninggalkan kewajipan. Justeru beliau berpendapat, darurat itu
adalah suatu keadaan bahaya atau kesukaran bersangatan yang
menimpa manusia sehingga bimbang ia akan menyebabkan
kemudaratan kepada nyawa atau anggota atau maruah atau akal
atau harta dan yang berkaitan dengannya. Ketika itu diharuskan
ia mengambil yang haram atau meninggalkan kewajipan
atau melewatkannya daripada waktunya bagi mengelakkan
kemudaratan berdasarkan sangkaan kuatnya menurut garis
panduan syarak. (Lihat Nazariyyah al-Darurah al-Shar’iyyah, 68)

Beliau seterusnya mengemukakan sekurang-kurangnya


terdapat tujuh perkara di bawah garis panduan darurat. Paling
utama, darurat itu memang benar-benar berlaku bukan lagi
hanya sangkaan semata-mata ke atas kemusnahan nyawa
ataupun harta benda. Kalau pun kekhuatiran itu didasarkan
kepada sangkaan, sangkaan itu hendaklah sangkaan yang kuat
seperti telah melalui proses pengalaman dan pemerhatian. (Lihat
Nazariyyah al-Darurah al-Shar’iyyah, 69-72)

َ ‫( " ال ُْمَتـ َوَّق ُع َكال‬perkara yang dijangka


Kedah fiqh menyebutkan " ‫ْوا ِق ِع‬
berlaku itu adalah seperti ia benar-benar berlaku.) (Lihat al-
Asybah wa al-Naza’ir oleh al-Suyuti, hlm. 178)

30 AL-BAYAN - SIRI 1
Apa-apa yang dijangka berlaku dan kebiasaannya menurut
zhan (sangkaan) akan berlaku atau hilangnya adakah diberi
hukum seperti ada secara langsung atau hilang pada haknya.
Permasalahan ini menjadi khilaf ulama'. (Lihat Mausu'ah al-
Qawa'id al-Fiqhiyyah oleh Muhammad Sidqi bin Ahmad al-
Burnu, hlm. 482-483)

Dalam isu penangguhan haji disebabkan oleh penularan


COVID-19, jika pihak yang berkepakaran iaitu Kementerian
Kesihatan Malaysia (KKM) telah memberikan pandangan akan
realiti dan risiko yang bakal dihadapi sekiranya jemaah haji
Malaysia tetap menunaikan haji, maka ia boleh menjadi penilaian
kukuh dalam menentukan ukuran darurat yang sebenar.

Terdapat beberapa kaedah yang disebutkan oleh fuqaha'


dalam berinteraksi dengan situasi darurat atau perkara yang
boleh membawa kepada kemudaratan. Antaranya seperti berikut:

Pertama: Antara hadith yang menjadi kaedah feqah


masyhur ialah:

َ ِ ‫ض َر َو َل‬
‫ضار‬ َ َ ‫َل‬
Maksudnya: “Janganlah memudaratkan diri sendiri dan memberi
kemudaratan kepada orang lain.”
Riwayat Ibn Majah (2341) dan al-Daraqutni (4/228) serta
selainnya dengan sanad yang bersambung, Imam Malik
(2/746) dalam al-Muwattho’ secara mursal daripada
'Amr bin Yahya, daripada bapanya, daripada Rasulullah
SAW, beliau tidak menyebutkan Abu Sa’id. Namun ia
memiliki jalan-jalan yang sebahagiannya menguatkan
sebahagian yang lain. Hadis hasan.

AL-BAYAN - SIRI 1 31
Kedua: Apabila berlaku kemudaratan, maka wajib di-
hilangkan kemudaratan tersebut. Ini berdasarkan kaedah:

‫الض ُر ُي َز ُال‬
َ َّ
Maksudnya: “Kemudaratan hendaklah dihilangkan.” (Lihat al-
Wajiz fi Idhah Qawaid al-Fiqh al-Kulliyyah, 258)

Dikatakan bahawa, tidak harus memberi mudarat pada


permulaan iaitu memudaratkan seseorang yang lain pada jiwanya
dan hartanya. Ini kerana sifat mudarat itu adalah suatu kezaliman
sedangkan berlaku zalim itu ditegah dalam setiap agama dan
mazhab. Begitu juga semua kitab samawi telah menegah
kezaliman. (Lihat al-Qa'idah al-Fiqhiyyah : al-Darar Yuzal)

Ketiga: Kemudaratan dihindari daripada berlaku dengan


semampu mungkin. Ini berdasarkan kaedah fiqh:

‫إل ْم َكان‬
ِ ‫الضر ُي ْد َف ُع بِ َق ْد ِر ا‬
َ َّ
Maksudnya: “Kemudaratan itu hendaklah dihindari semampu mungkin.”
(Lihat al-Wajiz fi Idhah Qawa’id al-Fiqh al-Kulliyyah, 258)

Syeikh al-Zarqa berkata: Mudarat hendaklah ditolak dengan


semampu yang boleh. Jika boleh ditolak keseluruhannya, maka
lakukanlah. Sebaliknya, jika tidak mungkin, maka hendaklah mengikut
kadar kemampuan. (Lihat Syarh al-Qawa'id al-Fiqhiyyah, hlm. 207)

32 AL-BAYAN - SIRI 1
Dalam menangani wabak COVID-19,
penangguhan haji adalah bertepatan dengan
kaedah-kaedah di atas bagi membendung wabak
tersebut daripada semakin tersebar sama ada
dalam kalangan jemaah haji tempatan mahupun
negara lain. Kaedah tersebut sebagaimana kaedah
yang dinyatakan dalam hadith Rasulullah SAW
yang masyhur:

َ ‫ال ت َْد ُخ ُل‬


‫ َوإِ َذا َو َق َع‬،‫وها‬ َ ‫ض َف‬ ٍ ‫ون بِ َأ ْر‬
ِ ‫اع‬ َّ ِ‫إِ َذا َس ِم ْع ُت ْم ب‬
ُ ‫الط‬
‫ال َ ْت ُر ُجوا ِم ْن َها‬ ٍ ‫بِ َأ ْر‬
َ ‫ض َو َأ ْن ُت ْم ِ َبا َف‬
Maksudnya: “Jika kamu mendengar penyakit taun melanda di
suatu kawasan, janganlah kamu masuk ke kawasan tersebut. Dan
jika kamu berada di kawasan tersebut, maka janganlah kamu keluar
dari situ.”

Riwayat al-Bukhari (5728), Muslim


(2218) dan Ahmad (21860)

Paling utama, darurat


itu memang benar-
benar berlaku ke atas
kemusnahan nyawa
ataupun harta benda
bukan lagi hanya sangkaan
semata-mata.
• Syeikh Wahbah al-Zuhaili.

AL-BAYAN - SIRI 1 33
• Bersama Syeikh Muhammad 'Awwamah.

Hadith ini menunjukkan pemerintah boleh mengambil


tindakan kuarantin atau sebarang sekatan agar penyakit atau
wabak tidak tersebar. ‘Abd al-Rahman bin ‘Auf R.A pernah
menyebutkan hadith ini kepada Khalifah ‘Umar bin al-Khattab
ketika beliau bercadang pergi ke Syam semasa wabak taun
sedang merebak di sana. Mendengar hadith ini, Amirul Mukminin
‘Umar al-Khattab membatalkan hasratnya. (Lihat: al-Bidayah wa
al-Nihayah, 3/5)

Dalam perbincangan kami dengan al-'Allamah al-Muhaddith


Syeikh Muhammad ‘Awwamah di Istanbul, Turki pada hari Isnin
27 Januari 2020 berkenaan dengan maksud ta’un dalam hadith,
ia memberi makna sebarang bentuk wabak atau penyakit umum
yang melanda pada satu-satu tempat. Justeru, ia juga terpakai
kepada penyakit COVID-19.

34 AL-BAYAN - SIRI 1
Keempat: Kaedah fiqh al-Aulawiyyat:

‫ب ْالَ َصالِ ِح‬


ِ ‫اس ِد ُم َق َّد ٌم َع َل َج ْل‬
ِ ‫َدر ُء ْالَ َف‬
ْ
Maksudnya: “Menolak kemudaratan itu hendaklah didahulukan
daripada mendapatkan maslahat.” (Lihat Syarh Majallah al-
Ahkam, 30/38; Al-Asyhbah wa al-Nazair, 87; Ibn Nujaim, 90;
al-Wajiz, 208; dan al-Qawa'id oleh al-Nadwi, 260.)

Apabila berlaku pertembungan antara memperoleh kebaikan


dan menolak kemudaratan, maka perlu diutamakan menolak
kemudaratan. Dalam isu penularan wabak COVID-19 pada musim
haji tahun ini, maka perlu didahulukan menolak kemudaratan
iaitu dengan menangguhkan pemergian haji. Hal ini disebabkan
kemudaratan yang ada bersifat pasti atau sangkaan kuat iaitu boleh
menggugat nyawa. Sedangkan kebaikan yang ingin diperoleh iaitu
menunaikan haji masih boleh dikompromi kerana ia merupakan
wajib muwassa’ yang harus ditangguhkan lebih-lebih lagi dalam
keadaan darurat.

AL-BAYAN - SIRI 1 35
Kelima: Memelihara Maqasid Syariah menjaga nyawa.

Al-Daruriyyat al-Khamsah dalam


Maqasid Syariah iaitu keperluan yang
9

manusia bergantung kepadanya sama


ada dari sudut kehidupan beragama
atau keduniaan. Jika ia tiada maka akan
berlaku kepincangan hidup manusia di
dunia dan azab seksa di akhirat. (Lihat Ta’lil
al-Ahkam, 282) Al-Daruriyyat yang asasi
ini merangkumi lima perkara iaitu agama,
nyawa, akal, keturunan dan harta benda. Ia
melibatkan kelangsungan hidup manusia. (Lihat
al-Mustasfa Min ‘Ilm al-Usul, 217)

Menjaga nyawa merupakan prinsip yang kedua terpenting


mengikut urutan keutamaan untuk dijaga selepas memelihara
agama. Contohnya, Islam melarang perbuatan membunuh,
sama ada membunuh diri sendiri atau manusia lain bagi
memelihara nyawa. Hukuman qisas, diyat atau kaffarah dikenakan
bagi mereka yang telah melakukan pembunuhan terhadap
manusia lain sama ada secara sengaja atau tidak sengaja.

9.Definisi Maqasid: Perkataan maqasid mengikut pakar bahasa diambil daripada kalimah
maqsad ( ‫ ) مقصد‬dan ia adalah masdar ( ‫ )مصدر ميمي‬daripada qasada ( ‫) قصد‬. Kalimah al-qasdu
( ‫ ) القصد‬mempunyai beberapa makna. Ibn Faris berkata huruf Qaf, Shad, Dal, (‫ د‬-‫ ص‬-‫)ق‬
antaranya memberi maksud:
• Menunjukkan kepada datang sesuatu atau tuju kepadanya. Daripadanya dikatakan
apabila seseorang itu terkena sesuatu mengikut sasarannya.
• Memecahkan sesuatu dan perkataan qasdah ( ‫ ) قصدة‬ialah pecahan daripada sesuatu,
apabila terpecah.
• Istiqamah atas sesuatu perkara.

36 AL-BAYAN - SIRI 1
Dalam isu penangguhan mengerjakan ibadat haji, ia
dilakukan bagi menyelamatkan rakyat daripada risiko terkena
penyakit COVID-19 yang boleh menyebabkan kematian kerana
masih tidak mempunyai vaksin. Ia sesekali tidak membelakangkan
prinsip pertama iaitu memelihara agama. Ini kerana, pelaksanaan
ibadah haji hanya diwajibkan dalam keadaan memiliki istitha’ah
atau kemampuan. Dalam keadaan seseorang tidak mampu
melindungi keselamatan dirinya daripada penyakit tersebut,
maka ia tidak lagi termasuk dalam kategori golongan yang
berkemampuan. Apatah lagi apabila ia telah diperakui oleh pihak
berautoriti seperti kerajaan.

Kesimpulan

M enurut statistik terkini yang dikeluarkan oleh Pertubuhan


Kesihatan Sedunia (WHO) setakat 26 Jun 2020, jumlah
keseluruhan positif COVID-19 di seluruh dunia yang dicatatkan
adalah 9,543,985 kes, manakala jumlah kematian yang direkodkan
adalah sebanyak 485,221 kes. Manakala di Malaysia, jumlah
keseluruhan kes telah mencatatkan angka sebanyak 8600 kes
manakala jumlah kematian telah direkodkan sebanyak 121 kes.

Angka-angka di atas menunjukkan bahawa dunia terus bergelut


dalam perang melawan COVID-19. Tambahan lagi vaksin bagi
merawat pandemik ini masih belum ditemui oleh pakar-pakar
perubatan sehingga kini. Bak kata Ketua Pengarah Kesihatan
Malaysia, Datuk Dr. Noor Hisham Abdullah, vaksin paling mujarab
buat masa ini adalah “penjarakan sosial” dan mengamalkan
kelaziman baharu.

AL-BAYAN - SIRI 1 37
Ini juga hakikat yang terpaksa diterima oleh umat Islam pada
hari ini apabila kerajaan dengan penuh berat hati terpaksa
mengumumkan penangguhan pelaksanaan haji bagi musim
haji 1441 Hijrah. Semua ini diputuskan setelah mendengar
pandangan daripada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) selaku
golongan pakar yang menilai dari sudut implikasi kesihatan, Majlis
Keselamatan Negara (MKN) iaitu institusi yang menyelaras semua
tindakan dalam menangani COVID-19 termasuk kawalan sempadan
dan Lembaga Tabung Haji (LTH) sebagai institusi yang menguruskan
pelaksanaan haji.

Kami juga sandarkan


alasan dan hujahan kami
dengan persetujuan
ahli-ahli Mesyuarat
Jawatankuasa Muzakarah
Khas Majlis Kebangsaan
Bagi Hal Ehwal Ugama
Islam Kebangsaan
Malaysia selaku
pakar agama dalam
mengeluarkan hukum
secara ijtihad jama’ie.

Perkataan maqsad ( ‫ ) مقصد‬atau qasad ( ‫ ) قصد‬dalam bab dharaba ( ‫) ضرب‬, juga memberi
maksud menuntut sesuatu, mendatanginya, menyimpannya, dan mensabitkannya. (Lihat
al-Qamus al-Muhit,1/327, Mu’jam Maqayis al-Lughah 5/95, al-Misbah al-Munir. 2/292,
Mukhtar al-Sihah, halaman 536 dan Tahzib al-Asma’ wa al-Lughat 2/93.
Definisi Maqasid-al-Syariah
Ramai tokoh ulama sama ada dahulu atau mutakhir telah mengemukakan definisi
Maqasid al-Syariah, antaranya:

38 AL-BAYAN - SIRI 1
Kami juga sandarkan alasan dan hujahan kami dengan
persetujuan ahli-ahli Mesyuarat Jawatankuasa Muzakarah Khas
Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Kebangsaan
Malaysia selaku pakar agama dalam mengeluarkan hukum secara
ijtihad jama’ie.

Justeru, Mesyuarat Jawatankuasa Muzakarah Khas MKI Kali Ke-6


yang bersidang pada 9 Jun 2020 melalui Sidang Video di Kompleks
Islam Putrajaya, telah mengambil ketetapan bahawa pelaksanaan
ibadah haji pada tahun 1441 Hijrah/ 2020 Masihi ditangguhkan
berikutan penularan wabak COVID-19. Walau bagaimanapun
Jemaah haji yang telah ditawarkan pada 1441 Hijrah/ 2020 Masihi
akan diberi keutamaan dalam penggiliran pada tahun 1442 Hijrah/
2021 Masihi.

Muzakarah berpandangan penangguhan ibadah tersebut


berdasarkan hujah-hujah berikut:

• ‘Ilal al-Fasi: Maqasid al-Syariah ialah matlamat syariah dan rahsia yang diletakkan
oleh syarak pada setiap hukum. (Lihat Maqasid al-Syari’ah hlm.3)
• Al-Husni: Matlamat yang memberikan kebaikan yang dikehendaki oleh hukum-
hukum syarak dan makna yang dikehendaki oleh pemerintah Allah. (Lihat Al-Husni
Nazariyyat al-Maqasid hlm.119)
• Al-Raisuni: Maqasid al-Syariah ialah matlamat yang ditentukan oleh syarak untuk
dilaksanakan bagi memberi kebaikan hambanya. (Lihat Nazariyyat al-Maqasid Inda
Imam al-Shatibi, hlm. 19)
• Dr Yusuf al-‘Alim: Maqasid al-Syariah adalah kebaikan yang kembali kepada hamba di
dunia dan di akhirat sama ada dengan cara mendatangkan kebaikan atau menjauhkan
kemudaratan. (Lihat al-Maqasid al-Ammah Li al-Syari’ah al-Islamiyah, hlm. 97)
• Dr. Wahbah al-Zuhaili: Maqasid al-Syariah bererti nilai-nilai dan sasaran yang
tersirat dalam segenap atau bahagian terbesar dari hukum-hukumnya. Nilai-nilai dan
sasaran-sasaran itu dipandang sebagai tujuan dan rahsia Syari’ah, yang ditetapkan oleh

AL-BAYAN - SIRI 1 39
‫( االستطاعة‬melibatkan kemampuan me-
4 Istitho’ah
nunaikan ibadah haji daripada beberapa aspek
iaitu kesihatan, kewangan, keselamatan bakal
haji dan keizinan melakukan perjalanan ke Arab
Saudi. Tanpa persediaan yang cukup untuk
memenuhi kemampuan-kemampuan tersebut,
syarat istitho'ah tidak dapat dicapai bagi
menyempurnakan ibadah haji.

4 Kefardhuan ibadah haji dikategorikan sebagai


kewajipan yang luas waktu pelaksanaannya
‫الم َو َّسع‬
( ُ ‫) الواجب‬. Ia harus ditangguhkan apabila
syarat wajib tidak sempurna pada tahun tersebut.

4 Keputusan ini turut selaras dengan kaedah-


kaedah fiqh:

al-Syari’ dalam setiap ketentuan hukum. (Lihat Usul Fiqh Islami, 2/748)
• Dr Muhammad al-Zuhaili: Maqasid al-Syariah ialah matlamat, objektif dan natijah
serta makna yang didatangkan dengannya syariah serta disabitkannya dalam hukum.
Justeru luaslah pentahkikannya, sehingga sampai kepadanya setiap zaman dan tempat.
(Lihat Qadhaya Islamiyyah Mu’asirah).
• Dr. Husain bin Abd Aziz Rahimahullah berkata: Maksud Maqasid al-Syariah ialah
objektif-objektif yang kerananya hukum-hakam disyariatkan, untuk merealisasikan
objektif tersebut. Ia merupakan kebaikan-kebaikan yang kembali kepada para hamba,
untuk membahagiakan mereka di dunia dan di akhirat, samada objektif itu dicapai
melalui penghasilan manfaat ataupun penolakan mudarat/bahaya. Sebahagian ulama'
menghuraikan maqasid dengan katanya: “Maqasid am pensyariatan ialah maksud-
maksud dan hikmah yang dipelihara oleh Pensyariat (iaitu Allah SWT) dalam semua
atau sebahagian besar keadaan pensyariatan.” Takrif yang lebih baik daripada itu
ialah kata-kata sebahagian ulama': “Maqasid ialah hikmah-hikmah yang dikehendaki
oleh Pensyariat dalam semua keadaan pensyariatan.” (Lihat al-Usul al-‘Ammah wal
Qawaid al-Jami’ah li al-Fatawa al-Syar’iyyah, 1/19).

40 AL-BAYAN - SIRI 1
‫الض ُر ُي َز ُال‬
َ َ
Maksudnya: “Kemudaratan hendaklah dihilangkan.”

‫ب ْالَ َصالِ ِح‬


ِ ‫اس ِد ُم َق َّد ٌم َع َل َج ْل‬
ِ ‫َدر ُء ْالَ َف‬
ْ
Maksudnya: “Menolak perkara yang membawa
kepada kerosakan (mafsadah) hendaklah didahulukan
daripada mendapatkan kebaikan (maslahat).”

‫اص ِة‬ َ ‫ْالَ ْص َل َح ُة ا ْل َعا َّم ُة ُت َق َّد ُم َع َل ْالَ ْص َل َح ِة ا‬


َّ ‫خل‬
Maksudnya: “Maslahat umum hendaklah di-
dahulukan daripada maslahat khas.”

‫إل ْم َكان‬
ِ ‫الضر ُي ْد َف ُع بِ َق ْد ِر ا‬
َ َّ
Maksudnya: “Kemudaratan hendaklah ditolak
semampu mungkin.”

ٌ ‫الر ِع َّي ِة َم ُن‬


‫وط بِ ْالَ ْص َل َحة‬ َّ ‫َص ُف اإل َما ِم َع َل‬
ُّ َ ‫ت‬
Maksudnya: “Polisi pemerintah terhadap rakyatnya
hendaklah berasaskan kepada maslahat.”

AL-BAYAN - SIRI 1 41
Kami menadah tangan bermunajat dan berdoa kepada-Mu, ya Allah:

‫ َو َأ ْع ِط َنا َو َل‬،‫ َو َأ ْك ِر ْم َنا َو َل ُتِ َّنا‬،‫ال َّل ُه َّم ِز ْد َنا َو َل َت ْن ُق ْص َنا‬


‫ض َع َّنا‬ َ ‫ َو ْأر ِض َنا َو ْار‬،‫ َوآثِ ْر َنا َو َل ت ُْؤثِ ْر َع َل ْي َنا‬،‫َ ْت ِر ْم َنا‬
Maksudnya: “Ya Allah! Tambahkanlah buat kami dan jangan
Engkau kurangkan. Muliakanlah kami, jangan hinakan kami. Berilah
buat kami, jangan dicegahnya. Pilihlah kami, jangan Engkau biarkan
dan redhailah kami dan redhailah pula semua usaha kami.”

ِ‫ َو َأ ِج ْر َنا ِم ْن ِخ ْزي‬، ‫ال ُمو ِر ُك ِّل َها‬


ُ ْ ‫ال َّل ُهم َأ ْح ِس ْن َع ِاقب َت َنا ِف‬
َ َّ
‫اب ْال ِخ َر ِة‬ ِ ‫الدن َْيا َو َع َذ‬
ُّ
Maksudnya: “Ya Allah! Perelokkanlah kesudahan segala urusan
kami, serta lindungilah kami daripada kenistaan hidup di dunia
dan seksaan hidup di akhirat.”

Akhir kalam, marilah kita berdoa semoga Allah SWT segera


mengangkat wabak COVID-19 daripada terus menjangkiti umat
manusia. Semoga dua kota suci umat Islam Makkah al-Mukarramah
dan Madinah al-Munawwarah sentiasa dipelihara oleh Allah SWT dan
akhirnya umat Islam akan dapat kembali menunaikan haji dan umrah
dalam keadaan aman dan selamat pada tahun-tahun mendatang.
‫ﻣﻨﱰي د ﺟﺎﺑﱳ ﭬﺮدان ﻣﻨﱰي‬
MENTERI DI JABATAN PERDANA MENTERI
Pejabat Menteri
Tingkat 9 & 10, di Jabatan
Blok A, Kompleks Perdana Menteri
Islam Putrajaya,
No. 23, Jalan Tunku Abdul Rahman, Precint 3,
(Hal Ehwal Agama)
62100 Putrajaya, Malaysia.
Jabatan
Tel: 603-8870Perdana Menteri
7066 / 603 8870 7071
Faks: 603-8870 7061

42 AL-BAYAN - SIRI 1
Muat turun e-book percuma di

mira.gov.my/buku
Buku ini menghimpunkan pelbagai soalan-soalan lazim yang sering
dikemukakan kepada kami berkaitan hukum dan permasalahan yang
< dihadapi oleh masyarakat dalam suasana wabak COVID-19 yang
sedang menular ini. Semoga dengan penerbitan buku ini, ia dapat
menjadi rujukan dan panduan yang berguna kepada masyarakat
amnya, dan kepada petugas-petugas frontliner khususnya dalam
melaksanakan tugas menangani wabak COVID-19 ini.

Amalan berdoa merupakan amalan para nabi, rasul, para


sahabat, salafus soleh dan manusia yang kenal kepada Tuhan
< nya. Amalan ini juga adalah sebagai menzahirkan diri kita seorang
Muslim yang bergantung kepada Allah SWT dan bertawakkal
kepada-Nya. Ia adalah perisai atau benteng bagi setiap Muslim
dan mampu menolong seseorang dalam menghadapi sesuatu
musibah. Oleh itu, amat penting bagi kita untuk melazimi amalan
berdoa. Dalam buku ini, kami kemukakan sejumlah doa yang
sewajarnya dibaca dan diamalkan. Ia mungkin boleh dilakukan
selepas solat Subuh atau pada setiap pagi sebelum pergi ke
tempat kerja. Cukup dengan mengambil masa sekitar 10 hingga
ke 15 minit untuk berdoa dengan doa-doa ini.
AL-BAYAN - SIRI 1 43

Anda mungkin juga menyukai