Anda di halaman 1dari 3

GB6023 KAEDAH PENYELIDIKAN DUA

TUGASAN ANALISIS DATA (20%)

MAKLUMAT MENGENAI DATA SET:

Anda adalah seorang penyelidik yang berminat untuk mengkaji Sikap terhadap kursus GB6023,
Sikap terhadap Matematik, Kebimbangan terhadap kursus GB6023, Jangkaan Terhadap
Pencapaian, dan persepsi kendiri pelajar yang mengambil kursus GB6023. Soal selidik untuk
mengukur faktor-faktor yang dinyatakan tersebut telah ditadbirkan pada perjumpaan pertama
kursus GB6023. Soal selidik yang sama ditadbirkan sekali lagi pada akhir semester untuk
melihat perubahan (jika ada) terhadap kursus GB6023, Jangkaan Terhadap Pencapaian, dan
persepsi kendiri pelajar yang mengambil kursus GB6023 setelah 14 minggu mengikuti kursus
tersebut.
Penerangan tentang faktor-faktor yang dikaji adalah seperti berikut:
Kebimbangan terhadap Faktor ini mengukur tahap kebimbangan pelajar terhadap aktiviti-
aktiviti kursus GB6023. aktiviti yang perlu mereka lakukan dalan kursus GB6023. Skor
yang lebih tinggi menunjukkan tahap kebimbangan yang lebih.
Sikap terhadap Kursus Skor yang lebih tinggi menunjukkan sikap yang lebih negatif
GB6023 terhadap kelas GB6023.
Sikap terhadap Skor yang lebih tinggi menunjukkan sikap yang lebih negatif
matematik terhadap matematik.
Jangkaan terhadap Skor yang lebih tinggi menunjukkan jangkaan yang lebih tinggi
pencapaian terhadap pencapaian dalam kursus GB6023.
Persepsi Kendiri Skor persepsi kendiri yang lebih tinggi menunjukkan keyakinan
terhadap kebolehan sendiri yang lebih tinggi.
Jenis Penilaian yang Pelajar dapat pilih lebih daripada satu pilihan. Pilihan yang diberi
pelajar rasa sesuai untuk adalah seperti berikut:
kursus GB6023 1. Tugasan
2. Peperiksaan Pertengahan Semester
3. Perbincangan atas talian
4. Pembentangan
5. Latihan
6. Kuiz
7. Peperiksan Akhir
Anda perlu:

1. Memerihalkan data yang diberi dengan melakukan analisis deskriptif yang sesuai serta
memberikan graf/carta/jadual yang sesuai.

2. Membina 5 persoalan kajian yang merangkumi


a. Menguji perbezaan min antara dua kumpulan
b. Menguji perbezaan min lebih daripada dua kumpulan
c. Menguji hubungan (data parametrik)
d. Menguji hubungan (data bukan parametrik)
e. Satu lagi persoalan kajian yang menggunakan statistik yang belum lagi
digunakan.

Maklumat pembolehubah yang dibekalkan dalam data set ini adalah seperti berikut:

Nama Pembolehubah Penerangan


ID Nombor ID.
Jantina Jantina: 1=lelaki ; 2=perempuan
Ethnik Kumpulan Ethnik
Status_Perkahwinan Status perkahwinan: 1=bujang; 2=kahwin
Umur Umur
A_6_1 Tugasan: 0=tidak ; 1=ya
A_6_2 Peperiksaan Pertengahan Semester: 0=tidak ; 1=ya
A_6-3 Perbincangan atas talian: 0=tidak ; 1=ya
A_6_4 Perbentangan: 0=tidak ; 1=ya
A_6_5 Latihan: 0=tidak ; 1=ya
A_6_6 Kuiz: 0=tidak ; 1=ya
A_6_7 Peperiksaan Akhir: 0=tidak ; 1=ya
Skor_Kebimbangan_T2 Skor min kebimbangan terhadap aktiviti kursus
GB6023 pada awal semester.
Skor_Kebimbangan_T2 Skor min kebimbangan terhadap aktiviti kursus
GB6023 pada pertengahan semester.
Sikap_Kursus_T1 Skor min sikap terhadap aktiviti kursus GB6023 pada
awal semester.
Sikap_Kursus_T2 Skor min sikap terhadap aktiviti kursus GB6023 pada
pertengahan semester.
Sikap_Mat_T1 Skor min sikap terhadap matematik pada awal
semester.
Sikap_Mat_T2 Skor min sikap terhadap matematik pada pertengahan
semester.
Jangkaan_pencapaian_T1 Skor min jangaan terhadap pencapaian dalam kursus
GB6023 pada awal semester.
Jangkaan_pencapaian_T2 Skor min jangaan terhadap pencapaian dalam kursus
GB6023 pada pertengahan semester.
Persepsi_Kendiri_T1 Persepsi kendiri pada awal semester.

Persepsi_Kendiri_T2 Persepsi kendiri pada pertengahan semester.


GPA PNGK peringkat SPM.

Jangkaan_Gred Jangkaan Gred untuk GB6023


1=A ; 2=B ; 3=C ; 4=D ; 5=E

SILA RUJUK KEPADA RUBRIK PERMARKAHAN YANG TELAH DIBERIKAN DALAM


STRUKTUR KURSUS UNTUK MAKLUMAT LANJUT KRITERIA PEMARKAHAN
UNTUK TUGASAN INI.

*** SEKIAN MAJU JAYA ***

Anda mungkin juga menyukai