Anda di halaman 1dari 14

Sajak : Meiosis dan Mitosis

Karya : Farah Aqilah binti Zainuddin dan Ai’syah Fateha binti Hatta

Meiosis, proses pembahagian sel,


Meiosis, bertujuan menghasilkan gamet.

Meiosis, berlaku di organ pembiakan,


Meiosis, berlaku di anter dan ovari bagi tumbuhan.

Meiosis, penting untuk mengekalkan jumlah kromosom,


Meiosis, penting untuk mengekalkan variasi dan pewarisan ciri daripada induk
kepada anak.

Terdapat 2 peringkat,
Meiosis 1 dan meiosis 2.

Mitosis, proses pembahagian nukleus sel induk menjadi dua sel anak.
Yang satunya mengandungi bilangan kromosom dan kandungan genetik, berlaku di
sel soma.

Pentingnya pembahagian sel baharu ini untuk menambah sel untuk pertumbuhan
dem kemandirian organisma,
Menghasilkan sel baru bagi mengganti sel rosak, cedera atau mati,
Dan menghasilkan individu baru dalam pembiakan untuk mengekalkan spesies.

Interfasa, metafasa, anafasa, telofasa merupakan 5 fasa mitosis.


Manusia, haiwan, mahupun tumbuhan,
Mengalami proses yang penting ini.
Sajak : Mitosis dan Meiosis
Karya : Siti Iffah Izzati binti Hamin dan Auni Sobirah binti Solahuddin

Mitosis dan meiosis,


Wujudnya persamaan antara mereka,
Keduanya melibatkan penduaan kromosom,
Keduanya membahagi nukleus dan sitoplasma.

Mitosis,
Pembahagian selnya menghasilkan dua sel anak,
Pembahagian selnya menghasilkan sel-sel anak yang sama seperti induk nya,
Pembahagian selnya adalah untuk tumbesaran dan pembiakan aseks.

Meiosis,
Menghasilkan gamet haploid jantan dan betina,
Prosesnya mengurangkan bilangan kromosom dalam sel baharu,
Prosesnya juga mengalami dua peringkat pembahagian sitoplasma.

Mitosis dan meiosis,


Dua jenis pembahagian sel yang diciptakan tuhan,
Ciptaan tuhan yang perlu kita hargai.

Sajak: Oh tumbuhan dan Tumbuhanku


Karya: Fatin Fasihah binti Othman dan Nur Nadhirah binti Rosdi

Sajak: Oh tumbuhan

Tumbuhan,
Daunmu yang hijau menyejukkan bumi,
Bunga yang mekar menjadi menyeri,
Akarmu yang tunjang kukuh berdiri,
Memukau hati setiap ciptaan Ilahi.

Tumbuhan,
Membebaskan oksigen dikala hadirnya cahaya,
Menyerap karbon dioksida bila malam menjelma,
Dikawal ketat oleh liang bergelar stoma,
Mengawal transpirasi yang keluar bersama.

Tumbuhan,
Batangmu terdiri daripada xilem dan floem,
Bertindak sebagai pengangkut air dan bahan organik,
Supaya tubuhmu tetap segah,
Demi kelangsungan hidup.

Tumbuhan,
Tanpamu meranalah bumi,
Pembekal oksigen yang dikagumi,
Biarpun tubuhmu dibadai angin,
Kau tetap teguh berdiri.

Sajak: Tumbuhanku

Tumbuhan,
Kau memberi kehijauan kepada kami,
Tanpa kau, kuranglah oksigen,
Setiap masa kau bekerja,
Tanpa kenal erti penat.

Tumbuhan,
Kau juga mempunyai salasilah tersendiri,
Yang bermula dari sel hingga organisma,
Setiapnya menjalankan tugasnya sendiri,
Sehingga kau membesar dengan dengan kuat.

Tumbuhan,
Setiap hari kau berfotosintesis,
Setiap masa sel kau bekerja,
Seperti xilem yang sentiasa mengangkut air,
Demi mengekalkan kesuburan badanmu.

Tumbuhan,
Terima kasih, kerana tanpamu
Tidak cerialah bumi,
Tanpamu, malaplah dunia.

Sajak: Anatomi haiwan


Karya: Siti Iffah Izzati binti Hamin dan Auni Sobirah binti Solahuddin

Manusia diciptakan sebagai khalifah di muka bumi ini,


Mereka bernafas menggunakan sistem pernafasan yang dikurniakan oleh-Nya,
Bukan sahaja manusia,
Malah hidupan lain turut mempunyai sistem pernafasan.

Hidupan akuatik menggunakan insang untuk bernafas,


Serangga pula menggunakan trakea untuk bernafas,
Malah hidupan vertebrata menggunakan paru-paru untuk bernafas,
Sistem tersebut penting hidupan mendapatkan oksigen.

Namun,
Sistem pencernaan juga penting untuk kehidupan organisma hidup,
Mulut, perut dan hati merupakan organ terpenting dalam sistem pencernaan,
Dengan bantuan enzim akan memudahkan lagi proses tersebut.

Sistem pencernaan berbeza mengikut kelas makanan,


Karbohidrat, protein, vitamin dan lemak,
Kesemuanya penting untuk tumbesaran manusia,
Kesemuanya penting untuk menghindari daripada penyakit.

Oksigen diperlukan untuk memberikan tenaga kepada manusia,


Jantung berfungsi untuk mengepam darah beroksigen ke badan manusia,
Kesihatan jantung perlu diambil berat oleh setiap individu,
Sekali rosak tidak akan sembuh seperti sedia kala.
Sajak: Nutrisi
Pantun: Sistem badan
Karya: Fatin Fasihah binti Othman dan Nur Nadhirah binti Rosdi

Sajak: Nutrisi

Nutrisi,
Keperluan utama tubuh manusia,
Diperoleh daripada pemakanan sendiri,
Agar badan sihat sentiasa,
Demi meneruskan hidup yang penuh noda.

Karbohidrat merupakan nutrien utama,


Menjadi pembekal tenaga kepada manusia,
Supaya kuat melakukan kerja,
Mudah dijumpai di mana-mana,
Kerana terkandung dalam nasi, roti dan sebagainya.

Protein juga keperluan manusia,


Diambil pada kadar yang sepatutnya,
Jangan terlebih mahupun terkurang,
Demi pertumbuhan dan pembaikan tisu,
Agar kekal sihat tanpa cela.

Lemak juga jangan dilupa,


Terkandung dalam pemakanan manusia
Biarpun sedikit tetap berjasa,
Melindungi organ dan membekalkan tenaga,
Agar badan sihat dan bahagia.

Sajak: Anatomi dan fisiologi haiwan


Karya: Nur Syahidah binti Ahmad Syahroni dan Shazana binti Abd Manan
Sekecil atom menjadi haiwan dan manusia,
Bagaimana mungkin,
Atom yang kemudiannyaa akan membentuk organel dan sel haiwan,
Lagi sel kepada organ,
Lagi organ kepada sistem badan,
Dan akhirnya lengkap membentuk organisma,
Itulah keunikan ciptaan Yang Maha Berkuasa.

Sel bertambah dan bertambah,


Pembesaran terus berlaku,
Dan tiba masa perkembangannya akan berhenti,
Itulah haiwan,
Tenaga yang dihasilkan sel,
Diguna pakai untuk menggerakkan sistem badan,
Agar aktiviti harian berjalan lancar.

Oksigen disedut haiwan,


Lalu masuk ke peparu untuk menukar gas,
Melalui alveolus yang nipis, lembab, banyak untuk ke kapilari darah,
Agar pertukaran gas lebih efisien,
Yang tidak perlu, karbon dioksida
Dihembus keluar.

Imun rendah diserang penyakit,


Di sinilah fungsi sel darah putih,
Menjadi benteng melawan patogen,
Hadirnya di dalam salur darah,
Memastikan badan kuat melawan penyakit.

Keseimbangan dalaman paling utama,


Jangan ambil ringan suhu tinggi,
Kerana boleh menyebabkan sistem badan terencat,
Garam jangan tinggi, nantikan hipertensi,
Jagalah ginjal, kerana disitulah organ yang menapis darah.

Sajak: Fisiologi haiwan


Karya: Nurul Aina Saffiah binti Mazlan dan Nurul Hidayah binti Azhari

Fisiologi salah satu cabang daripada bidang biologi,


Kajian mengenai kehidupan benda hidup,
Mengenai haiwan dan tumbuhan.

Pengkajian mengenai sifat fizikal benda hidup,


Cara organisma berinteraktif antara satu sama lain,
Dengan alam sekitar,
Dengan kelebihan atau kekurangan fizikal.

Sajak : Salah siapa?


Karya : Farah Aqilah binti Zainuddin dan Ai’syah Fateha binti Hatta

Gema azan bergema menghiasi sekalian alam,


Irama kicauan memecah kesunyian pagi yang dingin,
Mata dicelik nafas dalam kuhirup,
Syahdu dan ketenangan yang kurasa,
Mensyukuri nikmat nyawa masih diberi.

Ku lihat indahnya fajar sejengkal membuka tirai,


Mata dilirik ke nirvana khazanah alam,
Aku sedari,
Indahnya setiap ciptaan Tuhan buat makhluknya,
Tangan kutadah berharap ini kekal selamanya.

Hutan menghijau tekal memegang amanah,


Menjadi pelindung pelbagai flora dan fauna,
Kala manusia menikmati nikmat setiap hembusan,
Engkau tanpa lelah bekalkan seluruh hidupan oksigen,
Engkau terima hasil buangan kami tanpa keluh kesah,
Tanpa keraguan menerpa minda,
Banyak jasa kau taburkan buat seluruh alam.

Namun sayang,
Pengorbanan engkau dipersia dan diperbodoh,
Manusia durjana tanpa segan silu menghianati,
Demi mengejar bahagianya erti kekayaan,
Engkau terus-terusan digondol,dimusnah, dibakar.

Manusia tidak sedar,


Engkau kesakitan dan tiap itu bawanya bencana alam,
Tangan-tangan penghancur perlu dipersalah!

Pencemaran demi pencemaran,


Menghiasi segenap pelosok dunia tanpa diduga,
Hakisan tanah, banjir kilat memakan diri manusia,
Banyaknya bagai tiada kuasa untuk membendung,
Semuanya bermula dari mana?

Hati gelap manusia yang tamakkan kesenangan,


Usah menunding usah berdolak-dalih,
Kita tahu kita bersalah!

Sajak : Ekologi
Karya : Nur Aisyah binti Zaid dan Nor Amierah Nasyrah binti Arsyad

Tiada kata mampu menggambarkan indannya dunia,


Dari langit hingga ke bumi saling bekerjasama,
Dari darat hingga ke laut komponen dalam alam sekitar saling bertaut,
Komponen benda bukan hidup dipanggil abiosis,
Organisma hidup dinama biosis.

Saling memerlu itulah hidupan,


Memberi dan menerima bagi meneruskan kehidupan,
Hijau lestari tumbuhan hijau membekalkan makanan
Untuk pengguna seperti haiwan yang kelaparan.

Gersang,
Bumiku kian gersang,
Hijau lestari gunung ganang,
Kian pudar kian hilang.

Udara bersih semakin hilang,


Udara dihirup sesak didada,
Jerebu melanda akibat pembakaran,
Manusia dan alam jadi taruhan.

Sungai bersih sukar dicari,


Angkara tangan-tangan tak kenang budi,
Alam sekitar ibarat tiada erti,
Buang sampah sesuka hati.

Tangan manusia punya angkara,


Bumi kita jadi mangsa,
Alam dunia harus kita jaga,
Hidup sihat dan sejahtera.

Sajak : Bumi tersayang


Karya : Fatin Fasihah binti Othman dan Nur Nadhirah binti Rosdi

Sajak: Bumi tersayang

Bumi,
Kau mempunyai pelbagai habitat,
Setiap daripadanya sentiasa berhubung,
Mengandungi pelbagai flora dan fauna,
Yang menghiasi setiap ekosistem,
Yang menceriakan seluruh alam.

Bumi,
Tanpa kau, tiada tempatlah manusia,
Yang sentiasa dihiasi dengan pelbagai populasi,
Tidak kira abiosis atau biosis,
Kedua-duanya sentiasa berperanan,
Tanpa mereka, hancurlah bumi yang indah.

Bumi,
Tanpa kau, tiadalah flora dan fauna,
Dijaga rapi di setiap ekosistem,
Ada di lautan, ada di daratan,
Sentiasa aman, hidup berkembang.

Bumi,
Kau semakin tua, kau semakin lemah,
Tetapi alam sekitar sentiasa meriah,
Namun, tangan-tangan manusia sendiri,
Yang telah merosakkanmu,
Alam sekitar kian memburuk,
Kerana sikap manusia yang tamak.
Bumi,
Tanpa kau, siapalah kami,
Tanpa kau, tidak wujudlah setiap habitat,
Terima kasih bumi.

Sajak : Ekosistem kita


Karya : Nur Syahidah binti Ahmad Syahroni dan Shazana binti Abd Manan

Ekosistem ,
Mengandungi komponen biosis dan abiosis,
Yang saling bersandaran antara satu sama lain,
Tanpa salah satu, ekosistem menjadi tidak seimbang.

Abiosis ialah faktor fizikal manakala biosis ialah faktor biologi,


Komponen abiosis adalah seperti aras pH, suhu dan topografi,
Nilai pH yang sesuai untuk organisma ialah 6-7.5,
Walau begitu, terdapat juga pokok yang mampu hidup di keadaan asid atau alkali.

Manakala biosis ialah perkara yang lebih kompleks daripada abiosis,


Kerana biosis,
merangkumi rangkai makanan, interaksi dari segi makanan dan persaingan,
Contoh terdekat ialah rangkai makanan,
Rangkai makanan ada pengeluar dan pengguna.

Asal mula daripada pengeluar yang penuh dengan sumber tenaga,


Pabila dimakan pengguna pertama,
Tenaga berkurang,
Dimakan pula pengguna kedua,
Semakin berkurang,
Begitulah seterusnya sehingga habis digunakan.

Ekosistem pelbagai,
Ditafsirkan ekosistem sebagai interaksi dalam komuniti,
Haiwan, tumbuhan dan hidupan lain,
bersama dengan persekitaran yang tidak bernyawa,
Saling melengkapi membentuk sebuah ekosistem.

Sayang ekosistem seperti sayang nyawa,


Tiada ekosistem, tiadalah kita,
Pelihara dan pulihara,
Dua benda yang sangat dituntut,
Agar kemandirian semua hidupan terjaga.

Sajak : Ekosistem
Karya : Nur Hafizah binti Husin dan Nur Asilah binti Ismail

Ekosistem,
Wujud interaksi,
Interaksi dua komponen,
Biotik dan abiotik.

Biotik, ialah manusia,


Biotik, ialah juga flora fauna.

Abiotik,
Menjadi habitat.
Saling bersandaran,
Saling berinteraksi,
Membina keseimbangan.

Ekosistem,
Wujud rantaian makanan,
Wujud juga kitar nutrien.

Anda mungkin juga menyukai