Anda di halaman 1dari 13

Pandangan Tokoh Terhadap Seni

Pandangan tokoh-tokoh mengenai Pendidikan Seni

Pendidikan Seni merupakan suatu program pendidikan yang bersistem dan mempunyai
matlamat serta hala tuju yang jelas. Terdapat banyak pendapat dan pandangan yang
diutarakan mengenainya oleh para pemikir seni. Setiap tokoh-tokoh tersebut
mengutarakan pandangan mengikut pendekatan masing-masing.

Herbert Read dan Viktor Lowenfeld berpendapat Pendidikan seni seharusnya


berasaskan aspek psikologi yang melihat kepada perkembangan kanak-kanak dalam
melahirkan pernyataan dirinya. Dalam konteks ini, guru seni perlu melihat potensi
kedua-dua pihak, pelajar dan guru itu sendiri dari asoek motivasi, personaliti dan
sebagainya.

Eisner ( 1967 ), Pendidikan Seni dan kreativiti bukanlah diperolehi secara mutlak,
sebaliknya ia harus dipupuk melalui proses pembelajaran. Selain daripada itu, beliau
juga berpandangan kreativiti dan kebolehan kanak-kanak adalah berbeza berdasarkan
latar belakang dan pengalaman mereka. Berdasarkan kajian beliau, kanak-kanak yang
datang daripada keluarga yang berpendapatan rendah mempunyai kebolehan yang
rendah berbanding dengan kanak-kanak sebaliknya.

Feldman ( 1996 ) berpendapat pendidikan seni sebagai usaha yang melibatkan


pengajaran dan pembelajaran membuat dan memahami seni, di samping mengetahui
tentang dunia dan diri kita melalui seni. Seni yang dimaksudkan di sini adalah seni
visual yang merangkumi keseluruhan bidangnya. Ini adalah kerana seni visual adalah
berkait rapat dengan alam dan persekitarannya yang turut merangkumi manusia dan
kemanusiaannya, kebudayaan dan lain-lain altiviti yang berkai dengan kehidupan.
Secara jelasnya, pendidikan seni mempunyai peranan di dalam segenap aspek
kehidupan samada sosial, politik, kebudayaan mahupun ekonomi.

ii) Pandangan Barat tentang kesenian 


Menurut Herbert Read, seni adalah penghasilan rupa bentuk yang menimbulkan
keceriaan, keseronokan dan kesenangan estetik. Keceriaan, keseronokan dan
kesenangan estetik ini adalah kesan yang timbul daripada samada sewaktu
menghasilkan produk seni mahupun menikmati hasil seni. Kedua-dua pihak samada
artis mahupun pemerhati seni akan merasai kesan-kesan tersebut. 

Clive Bell ( Syed Ahmad Jamal, 1994 ) berpendapat bahawa emosi yang dialami
apabila menghayati sesebuah karya seni adalah emosi yang tersendiri dan berada di
dalam alam yang asing.

Pada asasnya, menurut barat, seni adalah pernyataan dan teknik pembuatannya. Seni
memberi bentuk tampak kepada bentuk yang terpendam, dipersembahkan di dalam
bentuk imej yang dapat dilihat. Dalam kebudayaan manpun, perasaan dan fikiran dapat
dilahirkan melalui seni. Seni merupakan intisari kemanusiaan lambang suatu kumpulan
manusia dalam kebudayaannya.

Crose dan Collingwood ( Syed Ahmad Jamal, 1994 ) berpendapat bahawa, karya seni
itu suatu imej mental. Objek yang ideal yang dinyatakan di dalam bentuk fizikal melalui
bahan yang terhasil daripada karya sebenar dalam fikiran pemerhati. Beliau
sebenarnya menyokong pendapat yang menyatakan bahawa seni adalah pernyataan
rasa yang imaginatif. Ini adalah kerana beliau cuba membezakan seni dengan kraf. Kraf
pada pandangan beliau merupakan aktiviti mengubah bahan mentah menjadi barangan
dengan menggunakan kemahiran yang boleh dipelajari.

Konsep seni mempunyai pertalian yang erat dengan estetika. Menurut pandangan
Barat, estetika bererti sesuatu yang berkaitan dengan pengamatanterhadap sesuatu
perkara atau suasana yang menekankan aspek kesenian atau keindahan, bukan aspek
kegunaannya. 

Perkataan estetika mula digunakan oleh Baumgarten pada tahun 1735. Menurutnya,
keindahan mestilah diasingkan daripada estetika kerana barang yang buruk boleh
diterima dengan cara yang indah dan sebaliknya.
Kebudayaan Barat telah memisahkan seni dengan agama. Pemisahan ini wujud
dengan lahirnya sekularisme. Lantaran itu, seni menjadi suatu yang bebas. Demi seni,
semuanya dibolehkan sehingga melahirkan kepelbagaian aliran di dalam seni itu sendiri
seperti ekspressionisme, kubisme, impressionisme dan sebagainya. 

Pandangan Tokoh Barat

a) Plato (347 SM) 


- Lukisan adalah 3 kali terpisah daripada
kebenaran. 
- Seni dan pendidikan perlu dipandukan kepada
kebenaran, kebaikan, kesempurnaan, kesejahteraan dan
keindahan. 
- Dikatakan dengan perlakuan, akhlak, nilai dan moral.
- Mencipta sesuatu persekitaran yang berbudaya dan
meningkatkan perpaduan:
: Lukisan dibincang dengan konsep imitasi.
: Membandingkan lukisan dengan kebenaran.
: Pelukis meniru objek yang dibuat oleh tukang pembuat.

b) Aristotle (384-322SM)
- pelukis tidak meniru tetapi memberi struktur bentuk kepada benda
alam, maka seni itu baik.

C) Pestalozzi (1746-1827)
- Memberi peluang kepada kanak-kanak belajar seni sama ada
berbakat atau tidak, seni diberi penekanan kepada konsep
kepentingan aktiviti mata dan tangan.
- Kerja tangan atau kraftangan diajar dengan konsep sepanjang
hayat, aktiviti bercorak praktikal.

d) Herbert Read
- Seni adalah penghasilan rupa dan bentuk yg menimbulkan
keceriaan, keseronokan dan kedamaian estetik.
- Seni alat untuk mendidik seseorang
- Seni boleh menyatukan semua Negara (pendidikan dan
pembentukan diri)

e) Frank Cizek ( 1865-1946)


- Seni sebagai satu peranan ekspresi bebas dalam
pendidikan .
- Kanak-kanak diberi ruang untuk melukis mengikut
pandangan mereka supaya tidak hilang kreativiti dan sifat
keperibadian diri.
-Seni mewujudkan suasana gembira, suka, riang,
minat untuk belajar dan memajukan diri.

f) John Dewey (1859 – 1952)


- Aktiviti seni merupakan satu pengalaman kepada kanak-kanak.
- Memberi kebebasan kepada kanak-kanak menysun
pengalaman untuk mencerdaskannya. (kreativiti, pemikiran)

g) Walter Gropius
- Seni visual memberi faedah kepada kehidupan seharian
seperti dalam prinsip-prinsip rekaan dan nilai estetik bagi
menghasilkan barangan harian eg. Kerusi,meja dsb.
- Ianya mengabungkan seni, pertukangan, sains dan
teknologi.

h) Efland dan Laura H. Chapman


- Seni adalah untuk masyarakat
- Seni dan kreativiti menjadi satu unsur imaginasi.

i) Lansing
- Seni dapat mengembangkan potensi pemikiran, sikap dan
psikomotor.

J) June McFee
- Menekan kpd kesenian dan individu serta seni dalam masyarakat
warisan budaya.

k) Feldman
- Seni dan kebudayaan tunjang pembangunan seni manusia.

Sememangnya telah sekian lama mewarnai ketamadunan, peradaban dan kebudayaan


manusia. Peredaran masa memperlihatkan perubahannya yang berkembang seiring
dengan kehendak persekitaran dan naluri manusia itu sendiri. Lantaran itu, kita dapat
melihat variasi dan kepelbagaian pandangan yang dilontarkan oleh tokoh-tokoh seni
seantero dunia. Kepelbagaian pandangan tersebut sebenarnya turut menjadi perencah
di dalam mewujudkan kepelbagaian genre, aliran, teknik serta variasinya seni itu
sendiri. Sejajar dengan peranan seni dan kesenian di dalam kaitannya dengan warisan
dan kebudayaan masyarakat, pandangan tokoh-tokoh yang dilontarkan mencerminkan
apa yang sebenarnya mampu diterjemahkan oleh seni dan kesenian itu sendiri di dalam
masyarakat. Seni dan kesenian terlalu akrab dengan aspek keagamaan, sosial, politik,
ekonomi serta kebudayaan sehingga para ilmuwan dalam setiap bidang tersebut turut
terpanggil untuk membentuk seni dan kesenian yang sejajar aliran dan fahaman
mereka.

i) Pandangan Islam tentang seni dan kesenian di dalam Islam


Sering kali timbulnya pertanyaan adakah kaitannya antara seni dengan agama Islam itu
sendiri? Pertanyaan tersebut sebenarnya telah mengundang perdebatan demi
perdebatan sejak berabad lamanya. Lalu, sebagai jalan keluar daripada polemik yang
timbul, maka para seniman Islam telah mencipta suatu dimensi baru di dalam kesenian.
Islam sebenarnya penuh dengan kesenian. Intipati kesenian islam adalah tauhid. Ia
merupakan penyatuan, ketauhidan kepada Maha Pencipta. Kesan daripada ketauhidan
tersebut lahirlah keindahan dan kesatuan yang harmoni yang membentuk acuan yang
tersendiri. 
Melalui asas-asas tauhid juga terbentuk dunia Islam yang berkembang secara organik,
yang melalui berbagai proses transformasi adaptasi daripada unsur-unsur alam.
Jelasnya, kesenian Islam adalah terbentuk dan terikat kukuh di dalam konsep ‘ tauhid ’
itu sendiri. Bagi agama Islam, agama bukanlah kebudayaan. Setiap perbuatan di dalam
Islam mestilah berpaksikan kepada agama sementara budaya bergerak selari dengan
kehendak agama.
Di sinilah wujudnya perbezaan jelas di antara kesenian Islam dengan bukan Islam. Seni
di dalam Islam adalah kerana Allah manakala seni bukan Islam mementingkan estetika
semata-mata tanpa mempunyai ikatan kukuh dengan keagamaan. Islam menuntut
umatnya menjalankan aktiviti kesenian berpandukan akhlak Islam.

Pandangan Tokoh Timur dan Islam


a) Muslim
–Dalam kitab Al-Iman.
–Org yg mempunyai ilmu seni bertemu dgn objek alam s/jadi dapat mencipta suatu
karya dan menghargai objek tersebut.

b) Pandangan Al-Ghazali
- Seni bersandarkan daripada Allah kpd Allah.
- Seni menuju kepada Al-Falah ( keredhaan Allah )
- Pemangkin kepada ketaqwaan ( tawaduk & beriman )

c) Sidi Ghazalba
- Seni tidak melampui batas kesusilaan
- Seni bertunjang daripada Allah kepada Allah
- Hasil seni itu bertunjang “mardatillah” ( diredhai Allah)
-Seni membentuk peribadi muslim

Menurut June McFee dalam bukunya bertajuk 'Preparation for Art', menyatakan seni
adalah sebahagian dari kebudayaan sesuatu masyarakat kerana ianya adalah jelmaan
daripada beberapa bahagian nilai, sikap dan kepercayaan dalam sesuatu masyarakat.
Secara langsung kenyataan ini melambangkan bahawa seni merupakan cerminan
budaya dalam sesebuah masyarakat. Tanpa budaya mesyarakat itu tidak kukuh dan
tidak mengandungi nilai tamadun.

Menurut Sidi Ghazalba dalam bukunya bertajuk Pandangan Islam Tentang


Kesenian menyatakan bahawa sesuatu kebudayaan ialah cara berfikir dan cara
merasa, yang menyatakan diri dalam seluruh kelompok manusia yang membentuk
masyarakat, dalam sesuatu ruang dan sesuatu waktu. Takrif ini dapat diringkaskan
bahawa kebudayaan itu adalah cara berfikir dan cara menikmati dalam kehiduapan.
Jelasnya ialah seni itu merupakan intipati 'Cara hidup' individu berkembang menjadi
sebuah komuniti yang luas.

Menurut Herbert Read dalam bukunya 'The Meaning of Art', menyatakan Seni itu
adalah penciptaan bentuk-bentuk yang menyenangkan. Yang dimaksudkan dengan
'menyenangkan' ialah kesenangan estetik (aesthetic pleasure).Peluahan rasa indah
yang diperolehi dari pengalaman, cetusan rasa dan diinterpretasi dalam bentuk karya
sebagai cara untuk berkongsi dengan masyarakat.

Oleh yang demikian, mengapa ada dikalangan masyarakat meragui mata pelajaran
Pendidikan Seni Visual?. Pendidikan Seni Visual lebih menjurus untuk melahirkan
perubahan individu kepada nilai murni dengan memupuk diri dalam pengalaman estetik
dan membentuk emosi yang seimbang. Beberapa kenyataan ini akan menguatkan
hujah bahawa pentingnya Pendidikan Seni Visual dalam merealisasikan perubahan
tingkahlaku manusia dalam dunia pendidikan.

Seni sebagai Alat Penyataan diri

Moholy Nagey menyatakan, satu cara untuk menggambarkan emosi adalah dengan
menggunakan seni untuk merangsang dan menyatakan emosi itu. Sebenarnya melalui
aktiviti-aktiviti seni kesan emosi diri akan merasakan kepuasan, lega, lapang perasaan,
stabil emosi, dan ketengaan dari tekanan perasaan. Ini terbukti dengan membuat aktiviti
melukis, kraf atau apa-apa kegiatan seni akan meimbulkan kesan kelegaan dengan
meluahkan perasaan dalam hasil karya yang dibuat itu.

Seni Menajamkan Kepekaan dan Pengamatan

Pancaindera yang ada pada manusia seperti rasa, sentuhan, bau, penglihatan,
pendengaran adalah fitrah yang Allah berikan kepada manusia. Pancaindera ini perlu
disuburkan melalui sentuhan yang murni. Pengalaman seni memerlukan kepekaan
terhadap pengamatan semasa penciptaan sesebuah karya seni, sebagai contoh
semasa melukis, pengkarya perlu memberi perhatian dan pengamatan kepada objek
yang difokuskan, maka berlakulah pengamatan secara teliti.Pengalaman saya sendiri
sebagai seorang guru Pendidikan Seni Visual, pelajar lazimnya meluahkan betapa
sukar untuk melukis walaupun hanya melalui proses 'imitasi' (peniruan dari gambar atau
imej sebenar). Belum lagi aktiviti yang melibatkan imaginasi yang logik. Namun kenapa
masih terlalu ramai memberi hukuman mandatori, seni itu suatu subjek picisan, mudah
dan sebagainya. Selalu ditafsirkan sebagai suatu bidang yang mempunyai nilai kapasiti
yang rendah untuk diketengahkan sebagai bidang pilihan pelajar, ibu bapa malahannya
dari kalangan profesional sendiri. Perlukah saya ulang lagi soalan yang menjadi tajuk di
atas?

Sumber: http://psvsakti.blogspot.com/
Al-ghazali..

Al-Ghazali adalah seorang ahli falsafah islam yang terunggul bukan sahaja dikalangan
umat islam malah di kalangan para karyawan barat juga. Keagungan al-Ghazali
memberi kesan yang mendalam dalam jiwa kaum muslimin dari segi pemikiran dan juga
pekertinya yang juga memang terpuji. Keilmuannya yang sangat luas khususnya dalam
bidang falsafah, usul, fekah, ilmu kalam, tasawuf, kemasyarakatan, pendidikan, politik
dan juga kesenian serta dengan penulisan buku yang banyak maka wajarlah beliau
digelar sebagai “Hujjatul Islam “.

Nama sebenar Al-Ghazali ialah Abu Hamid Muhammad bin Muhammad bin Muhammad
bin Ahmad al-Tusi al-Ghazali. Dilahirkan di Tus pada 1058M berhampiran
BandarMeshad di Khorasan, Iran. Perkataan al-Ghazali berasal dari tempat
kelahirannya iaitu Gazalah atau pekerjaan bapanya sebagai penenun dan penjual kain,
Ghazzal.

Zaman kanak-kanaknya dihabiskan dengan mempelajari ilmu usuluddin dan fiqah syafii.
Ketika berusia 20 tahun pada tahun 1077M, beliau telah pergi ke madrasah
Nizammiyah di Nirharpur. Menjadi pelajar kepada Abu Al’maali al Juwayni yang dikenali
sebagai imam al-Haramayni merupakan seorang ulama yang terkenal pada zaman itu.
Melalui bimbingannya, beliau telah mempelajari usulludin, ilmu kalam, sains, tabii,
falsafah dan ilmu logik. Imam Haramayni memiliki kehebatan yang luar biasa sehingga
menyebabkan semua hadirin menangis setiap kali membicarakan tentang sejarah ahli
sufi dan makam mereka. Beliau juga memperkenalkan teori logik dan ilmu falsafah
kepada al-ghazali. Namun ilmu yang menjadi keutamaan al-ghazali ialah ilmu kalam.

Al-Ghazali dikatakan seorang yang mempunyai kepintaran luar biasa, alim dan
dianggap sebagai seorang yang mencintai ilmu pengetahuan. Dalam bidang kesenian,
al-Ghazali mengemukakan teori estetika. Teori ini menyentuh aspek keindahan yang
terdapat pada sesebuah karya seni. Keindahan menurut al-ghazali adalah nikmat yang
tersendiri yang dihayati kerananya dan bukan untuk tujuan yang lain. Keindahan
sesuatu benda itu terletak pada kesempurnaannya yang disedari melalui sifatnya.
Al-Ghazali tidak menumpukan perhatiannya kepada karya seni dalam bentuk fizikal. Ini
kerana beliau berpendapat sesebuah karya seni yang dinilai daripada aspek fizikal
sebenarnya hanyalah untuk tuntutan jasmani. Bagi al-Ghazali, manusia yang taksub
dengan kebendaan tidak akan berjaya menjejak kebahagiaan hakiki tetapi akan terus
menerus hanyut dalam kancah kehancuran. Selain itu, segala yang ditanggapi yang
melahirkan nikmat dan kepuasan bergantung kepada orang yang membuat tanggapan
itu. Sesebuah karya seni yang dihargai dan diamati akan dapat melahirkan kepuasan
pada penghayat seni itu sendiri. Ini merumus kepada segala yang indah akan dikasihi
kerana yang indah memberi atau mendatangkan kepuasan kepada penghayatnya.

Keindahan alam semulajadi merumuskan tuhan yang menciptakannya kerana yang


menciptakannya ialah tuhan yang indah. Keindahan tuhan dapat dipersepsikan melalui
kuasa pancaindera dan oleh ‘ mata hati ‘ . al-Ghazali melihat keindahan daripada segi
dalaman yang bersabit dengan nilai-nilai kerohanian, etika dan keagamaan. Keindahan
alam luaran atau syahadah dapat dipersepsi oleh pancaindera yang lima dan didapati
oleh sesiapa sahaja manakala keindahan dalaman manusia yang dapat dihayati melalui
mata hati lebih peka, lebih seni daripada pancaindera yang lima.

Seni menurut pandangan al-Ghazali adalah sesuatu yang tidak dinafikan bahawa
hubungan seni dengan kehidupan manusia tidak boleh dipisahkan. Manusia tidak
bolehterpinggir dengan seni namun kehadiran seni itu wajar tidak memisahkan akidah
manusia. Dalam perspektif islam, seni boleh dibahagikan kepada dua tujuan iaitu yang
pertama ialah suatu alat bagi manusia mencapai matlamat lebih tinggi dan bermakna
iaitu untuk mencapai kbahagiaan dunia dan akhirat manakala yang kedua pula ialah
seni melupakan suatu penawar bagi seseorang yang mengembara di dunia ini dalam
menuju alam akhirat.

Ibnu khaldun…

Ibnu Khaldun adalah seorang tokoh pemikir islam yang unggul terutama dalam bidang
sosiologi dan falsafah. Lukisannya yang dikenali sebagai “muqaddimah” atau
“prolegomena” menjadi ibu kepada kesusasteraan falsafah sejarah dan sosiologi.
( estidotmy utusan Malaysia, 2002)
Ibnu Khaldun dilahirkan di Tunisia pada 1 Ramadhan tahun 732H .Nama penuh Ibnu
Khaldun adalah Abdul Rahman Abu Zin Waliuddin Ibn Muhamad Ibnu Khaldun al-Maliki
al-Hadrami. Khaldun adalah gelaran beliau sempena nama datuknya Khaldun daripada
suku Hadrami. Nama asal beliau ialah Khalid. Perkataan “khaldun” itu sendiri
bermaksud intelek, ulama , pemimpi dan pemikir. Dalam usia yang masih muda, beliau
mampu menguasai pelbagai jenis ilmu tafsir, hadis, fikah, maliki, tauhid dan usul fikah.

Ibnu Khaldun meninggal dunia pada 26 ramadhan tahun 808 hijrah ketika berusia 86
tahun. Ibnu khaldun dimakamkan di Mesir pada zaman kerajaan bani uthmaniyah
disekitar kawasan permakaman kaum sufi di bab al-nasir ( ghazali Darussalam,1988 )

Menurut Ibnu Khaldun, seni itu suatu kebenaran, keindahan dan kebaikan. Didalamnya
juga terkandung nilai-nilai estetika, etika dan logika. Estetika mengandungi unsur-unsur
kecantikan, baik susunannya, menarik komposisinya serta indah apabila sesuatu hasil
karya itu dihasilkan. Etika itu merujuk kepada elemen –elemen akhlak atau moral yang
membina manusia. Logika pula merujuk kepada satu kebenaran yang hakiki.
Pengetahuan dalam ssejarah boleh membentuk kerangka kefahaman dalam seni.
Pengetahuan dalam sejarah ini tidak dapat dipisahkan daripada kehidupan manusia
pada zaman batu sejak kewujudan lukisan di gua Altamira, Sepanyol.

Bagi Ibnu Khaldun, kebenaran dalam kesenian haruslah berpaksikan Allah s.w.t.
kesenian dicetuskan dengan niat mendapatkan keredhaan allah.s.w.t. seni dalam islam
adalah seni yang mementingkan nilai-nilai akidah, syarak dan akhlak.

Kesenian islam menjadikan al-quran, al-sunnah, ijmak dan qiyas sebagai sumbernya.
Dalam seni khat misalnya, terkandung nilai kebenaran pada keesaan allah s.w.t. seni
kahat arb adalah anugerah daripda allah kepada manusia.

Keindahan ditafsirkan sebagai kecantikan, keelokkan atau perihal yang menerangkan


sesuatau yang indah. Perkataan indah itu sendiri dimengerti sebagai sesuatau yang
baik, molek dan bagus. Kesenian yang diciptakan atas seni islam mestilah
mengandungi nilai kebaikan dan nilai akhlak. Sedangkan seni yang tidak berbentuk
islam diciptakna untuk tujuan takbur, riak menaikkan nafsu syahwat, merosakkan
akidah, syarak dan akhlak.
Estetika pula membawa maksud kecantikan, baik susunannya dan keberkesanannya.ia
melibatkan psikologi manusia yang berkaitan dengan perasaan. Daripda sudut
psikologi, keindahan itu dilihat sebagai sesuatau yang sesuai kepada pancaindera atau
deria rasa.

Laura H.Chapman…

Beliau mengemukakan tiga pandangan terhadap seni. Pertama ialah seni adalah untuk
masyarakat dan ini b bermakna seni itu perlu disebarkan dan dikongsi. Atas alas an
inilah,seni itu tidak boleh digunakan untuk kepentingan sendiri. Seni perlu dikongsi
bersama-sama agar semua orang dapat menikmati keindahannya.

Kedua,seni dan kreativiti menjadi satu unsur yang berimaginasi. Ini bermakna seni dan
kreativiti perlu bergabung menjadi unsur imaginasi terutamanya dalam menghasilkan
sesuatu karya seni.

Pendapat beliau yang ketiga pula ialah beliau lebih menumpukan kepada seni utama
iaitu melalui pemerhatian,penerokaan,penghasilan serta apresiasi dan perlanjutan.
Ketiga-tiga pendapat Chapman ini menjadi satu unsur yang penting dalam seni.

Selain itu,beliau turut menyatakan melalui seni dapat dihasilkan melalui kaedah
penjanaan idea. Umumnya ,dalam menjana idea,pengkarya menetapkan objektif,haluan
dan tujuan penghasilan karya, ia dilakukan agar karya yang dihasilakan dapat menepati
kehendak sebagaimana objektif penghasilan karya. Sebagai contohnya, guru
mestilah membimbing pelajar dalam menetapkan hala tuju penghasilan karya selain
menerangkan kaedah menjana idea.Ini membolehkan pelajar dapat menghasilkan
karya yang baik.

Di samping itu,beliau turut menyatakan melalui pengolahan dan pemurnian.Proses


pengolahan dan pemurnian idea dilakukan bagi mendapatkan kajian visual yang lebih
sistematik dan tersusun.Idea perlu diolah dan dimurnikan terlebih dahulu sebelum
menghasilkan sesebuah kajian visual.Proses ini digunakan oleh pengkarya untuk
memastikan imej atau visual yang hendak dihasilkan atau dipilih bertepatan dengan
tema dan objektifpenghasilan.Jadi,sudah tentu imej atau visual tersebut dihasilkan
tanpa terpesong daripada tema dan objektif.

Selain itu, kemahiran dalam menggunakan bahan .Ini merupakan salah satu kemahiran
yang perlu dimiliki terutamanya dalam menghasilkan karya seni agar karya yang
terhasil itu bermutu. Pemilihan dan penggunaan bahan yang sesuai penting agar segala
karya seni yang dihasilkan nampak kreatif. Contohnya, guru perlu membimbing pelajar
untuk mempelajari pengenalan terhadap bahan dan teknik penggunaan serta
penghasilan. Para guru perlu menjelaskan melalui demonstrasi dan tunjuk ajar kepada
para pelajar supaya pemilihan bahan oleh para pelajar mempunyai makna dan nilai
tersendiri.

Pendapat beliau yang terakhir ialah kritikan seni. Kritikan seni penting agar setiap orang
dapat memperbaiki sesuatu hasil seni kepada yang lebih baik dan membina keyakinan
kepada pelajar. Melalui kritikan seni juga,para pelajar dapat memahami adat,tradisi dan
nilai sesuatu masyarakat.Seni adalah untuk masyarakat, Seni dan kreativiti menjadi
satu unsur imaginasi.

http://gengpsv.blogspot.com/2008/10/pendapat-al-ghazali-ibnu-kkhaldun-dan.html

Anda mungkin juga menyukai