Anda di halaman 1dari 6

CORAK INTERAKSI ANTARA GURU DAN MURID DI DALAM BILIK

DARJAH DAN KEPENTINGANNYA.

Interaksi merupakan faktor penting dalam kejayaan proses pengajaran dan


pembelajaran (P&P). Melalui perlaksanaan interaksi yang baik semasa proses (P&P), ia
dapat menggalakkan murid untuk melibatkan diri dalam proses pembelajaran. Interaksi
boleh didefinisikan sebagai satu jalinan hubungan antara guru dan murid. Menurut
kamus ‘A English Dictionary’, interaksi bererti proses saling bertindak serta saling
mempengaruhi antara satu sama lain. Interaksi terdiri dari kata inter (antar), dan aksi
(kegiatan). Proses interaksi adalah perkara yang tidak dapat dielakkan di dalam
kehidupan seharian kerana tanpa proses tersebut, kita akan berada dalam kesunyian dan
tertinggal dalam pelbagai bidang. Proses interaksi adalah hubungan antara individu
dengan individu lain atau sebaliknya sehingga melahirkan hubungan yang saling timbal
balik. Sekolah merupakan tempat yang banyak berlakunya proses interaksi khususnya
dalam bilik darjah iaitu semasa proses pengajaran dan pembelajaran dijalankan.
Menurut Musdhalifah (2016), ilmu sosiologi selalu mengaitkan tentang interaksi
dengan istilah sosial di mana wujudnya satu hubungan timbal balik atau tindakan dan
reaksi antara sesama manusia yang tidak mementingkan hubungan yang mesra atau
bermusuhan, formal atau tidak formal, sama ada secara bersemuka atau tidak
bersemuka. Interaksi selalu dikaitkan dengan istilah komunikasi atau hubungan,
Aprianti (2018) telah mengemukakan bahawa interaksi adalah proses dua arah yang
mengandungi tindakan atau perbuatan.
Terdapat beberapa kepentingan di dalam interaksi ini antaranya adalah interaksi
dalam bilik darjah. Interaksi ini bererti tindakan yang sering berlaku antara sekurang-
kurangnya dua pihak. Sebagai contoh, guru dan murid. Guru yang cemerlang
semestinya akan menggalakkan muridnya untuk berinteraksi sama ada dengan guru
atau sesama rakan yang lain semasa proses pengajaran dan pembelajaran. Hal ini
kerana, interaksi aktif sesama murid dapat melatih mereka untuk berdikari dan
mengalami sendiri proses pembelajaran (Rumondor & Sineke, 2020). Interaksi di bilik
darjah ini juga boleh berlaku dalam dua bentuk iaitu secara lisan atau bukan lisan.
Selain itu, terdapat beberapa jenis interaksi bilik darjah iaitu interaksi sehala, interaksi
dua hala, interaksi kumpulan, interaksi antara kumpulan dan interaksi sosial di mana
pengetahuan, sikap dan kemahiran yang disampaikan bertujuan untuk mendapatkan
gerak balas yang dikehendaki.
Interaksi yang pertama ialah interaksi sehala (guru dan murid). Interaksi ini
merupakan kaedah mengajar dengan menggunakan cara yang lama atau pasif. Hal ini
kerana murid dipaksa untuk menerima apa sahaja ilmu pengetahuan yang diberikan
oleh guru sama ada secara arahan atau penerangan tanpa ada sebarang bantahan. Bagi
interaksi ini, guru mengamalkan pendekatan jenis autoritian di mana murid tidak
mempunyai kuasa atau peluang untuk berinteraksi dengan murid lain sekaligus
membantutukan perkembangan pemikir murid.
Interaksi yang kedua ialah interaksi dua hala. Ianya menjadi dua hala apabila
terdapat soalan yang ditanya oleh guru. Guru akan bertanya kepada murid dan murid
menjawab ataupun murid bertanya kepada guru dan guru menjawab. Guru banyak
mendorong muridnya untuk aktif dengan cara menyoal dan menggalakkan murid untuk
mengeluarkan pendapat. Keadaan seperti ini biasa berlaku di dalam bilik darjah.
Interaksi jenis ini juga tidak mengamalkan interaksi dengan rakan sebaya. Dapat
disimpulkan di sini bahawa interaksi pasif seperti ini akan membuatkan murid menjadi
bosan dan rimas kerana mereka hanya memfokuskan kepada pembelajaran. Mereka
juga perlu mengamalkan cara pembelajaran bercorak hafan dan perlu mengingati
banyak fakta. Namun begitu, keadaan sebaliknya akan berlaku sekiranya guru
memberikan ganjaran untuk menarik minat muridnya.
Interaksi ketiga ialah interaksi kumpulan. Interaksi ini bertujuan untuk
menggalakkan penyertaan aktif murid dalam proses pengajaran dan pembelajaran.
Interaksi ini juga berlaku apabila terdapat aktiviti kumpulan seperti membuat projek,
perbincangan dan simulasi. Kerja secara berkumpulan ini dijudkan supaya murid dapat
berinteraksi dengan ahli kumpulan semasa sesi perbincangan dijalankan. Interaksi
sebegini mampu memupuk nilai positif seperti bekerjasama, menghormati, toleransi
dan semangat berpasukan. Di samping itu, dengan adanya interaksi sebegini, murid
yang takut, malu dengan kehadiran guru boleh dan mampu untuk berinteraksi secara
aktif dengan ahli kumpulan yang lain. Hal ini kerana guru tidak akan terlibat dalam sesi
perbincangan ini dan hanya menjadi pemudahcara atau fasilitator kepada murid.
Interaksi yang seterusnya ialah interaksi antara kumpulan. Interaksi ini
kebiasaannya digunakan bagi murid yang berada di kelompok pandai. Hal ini kerana
murid akan berbincang sesama ahli kumpulan sebelum mengadakan sesi
pembentangan. Dalam erti kata lain, interaksi jenis ini langsung tidak melibatkan guru.
murid akan berbincang di dalam kumpulan dan bertukar idea atau pandangan dengan
kumpulan lain. Di samping tiu, kumpulan lain boleh mengemukakan soalan kepada
kumpulam pembentang.
Interaksi terakhir ialah interaksi sosial. Menurut kamus dewan, sosial dikaitkan
dengan masyarakat, perihal masyarakat dan kemasyarakatan. Ianya juga merujuk
kepada persahabaran, pergaualan dan sebagainya. Namun, dalam konteks bilik darjah,
pendekaran interaksi sosial lebih menekankan aktiviti secara berkumpulan. Ianya
bertujuan untuk mewujukan perpaduan dan kerjasama antara murid. Oleh itu, strategi
pembelajaran koperatif sangat sesuai untuk mewujudkan interaksi sosial.
Namun begitu, selain daripada kelima-lima interaksi yang dinyatakan di atas,
interaksi berkesan juga merupakan antara salah satu interaksi yang penting dalam tajuk
ini. Interaksi ini berlaku apabila mesej oleh penyampai diterima dan difahami dengan
jelas oleh penerima. Sekiranya maksud penyampai disalah tafisr oleh penerima, maka
berlakulah konflik antara keduanya. Namun, terdapat beberapa cara yang boleh
diamalkan oleh guru untuk mewujudkan interaksi berkesan. Antaranya, bersikap positif
dan percaya kepada murid, bersifar ramah dan mesra, hormat pada pandangan dan
pendapat murid, menggalakkan murid untuk memberikan idea dan menggunakan nama
murid ketika berinteraksi.
Di samping itu, kemahiran berkomunikasi juga merupakan salah satu aspek
penting yang perlu ada supaya interaksi antara individu dapat berjalan dengan lancar
(Mubarok & Anan, 2019). Komunikasi didefinisikan sebagai pengaliran maklumat dari
sumber pengeluar maklumat ke sumber penerima maklumat. Komunikasi juga
merupakan proses interaksi untuk menyalurkan maklumat dengan menggunakan satu
bahasa. Menurut Rohman (2016), interaksi adalah proses saling mempengaruhi dalam
bentuk perilaku atau kegiatan di antara anggota-anggota masyarakat. Individu-individu
ini berinteraksi menggunakan simbol-simbol iaitu mengandungi tanda-tanda, isyarat
dan kata-kata. Individu, emosi, perilaku dan tindak balas dapat dianalisis melalui
interaksi dengan individu lain melalui proses interaksi dalam kehidupan sosial mereka
(Masruhani, 2016). Secara umumnya, komunikasi boleh dibahagikan kepada empat
bentuk. Antaranya komunikasi lisan (bahasa, intinasi, suara, dialek), komunikasi tanpa
lisan (gerak isyarat), komunikasi persuratan dan komunikasi visual.
Namun begitu, tidak semua komunikasi yang digunakan akan berkesan. Hal ini
kerana, untuk mewujudkan komunikasi yang berkesan, seseorang itu perlulah
mempunyai beberapa kemahiran. Interaksi dan komunikasi yang hanya menggunakan
akal atau perasaan akan menjadi tidak berkesan. Oleh itu, seseorang yang
berkomunikasi dengan berkesan akan menggunakan kesemua deria manusa dengan cara
yang bijak. Antara kemahiran komunikasi yang perlu ada adalah kemahiran dari segi
tingkah laku, kemahiran memberi perhatian, kemahiran mendengar, kemahiran
memberi refleksi perasaan, kemahiran memberi maklum balas dan kemahiran
menimbulkan minat orang (Masruroh, 2018).
Interaksi di dalam bilik darjah adalah penting dalam usaha mewujudkan proses
pengajaran dan pembelajara yang efektif. Guru yang tiada kemahiran komunikasi dan
interaksi akan mewujudkan kelas yang tidak kondusif menyebabkan murid-muridnya tidak
bermotivasi (Jamian, Othman & Ishak, 2016). Terdapat pelbagai kepentingan dalam
berkomunikasi iaitu dengan membolehkan guru memotivasikakan murid-muridnya supaya
menimbulkan minat dan perhatian terhadap aktiviti pengajaran dan pembelajaran.
Sebagaimana yang kita tahu, murid akan bosan sekiranya interaksi atau suasana
pembelajaran tidak menarik, di mana kurangnya interaksi antara guru dan murid dan hal
ini membuatkan murid membuat perkara lain semasa sesi pembelajaran.
Selain itu, interaksi yang positif di antara guru dan murid di dalam bilik darjah
boleh merapatkan lagi hubungan yang baik sesama mereka. Dengan ini, murid akan
berasa selesa semasa guru tersebut mengajar sekali gus menarik minat mereka untuk
mandalami ilmu yang guru mereka sampaikan dan membolehkan berlakunya interaksi
yang baik ketika guru bertanyakan kepada muridnya (Azhar, 2016). Dengan adanya
interaksi yang baik di dalam bilik darjah, guru menjadi lebih mudah untuk
menyampaikan apa yang hendak disampaikan kepada anak muridnya tercapai sekali
gus anak muridnya faham apa yang diajari oleh gurunya.
HALANGAN DAN GANGGUAN INTERAKSI DALAM PENGAJARAN DAN
PEMBELAJARAN

Antara halangan dan gangguannya adalah suasana kelas yang bising. Kebisingan di
dalam bilik darjah adalah faktor utama yang dapat mengurangkan proses komunikasi.
Jika murid-murid di dalam kelas tidak dikawal dengan baik, mereka akan membuat
bising seperti bercakap dengan kuat dan menjerit-jerit. Di dalam situasi yang
melampau, guru akan mengalami kesukaran untuk menyampaikan pengajaran dengan
jelas. Implikasinya murid turut sukar menerima proses pengajaran yang disampaikan
oleh guru.
Selain itu, kepimpinan guru yang autokratik. Guru yang bersifat autokratik
menentukan segala aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Menurut Olistia (2019),
murid yang hanya mengikut arahan dan tidak diberi peluang menyuarakan pendapat
dan tidak digalakkan bercakap atau berbincang sesama sendiri akan menyebabkan
murid berasa tidak seronok dan akan menyimpan perasaan benci terhadap gurunya.
Hubungan yang tidak mesra ini pasti menyukarkan komunikasi dan interaksi dalam
bilik darjah.
Seterusnya, guru yang kurang berpengalaman. Guru-guru yang kurang
berpengalaman mungkin akan dipandang rendah oleh murid-muridnya. Malah, murid-
murid tidak berkeyakinan dengan kebolehan guru apatah lagi jika guru itu mengajar
menggunakan kaedah yang lama dan sama sepanjang pengajarannya dan secara tidak
langsung akan membuatkan murid tidak akan memberi perhatian di dalam kelas. Ini
akan menjejaskan komunikasi yang wujud antara murid dan guru serta interaksi yang
mesra sukar dibina.
Akhir sekali, bilangan murid yang terlalu ramai. Bilangan murid yang terlalu ramai
akan menyebabkan kelas menadi sempit dan tidak selesa. murid sukar bergerak untuk
melakukan aktiviti pembelajaran. Selain itu, pengajaran guru kurang efektif kerana
banyak aktiviti sukar dilaksanakan dan hubungan yang mesra juga sukar diwujudkan
kerana wujudnya keadaan kelas yang tidak kondusif.

CARA-CARA MEWUJUDKAN INTERAKSI YANG BERKESAN DALAM BILIK


DARJAH

Para guru haruslah mengelakkan perkara seperti mengkritik dan melabel murid-murid
dengan memberi nama yang boleh menimbulkan rasa malu murid yang berkenaan.
Perasaan rendah diri akan menyebabkan murid tersebut akan mengasingkan diri dan
enggan melibatkan diri di dalam sebarang aktiviti yang berada di dalam bilik darjah.
Seterusnya, guru adalah model kepada murid yang akan mempengaruhi sikap dan
tingkah laku murid tersebut. Maka, dengan menunjukkan sifat yang penyayang dan
mengambil tahu latat belakang murid, pasti akan mengeratkan lagi hubungan antara
guru dan murid.
Dalam pada itu, para guru haruslah menggunakan gaya kepimpinan demokratik
dengan melayan idea dan cadangan murid secara terbuka. Interaksi dua hala akan
mewujudkan hubungan mesra yang akan menyebabkan murid akan memberi perhatian
kepada ganjarannya.
Seterusnya, guru haruslah merancang aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang
menarik dengan menggunakan teknik perbincangan dan teknik menyoal serta
mengaplikasikan strategi berpusatkan murid. Bahan bantu belajar yang kreatif dan
inovatif boleh menimbulkan minat murid untuk belajar dengan melibatkan diri secara
aktif seterusnya pengajaran guru juga akan lebih berkesan malah interaksi antara murid
akan terbentuk.

KESIMPULAN

Daripada huraian topik-topik tersebut, maka dapatlah dikonklusikan bahawa


interaksi yang berkesan dapat mengeratkan perhubungan antara guru dengan para
murid bukan sahaja di dalam bilik darjah tetapi juga semasa berada di luar bilik darjah.
Perhubungan antara guru dengan murid yang mesra adalah sangat penting kerana ianya
sangat mempengaruhi penyampaian pengajaran dan pembelajaran. Interkasi berkesan
dalam pengajaran dan pembelajaran adalah aspek penting dan perlu dititikberatkan
kerana interaksi merupakan proses utama bagi guru menyampaikan ilmu pengetahuan
kepada para murid. Melalui interaksi, guru dapat melaksanakan rancangan
pengajarannya mengikut objektif murid yang telah ditentukan. Selain itu, melalui
interaksi dengan bahan pengajaran, guru dapar menyampaikan pengajaran dan
pembelajaran dengan berkesan kepada murid. Pertukaran maklumat atau idea di antara
guru dengan para murid amatlah digalkkan. Oleh itu, unutk memastikan ianya
berkesan, guru boleh menggunakan interaksi dua hala. Jika guru mempraktikkan dan
memanfaatkan segala kebaikan interaksi, pasti dapat meningkatkan prestasi, bukan
sahaja guru malahan para murid dan pihak sekolah.
RUJUKAN

Aprianti, E. (2019). Pengaruh Komunikasi Interpersonal Dalam Kegiatan Mengajar


Antara Guru Dan Murid Paud Pada Proses Pembentukan Karakter. Tunas
Siliwangi: Jurnal Program Studi Pendidikan Guru PAUD STKIP Siliwangi
Bandung, 4(1), 1 9.
Azhar, M. (2016). Interaksi guru, murid dan orang tua dalam meningkatkan
kedisiplinan belajar di MI Nahdatul Wathan Sekunyit Praya Kabupaten Lombok
Tengah (Doctoral dissertation, Universitas Islam Negeri Maulana Malik Ibrahim).
Jamian, A. R., Othman, S., & Ishak, S. (2016). Interaksi dalam Pengajaran dan
Pembelajaran Bahasa Melayu. Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu, 3(1), 42-51.
Masruhani, S. N. (2016). Pola Interaksi Guru dan Siswa pada Pendidikan Islam
Klasik. Qathruna, 3(02), 143-160.
Mubarok, A., & Anan, A. (2019). ANALISIS NILAI-NILAI EDUKATIF DALAM
NOVEL “LOVE IN PESANTREN” SEBAGAI REFORMULASI POLA
INTERAKSI GURU DAN MURID DI PESANTREN. Al Murabbi, 4(2), 217-238.
MASRUROH, H. (2018). Pola Interaksi Antara Guru Dan Murid Dalam Proses
Pembentukan Karakter Islam Siswa SMK Siang Tulungagung.
Musdhalifah P, S. (2016). Interaksi Antara Guru dan Murid Serta Pengaruhnya
terhadap Kedisiplinan Siswa di MI Swasta Guppi Paranglompoa Kabupaten
Gowa (Doctoral dissertation, Universitas ISlam Negeri Alauddin Makassar).
Mubarok, A., & Anan, A. (2019). ANALISIS NILAI-NILAI EDUKATIF DALAM
NOVEL “LOVE IN PESANTREN” SEBAGAI REFORMULASI POLA
INTERAKSI GURU DAN MURID DI PESANTREN. Al Murabbi, 4(2), 217-238.
Olistia, W. (2019). Hubungan pola interaksi antara guru dan murid dengan
kedisiplinan belajar Pendidikan Agama Islam SMP Darul Ulum Sekampung
2018/2019 (Doctoral dissertation, IAIN Metro).
Rumondor, P., & Sineke, R. N. (2020). Pola Interaksi Guru PAI Dengan Siswa Dalam
Meningkatkan Hasil Belajar Di SMA Negeri 1 Belang. AL-HIKMAH (Jurnal
Pendidikan dan Pendidikan Agama Islam), 2(2), 160-172.

Anda mungkin juga menyukai