Anda di halaman 1dari 2

Apa itu Reka Bentuk Dalaman

Rekabentuk dalaman merupakan salah satu disiplin ilmu yang menggabungkan seni
kreativiti dan teknikal, berfungsi sebagai solusi kepada sesuatu ruang dalaman
sesebuah bangunan atau binaan. Solusi terhadap penggunaan ruang ini meningkatkan
kualiti hidup, roduktiviti dan budaya para penghuni di samping menitikberatkan nilai-nilai
estetika berpandukan konsep-konsep senibina tertentu. Setiap rekabentuk yang
dihasilkan perlu memenuhi tuntutan keperluan fungsi ruang tersebut. Hampir setiap
daripada kita terlibat secara langsung dalam konteks ruangan dalaman. Rekabentuk
dalaman melibatkan hampir semua kriteria bangunan termasuk hotel, pejabat, sekolah,
rumah kediaman, kedai, restoran, teater dan terminal lapangan terbang.

Diploma Rekabentuk Dalaman (Interior Design) menawarkan penyelidikan proses


Rekabentuk dalaman dengan pendedahan terhadap konsep dan teknologi terkini. Anda
berpeluang merealisasikan imaginasi kreatif dan berinovasi dalam mencipta
persekitaran alambina mampan lestari. Antara komponen proses rekabentuk tersebut
termasuklah susunatur solusi ruang, analisis faktor psikologi dan fisiologi manusia,
pengetahuan teknikal seperti melakar, memplot lukisan terperinci dan perspektif, teknik-
teknik pencahayaan, warna, erabot dan bahan kemasan.

Siapa yang sesuai untuk bidang ini?


Program Diploma Rekaan Dalaman (Interior Design) ini sesuai bagi individu yang:-

 Kreatif dan kritis yang berdaya saing tinggi serta menggemari cabaran.
 Gemar melakukan kerja-kerja berpasukan
 Minat melukis, minda pencari idea-idea bernas
 Kecenderungan terhadap meningkatkan kualiti persekitaran secara fizikal dan
mental
 Mereka yang mencintai kecantikan dan keindahan
 Personaliti ceria, gemar berinteraksi dan berimaginasi.

DI ANTARA KEMAHIRAN YANG DIPEROLEHI


Perancang ruang & prinsip rekabentuk
- Solusi Ruang
- Proses Rekabentuk
- Prinsip utama Rekabentuk
- Memahami prinsip Rekabentuk
- Mengaplikasi prinsip rekabentuk kepada Prinsip Kerja

Penghasilan lukisan terperinci


- Skill melukis
- Skill aplikasi AutoCAD
- Skill Membaca & Memahami Dokumen dan Lukisan Senibina
- Skill Persembahan

Lakaran dan Ilustrasi Lukisan


- Lukisan Manual
-Kreativiti Visual

Skill Keusahawanan Profesional


- Portfolio
- Komunikasi
- Penyelidikan
- Konsep dan kreativiti
- Bekerja berpasukan

Prospek Kerjaya
Graduan berpeluang mencaburi pelbagai industri seperti:-
- Firma Rekabentuk Dalaman
- Firma Kontraktor
- Muzium
- Kompleks Komersial
- Firma Pembuatan Bahan Binaan
- Bidang Akademik

Peluang pekerjaan sebagai:-


- Pembantu Perekabentuk Dalaman
- Pembantu Jururunding Rekabentuk, Perunding Warna & Bahan Kemasan Binaan
- Penyelia Tapak Binaan, Pelukis Pelan, Pelukis Ilustrasi
- Pembantu Pengurus Projek
- Pereka Ruang Pameran dan Diorama
- Pereka Tema dan Kiosk, Pereka Pentas dan Teater
- Perekabentuk Perabot dan dapur, Produk Assesori Bangunan
- Tutor Senilukis,Penolong Pensyarah bidang berkaitan.

Anda mungkin juga menyukai