Anda di halaman 1dari 3

Resepi Kek Marble Jelita

1. Resepi
2.  Kek
3. Resepi Kek Marble Jelita

Google BookmarkFacebookTwitterMore

 Masa Penyediaan: 30 minit,

 Masa Memasak:1 jam 15 minit,

 Jumlah Hidangan:loyang 8 inci x 8 inci

Resepi Oleh: Che' Nom


Hi Semua, kek marble jelita yang menjadi kegilaan ramai sekarang ini memang Che
Nom agak lambat share resepi ini dengan anda semua. Sebabnya Che Nom ambil masa
yang lama untuk test kek ini, dan banyak sesi kegagalan yang tejadi dan setiap kali
bakar tu Che Nom belajar sesuatu, catit nota dan benda-benda penting untuk di
kongsikan dengan anda semua. Nampak mudah, bahan-bahan pun simple, resepi pun
lebih kurang saja. Cuma yang membezakan kek marble yang jelita ini adalah teknik dan
tips sepanjang kita hasilkan kek marble jelita ini.
LOYANG : 8 inci x 8inci

Bahan-Bahan:

 Bahan-bahan untuk kek marble jelita:


o 5 biji telur
o 220g tepung naik sendiri
o 170g gula kastor
o 60ml susu full cream
o 1 sudu kecil esen vanila
o 1 sudu besar ovalette
o 150g mentega (salted)
o **Kalau guna mentega unslated, tambah 1/4 sudu kecil garam dan ayak
bersama tepung.

Cara Penyediaan:

1. Cara-cara untuk kek marble jelita:


1. Gris loyang dengan mentega dan lapik kertas baking.
2. Ayak tepung naik sendiri.
3. Cairkan mentega.
4. Masukkan telur, gula kastor, tepung naik sendiri yang diayak, susu full
cream, esen vanilla dan ovalette didalam bekas pengadun lalu putar
dengan kelajuan rendah.
5. Kemudian, sambung kepada kelajuan sederhana dalam anggaran selama
10-12 minit sehingga kembang, pekat dan adunan menjadi putih.
6. Tukar kepada kelajuan rendah semula, lalu masukkan mentega cair sedikit
demi sedikit. Putar sehingga 2-3 minit sehingga mentega menjadi sebati
dalam adunan.
7. Sesudah itu, bahagikan adunan kepada tiga bekas kecil sebagai hiasan dan
simpan juga adunan untuk kek nanti. Tiga adunan dimasukkan berlainan
pewarna makanan iaitu merah, merah pudar dan hijau.
8. Masukkan adunan yang sudah dicampur pewarna kedalam piping bag.
9. Masukkan adunan yang disimpan kedalam loyang.
10. Hiaskan dengan tiga adunan berwarna mengikut corak dan kreativiti
sendiri.
11. Bakar adunan pada suhu 150C selama 10 minit pertama. Kemudian,
sambung pada suhu 140C selama 60 minit. Tutup dengan aluminium foil
selepas minit yang kedua atau apabila permukaan kek mula menjadi
perang.
12. Selepas siap bakar, keluarkan kek daripada loyang yang masih panas
dengan terbalikkannya diatas redai besi dan biarkan sekejap beberapa
minit.
13. Terbalikkan semula kepada permukaan kek dan potong atau trim
bahagian tepi kek supaya kelihatan kemas.
14. Hias kek dengan manik atau mengikut kesukaan sendiri dan kek marble
jelita sudah siap.

Tips:

 Pastikan adunan kek betul-betul diputar sebaiknya dan kembang elok bagi
mengelakkan kek marble tidak gebu.serta tidak menjadi.
 Pewarna kek adalah mengikut kreativiti sendiri jika mahu menggunakan warna
yang lain.
 Panaskan dulu ketuhar 15 minit sebelum membakar adunan kek.
 Setiap 10 minit ketika membakar kek, alih atau pusingkan loyang dalam ketuhar
supaya pembakaran menjadi sekata.
 Jika mahu hias kek, pastikan kek sejuk terlebih dahulu kerana takut hiasan diatas
kek menjadi cair akibat kek yang panas,

Anda mungkin juga menyukai